Wednesday, December 23, 2009

BINGKISAN MERDEKA 52 TAHUN

PEMANGKIN ASPIRASI

1. Dengan suratnya bertarikh 26 November, 2009 Dato' Haji Sidek bin Haji Jamil, Ketua Arkib Negara Malaysia telah menyampaikan kepada saya BUKU BINGKISAN MERDEKA 52 TAHUN yang, katanya 'memaparkan usaha-usaha yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh yang menjadi peneraju dalam melaksanakan sambutan perayaan hari kebangsaan dari tahun 1957 hingga 2008' dengan harapan 'segala usaha yang telah dicurahkan dan pengalaman yang dirakamkan menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda yang cintakan tanah airnya'. Buku ini boleh didapati dari Arkib Negara Malaysia.


2. Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Perayaan Hari Kebangsaan dari tahun 1957 hingga tahun 2008 ialah:

1957 - - YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj - Perdana Menteri

( Bapa Kemerdekaan )

1958 - - YAB Tun Abdul Razak bin Hussain - Pemangku Perdana Menteri

( Pengorak Langkah )

1959 - 1968 - YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj - Perdana Menteri

1969 - 1970 - Tan Sri Dato' Seri Hamzah Datuk Abu Samah - Menteri

( Penyuntik Semangat )

1971 - 1982 - Tun Dato' Seri ( Dr ) Muhammad Ghazali Shafie - Menteri

( Pencetus Idea )

1983 - 1994 - Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid - Menteri

( Pemangkin Aspirasi )

1995 - 1998 - Tan Sri Dato' Seri Sabbaruddin Chik - Menteri

( Penjana Wawasan )

1999 - - Dato' Seri Diraja Haji Mohamad Tajol Rosli Ghazali - Menteri

( Penyambung Wawasan )

2000 - 2005 - Tan Sri Dato' Abdul Kadir Haji Sheikh Fadzir - Menteri

( Peneraju Di Alaf Baru )

2006 - 2007 - Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim - Menteri

( Pendokong Warisan )

2008 - Dato' Seri Mohd Shafie Haji Apdal - Menteri

( Pewaris Tradisi )

3. Dalam buku ini terdapat satu bahagian yang merujuk kepada period 12 tahun yang saya menjadi pengerusi jawatankuasa perayaan hari kebangsaan dari 1983 hingga 1994. Oleh kerana dalam huraian buku ini telah tidak terdapat logo-logo yang mengiringi tema yang telah diketengahkan pada hari-hari kebangsaan yang dirayakan maka saya petik dan turunkan semula penulisan untuk jangkamasa saya menjadi pengerusi, yang terdapat didalam buku Bingkisan Merdeka 52 Tahun, dan saya lengkapi dengan logo yang ada pada saya.


4. Logo Perayaan Hari Kebangsaan telah mula diperkenalkan dalam perayaan tahun 1976 oleh Tan Sri ( kini Tun ) Mohd. Ghazali Shafie selaku Pengerusi Perayaan Hari Kebangsaan tahun tersebut. Mulai tahun tersebut, logo-logo telah direkacipta oleh sekumpulan Pensyarah dan penuntut Institut Teknologi MARA Shah Alam berdasarkan tema perayaan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat Perayaan Hari Kebangsaan.

5. Dalam tahun 1988, saya selaku Pengerusi Perayaan Hari Kebangsaan telah menyarankan supaya satu Pertandingan Mencipta Logo diadakan. Ianya bertujuan mendapatkan karya yang lebih bermutu di samping menjemput lebih ramai rakyat Malaysia menyertai secara aktif dalam acara-acara sambutan Hari Kebangsaan.

6. Mulai tahun tersebut pertandingan mencipta logo telah dikendalikan oleh i) Jawatankuasa Kecil Pertandingan Mencipta Logo. Kecuali pada tahun 1991 di mana logo yang bertemakan 'Wawasan 2020' telah direkacipta khusus oleh Tuan Haji Hashim Hassan, seorang artis dan juga Pensyarah Kanan, Kajian Senilukis dan Senireka di Institut Teknologi MARA, Shah Alam, logo-logo yang digunakan pada tahun-tahun sebelum dan berikutnya telah dicipta oleh pemenang-pemenang pertandingan.

7. Mereka ialah:

7.1. Tahun 1988 Encik S. Sundaresan - seorang penuntut

7.2. Tahun 1989 Encik Zainal Alamin bin Datuk Hj. Zainal Alam - Artis Grafik Kuala Lumpur

7,3, Tahun 1990 Encik Naim bin Haji Ahmat - Artis Grafik Kuala Lumpur

7.4. Tahun 1992 Encik Chan Beng Siong - Juruteknik Pertanian Kucing Sarawak

7.5. Tahun 1993 Encik Dimyati bin Jaafar - Artis Grafik Kuala Lumpur

7.6. Tahun 1994 Encik Wan Ahmad Zauti bin Ahmad - Artis Grafik Kuala Lumpur

8. Buku BINGKISAN MERDEKA 52 TAHUN telah mencatit seperti berikut:

Pemangkin Aspirasi - Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid

9. Kesinambungan tugas arkitek sambutan kemerdekaan diteruskan ole Dato' Sanusi Junid selama 12 tahun bermula dari 1983 hingga 1994. Sepanjang tempoh tersebut, Dato' Sanusi yang memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Menteri Pertanian telah mengadun, mengolah dan mencorakkan sambutan kemerdekaan negara melalui pelbagai program sambutan yang telah dirancang rapi. Sambutan kemerdekaan pada tahun 1983 diadakan secara sederhana.

10. Sebanyak lapan jawatankuasa kecil telah dibenteuk iaitu ii) Jawatankuasa Kecil Perarakan, Perbarisan, Pertunjukan, Pelaksanaan dan Penyatuan, iii) Jawatankuasa Kecil Pameran di Muzium Negara, iv) Jawatankuasa Kecial Keselamatan dan Lalulintas, v) Jawatankuasa Kecil Pengangkutan, vi) Jawatankuasa Hiasan dan Persembahan Rakyat, vii) Jawatankuasa Kecil Jemputan dan Sambutan, iix) Jawatankuasa Kecil Seranta / Persembahan dan ix) Jawatankuasa Kecil Pertandingan Pidato Untuk Murid-Murid Sekolah, dan x) Jawatankuasa Kecil Sayembara Deklamasi Sajak. Sambutan kali ini yang bertemakan BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN adalah berlandaskan konsep 'Persyarikatan Malaysia' yang membawa harapan semoga kerjasama sektor awam dan swasta dapat dipupuk dengan jayanya bagi mempertingkatkan kemampuan negara.


1983 - BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN



Logo Hari Kebangsaan 1983 ini merupakan anak panaha yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-bagai bidang. Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang di dalamnya menandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompo gologan yang terdiri daripada usahawan-usahawana persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak Kerajaan terhadap usaha bekerjsama bagi mencapai aspirasi negara.

11. Berbanding lapan jawatankuasa kecil pada tahun 1983, terdapat pertambahan tiga jawatankuasa kecil pada tahun 1984 iaitu xi) Jawatankuasa Kecil Penentang Malayan Union, xii) Jawatankuasa Kecil Peraduan Bersih, Cekap dan Amanah
Di Antara Stesen-stesen Minyak dan xiii) Jawatankuasa Kecil Parlimen Kanak-kanak.


1984 - AMANAH ASAS KEJAYAAN









Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1984 melambangkan tema AMANAH ASAS KEJAAN. Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keuntuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakaat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat beserta kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah serta juga daripada aspek-aspek lain.



12. Mengambil iktibar dari peristiwa terjatuhnya bendera negeri Sabah semasa hendak dinaikkan dalam acara sambutan kemerdekaan tahun 1984, Datuk Seri Sanusi memutuskan semua bendera negeri terus dikibarkan di puncak tiang dan cuma bendera Malaysia sahaja yang akan dinaikkan. Bagai memastikan acara sambutan yang dirancang dapat menyajikan yang terbaik kepada rakyat seluruhnya, bilangan jawatankuasa kecil juga ditambah dari 11 kepada 19 kesemuanya.

13. "Di atas keruntuhan kota Melaka, kita bangunkan jiwa merdeka", pepatah terkenal Dr. Burhanuddin Helmi membawa kepada tarikh kemerdekaan negara diisytiharkan di bumi Melaka oleh Tunku Abdul Rahman Putra pada 20 Februari 1956. Bagi mengenang semula detik bersejarah tersebut, Kabinet telah memutuskan agar sambutan kemerdekaan pada tahun 1985 diadakan di Padang Banda Hilir, Melaka. Harapannya semoga peristiwa tersebut dapat menyemarakkan semangat kecintaan terhadap negara dan membina jatidiri. Sambutan kemerdekaan pada tahun 1985 turut diserikan dengan pembukaan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka.



1985 - NASIONALISME TERAS PERPADUAN




Logo Hari Kebaangsaan bagi tahun 1985 melambangkana tema NASIONALME TERAS PERPADUAN. Lima bulatan biru yangdikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu menakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nassionalisme yang menjadi teras terhadap perpaduan tersebut. Bulatan putih pula menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa rakyat Malaysia manakala bulatan kuning melambang negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan mereah menunjukkan patriotisme menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpaduan rakyat yang cintakan negara.



14. Pada tahun 1986, Datuk Seri Sanusi turut memperkenalkan beberapa jawatankuasa kecil lagi bagi acara sukan iaitu xiv) Jawatankuasa Pertandingan Catur Cina 'Siang Chee', xv) Jawatankuasa Pertandingan Sepak Raga, xvi) Pertandingan Catur Merdeka, xvii) Jawatankuasa Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik, xiix) Jawatankuasa Pengelola Pertunjukan Padang, xix) Jawatankuasa Pertandingan Syarikat-syarikat Swasta, xx) Jawatankuasa Buku Daftar Hari Merdeka dan xxi) Jawatankuasa Pertandingan Kesenian Antara Kementerian.



1986 - BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH




Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1986 ini melambangkan tema BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH. Bentuk-bentuk berwarna biru encerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa. Sikap negara yang tegus dan positif inihanya dapaat diwujudkan dengan adanya sokongan lapiran rakyat laysia seperti yang dilanmbangkan dengan bentuk tiga segi erwarna merah itu. Warna kuning di tengah melambangkan kedaulatan raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukun Negara.

15. Selaras dengan dasar Kepimpinan Melalui Teladan yang diperkenalkan pada tahun 1987 Datuk Seri Sanusi telah mengarahkan semua kementerian serta jabatan dan agensi di bawahnya mengambil bahagian dalam acara perbarisan. Salah satu acara baru yang diadakan ialah Pertandingan Mencipta Lagu Buah-buahan dan Makanan Tempatan ( terbentuklah xxii) Jawatankuasa Pertandingan Mencipta Lagu Buah-buahan dan Makanan Tempatan ). Matlamatnya ialah untuk memperkenalkan buah-buahan dan makanan tempatan ke peringkat antarabangsa.


1987 - SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU





Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulaan yang kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancungan dan perindustrian. Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bjlatan. Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukunegara. Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna mereh pula membawa erti berusaha. Gaabungan warna dan bentuk logo ini melambangkan tema SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU.



16. Oleh kerana pergolakan politik yang membawa pecah belah dalam masyarakat kerana pertandingan dalam UMNO dalam tahun 1987 maka tema Hari Kebangsaan pada tahun 1988 telah menyeru rakyat supaya BERSATU.

1988 - BERSATU




Tema BERSATU pada bahagiana ini yang berupakan tiga kepala dan satu tubuh adalaah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia. Lima jalur mereh dan putih ini juga embawa erti rangkaian lima prinsip Rukun Negara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kkehidupan seharian rakayat Malaysia. Warna kuning melambangkan sistem raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu. Bulatan biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kesstabilan negara.


17. Kelainan sekali lagi tercipta apabila pada tahun 1989, Datuk Seri Sanusi mengadakan pertandingan bagi Perbarisan dan Pakaian Terbaik Hari Kebangsaan ( - xxiii) JawatankuasaPertandingan bagi Perbarisan dan Pakaian Terbaik Hari Kebangsaan ). Usaha ini bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan di samping menggalakkan kreativiti dalam kalangan anak-anak Malaysia. Kerana masaalah perpaduan belum selesai maka tema diulangi sebagai BERSATU walau pun logo berubah.

1989 - BERSATU



Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-bersaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini. Petak-petak berwarna-warni ini ibarat 'anyaman' yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakaat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru menandakan rakyat di negara ini hidup aman damai berteraskan perpaduan nasional. Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang mempunyai erti tersendiri, iaiitu jurang yang membawa massud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta kebebesan menyuarakan cita-cita masyarakat. Petak-petak yang berbentuk empat anak panaah yang bertemu di tengah membayangkan satu matlamat kearah kejayaan berpandukan pada semangat setiakawan dan berganding bahu. Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan pentting dalam mendukung sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.


18. Tahun 1990 telah menjulang nama Malaysia di maata dunia melalui pelbagai pencapaian negara, antaranya menjadi tuan rumah bagi persidangan antarabangsa seperti CHOGM dan G15, kelahiran Proton Saga, kecemerlangan dalam Sukan SEA ke-XV dan juga Tahun Melawat Malaysia. Pada tahun ini jumlah jawatankuasa kecil meningkat ke 27 buah ( lihat para 24 ) dan ia merupakan jumlah terbanyak dalam sejarah sambutan kemerdekaan negara sehingga kini. Antara jawatankuasa kecil yang baru dibentuk ialah untuk Pertandingan Ratu Cantik Haiwan ( - xxiv) Jawatankuasa Pertandingan Ratu Cantik Haiwan ) dan Pertandingan Sadu-Gudu ( - xxv) Jawatankuasa Pertandingan Sadu-Gudu ). Kejayaan-kejayaan ini telah memberi inspirasi kepada Datuk Seri Sanusi dalam menyemarakkan semanagat kemerdekaan melalu tema yang dipilih iaitu BERJAYA.

1990 - BERJAYA







Konsep tema BERJAYA digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsaa yang hidup bersau demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya. Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam perlbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnyaa. Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmornian dan kestabilan negara.


19. Pada tahun 1991, Pertandingan Kawad Antara Daerah dan Negeri diperkenalkan ( - xxvi) Jawaatankuasa Pertandingan Kawad Antara Daerah dan Negeri). Selaras dengan pengenalan dasar Wawasan 2020 oleh kerajaan maka tema yang diketengahkan ialah Wawasan 2020.

1991 - WAWASAN 20 20




Logo Hari Kebangsaan 1991 ini bertemakan Wawasan 20 20. Anak panah yang terdiri dari jalur-jalur merah, biru, putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatupadu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyaat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hassrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang teratur iaitu yang berteraskan nilai-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 20 20 ( dua puluh dua puluh ) itu.


20. Oleh kerana pengenalan Wawasan 20 20 belum menembusi masyarakat maka tema tahun 1992 diteruskan dengan yang sama dengan tema tahun 1991.




1992 - WAWASAN ASAS KEMAJUAN




Rekabentuk Logo adalah beasaskan huruf 'W' dan anak panah. Huruf 'W' merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam huruf 'W' yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, sosial dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara di masa depan. Warna-warna Merah, Putih, Biru dan Kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini adalah sebagai lambang masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan sosial dapat bergerak cergas menuju kearah matlamat yang di cita-citakan. Secara keseluruhannya rekabentuk logo ini membawa maksud masyaarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil, aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menjadidkan Malaysia sebuah negara 'maju' di masa depan.


21. Dalam usaha menggabungkan penerapan Wawasan 20 20 dan perpaduan ke dalam masyarakat mAka tema tahun 1993 menggabungkan aspek wawasan dan perpaduan.


1993 - BERSATU MENUJU WAWASAN

Rekabentuk hampir bulatan menggambarkan bersatupadu, berkerjasama, bersemanga, setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan. Warna merah dan putih melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang diwawasankan. Biru mengambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan menerusi wawasan yang dicita-citakan. Kuning menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang diinginkan. Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna-warna di atas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuang yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia.


22. Pada tahun 1994 Pertandingan Halaman Cantik mula diperkenalkan ( - xxvii ) Jawatankuasa Pertandingan Halaman Cantik ). Untuk menggabungkan Dasar Pandang Ke Timur dengan nilai-nilai murninya yang diterapkan di bawah Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam usaha mencapai Wawasan 20 20 maka tema yang dipilih untuk tahun ini ialah Nilai Murni Jayakan Wawasan.


1994 - NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN



Nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna putih pada bentuk 'hati kecil' melambangkan bekersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni. Warna merah dan biru pada bentu 'hati besarr' melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambaangkan matlamat dan hasrat masyarakat. Secara keseluruhannya rekabentuk logo dan warna-warnanya melambangkannilai murni bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakaat Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 20 20.


23. Sepanjang kepimpinan Datuk Seri Sanusi sebagai peneraju sambutan Hari Kebangsaan negara, beliau banyak menekankan aspek pertanian dan menganjurkan berbagai pertandingan untuk menyerikan lagi acara sambutan yang diadakan. Kebanyakan acara tersebut merupakan acara untuk rakyat. Disiplin dan nilai-nilai murni juga menjadi asas yang sering diterapkan bagi membentuk masyarakat Malaysia yang bertamaddun.

24. Senarai nama 27 Jawatankuasa kecil di bawah Jawatankuasa Perayaan Hari Kebangsaan ial


i. Jawatankuasa Kecil Pertandingan Mencipta Logo;


ii. Jawatankuasa Kecil Perarakan, Perbarisan, Pertunjuan, Pelaksanaan dan Penyatuan;


iii. Jawatankuasa Kecil Pameran dan Muzium Negara;


iv. Jawatankuasa Kecil Keselamatan dan Lalulintas;


v. Jawatankuasa Kecil Pengangkutan;


vi. Jawatankuasa Kecil Hiasan dan Persembahan Rakyat;


vii. Jawatankuasa Kecil Jemputan dan Sambutan;


iix. Jawatankuasa Kecil Seranta dan Persembahan;

ix. Jawatankuasa Kecil Pertandingan Pidato Untuk Murid-Murid Sekolah;


x. Jawatankuasa Kecil Sayembara Deklamasi Sajak;


xi. Jawatankuasa Kecil Penentang Malayan Union;


xii. Jawatankuasa Kecil Peraduan Bersih, Cekap dan Amanah Di Antara Stesen-Stesen Minyak;


xiii. Jawatankuasa Kecil Parlimen Kanak-Kanak;


xiv. Jawatankuasa Kecil Pertandingan Catur Cina 'Siang Chee';


xv. Jawatankuasa Kecil Pertandingan Sepakraga;


xvi. Jawatankuasa Kecil Pertandingan Catur Merdeka;


xvii. Jawatankuasa Kecil Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik;


xiix. Jawatankuasa Kecil Pengelola Pertunjukan Padang;


xix. Jawatankuasa Kecil Pertandingan Syarikat-Syarikat Swasta;

xx. Jawatankuasa Kecil Buku Daftar Hari Merdeka;


xxi. Jawatankuasa Kecil Pertandingan Kesenian Antara Kementerian;


xxii. Jawatankuasa Kecil Pertandingan Mencipta Lagu Buah-Buahan dan Makanan Tempatan;


xxiii. Jawatankuasa Kecil Pertandingan Bagi Perbarisan dan Pakaian Terbaik Hari Kebangsaan;


xxiv. Jawatankuasa Kecil Pertandingan Ratu Cantik Haiwan;


xxv. Jawatankuasa Kecil Pertandingan Sadu Gudu;


xxvi. Jawatankuasa Kecil Pertandingan Daerah Antaraa Daerah dan Negeri;


xxvii. Jawatankuasa Pertandingan Halaman Cantik;

1 comment:

siti zainon ismail said...

Assalamualaikum, Tan Sri, data tentang pencipta logo Hari Kebangsaan ini amat penting dicatat. Biasanya selepas acara sejarah itu, catatan nama mereka tercicir entah kemana. Apalagi kebanyakan pencipta itu adalah pereka grafik yang memang berbakat dan ternama. Tentu juga dapat dimaklumi ciptaan mereka juga diilhami daripada konsep yang telah dibangunkan oleh jabatan atau malah penguasa atau menteri ketika itu. Terutama disesuaikan dengan motto yang telah dibina sebelumnya. Diharap semua data logo, bendera negeri juga disimpan dengan sempurna oleh Arkib Negara. Teringat juga saya pernah melukis logo untuk lencara Majlis Belia Malaysia - Kanada pada tahun 1974, Tetapi tentu saja tidak dicatat, kerana saya ketika itu hanya pembantu / jurulatih seni tapi melukis untuk Pegawai Belia di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Dan memang tidak dicatat dimana-mana, cuma tetap ingat itu di hati kita...Tahniah Tan Sri kerana merencanakan kegiataan sepanjang perayaan hari Kemerdekaan.