Thursday, May 13, 2010

NILAI-NILAI MURNI YANG MEMBANGUN BANGSA DI TIMUR

AMANAH, BERANI, DISIPLIN, RAJIN DAN SETIA

LIMA KELOMPOK PECAHAN NEGARA
1. Pada tahun lapan puluhan di waktu ekonomi dunia sedang dalam keadaan tidak ketentuan satu analisa telah mendapati dunia ini terbahagi kepada 5 kumpulan dari segi prestasi ekonominya, iaitu:

i. Negara-negara yang mengamalkan demokrasi, yang berbahasa Inggeris. Iaitu negara-negara bekas jajahan British yang ramai rakyatnya fasih berbahasa Inggeris dan mendapat pendidikan tinggi dalam bahasa Inggeris. Contoh negara demikian ialah Amerika Syarikat, Canada, Australia, New Zealand, India, Pakistan, Singapura dan Malaysia.

ii. Negara-negara yang berfahaman komunis seperti Rusia, China, Korea Utara, Poland, Jerman Timur dan lain-lain negara komunis.

iii. Negara-negara Islam di Asia Barat seperti Mesir, Libya, Saudi Arabia, Turkey dan Iran.

iv. Negara-negara Kristian Katholik di Amerika Selatan seperti Brazil, Argintina, Chile, Bolivia dan lain-lain.

v. Negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak berbahasa Inggeris seperti Jerman Barat, Perancis, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.
2. Empat kumpulan negara-negara ini, dari (i) hingga (iv) menghadapi masalah defisit ekonomi yang mengecewakan.

Negera Demokrasi Berbahasa Inggeris

3. Bagi negara demokrasi yang berbahasa Inggeris masalah yang di hadapi di dapati sama. Cara yang didekati untuk menyelesaikan masalah ini juga sama di seluruh dunia demokrasi yang berbahasa Inggeris. Masalah baru yang timbul juga sama. Persamaan ini adalah disebabkan negara-negara ini kesemuanya mengamalkan ilmu yang diperolehi dari buku mengenai ekonomi yang sama yang boleh didapati dari buku-buku di dalam bahasa Inggeris.

Negara Berfahaman Komunis
4. Bagi negara-negara komunis pula masalah mereka sama belaka, cara penyelesaian juga sama dan masalah baru yang timbul juga sama. Walaupun negara-negara komunis ini belajar dan bertutur dalam bahasa yang berlainan, masalah ekonomi yang dihadapi, cara penyelesaian dan akibatnya didapati sama kerana ide yang sama telah di ajar di dalam bahasa yang berlainan. Iaitu ide komunis.

Negara-Negara Islam di Asia Barat

5. Negara-negara Islam di Asia Barat menghadapi masalah bukan kerana mereka itu miskin malahan kerana mereka sebagai satu kumpulan yang seagama tidak dipengaruhi oleh cara-cara Islam sebaliknya mereka menghadapi masalah kerana kekayaan yang ada pada mereka yang kaya dengan petroliam telah diguna untuk membeli senjata yang mereka halakan terhadap sesama sendiri.

Negara-Negara Kristian Katholik di Amerika Selatan
6. Negara Kristian Katholik di Amerika Selatan pula menghadapi masalah kerana, walaupun mereka sudah miskin, pemimpin-pemimpin mereka tetap berbelanja dengan boros khususnya untuk membeli senjata dan membangun projek yang besar-besar yang dicadangkan oleh konsultan dari negara-negara Barat.

7. Sementara keempat-empat kumpulan di atas sedang menghadapi krisis dan kemerosotan atau kemelesetan ekonomi kelumpok ke lima, yang terdiri dari kalangan negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi sistem pendidikannya tidak di dalam bahasa Inggeris, berjaya dengan lebihan dalam dagangan negara masing-masing.

Jepun - Bushido
8. Dalam mencari sebab-musabab negara Jepun maju dalam bidang ekonomi dan perdagangannya para penyelidik mendapati bahawa syarikat-syarikat Mitsubishi, Mitsui, Marubeni, Sumitomo dan Dai-Ichi Kangyo (C. Itoh). Apa yang menarik ialah ke lima-lima buah syarikat ini telah diasas atau disusun semula pada tahun 1873, iaitu 5 tahun selepas Peralihan Meiji (Meiji Restoration) pada tahun 1868. Pemimpin syarikat ini seperti Ichiro Iwasaki di Mitsubishi adalah seorang Ronin iaitu Samurai yang tidak bertuan atau tidak ada Shogun di atasnya.

9. Semua Ronin yang memimpin ke lima-lima syarikat gergasi ini yang digelar 'zaibatsu' tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan, tidak mempunyai ilmu sains dan teknologi dan tidak terdidik dalam bidang pengurusan. Yang ada pada mereka ialah semangat 'bushido' sebagai semangat yang ditanam dalam setiap anggota samurai.

Korea Selatan - Hwarang

10. Di waktu saya masih bekerja di Chartered Bank dan mengurus pinjaman untuk masyarakat tani saya telah dihubungi oleh wakil syarikat yang menjual mesin bajak Dae Dong dari Korea Selatan. Saya telah meminta Dae Dong supaya melantik syarikat usahasama antara Koperasi Shamelin Berhad dan Syarikat Insan Diranto Berhad, sebuah syarikat yang saya tubuhkan untuk petani-petani yang meminjam wang dari Chartered Bank, untuk menjadi ejen Dae Dong. Kesempatan adanya hubungan dengan peniaga Korea Selatan bernama Peter Oh saya telah pergi ke Korea Selatan. Selain bertemu dengan pengedar mesin bajak Dae Dong saya juga berjumpa kembali dengan pengasas syarikat Daewoo Corporation.

11. Pengasas Daewoo adalah pelanggan Chartered Bank, Seoul. Presidennya Kim Woo Chong dan abangnya Professor Kim Duk Chong dan beberapa orang ahli lembaga pengarah Daewoo telah saya ladeni pada tahun 1969 waktu mereka melawat Hamburg di Jerman Barat semasa saya menjadi Pengurus Bahagian Impot barang-barang Asia di Chartered Bank Hamburg. Pada waktu itu Daewoo hanya mempunya 50 buah mesin jahit, di bawah program Saemul Undong, dan kilangnya berdekatan dengan Pongmunjam di sempadan dengan Korea Utara. Mereka mempunyai 100 orang tukang jahit wanita yang membuat baju-baju mengikut ukuran dan fesyen baju-baju yang ternama di dunia. Baju-baju ternama dan bernama seperti Van Huezen telah dibeli di Jepun dan Hongkong dan dibawa balik ke Korea Selatan di mana baju-baju ini ditetas dan menjadi contoh kepada baju-baju yang dijahit di situ dengan mutu yang cukup tinggi. 10,000 helai baju yang sudah siap telah di bawa ke Hamburg dan saya telah perkenalkan mereka kepada Otto Versandt, iaitu sebuah syarikat pengimpot tekstil terbesar di Eropah untuk pasaran di sana.

12. Daewoo telah menjual semua 10,000 helai baju kepada Otto Versandt yang seterusnya telah membuka 'red-clause letter of credit' untuk Daewoo membekal baju seterusnya. Otto Versandt telah mengirim seorang pakar jahit Jerman untuk membantu Daewoo dan Daewoo juga telah membeli mesin jahit tambah dari pembekal di Jerman Barat. Bila saya melawat kilang Daewoo 9 tahun kemudian mereka sudah mempunyai 150,000 pekerja dan mereka sudah pun menjadi pembekal tekstil kepada Sears Roebuck dan J. C. Penny di Amerika Syarikat.

13. Melalui Peter Oh yang mengenali anak perempuan Presiden Park Chung Hee selaku Presiden Korea Selatan saya telah berpeluang melawat rumah Presiden 'The Blue House'. Pada waktu itulah saya mendengar kisah bagaimana Presiden Park Chung Hee telah melawat Kuala Lumpur sebaik sahaja beliau menggulingkan Presiden Singman Rhee. Presiden Park telah diberi taklimat di Bilik Gerakan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar di mana Tun Abdul Razak menjadi menterinya merangkap Timbalan Perdana Menteri. Di Bilik Gerakan inilah Presiden Park telah bertanya mengenai apa yang difikirkannya sebagai lukisan yang terpampang di papan taklimat. Tun Razak menjelaskan bahawa itu ialah sebuah ayat dari al Quran yang bermaksud 'Allah tidak merobah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu merubah dirinya sendiri.'

14. Ayat ini memberi kesan kepada Presiden Park sehingga di waktu melancarkan program Saemul Undong beliau menyatakan kepada pegawai-pegawai tingginya 'the religion of Muhammad has commanded that God shall not the fate of man until they change themselves.' Bagi Park Chung Hee ayat ini membawa maksud 'berdikari' yang menjadi selogan yang menggerak program pembaharuannya yang bernama 'Saemul Undong'.

15. Bila saya bertanya pada pengarah Saemul Undong apakah yang menjadi pendorong kepada kegiatan 'Saemul Undong' dan usaha perindustrian di Korea Selatan saya telah diberitahu bahawa ianya ialah semangat 'Hwarang'. Semangat Hwarang ini telah berjaya menyatupadukan rakyat Korea di zaman Maharaja Silla kira-kira seribu tahun dahulu dan telah membawa kejayaan kepada 'Armada Penyu' di bawah pimpinam Admiral Yi Sun Shin yang telah mengalahkan Shogun Toyotomi Hideyoshi di Kyushu, Jepun. Semangat Hwarang telah mendorong pejuang-pejuang di Korea untuk memiliki sifat amanah, berani, disiplin, rajin dan setia. Ianya sama dengan sifat-sifat yang dituntut oleh semangat Bushido.

Taiwan - Jinsheng

16. Di Taiwan pula saya kenal dengan Vincent Siow. Dulunya Vincent menjadi wakil sebuah syarikat milik Taiwan di Kuala Lumpur yang merupakan perwakilan bagi negara Taiwan. Waktu saya melawat Taiwan buat kali pertamanya Vincent Siow sudah menjadi Menteri bagi hal ehwah perusahaan kecil dan menengah termasuklah kraftangan. Vincent bertanggong-jawab memasarkan hasil kerjatangan dari Filipina yang diekspot keluar negeri, khususnya Amerika Syarikat, melalui Taiwan. Vincent kemudiannya menjadi Perdana Menteri Taiwan dan kini menjadi Naib Presiden negara itu.

17. Bila saya bertanya kepada Vincent kenapa Taiwan maju sedangkan negara Komunis China mundur. Kata Vincent pemimpin-pemimpin Taiwan terdiri dari kalangan orang-orang China sedangkan pemimpin Komunis China bukan China lagi kerana mereka itu komunis. Vincent menjelaskan bahawa pemimpin-pemimpin politik dan industri di China, yang betul-betul China mempunyai semangat Jin Shing. Saya dapat rumuskan bahawa semangat Jinsheng ini juga sama dengan semangat Bushido dan Hwarang yang menekan pentingnya amanah, berani, disiplin, rajin dan setia.

Arab - Muru'ah

18. Di waktu saya menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa saya sering berbincang dengan beberapa orang Professor mengenai pendirian ummat Islam yang begitu kuat mengkritik kaum Quraisy semata-mata kerana mereka telah menyerang Nabi kita sedangkan Nabi kita juga dari kaum Quraisy. Walau bagaimanapun mereka tidak menafikan bahawa hanya apabila kaum Quraisy mula menerima Islam barulah kegiatan dakwah begitu giat bersemarak sehingga akhirnya mempengaruhi ke seluruh dunia. Dalam mencari kekuatan pada sifat Quraisy terdapatlah semangat Muru'ah yang ada pada kaum Quraisy yang menyebabkan mereka begitu gigih menentang Islam sebelum mereka menerimanya tetapi semangat yang sama telah menyemarakkan Islam sebagai agama yang membawa pembaharuan keseluruh dunia. Semangat Muru'ah ini juga ternyata tidak mungkin wujud tanpa sifat amanah, berani, disiplin, rajin dan setia.

Aceh - Wasiat Raja

19. Dalam blog yang terdahulu saya telah mengisahkan mengenai Wasiat Sultan Aceh kepada pemimpin-pemimpin Aceh di waktu mendirikan Aceh Bandar Darussalam pada tahun 1507. Wasiat yang saya namakan 'The Aceh Code' sempena popularnya buku Da Vinci Code, mempunyai 21 kewajipan yang perlu dilaksanakan jika Aceh ingin maju. Mengenalisa 21 arahan yang diberikan itu saya dapat pecahkannya kedalam 5 sikap seperti yang diketengahkan dengan Bushido di Jepun, Hwarang di Korea, Jinsheng di Taiwan dan Muru'ah di kalangan masyarakat Arab di zaman kegemilangan yang lampau. Ianya ialah AMANAH, BERANI, DISIPLIN, RAJIN DAN SETIA.

Kesimpulan Bagi Rakyat Malaysia

20. Jika untuk membangun ekonomi dan negara syaratnya kita perlu mempunyai ilmu dalam bidang pengurusan perniagaan bermaknalah yang tidak berkelulusan demikian tidak berperanan sama sekali. Begitu juga yang bukan ahli sains dan mathematik. Apakah mereka dianggap tidak mempunyai peranan dalam membangun ekonomi dan negara?

21. Tetapi yang jelas ialah perosak ekonomi dan negara adalah terdiri dari kalangan mereka yang berkelulusan tinggi. Bagi yang berkelulusan rendah atau yang tidak berkelulusan langsung mutu pencurian, rompakan dan penipuan biasanya mudah dan tidak sofistikated. Itulah sebabnya kita lihat ekonomi negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Britainlah yang paling teruk sehingga bank-bank, syarikat insuran dan hartanah yang besar-besar, dengan tenaga profesional yang berkelulusan tertinggi dan berpengalaman menjadi penyebab kepada penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan penipuan terbesar.

22. Memanglah benar tanpa orang-orang berilmu negara sukar membangun. Tetapi dengan adanya pemimpin yang amanah, berani, disiplin, rajin dan setia sesebuah negara itu boleh mengupah pakar yang baik, yang tidak berani menyeleweng, walau pun bukan dari bangsa kita sendiri. Lebih baik bangsa asing yang tidak menyeleweng daripada bangsa sendiri yang durhaka.

23. Tetapi, yang terbaik sekali ialah jika kita mempunyai tenaga kerja, dari kalangan bangsa kita sendiri, yang berilmu dan beriman. Iaitu tenaga kerja yang mempunyai nilai-nilai murni yang di tuntut oleh semangat Bushido, Hwarang, Jinsheng, dan Muru'ah yang, bagi Melayu, yang berpegang kepada apa yang di wasiatkan oleh Raja-Raja Melayu 

8 comments:

Mohd said...

Orang Melayu harus melihat trend ini.
Kaum Cina akan mengundi DAP. Sebab mereka sudah sedar bahawa tidak bermakna menguasai 70% dpd ekonomi Malaysia sahaja. Kaum Cina mahu memerintah Malaysia spt yg berlaku di Singapura. Kaum Cina tidak boleh 100% memerintah Malaysia melalui parti2 MCA dan Gerakan dlm BN. Kaum Cina hanya boleh melalui DAP. Sebab DAP ada kaldai PAS utk mendapatkan undi orang2 Melayu. PAS akan hanya menganggukkan kepala dgn apa2 sahaja tindakan DAP. Tengoklah apa yg sedang berlaku di Penang dan Selangor sekarang.
Pakatan Rakyat dgn hanya DAP dan PAS akan menang besar di PRU13 nanti! Pada masa itu, Malaysia akan jadi sebuah republik spt Singapura. Kaum Bumiputera akan mengemis di negara sendiri spt apa yg berlaku di Singapura sekarang. DAP akan mengubah perlembagaan utk mencapai cita2 kaum Cina. Pada masa itu nanti orang Melayu akan menangis! Sudah terlambat. Nasi sudah jadi bubur!
Tahniahlah UMNO dan PAS yg bodoh.

coolooc said...

It is undeniable that malays are stupid, incapable and lazy. Why don't they just humbly admit the facts and repent and learn from other races especially Chinese?

What is the point to argue here and wasting time again?

From the first onwards we were merely telling the truths. It wasn't us who think that way but their own Badawi as well.

All malays should go and read the newspaper, even Badawi is ashamed of maintaining the NEP after 34 years of implementing it and these malay baboons are still asking for it.

Even Badawi wanted them to compete on a level playing field.

So what does all these tell the world? It sends a very clear message that it is malays themselves who are incapable and lazy and they don't even want to admit it and make a change!

That is the biggest shame of all.

Can't you see, it is all back to square one. Year in, year out, some talk for half an hour, some one, some two. Some sing, many belt out their most recent released 'pantun'.

After all. Malays are good at that. Suggestions after suggestions, some good, some impossible to realize.

But, do you see any of these materialised? Hardly. Why, why and why???

Because the malays can never change. Never! Why?

The leaders forgot it or were they simply didn't want to address and admit that the actual disease is the malays and the remedy itself is also, the malays. They can never change. What is it about the malays?

Firstly as you all know, they are a lazy species. Since the beginning of time they have been like that. Even the encyclopedia called them as lazy people. I think those British with their accent tried to call them 'malas', and if you put 'y' in, it becomes 'malays'.

Embracing Islam make them a worse lot. Now they have a license to kill anything that gets into their way.

Malays are ungrateful lot. In reality, they just can't live or open their minds for others. When Mahathir said that they are complacent, they put him in jail. When Mahathir encouraged them to learn English language, they got angry with him, saying it is a 'bahasa penjajah'.

When other races 'maju', they got angry with them too. That was why at the end of Mahathir his regime, he said this, "I have achieved greatness as a prime minister, but I only fail in one thing, changing the malays."

Well, nothing to be surprised about anyway since Mahathir is not really a malay, and I guess that was why the malays were angry with him.

Drug abuse, hate, incest, liberal extremism (culture of miniskirts and gay marriages), murder, parochialism, racism, rape, religious fanaticism, snatch theft, spoilt bratty behavior, tribalism, wife abuse, child abuse, all that is associated with the malay race.

To them, malay is the biggest impediment towards building a truly Malaysian nation, and should be chucked into the dustbins of history.

A genetically flawed race cannot be fixed by politically. Nature will take its course and globalization will put them out to pasture.

What have we got now?

Brain drain, economic disparity getting wider, poor education system, racial segregation, widespread corruption, inefficiency and uncompetitive on the government departments and others.

Sad. Sad. Sad. The question asked by many of my fellow Chinese is this - Why can't you just tell the malay peoples to adopt Chinese culture which is superior?

From research, this peninsular was part of the Siamese empire way before these malays from Indonesia invaded it.

Still so thick skin, don't want to go back to Indonesia!

Anonymous said...

Dato

Motivasi orang Melayu Malaysia mesti berpandu kepada Al Koran dan bukan budaya tok nenek mereka!


....wawa

Ramli Mohd Yunus said...

Orang Melayu Islam pun akan lari dari UMNO kalau judi bola diberikan lesen. Rasuah dan salahguna kuasa jadi mainan pemimpin Melayu.

Jangan cuba cari salah orang lain dan cari dalil. Betulkan kepimpinan Melayu dulu. Nanti Melayu dan Cina pun akan sokong.

Orang Melayu jangan terlalu sayik dengan teori Cina Melayu ini.

Anonymous said...

Wawa, hidup kita sebagai orang Islam memang harus berdasarkan Al-Quran dan hadith. Ayat pertama yang diturunkan ke dalam Al-Quran ialah 'Iqra''-Baca. Oleh itu, kita juga diwajibkan membaca untuk menimba ilmu daripada pengalaman & pengetahuan orang lain.

Anonymous said...

This cooloc is the same fellow who writes under various nics here and there, waking up early in the mornings, releasing his small-minded and utterly racist venom, barking like a mad dog.

We should simply disregard this barking mad dog.

He has been hit left, right and centre, his arguments debunked, his myth of "Chinese superiority" laughed at.

He was told to read Professor Wang Gung-wu's writings one of which said that the mainland Chinese saying for hundreds of years until the 17th Century that only Chinese in "the Middle Kingdom" were civilised and others outside were barbaric was a myth.

This deluded and mentally deranged fellow was also walloped in a comment in an earlier post in this blog.

Elsewhere, he was walloped in Jebat Must Die blog, in Dinturtle blog, in Kempen SSS blog using the names of "cool man", "aston" etc - see

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/2010/04/30/give-me-what-i-want-then-only-i-give-what-the-country-wants-can-we-get-unity-that-way-sss-unity-series-no-1/#comments.

Catatan Petani said...

Guten Morgen. Ich mag lesen Sie schriftlich, Tan Sri. Danke.

Anonymous said...

saudara cooloc:

your diatribe, which includes saying things like malays are a genetically 'flawed' lot, sounds a lot like Hitler's speeches saying that all other races that are not Aryan are just like dogs.

If this is your stance, and you claim to be a Malaysian, then god save us all.