Monday, August 3, 2015

ANTARA BERPOLIGAMI & BERNIAGA

HAK ISTERI YANG HENDAK DIMADUKAN

1. Malaysia adalah sebuah negara yang ada peraturan menikah yang memerlukan izin isteri pertama jika ianya hendak dimadukan. Saya tiada pengalaman dan kurang pasti jika surat dari dua orang isteri diperlukan jika sang suami ingin menikah buat kali ketiga. Apatahlagi jika pernikahan itu untuk kali keempat. Perlukah 3 surat persetujuan?
 
2. Waktu saya menjadi salah seorang rakan kongsi dalam syarikat SAZARA Sdn. Bhd. (SA - Sanusi; ZA - Zain dari Filem Negara; R - P. Ramlee dan A - SN Dato' Abdullah Husin), untuk membuat filem motivasi Melayu seperti filem Hong Kong bernama 'One Arm Swordsman' yang dilakunkan oleh Wang Yu, P. Ramlee pernah memberitahu saya bahawa yang susah ialah menguruskan perkahwinan kedua; bila itu sudah lut, yang ketiga itu isteri pertama pun boleh tolong cari untuk menyakitkan hati isteri kedua, dan isteri keempat akan diusahakan oleh isteri pertama dan kedua supaya padan muka isteri ketiga.  
 
3. Pada awal tahun 1970an peraturan memerlukan izin isteri terdahulu sebelum boleh menikah seorang lagi tidak pernah saya dengar. Oleh itu di waktu saya menjadi pegawai bank dahulu dan bertanggungjawab  ke atas pinjaman kepada 25 ribu orang penanam padi di Perlis, Kedah dan Seberang Prai ramailah dari peminjam wang, yang telah menyelesaikan hutang dan ada wang simpanan yang cukup, yang menikah dengan isteri kedua tanpa sebarang halangan.

4. Pada tahun 1973 saya diberitahu sekitar 3 ribu orang pemegang saham SYARIKAT INSAN DIRANTO BHD yang meminjam wang melalui saya, telah berpoligami. Insan Diranto Bhd. ialah nama syarikat milik petani yang meminjam yang sahamnya dijadikan cagaran apabila nilainya mencukupi.
 
5. Memperbanyakkan isteri bagi mereka yang tinggal di luar bandar adalah perkara yang selari dengan tabiat Melayu, yang suka menambah atau mengulangi, apabila sudah berminat dengan satu-satu benda, menggemari satu-satu perkara atau menikmati satu-satu pengalaman.

KEGEMARAN KERETA
ATAU
MOTOSIKAL YANG SAMA JENIS

Saturday, August 1, 2015

KEBAIKAN 1MDB

Dalam satu grup WhatsApp saya terbaca catitan berikut dari Ganseh LUCKY STAR:

Nampak tak?
 
Nampak!!!!!!!!
 
Tipu tabung haji - Melayu xde hal
 
Tipu 1MDB - Melayu xde hal
 
Tipu NFC - Melayu xde hal
 
Tipu MARA - Melayu xde hal.
 
TIPU BELI HANDPHONE - Satu Malaysia Melayu turun.
 
Terbukti bukan UMNO atau PAS yang boleh menyatupadukan orang Melayu tetapi HANDPHONE OPPO.
OPPO Berjaya menyatukan Melayu.
 
Tapi sekarang bagaimana semua bangsa yang menjadi rakyat Malaysia boleh bersatu.
 
Nampak tak?

Nampak!!!!!!!!
 
1MDB yang boleh buat semua bangsa dalam
Malaysia bersatu.
 
OPPO menyatupadukan Melayu
 
1MDB menyatupadukan semua bangsa rakyat Malaysia.
 
Semua orang bersatu HENTAM 1MDB.

Wednesday, June 3, 2015

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Assalaamu'alaikum and Good Day to all readers.

A FILM ON TUN DR. M.
 
Ms. Jen Nie wrote to me recently asking for an interview on Tun Dr. Mahathir Mohamad. The others whom she had interviewed included Tan Sri Abdullah Ahmad, Dato' Din Merican, Professor Khoo Kay Kim, Tan Sri Zainuddin Maidin and Dato' Dominc Puthucheary. I am glad to be included as the next person after these more knowledgeable, colourfull and dignified personalities. The interview is meant to be for a film on Tun Dr. Mahathir during his years in political wilderness (1969-1972) in which the book "The Malay Dilemma" was written.  Jen Nie wrote:
 
"What we like to explore is how the narrative - from May 13, 1969 to the announcement of the NEP and everything in between markedly rewrote Malaysian history to the extent that this narrative has appeared to be almost too difficult to challenge today."
 
Tun Dr. Mahathir will be the leading character in this film.
 
In reply to Ms. Yen NIe's message of May 21, 2015 I replied:
 
"Thank you Yennie for your interest in interviewing me. As I was working and studying in Hamburg, West Germany, following my period of study in London, I was actually not in Malaysia when May 13th incident took place. When I contested in the General Election, as a Barisan Nasional candidate in 1974 I was not a member of UMNO, i.e. after having registered as a member on 13th October, 1963 when I was apprenticed with The Chartered Bank in Seremban. Out of 199 articles that I have posted in my blog sanusijunid.blogspot.com 11 articles are related to Tun Dr. Mahathir Mohamed. I suggest that you read these articles first before we meet in order that you can economize your time and I too will not have to repeat all the boring things that I have written. The following are the titles of the articles and the dates of submission into my blog."
 
When I mentioned this request by Ms. Yen Nie, a friend said that he was not aware that I have written so much on Tun Dr. Mahathir. I therefore suggest that you read the following articles before you see the edited film. You may want to ask questions and write your comments on the subject. Thank you.
 
The following are the linkages for the titles of 11 articles and the dates of submission into this blog on Tun Dr. Mahathir Mohamad:
  1. Menjadi Seorang Perdana Menteri - April 21, 2010: http://sanusijunid.blogspot.com/2010/04/menjadi-seorang-perdana-menteri.html
  2. Mahathir - Dari Kaca Mata Sahabat - March 10, 2011: http://sanusijunid.blogspot.com/2011/03/mahathir-dari-kaca-mata-sahabat_10.html
  3. Tun Dr. Mahathir dalam Majlis Ramah Mesra dengan Tokoh-tokoh Aceh Nusantara - May 20, 2011: http://sanusijunid.blogspot.com/2011/05/tun-dr-mahathir-dalam-majlis-ramah.html
  4. Konvokesyen UUM Pada 1hb Oktober 2011 - Oct 3, 2011: http://sanusijunid.blogspot.com/2011/10/konvokesyen-uum-pada-1hb-oktober-2011.html
  5. Acceptance Speech on Conferment of Professorship at Nanjing University, China - August 27, 2012: http://sanusijunid.blogspot.com/2012/08/11-12-1996-acceptance-speech-on.html
  6. Siapa Perdana Menteri - Dec 12, 2012: http://sanusijunid.blogspot.com/2012/12/siapa-perdana-menteri.html
  7. Nota Pengkisahan Perdana Menteri Malaysia: April 4, 2013: http://sanusijunid.blogspot.com/2013/04/nota-pengkisahan-perdana-menteri.html
  8. The Paris Air Show - Jan 2, 2014: http://sanusijunid.blogspot.com/2014/01/the-paris-air-show.html
  9. He Is Not That Easy To Forget - June 28, 2014: http://sanusijunid.blogspot.com/2014/06/he-is-not-that-easy-to-forget.html
  10. Dari Negara Pertanian ke Negara Industri - October 19, 2014: http://sanusijunid.blogspot.com/2014/10/dari-negara-pertanian-ke-negara-industri.html

 Thank you.

Saturday, May 30, 2015

TAJUK FITNAH DALAM KHUTBAH JUMA'AT

INNALILLAAHI WAINNA ILAIHI ROOJI'UN
 
Suboh Juma'at saya dapat penggilan telefon dari Patria anak Sasterawan Negara Alllahyarham Dato' Abdullah Husin. Beliau memberitahu bahawa Mak Cik Puan Sri Rogayah Abdul Rashid telah kembali kerahmatullah dan telah dimandi dan dikafankan di rumah sakit dan sudah pun dibawa keruma. Saya pun menelepon besan saya Hj. Zakaria dan melaluinya mendapat persetujutuan Haji Bakar untuk dikebumikan di Perkuburan Bukit Kiara kita-kira pukul 11 pagi setelah di solat jenazah yang diimamkan oleh Ustaz Hussin Yee. Sama-samalah kita do'akan semoga ibadat Allahyarhamah diterima oleh Allah swt, diampun segala dosanya dan Allahyarhamah ditempatkan bersama mereka yang dirahmati Allah swt.

Kerana saya sampai terlalu awal maka hanya ada beberapa orang sahaja yang sedang membaca Yaasin di sisi jenazah. Selesai membaca surah Yaasin saya lihat tiga orang telah keluar dari anjung rumah dan dua darinya duduk semeja di luar pintu. Saya pun turut keluar duduk semeja dengan dua orang yang tidak saya kenali. Mereka pun tidak mengenali saya sehingga saya memperkenalkan diri setelah lama bercakap-cakap dengan nada yang rendah kerana mengormati jenazah.
 
MENGHORMATI JENAZAH
 
Tiba-tiba seorang yang kelihatana 'smart' dan sihat berpakaian baju Melayu telah datang kepada saya, tanpa salam, dan bertanya, 'How old are you?'. Saya pun beritahu umur saya hampir 72 tahun. Dia tidak bercakap, terus berpaling dan berjumpa dengan seorang yang lain. Setelah beberapa minit dia datang lagi dan dengan nada yang lantang berkata 'Apa jadi kat Negara ini? Ini semua golongan awak dan Mahathir yang salah. Mahathir baru sedar sekarang ini. Mahathir dan awaklah yang mendidik pemimpin negara yang jadi seperti yang ada sekarang ini.'

Saya jadi terpegun.

Wednesday, May 20, 2015

ALTANTUYA - KENAPA TIMBUL SEMULA

KEBANGKITAN SEMULA YANG SUDAH PERGI
 
Kita ditanya oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abd. Razak, 'Kenapa kes Altantuya timbul semula' sedangkan kes itu telah melalui proses penghakiman mahkamah begitu lama dan yang membunuh sudah pun didapati bersalah.
 
Soalan Dato' Seri Najib kelihatan 'logical' atau munasabah jika dipandang dari sudut Altantuya Shaaribuu itu seorang warganegara asing, yang bekerja di luar negaranya, dan pembunuhannya juga sudah berlaku 9 tahun yang lalu. Bidang kerjanya pun tidak jelas.
 
Yang jelas ialah Dato' Seri Najib ingin supaya kes Altantuya dilupakan.
 
Apatahlagi dengan adanya gelombang politik yang sangat mencabar yang sedang dilaluinya di masa ini.
 
Memang manusia umumnya akan melupakan pembunuhan yang sudah lama berlaku sebagaimana ratusan ribu umat Islam yang terbunuh di negara-negara Islam yang kini sudah dilupakan walaupun jangkamasa pembunuhan belaku kemudian dari dibunuhnya Altantuya.
 
Jika kita berpendidikan Barat kita tentu sudah lama melupakan, atau memaafkan, pembunuhan ratusan ribu orang asli di Amerika Syarikat, 'The Red Indians', oleh penjajah Anglo-Saxon, dan lain-lain pendatang Eropah, yang lari dari Eropah untuk mencari rezeki dan peluang baru bagi memenuhi 'The American Dream.'
 
Tetapi bukan semua manusia boleh melupakan sesuatu jika ianya terkena ke atas dirinya sendiri, walaupun yang merasa bersalah ingin supaya yang terkena itu boleh melupakan. Biasa juga satu-satu kekejaman yang lama dulu berlaku boleh dimaafkan walau pun tidak semestinya dilupakan.

PERJUANGAN BUMIPUTERA DI AMERIKA SYARIKAT

Monday, May 18, 2015

WANG ITU RAJA

'CASH IS KING'

DARI HAIRAN DAN TERKEJUT TERUS MENJADI TRAUMA

Saya agak kehairanan apabila membaca di dalam web kenyataan Tun Dr. Mahathir mengatakan Dato' Seri Najib menganggap  'Cash is King' yang bermakna 'Wang itu Raja'. 
 
Kehairanan saya menjadi satu kejutan apabila mendengar Tun Dr. Mahathir di dalam pertemuannya dengan media, setelah berucap di Ipoh pada hari Sabtu 16hb Mei, 2015 mengesahkan kenyataannya bahawa kenyataan 'Cash is King' itu telah disebut oleh Dato' Seri Najib apabila Tun Dr. Mahathir menegurnya mengenai program BRIM yang diberi untuk mendapat sokongan rakyat. 
 
Kejutan saya menjadi satu 'trauma' apabila saya mengetahui bahawa BRIM atau satu dari tiga sebab yang Malaysia disenaraikan sebagai salah sebuah Negara yang amalan rasuah antara 10 Negara tertinggi di dunia.

Kenyataan 'Cash is King' atau 'Wang itu Raja' adalah lanjutan dari fahaman 'ekonomi pasaran' yang diamalkan oleh mereka yang mempercayai bahawa pasaranlah faktor terpenting untuk mendapat sokongan atau menentukan kedudukan. Sesuatu atau seseorang yang berwang sajalah yang boleh menjayakan dirinya di pasaaran.
 
Jika barang yang kita jual itu ialah sesuatu yang bermutu tinggi maka ketingginan mutunyalah yang menentukan kejayaannya barang itu di pasaran.  Ini bererti, tanpa menawarkan barang yang bermutu sekalipun, tetapi kita terus memberikan duit, tanpa bersusah payah menjual barang, maka kita boleh membeli sokongan rakyat. 
 
Oleh itu orang kaya sajalah lah yang boleh menjadi raja yang memerintah dengan wang yang banyak ada padanya.
 
Ini bererti sistem 'monarchy' tidak membolehkan seseorang itu menjadi raja yang sebenarnya, tetapi orang politik yang berduitlah yang boleh menjadi raja.
 
Di masa Negara kita masih dijajah seseorang yang dipandang tinggi dan menjadi popular di hati rakyat ialah mereka yang menentang penjajaahan.
 
Di waktu kita masih miskin maka tokoh yang popular, atau laku di pasaran mata rakyat, ialah seorang yang berusaha mencari jalan untuk membasmi kemiskinan.
 
Di waktu kita masih kuraang ilmu pengetahuan maka pejuang bangsa yang mementingkan usaha meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan rakyat menjadi jaguh yang di cintai oleh rakyat.
 
Di waktu iman kita masih lemah maka guru-guru dan pemimpin-pemimpin institusi ugama dipandang mulia di kalangan rakyat.
 
Di waktu kita mempunyai ramai sasterawan dan budayawan maka perjualangan mereka juga dipandang mulia oleh masyarakat.
 
Malangnya, kerana tumpuan kita pada berbagai jenis bidang perjuangan, khususnya ekonomi dan pendidikan, secara terpisah dari ilmu sejarah bangsa dan nilai-nilai murni dalam ugama kita maka kejayaan kita dalam bidang pelajaran telah membuat manusia yang dulunya mencuri telor ayam kini sudah pandai mencuri khazanah dan kekayaan negara.
 
Manusia yang dulunya bersyukur kepada Allah swt apabila mendapat sesuatu nikmat kini mendabik dada kerana kepandaiannya.
 
Bagi manusia yang sudah tidak terjajah lagi, tidak mengenal kemiskinan, berpendidikan pula, lalai mengerjakan fardhu ainnya dan berbudaya barat, maka, oleh kerana yang ada padanya hanyalah wang, maka untuk menawan hati rakyat ringgitlah yang dapat disumbangkan..
 
Dari keadaan beginilah muncul idea 'Cash is King' atau 'Wang itu Raja.'
 
Tetapi, kita janganlah lupa bahawa dalam konteks 'Cash is King' inilah juga terbawa erti 'The Nation is for Sale' to the highest bidder. Na'uzubillah. Wallahu'aklam.

Monday, April 6, 2015

BILA MELAYU MULA MERAPU

APAKAH MERAPU HOBI BANGSA?
 
Bangsa yang maju di dunia ialah bangsa yang, antara lain, mempunyai sifat  Amanah, Berani, Disiplin, Rajin dan Setia. Tidak ada sifat merapu di kalangan pemimpin dari bangsa yang maju.
 
Walaupun bukan semua rakyat di kalangan bangsa, dalam satu-satu negara, yang maju itu mempunyai sifat ABDRS (Amanah, Berani, Disiplin, Rajin dan Setia) tetapi sejumlah yang mencukupi dari kalangan pemimpin mereka mempunyai sifat ABDRS ini. Begitulah pendapat tokoh Taiwan yang saya perkenalkan dalam masukan blog ini atas tajuk FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA.
 
Dunia kini sedang menghadapi masalah ekonomi dan keamanan yang terus terancam.
 
Dalam keadaan dunia yang bergelora ini ada kumpulan-kumpulan, di sana-sini, yang secara berterusan memberi perhatian, dalam usaha (a) mencari dan mendalami ilmu pengetahuan, (b) membina rumah-tangga yang bahagia dengan anggota keluarga yang boleh memberi harapan kepada masa depan mereka, (c) membina institusi atau organisasi politik, ekonomi dan masyarakat.
 
Sementara orang lain sedang merancang dan berusaha untuk memperbaiki diri dan institusi mereka, bangsa Melayu, termasuk saya, sedang lalai dengan telatah mengamok, latah dan merapu yang menjadi-jadi dan tidak menguntungkan diri, bangsa, negara, ugama dan umat.

DEMOKRASI DITRANSFOMASIKAN