Monday, October 3, 2011

KONVOKESYEN UUM PADA 1HB OKTOBER 2011


UCAPAN TERIMA KASIH ATAS PENGANUGERAHAN  IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (POLITIK DAN PEMBANGUNAN) DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK, KEDAH PADA 1HB OKTOBER, 2011 SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-24.
ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARRAKAATUH
DAN SELAMAT PAGI KEPADA HADIRIN HADIRAT SEKALIAN.

BISMILLAAHIRRAHMANIRRAHIIM.

UCAPAN MENJUNJUNG KASIH
MENGHADAP KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU CANCELOR, DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTANAH KEDAH;
AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN SEMBAH PATIK POHON DIAMPUN;
PATIK MENJUNJUNG KASIH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU ATAS BERKENANNYA KEBAWAH DULI TUANKU MENANUGERAHKAN IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH (POLITIK DAN PEMBANGUNAN) KEPADA PATIK YANG TIDAK SEPERTINYA INI;
PENGHARGAAN INI MENJADI BERTAMBAH BERMAKNA KERANA YANG MENYAMPAIKAN ANUGERAH IALAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUABKU, IAITU RAJA BAGI NEGERI DI MANA PATIK DILAHIRKAN.

AMPUN TUANKU;
PATIK MEMOHON LIMPAH PERKENAN KEBAWAH DULI TUANKU UNTUK BERUCAP SEPATAH DUA KATA KEPADA HADIRIN-HADIRAT SEKALIAN;
AMPUN TUANKU;

UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH



YANG BERHORMAT DATO' HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL, WAKIL MENTERI BESAR KEDAH;

YANG TERAMAT MULIA TUNKU LAKSAMANA KEDAH;
YANG TERAMAT MULIA TUNKU PANGLIMA BESAR DATO` SERI TUNKU PUTERI INTAN SHAFINAZ;

YANG ARIF DATO' MOHD AZMAN BIN HUSIN, HAKIM MAHKAMAH TINGGI ALOR SETAR;
 YANG AMAT ARIF DATO' WIRA SYEIKH YAHYA BIN HAJI JUSOH, KETUA MAHKAMAH SYARI'E; 


YANG BERHORMAT AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH DAN ISTERI;


YANG BERHORMAT DATO' SERAJA SETIA DATO' PADUKA HAJI RASLI BIN BASIR, SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DAN YANG BERBAHAGIA DATIN PADUKA NORMAH BINTI ABDULLAH;


YANG AMAT BERBAHAGIA TUN DATO' SRI (DR) AHMAD FAIRUZ BIN DATO' SHEIKH ABDUL HALIM, PRO-CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DAN YANG AMAT BERBAHAGIA TOH PUAN DATIN MAZNI BINTI MOHAMED NOOR;


YANG BERBAHAGIA DATO' HAJI NOH BIN HAJI YAHYA, PEGAWAI DAERAH KUBANG PASU;


YANG BERBAHAGIA TAN SRI RAFIDAH BINTI AZIZ, PENERIMA IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH (PERDAGANGAN ANTARABANGSA) DAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMED BASIR BIN AHMAD;


AHLI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA;


YANG BERBAHAGIA PROFESOR DATO' DR. MOHAMED MUSTAFA BIN ISHAK, NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DAN YANG BERBAHAGIA DATIN NORHAYATI BINTI NAZRI;
NAIB-NAIB CANCELOR, REKTOR-REKTOR UNIVERSITI TEMPATAN DAN LUAR NEGARA ATAU WAKIL DAN ISTERI; 

AHLI SENAT, PROFESOR-PROSEFOR;

TAN SRI-TAN SRI, PUAN SRI-PUAN SRI, DATO'-DATO', DATIN-DATIN, DIF-DIF JEMPUTAN;


WARGA AKADEMIK DAN PENTADBIRAN, GRADUAN, IBU BAPA, AHLI KELUARGA SERTA HADIRIN HADIRAT YANG SAYA HORMATI SEKALIAN.
SAYA UCAPKAN TAHNIAH KEPADA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, KERANA JASA MEWUJUDKAN RIBUAN GRADUAN, UNTUK KONVOKESYEN YANG KE-24 YANG BERMULA PADA HARI INI.
TAHNIAH JUGA KEPADA PARA GRADUAN YANG AKAN MENGHARUNGI HIDUP BARU, MENJADI TULANG BELAKANG MASYARAKAT  YANG BERSEMANGAT DAN BERWAWASAN.
PADA KESEMPATAN INI SAYA, DENGAN RENDAH DIRI, MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH KEPADA NAIB-CANCELOR DAN SENAT KERANA MENGANGKAT NAMA SAYA UNTUK DIPERKENAN MENERIMA IJAZAH KEHORMAT FALSAFAH (POLITIK DAN PEMBANGUNAN). INI ADALAH SATU PENGHARGAAN YANG SANGAT BERMAKNA DALAM HIDUP SAYA, DAN SAYA BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT. ATAS PENGANUGERAHAN INI. 

TERIMA KASIH SAYA KEPADA PENGARAH INSTITUT PEMIKIRAN TUN DR. MAHATHIR YANG TELAH MENGESAHKAN MENGENAI DIRI SAYA.

MENJADI AHLI UMNO)
PENGHARGAAN HARI INI MEMBAWA KENANGAN SAYA KEMASA SILAM BILA SAYA MULA MENJADI AHLI UMNO PADA 13 OKTOBER, 1963, DI WAKTU ITU PERDANA MENTERI IALAH YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA.
SEHARI SEBELUM ITU SAYA TELAH MEMULAKAN TUGAS SEBAGAI PEGAWAI PELATIH DI THE CHARTERED BANK, SEREMBAN. 

ALLAHYARHAM SAUDARA ABDUL MAJID BIN BABA, PEMBANTU PEJABAT SAYA DI BANK, IALAH PADA MASA ITU IALAH KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN SEREMBAN BANDAR.
WALAU PUN SAYA DI ATASNYA DALAM BANK TETAPI SAYA DENGAN SUKARELA MENJADI BAWAHANNYA DI DALAM UMNO SEBAGAI JURUTAIP, UNTUK MENAIP MINIT MESYUARAT PEMUDA UMNO CAWANGAN.
MAJIDLAH YANG MEMBONCENG SAYA DI BELAKANG VESPANYA UNTUK PERGI KE MAJLIS-MAJLIS DI MANA TOKOH-TOKOH POLITIK MEMBERI UCAPAN


TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ

PERSAHABATAN SAYA YANG SANGAT UNIK DENGAN SEORANG BAWAHAN SAYA TELAH MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA UNTUK PERTAMA KALI BERTEMU DENGAN BAPA KEMERDEKAAN YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA DI WAKTU PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, DI BAWAH PIMPINAN DATO` SENU ABDUL RAHMAN, MENGADAKAN KONVENSYEN PERTAMA DI MORIB PADA TAHUN 1965.
PERKARA BEGINI BOLEH BERLAKU DI MASA LAMPAU DI MANA STATUS TIDAK MENJADI FAKTOR YANG PENTING.

PERPADUAN - DALAM POLITIK DAN EKONOMI
SEBELUM SAYA MENJALANKAN 'APPRENTICESHIP' DI THE CHARTERED BANK SEREMBAN SAYA BELAJAR DI KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR.

SAYA TELAH DIBERI, OLEH DATO` SAUDARA SAYA, SEBUAH BUKU KARANGAN HAMKA YANG BERJUDUL `REVOLUSI UGAMA.`.
BUKU INI MENUNTUT SUPAYA SEGALA GERAK-GERI MANUSIA BERPANDUKAN KEPADA UGAMA. BUKU INI JUGA MENYATAKAN BAHAWA SEMUA MASALAH UMAT ISLAM DALAM KEGIATAN POLITIK, EKONOMI DAN MASYARAKAT BOLEH DISELESAIKAN DENGAN PERPADUAN.
SEBAGAI SETIAUSAHA BADAN UGAMA KOLEJ MELAYU SAYA TELAH MEROBAH NAMA BADAN ITU KEPADA `BADAN REVOLUSI UGAMA` DAN SEKALIGUS MEWUJUDKAN SATU KUMPULAN PELAJAR YANG DIBERI NAMA `MARAMUNJANGAN`, GABUNGAN DARI TIGA PERKATAAN `MARA, MUNDUR JANGAN`.
PEMIMPIN-PEMIMPIN BADAN REVOLUSI UGAMALAH YANG KEMUDIAN MEMAINKAN PERANAN UNTUK MENGGERAKKAN ABIM SETELAH DITUBUHKAN; DAN EMPAT ORANG DARI 22 ORANG ANGGOTA MARAMUNJANGAN ( DATO` DR. RAMLI UJANG, DATO` ZAHARI SULAIMAN DAN SDR. SYED HIZAM AL BAITY ) TELAH MENGASASKAN KOPERASI SHAMELIN.

TUN ABDUL RAZAK BIN DATO` HUSSEIN

SEBELUM MENJADI AHLI PARLIMEN SAYA GIAT DI DALAM MAYC, ABIM, SHAMELIN DAN PROGRAM KEREDIT UNTUK PENANAM PADI DI UTARA MALAYSIA.
TUN ABDUL RAZAK SANGAT BERMINAT DALAM KETIGA KEGIATAN INI.

BELIAU ADALAH SEORANG PEMIMPIN YANG SANGAT MEMBERI PERHATIAN, DAN BERMINAT, UNTUK MEMILIH MUDA MUDI SEBAGAI PELAPIS DALAM KEPIMPINAN NEGARA.
KERANA MINAT BEGINILAH MAKA TAN SRI RAFIDAH AZIZ DAN SAYA TELAH DIJEMPUT UNTUK BERPERANAN DALAM UMNO.
UMUR KAMI HAMPIR SAMA DAN ANAK SULUNG KAMI SAMA-SAMA BELAJAR DI SEKOLAH SRI PETALING, PETALING JAYA , DI MANA TAN SRI RAFIDAH GIAT MENYUMBANG DI DALAM KEGIATAN PIBG SEMASA BELIAU AKTIF DI DALAM POLITIK;  ISTERI SAYA, KEMUDIANNYA, TELAH BERKESEMPATAN MENERUSKAN USAHANYA. SAYA DUDUK DI KIRI TAN SRI RAFIDAH DI DALAM KABINET SELAMA SEKITAR 15 TAHUN. SAYA SUNGGUH GEMBIRA APABILA TAN SRI RAFIDAH AZIZ DAN SAYA BERSAMA-SAMA DIANUGERAHKAN IJAZAH KEHORMAT PADA HARI INI.

IANYA SESUAI DENGAN SELERA TUN UNTUK MEMAJUKAN BUMIPUTERA.
SETELAH KEMBALI DARI SWEDEN DI MANA TUN ABDUL RAZAK MELIHAT KEMAJUAN KOPERATIVA FORBUNDET, BELIAU MERASMIKAN HARI PELADANG DAN BELIAU TELAH MERUJUK KEPADA PERKEMBANGAN KEGIATAN KOPERASI SHAMELIN YANG MEMPUNYAI 70 BUAH RANGKAIAN KEDAI RUNCIT DI SELURUH NEGARA, PADA WAKTU ITU.



PERANAN TENTERA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
SEKETIKA DULU SAYA TELAH MENULIS SEBUAH ARTIKEL UNTUK BERITA MINGGU MENGENAI PERANAN ANGKATAN BERSENJATA DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI DI JEPUN, KOREA SELATAN DAN TAIWAN.
ARTIKEL TERSEBUT TELAH MENARIK PERHATIAN PIHAK KEDUTAAN INDONESIA YANG MENGIRIM SALINANNYA KEPADA PERSATUAN BEKAS PERAJURIT INDONESIA DAN DITERBITKAN JUGA DALAM SURATKHABAR KOMPAS DI SANA.
TERNYATA SALINAN BERITA YANG SAMA DI SANA TELAH DIKIRIM KEMBALI KE MALAYSIA KEPADA TUN ABDUL RAZAK. YANG PADA WAKTU ITU JUGA MENJAWAT JAWAATAN MENTERI PERTAHANAN.

SUSULAN DARI ITULAH TERTUBUHNYA LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA. SAYA. SAYA BANGGA MENGENANG HASIL KEPIMPINAN TUN ABDUL RAZAK/.

DALAM USAHA TUN RAZAK UNTUK MELATIH ORANG MUDA, SAYA TELAH DILANTIK UNTUK MENJADI AHLI LEMBAGA PENGARAH FELDA DAN BANK SIMPANAN NASIONAL KEMUDIAN MENJADI AHLI LEMBAGA PENGARAH PERTAMA LTAT.

BELIAU TELAH MENDEDAHKAN, YANG DARI DUNIA SWASTA, KEPADA PENTADBIRAN KERAJAAN.
TAWARAN TUN ABDUL RAZAK UNTUK BERTANDING DALAM PILIHANRAYA TAHUN 1974 TELAH SAYA TERIMA.

KERANA TUN ABDUL RAZAKLAH SAYA MENJADI AHLI PARLIMEN DAN PADA MASA YANG SAMA MENJADI PENGURUS BANK DARI TAHUN 1974 HINGGA TAHUN 1978, HINGGALAH MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENJADI PENGURUS SHAMELIN SEPENUH MASA.

MALANGNYA KEPIMPINAN TUAN RAZAK SANGAT PENDEK; KEPERGIANNYA ADALAH SATU KEHILANGAN YANG BESAR.

TUN HUSSEIN BIN DATO` ONN

BILA TUN HUSSEIN ONN MENJADI PERDANA MENTERI DAN TUN DR. MAHATHIR MENJADI TIMBALANNYA SAYA TELAH DILANTIK MENJADI TIMBALAN MENTERI.
KOPERASI SHAMELIN SEDANG MENGHADAPI CABARAN YANG BESAR.

UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH TERSEBUT PIHAK KERAJAAN DENGAN SOKONGAN TUN DR. MAHATHIR TELAH MENYUMBANGKAN SEKEPING TANAH DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN UNTUK PROJEK PERUMAHAN, DENGAN MODAL HASIL PENJUALAN SAHAM TUGU INSURAN.

DI ATAS TANAH INILAH SHAMELIN BANGUNKAN TAMAN SHAMELIN PERKASA, DI CHERAS, KUALA LUMPUR  SECARA USAHASAMA DENGAN HYUNDAI YANG DIPIMPIN OLEH MBAK LEE PRESIDEN KOREA SELATAN SEKARANG.

BAGI AHLI MAYC DAN PEMEGANG SAHAM SHAMELIN BANTUAN TUN HUSSEIN ONN SANGATLAH BESAR DAN SUKAR DILUPAKAN.

TUN HUSSEIN TELAH MELULUSKAN LESEN UNTUK TUGU INSURAN SECARA ISTIMEWA, SEDANGKAN PADA WAKTU ITU PENGELUARAN LESEN INSURAN TELAH DIBEKUKAN.

DARI KEUNTUNGAN PENJUALAN SEMUA SAHAM DALAM TUGU INSURAN, SELAIN SHAMELIN, MAYC JUGA DAPAT MENAMBAH DANA UNTUK MEMBINA SEBUAH LAGI BANGUNAN DI SAMPING WISMA BELIA YANG DINAMAKAN WISMA TUNKU KERANA MEMPERINGATI JASA BAPA KEMERDEKAAN KITA.

UNTUK MAKLUMAT NAMA TUGU INSURAN KINI BERUBAH MENJADI ARAB MALAYSIA INSURAN.

PADA HARI RAYA PERTAMA, SETELAH MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN TIMBALAN MENTERI DI ISTANA NEGARA SAYA TELAH PERGI KE RUMAH TUN HUSSEIN 10 MINIT SEBELUM ACARA RUMAH TERBUKA. MELIHAT SAYA TUN HUSSEIN TERUS BERTANYA NAMA SAYA DAN DARI MANA SAYA DATANG. BELIAU TERKEJUT BILA SAYA KATAKAN DARI KEDAH KERANA BEGITU JAUH UNTUK BERHARI RAYA DENGANNYA DI KUALA LUMPUR.

HANYA APABILA SAYA MEMBERITAHU KERJA SAYA SEBAGAI TIMBALAN MENTERI BARULAH TUN HUSSEIN TERINGAT DAN BELIAU BERKATA `TUN RAZAK SELALU SEBUT NAMA AWAK.`

BERMAKNALAH, SEBAGAI PERDANA MENTERI, TUN HUSSEIN BOLEH MEMBUAT PERLANTIKAN SESIAPA SAJA BERASASKAN LAPORAN TANPA MENGENAL YANG DILANTIK SECARA PERIBADI.

SAYA BERNASIB BAIK KERANA MENJADI TIMBALAN MENTERI DI KEMENTERIAN KEMAJUAN TANAH DAN KEMAJUAN WILAYAH DI MANA MENTERINYA IALAH TAN SRI ABD. KADIR YUSOF SEORANG MENTERI YANG BIJAK DAN BERPENGALAMAN, YANG PERNAH MENJADI PEGUAM NEGERA.

DI WAKTU SAYA MELAWAT SEBUAH RANCANGAN FELDA DI KETENGAH TRENGGANU SAYA TELAH NAIK KE ATAS BUMBUNG KERETA UNTUK BERHUJJAH DENGAN PEMANDU LORI ANGKUT FELDA YANG SEDANG BERDEMONSTRASI.
 .
PADA KEESOKAN HARINYA, SEKEMBALINYA DARI MESYUARAT KABINET,  TAN SRI ABD. KADIR YUSUF TELAH BERTANYA MENGENAI APA YANG BERLAKU DI TRENGGANU. PERASAAN PANIK SAYA MENJADI LEGA APABILA MENTERI MEMBERITAHU BAHAWA `PERDANA MENTERI UCAP TAHNIAH KEPADA AWAK ATAS KEBERANIAN AWAK BERDEPAN DENGAN PARA PEKERJA YANG BERDEMONSTRASI.
RUPANYA UNTUK MELEMAHKAN KUMPULAN YANG ANGKUH MESTILAH KITA LEBIH ANGKUH LAGI.

SERUPA JUGA DENGAN KEJADIAN MELEPASKAN KAPAL-TERBANG GARUDA YANG DI'HIJACK' DARI PADANG, INDONESIA KE LAPANGAN-TERBANG BAYAN LEPAS DI PULAU PINANG.

CABARAN BESAR YANG SAYA HADAPI PADA MASA ITU ADALAH KERANA KERANA 'HIJACKER' ITU IALAH ANGGOTA KELUARGA SAYA DI ACEH.



TUN DR. MAHATHIR MOHAMED

TUN DR. MAHATHIR TELAH SAYA KENALI SEJAK TAHUN 1956 DI WAKTU BELIAU MULA BERTUGAS SEBAGAI DOKTOR DI LANGKAWI. BELIAU TIDAK MENGENAL SAYA YANG MASIH BERUMUR 13 TAHUN.

BANYAKLAH YANG SAYA PELAJARI MENGENAI CARA TUN DR. MAHATHIR BERPOLITIK DAN MEMBANGUN NEGARA.

DI SINI SAYA HANYA MENYENTUH SEDIKIT MENGENAINYA.

TUN DR. MAHATHIR SANGAT PRIHATIN TERHADAP PERASAAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT. SEBELUM PROJEK-PROJEK BESAR DILAKSANAKAN BELIAU TELAH MEMINTA SAYA, SELAKU MENTERI PEMBANGUNAN NEGARA DAN LUAR BANDAR, MENGGUNAKAN KEMAS UNTUK MENYEDIAKAN SENARAI PROJEK-PROJEK KECIL, MENGIKUT KEUTAMAAN, YANG MEMERLUKAN PERHATIAN KERAJAAN.




MENTERI BESAR KEDAH


BERBEZA DENGAN PEMIMPIN POLITIK SEBELUMNYA, SATU KEISTIMEWAAN YANG ADA PADA TUN DR. MAHATHIR IALAH BELIAU TIDAK MENGHUKUM ORANG-ORANG YANG TIDAK SEPENDIRIAN DENGANNYA. MALAHAN BELIAU MELANTIK TOKOH-TOKOH, YANG PERNAH MELAWANNYA, UNTUK MEMEGANG BERBAGAI JAWATAN YANG DIFIKIRKAN SESUAI UNTUK TOKOH BERKENAAN PADA MASA ITU.

PEMERINTAHAN NEGERI YANG BERAJA ADALAH BERBEZA DENGAN KERAJAAN FEDERAL PUSAT.

DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN, SEBAGAI PEMIMPIN NEGERI TELAH MENARIK PERHATIAN SAYA KEPADA PROGRAM PENDIDIKAN DAN KEUGAMAAN.
DENGAN SOKONGAN YANG TERAMAT MULIA TUANKU PANGLIMA BESAR DATO' SERI TUNKU PUTERI INTAN SHAFINAZ SATU TRANSFORMASI TELAH BERLAKU DI MANA MESSJID TELAH DI AMARAHKAN SEBAGAI PUSAT PENGAJIAN BERIBU PELAJAR, DI SEBELAH MALAM, UNTUK MENELA'AH.

DENGAN PROGRAM INI KEDAH TELAH DAPAT DINAIKKAN TAHAP PRESTASI BIDANG PENDIDIKAN DARI NOMBOR DUA DARI BAWAH KEPADA NOMBOR DUA DARI ATAS

KEMAJUAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA KERAJAAN NEGERI UNTUK MULA MEMPERKENALKAN KOMPUTER KE BEBERAPA BUAH MESJID PILIHAN SELAIN DARI MENDIRIKAN BEBERAPA KEDAI RUNCIT, GELANGGANG SUKAN DAN PUSAT KEGIATAN WANITA.

SAYA BANGGA KONSEP MENGIMARAHKAN MESJID INI KINI MENJADI SALAH SATU DARI KONSEP TRANSFORMASI.

PROGRAM MENGADAKAN CAWANGAN MAKTAB MAHMUD DI SEMUA DAERAH TELAH SEMPAT DI ADAKAN DI YANG DAN PADANGAN MATSIRAT, LANGKAWI.


KESIMPULAN





HASIL DARI SEMUA PENGALAMAN INI SAYA MENGAMBIL KESIMPULAN SESEORANG YANG INGIN DIGELAR PEMIMPIN HENDAKLAH MEMPUNYAI KEMAMPUAN UNTUK MENYELESAI MASALAH.


JIKA PEMIMPIN ITU JUGA DIANGGAP SEBAGAI PENYELESAI MASALAH, DAN BUKAN SEORANG YANG HANYA BANYAK PENGIKUT, MAKA BERMARTABATLAH PERKATAAN PEMIMPIN ITU DAN KITA HENDAKLAH BERUSAHA UNTUK MEMPERBANYAKKAN  PEMIMPIN.

DISINI SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KERANA DENGAN PENGHORMATAN YANG DIBERI PADA HARI INI SAYA BERPELUANG BERKONGSA PENGALAMAN DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MASA DEPAN NEGARA KITA.
AMPUN TUANKU

PATIK MEMOHON IZIN UNTUK MENAMATKAN UCAPAN INI.

JUNJUNG KASIH TUANKU.

SEKIAN, TERIMA KASIH, WABILLAHI TAUFIK WASSALAAMU`ALAIKUM

No comments: