Thursday, December 25, 2014

MELAYU - DULU DAN SEKARANG

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Karangan di bawah ini, bertajuk Bangsa Melayu Baru, saya petik dari blog 'BEK TUWO BUDAYA' milik sahabat saya sejarawan T. A. Sakti dari Universiti Syiah Kuala, Aceh. Ianya ialah petikan dari karangan oleh Alfitra Salam yang tebit dalam suratkhabar Kompas di Indonesia sekitar 20 tahun yang lalu pada 21 November, 1994. Kandungannya memaparkan pemikiran 20 tahun yang lampau yang masih relevan, secara perbindangan, dengan keadaan di hari ini.

Apakah perubahan yang telah berlaku setelah lebih 20 tahun persoalan bangsa Melayu difikirkan.
 
Karangan berikutnya, yang saya beri tajuk MELAYU MASA KINI, saya pinjam dari satu masukan 19 Disember, 2014 yang di C&P oleh H. A. N. Azam dalam grup WhatsApp IMAM D'YAN, yang merupakan sindiran lucu yang perlu mendapat perhatian yang serius.

Antara 21 November, 1994 dan 19 Disember, 2014 terdapat dua kelohan dalam bentuk sajak yang didiklamasikan oleh seorang tokoh politik bertaraf antarabangsa Tun Dr. Mahathir Mohamad, berjudul 'Perjuangan Yang Belum Selesai' dan seorang Sasterawan Negara Usman Awang, berjudul 'Melayu'.

Setelah itu diturunkan pula sebuah lagu karangan seorang pemikir bangsa Tan Sri Dr. Nordin Kardi yang digubal pada tahun 1977 dan diperkenalkan dalam kursus-kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN) pada tahun 1980. Lagu yang dinamakan 'Anak Kecil Main Api' adalah lagu yang mempunyai mesej yang relevan sehingga ke hari ini.

Sajak Tun Dr. Mahathir Mohamad dan lagu Tan Sri Dr. Nordin Kardi boleh didengar melalui U-Tube.

Untuk menghayati mesej yang disampaikan dalam sajak dan lagu di dalam masukan blog ini maka pembaca dinasihatkan supaya membacanya perlahan-lahan dengan perasaan yang bersemangat.

Selamat membaca.