Wednesday, June 11, 2008

PEMECATAN SANUSI JUNID DARIPADA JAWATAN PRESIDEN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA ATAS DESAKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA



10 Jun 2008

Bismillahi Rahmani Rahim

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KENYATAAN AKHBAR





1. Pemecatan Dari Jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA )
 


1.1. Sidang akhbar saya pada 5hb Jun, 2008, menjelaskan bahawa saya tidak akan meletakkan jawatan saya sebagai Presiden UIA secara sukarela, hanya kerana saya tidak lagi menjadi ahli UMNO.



1.2. Saya tidak bersalah kerana saya tidak menggunakan jawatan saya untuk kepentingan politik pribadi.



1.3. Siaran akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10hb Jun 2008, yang menyatakan sebagai berikut Beliau(saya) mendakwa tiada siapa yang boleh memecatnya sehingga tempoh perkhidmatannya tamat pada 2010’ adalah fitnah semata.

Sunday, June 8, 2008

SPEKULASI KEDUDUKAN PRESIDEN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA ( UIA )

5hb Jun, 2008

Assalaamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Saudara sekalian,

Kenyataan Akhbar

Mulai 19hb Mei, 2008 saya, bersama-sama YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah, buat sementara waktu, tidak lagi menjadi ahli UMNO.


Ramalan


Akibat daripada keputusan ini maka berbagai ramalan telah dibuat mengenai kedudukan saya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) kerana nama saya telah dicadangkan kepada Ketua Perlembagaan UIA oleh Ketua Kerajaan yang menjadi tuan rumah kepada UIA, iaitu kerajaan Malaysia. Waktu saya dilantik Ketua Kerajaan ialah pengasas UIA, YABhg. Tun Dr. Mahathir, sementara tempoh lantikan sekarang dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
Perlembagaan