Sunday, March 26, 2017

MAHATHIR DAN LIM KIT SIANG

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Dengan sukacitanya saya terbitkan sekali lagi karangan di bawah ini yang pertama  kali saya masuki dalam blog ini pada 16hb Jun, 2016. Semoga kandungannya masih relevan hingga ke hari ini. Selamat membaca.

MELAYU ITU HEBAT BANGSANYA

1. Masukan dalam blog pada kali ini bertujuan untuk menghapuskan rasa TAKUT yang ada pada orang Melayu dalam hidup berpolitik. Yang perlu ditakuti oleh bangsa Melayu ialah perasaan takut itu sendiri.
 
2. Melihat kepada struktur masyarakat Malaysia, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam masukan blog ini bertajuk 'Melayu Itu Hebat Bangsanya' pada 13 November, 2014 dan diulangi masukannya pada 5 Mei, 2016, jelaslah betapa mustahil  untuk menghapuskan penguasaan Melayu dan Bumiputra dalam negara Malaysia.

TRAUMA BANGSA MELAYU

3. Walau bagaimana pun, kerana UMNO selalu mengingatkan mengenai peristiwa 13 Mei, 1969, 47 tahun yang lalu, generasi lama masih dalam trauma kerana merasakan kemungkinan adanya ancaman yang berterusan kepada kuasa politik Melayu.  Peristiwa ini telah selalu diingatkan kepada ahli-ahli Umno dan generasi muda orang Melayu setiap kali diadakan pilihanraya.

4. Takut kepada China yang hendak ambil kuasa politik Melayu sudah menjadi satu trauma yang tidak menguntungkan Melayu.

DONALD TRUMP - ISLAM AND COMMUNISM

Dear Readers. The following article was submitted into this blog on 19th June, 2016, i.e. before Donald Trump was elected President of the USA. I reproduced this article with a new title DONALD TRUMP - THE PRESIDENT ELECT. The original title was DONALD TRUMP - ISLAM AND COMMUNISM. A second article on Donald Trump will soon appear with an analysis of how he won. The title of the next article will be DONALD TRUMP - WHY HE WON? 

DONALD TRUMP FOR PRESIDENT

1. In his campaign for the United States presidency Donald Trump promoted the anti-Muslim and anti-Chinese stunts.

2. Donald Trump, in his effort at wooing the support of the American working class, the Jewish communities and institutions, might have forgotten that American capitalism is surviving with the support of the Arab Muslim leaders and the communist Chinese entrepreneurs.

3. The Muslims and the communists buy and accumulate the bonds and other derivatives in the United States of America.

4. When President Richard Nixon abandoned the Gold Standard, in 1971, due to the inability of the USA to pay for its excessive accumulated debts, for imports, with insufficient gold reserve, the US$'s value was linked and based on petroleum, in pursuant to the earlier USA agreement with Saudi Arabia that the Saudis will only accept payments for their oil and gas in US$ - thus the petro-dollar.

Saturday, March 25, 2017

TEORI 18 TAHUN

Assalamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Pada kesempatan ini saya masukkan semula karangan saya dalam blog ini pada 16 Februari, 2010 yang mengandungi nota ucapan yang saya sampaikan pada 23 Februari, 2010 kepada pemimpin-pemimpin GPMS. Teori 18 Tahun mula saya ketengahkan dalam ucapan saya sebagai Presiden MAYC dalam Mesyuarat Agung MAYC ke 34 pada tahun 1988 iaitu 29 tahun yang lalu. Karangan lanjutan Teori 18 Tahun ini akan saya persembahankan dalam masa yang terdekat. Selamat membaca.

MENGIMBAS KEMBALI ANGKA 18

GPMS - SINGA PERJUANGAN BANGSA

1. Pada hari Sabtu 13 Februari, 2010 saya telah dijemput ke satu kursus untuk pemimpin-pemimpin baru GPMS, dari seluruh negara, di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. Perjumpaan bermula pada pukul 2.45 petang. Walau pun tahun ini dinamakan tahun baru harimau untuk orang-orang China tetapi GPMS telah memilih gelaran 'Singa Perjuangan Bangsa' untuk pemimpin dan ahli organisasi mereka.

MELAYU DIGUGAT DAN DIGIGIT

2. Setelah selesai menyanyi lagu GPMS Presiden GPMS telah menyampaikan ucapan aluan dan selepasnya saya dijemput untuk berucap atas tajuk 'Melayu Digugat dan Digigit'. Persoalan yang harus saya huraikan ialah mengenai bagaimanakah singa perjuangan bangsa ini harus bertindak bila bangsanya telah digugat dan digigit.

MAYC TIDAK DAPAT MEMBANTU

3. Keadaan majlis ini berbeza dengan majlis MAYC Wilayah Persekutuan yang saya hadiri pada petang 6 Februari, 2010 di Pusat Kecemerlangan Rakan Muda, Komplek Belia, Kg. Pandan. Majlis ini diberi tajuk 'Bicara Tokoh'. Pemimpin-pemimpin muda MAYC ini ingin mengetahui sejarah gemilang perjuangan MAYC di masa silam kerana MAYC yang baru kini masih di peringkat penubuhan sementara MAYC lama pula mengikut undang-undang, tidak ada lagi, kerana lima tahun berturut-turut MAYC tidak mengadakan mesyuarat agungnya; dan mereka yang masih mengaku sebagai pemimpin-pemimpinnya, walau pun sebenarnya sudah tidak sah lagi, sedang sibuk memikirkan cara memfaraidkan harta pusaka persatuan sementara persatuan mati tanpa kubur. Begitulah gambarannya. Oleh itu, MAYC sebagai sebuah pertubuhan kini tidak mungkin boleh turut membantu GPMS jika bangsa Melayu sudah tergugat dan digigit. 

JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN

4. Sebenarnya tidak ada orang yang berani menggugat dan menggigit bangsa Melayu kecualilah orang-orang Melayu sendiri memaksa dirinya supaya digugat dan digigit.

DUA PEMIMPIN BELIA JADI PERDANA MENTERI

5. Allah s.w.t. telah mentakdirkan dua tokoh belia menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia, seorang dari MAYC, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menjadi Naib Presiden MAYC, dan seorang lagi lagi dari GPMS iaitu Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Hampir ada yang ketiga dari ABIM.

6. Saya perhatikan perbezaan yang ketara antara kedua orang tokoh ini. Tun Dr. Mahathir kekal dengan kawan-kawannya yang seangkatan dalam belia dan sedarjah dengannya di sekolah menengah dan di universiti. Beliau terus berkawan dengan Presiden MAYC ke 2 Allahyarham Tunku Abdullah, iaitu kawannya di waktu dalam MAYC, malahan yang memecat beliau dari MAYC pun beliau kekalkan sebagai kawan. Tun Dr. Mahathir juga rapat dengan kawan-kawan dalam SAHOCA dan setiap tahun ada pertemuan dengan doktor-doktor yang belajar dengannya di Universiti Malaya, Singapura. Malahan kawan-kawan lama Tun Dr. Mahathir lebih mempengaruhinya dari anggota keluarganya sendiri. Jika ada anggota keluarga yang mempengaruhi beliau itu adalah pengaruh kerana ilmu yang ada pada mereka dan jawatan yang mereka perolehi sendiri, seperti Tun Dr. Ismail Mohd Ali, Gabenor Bank Negara dan Gen (B) Hashim Mohd Ali yang naik dalam tentera atas kemampuannya sendiri.