Monday, August 22, 2016

TUN MUSA DAN DATUK IBRAHIM ALI

A NEW FICTION - 'FRANKLY SPEAKING'

1. Dalam bukunya yang baru dilancar Tun Musa Hitam telah menuduh AIDS (Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin dan Sanusi Junid) sebagai 'conspirators' yang melagakan beliau dengan Tun Dr. Mahathir sehingga Tun Musa terpaksa meletak jawatan.

ANTARA TUN MUSA DAN DATUK IBRAHIM ALI

DATUK IBRAHIM ALI

2. Ada dua buah autobiography atau memoir yang telah terbit dalam masa terdekat yang baru berlalu. Lebih awal terbit buku PERJUANGAN TANPA NOKTAH dengan versi dalam bahasa Inggerisnya THE MISUNDERSTOOD MAN. Buku ini dikarang oleh sahabat saya sejak tahun 1972 Datuk Ibrahim Ali. Jika anda baca buku Datuk Ibrahim setebal 829 halaman anda akan terasa bahawa Datuk Ibrahim, dengan segala kontroversi yang dikaitkan dengannya, adalah seorang yang ikhlas, jujur berani dan bukunya bolehlah diberi tajuk FRANKLY SPEAKING. Bukan buku Tun Musa.

3. Begitu FRANK Datuk Ibrahim Ali sehingga beliau tidak hiraukan imejnya setelah buku itu ditulis dan beliau juga tidak takut atau bimbang jika bukunya itu membuka luka-luka lama di kalangan tokoh-tokoh yang ingin melupakan kisah masing-masing.

4. Apa yang mengekalkan persahabatan saya dengan Datuk Ibrahim Ali ialah sifat keterbukaannya dan sepanjang pengenalan saya dengannya saya dapati beliau tidak rasuah, tidak hipokrit atau pandai berpura-puraan, beliau bermonogami dengan hanya seorang isteri yang sentiasa rapat dan setia antara sesama mereka, sebagaimana setianya hubungan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah, beliau tidak lupa kepada kawan dan orang yang pernah membantunya, beliau seorang yang handal berpidato dan yang utama sekali ialah beliau seorang yang berani.

5. Keberaniannya itulah yang membuat beliau dapat membina dan menjayakan sebuah organisasi PERKASA, atas inspirasi, bekalan wasiat dan dorongan Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim Ismail, mantan kepala terus angkatan tentera Malaysia.

6. PERKASA ialah sebuah pertubuhan MELAYU dan ISLAM yang terbesar dan terkuat dengan ahlinya, dari semua lapisan masyarakat, dari berbagai parti politik dan juga yang tidak berparti, yang turut disokong oleh, ahli bersekutu, yang bukan Melayu dan bukan Islam yang mencari pemimpin Melayu yang jujur, berani dan jelas sikapnya.

7. PERKASA mempunyai ratusan ribu ahli dengan pendaftaran yang jelas dan tidak bergantung kepada Ketua-ketua Bahagian sesetengah parti politik yang hanya menyampaikan senarai, dulunya dengan yuran, yang dibayar sendiri oleh ketuanya, hanya untuk menunjuk bahawa bahagiannya semakin membesar walaupun sebenarnya unit bahagian ini laksana 'kedai runcit' yang dikunjungi oleh pelanggan yang ingin berhutang padanya sahaja.

8. Banyak pihak ingin 'membeli' sokongan dan kesetiaan Datuk Ibrahim Ali tetapi mereka lupa, atau tidak mengetahui, bahawa Datuk Ibrahim Ali akan menerima semua bantuan dari semua pihak untuk membantu kegiatan PERKASA dan ahli-ahlinya dan BUKAN UNTUK DIRINYA. Datuk Ibrahim, walaupun dibantu, tidak akan berganjak dari prinsipnya untuk berjuang DEMI UGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

TUN MUSA HITAM

9. Baru-baru ini buku Tun Musa Hitam bertajuk FRANKLY SPEAKING telah diterbitkan. Buku ini dilancarkan oleh DYMM Sultan Perak, Raja Nazrin, Dengan penglibatan seorang sultan yang berpendidikan tinggi, dengan sendirinya buku Tun Musa bertaraf diraja dan sukar untuk rakyat biasa menegur isi kandungan titah di raja mengenai buku itu.  

Friday, August 12, 2016

JENAYAH WARGA NIGERIA DI NUSANTARA

PERTEMUAN DENGAN DIPLOMAT NIGERIA
DI MEKKAH

1. Di dalam masukan blog pada kali ini saya turunkan beberapa laporan akhbar mengenai jenayah yang dilakukan di Nusantara, khususnya di Indonesia dan Malaysia, oleh warganegara Nigeria.

2. Saya teringat untuk mengenengahkan bahan bacaan ini kerana dua peritiwa yang tiba-tiba muncul dalam ingatan saya setelah membaca isi media berkenaan.

3. Pertama ialah pertemuan saya dengan duta Nigeria ke Afrika Selatan di restoran Safwah di Mekkah dalam bulan puasa sehari setelah berita meninggalnya Nelson Mandela. Duta, yang namanya saya sudah lupa, menyatakan bahawa beliau ialah seorang sahabat Nelson Mandela dan peminat serta penyokong kuat Tun Dr. Mahathir yang katanya beliau kenal rapat.

4. Kerana Tun Dr. Mahathirlah maka duta Nigeria ini telah membuat keputusan untuk menghantar anak perempuannya belajar di salah sebuah universiti di Malaysia.

5. Katanya, sebaik saja anak beliau sampai di KLIA anaknya itu telah disambut oleh staf kedutaan Nigeria yang membawanya ke kedutaan. Waktu berceloteh dengan staf kedutaan anak duta Nigeria ke Afrika Selatan ini telah mendapat tahu bahawa ramai penjenayan terkenal dari Nigeria kini berada di Kuala Lumpur.

Thursday, August 4, 2016

SHAH ALAM - 21/05/2016 - SELAMATKAN MALAYSIA



Kempen SELAMATKAN MALAYSIA dengan 'Deklarasi Rakyat' di Selangor - 21hb Mei 2016



YKP - 23/05/2016: HUTANG 1MBD PUNCA PERPADUAN

Ulasan Mengenai Deklarasi Rakyat dan Hutang 1MDB