Monday, November 21, 2016

DIN TURTLE (SHAIFUDIN BIN MAHMUD)

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROAJI'UN.


Tidak ada kata-kata yang dapat memaparkan perasaan saya dengan kepulangan ke rahmatullah seorang sahabat seperjuangan.

Din ialah seorang blogger yang miskin tetapi berprinsip dan tidak dapat dibeli dengan wang.

Pernah beliau ditawarkan RM3,000.00 ke RM5,000.00 sebulan hanya untuk berhenti menulis lagi.

Dengan ikhlas beliau mengaku menerima RM3,000.00 untuk sebulan, tetapi beliau menyesal dan tidak mahu menerima lagi walaupun bayarannya hendak ditambah.

Pada bulan puasa yang lalu beliau berhasrat untuk berhenti menulis kerana ingin menjadi kakitangan sekuriti di sebuah pasaraya di Kuala Trengganu untuk mengawasi keselamatan mereka yang menjual kueh-mueh di bulan puasa. Elaunnya hanya RM2,000.00 dan katanya untuk belanja hari raya. Setelah beberapa hari beliau tidak sanggup berhenti menulis dan terus berhenti kerja.

Dalam pertemuan terakhir saya dengannya beliau berkata, walaupun keadaan beliau tidak mewah dia tidak mahu jadi macam ikan di kolam Ho Chi Minh, tidak mahu pakai cermin mata hijau yang hendak diberi oleh Pak Warso, tidak sanggup tertangkap seperti beruk di Afrika dan akhir sekali beliau tidak mahu jadi seperti burung yang makan dedak di Denmark.

Jelas sekali Din sentiasa mengikuti blog saya sebagaimana juga saya banyak belajar dari blognya.

Untuk mengingati Din saya turunkan di bawah ini 17 rakaman yang beliau buat dengan saya dari masa ke masa.

Din tidak sempat melihat hasil dari perjuangannya; tetapi, yang penting ialah niat yang betul dan suci dalam mengendalikan perjuangan, kerana hasilnya nanti Allah swt yang menentukan.

Sama-samalah kita berdo'a semoga Allah swt menerima semua ibadatnya, mengampun semua dosanya dan meletakkannya disamping mereka yang dikasihiNYA.  

DIN TURTLE DALAM KENANGAN (1966-2016)

Sunday, November 20, 2016

BR1M UNTUK BURUNG DI DENMARK

JANGAN JADI BURUNG SUBSIDI.

Dalam Perhimpunan Agong UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 20hb September, 1985, iaitu 31 tahun yang lalu saya telah telah menyampaikan ucapan bertajuk 'Jangan Jadi Burung Subsidi'.
 
Apa yang saya bimbangkan akan akhirnya terjadi jika bangsa Melayu terus diajar dan diasuh untuk menjadi bangsa yang HOBInya menerima subsidi nampaknya sudah kelihatan teruk berlaku.
 
Bentuk subsidi yang saya maksudkan ialah BR1M dalam berbagai wajah.
 
SEDUTAN DARI UCAPAN
 
Beginilah sedutan dari ucapannya:
 
"Memanglah benar jika subsidi atau pelbagai insentif diberi, projek ini akan MAJU walaupun MAJUNYA ITU BELUM BOLEH DIKATAKAN BERJAYA. 
 
Saya teringat kisah burung gagak yang diriwayatkan oleh Soren Kierkergaard, seorang ahli fikir dari Denmark.

Tuesday, November 15, 2016

BR1M CHINA TANGKAP BERUK DI AFRIKA

PEMIMPIN YANG BERJAYA

1. Pemimpin sesebuah negara yang berjaya ialah yang menjadikan matlamat memberi pekerjaan kepada rakyatnya, dengan gaji yang lumayan, dan mengurangkan pengangguran jika tidak dapat dihapuskan sama sekalipun.

2. Bantuan kepada rakyat yang miskin dan termiskin diberi secara teratur, ikhlas dan berterusan dengan secukupnya dan bukan hanya dari masa ke masa sahaja.
 
RASUAH

3. Kalau pemberian dari pihak atasan untuk menagih sokongan itu SEDIKIT SAHAJA, sekadar ibarat menghilangkan dahaga sejenak, itu dinamakan BR1M, kalau jumlah pemberiannya lumayan banyaknya maka ianya dipanggil KOMISYEN, jika pemberian itu lebih banyak lagi seperti pemberian kepada Wakil Rakyat dan Ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri namanya ialah DEDAK, apabila pemberian itu ratusan atau ribuan juta, atau berbilion namanya DERMA.

4. Dengan KOMISYEN yang tidak mencukupi, ditambah dengan DEDAK yang lebih lumayan sudah cukup untuk mewujudkan GERILYA KOTA berbaju warna untuk menjadi BARISAN PEMBELA MELAYU yang gah seluruh dunia sebagai bakal barisan 'Teroris Melayu' yang membela ketua negara.
 
SAMSENG KENA PUKUL
 
5. Kewujudan GERILYA KOTA menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa dalam negara tidak yakin atas kemampuan Angkatan Polis dan Tentera untuk menjaga keamanan Negara.

Friday, November 11, 2016

BR1M DARI CHINA - IKAN DI KOLAM HO CHI MINH

TUGAS SEORANG PEMIMPIN
Mengikut bacaan saya yang terbatas seseorang pemimpin itu perlu mempunyai sekurang-kurangnya pengertian mengenai sikap manusia, khususnya yang di bawah pimpinannya. Hanya dengan mempunyai ilmu atau pengalaman sekitar persoalan sikap itulah baru seseorang pemimpin itu mengetahui cara mencorakkan kepimpanannya untuk membawa rakyat yang dipimpinnya ke matlamat yang diidamkan.
SEMUA RESOLUSI MENDESAK KERAJAAN 

Sejak merdeka pihak kerajaan dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia telah berjaya menganjurkan berbelas seminar, konvensyen atau persidangan untuk mencari jalan bertujuan memperbaiki keadaan bangsa Melayu dan Bumiputera. Ratusan usul telah dibentang dan dibahaskan dalam semua pertemuan tersebut. Boleh dikatakan kesemua resolusi atau usul itu mendesak pihak kerajaan untuk bertindak dengan satu cara atau cara yang lain atau pun mencadang untuk diwujudkan sesuatu badan atau program untuk bangsa Melayu dan Bumiputera.

Yang jelas ialah tidak ada satu usul pun yang berkaitan dengan sikap bangsa Melayu dan Bumiputera. Tidak ada desakan yang membawa ke arah perubahan atau pembaikan sikap dan tabiat bangsa Melayu dan Bumiputera itu sendiri.

Sunday, October 30, 2016

VISI 20-20 BERBEZA VISI 20-50

 
PANDANGAN YANG JELAS
 
VISI 20-20 (DAN BUKAN TAHUN DUA RIBU DUA PULUH) ADALAH BERBEZA DENGAN VISI 2050 (YANG BERERTI TAHUN DUA RIBU LIMA PULUH) kerana VISI (DARI PERKATAAN INGGERIS - VISION) 20-20 (WALAUPUN DITULIS 2020) memberi pengertian PANDANGAN YANG JELAS DAN TIDAK KABUR. IANYA BUKAN SATU TARIKH SASARAN UNTUK MENJAYAKAN SATU-SATU PROGRAM KERAJAAN.
 
JIKA SESEORANG ITU PAKAI CERMIN MATA MAKA APABILA MATANYA DIPERIKSA SUDAH TENTU BACAAN MATA KIRI DAN MATA KANAN TIDAK SERUPA. TETAPI, JIKA BACAAN MATA KIRI DAN KANAN SERUPA, IAITU 20, MAKA DIA MEMPUNYAI PENGLIHATAN YANG JELAS, TIDAK KABUR, YANG TIDAK MEMERLUKANNYA MEMAKAI CERMIN MATA.
 
WAWASAN 2050 (TN50) MENJADIKAN TAHUN 2050 SEBAGAI TARIKH ATAU TAHUN SASARAN BAGI MENJAYAKAN TRANSFORMASI NASIONAL. (TN). IANYA TIDAK BOLEH DISAMAKAN DENGAN WAWASAN 20-20 YANG MENENTUKAN KEADAAN MATA ATAU PANDANGAN SAMADA JELAS ATAU KABUR.
 
DENGAN ADANYA VISI ATAU WAWASAN 20 20 SESEBUAH NEGERI BOLEH MENENTUKAN SAMAADA IANYA BOLEH MENCAPAI TAHAP NEGERI YANG MAJU PADA TAHUN-TAHUN YANG BERLAINAN. NEGERI SELANGOR UMPAMANYA TELAH MENJADI NEGERI YANG MAJU PADA TAHUN 2005 BILA WAWASAN ATAU VISI PEMIMPIN MEREKA 20 20  YANG JELAS. KEDAH TELAH MENCADANGANKAN 2015 TANPA PANDANGAN KEPADA FAKTA YANG JELAS DENGAN PANDANGAN 20 20. IANYA TIDAK BERHASIL SEPERTI YANG DIHARAPKANADA NEGERI YANG PEMIMPINNYA BERWAWASAN 20 20 TETAPI KERANA KEADAAN POLITIK DI NEGERI ITU MAKA IANYA TIDAK AKAN MAJU SETELAH TAHUN 2030 ATAU 2040 DAN LAIN-LAIN TAHUN.

Thursday, October 27, 2016

BR1M - LEMBU PAKAI CERMIN MATA

PENERIMA BRIM YANG BUTA MATAHATI UMPAMA LEMBU PAKAI CERMIN MATA HIJAU

http://dinturtleoriginal.blogspot.my/2016/10/penerima-brim-yang-buta-matahati-umpama.html




Ada yang menerima BRIM, samaada RM500.00 atau RM1,000,000.00 (atas nama derma atau peruntukan),  dengan penuh keinsafan dan pengertian bahawa wang itu bukan datangnya dari sumbir peribadi Perdana Menteri Najib tetapi sebenarnya wang negara, samaada dari sumbir pinjaman dengan jaminan kerajaan (yang akhirnya dibayar oleh Rakyat) atau dari cukai pendapatan dari rakyat atau pun dari sumbir penderitaan rakyat seperti GST, pengurangan subsidi dan tambahan belanja toll selain kenaikan harga barang selanjutnya hilang pekerjaan kerana perniagaan dan persuahaan ditutup dan tidak diganti dengan bisnes yang baru. Mereka ini boleh mengucapkan terima kasih dan seterusnya berdo'a kepada Allah swt supaya pengisi jawatan Perdana Menteri perlu cepat diganti kerana ada banyak cara lain untuk membantu orang miskin, dan yang kurang miskin, secara ikhlas tanpa meminta mereka supaya terus menyokong seorang pemimpin yang tidak telus, banyak berbohong dan menipu bangsa dengan merugikan seterusnya memalukan negara dan rakyat.

Friday, October 21, 2016

TUN DR. MAHATHIR BUKAN SEBAB PAS TERPISAH DARI UMNO

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Akhir-akhir ini ada fitnah yang membebankan Tun Dr. Mahathir sebagai bertanggungjawab atas terkeluarnya PAS dari Barisan Nasional. Fitnah ini ditaburkan oleh pihak-pihak yang tidak ada di dalam politik, atau masih di bangku sekolah di waktu kejadian itu berlaku; ataupun oleh pihak yang tahu kisah sebenarnya melalui bacaan tetapi dipertanggungjawabkan, oleh yang berkepentingan, dengan tugas memutar belit fakta sejarah untuk tujuan politik.

Di waktu saya menjadi Setiausaha Agung UMNO pernah saya menerima jemputan untuk hadir dalam perhimpunan agung  parti politik di Pakistan bernama Jama'at Islami, yang dipimpin oleh Maulana Inamullah Khan yang saya kenal di waktu beliau hadir dalam satu majlis anjuran ABIM di Kolej Islam yang kampusnya di waktu itu di Lembah Pantai.

Apabila saya memberitahu Tun Dr. Mahathir, selaku Presiden UMNO, samaada saya patut menerima jemputan itu, beliau telah bertanya samaada pihak PAS juga dijemput oleh Jama'at Islami. Apabila saya memberitahu wakil PAS juga dijemputa Tun Dr. Mahathir telah menasihatkan saya supaya tidak turut hadir untuk mengelak dari berlakunya perdebatan atau pertengkaran dengan PAS dalam majlis di negeri orang.

Saya teringat Tun berkata, 'Kita berkelahi dengan PAS hanya di waktu pilihanraya dan selepas pilihanraya kita berkawan dengan mereka.' Itulah sikap Tun Dr. Mahathir dalam amalan politiknya. Tun tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak menguntungkan, atau merugikan bangsa dan Negara.

Malahan Tun tidak pernah lupa bahawa beliau pernah diberi peluang oleh Dato' Asri untuk berucap di atas pentas PAS apabila beliau dipecat oleh Tengku Abdul Rahman dari UMNO.

Di waktu PAS memfatwakan UMNO itu kafir pada tahun 1962 saya berada di Tingkatan 6 Bawah (Lower Sixth Form) di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), pada tahun 1962.

Saya tidak tahu  Majlis Raja-Raja Melayu telah mengharamkan fatwa PAS itu dan semua isu berkaiwan dengan 'Islam atau tidak Islamnya seseorang tokoh UMNO dan PAS tidak dibenar untuk diperbincangkan.'

Pada satu hari Sdr. Rahman, seorang dari pembantu pejabat (office boy) di MCKK telah mengundang saya, selaku setiausaha BADAN REVOLUSI UGAMA MCKK untuk menyampaikan ceramah maulud di Masjid Kampung Lahad dekat pekan Ipoh di Perak.

Program dakwah di waktu itu berbeza dengan sekarang, iaitu selepas solat Maghrib ada majlis makan di rumah Imam yang berdekatan. Kira-kira pukul 8 malam, sambil makan, ada siaran BERITA TV yang boleh didengar dan dilihat. Apabila selesai solat Isya barulah acara dakwah bermula.

Pada malam itu ada siaran berita yang menarik perhatian saya sehingga ianya menjadi isi dakwah saya pada malam itu. Tersiar di dalam berita Menteri Penerangan sedang menari tawian 'waltz' dengan Titiek Puspa seorang penyanyi terkenal dari Indonesia. Dengan spontan ucapan saya pada malam itu tertumpa kepad tarian 'waltz' itu yang saya kecam habis-habisan. Dakwah begini telah diharamkan oleh Majlis Raja-Raja.

Selepas berucap, di waktu saya hendak ke kereta untuk pulang ke MCKK, tiga orang polis telah mendekati saya dan terus membawa saya dalam kereta polis ke balai polis di Ipoh. Pihak polis mengucapkan tahniah atas ucapan saya tetapi, kata mereka, saya terpaksa ditangkap kerana itu tanggungjawab mereka.  

Dalam lokap saya dapati ada seorang berketurunan India yang ditangkap kerana mabuk di jalan dan seorang lagi yang berserban kerana kesalahan yang sama dengan saya. Beliau ialah Tok Guru Haji Omar Daud, seorang penceramah PAS.

Saya perhatikan banduan India hanya diam di dalam lokap setelah kesan araknya sudah tiada lagi. Tok Guru Haji Omar terus membaca ayat-ayat suci dari Al Quran.

Sebelum waktu melawat sebelah petang semua banduan di beri makan dahulu. Lepas makan, sementara pinggan belum diambil, ada seorang wanita muda melawat Tok Guru. Saya dengar kecek mereka dalam loghat Kelantan yang saya faham kerana dalam kelas saya di MCKK, waktu di Tingkatan V, dari 115 pelajar 20 darinya dari Kelantan.

Dalam perenggan 21 karangan di bawah saya ada menyebut mengenai pertemuan saya sekali lagi dengan Tok Guru Haji Omar di waktu beliau mewakili UMNO Kelantan. Waktu itulah saya mendapat tahun bahawa wanita itu ialah isterinya dan seorang lelaki yang melawatnya di lokap selepas isterinya balik ialah peguamnya, kalau tak salah ingatan namanya Wan Mustafa.

Setelah Tok Guru mendengar pengesahan isterinya dan Wan Mustafa tinggal di Station Hotel yang sama di Ipoh Tok Guru kelihatan berang dan di waktu itulah, apabila seorang polis berserban Panjabi, yang kita salah panggil Bengali, dating untuk mengambil pinggan bekas banduan makan, Tok Guru telah menarik tangan polis itu, merampas kayu 'truncheon' polis dan mengetuk kepala polis hingga pecah berdarah sehingga polis itu mati di situ.

Tok Guru Haji Omar Daud telah di bawa ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan tinggal di sana hingga sembuh. Beliau akhirnya balik ke rumah Dato' Haji Taib seorang pemimpin Dewan Perniagaan Melayu Perak di waktu itu.

Saya telah bersalaman dengan banduan keturunan India sebelum di bawa keluar untuk bertemu dengan Guru Besar MCKK Mr. N. J. Ryan. Lantaran campurtangan Mr. N. J. Ryan saya tidak dihantar ke sekolah budak-budak nakal Gurney Boys School dan di simpan seminggu di tempat 'rahsia' yang lain, sebelum dibenar balik ke MCKK.

Dalam pertemuan semula dengan Tok Guru Haji Omar sebagaimana yang tersebut dalam perenggan 21 di bawah saya sempat bertanya pada Tok Guru Haji Omar atas sebabnya beliau membunuh polis Punjab di lokap Ipoh.

Tok Guru dengan sedih memberitahu saya, 'Walaupun ambo lulus dari Universiti Darul Ulum di Mekkah dan diberi watikah bahawa ambo mujtahid dan tak perlu berguru lagi, rupa-rupanya ada yang ambo salah faham mengenai dunia ni. Ambo fikir hotel itu ialah tempat berzina. Ambo kiro negeri maksiat ialah negeri yang banyak hotel sebagai tanda. Bila mek dan loyar ambo tidur di Station Hotel yang sama, ambo terus fikir mereka sudah berzina walaupun ambo baru satu malam dalam lokap. Itulah sebab ambo hilang akal .... Sekarang ambo tahu walaupun orang kata ambo pandai tapi banyak perkaro ambo tak tahu.. ' Begitulah tragedi akibah dari salah faham.

Saya telah melantik Tok Guru Haji Omar untuk menjadi guru ugama KEMAS waktu saya menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang bertanggungjawab ke atas KEMAS.

Semoga Allah swt. memberi rahmat ke atas roh Tok Guru Haji Omar di alam barzakh dan memberi kepadanya tempat yang istimewa di Jannah.

Di perenggan 20 dalam karangan di bawah para pembaca akan mengetahui punca PAS terkeluar dari Barisan Nasional. IANYA BUKAN KERANA TUN DR. MAHATHIR.

Selamat membaca.

Wednesday, October 19, 2016

HIJRAH TO A NEW ERA > BERSATU

REINSTATING INTEGRITY

MALAYSIA, BEING LEAD BY MALAY LEADERS, WHO ARE MUSLIMS, SINCE INDEPENDENCE ON 31st AUGUST, 1957, HAVE ENJOYED PROGRESS AND DEVELOPMENT, IN PEACE AND HARMONY IN A DEMOCRATIC, MULTIRACIAL, MULTILINGUAL, MULTIRELIGIOUS AND MULTICULTURAL SOCIETY.

IT USED TO BE AN INSPIRATION TO MUSLIM COUNTRIES, A MODEL TO THE THIRD WORLD AND NON ALIGNED NATIONS. RESPECTED BY FRIENDS AND FOES FOR ITS VIGOROUS DEVELOPMENT AND STAND ON NUMEROUS GLOBAL ISSUES.

IT IS UNFORTUNATELY AN INFAMOUS NATION NOW FOR ITS CORRUPTION AND IRRESPONSIBLE LEADERSHIP, AT THE HIGHER LEVELS, IN POLITICS AND THE CIVIL SERVICE, WHICH HAS BROUGHT DISGRACE TO THE NATION.

SINCE 1st MUHARAM, THE MUSLIM NEW YEAR, THE PROPHET MUHAMMAD s.aw. LEFT MECCA TO MADINAH ON A 'MIGRATION' WHICH IS CALLED THE 'HIJRAH'.

IT IS ON THIS SAME OCCASION THAT WE CALL UPON ALL MALAYS, MUSLIMS, BUMIPUTRAS AND CITIZENS OF THE COUNTRY TO MIGRATE FROM THE DISGRACED LEADERSHIP OF UMNO AND BARISAN NATIONAL TO BERSATU AND THE NEW CITIZEN'S COALITION. 

TODAY, 13th OCTOBER, 2016 WOULD HAVE BEEN A HAPPY DAY FOR ME TO CELEBRATE MY 53rd ANNIVERSARY OF BEING INTRODUCED TO UMNO WHEN I REGISTERED AS A MEMBER ON 13th OCTOBER, 1963 AT THE UMNO SEREMBAN TIMUR DIVISION HQ AT JALAN LEMON, SEREMBAN. DESPITE BEING UNHAPPY AND DISILLUSIONED WITH THE STATE OF AFFAIRS IN UMNO I AM HAPPIER NOW OF MY MIGRATION TO 'BERSATU' AS IT PROMISES LIGHT AT THE END OF THE TUNNEL WITH THE HOPE FOR A BETTER FUTURE FOR MALAYSIA.

THIS ARTICLE IS IN RELATION TO THIS MIGRATION. A MIGRATION TO A NEW POLITICAL PARTY AND A NEW CITIZEN'S COALITION..

Thursday, September 8, 2016

BERSATU - PARTI POLITIK BARU

KE ARAH PENUBUHAN SEBUAH PARTI POLITIK BARU

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Beberapa orang sahabat saya telah bertanya atas sebabnya Tun Dr. Mahathir, dan rakan-rakan seperjuangannya, terfikir untuk menubuh sebuah parti politik baru.
 
Ada beberapa soalan yang perlu diketengahkan sebelum kita boleh memahami rancangan penubuhan sebuah lagi parti politik. Di bawah adalah beberapa soalan dan jawapan yang telah diketengahkan untuk mendapat jawapan dari saya.

Selain dari soalan yang berkaitan dengan penubuhan parti politik baru saya juga menjawab beberapa soalan lain yang berkaitan dengan isu semasa.

Oleh kerana soalannya berbeza-beza dan mungkin tidak semua tajuk diminati oleh pembaca maka saya turunkan di sini soalan-soalan yang telah saya beri jawapannya, seperti berikut:

Soalan pertama: Mampukan Melayu perintah tanpa RASUAH?

Soalan kedua: Bolehkah kita menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara masakini dengan menyahut seruan pemimpin Kerajaan Barisan Nasional supaya kita bersatu?

Soalan ketiga: Dari manakah datangnya kekuatan pada Perdana Menteri sehingga boleh mendakwa atau menghalang sesuatu dakwaan dari diambil atau dibuat oleh Peguam Negara?

Soalan keempat: Kenapa nama Sanusi disebut hanya sekali di dalam buku memoir Tun Dr. Mahathir jika hubungan antara keduanya nampaknya begitu rapat?

Soalan kelima: Kenapa Sanusi secara berterusan menyokong Tun Dr. Mahathir?

Soalan keenam: Bila agaknya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri baru?
a
Soalan ketujuh: Sejauh manakah Tun Dr. Mahathir sanggup berkorban untuk masa depan bangsa dan negara di usia senjanya?
a
Soalan kelapan: Apakah sebabnya Tun Dr. Mahathir berusaha menubuhkan parti politik baru?
a
Soalan kesembilan: Apa pandangan Tan Sri mengenai bantahan Setiausaha Agong UMNO mengenai penggunaan perkataan BERSATU sebagai nama singkat parti yang sedang menunggu kelulusan pihak Pendaftar Pertubuhan-Pertubuhan (RoS)?
a
Soalan kesepuluh: Bagaimana sambutan rakyat, khususnya ahli-ahli UMNO, di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia?
a
Soalan kesebelas: Nampaknya rakyat sangat keliru sekarang ini. Bagaimanakah kita boleh keluar dari belenggu kekeliruan ini?
Soalan keduabelas: Apa pandangan Tan Sri mengenai isu Bangsa Johor yang heboh sekarang ini?
a
Soalan ketigabelas: Apa komen Tan Sri ke atas dakwaan Dato' Seri Najib, waktu menghadiri mesyuarat di Jakarta, bahawa beliau tidak disukai oleh Tun Dr. Mahathir kerana dia tidak mahu jadi 'BONEKA TUN DR. MAHATHIR'
0
Soalan keempatbelas: Tan Sri pernah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah walaupun 22 orang ADUN telah menentang kerana mereka menyokong Menteri Besar sebelum Tan Sri. Kenapa pula Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak boleh diganti dengan Menteri Besar baru apabila majoriti ADUN menentangnya? Azrul bertanya apakah di waktu Tan Sri dilantik ianya dibolehkan kerana Perdana Menteri di waktu itu ialah seorang 'diktator'?
a
Soalan kelimabelas: Apakah peranan raja-raja Melayu dalam menyelesaikan isu skandal 1MDB


Soalan keenambelas: Apa reaksi Tan Sri tentang pertemuan Tun Dr. Mahathir dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim di mahkamah pada hari Selasa 6hb September, 2016?

Soalan ketujuhbelas: Jangkamasa antara Aidilfitri dengan Aidilazhar dinamakan 'BULAN BERAPIT' dan banyak pernikahan berlaku melibatkan kerabat di raja, tokoh korporat dan tokoh politik. Apa komen Tan Sri?

Friday, September 2, 2016

WIPER MEMBASMI KEMISKINAN

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Memandang kepada masalah negara masakini, baik dari segi ugama, politik, ekonomi, keselamatan, moral dan social, khususnya dengan terciptanya 1MDB yang membawa bala kepada seluruh rakyat dan menjatuhkan maruah negara di mata dunia, sementara terlalu ramai kalangan berpengaruh dari bangsa Melayu pula jelas terikat dengan hutang, budi dan material, sehingga kelihatan sanggup mengorbankan kepentingan bangsa dan keturunan masa depan, demi keselesaan kedudukan dan kemewahan materi, teringatlah saya kepada sebuah institusi yang pernah wujud tetapi telah di telan zaman - iaitu WIPER. Karangan ini telah pertama kali dimasukkan ke dalam blog pada 24hb JUN, 2010. Ianya siaran ulangan untuk yang berminat. Selamat membaca. 

KE ARAH MENGGERAKKAN INSTITUT DUNIA UNTUK MEMBASMI KEMISKINAN ATAU WORLD INSTITUTE FOR POVERTY ERADICATION ( W. I. P. E. R )

1. WIPER adalah akronim untuk World Institute for Poverty Eradication atau dalam bahasa Melayunya bererti Institut Dunia bagi Membasmi Kemiskinan.

2. Antara dua matlamat di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), salah satunya ialah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Ini adalah satu matlamat yang murni kerana kemiskinan itu bukan monopoli orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia. Walau pun lebih ramai orang Melayu dan Bumiputera yang miskin, disebabkan majoriti rakyat Malaysia terdiri dari orang-orang Melayu dan Bumiputera, maka usaha membasmi kemiskinan ini menguntungkan semua rakyat Malaysia dan selaras dengan matlamat 1Malaysia. Usaha mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan adalah satu matlamat yang bersifat global kerana kemiskinan adalah masalah dunia.

3. Bagi kerajaan Malaysia usaha membantu atau, jika boleh, memewahkan yang miskin bukan sahaja dijadikan dasar dalam negara sejak negara dipimpin oleh Tun Abdul Razak tetapi dilanjutkan ke dalam dasar luar negara di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir dengan matlamat PROSPER THY NEIGHBOUR. Dasar luar ini diketengahkan atas keyakinan bahawa jika negara jiran itu mewah ianya akan menguntungkan Malaysia jua bukan sahaja dari segi kestabilan politik tetapi juga dari segi ekonomi dengan lancarnya perdagangan antara negara berjiran dan giatnya aktiviti pelancongan antara negara.


4. Membantu yang susah atau yang miskin dalam negara dapat menjamin keharmonian politik kerana perasaan cemburu tidak akan membara sehingga tercetus huru-hara antara yang berada dan yang kurang atau tidak berada. Bagi umat Islam pula segala harta yang berlebihan pada jiran adalah menjadi hak jiran yang memerlukannya.


BERBAGAI PENDEKATAN

5. Berbagai pendekatan telah diusahakan oleh berbagai agensi dan jabatan kerajaan dan bukan kerajaan, samaada secara langsung atau tidak langsung, ke arah mengurangkan, dan seterusnya membasmi kemiskinan. Walau pun definasi kemiskinan itu relatif antara kaum dan di kalangan satu-satu kaum tetapi kejayaan yang telah dicapai tidak dapat dinafikan.

6. Disebabkan usaha Malaysia ke arah membasmi kemiskinan sudah terkenal di seluruh dunia maka dalam semua forum ekonomi dan pembangunan di seluruh dunia, lebih-lebih lagi di kalangan negara-negara yang sedang membangun, para peserta forum tersangat berminat dengan cara-cara yang telah diamalkan oleh Malaysia ke arah mencapai matlamat ini.

7. Tergantung kepada siapa yang ditemui atau yang menyampaikan maklumat samaada dalam mesyuarat, persidangan, seminar atau forum kaedah yang digunakan oleh Malaysia untuk mengurang dan membasmi kemiskinan, yang diutarakan adalah cara yang diamal oleh jabatan atau agensi yang diwakili oleh pembicara berkenaan. Jika wakil Felda yang bercakap maka rancangan Feldalah yang diketengahkan. Jika yang dijumpai itu wakil Kementerian Kebajikan Masyarakat maka program kementerian inilah yang diketengahkan dan jika yang bercakap itu dari Kementerian Pendidikan, pendidikanlah yang menjadi penyelesai kepada masalah kemiskinan. Maka hadirin dan hadirat yang mendengar akan teraba-raba mencari yang mana satu yang lebih berkesan seperti orang buta yang tidak pernah tengok gajah menceritakan bagaimana rupa dan bentuk gajah maka tergantunglah samaada yang dipegang itu telinga (maka gajah dikatakan seperti kipas besar), belalai (maka gajah dikatakan seperti ular yang besar), kaki (maka gajah dikatakan laksana pokok) atau badannya sehingga gajah dianggap sebagai satu dinding.

SIAPA PERDANA MENTERI?

DULU DAN SEKARANG.

Masukan blog ini adalah satu ulangan kepada masukan pada 12hb Disember, 2012. Tujuannya ialah untuk pembaca membandingkan suasana sekitar empat tahun dahulu dengan keadaan sekarang.

DEWAN ULAMA PAS MAHU HADI

1. Dalam muktamar PAS yang baru lalu kita mendengar cadangan pihak ulama supaya Haji Hadi Awang, Presiden PAS, menjadi Perdana Menteri seandainya Barisan Nasional kecundang dalam Pilihanraya Umum ke 13.
2. Sebenarnya, inilah masanya yang paling sesuai untuk sesiapa saja yang ingin menjadi Perdana Menteri berangan-angan atau menghayalkan diri untuk syok sendiri.

DAP DAN PKR MAHU ANWAR

3. Melentinglah DAP yang mahukan Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana mereka merasakan belum sampai masanya untuk Karpal Singh atau Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri.

4. Karpal mungkin lebih berhasrat kerana melihat walaupun golongan Punjabi di India adalah dari kalangan minoriti tetapi yang menjadi Perdana Menteri di India ialah Manmohan Singh. Bezanya hanyalah serban.

5. Parti Pakatan Rakyat tentulah memilih penasihatnya. Si penasihat pula dikatakan tersenyum dan tidak mahu membuat komennya apabila ditanya oleh pemberita. Kawan-kawan penasihat di dalam barisan pimpinan PAS pula menyatakan Tuan Haji Hadi Awang tidak berminat menjadi Perdana Menteri. Bukan Haji Hadi yang kata tetapi tokoh PAS yang tidak mahu ketuanya jadi Perdana Menteri.

DATO' NIK AZIZ BIN NIK MAT BAGAIMANA?

6. Sudah tentu apabila penasihat PR tersenyum dan tidak mahu membuat komen bukanlah bermakna dia tak mahukan jawatan Perdana Menteri. Sudah lama dia mimpikan jawatan itu. Kawan-kawan yang membuat komen dalam blog ini juga begitu ghairah supaya Pak Sheikh jadi Perdana Menteri. Budak Kolej lagi-lagi la. Tetapi, Haji Hadi Awang juga belum tentu menolak apabila beliau betul-betul ditawarkan. Bagaimana dengan Mursyidul Am PAS? Mungkin dia pun mahu juga jawatan itu, walaupun, mengikut  kata Mursyidul Am TIBAI, untuk sekejap masa sahaja.

DATO' ONN BIN JAAFAR

7. Orang yang pertama dalam sejarah Melayu yang ingin jadi Perdana Menteri ialah Dato' Onn Jaafar. Itulah sebabnya beliau menubuhkan UMNO, menentang Malayan Union dan berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Tetapi beliau tak jadi.

ACTION ON SMOKING AND HEALTH

IT'S ALLAH'S WISH
THAT MY FATHER DIED YOUNG
- BUT CIGARETTE WAS THE CAUSE.
 
The second entry of this speech is  now published with its original title in English. It was delivered on 20th October, 1985 in either CIRDAP or AARRO international conference in Kuala Lumpur. A friend of mine requested that I put it in my blog after reading a collection of my English language speeches in international conferences worldwide published in a book entitled 'NOT A GARDEN OF WEEDS' as 'WORDS WITHOUT DEEDS IS A GARDEN FULL OF WEEDS'. My friend's son happens to have started smoking but does not speak Malay. I am informed that he likes reading the English language titles on my blog entries. I am reproducing this piece for Robin and all other readers who are interested in the subject.
 
INTRODUCTION TO THE FIRST ENTRY WITH A MALAY TITLE
 
The next paragraph is the introduction to my first entry on 20th January, 2010 entitled 'KEMPEN BERHENTI MEROKOK.
 
SATU PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Pada hari ini saya lihat di dalam media massa satu usaha lama yang diteruskan dengan tujuan supaya masyarakat Malaysia berhenti merokok. Di sini saya perturunkan semula ucapan saya, dalam bahasa Inggeris, di waktu merasmikan seminar antarabangsa bertajuk 'Action on Smoking and Health' yang diadakan di Kuala Lumpur pada 20 Oktober, 1985. Ucapan ini relevan dengan usaha penubuhan Klinik Berhenti Merokok yang diwujudkan pada hari ini. Tajuk ucapan ini ialah:

THE NICOTINE WAR

Taxi Driver

1. I was 12 years old when my father died on March 18, 1956, at a young age of 37. To this day I am still unaware as to the real cause of his death since I was at a boarding school when he became sick. I sill have a driving license photograph of him with swollen lips. Some people said he died of tuberculosis. Whatever it might have been it is obvious that had hed been ill for sometime.

Monday, August 22, 2016

TUN MUSA DAN DATUK IBRAHIM ALI

A NEW FICTION - 'FRANKLY SPEAKING'

1. Dalam bukunya yang baru dilancar Tun Musa Hitam telah menuduh AIDS (Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin dan Sanusi Junid) sebagai 'conspirators' yang melagakan beliau dengan Tun Dr. Mahathir sehingga Tun Musa terpaksa meletak jawatan.

ANTARA TUN MUSA DAN DATUK IBRAHIM ALI

DATUK IBRAHIM ALI

2. Ada dua buah autobiography atau memoir yang telah terbit dalam masa terdekat yang baru berlalu. Lebih awal terbit buku PERJUANGAN TANPA NOKTAH dengan versi dalam bahasa Inggerisnya THE MISUNDERSTOOD MAN. Buku ini dikarang oleh sahabat saya sejak tahun 1972 Datuk Ibrahim Ali. Jika anda baca buku Datuk Ibrahim setebal 829 halaman anda akan terasa bahawa Datuk Ibrahim, dengan segala kontroversi yang dikaitkan dengannya, adalah seorang yang ikhlas, jujur berani dan bukunya bolehlah diberi tajuk FRANKLY SPEAKING. Bukan buku Tun Musa.

3. Begitu FRANK Datuk Ibrahim Ali sehingga beliau tidak hiraukan imejnya setelah buku itu ditulis dan beliau juga tidak takut atau bimbang jika bukunya itu membuka luka-luka lama di kalangan tokoh-tokoh yang ingin melupakan kisah masing-masing.

4. Apa yang mengekalkan persahabatan saya dengan Datuk Ibrahim Ali ialah sifat keterbukaannya dan sepanjang pengenalan saya dengannya saya dapati beliau tidak rasuah, tidak hipokrit atau pandai berpura-puraan, beliau bermonogami dengan hanya seorang isteri yang sentiasa rapat dan setia antara sesama mereka, sebagaimana setianya hubungan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah, beliau tidak lupa kepada kawan dan orang yang pernah membantunya, beliau seorang yang handal berpidato dan yang utama sekali ialah beliau seorang yang berani.

5. Keberaniannya itulah yang membuat beliau dapat membina dan menjayakan sebuah organisasi PERKASA, atas inspirasi, bekalan wasiat dan dorongan Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim Ismail, mantan kepala terus angkatan tentera Malaysia.

6. PERKASA ialah sebuah pertubuhan MELAYU dan ISLAM yang terbesar dan terkuat dengan ahlinya, dari semua lapisan masyarakat, dari berbagai parti politik dan juga yang tidak berparti, yang turut disokong oleh, ahli bersekutu, yang bukan Melayu dan bukan Islam yang mencari pemimpin Melayu yang jujur, berani dan jelas sikapnya.

7. PERKASA mempunyai ratusan ribu ahli dengan pendaftaran yang jelas dan tidak bergantung kepada Ketua-ketua Bahagian sesetengah parti politik yang hanya menyampaikan senarai, dulunya dengan yuran, yang dibayar sendiri oleh ketuanya, hanya untuk menunjuk bahawa bahagiannya semakin membesar walaupun sebenarnya unit bahagian ini laksana 'kedai runcit' yang dikunjungi oleh pelanggan yang ingin berhutang padanya sahaja.

8. Banyak pihak ingin 'membeli' sokongan dan kesetiaan Datuk Ibrahim Ali tetapi mereka lupa, atau tidak mengetahui, bahawa Datuk Ibrahim Ali akan menerima semua bantuan dari semua pihak untuk membantu kegiatan PERKASA dan ahli-ahlinya dan BUKAN UNTUK DIRINYA. Datuk Ibrahim, walaupun dibantu, tidak akan berganjak dari prinsipnya untuk berjuang DEMI UGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

TUN MUSA HITAM

9. Baru-baru ini buku Tun Musa Hitam bertajuk FRANKLY SPEAKING telah diterbitkan. Buku ini dilancarkan oleh DYMM Sultan Perak, Raja Nazrin, Dengan penglibatan seorang sultan yang berpendidikan tinggi, dengan sendirinya buku Tun Musa bertaraf diraja dan sukar untuk rakyat biasa menegur isi kandungan titah di raja mengenai buku itu.  

Friday, August 12, 2016

JENAYAH WARGA NIGERIA DI NUSANTARA

PERTEMUAN DENGAN DIPLOMAT NIGERIA
DI MEKKAH

1. Di dalam masukan blog pada kali ini saya turunkan beberapa laporan akhbar mengenai jenayah yang dilakukan di Nusantara, khususnya di Indonesia dan Malaysia, oleh warganegara Nigeria.

2. Saya teringat untuk mengenengahkan bahan bacaan ini kerana dua peritiwa yang tiba-tiba muncul dalam ingatan saya setelah membaca isi media berkenaan.

3. Pertama ialah pertemuan saya dengan duta Nigeria ke Afrika Selatan di restoran Safwah di Mekkah dalam bulan puasa sehari setelah berita meninggalnya Nelson Mandela. Duta, yang namanya saya sudah lupa, menyatakan bahawa beliau ialah seorang sahabat Nelson Mandela dan peminat serta penyokong kuat Tun Dr. Mahathir yang katanya beliau kenal rapat.

4. Kerana Tun Dr. Mahathirlah maka duta Nigeria ini telah membuat keputusan untuk menghantar anak perempuannya belajar di salah sebuah universiti di Malaysia.

5. Katanya, sebaik saja anak beliau sampai di KLIA anaknya itu telah disambut oleh staf kedutaan Nigeria yang membawanya ke kedutaan. Waktu berceloteh dengan staf kedutaan anak duta Nigeria ke Afrika Selatan ini telah mendapat tahu bahawa ramai penjenayan terkenal dari Nigeria kini berada di Kuala Lumpur.

Thursday, August 4, 2016

SHAH ALAM - 21/05/2016 - SELAMATKAN MALAYSIA



Kempen SELAMATKAN MALAYSIA dengan 'Deklarasi Rakyat' di Selangor - 21hb Mei 2016



YKP - 23/05/2016: HUTANG 1MBD PUNCA PERPADUAN

Ulasan Mengenai Deklarasi Rakyat dan Hutang 1MDB


Monday, July 18, 2016

1MDB - UNITY NOT AN ECONOMIC SOLUTION

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Dear Readers,

This blog entry was first submitted on 16th May, 2015 at 11:06 am. It is resubmitted with additional information at the end highlighting Tun Dr. Mahathir's weaknesses, strength and noble attitude. Please read on patiently whatever be your political orientation.

HOW IT ALL BEGAN

WHAT TUN DR. MAHATHIR INITIALLY MEANT

1. In my earlier video-clip picked up by 'Din Turtle' in his blog and posted in this blog on 22nd January, 2015 entitled "TUN DR. MAHATHIR dan DATO' SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK" I explained verbally in simple language Tun Dr. Mahathir's intention when he said that Dato' Seri Najib should resign or, if he does not intend to resign, he should change his policies in order to avoid UMNO and BN losing in the coming 14th General Election.

2. Because of the PM's policies Tun Dr. Mahathir had distanced himself from Dato' Seri Najib and withdrew his support as the Prime Minister.

3. This withdrawal of support by Tun Dr. Mahathir should not be taken lightly as it was Tun Dr. Mahathir who convinced Tun Abdullah Ahmad Badawi to accept Dato' Seri Najib, instead of his own choice of someone else that we knew, as his deputy; and subsequently maneuvered Tun Abdullah Ahmad Badawi into resignation after a miserable performance in the 12th General Election in 2008.

4. It is important for the forgetful to note that Tun Abdullah Ahmad Badawi was dissuaded from replacing Dato' Seri Najib as his deputy and decided to step down instead; although some of Dato' Seri Najib's supporters were made to believe that Tun Abdullah Ahmad Badawi resigned of his own choice and in keeping with his promise of stepping down, in favour of Dato' Seri Najib, when the time comes.

5. As a result of the above make-believe all the 4th Floor boys who brought disaster on Tun Abdullah's premiership were retained or comfortably positioned, and added with additional dreamers, causing the greater disaster in the 13th General Election. It is naïve for anyone to believe that Tun Abdullah Ahmad Badawi resigned voluntarily.

6. The current Tun Dr. Mahathir's thesis is that if PM Dato' Seri Najib stays and refuses to change his policies then Tun Dr. Mahathir strongly believe that the next 14th General Election, latest by 2018, will see BN's worse performance than the previous two General Elections. Tun Dr. Mahathir predicted that the voters will reject UMNO and BN under the leadership of Dato' Seri Najib.

7. It should be remembered that when Tun Dr. Mahathir said the voters he did not necessarily include those who are enjoying benefits through salaried appointments or recepients of government projects; and certainly not those who are paid to discredit Tun Dr. Mahathir which of course include the less popular mainstream media.

8. I further reiterated, in the same video clip, that should Tun Dr. Mahathir be wrong in his calculative prediction then it is good for Dato' Seri Najib.

Sunday, July 17, 2016

MEMORIES OF PRIME MINISTERS

THE PRIME MINISTERS OF MALAYSIA

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

1. Besides Tun Dr. Mahathir, I am one of the last Mohiccans, who are still alive, who had been in UMNO since 13th October, 1963, and out of UMNO when I studied overseas, but a member of the Alliance Club when in London, and back to UMNO to contest the 1974 General Election as a Barisan National candidate.

2. Although Tun Dr. Mahathir would not be able to remember this incident but he was known to me when I first met him as a patient with cough when I was 11+ years old in Langkawi. He was then bearded and Langkawi was his first posting after he completed his housemanship to be a doctor.

3. My parents moved to Langkawi and lived in Kampung Didik just behind Kim Sun Talkies which was the only cinema hall on the island, along the main road in Kuah town. At that time the only tarred road out of Kuah was the 5+ miles stretch to Sungai Raya Estate built by Loh Boon Siew. There was only a motor-cycle, bicycle and foot path between Kuah and Padang Matsirat. My father drove the lorries owned by Taukeh Teik and transported earths which were poured along the foot-paths to improve and widen the route for bigger vehicles.   

4. I had known Tun Dr. Mahathir again, when I was 20+ years old, when I was a lone Malay member of an all Chinese youth club in Seremban, affiliated to The Malaysian Association of Youth Clubs (MAYC) which was a multiracial parent youth organization, with Tun Dr. Mahathir as one of its earlier Vice Presidents. I attended MAYC functions where he was present with an MAYC training officer Encik Nasir.

5. As advised by my father before he died, when I was 12, I studied short-hand and type-writing, at a commercial private school in front of the Kuala Kangsar hospital, while studying at Malay College Kuala Kangsar (MCKK). My father, born in Aceh to the Tiro and Beurawe families, studied in an Islamic College in Padang, Sumatera was aware that a knowledge of short-hand would be useful for taking notes when attending classes where the teachers just rattle on knowledge only to be forgotten immediately after the classes are over as the lectures are always too fast for notes to be taken with ordinary writing speed.

6. My ability in taking notes by Pitman's shorthand method and using all fingers by touch typing, in addition to my experience, as a bank employee, in book-keeping, were the reasons for me being  appointed, at 22+ years old, by Dato' Jaafar Talib to be the Honorary Secretary of The Negeri Sembilan Malay Chamber of Commerce at a time when Tun Dr. Mahathir was the Vice President of The Malaysian Malay Chamber of Commerce under the leadership of Tan Sri Hanafiah Hussain as its President, in the early 1960s.

Monday, June 20, 2016

THOMAS PAINE - THE AMERICAN CRISIS

1776 IS A HISTORIC YEAR FOR THE FOLLOWING REASONS:

1. IT WAS THE YEAR WHEN THE BOOK ENTITLED THE 'WEALTH OF NATIONS' WAS WRITTEN BY ADAM SMITH.

2. THE LUNAR SOCIETY WAS FORMED THIS YEAR AS A SOCIETY OF RENOWNED SCIENTISTS IN THE UNITED KINGDOM

3. THE UNITED STATES HAD ITS INDEPENDENCE THIS YEAR, and it was also

4. THE YEAR WHEN THOMAS PAINE WROTE 'THE AMERICAN CRISIS.

LET'S GET AWAY FOR A WHILE FROM OUR LOCAL POLITICS AND PONDER INTO HISTORY, THROUGH THE EYES OF THOMAS PAINE, OVER THE STRUGGLES THAT OTHERS HAVE GONE THROUGH IN ORDER TO OBTAIN THEIR INDEPENDENCE. IN COMPARISON, WE HAD OURS TOO EASILY. THIS WRITING BY THOMAS PAINE SHOULD BE READ SLOWLY AND BE FULLY UNDERSTOOD IN ORDER TO REALISE HOW LITTLE EACH OF US HAVE DONE FOR OUR NATION.

from THE AMERICAN CRISIS

NUMBER 1

Wednesday, June 1, 2016

ULAMA DAN PARTI POLITIK

1. Assalamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

2. Sebahagian besar dari mereka yang merasakan, menganggap atau mengaku diri sebagai ulama perlu difikirkan semula status ulamanya apabila mereka sudah berperanan dalam parti politik. Mereka boleh terus dianggap sebagai ulama jika mereka meletakkan ugama di atas kepentingan parti politiknya; dan menganggap terbatal dirinya sebagai ulama apabila mereka meletakkan parti politiknya di atas ugama.
 
3. Apabila seseorang ulama itu tidak lagi menyatakan yang benar, walau pahit sekalipun, kerana menjaga kepentingan parti politiknya dia dengan sendirinya tidak lagi diangap berfungsi sebagai seorang ulama.
 
4. Pseudo ulama sedemikian samalah dengan cerdik pandai dalam berbagai bidang yang melupakan Islam menyeru supaya sesuatu tugas itu diserahkan kepada yang ahli dalam bidang berkenaan.
 
5. Dalam soal 1MDB umpamanya mereka yang tidak ahli, dan tidak mahu mempelajari kerana merasakan diri terlalu pandai, walaupun dalam bidang yang berlainan, menyeru kepada PERPADUAN sebagai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh 1MDB.
 
6. Mereka tidak sedar bahawa Greece (Yunani) dengan satu bangsa, satu bahasa, satu ugama dan satu negara sudah bankrup atau muflis  walaupun mereka BERSATU. BERSATU bukan caranya menyelesaikan masalah ekonomi, sebagaimana DEMOKRASI TIDA mampu MEMBASMI RASUAH jika system demokrasi itu sendiri dapat disuburkan dengan amalan rasuah.
 
7. Yang mengaturkan pinjaman wang kepada Greece dan 1MDB ialah GOLDMAN SACHS, sebuah syarikat kewangan Yahudi yang mengenakan KOMISYEN 10% dan RIBA pada kadar lebih 6%. Perangai Yahudi dan beban RIBA adalah jelas di dalam al Qur'an.
 
8. Hutang Greece hanya US$10 billion dan Greece menjadi muflis dalam masa lima tahun. Hutang 1MDB pada mulanya RM42 bilion dan kini sudah meningkat RM50 bilion, iaitu lebih banyak dari GREECE, dan kini sedang SEBAK sehingga bergantung kepada Tabung Tentera, Tabung Haji, Tabung Pekerja, FELDA, bayaran TOL dan GST yang dikenakan ke atas RAKYAT.
 
9. Bila RIBA tidak mampu dibayar dari hasil pelaburan yang cuai maka keluar lagi bon, atau surat hutang, yang matang untuk dibayar oleh anak cucu kita di masa akan dating.
 
10. Hutang 1MDB kini RM50 bilion. 1MDB yang kini TENAT dan BUSUK  sedang dipersiapkan untuk dikapankan nanti di perkuburan PERBENDAHARAAN, untuk reput di sana kerana Menteri Kewangan, mewakili kerajaana Malaysia, telah menjamin pinjaman yang diurus oleh Yahudi GOLDMAN SACHS untuk 1MDB.
 
11. Apabila tokoh parti politik Islam ditanya mengenai skandal 1MDB mereka menyatakan hasrat untuk memberi peluang kepada Dato' Seri Najib, selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri untuk menyelesaikannya. Mereka tidak dapat melihat yang menjadi masalah ialah Dato' Seri Najib itu sendiri.
 
12. Bagaimanakah masalah boleh menyelesaikan dirinya.
 
13. Saya kenal seorang ulama di sebuah negara jiran yang telah dihantar oleh Presiden Negara itu untuk bercuti di luar negara sepanjang masa pilihanraya diadakan. Saya difahamkan bahawa ulama ini mengganggu pilihanraya kerana dengan pengaruh yang ada padanya beliau menjadi penentu kemenangan calon yang disokong olehnya tanpa mengira parti.
 
14. Bila saya bertanya kenapa beliau bersikap demikian beliau menjawab, 'Yang akan diadili dan dihukum oleh Allah swt, untuk ke syurga atau neraka, ialah individu dan bukan parti.'
 
15. Apabila ulama yang sama menentang undang-undang pernikahan yang diperkenalkan di negaranya yang membolahkan pasangan berlaian ugama menikah tanpa seorang darinya menukar ugamanya menjadi Islam, beliau telah didatangi oleh tenteta, dipukul sampai berdarah, selepas beliau mengerjakan solat subuhnya pada satu hari, dibius supaya tidak sedar dan diusung dari kampungnya ke helicopter untuk dibawa ke sebuah kota terdekat dan seterusnya diterbangkan ke ibu kota Negara tersebut, di mana beliau dibutakan, sehingga meninggal dunia 18 tahun kemudian.
 
16. Tidak ada sebuah parti politik Islam pun yang memprotes atas kedzaliman yang telah dilakukan ke atas seorang dari kalangan ulama mereka.  Mereka juga lebih mementingkan parti politik dari ugama.
 
17. Sama-samalah kita do'akan supaya kita semua mendapat petunjuk dari Yang Maha Esa semoga parti politik Islam dan parti nasionalis Melayu di Negara kita tidak terpaksa bertalqin di tepi dua batu nesan yang terpacak, satu darinya di Kuala Kangsar, Perak Darul Ridwan dan satu lagi di Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.
 
Wallahu'aklam.
 

Wednesday, May 25, 2016

DEKLARASI RAKYAT - 8 MEI, 2016 di KEPALA BATAS

Majlis Bersama Pemimpin & Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia 8 Mei 2016.


Berikut ini adalah ucapan penuh dari semua pemimpin. Ucapan Tan Sri Sanusi Junid bermula pada masa 1:19:50, sedangkan ucapan YAB Tun Mahathir Mohamad bermula pada masa 2:03:36.



Thursday, May 19, 2016

THE BANKERS CREATED ISRAEL

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Dear brothers and sisters.

GOLD IN INTERNATIONAL TRADE

The topic of this speech is misleading if it gives the impression that it is only about gold and trade. The following sub-topics in the speech might be of interest to readers:

a. Failure of Bretton Woods

b. Imam Ghazali on Dirham and Dinars

c. The assassination of Abraham Lincold, John F. Kennedy, Al Malik Faisal, Albino Luciani (Pope John Paul 1) and the attempt on Richard M. Nixon's life

d. Usury in the Religions of the Books

e. Terrorism, Syariah and Democracy

f. The Power of the Bankers - The Creation of Israel

g. What the West Fears

This speech is still relevant as some Muslim leaders have put more imporance on the security of Israel than the sufferings of the Palestians.

Thank you.

Keynote Address by Tan Sri Dato’ Seri Sanusi bin Junid
in The Kuala Lumpur International Conference
on Gold in International Trade:
Strategic Positioning in Global Monetary System
at Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur
on 29th September, 2003


Assalaamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Chairman of the seminar,
Deputy Governor of Bank Negara Malaysia,
Secretary General of Ministry of Foreign Affairs,
Rector of International Islamic University Malaysia,
Honoured guests,
Fellow participants of the seminar,
Ladies and gentlemen.

FAILURE OF BRETTON WOODS

Between August 19th and 20th, last year, at Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, an international conference was held on stable and just global monetary system with the theme ‘Viability of the Islamic Dinar’ as a response to the 1997 East Asian economic and financial crisis by which Malaysia was ‘robbed’ of its economic well-being by the international currency speculators.

The gold dinar, whether Islamic or not, is propagated by the Prime Minister of Malaysia, the Honourable Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad . It is simply a gold payment system.  This propagation is a reintroduction of the role played by gold, as money, before the United States President Richard Milhaus Nixon removed gold backing from the US dollar as there was insufficient gold belonging to the United States to back up the dollars needed to finance the Vietnam war. It was either an admission of the failure of the Bretton Woods’ system to support the us or just the arrogance of Nixon and his close advisors, in not wanting to use the system.

Friday, May 13, 2016

KEPIMPINAN MELAYU BARU – CABARAN DAN HARAPAN

Asssalamu'alaikum Warahtullaahi Wabarakaatuh.

Diturunkan di sini sebuah ucapan yang berumur hampir 37 tahun.

Bandingkanlah dengan keadaan masakini.


KEPIMPINAN MELAYU BARU – CABARAN DAN HARAPAN

Oleh

SANUSI JUNID
di
Simposium Anjuran Jabatan  Pengajian Melayu Universiti Malaya
dan
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya


Saudara Pengerusi majlis, Ketua Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, Professor Ismail Hussein, Pengarah simposium, saudara Yazid Osman, Pensyarah-pensyarah, Presiden dan Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Malaya, Def-def yang terhormat, saudara-saudara yang saya muliakan.

Assalaamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

1. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur simposium pengajian Melayu ini kerana penghormatan yang diberi kepada saya untuk menjalankan acara peresmian.

2. Ucapan peresmian saya kepada simposium ini adalah satu tugas yang berat, kerana ianya mungkin dijadikan sukatan ke atas kemampuan fikiran saya yang terbatas mengenai tajuk simposium ini iaitu ‘ Kepimpinan Melayu – Cabaran dan Harapan’.

3. Walau bagaimanapun, oleh kerana Jabatan Pengajian Melayu adalah satu Jabatan yang kegiatannya di Universiti ini saya kagumi, dan oleh kerana saya sendiri pernah terlibat di dalam aktiviti-aktiviti pelajar, seperti turut serta dalam tunjuk-tunjuk perasaan, dan disebabkan pandangan tinggi saya terhadap pemimpin GAPENA yang turut memimpin Jabatan Pengajian Melayu, dan oleh kerana saya sendiri turut terlibat di dalam soal-soal memimpin, maka saya menerima baik penghormatan yang diberi ini dan sanggup dijadikan sasaran kritik oleh para intelektual sekalian.

4. Saya bersyukur kepada Allah kerana untuk beberapa kali simposium yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pengajian Melayu masih tertumpu kepada tajuk ‘Kepimpinan’ walaupun dengan pendekatan-pendekatan yang berlainan, kerana jarang sekali perhatian orang-orang Melayu dapat ditumpukan kepada sesuatu masalah secara berterusan sehingga bertemu dengan penyelesaian.

MINAT BERMUSIM

5. Sebagai satu bangsa yang lebih suka menjadi nelayan di Pantai Timur yang ada musim tengkujuh dan tidak begitu gemar menjadi nelayan di Pantai Barat dengan cuaca yang hampir sama sepanjang masa;

6. Sebagai satu bangsa yang lebih suka menanam padi pada dua musim setahun yang tidak suka menanam sayur yang harus dijaga pada setiap waktu;

7. Sebagai satu bangsa yang tahu ‘mengamuk’ apabila buntu menyelesaikan satu-satu sengketa dan tidak berpengalaman di dalam perang yang berlarutan;

8. Sebagai satu bangsa yang lebih minat kepada politik dengan pilihanraya yang datang bermusim-musim, 5 tahun sekali dan tidak suka kepada perniagaan yang harus diawasi pada setiap masa;

9. Maka bangsa yang ‘temperamental’ ini juga sentiasa memberi perhatian kepada sesuatu masalah mengikut musimnya. Saya bersyukur dan gembira kerana Jabatan Pengajian Melayu telah tidak menghadapi masalah kepimpinan bangsa dengan cara bermusim-musim jua.

10. Walaupun pengkritik boleh mengatakan bahawa simposium ini juga datangnya bermusim-musim kerana diadakan sekali setahun, tetapi ini tidak mengapa, kerana tidak ada ‘alternative’ atau pilihan bagi kita kerana tidak mungkin simposium diadakan pada setiap hari. Yang penting ialah simposium ini dapat menghidupkan pemikiran masyarakat kepada persoalan kepimpinan secara berterusan kerana ianya menjadi syarat utama untuk dapat menjamin kejayaan di dalam usaha untuk

10.i.   Memupuk suasana politik yang harmonis,
10.ii.  Menegakkan keadilan di bidang ekonomi, dan
10.iii. Melahirkan masyarakat yang bahagia.

11. Saya ingin menyebut beberapa contoh tajuk-tajuk yang dibincang secara bermusim untuk menyelesaikan masalah-masalah yang pernah ditimbulkan di masa dahulu:

 11.i.   Masalah penglibatan Melayu di dalam bidang perniagaan;
 11.ii.  Masalah penekanan inflasi ke atas ekonomi rakyat dan negara;
 11.iii. Masalah ancaman komunis ke atas keselamatan negara;
 11.iv. Masalah rasuah yang boleh meruntuhkan pemerintahan;
 11.v.  Masalah persaudaraan ‘Freemason’ yang bertentangan dengan Islam;
 11.vi. Masalah menghadapi pilihan raya;
 11.vii. Masalah penubuhan Universiti Merdeka;
 11.iix. Masalah pendatang haram;
 11.ix.  Masalah subversif ekonomi;
 11.x.   Masalah persatuan sekerja yang bertindak tanpa memperhitungkan kepentingan negara;    
 11.xi.  Masalah MAS; dan
 11.xii. Masalah tanah tergadai.

Thursday, May 12, 2016

NILAI YANG MEMBANGUN BANGSA DI TIMUR

Nilai-nilai Murni yang Membangun Bangsa di Timur
By Sanusi Junid -
02/03/2016
Pada tahun delapan puluhan di waktu ekonomi dunia sedang dalam keadaan tidak menentu, sebuah analisa mendapati bahwa negara-negara di dunia ini terbagi kepada 5 kelompok jika dilihat dari sisi pencapaian ekonominya:

1. Negara-negara yang mengamalkan demokrasi, yang berbahasa Inggris, yaitu negara-negara bekas jajahan Inggris yang kebanyakan rakyatnya fasih berbahasa Inggris dan mendapat pendidikan, terutamanya pendidikan tinggi dalam bahasa Inggris. Contoh negara tersebut ialah Amerika Serikat, Kanada, Australia, Selandia Baru, India, Pakistan, Singapura dan Malaysia.

2. Negara-negara yang berfahaman komunis seperti Rusia, China, Korea Utara, Polandia, Jerman Timur (sebelum Jerman Timur bergabung dengan Jerman Barat) dan negara komunis yang lain.

3. Negara-negara Islam di Asia Barat seperti Mesir, Libya, Saudi Arabia, Turki dan Iran.

4. Negara-negara Kristen Katolik di Amerika Selatan seperti Brazil, Argentina, Chile, Bolivia dan lain-lain.

5. Negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak berbahasa Inggris seperti Jerman Barat, Perancis, Jepang, Korea Selatan dan Taiwan.

Wednesday, May 11, 2016

Friday, May 6, 2016

Thursday, May 5, 2016

11-12-1996 : ACCEPTANCE SPEECH ON CONFERMENT OF PROFESSORSHIP AT NANJING UNIVERSITY, CHINA

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Dear Readers,

For reasons that I do not know, I was invited to receive my honorary concurrent Profership at Nanjing University, China on 11th December, 1996. Being described as the Harvard of China, Nanjing University is regarded as one of the most prominent universitees in China. I accepted the honour. At that time I was the Menteri Besar of Kedah.

A special convocation was organised for me alone and I was asked to speak at length on the subject of change. Below is the whole of the 300 paragraphs lengthy speech which was later translated into Mandarin by Catherine Yu.

Paragraph 120 hace changed from the original to an additional sentence 'Not change from Communism to Capitalism but from being communists to better communists.' According to Prof. Colin this addition was requested by Deng Xiaoping's office, who might not have read it, but died 2 months and 8 days later on 19th February, 1997.

Here goes the acceptance speech: