INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROAJI'UN.
DIN TURTLE DALAM KENANGAN (1966-2016)
Visi 20-20 Berbeza Visi 20-50 - 30 Oktober 2016
BR1M - Lembu Pakai Cermin Mata - 27 Oktober 2016
Selamatkan Malaysia - Johor Bharu 30 April 2016
Apa Itu Sayang UMNO? - 11 Mac 2016
Hi-Tea Bersama Tun M - 3 Oktober 2015
Ulasan Alasan Derma - 26 Ogos 2015
Siapa Bangsat? - 25 Ogos 2015
Kabinet 1MDB - 1 Ogos 2015
Kenapa Tun Bercakap Pada Media Asing - 31 Julai 2015
Beza Pemecatan TPM - 31 Julai 2015
1MDB dan Perpaduan - 21 Mac 2015
Antara Mahathir dan Najib - 21 Jan 2015
Teguran Tun M - 11 September 2014
Akta Hasutan - 9 September 2014
Senaraikan Masalah Melayu - 9 September 2014
Tidak ada kata-kata yang dapat memaparkan perasaan saya dengan kepulangan ke rahmatullah seorang sahabat seperjuangan.
Din ialah seorang blogger yang miskin tetapi berprinsip dan tidak dapat dibeli dengan wang.
Pernah beliau ditawarkan RM3,000.00 ke RM5,000.00 sebulan hanya untuk berhenti menulis lagi.
Dengan ikhlas beliau mengaku menerima RM3,000.00 untuk sebulan, tetapi beliau menyesal dan tidak mahu menerima lagi walaupun bayarannya hendak ditambah.
Pada bulan puasa yang lalu beliau berhasrat untuk berhenti menulis kerana ingin menjadi kakitangan sekuriti di sebuah pasaraya di Kuala Trengganu untuk mengawasi keselamatan mereka yang menjual kueh-mueh di bulan puasa. Elaunnya hanya RM2,000.00 dan katanya untuk belanja hari raya. Setelah beberapa hari beliau tidak sanggup berhenti menulis dan terus berhenti kerja.
Dalam pertemuan terakhir saya dengannya beliau berkata, walaupun keadaan beliau tidak mewah dia tidak mahu jadi macam ikan di kolam Ho Chi Minh, tidak mahu pakai cermin mata hijau yang hendak diberi oleh Pak Warso, tidak sanggup tertangkap seperti beruk di Afrika dan akhir sekali beliau tidak mahu jadi seperti burung yang makan dedak di Denmark.
Jelas sekali Din sentiasa mengikuti blog saya sebagaimana juga saya banyak belajar dari blognya.
Untuk mengingati Din saya turunkan di bawah ini 17 rakaman yang beliau buat dengan saya dari masa ke masa.
Din tidak sempat melihat hasil dari perjuangannya; tetapi, yang penting ialah niat yang betul dan suci dalam mengendalikan perjuangan, kerana hasilnya nanti Allah swt yang menentukan.
Sama-samalah kita berdo'a semoga Allah swt menerima semua ibadatnya, mengampun semua dosanya dan meletakkannya disamping mereka yang dikasihiNYA.
DIN TURTLE DALAM KENANGAN (1966-2016)
Visi 20-20 Berbeza Visi 20-50 - 30 Oktober 2016
BR1M - Lembu Pakai Cermin Mata - 27 Oktober 2016
Selamatkan Malaysia - Johor Bharu 30 April 2016
Apa Itu Sayang UMNO? - 11 Mac 2016
Hi-Tea Bersama Tun M - 3 Oktober 2015
Ulasan Alasan Derma - 26 Ogos 2015
Siapa Bangsat? - 25 Ogos 2015
Kabinet 1MDB - 1 Ogos 2015
Kenapa Tun Bercakap Pada Media Asing - 31 Julai 2015
Beza Pemecatan TPM - 31 Julai 2015
Cara Tun Mahathir Menyelesaikan Masalah - 4 April 2015
1MDB dan Perpaduan - 21 Mac 2015
Antara Mahathir dan Najib - 21 Jan 2015
Teguran Tun M - 11 September 2014
Akta Hasutan - 9 September 2014
Senaraikan Masalah Melayu - 9 September 2014
5 comments:
saya cilok tan sri, tq
Tan Sri,
Izinkan saya salin tampal. Terima kasih.
Al-Fathihah disedekahkan kapada blogger patriot. Kalau ada cara untuk hulurkan sedekah berupa wang dari pengikut2 blog beliau untuk keluarga allahyarham bagus juga.
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROAJI'UN.
Al Fatihah
Din turtle seorang pejuang kebenaran!
Assalamualaikum sapanjang banyak blog yang saya baca. Blog arwah dinturtle tak pernah saya tinggalkan kerana blog ini lah yang telah mrmbuka minda saya tentang keserakahan dan penyelewengan yang telah kerajaan kita lakukan.blog arwah telah menyampaikan dengan fakta mudah difahami segala penyelewangan yg bberlaku. Semoga Allah mencucuti rahmat keatas rohnya bersama orang2 beriman
Post a Comment