PEMIMPIN YANG BERJAYA
1. Pemimpin sesebuah negara yang berjaya ialah yang menjadikan matlamat memberi pekerjaan kepada rakyatnya, dengan gaji yang lumayan, dan mengurangkan pengangguran jika tidak dapat dihapuskan sama sekalipun.
1. Pemimpin sesebuah negara yang berjaya ialah yang menjadikan matlamat memberi pekerjaan kepada rakyatnya, dengan gaji yang lumayan, dan mengurangkan pengangguran jika tidak dapat dihapuskan sama sekalipun.
2. Bantuan kepada rakyat yang miskin dan termiskin diberi secara teratur, ikhlas dan berterusan dengan secukupnya dan bukan hanya dari masa ke masa sahaja.
RASUAH
3. Kalau pemberian dari pihak atasan untuk menagih sokongan itu SEDIKIT SAHAJA, sekadar ibarat menghilangkan dahaga sejenak, itu dinamakan BR1M, kalau jumlah pemberiannya lumayan banyaknya maka ianya dipanggil KOMISYEN, jika pemberian itu lebih banyak lagi seperti pemberian kepada Wakil Rakyat dan Ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri namanya ialah DEDAK, apabila pemberian itu ratusan atau ribuan juta, atau berbilion namanya DERMA.
4. Dengan KOMISYEN yang tidak mencukupi, ditambah dengan DEDAK yang lebih lumayan sudah cukup untuk mewujudkan GERILYA KOTA berbaju warna untuk menjadi BARISAN PEMBELA MELAYU yang gah seluruh dunia sebagai bakal barisan 'Teroris Melayu' yang membela ketua negara.
SAMSENG KENA PUKUL
5. Kewujudan GERILYA KOTA menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa dalam negara tidak yakin atas kemampuan Angkatan Polis dan Tentera untuk menjaga keamanan Negara.
6. Malangnya dalam satu peristiwa terbaru JAGUH PANTAI Sabak Bernam yang menjadi ketua BARISAN GERILYA bakal menjadi teroris Melayu ini telah ditumbuk entah oleh siapa. Terjerit-jerit beliau menuduh polis yang menumbuknya sehingga pecah hidungnya. Kemudian beliau marah kepada Ahli Parlimen merangkap Ketua Wanita PKR sehingga mengeluarkan hasrat lucahnya untuk menyelak kain wanita Melayu yang sopan itu.
7. Pada mulanya rakyat bertanya betapa teruk mangsa yang dipukul oleh siapa itu? Bila terpampang gambar-gambarnya dengan wajah yang kelihatan keliru diukir oleh SEDIKIT LUKA dihidungnya maka mulalah beliau menjadi bahan ketawa di dalam media di seluruh dunia. Untuk sedikit luka itu tidaklah perlu seorang samseng China di High Street melakukannya. Yang jelas jeritan dan tempikan atas kecederaan seperti yang selalu berlaku di padang bolasepak dan rugby atau hoki tanpa laungan jeritan mencari simpati.
MELAYU DIPERBODOHKAN
8. Apa yang berlaku ini kelihatan kecil, dan memang kecil, tetapi ianya menggambarkan satu fenomena lain yang lebih mendalam.
Ianya menunjukkan bahawa Melayu boleh diperbodohkan jika pihak musuh atau lawan mengetahui kelemahan kita apabila berdepan dengan BR1M, KOMISYEN, DEDAK dan DERMA.
CIRDAP & AARRO
9. Pada 16 Mac, 1990 saya telah menghadiri satu mesyuarat AARRO di Ghana, Afrika. Ucapan saya di Ghana bolehlah dibaca di dalam buku kumpulan ucapan saya bertajuk NOT A GARDEN OF WEEDS di mana 22 ucapan saya di forum AARRO (Afro-Asia Rural Reconstruction Orgaanisation) dan CIRDAP (Centre for Integrated Development in Asia Pacific) yang diadakan di dalam dan di luar Negara, telah dibukukan.
10. Yang saya ingin ceritakan ialah mengenai kisah yang diceritakan oleh seorang peserta persidangan mengenai cara orang Afrika menangkap beruk untuk dimakan oleh mereka.
CARA MENANGKAP BERUK
11. Mengikut ceritanya, apabila seseorang itu sudah membuat keputusan untuk menangkap beruk beliau terlebih dahulu mempelajari perangai beruk itu dan selepas itu mencari tempat di mana beruk berhimpun dengan banyaknya.
12. Apabila sudah mengetahui tempat beruk berhimpun maka di waktu beruk tidak ada di situ si pemburu ini akan datang ke tempat itu dengan membawa antara 10 ke 20 biji kelapa muda yang telah ditebuk lubang kecil sekadar boleh beruk memasukkan tangannya ke dalam kelapa itu.
13. Semua air dan isi dalam kelapa muda telah dikeluarkan oleh si pemburu dan kawan-kawannya untuk dimunafaatkan.
14. Tiap sebiji kelapa isi dan airnya itu telah dipaku di hujung seutas rantai besi yang panjang sekitar 10 ke 20 meter bergantung kepada keadaan. Tiap satu dari 10 atau 20 buah kelapa itu mempunyai rantai masing-masing.
15. Si pemburu akan meninggal semua buah kelapa di lapangan tempat yang selalu didatangi oleh beruk sementara hujung rantai yang lain diikat di belakang sebuah kereta yang biasanya jeep yang terletak tidak jauh dari lapangan.
16. Apabila waktu kepulangan atau kedatangan beruk hampir tiba si pemburu dan kawannya akan bersembunyi dalam semak tidak jauh dari tempat kereta untuk melihat kedatangan beruk.
17. Di dalam setiap buah kelapa telah dimasukkan beberapa biji kacang goreng yang sangat digemari oleh beruk.
18. Apabila beruk sampai dan melihat adanya beberapa biji kelapa di lapangan maka mereka perhatikan tiap sebiji kelapa yang tertinggal di situ.
O
TABIAT YANG MERUGIKAN
19. Adalah menjadi TABIAT beruk untuk memasukkan tangannya apabila saja mereka melihat adanya lubang walau di mana jua lubang itu berada.
20. Jika beruk bertemu manusia yang sedang ketiduran pun pihak beruk akan pergi ke kepala orang itu untuk memasukkan tangannya ke dalam lubang hidung atau/dan lubang telinga si dia yang sedang tidur itu.
21. Bila beruk memasukkan tangannya ke dalam lubang di kelapa maka tersentuhlah kacang yang ada di dalamnya.
22. Adalah menjadi TABIAT beruk untuk menggenggam apa saja yang disukainya tanpa mahu melepasnya dalam suasana apa sekalipun pun.
23. Apabila tangan beruk sudah tergenggam di dalam buah kelapa maka tangan itu tidak boleh dikeluarkan lagi kerana genggaman itu lebih besar dari pintu lubang pada kelapa.
24. Pihak beruk boleh dengan mudah mengeluarkan tangannya jika dia melepaskan kacang dalam genggamannya. Tetapi oleh kerana TABIATnya tidak mengizinkan maka beruk akan meronta-ronta cuba mengeluarkan tangannya tanpa kejayaan atau sukses.
25. Apabila semua beruk sudah terperangkap dengan tanganya tidak boleh dikeluarkan dari biji kelapa masing-masing maka pada waktu itu si pemburu akan keluar dari semak tempat persembunyian menuju ke kereta.
26. Pemburu akan memandu kereta pulang ke rumahnya diekori oleh beruk yang tertambat di belakang kereta dan berteriak sepanjang jalan kerana luka terheret sepanjang jalan sebelum sampai ke rumah pemburu.
27. Jalan keluar yang paling mudah bagi beruk-beruk ini ialah dengan melepaskan kacang dari genggaman masing-masing dan, setelah itu, dapat mengecilkan penumbuk, yang tadinya menggenggam kacang, seterusnya mengeluarkan tangan dari kelapa untuk bebas dari tambatan rantai yang terikat ke kereta.
28. Malangnya beruk TIDAK MAHU UBAH TABIAT sehinggalah tiap seekor menjadi korban pemburu.
29. Begitulah nasib sesuatu bangsa yang dilatih seperti IKAN YANG LOMPAT DI KOLAM HO CHI MINH, LEMBU WARSO YANG BERCERMIN MATA dan BERUK YANG GILAKAN KACANG.
MUSUH MEMPELAJARI TABIAT KITA
30. Apabila latihan yang diberi menjadi bangsa yang akan menyokong kemungkaran kerana menerima BR1M, Komisyen, DEDAK dan DERMA maka TABIAT BURUK yang dijadikan budaya bangsa ini akan dipelajari oleh musuh bangsa.
31. Apabila musuh bangsa sudah mengetahui kelemahan dari tabiat kita yang merugikan, maka mereka akan guna kelemahan tabiat ini untuk MENGUASAI BANGSA KITA.
32. Itulah akibat dari pemberian HUTANG OLEH YAHUDI GOLDMAN SACHS dengan RIBA yang paling tinggi, pemberitan HUTANG OLEH CHINA dan PEMBERIAN KONTRAK DENGAN HARGA LEBIH DARI MUNASABAH kepada CHINA oleh KERAJAAN KITA.
33. Semoga kita tidak TERKORBAN SEPERTI BERUK DI AFRIKA.
1 comment:
Umar Al-Khatab(RA) yang membawa sendiri gandum untuk di berikan kepada seorang ibu tunggal itu yang anak2 kelaparan itu UMPAN APA PULA??
Post a Comment