Thursday, September 8, 2016

BERSATU - PARTI POLITIK BARU

KE ARAH PENUBUHAN SEBUAH PARTI POLITIK BARU

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Beberapa orang sahabat saya telah bertanya atas sebabnya Tun Dr. Mahathir, dan rakan-rakan seperjuangannya, terfikir untuk menubuh sebuah parti politik baru.
 
Ada beberapa soalan yang perlu diketengahkan sebelum kita boleh memahami rancangan penubuhan sebuah lagi parti politik. Di bawah adalah beberapa soalan dan jawapan yang telah diketengahkan untuk mendapat jawapan dari saya.

Selain dari soalan yang berkaitan dengan penubuhan parti politik baru saya juga menjawab beberapa soalan lain yang berkaitan dengan isu semasa.

Oleh kerana soalannya berbeza-beza dan mungkin tidak semua tajuk diminati oleh pembaca maka saya turunkan di sini soalan-soalan yang telah saya beri jawapannya, seperti berikut:

Soalan pertama: Mampukan Melayu perintah tanpa RASUAH?

Soalan kedua: Bolehkah kita menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara masakini dengan menyahut seruan pemimpin Kerajaan Barisan Nasional supaya kita bersatu?

Soalan ketiga: Dari manakah datangnya kekuatan pada Perdana Menteri sehingga boleh mendakwa atau menghalang sesuatu dakwaan dari diambil atau dibuat oleh Peguam Negara?

Soalan keempat: Kenapa nama Sanusi disebut hanya sekali di dalam buku memoir Tun Dr. Mahathir jika hubungan antara keduanya nampaknya begitu rapat?

Soalan kelima: Kenapa Sanusi secara berterusan menyokong Tun Dr. Mahathir?

Soalan keenam: Bila agaknya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri baru?
a
Soalan ketujuh: Sejauh manakah Tun Dr. Mahathir sanggup berkorban untuk masa depan bangsa dan negara di usia senjanya?
a
Soalan kelapan: Apakah sebabnya Tun Dr. Mahathir berusaha menubuhkan parti politik baru?
a
Soalan kesembilan: Apa pandangan Tan Sri mengenai bantahan Setiausaha Agong UMNO mengenai penggunaan perkataan BERSATU sebagai nama singkat parti yang sedang menunggu kelulusan pihak Pendaftar Pertubuhan-Pertubuhan (RoS)?
a
Soalan kesepuluh: Bagaimana sambutan rakyat, khususnya ahli-ahli UMNO, di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia?
a
Soalan kesebelas: Nampaknya rakyat sangat keliru sekarang ini. Bagaimanakah kita boleh keluar dari belenggu kekeliruan ini?
Soalan keduabelas: Apa pandangan Tan Sri mengenai isu Bangsa Johor yang heboh sekarang ini?
a
Soalan ketigabelas: Apa komen Tan Sri ke atas dakwaan Dato' Seri Najib, waktu menghadiri mesyuarat di Jakarta, bahawa beliau tidak disukai oleh Tun Dr. Mahathir kerana dia tidak mahu jadi 'BONEKA TUN DR. MAHATHIR'
0
Soalan keempatbelas: Tan Sri pernah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah walaupun 22 orang ADUN telah menentang kerana mereka menyokong Menteri Besar sebelum Tan Sri. Kenapa pula Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak boleh diganti dengan Menteri Besar baru apabila majoriti ADUN menentangnya? Azrul bertanya apakah di waktu Tan Sri dilantik ianya dibolehkan kerana Perdana Menteri di waktu itu ialah seorang 'diktator'?
a
Soalan kelimabelas: Apakah peranan raja-raja Melayu dalam menyelesaikan isu skandal 1MDB


Soalan keenambelas: Apa reaksi Tan Sri tentang pertemuan Tun Dr. Mahathir dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim di mahkamah pada hari Selasa 6hb September, 2016?

Soalan ketujuhbelas: Jangkamasa antara Aidilfitri dengan Aidilazhar dinamakan 'BULAN BERAPIT' dan banyak pernikahan berlaku melibatkan kerabat di raja, tokoh korporat dan tokoh politik. Apa komen Tan Sri?
RASUAH
a
Soalan pertama: Mampukah Melayu perintah tanpa RASUAH?

Jawapan pertama:

1. Di dalam negara Malaysia bangsa Melayu bernasib baik kerana ada rakyat keturunan China yang boleh dipersalahkan atas segala kegagalannya. Khususnya kini ada DAP.


2. Kebencian Melayu terhadap DAP telah ditanam sejak Singapura dikeluarkan oleh Tunku Abdul Rahman dari Malaysia. Bertambah lagi dengan berlakunya PERISTIWA 13 MEI, 1969, iaitu 47 tahun yang lalu. DAP dianggap sebagai parti warisan PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew yang menjadi penyebab Singapura dipecat dari menjadi sebahagian dari Malaysia. Tidak ramai yang tahu adanya sebuah parti yang bernama PAP, yang ditubuhkan setelah Singapura dikeluarkan dari Malaysia, yang menentang DAP.

3. Walaupun bangsa Melayu dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai bangsa yang mudah lupa, tetapi kebencian bangsa Melayu kepada DAP nampaknya tidak dilupakan walaupun peristiwa berdarah 13 Mei, 1969 itu sudah berlalu sekitar 47 tahun. Sebabnya kita terus teringat dengan peristiwa ini ialah kerana dengan mengingatkan bangsa Melayu kepada peristiwa ini maka parti yang memerintah telah dapat MENYATUKAN BANGSA MELAYU sehingga terlupa kepada isu-isu kegagalan kerajaan yang dikesali oleh rakyat.

4. Oleh itu jelaslah bahawa kesinambungan perasaan benci Melayu kepada DAP adalah hasil dari propaganda parti kerajaan yang memerintah sejak peristiwa 13 Mei, 1969.

5. Walau bagaimana pun rasa benci Melayu kepada China itu tidak berjaya untuk memberangsangkan kita untuk menjayakan diri sehingga dapat menyaingi mereka dengan bantuan kerajaan yang begitu banyak.

6. Kongres-kongres ekonomi Bumiputera dan Islam telah diadakan begitu banyak kali sejak merdeka dengan keputusan atau rumusan yang mendesak kerajaan berbuat berbagai tindakan tetapi sikap Melayu dalam usaha menjayakan perniagaan dan perusahaan mendapat kejayaan yang tidak membanggakan. Mujurlah ada China yang boleh kita salahkan.

7. Malahan, walaupun benci, penanam padi Melayu terus meminjam wang daripada tauke dan kilang padi milik China dan rata-rata, di luar bandar, pengguna Melayu terus berhutang di kedai runcit milik China. Melayu di pekan pula ramai yang berhutang pada Ah Long. Bangsa kita juga terbiasa berlanggan di kedai China walaupun ada kedai Melayu sebagai tempat membeli belah.

8. 'SEBAHAGIAN KECIL DARI KITA' mengambil kesempatan untuk mendapat sebahagian yang sangat kecil dari keuntungan yang diperolehi oleh pengusaha, peniaga dan pemborong China dari projek-projek kerajaan yang diperolehi oleh China melalui tokoh serta pegawai yang berkuasa dan orang-orang tengah Melayu.

9. Dengan adanya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi kesempatan perniagaan dan perusahaan kepada Melayu dan Bumiputra maka 'SEBAHAGIAN KECIL DARI KITA' telah memilih amalan RASUAH sebagai cara hidup atau pun 'Al Deen'. Kelompok inilah yang kini menguasai kepimpinan politik Negara.

10. Oleh kerana bangsa Melayu menderita masalah kemiskinan dan pengangguran, yang relatif, maka RASUAH telah membelenggu dan menguasai kita. China, yang merasuahkan kita, pula kebanyakannya datang dari kelompok MCA dan GERAKAN.

11. Sebagai pembangkang DAP tidak, atau belum, berkesempatan untuk MENIKMATI BUDAYA RASUAH.

12. Jho Low adalah dari kelompok yang MENIKMATI BUDAYA RASUAH dan LIM KIT SIANG belum MENIKMATI BUDAYA RASUAH.

13. Kini, apabila ekonomi negara sedang merosot, lantaran skandal, salahguna kuasa dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, China yang MENIKMATI BUDAYA RASUAH, dari MCA khususnya, yang hidup mewah, tidak lagi mendapat kepercayaan mesyarakatnya.

14. Masyarakat China menyokong YANG BELUM RASUAH. Golongan DAP, yang belum rasuah, menjadi PENENTANG RASUAH. Oleh kerana tokoh-tokoh Melayu yang menguasai politik negara terikat, atau TERPALIT, dalam JARINGAN RASUAH, maka mereka tidak akan bekerjasama dalam apa jua usaha untuk MENGHAPUSKAN RASUAH yang sudah menjadi BUDAYA PEMIMPIN MELAYU.

15. Dalam keadaan beginilah lojiknya kerjasama kelompok ANTI-RASUAH yang berasal dari UMNO dengan kelompok BELUM RASUAH dari DAP.  Jika Najib yang dikatakan popular di peringkat antarabangsa dengan AMALAN RASUAHNYA YANG MENJADI SEBUTAN DI SELURUH DUNIA tidak meletakkan jawatan maka KEMEROSOTAN EKONOMI DAN PENDERITAAN RAKYAT akan berterusan hinggalah ke tahap KERUNTUHAN YANG SUKAR DIBENDUNG.

16. HARAPAN PALSU telah mengkhayalkan PEMBERI DAN PENERIMA DEDAK dengan kemenangan TS Adenan Satem di dalam Pilihanraya Negeri di Sarawak dan Pilihanraraya Kecil (PRK) di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

17. Apa yang ketara di dalam Pilihanraya Negeri di Sarawak ialah keputusan telah dibuat supaya gambar Perdana Menteri Najib tidak langsung dipamirkan dalam poster-poster kempen kerana perasaan takut pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di Sarawak atas kemungkinan ingatan pengundi kepada Najib akan menyebabkan mereka akan memilih yang lain dari Barisan Nasional.

18. Tidak dapat dinafikan bahawa kemenangan Barisan Nasional di Sarawak adalah satu kemenangan kepada Tan Sri Adenan Satem dan janjinya untuk mendapat otonomi yang lebih bagi Sarawak. Kemenangan di Sarawak bukanlah kemenangan Perdana Menteri Najib.

19. Sebagai seorang yang telah terlibat dalam 8 pilihanraya umum sepanjang 30 tahun menjadi wakil rakyat saya tidak terkejut, malah meramalkan, kemenangan calon-calon UMNO dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana dalam sejarah pilihanraya tidak ada, dalam ingatan saya, kerusi parti UMNO yang memerintah, di peringkat pusat atau negeri, menghadapi kekalahan di dalam pilihanraya kecil yang diadakan kerana kematian sesesorang wakil rakyat dari UMNO.

20. Pihak pengundi China pula, yang menjadi harapan pihak pembangkang dalam dua pilihanraya kecil yang baru lalu, dengan bijaknya memecahkan undi mereka untuk menunjukkan mereka menyokong kedua belah pihak kerana mereka tahu kerajaan pusat dan negeri tidak akan berubah dalam pilihanraya kecil dan mereka tidak menghendaki 'hukuman' yang mungkin dikenakan ke atas mereka jika mereka jelas menunjukkan sokongan kepada pihak pembangkang.

21. Dalam keadaan sekarang Perdana Menteri Najib akan meneruskan pemerintahannya yang sudah terbelenggu dengan SKANDAL 1MDB yang sudah terkenal di seluruh dunia. 

22. Oleh itu UNTUK MENGEKALKAN KUASA POLITIK MELAYU kita perlu pastikan MAJORITI AHLI PARLIMEN TERDIRI DARI BANGSA KITA walau dari apa parti sekalipun di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

23. Setelah terlibat dalam Jawatankuasa Deklarasi Rakyat yang bertujuan MENYELAMATKAN MALAYSIA saya telah berkesempatan mengenali dengan lebih dekat tokoh-tokoh politik Melayu dari pihak parti pembangkang dan saya dapati mereka cukup ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat Malaysia tanpa mengorbankan kepentingan bangsa Melayu.

24. Tun Dr. Mahathir adalah tokoh yang CUKUP KUAT DAN BERPENGALAMAN  untuk memimpin PEMIMPIN MELAYU BARU dengan GABUNGAN CHINA DAP YANG BELUM RASUAH.

25. Oleh kerana MANTAN TOKOH dan MANTAN AHLI UMNO agak ALLERGIC untuk menjadi ahli parti pembangkang, peringkat persekutuan, yang sedia ada, MAKA MEREKA TERPAKSA MENUBUH PARTI BARU untuk MEMBUKTIKAN bahawa MELAYU MAMPU MEMIMPIN TANPA RASUAH SEBAGAI BUDAYA HIDUP.

26. Bangsa Melayu kita perlu sedar bahawa kita terlalu bergantung kepada China dalam hidup kita sementara kita terpedaya dengan slogan anti China dan anti-DAP yang dikatakan China chauvinis.

27a. Pertama sekali tokoh politik dan pentadbiran mendapat rasuah dari China.

27b. Kita juga belajar ilmu menerima rasuah dari China.

27c. Bila 1MDB menghadapi masalah hutang yang sukar dibayar bunganya apatahlagi pokoknya, kita jual IPP yang dulunya kita beli dengan harga mahal, kononnya untuk menguasai bekalan letrik Negara,  kita jual juga pada China.

27d. Bila terdesak kerana hutang 1MDB kita berpakat dengan swasta China untuk naikkan harga tender projek yang kita beri kepada China juga.

27e. Dengarnya kita juga sudah benarkan China untuk menguasai kepulauan yang dulunya milik kita. 

27f. Ada antara kita yang berhutang duit dari luar negara juga menggunakan proxy China.

27g. Dalam pesta Sukan Olympic pun harapan kita untuk dapat pingat emas pun kita bergantung kepada jaguh badminton yang berketurunan China. 
s 28. Kenapakah kita anti kepada China, seperti DAP dan Lim Kit Siang, yang dosa pokok mereka ialah menentang rasuah yang sudah menjadi satu penyakit kepada bangsa kita?

29. Kenapa pula kita ajak kalangan yang kurang berpendidikan di kalangan kita supaya menentang demonstrasi yang bertujuan MENENTANG RASUAH DAN PENYELEWENGAN.     

BERSATU

Soalan kedua: Bolehkah kita menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara masakini dengan menyahut seruan pemimpin Kerajaan Barisan Nasional supaya kita bersatu?

Jawapan kedua:

1. Ramai rakyat dihujani dengan slogan untuk BERSATU bagi menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi dalam negara. Tetapi rakyat wajib membezakan antara BERSATU UNTUK MENYOKONG RASUAH atau BERSATU UNTUK MENENTANG RASUAH.

2. BERSATU yang dicanangkan oleh pihak kerajaan ialah satu slogan 'politik', untuk meraih undi dalam pilihanraya. TETAPI, bolehkah masalah EKONOMI diselesaikan dengan BERSATU menyokong PENYEBAB KEPADA SEMUA MASAALAH YANG DIDERITAI OLEH RAKYAT?

3. Apakah dengan menakutkan Melayu kepada DAP maka bangsa Melayu akan bersatu sehingga masalah ekonomi yang dihadapi akibat penyelewengan pemimpin Melayu sendiri boleh menyelesaikan masalah ekonomi yang mereka menjadi puncanya?

4. Mungkin SLOGAN BERSATU dan MENAKUTKAN MELAYU KEPADA DAP boleh termakan oleh kalangan masyarakat Melayu yang kurang berpendidikan, tetapi, di zaman 'dunia tanpa sempadan' dengan berbagai sumber maklumat yang boleh dibaca agak susah bagi sesiapa sahaja untuk menutup kemungkaran dan salahlaku kecuali dengan bertaubat dan menghentikan kemungkaran dan salahlaku serta membenarkan tokoh lain dari dalam UMNO untuk memimpin negara.

5. Oleh kerana mutu kepimpinan yang sedia ada begitu rendah dan tidak meyakinkan lagi kalangan rakyat yang berfikiran maka tidak susah mencari pengganti dari kalangan UMNO sendiri asal ada kejujuran dan ketelusan dalam memimpin kerajaan.

6. Yunani atau Greece, tempat mulanya tumbuh konsep DEMOKRASI, adalah sebuah negara yang rakyatnya terdiri dari SATU BANGSA, yang menganut SATU UGAMA dan bertutur dalam SATU BAHASA, tetapi negara Greece, walaupun BERSATU, telah MUFLIS lima tahun setelah mereka dipinjamkan wang oleh BANK YAHUDI GOLDMAN SACHS sejumlah US$10 bilion, dengan faedah dan komisyen yang tinggi.

7. BANK YAHUDI GOLDMAN SACHS yang sama juga telah meminjamkan RM42 bilion (lebih dari US$10 billion pada kadar pertukaran waktu pinjaman diberi) kepada 1MDB. Pinjaman ini dikatakan sudah meningkat ke RM52 billion kerana bebanan bunga atau RIBA yang bertimbun.

8. Perkataan yang penting dalam huraian ini ialah YAHUDI dan RIBA. Bolehkah akal kita menerima pihak Yahudi yang memusuhi Islam yang mengenakan riba yang tinggi dan diharamkan oleh ugama Islam mempunyai niat baik apabila menguruskan pinjaman wang yang begitu banyak untuk dipusingkan di kalangan sekelompok RAKAN SEPERDOSAAN dari berbilang bangsa di seluruh dunia.

9. Jika urusan pinjaman dengan jaminan kerajaan diurus oleh pihak Bank Negara dengan kerjasama bank-bank tempatan sudah tentu tidak perlu pihak 1MDB membayar 10% komisyen (atau RM4.2 bilion) dan tidak perlu membayar faedah yang begitu tinggi. 

10. Wang yang dipinjam oleh 1MDB pula telah digunakan untuk melabur dengan cara yang TIDAK BIJAK dan TIDAK MENGUNTUNGKAN. BANK YAHUDI GOLDMAN SACHS mengenakan bunga atau RIBA lebih 6% dan komisyen yang diperolehinya ialah 10% atau RM4.2 bilion (atau empat ribu dua ratus juta ringgit), anggaran terlalu tinggi bagi pinjaman yang DIJAMIN PENUH OLEH KERAJAAN. 

11. Berertilah KITA PERLU BERSATU DAN BERKORBAN untuk MEMBAYAR hutang ini. Pekerja, melalui KWAP; peneroka, melalui FELDA; pekebun getah melalui RISDA; umat Islam yang menyimpan wang, untuk mengerjakan Ibadah Haji yang wajib, melalui LUTH; seluruh anggota angkatan tentera melalui LTAT; rakyat yang berkenderaan melalui TOL dan seluruh rakyat jelata melalui GST dan penghapusan berbagai jenis subsidi kerajaan.

12. Kini kita terdengar pula tanah milik kerajaan yang dibeli dengan murah oleh 1MDB telah dijual kepada syarikat di negara China, walaupun dalam kegara ini kelihatan usaha  dikerahkan untuk membenci China yang anti rasuah. Semuanya kerana masalah 1MDB.

13, Yang merisaukan lagi ialah berita terbaru mengenai penjualan kepulauan milik Malaysia di lautan China kepada Negara China. Berita ini disiar oleh media di Australia. Jika tidak benar ianya perlu dinafikan segera dan tindakan diambil ke atas media Australia yang mengaitkan penjualan sebahagian dari negara kerana masalah 1MDB. 

14. Huraian selanjutnya mengenai konsep bersatu, jika bukan untuk menghapus rasuah dan penyelewengan, boleh dibaca dalam blog saya sanusijunid.blogspot.com atas tajuk 'IMDB - UNITY NOT AN ECONOMIC SOLUTION'. 

15. Walaubagaimana pun rakyat Malaysia WAJIB BERSATU untuk menentang KEMUNGKARAN, dan BUKAN BERSATU UNTUK MEMPERTAHANKANNYA.

CHECK AND BALANCE DALAM KERAJAAN

Soalan ketiga: Dari manakah datangnya kekuatan pada Perdana Menteri sehingga boleh mendakwa atau menghalang sesuatu dakwaan dari diambil atau dibuat oleh Peguam Negara?

Jawapan ketiga:

1. Kekuatan yang ada pada Perdana Menteri Melayu untuk dapat mempertahankan kedudukannya supaya tidak dijatuhkan dengan kekuatan wang, yang banyak pada rakyat Malaysia berketurunan China, telah disusun sejak Merdeka oleh pemimpin masa lalu.

2. Termasuklah memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mempengaruhi Peguam Negara untuk menerus, menangguh atau menghentikan sesuatu tindakan. Kuasa Perdana Menteri menjadi check-and-balance terhadap kuasa Peguam Negara supaya Peguam Negara tidak menyalahgunakan undang-undang negara.

3. Apa yang tidak pernah terfikir oleh pemimpin-pemimpin kerajaan di masa lalu ialah akan adanya Perdana Menteri yang akan menyalahgunakan kuasa dan memperalatkan Peguam Negara. 

4. Begitu jugalah dengan tokoh-tokoh dalam pentadbiran kerajaan yang lain.

5. Kita juga tidak pernah terfikir akan ada Perdana Menteri yang dapat menggunakan wang 1MDB yang begitu banyak jumlahnya, iaitu lebih banyak dari yang pernah ada pada bangsa China dalam negara ini.

LANTIKAN KERANA PRESTASI

Soalan keempat: Kenapa nama Sanusi disebut hanya sekali di dalam buku memoir Tun Dr. Mahathir jika hubungan antara keduanya nampaknya begitu rapat?

Jawapan keempat:

1. Ada seorang TOKOH SAHABAT saya yang pernah bertanya pada Tun Dr. Mahathir kenapa dalam bukunya DOCTOR IN THE HOUSE beliau hanya menyebut nama saya sekali sahaja.

2. Tun Dr. Mahathir telah menyatakan kepada TOKOH SAHABAT tersebut bahawa beliau melantik saya menjadi Menteri berasaskan 'merit atau prestasi saya.

3. Berertilah saya tidak menjadi Menteri kerana keturunan, kerana mengampu, kerana sokongan, desakan mana-mana pihak atau kerana kedudukan di dalam parti.

4. Walaupun disebut sekali sahaja ianya sangat bermakna bagi saya. TOKOH SAHABAT yang bertanya pada Tun Dr. Mahathir juga telah memberitahu bahawa jawapan tambahan Tun Dr. Mahathir padanya ialah 'Sanusi mampu menulis sendiri mengenai pengalamannya'.

5. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada yang bertanya.

MEMORIES OF PRIME MINISTERS

Soalan kelima: Kenapa Sanusi secara berterusan menyokong Tun Dr. Mahathir

Jawapan kelima:

1. Bagi yang ingin tahu sebabnya saya berterusan menyokong Tun Dr. Mahathir sila baca blog saya beralamat sanusijunid.blogspot.com atas tajuk 'MEMORIES OF PRIME
MINISTERS'.

2. Dalam masukan blog atas tajuk ini saya telah huraikan kisah pengenalan saya dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir.

3. Dengan membaca masukan blog atas tajuk 'MEMORIES OF PRIME MINISTERS' seseorang boleh mengetahui dengan jelas pendirian saya yang TIDAK MENYOKONG TUN DR. MAHATHIR DENGAN BUTA TULI.

BAGAIMANA NABI MUSA a.s. MENGALAHKAN FIR'AUN
Soalan keenam: Bila agaknya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri baru?

Jawapan keenam:

1. Waktu Nabi Musa a.s. sedang berusaha mengalahkan Firaun beliau menghadapi berbagai kesukaran kerana beberapa amalan Firaun yang mendapat perlindungan Malaikat kerana amalan berkenaan digemari oleh Allah swt.

2. Antara sifat, sikap dan amalan Firaun yang baik ialah:

2.1.  Firaun MENGAKUI TUHAN ITU SATU dan pengakuan ini tertulis di atas pintu istananya;

2.2. Firaun BANGUN AWAL DARI TIDURNYA, iaitu sekitar waktu subuh walaupun bukan untuk solat;

2.3. Bila Firaun makan dia TIDAK TINGGAL WALAU SEBIJI PUN NASI ATAU GANDUM dalam pinggannya;

2.4. Firaun SUKA MENDERMA dan berdiri di pintu istana pada waktu-waktu tertentu untuk menyampaikan derma dengan tangannya sendiri;

3. Oleh kerana adanya sifat-sifat baik ini maka sukarlah bagi Nabi Musa a.s. menumpaskan Firaun kerana amalan-amalannya itu menyebabkan Malaikat melindunginya.

4. Oleh itu Nabi Musa a.s. telah berdo'a kepada Allah swt untuk mendapat bantuanNYA.

5. Berkat do'a Nabi Musa a.s. perangai Firaun mula berubah atas nasihat kawan-kawan dan penasihat-penasihatnya.

6. RAKAN SEPERDOSAAN FIRAUN telah menasihati Firaun supaya tidak beramal bangun tidur terlalu awal seperti buruh atau kuli; sesuai dengan kebesaran Firaun maka beliau pun lewatkan bangun tidurnya sehingga lepas matahari naik.

7. Seterusnya Firaun dinasihati lagi sehingga beliau tidak makan seperti orang miskin sehingga sebiji nasi atau gandum pun tidak tinggal seperti makannya pengemis yang lapar. Firaun pun memulakan hidangan membazir semewah mungkin sebagai tanda kekayaan dan keRAJAannya sedangkan beliau makan sedikit sahaja.

8. Sahabat seperdosaan Firaun kemudiannya menawarkan tenaga pegawai yang ramai untuk menyampaikan derma supaya tangan Firaun tidak kekotoran dan berkuman seterusnya Firaun tidak perlu letih berdiri menyampaikan hadiah dengan tangannya sendiri.

9. Setelah LENGKAP PERUBAHAN SIKAP ATAU TABI'AT FIRAUN, tiga dari empat, tanpa mengubah syarat-syarat untuk mendapat perlindungan Malaikat maka Firaun pun musnah dalam lautan merah yang dibedahkan dengan tongkat Nabi Musa ahs.

10. Dari pengajian ini dapatlah kita fahami bahawa seseorang ketua negara yang suka menderma akan dapat mempertahankan kedudukannya.

11. Bagi ketua sesebuah negara yang berderma untuk menutup amalan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasanya dengan berhutang besar untuk membantu keluarga, kawan dan suami isteri berpesta, selain melabur tanpa perhitungan dan merugikan negara kegiatan menderma akan terhenti apabila negara tidak berdana lagi.

12. Berertilah negara kita sedang menunggu masa untuk hancur jika ketua negara terus bermaharajalela. Ketua Negara hanya menunggu masa untuk meninggalkan takhtanya. Wallahua'klam.  

DIHINA
DALAM NEGARA SENDIRI
SEMENTARA
DIHORMATI DI SELURUH DUNIA

Soalan ketujuh: Sejauh manakah Tun Dr. Mahathir sanggup berkorban untuk masa depan bangsa dan negara di usia senjanya?

Jawapan ketujuh:

1. Tun Dr. Mahathir, sebagai seorang negarawan ulong, pada usia lebih 90 tahun, sanggup dengan gigih bangun, dan mengorbankan keselesaan hidup sehingga dihina oleh budak-budak didikannya sendiri, dipecat dari jawatan penasihat PETRONAS, pengerusi PROTON, walau pun beliau telah lebih dahulu meletakkan jawatan tetapi tidak diterima.

2. Sikap tidak menerima perletakan jawatan oleh Tun Dr. Mahathir hanya untuk boleh kemudiannya dipecat adalah satu sikap angkuh yang luar biasa sekali. 
3. Seterusnya Tun dihina dengan tidak lagi diberi kemudahan pengiring polis bermotosikal apabila beliau kemana-mana, sedangkan di luar negara, di Korea Selatan, Jepun dan Indonesia, dalam masa terdekat, beliau begitu dimuliakan.  
4. Lawatan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir ke luar negara di waktu beliau sedang dihina dalam negara berterusan dengan kedatangan pihak polis untuk menyoal siasat beliau atas apa saja teguran yang beliau buat ke atas salahlaku pemimpin dalam negara.
5. Sedangkan orang yang dilaporkan kepada polis, oleh Tun Dr. Mahathir, sebagai penyeleweng, tidak diselidik secara telus.
6. Semua penghinaan, yang banyak lagi, tetapi terlalu panjang untuk dihuraikan, semata-mata kerana TUN MENENTANG RASUAH yang SALAH DI SISI SEMUA UGAMA, sekaligus MERUSAKKAN BANGSA DAN NEGARA.

7. Dalam satu sidang akhbar yang diadakan sebaik pihak Amerika Syarikat mengambil tindakan permulaan berkaitan penyelewengan dalam 1MDB, pihak pemberita telah bertanya mengenai tindakan selanjutnya oleh Tun Dr. Mahathir. Soalan mengenai apa yang akan dibuat oleh Tun Dr. Mahathir telah saya dengar beberapa kali dalam sidang akhbar terdahulu.

8. Oleh itu saya telah mengambil kesempatan untuk bertanya pada pihak pemberita mengenai peranan mereka dalam menghadapi skandal 1MDB dalam negara. Yang jelas ialah dari lebih 30 orang pemberita hanya pemberita dari luar Negara dan pemberita sosial media sahaja yang melapor apa yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir. Jelas sekali wartawan tidak dapat memainkan peranan, yang semestinya, untuk membentuk fikiran masyarakat telah terhalang dari berbuat demikian oleh ketua media mereka yang kekenyangan dengan DEDAK.

9. Seterusnya saya telah bertanya pada pemberita tentang jawapan mereka, sebagai rakyat Malaysia, apabila ditanya oleh rakyat asing, apabila mereka melawat keluar negara. Tentu sekali mereka akan berasa malu jika ditanya mengenai skandal 1MDB sebagai antara skandal terbesar dalam skandal kewangan di dunia. 

10. Untuk menebus rasa malu rakyat Malaysia yang pergi keluar negara terpaksa merendahkan diri dengan berkata 'saya tidak mengikuti perkembangan 1MDB oleh itu saya jahil mengenainya'. Apa yang pasti dapat mengembalikan maruah rakyat Malaysia apabila ditanya mengenai skandal 1MDB ialah menyatakan 'Kami berjuang bersama Tun Dr. Mahathir.'

PARTI BARU

Soalan kelapan: Apakah sebabnya Tun Dr. Mahathir berusaha menubuhkan parti politik baru?

Jawapan kelapan:

1. Parti UMNO yang kini diterajui oleh Dato' Seri Najib telah ditubuhkan semula oleh Tun Dr. Mahathir apabila UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 diharamkan oleh mahkamah. Pada mulanya ia dinamakan parti UMNO BARU.

2. Pada waktu yang sama Tengku Razaleigh Hamzah telah menubuhkan Parti Semangat 46 yang matlamatnya sama dengan UMNO yang diharamkan itu. Oleh kerana sudah ada UMNO BARU yang permohonan pendaftarannya dibuat lebih awal maka nama parti tajaan Tengku Razaleigh tidak dapat menggunakan nama UMNO sebagai sebahagian dari nama partinya. Wujudlah parti SEMANGAT 46. 

3. Setelah lama bergerak, dan parti Semangat 46 itu sendiri telah dibubarkan, dan ahli-ahlinya masuk kembali ke dalam UMNO BARU maka perkataan BARU digugurkan dan nama UMNO sahaja yang digunakan.

4. Begitu jugalah keadaannya sekarang.

5. Kalau dulu parti UMNO yang ditubuhkan dalam tahun 1946 telah diharamkan oleh mahkamah sehingga perlu ditubuhkan UMNO baru, BERSATU, yang perjuangannya sama dengan UMNO asal perlu ditubuhkan kerana UMNO yang Tun Dr. Mahathir tubuhkan semula tidak lagi berjuang mengikut matlamat asalnya, di bawah pimpinan sekarang.

6. Tidak ada pihak yang boleh menafikan dakwaan Tun Dr. Mahathir bahawa UMNO sekarang tidak lagi seperti UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946, dan UMNO BARU yang ditubuhkan semula setelah diharamkan oleh mahkamah.

7. Mereka yang mendakwa Tun Dr. Mahathir telah meninggalkan UMNO juga tidak tepat kenyataannya; sebenarnya UMNO yang ditubuhkan semula oleh Tun Dr. Mahathir, setelah diharamkan oleh mahkamah, itulah yang telah meninggalkan matlamatnya. Mereka yang mengecam Tun Dr. Mahathir bolehlah dianggap sebagai anak-anak mentah yang masih lembut bubunnya dan tidak berguru sebelum mulai mengajar. Mereka ialah manusia yang tidak mampu berfikir kerana SEPERDOSAAN dan KEKENYANGAN DENGAN MEMAKAN DEDAK.

8. Ada beberapa contoh yang membezakan perjuangan tokoh UMNO sekarang dengan perjuangan dulu. Antaranya ialah:

8.1 - UMNO dulu tidak menyusahkan rakyat; UMNO sekarang tidak dihormati rakyat.

8.2 - UMNO dulu menyumbang kepada rakyat melalui FELDA, LTAT, LUTH, KWAP, RISDA dll.; UMNO sekarang memerlukan sumbangan dari rakyat melalui agensi-agensi tersebut

8.3 - UMNO dulu disokong oleh rakyat kerana dasar, perjuangan dan projek-projeknya; UMNO sekarang perlu memberi BR1M dan DEDAK untuk menagih sokongan.

8.4 - UMNO dulu membuat rakyat Malaysia bangga bila pergi keluar negeri kerana negara kita dihormati oleh rakyat dan negara asing; kini kita malu bila berada di luar negara apabila orang bertanya, 'WHAT HAPPENS TO YOUR COUNTRY'.

8.5 - UMNO dulu membuat rakyat Malaysia dari berbilang kaum merasa bangga menyatakan mereka rakyat Malaysia; UMNO kini membuat rakyat Malaysia mendahului jenis kaumnya dulu apabila memperkenalkan diri dan menyebut nama Malaysia hanya selepas itu.

8.6 - UMNO dulu dengan bangga mempamerkan gambar pemimpinnya di dalam pilihanraya untuk mendapat sokongan rakyat; UMNO sekarang menghalang gambar pemimpinnya dari dipamerkan dalam pilihanraya supaya rakyat tidak teringat kepada pemimpin sehingga tidak mahu mengundi parti yang dipimpinnya.

8.7 - UMNO dulu tidak memerlukan PASUKAN BAJU MERAH yang pakaian seragamnya serta duit poket diberi supaya menunjuk perasaan menyokong pemimpin yang ada; UMNO sekarang membina PASUKAN BAJU MERAH yang diupah untuk menunjuk sokongannya.

8.8 - UMNO dulu berterus terang menghadapi kegagalan yang menimpa projek-projeknya; UMNO sekarang menyembunyi fakta kegagalannya.

8.9 - UMNO dulu dengan berani dan bangga menjawab semua soalan yang diketengahkan pada pemimpinnya; UMNO kini takut untuk muncul dalam majlis NOTHING2HIDE anjurannya sendiri.

8.10 - UMNO di zaman Tun Dr. Mahathir membuat negara-negara Islam menjadikan Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama yang aman dan boleh dijadikan contoh bagi Negara-Negara Islam yang lain di dunia.

8.11 - Pemimpin UMNO dulu tidak tunduk kepada Amerika Syarikat dan tidak takut menghadapi parti politik China seperti DAP; pemimpin UMNO kini main golf dengan Presiden Amerika Syarikat, turut mendukung kongkongan urusan ekonomi dengan menandatangani TPPA ciptaan Amerika Syarikat, seterusnya pinjam wang dari bank YAHUDI dari Amerika Syarikat tetapi berbohong kepada rakyat kononnya pihak Amerika Syarikat ingin campurtangan dalam urusan Malaysia.

8.12 - Pemimpin UMNO tidak takut pada China dan bekerjasama dengan mereka, UMNO sekarang menggerak tenaga BAJU MERAH untuk mengutuk China sementara kita terus menjual tanah milik negara di tempat yang strategis kepada negara China. Kita juga dilapurkan oleh media TV ABC di Australia telah menjual pulau di sekitar Terumbu Layang-Layang (?) kepada negara China. Penjualan ini jika benar melibatkan ratusan ribu hektar lautan akan berpindah ke tangan negara lain dan Malaysia akan kehilangan kekayaan minyak, ikan, logam dan lain-lain kekayaan laut sekaligus hilang maruah bangsa Melayu yang kelihatan sudah menjadi bangsa yang bodoh dan bangsat.

8.13 - UMNO dulu memperkenal, memperjuang dan mempertahankan inti-pati, kandungan dan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam berbagai dasarnya; UMNO sekarang mengenepikan DEB.

9. Dengan terteranya butiran dalam perenggan 8 di atas. sebagai sebahagian dari banyak lagi PERBEZAAN antara UMNO yang ditubuhkan dalam tahun 1946, dengan UMNO yang dihidupkan semula setelah diharamkan oleh Mahkamah, berertilah yang dikatakan UMNO di bawah pimpinan sekarang tidaklah sama perjuangannya dengan UMNO dulu. (Parti baru telah diluluskan pada 8hb September, 2016 di waktu masukan blog hamper siap).

10. Berertilah, sebuah parti baru diperlukan. Itulah parti yang disingkatkan panggilannya kepada BERSATU, yang sedang menunggu pendaftarannya diluluskan.

11. Pendekata, jika Pendaftar Pertubuhan tidak membenarkan penggunaan BERSATU sebagai nama singkat kepada nama parti baru, nama BERSATU akan terus dikekalkan sebagai nama timangan yang patut diteruskan sebutannya.

RASA TAKUT KEPADA PARTI 'BERSATU'

Soalan kesembilan: Apa pandangan Tan Sri mengenai bantahan Setiausaha Agong UMNO mengenai penggunaan perkataan BERSATU sebagai nama singkat parti yang sedang menunggu kelulusan pihak Pendaftar Pertubuhan-Pertubuhan (RoS)?
0
Jawatan kesembilan:
0
1. Sikap pemimpin UMNO ini agak aneh. Mungkin kerana dia sibuk dengan urusan peribadinya sehingga dia terlupa ada beberapa parti telah menggunakan perkataan "BERSATU" sebagai nama parti mereka. Contohnya:
         
          i. Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

          ii.  Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sarawak

          iii. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)

          iv. Parti Bersatu Sabah (PBS)

          v. Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

         vi. Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut
               Bersatu (PPKDMB)

          vii. Parti Bersatu India Malaysia (MIUP)

          iix. Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA)

          ix. Parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok unuk Ragang Bersatu

          x. Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB)

          xi. Parti Rakyat Bersatu (UPP)


          xii. Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu  
                 (SETIA)

2. Mengikut "Mack Khairul" ada puluhan lagi parti yang telah dibubar atau tidak aktif mengunakan BERSATU dalam pendaftaran masing-masing.

3. Mengikut Akta Pertubuhan 1966 nama pertubuhan mestilah berbeza antara satu sama lain, oleh itu tidak menjadi kesalahan dari sudut perundangan jika BERSATU digunakan oleh parti baru ini, berbeza dengan akronim 'bersatu' pada mana mana parti politik sedia ada di dalam Negara kita ini.

4. UMNO, yang merupakan akronim dari UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION juga bererti PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU atau akronimnya PEKEMBAR.

5. Apa salahnya jika parti baru yang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir yang turut terlibat dalam penubuhan UMNO dari mulanya pada tahun 1946, dan menubuhkan semula UMNO baru setelah yang awal diharamkan oleh mahkamah, kini menubuhkan pula BERSATU dengan semangat UMNO asli, ditaja oleh ahli-ahli UMNO yang masih murni perjuangannya untuk meninggalkan Najib yang hanya tingal dengan RANGKA UMNO, tanpa semangat, dengan pendukung yang memakan dedak, tanpa isi perjuangan lagi.

6. Jangan marah, kerana begitulah kira-kira fahaman rakyat sekarang ini.

7. Oleh kerana PEKEMBAR tidak mahu mengguna BERSATU sebagai nama partinya, sebaliknya mengguna akronim UMNO dari Bahasa Inggeris, sudah sampai masanya Tun Dr. Mahathir mengguna nama BERSATU untuk parti barunya ini.

8. Jika Pendaftar Pertubuhan dihalang membenarkan pendaftaran parti BERSATU kita tetap boleh gunakan BERSATU walaupun dalam nama rasminya tidak disebut BERSATU.

9. Perlu diingat bahawa ada perbezaan antara perjuangan parti BERSATU dengan seruan untuk 'bersatu' oleh pihak kerajaan. Bersatu mereka untuk menutup dosa 1MDB tetapi parti BERSATU berjuang untuk menentang penyelewengan, rasuah dan segala penyalahgunaan kuasa yang terus berlaku.

10. Mungkin yang ditakuti oleh Setiausaha Agung UMNO ialah kerana lagu UMNO itu juga bernama BERSATU. Lagu ini, yang digubal oleh Johari Salleh dan diserahkan kepada Tun Dr. Siti Hasmah telah seterusnya diserah kepada saya sebagai Setiausaha Agung di waktu itu untuk dinyanyikan dalam majlis-majlis UMNO.

11. Apa boleh buat jika setiap kali ahli UMNO menyanyi lagu rasmi UMNO mereka akan merasa rindu kepada zaman lagu BERSATU digubalkan dan diperkenalkan di bawah pimpinan terdahulu yang kini menubuhkan parti BERSATU.

SAMBUTAN DI JOHOR DAN DI KEDAH

Soalan kesepuluh: Bagaimana sambutan rakyat, khususnya ahli-ahli UMNO, di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia?

Jawatan kesepuluh:

1. Kita ambil dua buah negeri dulu untuk perbincangan pada kali ini. Iaitu negeri Johor dan negeri Kedah kerana Tan Sri Muhyiddin Yasin, dari Johor, telah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir telah dipecat dari jawatan Menteri Besar Kedah.

JOHOR

2. Rakyat Johor, atau bangsa Johor, adalah antara yang paling matang dalam bidang politik. Johor, sebagaimana Sabah dan Sarawak, pernah menjadi 'fixed deposit' atau simpanan tetap bagi Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya.

3. Dato' Onn Jaafar dan Tun Dr. Ismail adalah tokoh yang membuat keputusan tegas samada untuk keluar atau masuk dalam UMNO.

4. Sebagai rakyat yang sofan dan beretika kebanyakan orang Johor tidak bising di dalam politik. Mereka bertindak dalam pilihanraya. Bila dasar dan etika politik pimpinan UMNO menyinggung kerana anak dan menantu di zaman Perdana Menteri ke 5, maka ratusan ribu ahli UMNO di Johor tidak keluar mengundi dalam PRU 12.

5. Sehingga zaman Tan Sri Osman Saat jumlah ahli UMNO Negeri Johor adalah lebih dari 50% dari jumlah pengundi dalam semua kawasan pilihanraya, kecuali Kluang. Ini bererti dengan ahli UMNO sahaja mengundi calon UMNO, Perikatan atau Barisan Nasional, jumlah pengundinya sudah cukup untuk mendapat kemenangan dalam pilihanraya.

6. Oleh itu BN dalam PRU 14 akan menerima akibat yang buruk di Johor kerana seorang tokoh Johor telah DIHINA dengan DIPECAT oleh Perdana Menteri ke 6 hanya kerana MENEGUR UNTUK MENGHADAPI KEBENARAN.

7. Saya secara kebetulan berjumpa di KLIA dengan seorang yang kuat dalam UMNO dan beliau berjabat tangan saya dengan genggaman kuat yang bermakna sambil berkata "Saya tidak dekat dengan TSMY tetapi saya tidak setuju dia dihina dengan dipecat; kami di Johor tak bising sangat tetapi kami tidak buta mata dan hati apabila orang Johor dihina. Tengoklah nanti.." 

8. Selamat berjuang menegakkan keadilan dan BERSATU MENENTANG RASUAH.
KEDAH
9. Orang Kedah agak lebih terbuka dalam kegiatan politik mereka. Sebagai masyarakat yang hidup dalam kawasan sawah yang luas, walau di mana jua orang Kedah berdiri ianya lebih tinggi dari pokok padi, dan kepalanya akan kelihatan. Sedangkan di negeri-negeri yang banyak pokok yang tinggi-tinggi, termasuk pokok getah di kebun, mereka boleh tersembunyi di belakang pokok sehingga kelihatan lebih diplomasi dalam kata-kata jika dibandingkan dengan orang Kedah.
10. Begitu juga dengan pertumbuhan ugama di Kedah. Sekolah-sekolah pondok di Kedah dibangunkan sendiri oleh guru-guru ugama, tanpa bantuan kerajaan kerana pesawah padi membayar zakat kepada guru-guru ugama selain mendapat derma dari orang-orang kampong dan mereka yang berada.

11. Oleh itu dari zaman penjajah lagi guru-guru pondok tidak bergantung kepada kerajaan dan syllabus ilmu yang diajar di  pondok tergantung kepada priority atau keutamaan yang ditentukan oleh ulamanya sendiri. Biasanya alim-ulama di Kedah mendapat pendidikan di Mekah, Mesir atau negara-negara Islam lain di Timur Tengah.

12. Di Johor, yang tidak bergantung kepada zakat yang dibayar oleh penanam padi, biaya untuk sekolah-sekolah ugama diberi oleh kerajaan yang sekaligus menawarkan mata-pelajaran yang sama untuk seluruh negeri yang keseragamannya ditentukan oleh kerajaan.

13. Dengan adanya pelajar-pelajar kelulusan sekolah Inggeris, bermula dengan Kolej Sultan Abdul Hamid, pelajar-pelajar dari pondok Pak Ya Junid di Padang Lumat dan pondok Abu Bakar Palestin di Air Hitam, serta lain-lain pondok, ditambah pula dengan guru-guru yang berkelulusan dari Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim maka corak politik di Kedah terus bergolak dari dulu hingga sekarang.
 
12. Dari pergolakan inilah datangnya kematangan.
 
13. Seperti orang Johor, orang Kedah juga pantang dicabar. Lebih-lebih lagi apabila mereka berada di pihak yang benar.
 
14. Maki hamun terhadap Tun Dr. Mahathir oleh pemimpin UMNO lapisan ketiga dalam politik tanahair, dengan pemecatan anak-anaknya semata-mata kerana anaknya, memberi kesan yang mendalam kepada rakyat Kedah.
 
15. Ramai rakyat Kedah yang masih miskin secara relatif. Jika mereka disogok dengan wang, kerana 'Wang itu Raja' atau 'Cash is King,' oleh orang Kedah umumnya pendekatan begini sukar dipengaruhi, dikecuali di kalangan sebahagian dari ahli-ahli UMNO.

16. Waktu saya menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Jerlun Langkawi saya telah menziarah rumah Haji Abu Bakar Palestin di Air Hitam, Kedah, seorang tokoh PAS yang sangat berpengaruh dalam kawasan itu. Saya kenal beliau sebagai salah seorang pengasas ABIM. Dalam perbualan Tuan Hj. Bakar telah bertanya pada saya samaada boleh membantu sedikit belanja untuk membesarkan pondoknya. Saya jawab Insya Allah.
 
17. Sekembali ke Kuala Lumpur saya telah bertemu sahabat saya Menteri Pelajaran Dato' Dr. Sulaiman Daud. Dua minggu kemudian, kerana Pilihanraya Umum sudah dekat, Dr. Sulaiman menyerah sekeping chek bernilai RM1 juta untuk pondok Hj. Abu Bakar Palestin.
 
18. Hj. Abu Bakar tidak mahu terima wang sejumlah itu kerana katanya duit itu dari Kerajaan Barisan Nasional. Bila saya menjamin bahawa saya tidak akan memberitahu kepada orang ramai mengenai pemberian derma itu dan Hj. Abu Bakar bebas untuk berkempen dan menaikkan bendera PAS di pondoknya, Hj. Abu Bakar menjawab, 'Kalau orang ramai tak tahu pun tetapi Allah swt. tahu segala-galanya.'

19.  Haji Abu Bakar menambah 'Kalau Sanusi bagi walau seringgit sekali pun saya akan terima, tetapi duit kerajaan haram saya terima.' Saya dan Hj. Abu Bakar berpelukan dan kedua kami tergenang air mata kerana berbeza parti. Jelas sekali, bagi Hj. Abu Bakar, 'Cash' bukan 'King'; wang itu bukan raja.

20. Itulah contoh yang sangat mendalam kesannya pada diri saya. Sehingga hari ini, dari jumlah 25,000 pesawah padi yang menjadi ahli parti PAS, yang saya bantu dengan kredit dari bank tempat saya bekerja, sekitar 15,000 masih ada di Kedah, Perlis dan Seberang Prai. Sekurang-kurangnya mereka masih mengenang budi Tun Dr. Mahathir yang saya turut terus menyokongnya.

21. Mereka ini semuanya menjadi ahli PAS; dan saya belum menyentuh lagi sikap ahli-ahli UMNO yang belum tersedak dengan hidangan dedak yang bertujuan menghapus pertimbangan budi dan bahasa.

22. Pengundi di Kedah masih mengenang budi Tun Dr. Mahathir kepada bangsa dan Negara dan mereka juga tidak bersetuju dengan cara Dato'Seri Mukhriz dipecat semata-mata kerana beliau anak Tun Dr. Mahathir.

USAHA MENGELIRUKAN RAKYAT

Soalan kesebelas: Nampaknya rakyat sangat keliru sekarang ini. Bagaimanakan kita boleh keluar dari belenggu kekeliruan ini?

Jawapan kesebelas:

1. Memandang kepada keadaan di mana media perdana, seperti TV dan suratkhabar khususnya yang dimiliki oleh UMNO, MCA dan MIC atau oleh peniaga-peniaga yang takut kehilangan peluang perniagaannya jika mereka lapor yang benar, maka kita dapat ramai editor akhbar yang tak tahan lagi bersubahat dengan pembohongan, yang telah berhenti kerja, atau diberhentikan jika mereka jujur.

2. Ada juga yang tidak berhenti kerana takut menjadi penganggur sedangkan tanggung-jawab ke atas keluarga menjadi tanggungjawabnya; tetapi mereka ini turut menyumbang "sebagai 'unsung heroes'"kepada usaha menentang kemungkaran dan pembohongan dengan menyalurkan berita sebenar kepada rakan-rakan mereka dalam sosial media.

3. Selain dari media perdana terdapat juga dedakian cybertrooper yang kerjanya memutarbelitkan berita, membesarkan berita-berita yang boleh melupakan rakyat kepada isu sebenar atau memburukkan pemimpin yang berjasa seperti Tun Dr. Mahathir.

4. Mereka ingin rakyat melupakan jasa Tun Dr. Mahathir, sekaligus melupa dan memaafkan dosa MO1. Mereka lupa bahawa sau perbezaan besar antara Tun Dr. Mahathir dan MO1 ialah beliau tidak berbohong, memutar belit dan bersifat munafik atau hipokrit dalam membuat sesuatu dasar dan menghadapi sesuatu kesalahan di zaman pemerintahannya.

5. Ramai Menteri dan pegawai, yang berkhidmat di zaman Tun Dr. Mahathir, samaada yang masih berada di dalam atau sudah terkeluar dari kerajaan yang ada sekarang ini, bernasib baik kerana Tun Dr. Mahathir berdiam diri dan tidak mendedah apabila satu-satu kesalahan di zamannya itu dilakukan oleh Menteri yang bertanggungjawab.

6. Lebih-lebih lagi apabila kesalahan yang melibatkan kewangan itu berlaku di waktu Tun Dr. Mahathir bukan menjadi Menteri Kewangan; malahan jika kesalahan itu melibatkan Kementerian Pertahanan atau Kementerian Dalam Negeri pun ianya berlaku diwaktu Menteri yang terlibat bukan Tun Dr. Mahathir. Contoh yang terbaik ialah (1) Kisah BMF, (2) Kisah Pembunuhan di MEMALI dan (3) Kisah beli Kapal Selam dan lain-lain lagi.

7. Ada kalanya cybertrooper dedakian dan wartawan media perdana memerangkap beberapaa orang tokoh untuk bertanya sesuatu soalan  untuk mendapat respond yang diputarbelitkan untuk kepentingan MO1. Saya pernah bertanya beberapa orang wartawan yang saya kenal dan mereka dengan tegas menyatakan "BOSS I TERUKLAH, DIA KENYANG MAKAN DEDAK."

8. Mengenai 1MDB pula ianya melibatkan amalan kewangan di bidang HIGHER FINANCE dan penyelewengan yang melibatkan YAHUDI, RIBA, MONEY-LAUNDERING, pelaburan dalam PERNIAGAAN MAKSIAT di dalam BANYAK NEGARA di DUNIA.

9. Saya ditunjuk oleh beberapa orang kawan berita mengenai isu-isu di atas dan ulasan oleh beberapa orang yang terkenal baik, tetapi tandus dalam ilmu yang ditanya padanya sehingga rakyat boleh menjadi keliru, sebagaimana yang dikehendaki oleh MO1. Kepada mereka saya berseru, 'BERTAUBATLAH, lepas itu IQRA'.

10. Kerana keadaan beginilah maka pada 13 Ogos, 2016 saya telah keluarkan dalam WhatsApp grup dan dalam Face-book seruan berikut:

Asm. Wbt. PERKASA, DPMM, MPM dan NGO2 Melayu perlu anjur kursus untuk Professor2, Alim Ulama dan mereka yang dianggap pandai oleh masyarakat, supaya mereka tidak merasa diri mereka pakar dalam segala bidang termasuk 'HIGHER FINANCE' yang mereka tidak fahami. Titel Tengku, Raja, Tun, YAB, YB, Tan Sri, Dato' Seri, Dato' Kerabat dan Dato' kehormat, Professor, Dr. PhD dan Tok Guru, di kalangan bangsa Melayu, tidak boleh lagi dijadikan ukuran dalam hubungan integriti dan ilmu pengetahuan. Terlalu ramai dijadikan alat oleh MEDIA PERDANA untuk MEMBODOHKAN RAKYAT.

BANGSA JOHOR

Soalan keduabelas: Apa pandangan Tan Sri mengenai isu Bangsa Johor yang heboh sekarang ini?

Jawapan keduabelas:

1. Dalam ingatan saya isu Bangsa Johor ini mula timbul apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pada waktu itu orang-orang Johor agak tersentak kerana seorang anak negerinya telah dihinakan hanya kerana ingin mengetahui mengenai kegiatan 1MDB yang sedang melalui satu skandal.

2. Sekitar waktu yang sama satu dokumen telah diedarkan yang menyebut mengenai perjanjian yang telah dibuat di waktu Johor diajak masuk ke dalam Persekutuan Tanah Melayu. Dalam dokumen ini ini disebut mengenai hak Johor untuk keluar dari Persekutuan.
o 3. Jika ini berlaku bermaknalah Johor menjadi sebuah negara yang merdeka dan orang-orang Johor dipanggil Bangsa Johor.
o 4. Di satu masa dulu, di zaman penjajahan British, tiga perkara telah dilakukan oleh pihak penjajah untuk memisahkan sesebuah negeri Melayu dengan negeri yang lain. Tiap negeri pada waktu itu ada (1) Bendera Negeri, (2) Lagu Negeri dan (3) sebutan Johorean bagi orang Johor, Kedahan bagi orang Kedah, Kelantanese bagi orang Kelantan, Selangorian bagi orang Selangor, Pahangite bagi orang Pahang, Pengangite bagi orang Penang dan Seberang Prai, Perakian bagi orang Perak dan sebagainya.  
o 5. Oleh itu jika orang Johor merasa terhina apabila seorang anak negerinya dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, tidak salahlah semangat kenegerian itu dihidupkan semula dari orang Johor menjadi Bangsa Johor.
o 6. Sementera DYMM Tuanku Sultan Johor tidak salah mengingatkan kepada kewujudan Bangsa Johor, Tun Dr. Mahathir juga tidak salah apabila beliau mengingatkan supaya berbilang bangsa dari berbilang negeri perlu bersatu sebagai bangsa Malaysia.
o 7. Itulah sebabnya saya nasihatkan: Ada baiknya kita tumpukan perhatian kepada usaha membanteras RASUAH. Biarlah bangsa China (termasuk bangsa Hokkien, Kek, Kantonis dll), Bangsa India (termasuk bangsa Tamil, Punjab, Gujarat dll), Bangsa Kadazan, Bangsa Iban, Bangsa Jawa, Bangsa Banjar, Bangsa Minang, Bangsa Tapanuli, Bangsa Bugis, Bangsa Aceh, Bangsa Sunda, Bangsa Betawi, Bangsa Johor, Bangsa Kedah, Bangsa Kelantan, Bangsa Selangor, Bangsa Perlis, Bangsa Perak, Bangsa Pahang, Bangsa Trengganu, Bangsa Negeri Sembilan, Bangsa Melaka, Bangsa Penang dan semua BANGSA-BANGSA BERSATU membanteras RASUAH  dan tangkap MO1. Dengan cara itu kita tidak memalukan BANGSA MALAYSIA apabila digelar sebagai BANGSA RASUAH.
s
NAJIB TIDAK MAHU JADI
BONEKA TUN DR. MAHATHIR

Soalan ketigabelas: Apa komen Tan Sri ke atas dakwaan Dato' Seri Najib, waktu menghadiri satu mesyuarat di Jakarta, yang dilapor menyatakan bahawa beliau tidak disukai oleh Tun Dr. Mahathir kerana beliau tidak mahu jadi 'BONEKA TUN DR. MAHATHIR'

Jawapan ketigabelas:

1. Soalan ini pernah ditanya pada saya oleh kawan-kawan di Indonesia, waktu saya ke sana untuk menziarahi ibu mertua saya yang sedang uzur. Oleh kerana soalan ini juga dikaitkan dengan persoalan perlunya penubuhan sebuah parti politik baru sebagai wadah alternatif kepada UMNO maka berikut adalah jawapan saya yang telah diviralkan dalam face-book.

2. Parti politik baru perlu wujud yang semua pemimpin dan ahlinya dilatih untuk boleh menerima kritik dan teguran dari rakyat dan sesama sendiri, dan NOTHING2HIDE baik secara lari dari perjumpaan, halang ahli dari bercakap, tangkap orang yang bercakap atau letakkan satu-satu kajian di bawah SOSMA, OSA, AKTA KESELAMATAN dan lain-lain.

3. Pemimpin dari ahli parti baru wajib menanam NILAI-NILAI MURNI UNTUK KEBANGKITAN BANGSA dan merancangkan projek dan program untuk kemakluran dan kebahagian rakyat dan tidak bergantung pada UPAH atau DERMA untuk menagih sokongan rakyat dan menutup mata mereka atas PENYELEWENGAN PEMIMPIN.

4. Pihak lelaki yang menjadi ahli parti baru hendaklah tidak takut kepada isteri dan pihak perempuan juga tidak takut menegur suami yang menyeleweng atau yang tiba-tiba kaya tanpa sebab.

5. Saya bersetuju dengan Najib dalam TV di Indonesia yang menyiarkan NAJIB TIDAK MAHU MENJADI BONEKA MAHATHIR.

6. Mahathir pun tidak membantah sikap demikian kerana Tun Mahathir tahu tak mungkin Najib boleh layan dua orang bos kerana Tun tahu NAJIB BONEKA ROSMAH.

SIKAP TUN MAHATHIR DALAM MELANTIK SANUSI

Soalan keempatbelas: Tan Sri pernah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah walaupun 22 orang ADUN telah menentang kerana mereka menyokong Menteri Besar sebelum Tan Sri. Kenapa pula Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak boleh diganti dengan Menteri Besar baru apabila majoriti ADUN menentangnya. Azrul bertanya apakah di waktu Tan Sri dilantik ianya dibolehkan kerana Perdana Menteri di waktu itu ialah seorang 'diktator'?

Jawapan kekeempatbelas:

1. Yang dikatakan oleh dedakian Azrul sebagai 'diktator' ialah Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir. Beliau tiada skandal seperti Perdana Menteri sekarang.

2. Menteri Besar yang dikatakan mendapat sokongan 22 ADUN itu ialah Tan Sri Osman Aroff.

3. Dia ada masalah dengn Tanah Simpanan Melayu  (Malay Reserve Land) yang luas dibeli oleh seorang China pemilik syarikat CAYMAN.

4. China ini boleh membeli Tanah Simpanan Melayu kerana EXCO telah mengiktiraf beliau sebagai Melayu mengikut Kanun Tanah 1930.

5. Kanun Tanah ini disalahgunakan.

6. Apabila Tun Dr. Mahathir menjelaskan penyalahgunaan kuasa ini pihak yang bersalah, termasuk EXCO mula mengalih sokongan mereka.

7. Kanun Tanah 1930 ini telah dibuat sebelum Merdeka kerana kematian seorang kerabat di raja Kedah yang isterinya keturunan bangsa Peranchis. Oleh kerana harta pusaka arwah suami semuanya Tanah Simpanan Melayu maka Kanun Tanah 1930 diadakan untuk membolehkan balu Peranchis arwah mendapat harta peninggalan si mati.

8. Bukan tujuan Kanun Tanah 1930  untuk Menteri Besar atau Kerajaan Negeri Kedah boleh sesuka hatinya memberi tanah kepada China atau bukan Melayu yang lain.

9. Itulah sebabnya Tun Mahathir yang dipanggil 'diktator'  terpaksa bertindak untuk menyelamatkan harta Melayu di negeri Kedah.

10. Saya berhenti jadi Menteri bukan untuk turun pangkat jadi Menteri Besar.

11. Saya diminta oleh Tun Dr. Mahathir dan dipujuk oleh Tun Daim, supaya mengisi jawatan Menteri Besar  kerana semua yang layak jadi Menteri Besar ada dalam EXCO  yang mengizinkan China diiktiraf sebagai Melayu.

12. Selepas selesai masalah CAYMAN saya telah letak jawatan walaupun baru menang dalam Pilihanraya Umum dengan mendapat kerusi yang hanya kurang 1 kerusi untuk mendapat majoriti 2/3.

13. Saya menolak rayuan Tun Dr. Mahathir supaya terus jadi Menteri Besar.

14. Dato' Seri Syed Razak telah kami pilih jadi Menteri Besar kerana beliau saja yang tidak menandatangani surat untuk mengekalkan Menteri Besar sebelum saya. Hanya yang berfikiran lemah, buta perut dan busuk hati atau dedakian saja yang ingin menyamakan Tun Dr. Mahathir dengan JIBROS.

PENGLIBATAN RAJA-RAJA MELAYU

Soalan kelimabelas: Apakah peranan Raja-Raja Melayu dalam menyelesaikan isu skandal 1MDB

Jawapan kelimabelas:

1. Dengan adanya akta keselamatan yang baru agak susah bagi mana-mana juga pihak dapat menggambarkan kemungkinan Najib akan berundur diri dari jawatan Perdana Menteri.

2. Jika SOSMA boleh disalahgunakaan, sebagaimana dalam kes mahkamah yang melibatkan Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang, tidak ada kuasa manusia dalam negara ini yang boleh mengancam kedudukan Perdana Menteri jika beliau tidak berhenti dengan sendirinya dari jawatan yang dipegang.

3. Kuasa pengisytiharan dharurat, di mana saja, yang dulunya ada pada KDYMM YDP Agong pun kini ada di tangan Najib dengan berkuatkuasanya Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru tanpa pengesahan oleh YDP Agong.

4. Ada pihak yang menyalahkan Tun Dr. Mahathir atas pengenalan akta keselamatan yang baru yang berkuatkuasa mulai 1hb Ogos, 2016. Mereka mendakwa bahawa Dato' Seri Najib telah meniru tindakan Tun Dr. Mahathir dengan inisiatifnya mengurangkan kuasa raja dan sultan di zaman pemerintahannya.

5. Katanya, Najib adalah murid yang setia mengikuti tunjuk ajar Tun Dr. Mahathir. Kenyataan begini bukanlah bertujuan untuk menyelesaikan masalah.

6. Perdana Menteri mengambil alih kuasa raja untuk mengisytiharkan darurat sementara Tun Dr. Mahathir hanya mengurangkan kuasa raja tanpa perlu mengesahkan undang-undang yang sudah diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

7. Saingan dan musuh-musuh politik Tun Dr. Mahathir, termasuk yang turut menyokong Tun Dr. Mahathir di waktu akta berkenaan diluluskan dahulu, mengambil kesempatan dari pengurangan kuasa raja ini sebagai tanda tidak menghormati raja dan sultan. Mereka berusaha melagakan Tun Dr. Mahathir dengan Raja-Raja Melayu.

8. Bagi mereka yang baru mempelajari politik negara, atau yang masih belajar di sekolah atau universiti atau pun masih kanak-kanak di waktu akta itu dibuat, dakwaan di atas memberi kesan yang negatif. 

9. Tetapi, bagi mereka yang mengetahui keadaan yang sebenarnya di masa itu, termasuk raja dan ahli politik, mereka pasti mengetahui bahawa KDYMM SPD YDP Agong yang menandatangani rang undang-undang berkenaan di waktu pindaan dibuat, kerana ianya  bertujuan mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu, supaya raja dan wakil-wakil dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, yang dipilih oleh rakyat, tidak beselisih faham. 

10. Ini bererti pindaan undang-undang itu dibuat untuk memelihara kepentingan rakyat dan menjaga imej raja-raja.

11. Kini, pindaan ke atas undang-undang keselamatan menghapuskan sama sekali kuasa tertinggi dan terpenting yang ada pada raja untuk mengisytiharkan darurat di mana saja, seperti yang pernah berlaku di negeri Kelantan di satu masa dulu.

12. Pindaan ini bererti, jika ada apa-apa jenayah yang berlaku dan rakyat mula menunjukkan kemarahan mereka kepada kerajaan yang bertanggungjawab maka darurat boleh diisytiharkan oleh Perdana Menteri.

13. Bezanya, dalam pindaan yang dibuat di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir ianya melindungi rakyat dan menjunjung imej Raja-Raja Melayu. Dalam pindaan oleh Dato' Seri Najib ianya kelihatan bertujuan untuk melindungi kedudukan Perdana Menteri.

14. Kuasa ini juga boleh digunakan oleh Perdana Menteri, selain Dato' Seri Najib, dan juga bukan Melayu, untuk menghalang rakyat berdemonstrasi, jika perlu, untuk mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu.

15. Seterusnya, jika dulunya diadakan peruntukan dalam akta pertubuhan yang menghalang parti politik dalam negara Malaysia dari menerima sumbangan wang dari pihak luar negara, dengan adanya apa yang dikatakan 'DERMA' dari pihak Arab untuk belanja politik oleh pihak Perdana Menteri, ianya membuka peluang untuk parti-parti seperti DAP mendapat derma dari negara luar seperti China di masa yang akan datang.

16. Begitu jugalah dengan pindaan ke atas akta keselamatan ini; ianya boleh membuka peluang kepada Perdana Menteri lain juga, termasuk dari keturunan China dan India, untuk mengisytiharkan darurat jika Melayu mengamuk apabila mereka membuat sesuatu tindakan yang merugikan Melayu dan orang Melayu membantahnya.

17. Dengan menularnya penyakit rasuah dalam dunia politik Melayu, bangsa kita tidak boleh terlalu yakin bahawa Perdana Menteri negara ini akan selamanya berbangsa Melayu.

18. Setelah mengkaji Perlembagaan Malaysia, dalam mencari penyelesaian kepada krisis dan skandal 1MDB dan ekoran darinya, adalah jelas adanya perbezaan antara sistem pemerintahan di England dan sistem yang kita miliki. Di England, yang tidak berperlembagaan, ada tiga pihak yang dinamakan The Legislative, yang membuat undang-undang; The Judiciary, yang mentafsir undang dan The Executive, yang mentadbir negara dalam batasan undang-undang.

19. Malaysia ada pihak keempat The Monarchy, iaitu Majlis Raja-Raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agong.

20. Sistem demokrasi berParlimen dan Raja Berperlembagaan kita adalah bebeza dan lebih istimewa terserlah di dunia yang membezakan kita dari negara-negara lain yang mempunya raja.

21. Pertama-tamanya di negara lain yang beraja tidak ada Majlis Raja-Raja seperti yang ada di Malaysia. Negara lain juga tidak silih berganti Sultan dan Raja menjadi YDP Agong, walaupun di peringkat negeri masing-masing setiap raja memerintah sepanjang hayat.

22. Selain dari itu banyak kuasa ada pada Yang Di Pertuan Agong yang tidak ada pada raja di negara-negara lain.

23. Untuk menyelamatkan masa saya cadangkan kepada semua pembaca untuk meneliti masukan dalam blog Chedet atas tajuk APOLOGY yang tersiar pada 25 Ogos, 2016 mengenai kuasa YDP Agong. Antara sedutan dalam karangan Tun Dr. Mahathir ini terdapat potongan ayat-ayat seperti berikut: 

.....  In fact there are more than thirty proceedings listed out in the constitution that still needs the Agong's approval, frequently without the advice of the Prime Minister.

.....  Among these rights and power is that of declaring a state of emergency.

.....  The Yang di - Pertuan Agong may refer to the Federal Court for its opinion any question as to the effect of any provision of this Constitution which has arisen or appear to him likely to arise, and the Federal Court shall pronounce in open court its opinion on any question so referred to it.

.....  One of the discretionary powers of the Yang di - Pertuan Agong is the appointment of the Prime Minister. The need is for the Yang di - Pertuan Agong to appoint an elected person as P.M. if he has the support of the majority of the members of the Dewan Rakyat. The name submitted by the winning party need not be accepted by the Yang di - Pertuan Agong if he feels there are other candidates.

.....  There shall be an Auditor General, who shall be appointed by the Yang di - Pertuan Agong on the advice of the Prime Minister and after consultation with the Conference of Rulers.

.....  The Auditor General shall submit his reports to the Yang di - Pertuan Agong, who shall cause them to be laid before the House of Representatives.
 
24. Oleh itu, jika Majlis Raja-Raja dan YDP Agong tidak atau belum bertindak untuk menyelamatkan negara yang berada dalaam krisis yang terburuk dalam sejarah ianya bukanlah kerana mereka tidak ada kuasa untuk bertindak tetapi kerana sebab-sebab lain yang hanya mereka sahaja yang mengetahu, selain Allah swt.. Saya yakin mereka akan bertindak.
PERTEMUAN
TUN DR. MAHATHIR MOHAMED 
DENGAN
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Soalan keenambelas: Apa reaksi Tan Sri tentang pertemuan Tun Dr. Mahathr dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim di mahkamah pada hari Selasa 6hb September, 2016?

Jawapan keenambelas:

1. "Alhamdulillah. Allauhuakbar.
o
2. Saya paling gembira apabila mengetahui Tun Dr Mahathir bersalaman erat mesra dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu bertemu di mahkamah pada hari ini.
o
3.. Saya kenal Anwar sejak tahun 1991 waktu di MCKK. Beliau di tingkatan 1 dan saya di tingkatan 5. Berbagai pengalaman bersama dan yang berbeza telah kami lalui.
o
4. Kami sama-sama membina Badan Revolusi Ugama dan Maramunjangan waktu di MCKK kemudiannya terlibat dalam penubuhan Yayasan Anda Akademik dan percetakan, penubuhan Koperasi Shamelin Berhad dan ABIM.
o
5. Saya menyeru kepada semua kenalan, kawan dan sahabat yang pernah berkaitan atau berhubungan dengan semua organisasi ini supaya mengetepikan semua perasaan emosi dan sentimen untuk sama-sama menentang kemungkaran yang sedang melanda negara masa kini. Sama-sama kita jayakan reformasi dalam berbagai-bagai bidang demi mencari keredhaan Allah SWT.

0
6. Kita bersyukur kepada Allah atas segala petunjuk dariNya."


PERKAHWINAN DALAM 'BULAN BERAPIT'

Soalan ketujuhbelas: Jangkamasa antara Aidilfitri dengan Aidilazha dinamakan 'BULAN BERAPIT' dan banyak pernikahan berlaku melibatkan kerabat di raja, tokoh korporat dan tokoh politik. Apa komen Tan Sri?

Jawapan ketujuhbelas:

1. Oleh kerana kalangan kerabat di raja yang bertanggungjawab atas urusan ugama, tokoh korporat  yang menguasai harta dan kekayaan dan tokoh politik yang beramal sekitar persoalan kuasa, mereka yang dimaksudkan sudah mempunyai pengalaman masing-masing, manis dan pahit, dalam mendirikan rumah-tangga sebelum ini. Saya mendo'akan supaya pasangan berkenaan diberi taufik, hidayah dan inayah oleh Allah swt. semoga mereka bahagia dalam keluarga yang sakinah, mawaddah warahmah.

2. Secara kebetulan saya telah diminta oleh keluarga Allahyarham Syed Umar Husen Al Sagof dan Tjut Ellyzar Banta Ali untuk mewakili keluarga dalam mengalungalukan para hadirin ke majlis resepsi perkahwinan anak mereka di Hotel Shangri-La di Jakarta pada hari Sabtu 27hb August, 2016 maka saya turunkan di sini ucapan yang telah saya sampaikan, seperti berikut:

3a. "Assalamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Bismillaahirrahmaanirrahim. Alhamdulillaahi rabbil  a'lamin. Wassolaatuwassalaam mua'ala asyrfil anbiya iwal mursalin. Wa'ala aalihi wasohbihi ajmain.

3b. Bapak dan ibu kedua pengantin, kaum kerabat dan sahabat handai sekalian. Bagi pihak keluarga Allahyarham Syed Umar Husen Al Sagof dan Ibu Tjut Ellyzar saya mengucapkan selamat datang ke majlis resepsi anakanda kami Syarifah Aliyah dan Radit Dwiputra.

3c. Syukur Alhamdulillah sudah selesai acara a'qad nikah awal tadi.

3d. Semoga Allah swt memberkati dan memberi taufik, hidayah dan inayah kepada kedua pengantin untuk mengendali perjalanan hidup yang sakinah, mawaddah warahmah. Semoga mereka hidup berbahagia dalam aman dan iman.

3e. Hari ini adalah hari yang paling berbahagia bagi keluarga Tjut Ellyzar, khususnya Tjut Elly sendiri.

3f. Di samping menerima menantu yang dinanti-nanti Tjut Elly juga baru menerima cucu lelaki dari satu-satunya anak lelaki beliau sebagai penyambung keturunan Allahyarham Bapak Syed Umar.

3g. Kira-kira 44 tahun, 6 bulan dan 2 hari yang lalu Tjut Elly dan Said Umar telah mendirikan rumahtangga pada 25hb Februari, 1972.

3h. Tiga tahun, 8 bulan dan 8 hari yang lalu pada 19hb Disember, 2012 Bapak Syed Umar telah kembali ke rahmatullah di Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur.

3i. Dalam memperingati pernikahan antara Bapak Said Umar dan Tjut Elly, saya suka mempercayai bahawa saya mempunyai peranan dalam perkahwinan mereka, kerana sebelum keputusan muktamad dibuat Bapak Syed Umar telah bertemu saya di Kuala Lumpur untuk berdiskusi sebelum membuat keputusan untuk menikah.

3j. Kerana jelas cintanya Bapak Syed Umar pada Tjut Elly begitu membara saya tidak ada pilihan kecuali unuk memberi "The Inevitable Endorsement" dengan berkata "Go Ahead" - atau 'Teruskan"

3k. Tiba-tiba pada 22hb Januari, 1972 Bapak Syed Umar telah turut mengiringi saya ke majlis a'qad nikah saya dengan isteri tercinta di No. 56, Jalan Tosari, Jakarta Pusat yang nama jalan kini bertukar kepada Jalan Kusumaatmaja.

3l. Saya diijabkabulkan oleh nenekanda isteri saya Teungku Muhammad Daoed Beureueh dan disaksikan oleh Bapak Muhamad Natsir, Bapak Syafruddin Perwiranegara, Bapak Baharuddin Harahap dan Bapak Kasman Singodimedjo semuanya tokoh-tokoh nasional Republik Indonesia.

3m. Ada foto Bapak Said Umar pada malam resepsi perkahwinan di Panti Perwira, tersenyum lebar menunggu gilirannya untuk bersalaman dengan saya. Beliau berbaris di belakang pasangan Bapak Adam Malik, Menteri Luar Indonesia di belakang Bapak Muhammad Hatta, Wakil Presiden Indonesia. Foto Bapak Syed Umar ini ada di dinding dalam perpustakaan keluarga bernama 'Toeti-Juairiah' di Kuala Lumpur.

3n. Senyuman lebar Bapak Syed Umar waktu bersalaman dengan saya dalam majlis resepsi itu  diiringi kata-kata dalam bahasa Aceh - "Ka jadeh" bererti "Sudah jadi" atau "Sudah OK". Saya tidak faham maksudnya pada waktu itu.

3o. Waktu saya diminta memberi kata-kata sambutan dalam majlis ini baru saya sedar bahawa 34 hari selepas pernikahan saya dengan Ina, Bapak Syed Umar dan Tjut Ellyzar telah diijabkabulkan.

3p. Saya tidak ada dalam majlis resepsi perkahwinan Bapak Syed Umar dengan Tjut Elly kerana saya sedang sibuk di Kuala Lumpur cuba mengenali dan memahami isteri saya yang saya tidak kenal sebelum diijabkabulkan.

3q. Bapak Syed Umar telah meninggal kita di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur. Beliau memutuskan untuk berangkat segera ke Kuala Lumpur walaupun tidak ada pengesahan atau konfomasi untuk tiket pesawat pulang ke Jakarta. Beliau tidak terfikir untuk pulang ke Jakarta kerana beliau ke Kuala Lumpur untuk tidak kembali lagi.

3r. Bapak Syed Umar, Tjut Elly dan anak cucunya sering menjadi tamu kami di Guest-House JEUMPA D'RAMO milik anak saya di Bangsar, Kuala Lumpur.

3s. Tjut Elly memberitahu saya Bapak Syed Umar pernah berkata "Katil di Jeumpa D'Ramo lebih enak dari katil di rumahnya sendiri di Jakarta.

3t. Bagi kedua pengganti dan hadirin hadirat sekalian, termasuk diri saya sendiri saya mohon izin menyampai pesanan berikut:

3u. Allah swt menjadikan kita dengan naluri untuk mencari atau menghambat sesuatu kebaikan yang sempurna dan kekal atau 'permanent'.

3v. Oleh itu kita kecewa dan sedih apabila persahabatan tidak kekal, perniagaan dan perusahaan kurang menguntungkan dan tidak kekal, kecantikan tidak kekal, pangkat dan jabatan tidak kekal atau meningkat, kekayaan dan populariti sering berubah tahapnya.

3w. Belum selesai mencari yang sempurna dan kekal, akhirnya kita meninggal dunia.

3x. Sebenarnya: KEMATIAN ADALAH PERMULAAN BAGI HIDUP YANG LEBIH KEKAL DI SYURGA. KITA TIDAK BOLEH KE SYURGA YANG KEKAL TANPA MELALUI KEMATIAN.  DENGAN KEPULANGAN KE ALAM BAQA SATU DEMI SATU DARI SAHABAT DAN ANGGOTA KELUARGA KITA, JELASLAH BAGI KITA YANG BERIMAN BAHAWA KITA, DI SATU HARI, TETAP BERPISAH DENGAN SEMUA YANG KITA SAYANG DAN CINTAI DI DUNIA YANG BERSIFAT SEMENTARA INI. OLEH ITU KITA HANYA AKAN AMAN DAN BAHAGIA JIKA KITA TIDAK LUPA SATU SATUNYA YANG SEMPURNA DAN KEKAL, IAITU ALLAH SWT.

3y. Oleh itu, kedua pengantin wajiblah beringat, walau apa jua yang telah dilalui sehingga sampai ke jinjang pelamin, sebenarnya,

SANG SUAMI IALAH PILIHAN ALLAH SWT UNTUK ISTERI,
DAN SANG ISTERI IALAH PILIHAN ALLAH UNTUK SUAMI.

3z. Begitulah sikap, keyakinan dan fahaman Bapak Syed Umar dan Tjut Ellyzar dalam pengendalian hidup suami isteri sehingga ke akhir hayat Bapak Syed Umar.

3za. Saya yakin jika Bapak Syed Umar yang berbicara pada masa ini di tempat saya berdiri beliau juga akan mengingatkan anak dan menantunya supaya:

PADA SETIAP MASA SANG SUAMI WAJIB MENCINTAI ISTERI SEPENUHNYA TANPA SYARAT - OR UNCONDITIONAL LOVE; DAN SANG ISTERI WAJIB MENGHORMATI SUAMI SEPENUHNYA TANPA SYARAT - UNCONDITIONAL RESPECT.

3zb. Tidak bisa pihak suami berkata pada isteri bahawa AKU HANYA CINTA PADAMU JIKA KAMU MENGHORMATI AKU; atau pun pihak isteri menyatakan pada suami bahawa AKU HANYA MENGHORMATIMU JIKA KAMU CINTA PADAKU.

3zc. Jika cinta suami pada isteri tidak diragukan oleh isteri dan hormat isteri pada suami tidak pernah berkurangan maka di situlah letaknya - wedded bliss - atau keharmornian berumah-tangga.

3zs. Sementara anak dan menantu merancang untuk hidup bahagia, janganlah sampai terlupa kepada ibu, bapa dan mertua masing-masing. Kerana ibu, yang di bawah tapak kakinya dikatakan terletak syurga sentiasa mencintai anaknya secara unconditional; bapa pula menyelit perasaan cinta pada anaknya selaras dengan perasaan ibu selagi anak-anak menghormati bapanya.

3ze. Kepada anakanda Syarifah Aliyah Husen bin Syed Umar Al Sagof dan anakanda Raditya Dwiputra bin Dr. Toto Wisnu Hendrerto ayahanda ucapkan selamat berbahagia sehingga ke akhir hayat dan kepada ibu bapa kedua pengantin saya ucapkan tahniah, dan kepada hadirin hadirat sekalian saya ucapkan jutaan terima kasih.

4. Sekian, Wabillahitaufik Wassalamu'alaikum.

5 comments:

Anonymous said...

faridina menulis..

Assalamualaikum Tan Sri,

Alhamdulillah gerakan pendaftaran keahlian PPBM telah bermula dan keluarga kami telah selamat melaksanakan tanggungjawab menyelamat bangsa dan negara dua malam yang lalu dalam satu majlis yang dihadiri oleh DS Mukhriz.

Pendaftaran telah dijalankan secara fizikal iaitu pengisian borang keahlian dengan menyertakan salinan KP (atau whatsapp kan imej) dan bayaran berikut berdasarkan pilihan masing-masing (pilih salah satu) ;

a. Ahli Biasa
>>Pendaftaran - RM 2
>>Yuran Tahunan - RM 2
>>Kad Keahlian - RM 10
▶▶Jumlah [ RM 14 ]

atau

b. Ahli Biasa Seumur Hidup
>>Pendaftaran - RM 2
>>Yuran Seumur Hidup - RM 100
>>Kad Keahlian - RM 10
▶▶Jumlah [ RM 112 ]

Untuk keterangan lanjut sila hubungi ibupejabat PPBM seperti no telefon yang tertera di Borang Permohonan Keahlian iaitu;

Tel : 03-9222 3322
Fax: 03- 2011 5665

Selamat mendaftar keahlian..
Selamatkan tanahair sekalian..

Jom beramai2 kita pergi mendaftar keahlian demi anak cucu kita!

PPBM Berjaya..
Rakyat Terpelihara..
PPBM Berjaya..
Rakyat Sejahtera..

Sekian wasalam Tan Sri.

AMISHA said...

Nama saya Zara, dari Indonesia saya berjanji untuk berkongsi kesaksian ini kepada Allah dalam hidup saya. 2 minggu yang lalu, saya memerlukan banyak wang, jadi saya memohon pinjaman, kemudian mendapati diri saya dalam tangan yang salah yang mendakwa peminjam pinjaman yang baik di seluruh dunia, tidak mengetahui bahawa mereka semua penipu. Mereka mengutip RM4000 dari saya dan enggan menghantar pinjaman yang saya minta saya keliru dan kecewa.

Pada hari yang setia saya pergi ke pasar dan kemudian bertemu kawan lama, saya memberitahu semua perkara yang berlaku kepada saya, maka dalam proses itu dia memperkenalkan saya kepada Mrs. Suzan di mana dia menerima pinjaman sebanyak RM150,000. maka dia memberikan saya e-mail suzaninvestment@gmail.com dan saya menghubungi beliau dengan serta-merta saya pulang ke rumah, dia memberitahu saya peraturan dan peraturan dan saya mengikuti, selepas memproses dokumen dalam masa kurang dari 48 jam, saya menerima pinjaman saya sebanyak RM100,000 .

Saya yakin dia juga akan senang membantu anda, jadi jika anda memerlukan pinjaman, dan ingin mendapatkan pinjaman cepat, hanya mendaftar dengan syarikat pinjaman pelaburan Suzan dan anda boleh menghubunginya melalui e-mel: (suzaninvestment@gmail.com ). anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (Zaradam@gmail.com). jika anda mempunyai sebarang keraguan. dia adalah satu-satunya orang yang boleh dipercayai dan boleh dipercayai.

Susan bowman said...

BERITA BAIK SEMUA ORANG
Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, anda serius memerlukan pinjaman segera, anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan segala macam pinjaman pada kadar faedah 2%. kami adalah 100% syarikat pinjaman legit, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyuman di wajah mereka.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
Susanbowmanloancompany@gmail.com

dan anda juga boleh menghubungi kami di Whatsapp dengan Nombor ini
+12027538718

HAFIZUL BIN HAZIQ said...

e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663

email:::::::hafizulbin365@gmail.com
Name::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia
[[[[di atas adalah data peribadi saya]]]]]
Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
[[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

Water Damage Restoration Yonkers said...

Nice bblog post