Wednesday, November 23, 2011

MENGHORMATI ORANG TUA, PEMIMPIN DAN ULAMA

SALAH SATU PUNCA KEGELISAHAN DALAM MASYARAKAT


MENGENAL ULAMA DI MASA KECIL

1. Waktu saya sedang belajar di Sekolah Melayu Yan dahulu saya paling hormat pada ulama. Bukan hormat saja malahan takut kepada mereka.

2. Mereka terkenal sebagai orang tua yang banyak ilmu yang boleh membawa kita ke syurga, dan apabila mereka bercakap kita merasa takut kepada mati dan hari kiamat dan merasa ingin menjadi orang yang baik dan taqwa.

3. Kita takut kepada Allah, kerana Allah Maha Mengetahui, boleh menghukum kita jika kita bersalah, termasuk kesalahan seperti mencuri buah guli atau gasing kawan-kawan, dan sekaligus cinta padaNYA atas semua nikmat pemberianNYA. Begitulah ajaran guru ugama di Meunasah (Surau) Kampung Aceh dan di sebelah petang di dalam kelas ugama Sekolah Melayu Yan.

4. Mereka yang digelar ulama tidak 'merapu' dan bercakap untuk menghibur pendengarnya. Kanak-kanak juga tidak pernah mendengar seorang ulama mencerca atau menghina dan mengata yang tidak baik mengenai ulama lain.

5. Mereka juga tidak memburu harta, pangkat dan keselesaan hidup.

6. Apabila tidak menela'ah kitab, atau mengajar, mereka kelihatan berkerja dalam diam seperti orang yang sentiasa berfikir atau berzikir.

7. Mereka tidak mengkafirkan orang, dan sentiasa menghormati antara sesama mereka. Sebagai kanak-kanak yang berjalan merata-rata, dan sering bertembung dengan ulama, kami selalu membawa salam antara sesama mereka.

8. Mereka juga tidak meminta sedekah tetapi mereka terus dibantu dari segi material oleh murid tua sekolah atau pondok mereka dan oleh dermawan yang ikhlas menderma.

9. Itulah serba sedikit imej tokoh yang digelarkan ulama, dari perspektif kanak-kanak di masa lalu.

10. . Antara rumah saya di Kampung Aceh Yan Kedah dan tempat air terjun di Perigi dekat pekan Sungai Yan atau Yan Kecil, sepanjang 4 batu, ada 6 buah rumah yang didiami oleh ulama. Selepas rumah saya ada rumah Teungku Muhammad Dahan, seorang ulama hafiz yang datangnya dari Aceh. Beliau mengajar di Sekolah Ugama Kampung Aceh yang kini dijadikan cabang Maktab Mahmud sebuah pusat pengajian ugama antara yang tertua, terbesar dan paling terkenal di Alor Setar.

11. Kira-kira 150 ela dari rumah Teungku Muhammad Dahan ada rumah Haji Maghribi. Kami ingat itulah namanya yang sebenar walaupun kami tahu dia berketurunan Arab. Hanya kemudian, dalam mempelajari ilmu alam barulah kami tahu dia berasal dari Morocco atau Maghribi dan nama sebenarnya kami tidak tahu.

12. Setelah setengah batu dari rumah Haji Maghribi ada rumah Haji Nawawi, seorang lagi ulama yang mengajar di situ.

13. Selepas pekan Yan saya dan kawan-kawan berbasikal ( atau naik 'gerek' ) menuju ke arah Sungai Yan. Sebelum Titi Bakong ada rumah Haji Said. Beliau berjanggut kuning, berserban dan kata orang ramai dia Sufi dan kami tidak memahami apa ertinya.

 14. Lepas Titi Bakong atau jembatan Sungai Udang. Di sinilah letaknya pondok Haji Fauzi. Pada waktu saya kecil pondok ini belum ada.

15. Lepas pekan Sungai Yan atau Yan Kecil kami berbasikal kira-kira sebatu sebelum bertemu dengan pondok Haji Senawi.

16. Saya dan empat orang kawan lagi terpaksa melintasi rumah 5 ulama sebelum sampai ke destinasi kami kira-kira satu batu dari pondok Haji Senawi.

17. Oleh kerana kami sering pergi ke air terjun di Perigi itu pada hari Juma'at maka kami paling takut waktu melintas pintu pagar rumah 5 ulama yang berkenaan. Kami takut mereka bertanya 'di mana sembahyang Juma'at' kerana tidak ada jawapan untuknya. Jika sempat salah seorang dari enam orang mereka bertanya di mana kami akan sembahyang Juma'at kami terus mengalih arah dan balik ke kampung untuk sembahyang Juma'at.

18. Begitulah hormatnya kami, sebagai budak-budak, ke atas ulama di masa itu.

DEMOKRASI - KONFLIK ANTARA ULAMA

19. Tetapi, sejak adanya demokrasi dan penglibatan ulama dalam politik berparti sikap hormat kepada ulamak sudah terhakis sehingga ada ulamak yang dicemuh oleh sesama ulama dan juga orang ramai.

20. Di dalam parti politik yang berbilang kaum, samaada secara gabungan parti-parti atau dalam parti itu sendiri kita dapati kepentingan parti lebih dipentingkan dari menegakkan yang hak dan menyatakan yang benar walau pahit sekalipun. Yang nampak ialah kesilapan lawan dan yang ditutup ialah kesalahan kawan.

21. Anak kecil, belia dan pelajar mendengar cemuhan dan kritikan antara ulama sehingga bagi mereka ulama itu banyak cacat celanya sehingga tidak perlu dipedulikan atau dipercayai lagi.

WAKTU DI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (U. I. A. )

22. Waktu saya menjadi Presiden UIA dahulu saya telah diarahkan oleh kerajaan supaya kesilapan dari segi pentadbiran di ISTAC diperbetulkan. Oleh kerana arahan ini hanya boleh dilakukan dengan menukarkan ISTAC dari sebuah badan yang semi-otonomi kepada satu dari antara kulliyyah atau fakulti di dalam UIA.

KECAMAN 'MUSLIM SCHOLARS' DARI UNIVERSITI-UNIVERSITI MASONIC DI BARAT

23. Tun Mahathir selaku Perdana Menteri di waktu itu dan saya telah dikecam oleh ulamak-ulamak dari Iran dan yang mengajar mengenai Islam di universiti-universiti yang diasaskan oleh Freemason di Eropah dan Amerika Syarikat. Ulamak-ulamak ini tidak mengetahui bahawa di negara kita, sebagaimana juga di negara-negara lain di dunia sesebuah bangunan itu hanya boleh dibangunkan bangunan di atasnya setelah syarat gunapakai tanah itu diubah untuk membolehkan didirikan bangunan. Mereka juga tidak tahu bahawa lukisan untuk bangunan, walau betapa indah sekalipun, perlu disahkan oleh mereka yang berkelulusan Arkitek. Mereka juga mungkin tidak tahu bahawa sesebuah bangunan itu hanya boleh diguna jika pihak Dewan Bandaraya meluluskan lukisannya Seterusnya  mereka mungkin tidak tahu bangunan itu memerlukan sijil kelayakan untuk diguna atau 'certificate of fitness'. Mungkin juga, kerana mereka bukan ahli dalam bidang pentadbiran dan tidak pernah bekerja dalam kerajaan, mereka tidak tahu semua perbelanjaan dari wang kerajaan perlu diaudit.

24. Kecaman yang dilemparkan kepada pentadbiran UIA di waktu itu menggambarkan seolah-olah tindakan UIA menjadikan ISTAC sebagai satu kulliyyah atau fakulti akan menurunkan taraf dan mutu ilmu yang diajar di situ. Sebenarnya kerajaan tidak pernah mencampuri peranan dan urusan akademik di ISTAC. Semua pensyarah dikekalkan seperti biasa cuma urusan pentadbiran sahaja yang ingin diperbetulkan oleh kerajaan.

25. Malangnya para ulamak di Barat telah mengecam tindakan ini tanpa menyelidik atau mendengar hujjah dari semua pihak. Mereka tidak sepatutnya percaya hanya kepada rakan mereka dan pihak-pihak yang berkepentingan.

26. Sejak itu saya mula memilih dari antara ulama, siapa yang boleh dipercayai dan siapa yang tidak. Saya tidak percaya lagi kepada mereka yang digelarkan 'Muslim Scholars', bulat-bulat seperti saya percaya kepada 6 orang di Yan di waktu saya kecil dahulu, walau pun berjela-jela ijazah kedoktoran.

DI PENJARA PULAU JERJAK PULAU PINANG

27. Waktu saya menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dahulu saya telah melawat sebuah penjara di Pulau Jerjak di Pulau Pinang. Lawatan ini saya lakukan dalam siri lawatan-lawatan ke penjara di seluruh negara.

28. Kira-kira 400 orang banduan ada di sana. Dalam perbualan saya dengan mereka saya dapati hampir semuanya menjadi penjenayah kerana tidak ada bimbingan awal oleh ibu bapa dan mereka juga tidak diberi pendidikan ugama masing-masing.

29. Bila saya bertanya pada mereka samada ibu dan bapa mereka tidak menegur mereka sehingga kebanyakan jenayah yang dilakukan pasti dapat dielak jika mereka telah diajar dan ditegur dari kecil. Sebulat suara mereka menjelaskan kedua ibu bapa masing-masing bukan orang yang baik dan mereka tidak mungkin orang yang jahat.

30. Bila saya bertanya lagi akan sebab maka mereka menyatakan ibu dan bapa masing-masing, kedua-duanya, bukan orang baik, mereka menyatakan bahawa ibu dan bapa mereka selalu berkelahi dan mereka mendengar dari maki hamun antara mereka bahawa ibu mengatakan bapa jahat dan bapa juga menyatakan ibu tidak baik.

IBU DAN BAPA BERKELAHI DI DEPAN ANAK MEREKA

31. Mereka menyatakan 'kami percaya kepada ibu bapa kami' dan merekalah yang memberitahu kami bahawa kedua orang mereka tidak baik. Sejak itulah, kerana tidak hormat kepada ibu bapa, maka pandangan dan nasihat ibu bapa mereka tidak peduli lagi. Akhirnya mereka membesar sehingga akhirnya berada di penjara pusat pemulihan di Pulau Jerjak.

32. JIka ibu dan bapa yang berkelahi di depan anak-anaknya membuat anak tidak percaya lagi pada dua ibu bapa, sehingga menjadi penjenayah, apakah tidak mungkin kelunturan akhlak di dalam masyarakat masa kini disebabkan perkelahian politik yang tidak senonoh di antara tokoh-tokoh politik, termasuk ulamak yang berpolitik dalam parti masing-masing.

33. Bagaimana pula dengan kes-kes yang mengenai akhlak pemimpin di dalam mahkamah?

PENGARUH BUKU

34. Saya telah menerima lima buah buku dari Saudara Yahya Ismail ( 2 buku ), Tuan Syed Hussein Al Attas ( 1 buku ) dan Saudara Shahbudin Husin ( 2 buku ). Buku-buku ini menegur, mengkritik dan mengecam pemimpin-pemimpin Melayu. Buku-buku ini akan beredar ke seluruh negara dan pastinya akan menjadi bahan berfikir, atau diterima tanpa berfikir, oleh pembaca.

35. Mungkin juga ada pihak yang yakin tidak ramai yang akan membaca buku-buku ini; ada yang mempercayai pihak pembaca tidak akan percaya isi-isi di dalamnya; ada juga yang mengharapkan para pembaca akan lupa kerana Melayu mudah lupa kerana banyak acara hiburan dan kenduri-kendara dilakukan.

36. Mungkin semua pendapat dan pandangan di atas betul belaka; iaitu (1) tidak ramai yang akan membaca, (2) pembaca tidak percaya dan (3) Melayu mudah lupa dengan adanya nyanyian, hiburan, pesta, keramaian bantuan kewangan. Kalau begitu kenapakah makin lama kita memerintah kita menjadi semakin susah untuk menang dalam pilihanraya. Apakah isi buku-buku begini tidak turut membantu ke arah perubahan sikap orang Melayu? Saya tahu ada pemimpin yang tersungkur hanya kerana sebuah buku. Walau pun pemimpin berkenaan menang di dalam mahkamah tetapi kandungan buku itu sudah pun memberi kesan kepada masyarakat.

37. Pahlawan Melayu Hang Tuah pun telah terkurang kehebatannya setelah terbitnya buku Dr. Kasim Ahmad berjodol 'Perwatakan Dalam Hikayat Hang Tuah' telah mengenengahkan Hang Jebat sebagai pahlawan yang menentang kezaliman dengan hebatnya. Tiga orang dari tujuh orang kawan sedarjah dengan saya, yang semuanya dulu mengagumi Hang Tuah, telah menganggap Hang Jebat sebagai seorang pahlawan sebenar.

38. Itulah pengaruh buku.

PERANAN BIRO TATANEGARA (B. T. N.)

39. Di zaman Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri saya telah terlibat dengan banyak kegiatan-kegiatan Biro Tatanegara (BTN). Bersama-sama dengan Ketua BTN TS Aziz Shamsudin dan tenaga kerja lain seperti Sahul Hamid, Rozai Safian, Allahyarham Hamdan Sulaiman dan lain-lain kami telah bertemu dengan generasi muda, belia dan pelajar, untuk memberi peluang kepada mereka meluahkan segala kemusykilan dan kritikan mereka, dan yang mereka dengar, khususnya di kampus-kampus universiti, mengenai tokoh, politik dan pentadbiran negara.

40. Ratusan soalan telah diketengahkan, sebahagian darinya, berulang-ulang dalam majlis yang berlainan. Soalan mereka telah kami jawab sebaik mungkin dan kami maklumkan kepada pihak atasan. Kami tidak membiarkan segala tohmahan dan tuduhan tanpa jawapan.

PEMIMPIN HENDAKLAH DIPERCAYAI

41. Adalah penting bagi negara dan ummat mengenengahkan pemimpin yang dipercayai dan dikagumi oleh rakyat. Peluang untuk membuat seseorang pemimpin itu dipercayai dan dikagumi oleh rakyat terbuka luas. Kita perlu mulakan dengan menjawab semua kemusykilan yang diketengahkan.

42. Begitu di negara kita begitu jugalah di peringkat ummat sedunia.

43. Perlu ada usaha di kalangan kita dan ummat Islam sedunia untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemimpin samaada ulamak atau umarat.

44. Siapakah yang boleh membetulkan keadaan akhlak ummat Islam, dalam negara dan seluruh dunia jika banyak juga antara mereka yang digelar 'Muslim Scholars' tetapi setengah masak keugamaannya.

45. Betulkah kata orang tua-tua bahawa kita memihak kepada kawan dan bukan kepada prinsip atau nilai yang baik? Ummat perlu diajar, oleh pemimpin, ulamak dan 'Muslim Scholars' yang dipercayai supaya menyusun semula prioriti atau keutamaaan dengan meletakkan prinsip dan nilai murni di atas kawan.

46. Sekian, Wabillaahi Taufik Wassalaamu'alaikum. 

7 comments:

Prof Kamal said...

Dato Sanusi.

Samasa saudara datang ka satu forum di University Malaya,saya maseh ingat saudara memberitahu kami bahawa Dr Mahathir bersetungkok denganb Tengku Abdullah makan ayer burit kerana mereka membenarkan bangunan MAYC di jalan Lonnie di jadikan sarang Pelacor.

Semasa Dato memasoko kabinet Dr Mahathir,saudara terus mengambu Dr Mahathir sabagai saorang pemimpin yang agong.Malah sampai hari ini saudara maseh menagongkan Dr Mahathir,meski pun banyak tindakannya yang telah menghancorkan bangsa Melayu.

Saya juga di maalumkan dalam satu interview Francis Yoe dengan Bloomberg di Singapura,ia mengakui dalam projek pengswastaan IPP,dia ada memberi 30% saham nya kapada Dr Mahathir.Bukankah ini satu jenayah rasuah yang jelas.

Sawaktu saudara menjadi President UIA,saudara bukan sahaja telah menghancorkan UIA sabagai Pusat Pengajian Islam yang di seganimalah saudara juga telah menghancorkan ISTAS kerana keduanya telah di asaskan oleh Anwar Ibrahim.

Saudara mengakui bahawa saudara memang menghormati ulama.Saorang yang alim dan takut kapada Allah.Adakah saudara sedar samasa saudara nebjadi Menteri UMNO dan Menteri Besar Kedah,saudara telah melemparkan banyak fitnah dan cacian kapada Peminpin UMNO,Kapada Syed nahar bekas Menteri Besar Kedah dan rakan 2 saudara dalam PAS.Tidak kah saudara berasa berdosa.

Rakan saya berkata Dato mempunyai split personality.Sabelum mati lebeh baiklah bertobat dan meminta maaf kapada rakan saudara yang telah di fitnahkan.

Salam.

Sumber Kebenaran said...

Tan Sri, terima kasih dan tahniah kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya merasa sedikit sebanyak apa yang Tan Sri sebutkan di atas dapat menjadi pengajaran bagi masyarakat Melayu yang semakin bercelaru dan tak dapat membezakan mana yang kaca dan mana yang permata.

Kepada Prof. Kamal,

Saudara sebenarnya bukan Prof. Kamal kerana Prof. Kamal adalah seorang scholar yang dihormati di UIA dan beliaulah yang turut menjayakan usaha menukar otonomi ISTAC untuk menjadi sebuah fakulti. Saudara sekadar menggunakan nama samaran kerana TAKUT menggunakan nama sendiri. Kalau saudara ingin menyembunyikan nama sendiri pun saudara sepatutnya memakai perkataan ‘anonymous’ sahaja. Saudara sebenarnya seorang PEMBOHONG, yang tidak berugama, kerana KURANG AJAR menggunakan perkataan “B …..T” dan menyebut ianya telah diucapkan oleh TS Sanusi. Dengan memakai nama Prof. Kamal saudara juga seorang yang pandai buat FITNAH untuk mencemarkan nama Prof. Kamal sebagai seorang scholar yang berintegriti.

Saya berpendapat memang wajar bagi TS Sanusi memuji dan menyanjung Tun Dr. Mahathir kerana beliau bukan keseorangan dalam memberi kepujian ini. Saudara yang benci kepada Tun Dr. Mahathir dan TS Sanusi menggunakan perkataan mengampu yang bagi orang yang bersopan boleh diganti dengan perkataan lain. Untuk maklumat saudara, sebagai seorang yang MENYOKONG KAWAN dan MENGENEPIKAN KEBENARAN saudara menutup mata dan benci melihat kepujian, penghormatan dan anugerah yang begitu banyak mencurah yang diberi oleh Negara-negara asing kepada Tun Dr. Mahathir.

Adalah tidak benar FITNAH saudara bahawa Tun Dr. Mahathir telah menghancurkan bangsa Melayu. Yang menghancurkan bangsa Melayu ialah sahabat saudara dan hero saudara. Saudara mungkin turut terlibat kerana menyokong, mungkin kerana CETEK fikiran atau tanpa saudara sedari, kawan saudara yang berjalan ke sana-sini di luar Negara dan menyampaikan ucapan yang memburuk2kan Negara dan pemimpin-pemimpin Malaysia. Ucapannya mengenai ugama juga dikecam hebat oleh rakan-rakan lamanya di dalam ABIM, sebagai tidak Islamik.

Saudara juga TIDAK FAHAM DASAR EKONOMI BARU yang memerlukan penglibatan 30% Bumiputra dalam sektor korporat. Banyak kroni-kroni kawan saudara telah kaya kerana dasar ini. Bukan Francis Yeo sahaja yang perlu menyerahkan 30% saham syarikat IPP-nya kepada pihak Bumiputra. Jika dasar ini dipertahankan oleh Tun Dr. Mahathir bukanlah bererti peribadi Tun Dr. Mahathir yang memiliki saham ini. Memanglah pihak swasta bukan Bumiputra menentang DEB dan mungkin kerana itu peruntukan 30% itu dikatakan milik peribadi Tun Dr. Mahathir kerana marah kepadanya. Jangan pula saudara BERSEKONGKONG PENDAPAT DENGAN PIHAK YANG ANTI DASAR PRO MELAYU.

Saudara MEMFITNAH lagi dengan menyatakan bahawa UIA dan ISTAC telah hancur sebagai pusat pengajian tinggi yang disegani. Nampaknya saudara LEMAH FIKIRAN sehingga tidak memahami bahawa yang berubah dengan ISTAC hanya dari segi pentadbiran dan bukan dari segi akademik. Mutu pengajian di ISTAC tetap tinggi kerana yang mengajar di ISTAC tidak kurang ilmunya hanya dengan pertukaran sistem pentadbiran. Saudara nampaknya SUKA MENDENGAR FITNAH semata-mata untuk membela kawan.

Bersambung……

Sumber Kebenaran said...

Saudara yang mengaku sebagai Prof. Kamal,

Memang ada yang hancur di UIA, iaitu ianya tidak lagi dianggap sebagai kubu parti pembangkang apabila TS Sanusi menjadi Presidennya. Sebelum TS Sanusi menjadi Presiden ada rancangan kerajaan untuk mengubah UIA supaya dijadikan pusat untuk pengajian pelajar-pelajar antarabangsa sahaja supaya ianya tidak dijadikan pusat politik berparti. Unutuk itu kerajaan telah menubuhkan Kolej Universiti Islam yang dirancangkan khas untuk rakyat Malaysia sahaja. Kerana TS Sanusi UIA telah kemudian dikekalkan sebagai IPTA untuk masyarakat antarabangsa dan rakyat Malaysia juga. TS Sanusi tidak mengajak tenaga pengajar dan pelajar di UIA untuk menjadi ahli atau penyokong UMNO tetapi beliau telah berjaya memberi pandangan dan penjelasan ke atas fitnah politik yang berleluasa di dalam kampus.

Satu lagi kehancuran yang berlaku di UIA ialah tumpasnya usaha untuk menjadikan UIA satu gelanggang bebas bagi MAK NYAH. Kegiatan ‘MAK NYAH’ telah berkembang di UIA sebelum itu. Dalam usaha mendisiplinkan pelajar, TS Sanusi telah menghalang seorang MAK NYAH UIA, yang baru menang sebagai RATU CANTIK MAK NYAH yang dianjurkan di Sunway Lagoon untuk menerima ijazah di majlis konvokesyen UIA. TS Sanusi telah bertindak untuk tidak membenarkan ‘ratu cantik’ ini dari menerima ijazahnya kerana terdapat maklumat, dari kawan beliau di dalam akhbar, bahawa ada surat-khabar mingguan yang sudah menunggu untuk mengambil gambar MAK NYAH di waktu menerima ijazah, dan bercadang memuatkan di muka depan surat-khabarnya gambar MAK NYAH waktu menang ratu cantik dan waktu mendapat ijazah. Alangkah aibnya imej UIA jika gambar sedemikian diedarkan di seluruh dunia oleh mereka yang anti-Malaysia dan anti-Islam di dunia. Sudah tentu saudara tidak tahu mengenai ‘kehancuran’ ini atau barangkali saudara termasuk penyokong kuat kumpulan yang mahu menghancurkan UIA dengan imej sebegitu.

Saudara juga keliru kalau menganggap hero saudara adalah pengasas UIA dan ISTAC. Saya rasa saudara perlu merujuk kembali pada fakta sebenar siapa pengasas UIA.

Saudara juga membuat FITNAH menyatakan TS Sanusi memfitnahkan Allahyarahm Dato’ Kama Jaya Syed Nahar Shahbudin, sedangkan hubungan antara mereka begitu akrab. Tidak ada konflik politik antara DKJ Syed Nahar dan TS Sanusi kerana DKJ Syed Nahar ialah ADUN di Langkawi sementara TS Sanusi ialah ahli Parlimen di Jerlun-Langkawi. Mereka bekerjasama membantu satu sama lain untuk mengalahkan ADUN PAS di Jerlun.

Di waktu TS Sanusi menjadi Menteri Besar Kedah beliau berkawan rapat dengan tokoh-tokoh PAS, lebih-lebih lagi yang dulu bersamanya di dalam ABIM, termasuk Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Allahyarham Dato’ Fadzil Nor. Buat kali pertamanya dalam sejarah Malaysia seorang Ketua Pembangkang dianugerahkan gelaran Dato’ oleh kerajaan BN yang dibangkangnya. TS Sanusi telah mencadangkan gelaran Dato’ ini sebagai tanda persahabatannya dengan Allahyarham Fadzil Nor.

Adalah tidak benar TS Sanusi mempunyai ‘split personality’. Ada orang lain yang bersifat demikian yang boleh digelarkan sebagai ‘hero with a thousand faces’. Saudara nampaknya bukan seorang yang terkena penyakit ‘split personality’ sebaliknya lebih teruk lagi kerana saudara yang menggelarkan diri sebagai ‘Prof. Kamal’ ialah seorang yang kena penyakit ‘confused personality’.

Sudah pasti apa yang ditulis oleh TS Sanusi telah menyentuh emosi saudara. Saya nasihatkan supaya saudara menganggap penulisan TS Sanusi ini sebagai satu ubat yang pahit untuk menyembuhkan penyakit saudara.

Sebagai bekas pelajar UIA yang berasal dari Kedah saya rasa saudaralah yang patut bertobat dan minta maaf kepada TS Sanusi, Tun Dr. Mahathir dan Prof. Kamal.

Saya ucapkan syabas kepada TS Sanusi kerana telah ‘mengatakan yang benar walau pahit sekalipun’.

Salam.

Pak Din said...

Kapada Sumber Kebenaran.

Saudara ini orang Kedah dan graduate dari UIA.Saya ingat saudara ini menjadi penuntut samasa TS sanusi menjadi President UIA.

Saya hormati komen saudara tetapi banyak yang tidak tepat.Nampaknya saudara bagitu marah dengan Prof Kamal.Dia tidak berkata dia prof Kamal Hasan bekas UIA Vice Chancellor.Jadi kenapa saudara membuat keputusan yang ia cuba meyamar.Di Malaysia jika kita google Prof Kamal,macam2 nama keluar.

Saudara memuji Sanusi gila gila.Ini bermaana saudara tidak tahu Sejarah perjuangan sanusi dari mula ia berkeja dengan Chartered bank,Sabagai pengasas Kooperasi Shamelin,Sabagai Setiausaha Agong UMNO,Sabagai Timbalan Menteri Dalam negeri,Sabagai Menteri Pertanian,Sabagai MB Kedah,Sabagai President UIA dan sekarang sabagai pembela orang Aceh di malaysia.

Saudara berkata TS Sanusi berkerja dengan baik dengan Dato Syed Nahar MB Kedah.Ini tidak benar.TS Sanusi lah yang bertanggong jawab menjatohkan Syed Nahar sabagai MB Kedah.Ia berhenti apabila Video "Mantoya" di edarkan dengan meluas di Kedah.Banyak orang Kedah berkata ini kerja TS sanusi Junid.samasa itu ia menjadi Timbalan menteri dalam negeri.Wallahwa alam.

Semasa TS Sanusi menjadi Prisident UIA ,Prof Kamal Hasan merupakan Vice Chencellor.Ia saorang yang baik,alim tapi lemah dari segi persenolity.Bila tak tahan pressure ia berhenti.

Vive Chanbcellor UIA yang pertama ialah Pro Rauf dan salepas itu Prof Hamid Sulaiman dari Saudi Arabia.Pencapaian yang di capai semasa Prof rauf dan Prof Hamid menjadi Vice Chancellor amat kagum.Ramai graduarte nya mempunyai qualiti akedamik yang baik.Contohnya ia melahirkan ramai Peguam2 yang berkelibar saperti sdr Malek Imtiaz.Sekarang ini graduate undang2 dari UIA hendak buat agreement dalam bahasa Inggeris pun tak betul.Tidak boleh argue dengan faseh dalam bahasa Inggeris dan mempunyai sifat inferiority complex jika di bandingkan dengan law Graduate dari University lain.

TS Sanusi telah menghancorkan ISTAC kerana ianya marah dengan Syed Naqib yang lebeh bijak dari segi akedamic dari TS Sanusi dan Prof Kamal Hassan.Jika ada yang tidak betul di ASTAC dari segi pentabiran,kenapa tidak betulkan dengan baik.kenapa marah nyamok kelambu di bakar.

Apa kah kejayaan yang besar yang di tinggalkan oleh TS sanusi.Bagi saya tidak ada.Kooperi Shamelin jadi bankrup.Ramai pelabor orang Melayu kampong hilang kerugian.Adek sanusi,Abdullah Joned yang mengendalikan kooperasi itu.Ia diberi tanah kerajaan yang bernilai diAmpang,itu pun ia tidak dapat memberi keuntongan kapada Shamelin.Semasa ia menjadi MB Kedah banyak projek yang diumumkan saperti tanam padi atas bumbong,Library kampong,jual pisang Goreng semuanya jadi kubor tak bertanda.

Saya juga hairan kenapa saudara tidak komen bila Prof Kamal berkata Sanusi pernah menyerang Dr Mahathir dengan hebat dengan menudoh ia bersetongkol dengan tengku Abdullah makan duit "burit" dengan menjadikan bangunan MAYC di jalanb loonie sabagai sarang pelacor.Semua orang Kedah tahu mengenai hal ini terutamanya yang menjadi ahli MAYC.Allahyarham Abang Pi(Hanafi) boleh komfirm jika dia maseh hidup.

TS sanusi cuba mengambarkan yang dia merupakan saorang Islam yang takut Allah.Tapui perbuatannya tidak macam itu.Ia mengakui Pernah menjadi mentor BTN.BTN merupakan agency yang percaya dan berjuang untok menegakkan bangsa Melayu.Apa bezanya dengan Ku Klux Kan dan nation of Islam di Amerika.Mereka tidak kira sama ada orang melayu itu sesuai atau tidak untok memimpin.Asalkan melayu ia perlu di lantek.Ini bertentengan dengan Islam.BTN yang di asaskan oleh Pak Lah hanya mempunyai satu motif ia itu untok menjadikan Pak lah Perdana menteri Malaysia,tidak kira ianya qualify atau tidak.Mereka berjaya.Tengoklah apa yang terjadi kapada Malaysia samasa Pak lah menjadi PM.Kita hilang majority 2/3 di Parliment.

Pak Din said...

Sdr Sumber kebenaran,

Sekarang saya cerita mengenai Tun Mahathir dan saya akan buktikan yang semasa ia menjadi PM dia memang merosakkan bangsa melayu.Tun Mahathir saorang Islam tapi bansanya keling atau mamak atau India.

Samasa ia menjadi PM pada tahun 1981 sahinggalah ia berhenti pada tahun 2003 banyak kerosakan yang dilakukannya dari kebaikan.

Kepimpinan melayu hancor.Tidak ada programm untok melateh dan memileh pemimpin melayu yang berkelibar dan baik.Dia memberi kapada Abdullah Bedawi sabagai pengantinya,pada anggapannaya Abdulah sesuai untok menjadi PM.Sekarang ia menyesal dan terus menyerang kepimpinan Pak Lah,bagitu pula dengan najib.pada mulanya ia amat senang najib menjadi PM,sekarang ia muka menyerang PM.Ia percaya ia saorang sahaja pandai.

Dari Segi ekonomi sejak ia menjadi PM pada tahun 1981 banyak pembaziran dan kerugian yang berlaku semata untok memuaskan nafsunya.

Maminco di tubohkan untok speculati dalam Tin Market.akhirnay kerajaan rugi hampir 400 juta.Syariak sogoshaha yang di ketuai oleh Abdullah Ng.Telah kena tipu dan rugi hampir 200 juta.

Samasa Dr Mahathir menjadi PM peluang perniagaan untok orang melayu memang banyak.Ada ramai anak muda melayu saperti TS Tajuddin,TS halim Shah,TS Amin Shah,Dato Samsuddin,TS Razaligh,Ts Ibrahim Promen,TS Abdullah,TS Saleh Yusof dan ramai lagi telah menjadi millionair.Bila datang keriusis kewangan hampir semuanya menghadaoi kesusahan.Yang saya tidak faham satengah2 dari mereka telah di paksa menjual saham syarikat mereka kapada Khazanah dan GLC dengan harga yang murah.Kenapa peniaga Cina dan India saperti Vincent Tan,Lim Kim Yew ,YTL tidak di paksa berbuat demkian.Malah mereka di beri banyak lagi projek2.

Samasa anaknya Mirzan menghadapi masaalah perniagaan ,mahathir telah memaksa Petronas untok bailout syarikat Konsotium Perkapalan dengan berbelanja hampir $1.3 billion.Jika sdr orang Kedah cuba pergi bersembang dengan dato Agfifuddin Omar.Dia boleh cerita lebeh panjang bagaimana Mahathir telah menghancorkan orang melayu dan Peniaga melayu.

Salam.

alcontara said...

Saya percaya dengan sesungguhnya ini bukan fitnah...Satu Malaysia tahu kes fitnah Sanusi terhadap Syed Nahar...Tapi sayang, Syed Nahar bukan seperti Sanusi yang akan turun ke darjat yang rendah...Beliau hanya mendiamkan diri...Almarhum Syed Nahar telah meninggal sebelum Sanusi sempat meminta maaf. Lanjutan itu, di bawah Sanusi, Kedah makin merudum sehinggakan PAS boleh mengambil balik Kedah...Semua sanak saudara dan keluarga Syed Nahar tahu, sehingga ke akhir hayat Syed Nahar, beliau masih kesal dan terganggu dengan fitnah Sanusi yang hampir menghancurkan dan memecah belahkan keluarga beliau....

But it is alright, it is the first time in history, that MB lost an election while his Party actually wins...Sanusi was also sacked by UIA...i just hope Sanusi, will be brought to Justice.

Anonymous said...

Alcontara menuduh TS Sanusi di waktu menjadi Menteri memfitnah DKJ Syed Nahar semasa beliau menjadi MB Kedah. Sebenarnya aku adalah salah seorang yang mencipta fitnah terhadap Sanusi kerana kami takut dia balik jadi MB walau pun kami tahu dia tidak berminat dan sangat selesa di pusat. Yang penting bagi kami dengan adanya tayangan lakonan ‘Mentoya’ Syed Nahar akan diberhentikan dari menjadi MB dan Sanusi tidak menjadi penggantinya. Yang sama-sama aku terlibat ialah yang menggantikan Syed Nahar dan beberapa orang kawannya yang seorang darinya kini sudah lumpuh terlantar keseorangan di rumahnya. Kita doakan semoga yang memfitnah Sanusi diampuni oleh beliau. Aku juga bercadang berjumpa Sanusi untuk minta maaf.

Dalam menuduh Sanusi memfitnah Alcontara pula membuat fitnah baru dengan menyatakan di bawah pimpinan Sanusi Barisan Nasional kalah di Kedah. Sebenarnya Barisan Nasional telah menang dan mendapat lebih dari 2/3 majoriti pada kali terakhir Sanusi memimpin pilihanraya di Kedah di waktu beliau menjadi Menteri Besar. Beliau telah letak jawatan setelah menang dan membuka peluang kepada Dato’ Syed Razak untuk menggantinya. Di bawah pimpinan Syed Razak BN menang lagi membuka peluang kepada Mahadzir Khalid menjadi MB. BN kalah di bawah pimpinan Mahadzir Khalid dan bukan di bawah Sanusi.

Alcontara tidak patut memfitnah keluarga Syed Nahar yang kononnya memarahi Sanusi hingga ke akhir hayat Syed Nahar. Dato Kama Jaya Syed Nahar, isteri dan keluarganya mengetahui siapa pengkhianat sebenarnya; dan aku mengetahui bahawa keluarga Syed Nahar berhubungan baik dengan Sanusi sehingga ke hari ini.

Di sinilah buktinya aku bersama pengganti Syed Nahar dan kawannya yang lumpuh, begitu jahat, mengedarkan video ‘Mentoya’ yang dibuat oleh kalangan kami yang hadir dalam majlis itu, tetapi kami berjaya menuduh Sanusi yang tidak berdosa itu. Akhirnya kawan kamilah yang mengganti tempat Syed Nahar. Mohon maaf Sanusi dari hujung rambut hingga ke kaki.

Dari aku yang berdosa.