Sunday, November 27, 2011

NST: SOUGHT FOR HIS WEALTH OF IDEAS

PEMBETULAN KESILAPAN DAN PENJELASAN

Di bawah ini tertera satu rencana mengenai Tan Sri Sanusi Junid yang dimuatkan dalam suratkhabar New Straits Times pada 21hb November, 2011.

Oleh kerana ada beberapa fakta yang yang tidak tepat, samada kerana salah faham waktu Tan Sri Sanusi diwawancara, atau hanya kerana salah cetak, atau tertinggal apabila diedit sebelum diterbitkan, maka saya turunkan petikan yang relevan dari wawancara yang panjang itu untuk rencana ini dengan sedikit pembetulan dan penjelasan yang difikirkan perlu.

Banyak fakta dan pandangan lain yang tidak diterbitkan sementara pembetulan dan penjelasan ini dibuat hanya jika ada kaitan dengan isi rencana yang dicetak. Yang dibetulkan atau diperjelaskan tertaip secara 'italics'.

Fahmi M. Nasir,
Penyelidik di Perpustakaan Toeti Juairiah.


Unstoppable Tan Sri Sanusi Junid recalls the genesis of his oratory skills and his many ideas


By R. Sithamparam


A speech Tan Sri Sanusi Junid delivered at the 1993 Umno general assembly must rank as one of his best.

Leaving for Rome, to attend the FAO conference, and trailing in the vice-presidency contest, Sanusi, who was then an incumbent vice-president and agriculture minister, showed a set of ringgit notes, and proceeded to captivate the political audience with a rendition on matters of honour and money politics.

Last week, Sanusi, now 68, related to the New Straits Times the genesis of his story-telling repertoire.

His father,  Junid Cut Li, who refused to be a citizen of a Dutch colony, Indonesia, or a British colony, had only a driving license which could be obtained easily at that time (1942), by just anybody, from RIMV through a driving school, worked in Malaya, delivering fish  from Kuala Kedah fishing boats, which at that time could unload their catches at a jetty in Alor Setar, to the markets in Ipoh.

During the weekend trips, the 10-year-old Sanusi would follow his father. Dad would regale his son with stories of the great prophets.

Saturday, November 26, 2011

‘TANAM APA YANG DIMAKAN APA YANG DITANAM dari UTUSAN MSIA 14 Nov. 2011


‘Tanam apa yang dimakan, makan apa yang ditanam’

Oleh Hassan Mohd. Noor

BANJIR di Thailand tetapi orang kita juga tumpang susah. Di negeri-negeri utara, misalnya di Alor Setar, pengguna amat terasa dengan kenaikan harga sayur-sayuran. Begitu juga dengan harga ikan dan ayam. 

Semuanya ini disebabkan kita masih bergantung kepada sumber makanan dari luar khususnya dari negara jiran. Bayangkan jika negara-negara yang menjadi tempat kita bergantung import makanan selama ini menghadapi bencana serentak - banjir, ribut, gempa bumi, kemarau panjang atau terlibat dalam kancah peperangan. Pastinya keadaan lebih buruk dan rakyat pula tidak dapat menerima kenaikan harga itu malahan mungkin menyalahkan kerajaan walaupun mereka sedar punca sebenar yang menyebabkan kenaikan tersebut.

Begitulah jadinya jika bekalan yang kita hasilkan di dalam negara untuk disuapkan ke dalam setiap mulut rakyat kita sebanyak 28.6 juta dan 2.3 juta pendatang asing tidak mencukupi. Suasana ini tentu lebih terasa di kawasan bandar.

Di kampung, keadaan ini boleh dikurangkan jika tanah yang ada dimanfaatkan dengan tanaman dan ternakan. Namun berapa banyak tanah yang terbiar serta tidak diusahakan? Berapa banyak pula tanah pertanian bertukar menjadi tapak rumah, kilang atau bangunan? Maknanya tanah pertanian semakin berkurangan. Maka sesuatu harus dilakukan untuk memanfaatkan tanah yang ada dengan menghasilkan makanan. Sekurang-kurangnya tanam untuk makan.

Wednesday, November 23, 2011

MENGHORMATI ORANG TUA, PEMIMPIN DAN ULAMA

SALAH SATU PUNCA KEGELISAHAN DALAM MASYARAKAT


MENGENAL ULAMA DI MASA KECIL

1. Waktu saya sedang belajar di Sekolah Melayu Yan dahulu saya paling hormat pada ulama. Bukan hormat saja malahan takut kepada mereka.

2. Mereka terkenal sebagai orang tua yang banyak ilmu yang boleh membawa kita ke syurga, dan apabila mereka bercakap kita merasa takut kepada mati dan hari kiamat dan merasa ingin menjadi orang yang baik dan taqwa.

3. Kita takut kepada Allah, kerana Allah Maha Mengetahui, boleh menghukum kita jika kita bersalah, termasuk kesalahan seperti mencuri buah guli atau gasing kawan-kawan, dan sekaligus cinta padaNYA atas semua nikmat pemberianNYA. Begitulah ajaran guru ugama di Meunasah (Surau) Kampung Aceh dan di sebelah petang di dalam kelas ugama Sekolah Melayu Yan.

4. Mereka yang digelar ulama tidak 'merapu' dan bercakap untuk menghibur pendengarnya. Kanak-kanak juga tidak pernah mendengar seorang ulama mencerca atau menghina dan mengata yang tidak baik mengenai ulama lain.

5. Mereka juga tidak memburu harta, pangkat dan keselesaan hidup.

Friday, November 18, 2011

RESIPI KEJAYAAN

ANTARA YANG BERNIAGA GORENG PISANG DAN MENTERNAK BABI

ADAM

1. Beberapa tahun dahulu, di waktu saya menjadi Menteri Pertanian, saya sering ke sana-sini melihat bahan-bahan pertanian, seperti pisang, yang dijual di tepi-tepi jalan. Bagi saya mereka yang berniaga bahan-bahan pertanian ini adalah sumber pendapatan bagi orang kampung yang menanamnya.

2. Malahan, waktu saya menjadi Menteri Besar Kedah saya telah perkenalkan gerai-gerai GORPIS, singkatan akronim untuk GOReng PISang. Rangkaian gerai-gerai GORPIS boleh menjadi saloran pemasaran bagi pisang yang ditanam di kampung-kampung.

3. Penjual goreng pisang itu bernama Adam dan dia berasal dari pekan Yan, Kedah, iaitu tempat kelahiran saya.

4. Adam memberitahu bahawa dia dulunya berniaga ikan di pasar Yan tetapi telah berpindah ke Sungai Petani kerana ianya pekan yang lebih besar daripada Yan dan, dengan penduduk yang cukup ramai beliau sudah tentu dapat membuat sesuatu yang boleh memberi pendapatan yang lebih padanya.

5. Di Sungai Petani Adam tidak boleh berniaga kerana susah untuk mendapat lesen gerai di sana. Pemohon lesen untuk gerai begitu ramai dan Adam tidak dapat bertahan lama tanpa pendapatan. Adam terus mencuci kereta di stesyen teksi dan di sebelah malam dia tolong bersihkan panggung wayang 'Empayar' apabila penontonnya  sudah meninggalkan panggung.

6. Oleh kerana tidak puas hati dengan keadaan di Sungai Petani Adam bercadang berpindah ke Ipoh kerana dia dengar Ipoh lebih besar dan lebih ramai orang di sana dari di Sungai Petani.

7. Oleh kerana Adam pernah berniaga ikan, bersama Pak Cik, di Yan dan cuci teksi dan panggung wayang di Sungai Petani Adam telah pergi ke Pasar Besar Ipoh dan bergaul dengan peniaga ikan di sana. Sukar untuk Adam mendapat kerja di panggung wayang dan lebih sukar untuk menjadi pencuci teksi kerana banyak pemuda-pemuda India yang mengerjakannya. Lantas Adam balik ke Pasar.

8. Kira-kira pukul 5 pagi banyaklah lori yang membawa ikan dari berbagai pelabuhan yang datang ke Pasar Besar Ipoh dan Adam mengambil upah mengangkat tong ikan untuk dipindahkan ke lori-lori kecil yang lain yang akan membawa ikan itu ke pekan-pekan lain seperti Tanjung Malim dan Tanjung Rambutan.

Monday, October 3, 2011

KONVOKESYEN UUM PADA 1HB OKTOBER 2011


UCAPAN TERIMA KASIH ATAS PENGANUGERAHAN  IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (POLITIK DAN PEMBANGUNAN) DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK, KEDAH PADA 1HB OKTOBER, 2011 SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-24.
ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARRAKAATUH
DAN SELAMAT PAGI KEPADA HADIRIN HADIRAT SEKALIAN.

BISMILLAAHIRRAHMANIRRAHIIM.

UCAPAN MENJUNJUNG KASIH
MENGHADAP KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU CANCELOR, DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTANAH KEDAH;
AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN SEMBAH PATIK POHON DIAMPUN;
PATIK MENJUNJUNG KASIH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU ATAS BERKENANNYA KEBAWAH DULI TUANKU MENANUGERAHKAN IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH (POLITIK DAN PEMBANGUNAN) KEPADA PATIK YANG TIDAK SEPERTINYA INI;
PENGHARGAAN INI MENJADI BERTAMBAH BERMAKNA KERANA YANG MENYAMPAIKAN ANUGERAH IALAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUABKU, IAITU RAJA BAGI NEGERI DI MANA PATIK DILAHIRKAN.

AMPUN TUANKU;
PATIK MEMOHON LIMPAH PERKENAN KEBAWAH DULI TUANKU UNTUK BERUCAP SEPATAH DUA KATA KEPADA HADIRIN-HADIRAT SEKALIAN;
AMPUN TUANKU;

UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH

Wednesday, September 21, 2011

PALESTIN - TINDAKAN YANG DIIRINGI DO'A

GABUNGAN KEKUATAN TURKI, IRAN DAN MESIR - PERPADUAN HAMAS DAN AL FATAH

1. Blog ini telah memaparkan tiga pos yang ada kaitan dengan Palestin.

2. Yang pertama ialah pada 25 Disember, 2009 atas tajuk 'Yahudi Kuasai Dunia Melalui NGO'.

3. Yang kedua ialah pada 2 Jun, 2010 atas tajuk 'Yahudi Zionis Dayus - Usaha Betul Pasti Diberkati Allah s.w.t..

4. Yang ketiga diposkan pada 16 Jun, 2010 atas tajuk 'Menuju Pembebasan Palestin - Perpaduan Turki, Iran dan Mesir Yang Ditakuti'.

YAHUDI MENGUASAI AMERIKA SYARIKAT MELALUI NGO

5. Petikan dari pos 25 Disember, 2009 ialah:

24. Saya di Manchester waktu menerima jemputan untuk merasmikan PERKASA negeri Perak. Secara kebetulan saya sedang membaca buku bertajuk 'Jewish Manchester - An Illustrated History' karangan Bill Williams. Buku ini pertama kali dicetak pada tahun 2008.

25 Ternyata Manchester mempunyai sekitar 35,000 Yahudi yang terdaftar pada tahun 2008. Mereka mempunyai 46 Synagogues dan didukung serta mendukung 150 NGO termasuk 20 buah NGO Zionis yang menonjolkan sokongan Yahudi Manchester kepada negara Israel. Mereka mempunyai hanya sebuah surat-khabar bernama 'The Jewish Telegraph'.

26. Di Manchesterlah Chaim Weitzman, seorang pensyarah kimia dari Universiti Manchester, bergerak untuk membela Yahudi. Beliaulah yang menubuhkan kelompok Zionis yang bernama 'Manchester School', yang menguasai dunia kewangan dan industri, dan memainkan peranan penting untuk mempengaruhi kerajaan British mengisytiharkan 'Balfour Declaration' sebagai asas bagi kewujudan Israel.

27. Masyarakat Yahudi Manchester dan Salford telah memainkan peranan yang aktif dalam bidang ekonomi, kebudayaan, kebajikan dan politik melalui kegiatan mereka dalam organisasi-organisasi pedagang, pekedai, doktor, doktor gigi, peguam, pensyarah, pemusik, pelukis, arkitek, wakil rakyat, pentadbir, dan mereka juga menjadi pengasas, penaung dan pengurus bagi badan-badan NGO berkaitan.

28. Begitu hebat Yahudi menggunakan rangkaian NGO sehingga negara Amerika Syarikat dapat ditakluki mereka; dan dengan pengaruh Yahudi melalui NGO mereka dapat menguasai politik Amerika Syarikat untuk terus membantu Israel sehingga, dengan jumlah rakyat Arab yang berlipat ganda dibandingkan dengan rakyat Israel ditambah pula dengan kekayaan negara-negara Islam di Asia Barat, dengan minyak dan gas yang begitu banyak, pembelaan terhadap Palestin tetap tidak berjaya.

6. Jelas sekali Israel menguasai politik Amerika Syarikat melalui NGO dan badan-badan korporat yang mereka miliki atau kuasai.

7. Selain Amerika Syarikat, Eropah Barat, khususnya Jerman Barat (dulu), juga mempertahankan Israel. Kalau Amerika menyokong Israel kerana pemimpinnya takut kepada kuasa NGO dan kuasa korporat yang dapat mengalahkan calon Presidennya dalam pilihanraya, di Jerman Barat pula mereka menyokong Israel supaya ianya tidak hancur dan Yahudi akan kembali ke Jerman dan menjadi satu masalah.

PERPADUAN TURKI, IRAN DAN MESIR SANGAT PERLU UNTUK MEMBELA PALESTIN

8. Dalam blog bertarikh 25 Disember, 2009 saya seterusnya menyatakan:

31. Professor Schiller ( dari Universiti Hamburg ) menyatakan ada tiga sebab untuk membenarkan orang-orang Turki bekerja di Jerman Barat sebagai pekerja asing, iaitu:

Sebab pertama ialah atas pertimbangan ekonomi kerana Jerman Barat memerlukan tenaga kerja untuk pembangunan ekonominya.

31.b. Sebab kedua ialah berasaskan pertimbangan politik. Pada pendapat Professor Schiller hanya wujud tiga buah negara Islam di dunia ini yang mempunyai kemampuan berperang baik dari segi jumlah penduduk, ramainya tentera dan rekod keberanian mereka dalam sejarah. Negara-negara itu ialah Mesir, Turki dan Parsi ( Iran ). Jika ketiga mereka bersatu dan bergabung tenaga maka Israel dapat mereka hancurkan. Oleh kerana kehancuran Israel akan membawa padah yang teruk apabila Yahudi dari Israel balik ke Jerman, maka demi kepentingan Jermanlah maka tiga negara Islam ini perlu dihalang dari bersatu. Parsi bagi Schiller adalah negara sahabat Israel di bawah Syah. Mesir di bawah Gamal Abdul Nasir adalah musuh Israel. Oleh itu jika Turki dapat dihalang dari memasuki pakatan untuk menentang Israel maka selamatlah Jerman Barat dari didatangi Yahudi.

31.c. Dari segi sejarah pula pihak Turki telah memihak kepada Jerman ( di bawah pimpinan Hitler ) di dalam Perang Dunia ke Dua

9. Adalah jelas bahawa kekuatan Israel mempertahankan diri adalah disebabkan oleh sokongan dan dukungan Amerika Syarikat dan sikap Eropah yang mahukan Israel terus wujud.

Tuesday, September 20, 2011

PERKARA KECIL AKIBATNYA BESAR - MULA-MULA HILANG SATU KERUSI KEMUDIAN HILANG SEBUAH NEGERI

AMERIKA SYARIKAT DAN JEPUN DALAM PERANG DUNIA KE 2

1. Waktu saya terbaring di atas katil di Sime Darby Medical Center di Subang Jaya, selama 21 hari dari selepas tengah-malam 20 Julai, 2011 hingga 10 Ogos, 2011, saya telah melihat di kaca TV upacara memperingati pengeboman Hiroshima pada 6 Ogos, 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos, 1945.

2. Saya telah bertanya kepada menantu saya yang berada di situ pada waktu itu atas sebab-sebabnya, yang dia pelajari, Amerika Syarikat bertindak mengebom dua buah kota di Jepun ini.

3. Jawabnya ialah kerana dua buah kota ini ialah kota industri yang terbesar di Jepun yang semestinya menjadi tempat pengeluaran kapal-terbang atau pesawat dan keperluan perang angkatan bersenjata Jepun.

4. Inilah sebab yang sering diajar di sekolah-sekolah di dunia ini sebagai alasan Hiroshima dan Nagasaki dibom.

5. Tetapi, apakah sebab yang diajar dalam semua sekolah di dunia ini merupakan sebab yang sebenar?

6. Lee Iacocca dalam salah sebuah bukunya telah menceritakan bagaimana, sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, General Dwight Eisenhower dengan isterinya telah berbulan madu di Jepun dan bersama dengan Hirota Koki, Perdana Menteri Jepun di waktu itu, telah melawat kota Kyoto.

7. Keindahan kota Kyoto begitu mempersonakan Eisenhower dan isterinya sehingga apabila perang tercetus antara Amerika Syarikat dan Jepun General Eisenhower telah mengarahkan supaya angkatan udara Amerika Syarikat mencari tempat industri perang berada di Jepun untuk dibomkan. Seterusnya Eisenhower juga mengarahkan supaya Angkatan Udara Amerika mengebom mana saja tempat yang patut dibom asalkan mereka tidak mengebom kota Kyoto, iaitu kota di mana beliau dan isterinya telah pergi untuk berbulan madu.

8. Apabila perang tamat, setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom, General Eisenhower dan isterinya telah melawat Jepun sekali lagi. Bersama dengan Hirota Koki mereka telah melawat kota Kyoto.