Bismillahi Rahmani Rahim
Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
KENYATAAN AKHBAR
1. Pemecatan Dari Jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIA )
1.1. Sidang akhbar saya pada 5hb Jun, 2008, menjelaskan bahawa saya tidak akan meletakkan jawatan saya sebagai Presiden UIA secara sukarela, hanya kerana saya tidak lagi menjadi ahli UMNO.
1.2. Saya tidak bersalah kerana saya tidak menggunakan jawatan saya untuk kepentingan politik pribadi.
1.3. Siaran akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10hb Jun 2008, yang menyatakan sebagai berikut ‘Beliau(saya) mendakwa tiada siapa yang boleh memecatnya sehingga tempoh perkhidmatannya tamat pada 2010’ adalah fitnah semata.