Wednesday, May 25, 2011

JAWAPAN KEPADA 'BANIADAM'

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam bahagia.

Para pembaca yang budiman.

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tidak sepertinya ini.


Semua komen dan teguran yang diberi mendapat perhatian saya.


Walau pun saya biasanya hanya menjawab, secara tidak langsung, kepada komen-komen yang diberi di dalam blog ini di dalam karangan kemudiannya, atau saya simpan sesetengah jawapan untuk menjadi sebahagian dari karangan-karangan yang akan datang, tetapi saya dapati komen 'Baniadam' perlu mendapat perhatian segera kerana saya dapati beliau bukan membaca blog ini untuk menambah pendedahannya kepada isu-isu dari sudut pandangan saya tetapi sebaliknya beliau, secara konsisten, menunjuk sikap anti kepada saya, Tun Dr. Mahathir dan suku Aceh sehingga saya tidak boleh menyentuh mengenai Aceh tanpa beliau melenting.


Di bawah ini adalah jawapan saya kepada komen beliau:

Friday, May 20, 2011

TUN DR. MAHATHIR DALAM MAJLIS RAMAH MESRA DENGAN TOKOH-TOKOH ACEH NUSANTARA


Pada 27-04-2011 yang lalu satu majlis ramah mesra telah diadakan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan 200 orang tokoh Aceh pilihan dari Banda Aceh, Bandung, Jakarta, Medan dan Malaysia yang terdiri dari ahli akademik, pemimpin politik, peniaga dan pengusaha serta pemimpin pelajar di Memorial Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur.

Majlis ucapan dan dialog berlangsung dari pukul 9 pagi hingga pukul 1.30 tengahari.

Majlis ini dianjurkan oleh International Association of Aceh Scholars (IAAS) dengan kerjasama Aceh Club Kuala Lumpur dan Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia.(IMAM).

Ucapan Tun Dr. Mahathir dan sesi dialog akan dimuatkan dalam blog ini tidak lama lagi.

Di bawah ini ialah ucapan alu-aluan saya dalam majlis tersebut untuk pembaca yang berminat dan anggota masyarakat Aceh di seluruh dunia.

UCAPAN TAN SRI DATO' SERI SANUSI BIN JUNID

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Yang Berbahagia Saudara Pengerusi Majlis

YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad,

YBhg. Presiden Penawar, Persatuan Wakil-Wakil Rakyat UMNO, Mantan Menteri Tan Sri Dato' Aziz Shamsuddin,

YBhg. Presiden Mubarak, Persatuan Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional, Wilayah Persekutuan, Dato' Aziz Yasin,

Rakan Sependeritan YBhg. Tan Sri Dato' Sabaruddin Chik, Mantan Menteri dan Setiausaha Agong UMNO,

Dif-dif Yang Dihormati, Tan Sri-Tan Sri, Dato'-Dato', Ahli Yang Berhormat Wakil-Wakil Rakyat dari Indonesia, Teungku-Teungku, Profesor-Profesor, Doktor-doktor, Bapa-bapa dan Syedara sekalian.
KATA-KATA ALUAN

Bagi pihak Kelab Aceh Kuala Lumpur ( The Aceh Club Kuala Lumpur ) dan Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia (IMAM)  saya mengalu-ngalukan kehadiran tuan puan ke majlis pada hari ini.


Majlis pada hari ini adalah satu peluang dan kesempatan terbaik bagi wakil masyarakat Aceh se Nusantara mengenal Tun Dr. Mahathir dari dekat dan mengikat serta memperkukuhkan lagi tali silaturrahim dengannya.

Hadir bersama kita pada hari ini ialah Tan Sri Dato' Hanafiah Hussain seorang tokoh Aceh yang ternama di negara ini yang umurnya setanding dengan umur Tun Dr. Mahathir.

Turut serta dari Jakarta ialah Bapak Asyik Ali selaku wakil dari Indonesia yang tertua yang datang dengan tongkat kerana semangatnya untuk menyertai majlis pada hari ini.

Ketiga mereka ialah Octogenarian atau tokoh yang berumur lebih 80 tahun.
DARI SEJARAH

Sejak tahun 800 Masehi bersamaan dengan 173 Hijrah sehingga tahun 2011 Masehi, sepanjang sekitar 1,200 tahun dalam sejarah Aceh yang tercatat, banyaklah yang dapat kita pelajari, kita teladani atau yang patut kita elakkan berulang.


Tetapi, dalam buku terakhirnya berjudul 'How To Run The World' terbitan tahun 2011 Parag Khanna telah menurunkan di permulaan Bab Pertama yang bertajuk Mega-diplomacy, petikan kata-kata Tun Dr. Mahathir yang bertulis:

'Two millennia of experience and mountains of knowledge have not made us much more capable of managing our affairs than stone-age people.'

Terjemahannya: Dua ribee teuhon peungalaman ngon ieleumee nan meunggunung, mantong geutanyo hana leubeh upaya  bak ta ato nanggroe lagee ureung bak zameun batee.