Wednesday, September 21, 2011

PALESTIN - TINDAKAN YANG DIIRINGI DO'A

GABUNGAN KEKUATAN TURKI, IRAN DAN MESIR - PERPADUAN HAMAS DAN AL FATAH

1. Blog ini telah memaparkan tiga pos yang ada kaitan dengan Palestin.

2. Yang pertama ialah pada 25 Disember, 2009 atas tajuk 'Yahudi Kuasai Dunia Melalui NGO'.

3. Yang kedua ialah pada 2 Jun, 2010 atas tajuk 'Yahudi Zionis Dayus - Usaha Betul Pasti Diberkati Allah s.w.t..

4. Yang ketiga diposkan pada 16 Jun, 2010 atas tajuk 'Menuju Pembebasan Palestin - Perpaduan Turki, Iran dan Mesir Yang Ditakuti'.

YAHUDI MENGUASAI AMERIKA SYARIKAT MELALUI NGO

5. Petikan dari pos 25 Disember, 2009 ialah:

24. Saya di Manchester waktu menerima jemputan untuk merasmikan PERKASA negeri Perak. Secara kebetulan saya sedang membaca buku bertajuk 'Jewish Manchester - An Illustrated History' karangan Bill Williams. Buku ini pertama kali dicetak pada tahun 2008.

25 Ternyata Manchester mempunyai sekitar 35,000 Yahudi yang terdaftar pada tahun 2008. Mereka mempunyai 46 Synagogues dan didukung serta mendukung 150 NGO termasuk 20 buah NGO Zionis yang menonjolkan sokongan Yahudi Manchester kepada negara Israel. Mereka mempunyai hanya sebuah surat-khabar bernama 'The Jewish Telegraph'.

26. Di Manchesterlah Chaim Weitzman, seorang pensyarah kimia dari Universiti Manchester, bergerak untuk membela Yahudi. Beliaulah yang menubuhkan kelompok Zionis yang bernama 'Manchester School', yang menguasai dunia kewangan dan industri, dan memainkan peranan penting untuk mempengaruhi kerajaan British mengisytiharkan 'Balfour Declaration' sebagai asas bagi kewujudan Israel.

27. Masyarakat Yahudi Manchester dan Salford telah memainkan peranan yang aktif dalam bidang ekonomi, kebudayaan, kebajikan dan politik melalui kegiatan mereka dalam organisasi-organisasi pedagang, pekedai, doktor, doktor gigi, peguam, pensyarah, pemusik, pelukis, arkitek, wakil rakyat, pentadbir, dan mereka juga menjadi pengasas, penaung dan pengurus bagi badan-badan NGO berkaitan.

28. Begitu hebat Yahudi menggunakan rangkaian NGO sehingga negara Amerika Syarikat dapat ditakluki mereka; dan dengan pengaruh Yahudi melalui NGO mereka dapat menguasai politik Amerika Syarikat untuk terus membantu Israel sehingga, dengan jumlah rakyat Arab yang berlipat ganda dibandingkan dengan rakyat Israel ditambah pula dengan kekayaan negara-negara Islam di Asia Barat, dengan minyak dan gas yang begitu banyak, pembelaan terhadap Palestin tetap tidak berjaya.

6. Jelas sekali Israel menguasai politik Amerika Syarikat melalui NGO dan badan-badan korporat yang mereka miliki atau kuasai.

7. Selain Amerika Syarikat, Eropah Barat, khususnya Jerman Barat (dulu), juga mempertahankan Israel. Kalau Amerika menyokong Israel kerana pemimpinnya takut kepada kuasa NGO dan kuasa korporat yang dapat mengalahkan calon Presidennya dalam pilihanraya, di Jerman Barat pula mereka menyokong Israel supaya ianya tidak hancur dan Yahudi akan kembali ke Jerman dan menjadi satu masalah.

PERPADUAN TURKI, IRAN DAN MESIR SANGAT PERLU UNTUK MEMBELA PALESTIN

8. Dalam blog bertarikh 25 Disember, 2009 saya seterusnya menyatakan:

31. Professor Schiller ( dari Universiti Hamburg ) menyatakan ada tiga sebab untuk membenarkan orang-orang Turki bekerja di Jerman Barat sebagai pekerja asing, iaitu:

Sebab pertama ialah atas pertimbangan ekonomi kerana Jerman Barat memerlukan tenaga kerja untuk pembangunan ekonominya.

31.b. Sebab kedua ialah berasaskan pertimbangan politik. Pada pendapat Professor Schiller hanya wujud tiga buah negara Islam di dunia ini yang mempunyai kemampuan berperang baik dari segi jumlah penduduk, ramainya tentera dan rekod keberanian mereka dalam sejarah. Negara-negara itu ialah Mesir, Turki dan Parsi ( Iran ). Jika ketiga mereka bersatu dan bergabung tenaga maka Israel dapat mereka hancurkan. Oleh kerana kehancuran Israel akan membawa padah yang teruk apabila Yahudi dari Israel balik ke Jerman, maka demi kepentingan Jermanlah maka tiga negara Islam ini perlu dihalang dari bersatu. Parsi bagi Schiller adalah negara sahabat Israel di bawah Syah. Mesir di bawah Gamal Abdul Nasir adalah musuh Israel. Oleh itu jika Turki dapat dihalang dari memasuki pakatan untuk menentang Israel maka selamatlah Jerman Barat dari didatangi Yahudi.

31.c. Dari segi sejarah pula pihak Turki telah memihak kepada Jerman ( di bawah pimpinan Hitler ) di dalam Perang Dunia ke Dua

9. Adalah jelas bahawa kekuatan Israel mempertahankan diri adalah disebabkan oleh sokongan dan dukungan Amerika Syarikat dan sikap Eropah yang mahukan Israel terus wujud.

Tuesday, September 20, 2011

PERKARA KECIL AKIBATNYA BESAR - MULA-MULA HILANG SATU KERUSI KEMUDIAN HILANG SEBUAH NEGERI

AMERIKA SYARIKAT DAN JEPUN DALAM PERANG DUNIA KE 2

1. Waktu saya terbaring di atas katil di Sime Darby Medical Center di Subang Jaya, selama 21 hari dari selepas tengah-malam 20 Julai, 2011 hingga 10 Ogos, 2011, saya telah melihat di kaca TV upacara memperingati pengeboman Hiroshima pada 6 Ogos, 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos, 1945.

2. Saya telah bertanya kepada menantu saya yang berada di situ pada waktu itu atas sebab-sebabnya, yang dia pelajari, Amerika Syarikat bertindak mengebom dua buah kota di Jepun ini.

3. Jawabnya ialah kerana dua buah kota ini ialah kota industri yang terbesar di Jepun yang semestinya menjadi tempat pengeluaran kapal-terbang atau pesawat dan keperluan perang angkatan bersenjata Jepun.

4. Inilah sebab yang sering diajar di sekolah-sekolah di dunia ini sebagai alasan Hiroshima dan Nagasaki dibom.

5. Tetapi, apakah sebab yang diajar dalam semua sekolah di dunia ini merupakan sebab yang sebenar?

6. Lee Iacocca dalam salah sebuah bukunya telah menceritakan bagaimana, sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, General Dwight Eisenhower dengan isterinya telah berbulan madu di Jepun dan bersama dengan Hirota Koki, Perdana Menteri Jepun di waktu itu, telah melawat kota Kyoto.

7. Keindahan kota Kyoto begitu mempersonakan Eisenhower dan isterinya sehingga apabila perang tercetus antara Amerika Syarikat dan Jepun General Eisenhower telah mengarahkan supaya angkatan udara Amerika Syarikat mencari tempat industri perang berada di Jepun untuk dibomkan. Seterusnya Eisenhower juga mengarahkan supaya Angkatan Udara Amerika mengebom mana saja tempat yang patut dibom asalkan mereka tidak mengebom kota Kyoto, iaitu kota di mana beliau dan isterinya telah pergi untuk berbulan madu.

8. Apabila perang tamat, setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom, General Eisenhower dan isterinya telah melawat Jepun sekali lagi. Bersama dengan Hirota Koki mereka telah melawat kota Kyoto.