THE TRAIL OF AMBITION
ANGKA EMPAT BAGI ORANG CHINA
1. Empat, 4 atau 'four' dalam bahasa Mandarin dan bahasa-bahasa daerah di China bererti mati, 'si' atau 'dead'. Itulah sebabnya bila berlakunya demonstrasi di Beijing dielakkan dari dimulai pada 6 April atau 6/4 atau "Lak Si' atau 'pukul mati' atau 'pukul sampai mati', tetapi ianya diikuti dengan tindakan kerajaan China pada 4 June atau 4/6 atau 'Si Lak' yang bererti 'Mati Dipukul' atau 'Mati Kena Pukul'.. Ratusan ribu rakyat China yang berdemonstrasi pada waktu itu telah mati dibunuh samaada kerana dipukul atau ditembak sehingga mati.
2. Takkanlah di Malaysia rakyatnya hendakkan kejadian seperti itu berlaku. Kerajaan pimpinan Melayu tidaklah sekejam itu.
3. Sebelum matinya 'bersih', atau Bersih 4 yang bererti 'Bersih Mati', dan penuh muka-surat media cetak dan eloktronik dikotori dengan 'bersih', kerana banyak longgokan laporan perjalanan mahkamah mengenainya, yang mengambil alih perjalanan kes-kes sodomi, yang membosankan, yang membuat sodomi jadi popular, elok juga kita dahulukan dengan 'talqin sebelum mati' supaya siapa pun akan mengetahui sejarah yang membawa kepada sifat kurang sopan yang ditunjukkan oleh pelaku demonstrasi 'bersih' khususnya tokoh-tokoh yang disokong oleh para demonstran 'bersih' itu.
4. Bila saya bertanya pada seorang anak kenalan saya, yang wataknya saya perhatikan ada potensi melakukan kecurangan terhadap masyarakat, berasaskan sikap menunjuk-nunjuk sombong beraninya yang tidak berketentuan terhadap sasaran, maka dia menjawab, 'Tak mengapa, kita ada Karpal.' Bila saya tanya atas kemungkinan Karpal tidak ambil kes yang tidak mahal nilainya dan tidak tinggi tahap sensasi dan publisitinya anak rakan saya menjawab 'Tak apa, ada banyak profesyenal lain terdiri dari peguam-peguam pesara kerajaan,' yang akan membela siapa saja jika bayarannya lumayan.
5. Dalam 'pre-emptive talqin' ini saya akan coba menurunkan pandangan saya atas punca berlakunya DETIPAN atau 'Demonstrasi Tidak Sopan' jika kita tiru cara orang Indonesia menamakan sesuatu perkara, jawatan atau kejadian. Saingan atau guru kita dalam bidang berdemonstrasi dan kebebasan bolehlah kita contohi Indonesia kerana di sana ukuran majunya demokrasi dan kebebasan itu, mengikut pendapat sesetengah tokoh yang saya kenal di Jakarta, ialah dengan adanya banyak demontrasi.
6. Itulah sebabnya tidak ada demokrasi di negara yang maju dan aman kerana tidak sering berdemonstrasi. Malahan negara 'Greece', di mana bermulanya demokrasi, pun sudah muflis kerana tidak ada demonstrasi. Sekarang rakyat negara Greece perlu berdemonstrasi untuk memulihkan ekonominya. Dengan itu para demonstran dapat memulihkan ekonomi Greece kerana demonstrasilah, dan bukan rancangan pembangunan negara, yang akan membangunkan ekonomi Greece.
7. Mungkin itulah sebabnya ada peniaga yang menempatkan gerainya di depan rumah Ambiga, sebagai tanda terima kasih, kerana dengan berdemonstrasi, yang dipimpin oleh Ambiga, banyak pelabur yang akan datang ke negara kita sehingga ekonomi negara kita akan bertambah baik. Begitu juga ekonomi penjual burger.
8. Jika orang bertanya kepada saya di manakah puncanya penyakit 'bersih' ini, maka jawapannya ialah 'Kerana Orang Tidak Takut, Segan dan Hormat' lagi pemimpin-pemimpin Melayu.
9. Begitulah mulanya.
10. 'Entry' atau masukan blog mengenai 'bersih' ini saya turunkan dalam bahasa Inggeris kerana ramai juga Mat Salleh yang kenal saya, termasuk yang tinggal di sekitar Samudera Atlantic dan Pacific yang bertanya 'What Is Happening? Why Is Clean So Dirty'. Begitulah bunyi smsnya.
11. Tetapi, tak bolehlah saya tulis bahagian pengenalan ini dalam bahasa Inggeris kerana saya juga Melayu dan malu apabila kepimpinan bangsa saya tidak dipedulikan orang lain.
MR CLEAN TOOK OVER ('clean' means 'bersih' in Malay)
12. Tun Dr. Mahathir resigned from his post as Prime Minister of Malaysia on 31st October, 2003 after which Tun Abdullah Ahmad Badawi succeeded him to become the 5th Prime Minister. Tun Abdullah was called 'Mr. Clean' or 'Encik Bersih' if literally translated.