Wednesday, March 19, 2014

PERANAN MASJID DALAM PEMBANGUNAN UMMAT

USUL UNTUK DIRI SENDIRI

MUKADDIMAH
o
Dalam masukan atau 'posting' blog ini pada 13hb Februari, 2014 atas tajuk FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA saya telah merumuskan bahawa Dasar Pandang Ke Timur yang diketengahkan di masa pemerintahan Tun Dr. Mahathir sebenarnya bertujuan menarik perhatian rakyat Malaysia kepada nilai-nilai murni yang diamal oleh pemimpin-pemimpin institusi politik dan ekonomi di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.
o
Nila-nilai tersebut yang terkandung di dalam semangat Bushido (di Jepun), Hwarang (di Korea) dan Jinsheng (di Taiwan) merangkumi aspek 'amanah', 'berani', 'disiplin', 'rajin' dan 'setia'.
o
Memandang kepada prejudis kebanyakan dari yang bukan Islam terhadap Islam, maka prejudis ini tidak menghalang untuk mereka menerima sikap amanah, berani, disiplin, rajin dan setia jika sikap-sikap ini diamal dengan jayanya di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.
o
SIKAP YANG DIPELOPORI OLEH ISLAM
o

Ternyata kelima sikap ini adalah sikap yang turut dipelopori oleh Islam.
o
Setelah Dasar Pandang Ke Timur kerajaan diterima baik oleh semua golongan dan lapisan rakyat Malaysia barulah kerajaan memperkenalkan dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam. Nilai-nilai Islam itu termasuklah kelima nilai yang diketengahkan di bawah Dasar Pandang Ke Timur.
o
Dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam kepada orang-orang Melayu ianya hendaklah diterima sebagai pelengkap kepada Dasar Pelajaran Malaysia kerana pendidikan sahaja tanpa penekanan ke atas nilai-nilai murni telah dikesan sebagai penyebab kepada kegelisahan yang kini terdapat di kalangan orang-orang Melayu di negara Malaysia.
o
Orang-orang Melayu sedang mencari alasan di luar diri mereka sebagai penyebab kepada kegagalan mereka di dalam berbagai bidang.
o
Oleh kerana Negara Malaysia mengamalkan system demokrasi berparlimen maka agak mudah bagi sesiapa sahaja yang ditegur untuk merobah sikap pribadi untuk melenting dan sekaligus menukarkan sokongan kepada pihak yang tidak menegur mereka.
o
SUMBER NILAI DARI TRADISI DAN KELUARGA
o
Aspek nilai yang ada pada diri bangsa Melayu masakini adalah bersumberkan tradisi dan amalan ugama di dalam keluarga. Tetapi pendedahan pelajar di luar kawalan keluarga, apatahlagi jika mereka belajar di luar Negara, sudah tentu sukar di imbangi dengan bekalan tradisi yang bernilai itu.
o
Sebenarnya masalah yang dihadapi oleh bangsa Melayu masakini ialah kerana kegagalan bangsa Melayu untuk memastikan aspek nilai ditanam sedalam-dalamnya di dalam diri mereka di waktu mereka mendapat pendidikan di sekolah.
o
Selain di sekolah, untuk membentukkan watak, kegiatan lain yang diselenggarakan oleh institusi lain seperti NGO-NGO, kelab-kelab belia dan pengakap juga memainkan peranan.
o
Kini NGO lebih menumpukan perhatian kepada aspek politik.
o
Kelab-kelab belia juga tidak bermaya lagi seperti dahulu.
o
Salah satu institusi terpenting yang dapat membantu dalam usaha murni ini ialah 'Masjid.'
o
TEMPAT BERSOLAT
JUMAAT, AIDILFITRI, AIDILADHA DAN JENAZAH
o
Kita ketahui bahawa peranan masjid itu adalah lebih dari hanya tempat bersolat Juma'at seminggu sekali, atau tempat bersolat Aiduladha dan Aidilfitri, bagi setiap satunya, sekali dalam setahun, atau pun sebagai tempat disolatkan jenazah dalam perhentian transit terakhirnya bagi seseorang sebelum disemadikan.
o