1. Assalamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
2. Sebahagian besar dari mereka yang merasakan, menganggap atau mengaku diri sebagai ulama perlu difikirkan semula status ulamanya apabila mereka sudah berperanan dalam parti politik. Mereka boleh terus dianggap sebagai ulama jika mereka meletakkan ugama di atas kepentingan parti politiknya; dan menganggap terbatal dirinya sebagai ulama apabila mereka meletakkan parti politiknya di atas ugama.
3. Apabila seseorang ulama itu tidak lagi menyatakan yang benar, walau pahit sekalipun, kerana menjaga kepentingan parti politiknya dia dengan sendirinya tidak lagi diangap berfungsi sebagai seorang ulama.
4. Pseudo ulama sedemikian samalah dengan cerdik pandai dalam berbagai bidang yang melupakan Islam menyeru supaya sesuatu tugas itu diserahkan kepada yang ahli dalam bidang berkenaan.
5. Dalam soal 1MDB umpamanya mereka yang tidak ahli, dan tidak mahu mempelajari kerana merasakan diri terlalu pandai, walaupun dalam bidang yang berlainan, menyeru kepada PERPADUAN sebagai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh 1MDB.
6. Mereka tidak sedar bahawa Greece (Yunani) dengan satu bangsa, satu bahasa, satu ugama dan satu negara sudah bankrup atau muflis walaupun mereka BERSATU. BERSATU bukan caranya menyelesaikan masalah ekonomi, sebagaimana DEMOKRASI TIDA mampu MEMBASMI RASUAH jika system demokrasi itu sendiri dapat disuburkan dengan amalan rasuah.
7. Yang mengaturkan pinjaman wang kepada Greece dan 1MDB ialah GOLDMAN SACHS, sebuah syarikat kewangan Yahudi yang mengenakan KOMISYEN 10% dan RIBA pada kadar lebih 6%. Perangai Yahudi dan beban RIBA adalah jelas di dalam al Qur'an.
8. Hutang Greece hanya US$10 billion dan Greece menjadi muflis dalam masa lima tahun. Hutang 1MDB pada mulanya RM42 bilion dan kini sudah meningkat RM50 bilion, iaitu lebih banyak dari GREECE, dan kini sedang SEBAK sehingga bergantung kepada Tabung Tentera, Tabung Haji, Tabung Pekerja, FELDA, bayaran TOL dan GST yang dikenakan ke atas RAKYAT.
9. Bila RIBA tidak mampu dibayar dari hasil pelaburan yang cuai maka keluar lagi bon, atau surat hutang, yang matang untuk dibayar oleh anak cucu kita di masa akan dating.
10. Hutang 1MDB kini RM50 bilion. 1MDB yang kini TENAT dan BUSUK sedang dipersiapkan untuk dikapankan nanti di perkuburan PERBENDAHARAAN, untuk reput di sana kerana Menteri Kewangan, mewakili kerajaana Malaysia, telah menjamin pinjaman yang diurus oleh Yahudi GOLDMAN SACHS untuk 1MDB.
11. Apabila tokoh parti politik Islam ditanya mengenai skandal 1MDB mereka menyatakan hasrat untuk memberi peluang kepada Dato' Seri Najib, selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri untuk menyelesaikannya. Mereka tidak dapat melihat yang menjadi masalah ialah Dato' Seri Najib itu sendiri.
12. Bagaimanakah masalah boleh menyelesaikan dirinya.
13. Saya kenal seorang ulama di sebuah negara jiran yang telah dihantar oleh Presiden Negara itu untuk bercuti di luar negara sepanjang masa pilihanraya diadakan. Saya difahamkan bahawa ulama ini mengganggu pilihanraya kerana dengan pengaruh yang ada padanya beliau menjadi penentu kemenangan calon yang disokong olehnya tanpa mengira parti.
14. Bila saya bertanya kenapa beliau bersikap demikian beliau menjawab, 'Yang akan diadili dan dihukum oleh Allah swt, untuk ke syurga atau neraka, ialah individu dan bukan parti.'
15. Apabila ulama yang sama menentang undang-undang pernikahan yang diperkenalkan di negaranya yang membolahkan pasangan berlaian ugama menikah tanpa seorang darinya menukar ugamanya menjadi Islam, beliau telah didatangi oleh tenteta, dipukul sampai berdarah, selepas beliau mengerjakan solat subuhnya pada satu hari, dibius supaya tidak sedar dan diusung dari kampungnya ke helicopter untuk dibawa ke sebuah kota terdekat dan seterusnya diterbangkan ke ibu kota Negara tersebut, di mana beliau dibutakan, sehingga meninggal dunia 18 tahun kemudian.
16. Tidak ada sebuah parti politik Islam pun yang memprotes atas kedzaliman yang telah dilakukan ke atas seorang dari kalangan ulama mereka. Mereka juga lebih mementingkan parti politik dari ugama.
17. Sama-samalah kita do'akan supaya kita semua mendapat petunjuk dari Yang Maha Esa semoga parti politik Islam dan parti nasionalis Melayu di Negara kita tidak terpaksa bertalqin di tepi dua batu nesan yang terpacak, satu darinya di Kuala Kangsar, Perak Darul Ridwan dan satu lagi di Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.
Wallahu'aklam.