Tajuk ini telah dipilih pada 10hb August, 2008 dan hanya siap untuk diposkan ke dalam blog pada 5hb Jun, 2009
MENGENANG SIKAP BANGSA MELAYU
1. Apabila mengenangkan sikap orang Melayu, dari dulu hingga sekarang, maka saya teringat kepada perkataan 'kokkoro' . Perkataan ini, banyak dibincang didalam novel karangan Eric Lustbader.
MENGENANG SIKAP BANGSA MELAYU
1. Apabila mengenangkan sikap orang Melayu, dari dulu hingga sekarang, maka saya teringat kepada perkataan 'kokkoro' . Perkataan ini, banyak dibincang didalam novel karangan Eric Lustbader.
2. 'Kokkoro' ialah perkataan Jepun yang membawa maksud 'survival instinct'.
EMPAT BUAH CERITA
3. Empat buah cerita selalu saya ketengahkan untuk memahamkan erti 'kokkoro'.
4. Cerita pertama ialah mengenai saorang pemandu kereta yang keretanya rosak di sebuah pekelilingan jalan yang sibuk. Dia cuba keluar dari kereta itu tetapi tidak boleh kerana pintu kereta terlalu ketat. Dia juga tidak boleh menurunkan tingkap keretanya. Dia cuba, dia tolak berkali-kali tetapi gagal.
5. Tidak ada kekuatan baginya untuk membuka pintu itu.
6. Tiba-tiba pemandu melihat asap keluar dari enjin kereta. Maka terlintaslah dalam fikirannya kemungkinan kereta itu meletup dan dia mati didalamnya. Dengan serta merta dia mengumpul tenaga dan dengan satu tendangan dia telah berjaya membuka pintu keretanya itu.
7. Kemampuan tenaga pemandu ini telah datang dengan tiba-tiba apabila semangat 'kokkoro'nya atau 'keinginannya untuk hidup' datang dengan tiba-tiba. Dari tidak berupaya dia berubah menjadi kuat'. Itulah kesannya apabila 'naluri untuk hidup', atau 'kokkoro' berperanan.
KISAH PENONTON DIDALAM PAWAGAM
8. Cerita kedua berlaku dalam tahun 60an, didalam pawagam, apabila seorang penonton telah tertidur didalamnya dan tidak dibangunkan setelah tayangan filem tamat. Apabila penonton itu bangun dari tidurnya dia dapati keadaan dewan lengang walau pun lampu masih terang benderang.
9. Sipenonton telah lari dari satu pintu kesatu pintu untuk keluar. Dia mula-mulanya menolak dan kemudiannya menendang semua pintu tetapi tidak juga terbuka. Akhirnya dia memutuskan untuk tidur didalam panggong.
10. Tiba-tiba dia ternampak seekor ular tedung senduk melunsur keluar dari belakang tirai panggung itu. Dengan serta merta penonton ini lari menuju satu dari pintu panggung wayang atau pawagam itu, dan tiba-tiba pada kali ini, dengan tenaga yang ber'kokkoro' beliau berjaya menendang terbuka pintu hadapan panggung dengan hanya satu tendangan sahaja.
11. Semangat dan keupayaan yang bertambah ini datangnya kerana 'kokkoro' atau keinginan untuk hidup.
KISAH BANGUNAN TERBAKAR
12. Cerita ketiga ialah mengenai terbakarnya sebuah bangunan 30 tingkat di tengah sebuah bandar besar. Kebakaran berlaku ditingkat 25. Semua pekerja dan penghuni di tingkat 25 kebawah telah keluar melalui pintu kecemasan. Ada juga penghuni ditingkat 3 kebawah yang terjun kedalam sungai yang terletak ditepi bangunan yang terbakar itu.
13. Pekerja yang berada ditingkat 26 dan tingkat di atasnya sampai ke tingkat 30 telah naik keatas bumbung bangungan 30 tingkat itu. Beberapa buah helikopter telah digunakan untuk menyelamatkan mereka yang berada dibumbung bangunan yang terbakar itu.
14. Tiba-tiba sebuah helikopter telah disambar api yang menyala naik keatas bumbung tingkat 30. Batallah operasi menyelamat yang menggunakan helicopter itu.
15. Pada waktu itu mereka yang tadinya takut untuk terjun, kerana takut mati kerana patah, telah membuat keputusan untuk terjun kerana hanya dengan demikian saja mereka ada harapan untuk hidup, walau pun harapannya sangat tipis sekali.
16. Dari manakah datangnya keberanian untuk terjun ini. Keberanian ini berpuncakan 'kokkoro' atau keinginan yang kuat untuk hidup.
17. Risiko yang diambil oleh mereka yang terjun ini bukannya kerana tidak takut kepada mati tetapi mereka ingin hidup dan risiko mati yang berani dihadapinya itu ialah kerana hasrat untuk hidup.
18. Pendek kata untuk hidup mereka berani menempuh risiko mati jika risiko ini menjadi syarat yang tidak dapat dielakkan lagi.
KAPAL PERANG DIBAKAR
19. Dalam sejarah Islam terdapat cerita keempat yang boleh menjelaskan sikap 'kokkoro'. Iaitu kisah pahlawan Islam yang bernama Tariq Ibn Ziad. Apabila tentera Islam mendarat di pantai Sepanyol Tariq telah membakar semua kapal yang membawa mereka dari negara Arab. Tariq menyatakan kepada pasukannya bahawa pilihan untuk mereka ialah menang atau pun mati.
20. Tariq jelaskan bahawa tidak ada alternatif untuk berundur atau lari, kerana semua kapal sudah dibakar.
21. Kerana kesedaran ini, dan kerana mereka ingin hidup, dan tidak mahu mati, maka semangat 'kokkoro' telah menyala dalam diri mereka sehingga mereka berperang dengan gigih sehingga menang.
22. Memang mereka berani tetapi ancaman maut telah menghidupkan semangat 'kokkoro' dalam diri mereka dan mereka berjaya.
ANCAMAN KEPADA KUASA MELAYU PADA TAHUN 1946 DAN 1969
1946
23. Pada tahun 1946 bila pihak British merancang untuk menjadikan Malaya sebagai sebuah Malayan Union yang sama tarafnya dengan Australia, Canada dan New Zealand bangsa Melayu merasa terhina kerana akan kehilangan kuasa. Pada waktu itulah orang Melayu telah bangun untuk menentang Malayan Union.
24. Sebelum adanya rancangan penubuhan Malayan Union orang-orang Melayu agak toleran terhadap penjajah. Sikap toleransi orang-orang Melayu ini dapat dilihat apabila pendatang atau peniaga bukan Melayu dan bukan Islam boleh hidup selesa dalam kampung-kampung Melayu di luar bandar; seterusnya bekerja di kebun dan estet atau menjadi ceti dan peruncit.
25, Selagi pendatang atau penjajah tidak menimbulkan syak wasangka bahawa mereka ada niat untuk merampas hak Melayu atau menghina bangsa Melayu maka selama itu pulalah penjajah dan pendatang boleh tinggal dengan aman.
26. Tetapi semangat juang 'kokkoro' akan muncul jika Melayu diancam akan hilang kuasa, negara dan maruahnya.
27. Adalah jelas bahawa kewujudan UMNO tidak berasas kepada apa-apa ideologi. Sebaliknya, Melayu dengan berbagai fahaman dan aliran politik - nasionalis, agama dan komunis ( NASAKOM ) - bersatu untuk menentang musuh dan menghalangnya memusnah bangsa Melayu dengan merampas kuasa, negara dan sekaligus menghina maruahnya.
28. Untuk hidup, dan kerana tidak mahu matilah maka semangat 'kokkoro' memberi keberanian kepada bangsa Melayu untuk bersatu menentang rancangan yang diketengahkan oleh penjajah yang baru saja memenangi Perang Dunia Kedua.
1969
29. Begitu juga halnya dengan peristiwa 13 Mei, 1969. Peristiwa ini telah membangunkan semangat 'kokkoro' kerana Melayu merasa negara ini hampir diambil oleh DAP dengan kekalahanan Parti Perikatan yang banyak dalam pilihanraya.
30. Yang menggerunkan lagi ialah DAP itu tunjangan dari parti PAP ( Peoples Action Party ) di Singapura, yang telah ditendang keluar dari Malaysia, oleh Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman, apabila Lee Kuan Yew, pemimpin PAP, hampir berhasil merampas kuasa dari Melayu didalam negara yang ingin dipanggil 'Malaysian Malaysia'.
31. Orang-orang Melayu, di waktu itu, tidak dapat menerima PAP, yang kemudiannya bertukar wajah menjadi DAP, untuk berkuasaa di negara ini.
32. Kerana kemenangan yang banyak dalam pilihanraya 1969, pemimpin-pemimpin DAP telah berlagak sombong dan bertindak secara tidak sofan terhadap pemimpin-pemimpin Melayu, sebagaimana British, setelah menang Perang Dunia Kedua, tidak sofan kepada Raja-raja Melayu dengan memperkenalkan rancangan Malayan Union. Oleh itu peristiwa 13 Mei telah berlaku.
33. Setelah Melayu bermandi darah barulah kesedaran telah timbul untuk bersatu bagi menghadapi ancaman yang lebih besar dimasa hadapan.
34. Parti Islam Melayu ( PAS ), yang telah mengkafirkan UMNO kerana berkerjasama dengan parti kuffar MCA dan MIC, pada sekitar awal tahun sembilan belas enam puluhan, sanggup berkerjasama kembali dengan UMNO didalam Barisan Nasional.
35. Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ( PEKEMBAR / UMNO = United Malays National Organization ) telah mengenepikan perasaan tersinggungnya, kerana dihina oleh PAS dengan gelaran 'kafir', dan mengajak PAS untuk bersama didalam Barisan Nasional.
36. Perpaduan Melayu PAS dan Melayu UMNO didalam Barisan Nasional, selepas peristiwa 13 Mei, tidaklah kerana kesedaran ugama yang bertambah pada UMNO atau semangat kebangsaan yang meningkat didalam PAS.
37. Perpaduan Melayu ini adalah semata-mata untuk memastikan bangsa Melayu tidak mati iaitu kehilangan kuasa, negara dan maruah. Itulah sebabnya semangat 'kokkoro' telah meluap-luap sehingga yang bermusuh boleh berdamai dan bersatu.
38. Perpecahan UMNO dan PAS, dengan terkeluarnya PAS dari Barisan Nasional, adalah kerana masing-masing terlupa kepada ancaman yang lebih besar terhadap masa depan Melayu.
KOKKORO DI JEPUN
39. Di Jepun kita dapati semangat 'kokkoro' ini dihidupkan didalam jiwa orang Jepun sejak mereka kanak-kanak lagi. Dari kecil mereka ditakutkan dengan ancaman kepada bangsa dan negaranya kerana negaranya dikatakan miskin dan tidak mempunyai hasil bumi saperti minyak dan logam.
40. Dari hari pertama memasuki sekolah anak-anak Jepun diajar bahawa negara mereka ialah sebuah negara yang miskin, walau pun negaranya antara yang terkaya didunia. Semangat 'kokkoro' dibangunkan sejak dari kecil lagi.
41. Semangat 'kokkoro' inilah yang menyebabkan mereka tidak takut untuk menyerang negara lain didalam peperangan. Malahan syarikat-syarikat besar di Jepun saperti Mitsubishi, Mitsui, Marubeni, Sumitomo dan Dai Ichi Kangyo semuanya diasaskan oleh Ronin, atau Samurai yang tidak mempunyai Shogun sebagai ketuanya. Syarikat-syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1873.
42, Samurai telah menjadikan perniagaan dan perusahaan sebagai bidang perjuangan mereka yang baru apabila mereka tidak lagi berperanan dalam pasukan Samurai, wira jaguh pejuang negara, lima tahun setelah zaman peralihan maharaja Meiji di Jepun pada tahun 1868.
43. Kerana takut negaranya diancam dan dimusnahkan oleh musuh maka Jepun telah ber'kokkoro' untuk membelanya bukan saja dalam dunia peperangan tetapi juga dalam bidang ekonomi dan dunia perniagaan dan perusahaan.
44. Dalam Financial Times Lodon di hujung tahun 1991 Mitsubishi, Mitsui, Marubeni, Sumitomo dan Dai Ichi Kangyo telah ditabalkan sebagai lima buah syarikat yang terbesar di dunia. Hanya yang keenam saja syarikat yang dimiliki oleh negara lain.
MALAYSIA BANGGA DENGAN KEKAYAANNYA
45. Sebaliknya di Malaysia dimana kita diberitahu pada setiap hari, melalui media cetak dan elektronik bahawa ekonomi kita kukuh dan negara kita kaya. Tidak ada langsung perasaan dalam diri rakyat Malaysia bahawa bangsanya memerlukan semangat baru dan peranan yang berkesan untuk 'survival' atau untuk hidup.
46. Pendek kata Malaysia tidak memerlukan semangat 'kokkoro'.
PERBEZAAN 1969 DENGAN 2008
47. Dalam pilihanraya pada tahun 1969 bangsa Melayu telah dikejutkan oleh peristiwa 13 Mei dengan semangat 'kokkoro'nya sahingga mereka sedar bahawa mereka, baik dari UMNO atau dari PAS perlu bersatu jika mereka ingin hidup kekal sebagai satu bangsa yang berkuasa, bernegara dan bermaruah.
48. Sebelum perpaduan ini boleh diusahakan pemimpin UMNO dan Perikatan yang mengalami banyak kekalahan perlu diganti dulu dengan yang baru. Tengku Abdul Rahman berhenti dan diganti oleh Tun Abdul Razak.
49. Dalam Pilihanraya Umum tahun 2008 kekalahan UMNO dan BN boleh dikatakan 3 kali ganda lebih teruk daripada kekalahan Perikatan dalam Pilihanraya Umum pada tahun 1969.
KALAH TERUK DALAM SELESA
50. Malangnya pemimpin yang paling tertinggi didalam UMNO tidak merasa kesan kekalahan. Dia masih menipu diri sendiri dan masih merasa selesa dengan majoriti yang ada dalam Parlimen.
48. Sebelum perpaduan ini boleh diusahakan pemimpin UMNO dan Perikatan yang mengalami banyak kekalahan perlu diganti dulu dengan yang baru. Tengku Abdul Rahman berhenti dan diganti oleh Tun Abdul Razak.
49. Dalam Pilihanraya Umum tahun 2008 kekalahan UMNO dan BN boleh dikatakan 3 kali ganda lebih teruk daripada kekalahan Perikatan dalam Pilihanraya Umum pada tahun 1969.
KALAH TERUK DALAM SELESA
50. Malangnya pemimpin yang paling tertinggi didalam UMNO tidak merasa kesan kekalahan. Dia masih menipu diri sendiri dan masih merasa selesa dengan majoriti yang ada dalam Parlimen.
51. Oleh kerana kekalahan dianggap sebagai kemenangan maka semangat 'kokkoro' telah dapat dibenamkan.
52. Malahan kegagalan menawan kembali negeri Kelantan, dan kekalahan baru di Kedah, Penang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan dianggap tertutup selesa kerana majoriti di Parlimen. Seruan dari beberapa orang tokoh UMNO supaya pemimpin tertinggi cepat berhenti, seperti Tunku Abdul Rahman berhenti selepas kekalahan yang banyak pada tahun 1969, untuk membolehkan parti dibina semula dengan acuan baru, telah dianggap sebagai pendurhakaan.
53. Tidaklah hairan kerana pemimpin tertinggi UMNO itu senantiasa mengelak dari terlibat didalam kontroversi sepanjang khidmat beliau didalam kerajaan. Beliau tidak campur tangan didalam isu-isu penting bangsa dan negara. Semua tindakan diserahkan kepada yang selainnya.
54. Pemimpin tertinggi UMNO itu hanya menumpu perhatian kepada 'ceremony' atau perasmian majlis-majlis kerana kerja ini tidak susah dan tidak perlu menggunakan fikiran atau keberanian.
WANG LAGI WANG
55. Pemimpin tertinggi UMNO juga begitu percaya kepada kemampuan wang dan jawatan. Untuk mengelak dari kalah dalam mahkamah, wang dibayar; untuk tidak ada saingan sebagai calon untuk menentangnya wang juga memainkan peranan; untuk menyenangkan hati bekas hakim diberikan sedikit wang.
56. Sama ada dengan mendapat kontrak kerja ratusan juta, jawatan bergaji tinggi atau bertaraf Menteri, atau pun wang RM100-00, sejadah dan kain pelikat sebagai upah untuk sembahyang hajat, semuanya duit belaka.
57. Untuk menyenangkan hati yang anti Melayu perlantikan hakim juga perlu diserahkan kepada pihak luar walau pun ini memerlukan pindaan kepada perlembagaan.
58. Untuk membersihkan namanya supaya tidak dikenang sebagai pemimpin 'era rasuah untuk sanak saudara' maka badan pencegah rasuah diberi wajah yang baru.
HUKUM HUDUD DAN ISLAM HADHARI
60. Dengan gagalnya kerjasama PAS dan UMNO maka gagallah usaha untuk mendapatkan majoriti 2/3 didalam Parlimen yang membolehkan pindaan kepada perlembagaan. Kerana tiada majoriti 2/3 didalam Parlimen maka gagallah usaha memperkenalkan Hudud, sebelum masanya, dan selamatlah perlembagaan dari ditambah dengan perkataan Hadhari.
61. PAS nampaknya tidak akan mengorbankan 'hudud' dari agenda perjuangannya kerana mereka menganggap perjuangan untuk hudud adalah satu jihad dan ibadat. Pemimpin utama UMNO yang lalu juga tidak akan mengorbankan Islam Hadhari kerana pihak Amerika, Australia, Jerman dan Jepun semuanya memuji Islam Hadhari kerana sesuai dengan selera mereka.
62. Setelah Imam Islam Hadhari tidak berperanan lagi memimpin negara apakah usaha menyatupadukan Umat Melayu Islam di Malaysia ini akan menjadi bertambah mudah? Jawabnya tidak.
63. Perpaduan tidak mungkin berlaku jika PAS masih gagal memasarkan ide hududnya kepada parti-parti bukan Islam didalam negara. DAP sebagai rakan saperjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat juga hanya mendampingi PAS untuk menjatuhkan UMNO dan BN dan pasti akan berpisah dengan PAS apabila agenda hudud mahu diperkenalkan.
68. Kehilangan kuasa, maruah dan negeri masih tidak dapat membangkitkan semangat 'kokkoro' dalam diri pemimpin Melayu.
59. Bangsa Melayu dan negara Malaysia bernasib baik hanya didalam dua perkara dengan gagalnya kerjasama UMNO dan PAS didalam era pimpinan kerajaan yang lepas.
60. Dengan gagalnya kerjasama PAS dan UMNO maka gagallah usaha untuk mendapatkan majoriti 2/3 didalam Parlimen yang membolehkan pindaan kepada perlembagaan. Kerana tiada majoriti 2/3 didalam Parlimen maka gagallah usaha memperkenalkan Hudud, sebelum masanya, dan selamatlah perlembagaan dari ditambah dengan perkataan Hadhari.
61. PAS nampaknya tidak akan mengorbankan 'hudud' dari agenda perjuangannya kerana mereka menganggap perjuangan untuk hudud adalah satu jihad dan ibadat. Pemimpin utama UMNO yang lalu juga tidak akan mengorbankan Islam Hadhari kerana pihak Amerika, Australia, Jerman dan Jepun semuanya memuji Islam Hadhari kerana sesuai dengan selera mereka.
62. Setelah Imam Islam Hadhari tidak berperanan lagi memimpin negara apakah usaha menyatupadukan Umat Melayu Islam di Malaysia ini akan menjadi bertambah mudah? Jawabnya tidak.
63. Perpaduan tidak mungkin berlaku jika PAS masih gagal memasarkan ide hududnya kepada parti-parti bukan Islam didalam negara. DAP sebagai rakan saperjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat juga hanya mendampingi PAS untuk menjatuhkan UMNO dan BN dan pasti akan berpisah dengan PAS apabila agenda hudud mahu diperkenalkan.
64. Yang akan menyatukan UMNO dan PAS bukannya berubah sikap UMNO menerima hudud atau PAS menerima nasionalisma, sebaliknya, tanpa perubahan ini pun, seperti selepas peristiwa 13 Mei, PAS dan UMNO boleh bersatu apabila ancaman kehilangan kuasa, negara dan maruah Melayu secara total jika perpaduan tidak berlaku, sehingga bangkit semangat 'kokkoro' dalam jihad Melayu Islam.
KEJAYAAN PEMBANGKANG SEPERTI DAP
65. Kegagalan kebangkitan semangat 'kokkoro' di kalangan bangsa Melayu Islam setelah kalah teruk dalam pilihanraya ke 12 adalah merupakan satu kejayaan bagi pemimpin-pemimpin parti yang anti kepentingan Melayu, seperti DAP. Melalui sms mereka telah berjaya menenangkan pengikut-pengikut mereka supaya tidak terlalu menunjuk rasa gembira, bongkak dan sombong sehingga Melayu sedar dan merasa tersinggung, dan terus bangun untuk memberontak menghalang kehilangan kuasa, maruah dan akhirnya negara.
66. Kita terdengar adanya orang-orang Islam di Pulau Pinang yang merasa terharu apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng turut menghantar jenazah seorang Muslim hingga keperkuburan.
67. Perdana Menteri juga selesa gembira apabila di sambut mesra di lapangan terbang Bayan Lepas oleh Ketua Menteri yang baru saja merampas Pulau Pinang, negeri asal Perdana Menteri dan yang dipimpin olehnya sendiri.
68. Kehilangan kuasa, maruah dan negeri masih tidak dapat membangkitkan semangat 'kokkoro' dalam diri pemimpin Melayu.
PENYAKIT UMNO MENULAR KEDALAM PAS
69. Kini PAS juga sudah terjangkit politik wang kerana kumpulan 'Erdogan' didalam PAS mempunyai pendukung yang kaya raya dari parti PKR.
70. Yang aneh ialah didalam parti Islam itu sendiri sudah ada golongan yang pro dan anti Ulama. Sepatutnya, jika ahli-ahli parti menerima ugama sebagai wadah perjuangan maka sikap anti Ulama tidak seharusnya muncul. Pendek kata didalam PAS kini sudah ada yang Islam, yang kurang Islam dan yang sekular berkulitkan Islam.
71. Khayalan pemimpin dan pasukan 'Erdogan' dengan senandung impiannya boleh melalaikan bangsa Melayu sehingga terbenam semangat 'kokkoro'. Apabila yang dianggap hampir maksum sudah mampu melihat hikmah dari kemungkaran dan menidakkan kemungkaran kononnya kerana hikmah yang menyelubunginya, bertambah susahlah bangkitnya semangat 'kokkoro' di kalangan Umat Melayu Islam.
APABILA SEMANGAT 'KOKKORO' TIDAK DAPAT MEMBANTU LAGI
72. Jika begini, apakah semangat 'kokkoro' hanya akan hidup semula apabila sudah terlambat setelah keputusan Pilihanraya Umum ke 13?
73. Adalah tidak benar kata-kata Hang Tuah ' Takkan Melayu Hilang Di Dunia ', kerana Melayu yang tidak berkuasa, tidak bemaruah dan hilang negara tidak boleh berbangga dengan kewujudannya.
74. Sedarlah wahai Umat Melayu Islam bahawa 'Allah tidak akan merobah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubahkan diri sendiri '.
75. Sedarlah sebelum terlambat. Insaflah sebelum sesat.
76. Jika yang ditakuti akan berlaku, sudah berlaku, maka SEMANGAT 'KOKKORO' TIDAK DAPAT MEMBANTU LAGI.
5 comments:
Pak Sanusi, Saya masih ingat cerita dari Pak Sanusi pada suatu ketika dulu dimana kejadian tersebut akan berlaku pada suatu hari tetapi tahun nya masih tidak pasti, dimana seorang pemandu pelancung yang membawa pelancung bersiar-siar di beberapa destinasi yang menarik sambil bercerita kepada pelancung bahawa pada suatu ketika dahulu terdapat satu bangsa yang menghuni dan menjadi tuan di negara ini,bangsa tersebut adalah bangsa melayu, tapi oleh kerana bangsa melayu ini selalu sangat bergaduh dan ingin merebut kuasa sesama sendiri maka akhirnya bangsa melayu ini musnah dan hilang entah kemana sehinggakan pada hari ini bangsa melayu ini tidak dapat dikesan lagi, begitulah serba sedikit cerita yang dibawakan oleh pemandu pelancung tersebut. Saya sedih Pak Sanusi kerana saya nampak kita umat melayu sedang menuju kearah tersebut. sekian.
YBhg. Tan Sri,
Saya setuju bangsa Melayu Islam perlulah segera sedar dan insaf sebelum terlambat; sebelum pupus dari muka bumi ini. Seperti yang pernah saya tuliskan, kuasa orang Melayu Islam di negara ini umpama dara bagi perawan; apabila hilang ianya tidak akan kembali lagi!
KOKKORO yang macam mana lagi yang diperlukan oleh orang Melayu Islam untuk membangkitkan kesedaran dan keinsafan mereka?
Usaha untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu dengan cara memuaskan nafsu mereka yang tidak pernah puas itu tidak akan berjaya meraih sokongan mereka kerana Anwar menabur pelbagai janji yang jauh lebih menarik untuk mereka. Mereka adalah opportunis yang pragmatik.
Dalam pada itu, usaha tersebut akan menimbulkan kemarahan orang Melayu kerana dilihat semakin MENGHAKIS HAK mereka. Maka akan berlakulah bencana ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran’!
Justeru usaha dan tenaga hendaklah ditumpukan kepada menyatupadukan Melayu Islam / Bumiputera. Jika kita bersatu dan menjadi kuat maka bukan Melayu tidak mempunyai pilihan lain melainkan menyokong kita.
Terima kasih. Wassallam.
Darah Tuah.
http://darahtuah.wordpress.com/2009/05/04/umno-bn-akan-tumpas/
Tan Sri,
Jika orang Melayu ingin survive dalam dunia yang semakin complicated ini, kita mestilah mempunyai ilmu.
2. Ilmu adalah penting bagi kita untuk menyusun tindakan-tindakan yang berkesan bagi menjamin masa depan anak cucu kita.
3. Ilmu ini bukan saja bererti mempunyai kelulusan akademik yang baik dari universiti ternama. Terbukti sudah bahawa seorang budak melayu lulusan Oxford hampir menghancurkan bangsa sendiri ekoran tindakan-tindakan yang tidak bijak.
4. Berilmu membawa maksud bijak dalam menilai sesuatu implikasi sebelum membuat tindakan. Ilmu itu datang dari mata, telinga, mulut dan rasa.
5. Saya melihat kehancuran Palestin disebabkan permusuhan Fatah dan Hamas.
6. Saya melihat kehancuran Melayu disebabkan permusuhan sia-sia UMNO dan PAS.
7. Antara UMNO dan PAS yang mana dahulu membuka langkah menyatupadukan bangsa yang sedang berpecah?
ayahanda kena kenalpasti betul-betul di mana puncanya kebebalan melayu? ia telah sampai kepada satu tahap yang mengerikan lebih teruk daripada h1n1. setiap hari bilangan melayu yang sangat pandai dan tak dengar cakap semakin bertambah, kebijaksanaan melayu semakin luntur.......
bagi anakanda, teruskan perjuangan ini agar keturunan melayu tak lupa sejarah. kalau bung sukarno meminta 10 orang untuk menggegarkan indonesia pada masa itu tapi di tanah air kita tak perlu ramai, nanti apa pun tak jadi. mulalah dengan merevolusikan diri sendiri tapi terbimbing....
melayu dah macam-macam boleh tapi dia masih tak faham apa nafsu-nafsinya mahu. kokkoro dia faham maknanya tapi dia masih hairan, apa yang hendak dibuat dengannya. apa yang dia mengerti ialah may the force be with you.......
AKUM PAK SANUSI=Saya ingin sentuh pasal penyakit UMNO telah menular ke PAS sudah tentu ada sebab musabab nya kenapa ya berlaku yang hentam umno ialah pas dan yang hentam PAS ialah umno tapi tidak nampak yang MCA hentam DAP atau DAP hentam MCA kenapa inilah yang dikatakan mereka mempunyai kekuatan yang jitu dalam memperjuangkan nasib kaum mereka tapi para pemimpin melayu mengmbil pendekatan berbeza pendapat dengan berbalah.DAP untung MCA tidak rugi dari PRU 12 kenapa kerana berjaya mewujudkan kerajaan berteraskan aspirasi kaum tetapi penguasaan tetap pada kantong DAP dan PKR sedangkan pas hanya jadi pemerhati sahaja kena ikut apa yang diputuskan oleh mereka mahu tidak mahu PAS kena tunduk juga kerana apa? kerana pada mereka semangat membakang kepada UMNO itu mesti ada pada AHLI2 PAS.PAS sepatutnya mengubah cara pemikiran kepada pendesak dan pemerintah agar apa yang diperjuangkan dapat direalisasikan dalam bentuk KEK bersama bukan pak turut sahaja.PAK SANUSI percaya atau tidak jika suasana ini masih bergini saya percaya yang untung ialah DAP dan PKR pengundi akan melihat UMNO/MELAYU rasuah PAS/MELAYU berbalah jadi nya disini ialah PKR akan fokuskan isu kepada kawasan majoriti melayu kurang dari 60% manakala DAP akan fokuskan majoriti pengundi cina yang jumlah nya lebih kurang 70 kerusi apakah akan terjadi kepada penguasaan melayu dalam arena politik malaysia apakah kretikal atau selesa marilah kita fikirkan bersama. UMNO/BN tidak ada masa lagi nak mengubah tanggapan pengundi begitu juga dengan PAS kerana PRU 13 berada dalam lingkungan berlaku bila2 masa sahaja. Para pemimpin melayu hendaklah mengambil pendekatan dengan bermaufakat sesama mereka agar yang digendong tidak tercicir yang dilantai dapat dikutip agar bangsa melayu/islam terus berada dipersada negara berteraskan bumi nusantara. sekian pak tan sri sanusi wslm
Post a Comment