OM ERTINYA PAK CIK ATAU 'UNCLE'
1. 'Om' ialah perkataan Belanda yang bererti 'Uncle' atau Pak Cik. Ada tiga orang di Jakarta, Indonesia yang isteri saya, dan juga saya, panggil dengan gelaran Om, iaitu Om Bus, Om Rahman dan Om Shamsuddin. Om Bus ialah bagi Lt. Jenderal (Purnawirawan) H. Bustanil Ariffin SH yang baru meninggal dunia Hospital Cedars-Sinai, Los Angeles pada 13 Februari, 2011 pukul 00.43 pagi bersamaan pukul 3.43 petang waktu Jakarta. Beliau mencapai umur 85 tahun dan telah dikebumikan di Makam Pahlawan di Kalibata, Jakarta pada 18 Februari, 2011.
2. Om Rahman, atau Pak Rahman Ramly, pula ialah Tan Sri Dato' Paduka Lt. Jenderal (Purnawirawan) H. Rahman Ramly. Beliau ialah sepupu ayah saya Junid yang saya baru kenal di waktu Majlis Resepsi Perkahwinan saya di Dewan Panti Perwira di Jakarta pada 22 Januari, 1971. Om Rahman ialah adik isteri pertama Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussain pengarang 'Interlok'. Beliau mendapat gelaran Tan Sri Dato' Paduka kerana jasa beliau turut menamatkan 'konfrantasi Soekarno' ke atas Malaysia. Setelah bersara dari jawatannya dalam tentera, makanya bergelar 'purnawirawan', Om Rahman pernah menjadi Pengerusi Pertamina, syarikat minyak negara Republik Indonesia, Pengerusi GLC Indonesia P. T. Astra dan Duta Besar Republik Indonesia ke Washington.
3. Om Shamsudin pula ialah mantan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Syiah Kuala, Banda Aceh dan mantan Gabenor Aceh. Beliau adalah angota keluarga isteri saya.
4. Om Bus dan Om Rahman Ramly, sebagaimana juga Jenderal (Purnawirawan) Maraden Saur Halomoan Panggabean, yang menjadi Ketua Angkatan Bersenjata Republik Indonesia, ketiganya pernah berkhidmat di bawah mertua saya Teungku Hasballah Mohd Daoed Beureu-Eh yang di satu masa dulu, sebelum beliau menjadi salah seorang dari 8 orang Panglima Tentera Mujahiddin Darul Islam di Aceh, telah berkhidmat dengan pangkat Kolonel (Colonel) dalam Tentera Republik Indonesia (TNI) yang turut berjuang untuk kemerdekaan Republik Indonesia.
ERTI KEPERGIAN OM BUS
5. Kepulangan Om Bus ke rahmatullah membawa erti yang mendalam bagi saya. Saya kehilangan seorang bapa, sahabat dan penasihat, khususnya dalam hubungan saya dengan Indonesia.
6. Om Bus dilahirkan di Padang, Sumatra dan beliau dari kecil dibesarkan, bersekolah dan berkhidmat di masa mudanya di Aceh. Beliau menganggap dirinya sebagai orang Aceh. Isterinya ialah anggota keluarga Ibu Tien iaitu isteri Presiden Soeharto. Setelah menjadi anggota tentera beliau juga pernah berkhidmat dalam dunia diplomatik, politik dan perniagaan.
DIHUKUM KERANA MEMANDU LAJU
7. Setelah diperkenalkan oleh bapa mertua saya di hari perkahwinan di Jakarta saya diperingat kembali nama Bustanil di waktu saya sebagai Menteri telah diiringi dengan escort polis dalam perjalanan dari Medan ke Banda Aceh. Setelah melintasi batasan Medan saya dapati beberapa pesalah tersandar di beberapa tiang telefon sepanjang satu kilometer kerana dihukum keterlaluan berat. Polis memberitahu kesalahan mereka ialah kerana membawa kereta terlalu laju di jalan raya.
8. Waktu itu Indonesia sedang bersiap mengadakan pilihanrayanya. Dalam perjalanan dari Medan itu kereta saya telah terhenti kerana kepanasan enjin. Cermin kereta saya telah didekati oleh seorang yang sudah berumur juga yang tidak berbaju sekadar memakai sarong sahaja. Beliau mengetuk tingkap kereta saya. Beliau bertanya samada saya 'penggede' atau pembesar kerana diiringi oleh motor dan kereta polis. Saya membuka tingkap untuk menjawab soalan orang tua yang tidak boleh menerima penafian saya bukan penggede. Bila saya mengaku sebagai penggede, tetapi dari Malaysia, beliau terus meminta saya menyampaikan kepada Menteri Indonesia yang telah menjanjikan untuk membina sekolah dan beberapa jembatan di kawasannya dalam pilihanraya yang lulu. Katanya, 'jika janji Pemilu yang lalu belum dikotakan bagaimana saya bisa tusok Golkar lagi dalam Pemilu depan'. Lantas dia keluarkan dari lipatan kain sarongnya sehelai kertas panjang yang ditulis di atasnya beberapa janji Om Bus sebagai Menteri yang ditugaskan oleh Golkar untuk memenangkan Golkar di Aceh dalam Pemilu berikutnya. Saya mengiyakan tuntutan itu untuk saya sampaikan kepada Gabenor Aceh yang saya akan temui nanti. Oleh kerana orang-orang Aceh baru diperkenalkan kepada pilihanraya mereka masih belum biasa dengan janji-janji ahli politik di dalam kempen pilihanraya yang tidak semuanya dikota.
TUN HUSSEIN MENOLAK 'EXTRADITION'
9. Beberapa minggu selepas peristiwa ini saya telah membawa isteri dan 7 orang anak ke rumah Timbalan Perdana Menteri untuk berhari raya. Sebagaimana biasa saya berhari raya ke rumah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebelum rumah mereka dibuka untuk hari raya kepada orang-ramai. Bila saya sampai di rumahnya, Tun Dr. Mahathir telah bertanyakan kapada saya samaada saya sudah berhari raya di rumah Perdana Menteri Tun Hussein Onn. Bila saya jawab belum maka Tun Dr. Mahathir telah memberitahu betapa saya perlu berterima kasih kepada Tun Hussein Onn kerana awal pagi tadi, apabila Tun Hussein bercakap dengan Presiden Soeharto melalui telefon Presiden Soeharto telah meminta supaya saya diizinkan untuk dibawa ke Indonesia untuk diadili di mahkamah atas tuduhan terlibat dengan usaha pemberontakan di Aceh. Tun Hussein Onn tanpa merujuk kepada saya atau bertanya di mana-mana telah menafikan kemungkinan ini dan menyatakan beliau tidak akan mengizinkan 'extradition.' Saya telah mengucapkan terima kasih kepada Tun Hussein Onn atas pendiriannya dan seterusnya menyatakan dakwaan Indonesia itu satu fitnah yang tidak berasas sama sekali.
SURAT KEPADA OM BUS UNTUK PRESIDEN SOEHARTO
10. Balik dari berhari raya saya terus menaip sepucuk surat 18 muka untuk Presiden Soeharto tetapi suratnya saya tujukan kepada Om Bus untuk disampaikan kepada Presiden. Dalam surat itu saya menyatakan, walau pun saya ada hubungan keluarga dengan bapak saudara saya Teungku Hasan di Tiro, yang memimpin Gerakan Aceh Merdeka tetapi saya tidak menyertainya kerana perjuangan itu tidak direstui oleh Ulama-Ulama Aceh yang telah memutuskan supaya Aceh berada di dalam Indonesia. Saya juga memberi sebab-sebab lain. Walau bagaimana pun saya turut menyatakan kekecewaan saya terhadap Tentera Nasional Indonesia (TNI) dalam menghadapi Gerakan Aceh Merdeka di Aceh dan saya sebutkan hukuman yang agak kejam terhadap beberapa pesalah yang saya lihat tersamdar di tiang telefon dalam perjalanan saya dari Medan ke Banda Aceh sedangkan kesalahan mereka yang saya tahu hanya kerana memandu terlalu laju.
LETAK JAWATAN JIKA MENGGANGGU HUBUNGAN DIPLOMATIK
12. Oleh kerana saya bimbang surat ini tidak sampai kepada Om Bus dan Presiden Soeharto maka saya memutuskan untuk menyampaikan sendiri surat itu kepada Om Bus diikuti dengan pertemuan peribadi saya dengan Presiden Soeharto. Oleh kerana saya seorang Menteri dan saya bimbang Tun Dr. Mahathir tidak akan membenarkan saya pergi ke Jakarta membawa surat itu maka saya serahkan salinan surat itu kepada Tun Dr. Mahathir melalui kawan saya Encik Daud Omar yang membawanya ke rumah Tun setelah saya sudah berada dalam kapal-terbang. Di samping surat itu saya tulis juga sepucuk surat lagi menyatakan perletakan jawatan saya sebagai Menteri jika surat saya itu didapati menyulit atau merosakkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.
MINTA TEMUJANJI DENGAN PRESIDEN SOEHARTO
13. Sebaik sampai di Jakarta saya telah ke rumah Om Bus menyampaikan surat untuk Suharto dan menyatakan hasrat untuk bertemu Presiden Soeharto setelah surat saya itu beliau baca. Setelah bertemu dengan Om Bus saya telah bertemu dengan Bapak Sarwono Kusumaatmadja, adik kepada Menteri Luar Indonesia Mochtar Kusumaatmadja, selaku Setiausaha Agong Golkar untuk mendapat temujanji dengan Presiden Suharto.
14. Berikutnya saya telah bertemu dengan kawan Tun Ghazalie Shafie iaitu Bapak Jenderal Benny Murdani. Oleh kerana saya telah mendapat tahu dari pejabat Setiausaha Agung Golkar persetujuan Presiden Soeharto untuk bertemu saya maka saya telah bertanya kepada Bapak Benny apa yang meminati Pak Harto untuk saya isikan dalam waktu perbincangan walau pun waktu untuk saya dihadkan hanya 3 minit sahaja.
15. Selain Bapak Benny saya juga berkesempatan bertemu dengan Bapak Soepardjo Rustam di hospital kerana beliau meminta untuk bertemu saya sebelum saya bertemu dengan Presiden Soeharto. Bapak Soepardjo ialah Duta Indonesia di Malaysia di waktu 'konfrantasi'. Padanya juga saya tanyakan tajuk yang diminati oleh Pak Harto.
16. Sebelum saya berjumpa sekali lagi dengan Om Bus saya bertemu dulu dengan Om Rahman Ramly dalam persiapan bertemu dengan Presiden Soeharto. Om Bus telah memberi petunjuk terakhir atas perkara yang diminati oleh Pak Harto sebagai bahan perbincangan.
NASIHAT WAKIL PRESIDEN SUDARMONO
17. Pada keesokan harinya, sementara menunggu waktu untuk bertemu dengan Bapak Presiden Soeharto saya telah dipanggil masuk untuk bertemu dulu dengan Wakil Presiden Soedarmono. Wapres Sudarmono telah memberitahu saya bahawa mengikut adat Jawa jika seseorang itu memberi masa khusus 3 minit untuk bertemu seseorang pembesar itu bererti 'you are not welcomed.' Saya menjawab bahawa saya tidak faham adat Jawa oleh itu saya ikut adat Aceh saja dan akan bertemu dengan Presiden Soeharto walau pun untuk 3 minit sahaja. Di waktu saya keluar dari bilik Wapres Sudarmono saya dapati ada beberapa orang Jenderal sedang menunggu gilirian untuk bertemu dengan Presiden Soeharto setelah 3 minit berlalu tempoh saya bertemu dengan Pak Harto.
HELIKOPTER
18. Bila saya masuk ke bilik Presiden Soeharto, sebagai musuh yang ingin didakwa olehnya saya dapati beliau agak dingin tetapi kelihatan 'curious' mungkin kerana dia lihat wajah saya bukan sebagai pemberontak. Saya beri salam persaudaraan Islam dan terus meminta maaf kepada beliau kerana tidak tahu ada pelancaran helikopter pertama yang dibuat oleh Industri Penerbangan di Bandung. Saya lihat wajah Pak Harto terserlah cerah dan beliau bertanya 'Apa Pak Sanusi minat helikopter?' Saya jawab 'Ya' walau hanya sekadar menumpang Menteri saya Tun Ghazalie Shafie yang terbang ke kawasan pilihanrayanya di Lipis dengan helikopter. Lantas saya bertanya 'Bagaimanakah Pak Harto bisa terfikir untuk Indonesia menjadi negara yang mengeluarkan helikopter?' Pak Harto mengambil masa 15 minit menceritakan betapa helikopter menjadi kenderaan strategik yang wajib untuk negara yang mempunyai ribuan pulau.
BERAS
19. Dari topik helikopter saya berpindah kepada beras. Saya mengucapkan terima kasih atas kesempatan bertemu Pak Harto dari dekat dan menyebut pertama kali saya merasa bangga ialah apabila FAO memberi penghormatan di Rome kepada Pak Harto kerana Indonesia, dengan petunjuknya, telah menjadi negara besar yang berupaya mengeluarkan beras yang cukup untuk rakyatnya sehingga boleh mengekspot. Pak Harto dengan bersemangat lebih dari 15 minit menceritakan secara terperinci rancangannya untuk memastikan rakyat Indonesia mempunyai Sandang (Kain), Pangan (Makan) dan Papan (Rumah) yang mencukupi. Jika ini tercapai, mengikut Pak Harto kemajuan kesihatan dan pendidikan akan mengikutinya.
PENGELUARAN BERAS YANG MENCUKUPI
20. Sebelum Pak Harto selesai dengan cerita bekalan makanan untuk rakyat Indonesia saya telah timbulkan mengenai apa yang saya dengar sebagai projek pemeliharaan kambing biri-biri (domba) yang diusahakan sendiri oleh Pak Harto di Tapos. Pak Harto menolak cadangan saya untuk memelihara biri-biri di Aceh untuk diimpot ke Malaysia kerana katanya rakyat Indonesia masih belum cukup proteinnya. Apabila saya cadangkan biri-biri boleh dipelihara di Sabah dan Sarawak untuk diekspot ke Kalimantan Pak Harto membolehkannya tetapi ekspot dari Kalimantan ke Sabah dan Sarawak tidak boleh. Pak Harto menjelaskan bahawa beliau mencoba untuk menggalakkan rakyat Indonesia memelihara biri-biri supaya protein untuk rakyatnya mencukupi, malangnya rakyat susah mendapat kredit dari bank. Yang lucu ialah Pak Harto menyatakan bank tiada halangan meminjamkan wang kepadanya untuk projek ternakan biri-biri ini. Pak Harto mulanya hanya ingin mencoba membuat sesuatu yang beliau tiada pengalaman di bidang itu, kini sudah menjadi hobi yang membanggakan. Dengan perbincangan mengenai biri-biri ini masa sudah berlalu hampir satu jam dan Pak Harto masih bersemangat.
RAKYAT TERIMA 'PANCASILA'
21. Akhirnya saya menyentuh mengenai politik. Saya bertanya Pak Harto caranya beliau meyakinkan Muhammaddiyah sehingga mereka dapat menerima Pancasila. Beliau tersenyum dan menjawab 'makeun' atau makan. Pak Harto tidak menyebut 'mangan' untuk makan dalam bahasa Jawa. Kononnya beliau ningrat. 'Maksudnya?' saya bertanya. Pak Harto menyatakan bahawa beliau sering berbelas kali mengadakan majlis jamuan makan dengan pemimpin-pemimpin Muhammaddiyah dan 'Alim Ulama. Dalam majlis itu beliau tidak pernah bercakap fasal politik. Apabila hampir pilihanraya beliau memberitahu mengenai masaalahnya untuk mengadakan pilihanraya, 'kerana rakyat mencurigai Pancasila'. Senada pemimpin-pemimpin Muhammaddiyah menawarkan untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai Pancasila dan betapa ianya tidak bercanggah dengan Islam. Sehingga hari ini saya belum sempat bertanya kepada pemimpin Muhammaddiyah samaada benar atau tidak pengalaman ini.
22. Setelah lebih satu jam dua belas minit saya pun bertanya kepada Bapak Presiden Soeharto mengenai surat saya kepada Om Bus mengenai 'extradition' dan dakwaan yang direncanakan ke atas saya kerana mengancam keselamatan Indonesia. Belum habis ayat saya beliau terus menerpa dan memeluk saya sambil menyatakan 'Lupakan saja'.
23. Semua empat tajuk helikopter, beras, biri-biri dan Pancasila adalah perkara-perkara yang disetujui oleh Om Bus sebagai tajuk yang paling diminati oleh Pak Harto dan boleh memanjangkan waktu temujanji lebih dari 3 minit.
PERTEMUAN RASMI DENGAN PRESIDEN SOEHARTO
29. Kini Om Bus sudah kembali ke Rahmatullah dan nasihat-nasihat sebegini sukar diperolehi lagi.
30. Selamat jalan Om Bus, semoga Allah mencucuri rahmat yang berterusan ke atas roh Om.

11. Dalam surat itu juga saya menulis betapa sedih perasaan saya melihat Aceh dalam keadaan miskin sedangkan Aceh menyumbangkan minyak untuk Indonesia.

24. Selepas peristiwa ini saya pernah berjumpa lagi dengan Presiden Soeharto tetapi dalam majlis-majlis rasmi kerajaan di Jakarta, di Bali dan di Langkawi. Pertemuan mesra selalunya dengan Om Bus hadir bersama dan di rumah Pak Harto.
PEMBERHENTIAN BAPAK IBRAHIM HASAN DARI JAWATAN MENTERI PERTANIAN
25. Saya telah duduk di samping Menteri Pertanian Indonesia Bapak Ibrahim Hasan, juga mantan Gabenor Aceh, dalam majlis makan malam di Bali sempena mesyuarat Menteri-Menteri Pertanian ASEAN. Para hadirin telah dipersembahkan dengan tarian-tarian dari berbagai daerah di Indonesia. Persembahan tarian terakhir yang telah disambut oleh hadirin dengan tepukan gemuruh ialah tarian 'saman' dari daerah Aceh. Tarian ini ialah tarian perang dengan rentaknya yang rancak menarik dan memang dianggap sebagai tarian terbaik dalam pesta kebudayaan dunia Islam yang pernah saya hadiri di Riyadh, Saudi Arabia beberapa tahun yang lalu.
26. Seorang VIP berkulit putih telah bertanya kepada Bapak Ibrahim Hasan bagaimana caranya membezakan antara tarian dari berbagai daerah di Indonesia. Bapak Ibrahim Hasan yang terkenal dengan humornya telah berkata, 'Susah untuk membezakan kecuali antara tarian Aceh dan tarian Jawa.' Seterusnya Bapak Ibrahim Hasan menyatakan 'When you watch the Acehnese and Javanese dances you should just switch-off the sound from the TV. Then you will see the difference. The Acehnese dance is most impressive and the other dance appears like mad people not knowing where they are going....'
27. Saya telah bertanya kepada Om Bus dalam pertemuan beberapa minggu kemudian atas sebab Bapak Ibrahim Hasan telah tidak lagi menjadi Menteri. Om Bus telah membawa saya ke rumah Pak Harto di mana saya sempat bertanya sendiri kenapa Bapak Ibrahim Hasan tidak lagi menjadi Menteri. Pak Harto, yang sangat sayang kepada Bapak Ibrahim telah dengan perlahan berkata, 'Masa orang Jawa dikatakan menari seperti orang gila ...'
KALI TERAKHIR PERTEMUAN DENGAN PRESIDEN SOEHARTO
28. Setelah mengetahui Om Bus ingin berjumpa saya, maka saya telah ke rumahnya dan bersamanya menziarahi Pak Harto yang sedang uzur. Beliau telah menyerahkan kepada saya satu sampul surat yang tebal mengandungi deraf undang-undang kecil untuk sebuah parti politik. Kata Pak Harto kepada saya, ' ... minta dukungan Pak Mahathir .... Wiranto baik orangnya'. Oleh kerana saya mengetahui lebih awal bahawa Jenderal (Purnawirawan) Wiranto sudah pun menubuhkan parti politiknya sendiri bernama HANURA maka atas nasihat Om Bus saya tidak sampaikan deraf undang-undang kecil untuk penubuhan parti politik baru yang Pak Harto cadangkan dipimpin oleh Jenderal Wiranto. Om Bus menyatakan kepada saya 'biar Om saja yang jelaskan pada Pak Harto mengenai Hanura ...'. Saya patuh kepada Om Bus.
29. Kini Om Bus sudah kembali ke Rahmatullah dan nasihat-nasihat sebegini sukar diperolehi lagi.
30. Selamat jalan Om Bus, semoga Allah mencucuri rahmat yang berterusan ke atas roh Om.
1 comment:
Teruskan perjuangan!
Segala bakti kami sanjung tinggi
Semoga Cepat Sembuh Ayahanda Sanusi!!
Post a Comment