Wednesday, May 25, 2011

JAWAPAN KEPADA 'BANIADAM'

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam bahagia.

Para pembaca yang budiman.

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tidak sepertinya ini.


Semua komen dan teguran yang diberi mendapat perhatian saya.


Walau pun saya biasanya hanya menjawab, secara tidak langsung, kepada komen-komen yang diberi di dalam blog ini di dalam karangan kemudiannya, atau saya simpan sesetengah jawapan untuk menjadi sebahagian dari karangan-karangan yang akan datang, tetapi saya dapati komen 'Baniadam' perlu mendapat perhatian segera kerana saya dapati beliau bukan membaca blog ini untuk menambah pendedahannya kepada isu-isu dari sudut pandangan saya tetapi sebaliknya beliau, secara konsisten, menunjuk sikap anti kepada saya, Tun Dr. Mahathir dan suku Aceh sehingga saya tidak boleh menyentuh mengenai Aceh tanpa beliau melenting.


Di bawah ini adalah jawapan saya kepada komen beliau:
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
'Saudara Baniadam.

1. Maaf, kerana saya tidak dapat memulakan jawapan saya ini dengan salam kerana saya tidak pasti samada saudara ini orang Islam atau bukan. Walau bagaimana pun saya ucapkan terima kasih kepada saudara kerana membaca blog saya.

2. Dari komen saudara nampaknya saudara ini anti saya dan anti Tun Dr. Mahathir. Saya memaafkan saudara atas sikap demikian dan saya berharap saudara akan terus membaca blog ini supaya sedikit sebanyak dapat menambahkan pendedahan saudara kepada berbagai idea dan pendapat sehingga akal saudara tidak sependek akal saya.

3. Jika saudara seorang Melayu Kedah saya berharap saudara akan menjadi  Menteri Besar Kedah di satu masa nanti supaya Kedah dapat membangun dengan pesatnya di bawah pimpinan saudara.

4. Jika saudara seorang Melayu dan berpeluang menjadi salah seorang pemimpin negara Malaysia, di masa depan, saya berharap saudara tidak prejudis terhadap orang Melayu berketurunan Banjar, Betawi, Bawean, Bugis, Jawa, Madura, Mamak, Mandailing, Minangkabau, Mu'allaf, Pattani, Rawa, Sunda, orang asli dan juga Aceh kerana mereka adalah Melayu belaka, dari the Malay Archipelago. Saudara sebagai pemimpin negara memerlukan mereka untuk menyaingi orang-orang berketurunan China dan India, yang bukan Islam, yang ingin menguasai negara ini.

5. JIka saudara ahli parti PAS elok juga saudara berusaha menukar nama parti itu supaya kegagalannya tidak dikaitkan dengan agama Islam yang suci murni itu. Kegagalan Ummat Islam, di mana juga, tidak bererti Islam gagal.

6. Jika saudara ahli parti PKR elok juga saudara nasihatkan ahli-ahlinya dan diri saudara sendiri supaya meminta pemimpin PKR mencontohi Ketua Eksekutif IMF (Dominique Strauss-Kahn), 6 pemimpin parti pembangkang di Turkey (Mehmet Ekici, Deniz Bolukbasi, Cihan Pacaci, Osman Cakir, Umit Safak dan Mehmet Taytak dari Turkey's Nationalist Action Party) dan bekas Ketua Eksekutif Bank Dunia (Paul Wolfowitz), supaya meletak jawatan apabila menghadapi tuduhan dan jangan mengharapkan kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Persekutuan untuk dapat membantu beliau menggunakan kuasa untuk menghapuskan tuduhan. Kalau beliau tak salah beliau boleh kembali memimpin Pakatan Rakyat apabila kesnya sudah selesai.

7. Jika saudara anti saya dan anti Tun Dr. Mahathir kerana saudara penyokong kuat Tun Abdullah Ahmad Badawi, saudara perlu bertanya kenapakah Barisan Nasional menang cemerlang dalam PRU 11 tetapi kecundang di 4 negeri dan Wilayah Persekutuan dalam PRU 12. Bukankah kerana penyelewengan menantu dan keluarga?

8. JIka saudara membaca sejarah Aceh sejak tahun 800 Masehi saudara akan dapati banyak contoh bagaimana cara mengendalikan dan menghukum pemimpin yang menyeleweng secara Islam.

9. Saya sudah menjadi ahli UMNO sejak 13 Oktober, 1963 menjadi Wakil Rakyat Barisan Nasional dari tahun 1974 hingga 2004 dan menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dari tahun 2000 hingga 2008, untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara. Saya rasa tidak ada salahnya jika saya yang dari keturunan pahlawan Aceh Teungku Chik Di Tiro dan bercucu menantukan pejuang mujahidin Aceh Teungku Muhammad Dawud Beureueh menggunakan sedikit masa untuk membantu negeri asal nenek moyang saya apabila saya sudah bersara dari tugas negara Malaysia.

10. Oleh kerana saya bukan billionaire untuk dapat membantu Aceh dengan wang ringgit, maka saya hanya mampu menulis dan berpidato, berasaskan sedikit ilmu dan pengalaman yang ada pada saya, untuk memberi petunjuk atau tatacara yang boleh digunakan untuk membangun Aceh yang telah dilanda oleh bala Tsunami.

11. Jika golongan kafir dari Amerika Sharikat, Australia, Jerman, Belanda, Inggeris, Peranchis dan Jepun telah tampil untuk membantu Aceh, hanya manusia yang tidak berhati perut dan tidak berperikemanusian sahaja yang menentang sebarang usaha untuk membantu Aceh. 

12. Kerajaan Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad malahan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak sendiri telah tampil ke depan untuk membantu Aceh dengan cara material.

13. Saya percaya saudara bukan Melayu dan bukan Islam makanya saudara sempit fikiran dan bersikap anti Aceh, yang pernah di satu masa dulu memulakan pengislaman Malaysia dari Ulama Peureulak, Aceh mengislamkan Sultan Kedah Keempat, Maharaja Derba Kedua, yang berugama Hindu dan menggunakan nama Sultan Muzaffar Shah, pada tahun 1386 (tarikhnya kurang pasti).

14. Jika saudara tidak tahu dan ingin mengetahui tarikh yang sebenarnya saudara boleh melawat makamnya yang berdekatan pekan Merbok jika saudara pergi melalui Bedong.

15. Ulama Aceh juga bertanggungjawab mengislamkan Sultan Melaka pertama Parameswara dari ugama Hindunya.

16. Jika saudara berugama Islam maka bertaubatlah dari sikap anti Aceh.

17. Terima kasih.

18 comments:

Anonymous said...

Alamak ..Sanusi... dulu hingga sekarang tak abis abis... dgn sejarah dan falasafah ciptaan dan olahan sendiri.... syok sendiri ni pun penyakit keturunan jagak.
Nasihat saya sabelum bercakap atau mengulas..pakai lah hair drayer dulu agar minda to defrost .

Anonymous said...

anon 626
perlu letakkan kepala dlm toaster supaya minda tidak sejuk beku dan jumud.

-tenno

Anonymous said...

Assalamu 'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh

Jroh that bak neu jaweub lagee nyan.

Hana saban haba ureung meu-akai ngoeng ureung bangai. Uerung meu-akai jroh bak haba. Ureung bangai, hana peu neupeureumen.

Wallahu ta'ala a'lam.

Lon sabe lon baca blog nyo. Tapi baroe jino lon boeh komentar. :)

-Ibn Safir-

Anonymous said...

Anon 6:26

Kerana buta sejarah maka anda buta mata dan buta hati. Kalau TSSJ boleh mencipta dan mengolah falsafahnya sendiri itu adalah basil dr pemikiirannya yg kreatif dan selari dgn lateral thinking.

Anda bagaimana ? Saya amat bersimpati dgn anda

UMNO asal said...

TSSJ,
Saudara telah menngunakan kepandaian sdr untuk membunuh UMNO.

Sdr kaki temberang. Berbohong tak sudah-sudah sampai anda percaya kepada bohong saudar sendiri.

18 tahun saya menjadi ahli UMNO sebelum kamu bunuh parti itu. Sekarang UMNO sudah tiada, Mahathir masih ada hidup dengan keluarganya berbillion-bilion nilainya.

Mahathir itu perompak, kamu adalah general kepada perompak Mahathir.

Orang Acheh yang lain datang kesini melakukan ubudiyah yang baik, tetapi Acheh macam sdr datang untuk memecahkan orang Melayu di sini.

Sdr yang patut bertaubat. Salam

Anonymous said...

Umno asaL
Sebagaimana anon 6:26 anda juga buta sejarah. Kalaulah anda jujur kpd diri anda sendiri anda pasti tahu peristiwa yg tercetus yg membawa kpd pengharaman UMNO dan petualang2 di belakangnya. Anda mungkin seorang dpd mereka.

Anda hanya tabu memcaci Dan mencacai. Kesihan

azienmat said...

Jangan dilayan orang begini Tan Sri... Tak sedar diri, tak kenang budi, akal singkat, fikiran celaru..

Teruskan penulisan walau sebaris ayat.. Selitkan tulisan yang lebih santai sebab di sana TS akan jumpa ramai bersependapat berbanding orang akal letak kat lidah ni...

Anonymous said...

Salam Sejahtera ,

Diharap Tan Sri sihat sejahtera.

Saya tertarik dengan komen Umno asal walaupun saya tidak pasti apakah yang dimaksudkan Umno asal.

Saya anak kelahiran selepas merdeka dan saya akui tidak mengenal UMNO dan apakah dasar perjuangan sewaktu penubuhannya. Melalui pembacaan saya yang terhad sejarah penubuhan UMNO adalah untuk menentang penubuhan Malayan Union yang akan menidakkan hak orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Selepas berjaya menggagalkan Malayan Union ,menyedari terdapat peluang untuk menuntut Kemerdekaan maka UMNO pada asal ditubuhkan untuk menggagalkan Malayan Union telah beralih strategi kepada perjuangan kearah kemerdekaan.

Mengapa tidak UNMO dibubarkan saja selepas Malayan Union dibatalkan?

Oleh itu apakah yang dimaksudkan dengan Umno asal?

Adakah dengan KU Li menjadi Presiden UMNO , Umno kembali ke asalnya?

Saya amat berharap saudara 'Umno asal'dapat memberi huraian dan tafsiran "UMNO asal". Penyataan tanpa fakta yang ditulis memperlihatkan kedangkalan pemikiran kita.

Saya amat tertarik dengan watak watak seperti "Anon 6.26 , Baniadam dan UMNO asal . Persamaan watak watak ini adalah menuduh atau menghina tanpa fakta . Maka watak watak ini boleh disimpulkan adalah lahir dari mereka mereka yang suka mendengar ceramah Mahfuz Omar atau Mat Sabu atau membaca blog Aspan Alias. So boring and so predictable.

Saya masih berterima kasih kepada Tan sri kerana mempromosikan kelapa muda walaupun kini saya terpaksa membayar RM3.00 untuk sebiji kelapa muda dan kelapa muda masih mempunyai permintaan tinggi walaupun selepas lebih 18 tahun.

ASH

Ma Ri Ni said...

I really think that Tan Sri need to use one feature in blogspot for user comment. I forgot the name but the feature will allow us to accept or reject any comment, so only comments that are approved by u will be appeared in ur blog.

Nadzri said...

Cara penulisan Tan Sri penuh pengalaman dan ilmu. Komen-komen sampah mesti ada, tapi tidak membuahkan apa-apa hasil, malah menyerlahkan kebodohan pengomen itu sendiri. Saya hanya terbahak-bahak membaca komen yg langsung tiada nilai ilmu. Biarkanlah... itu boleh buatkan kita tersenyum dan ceria Tan Sri !.

john silver said...

salam tssj,
saya rasa terpanggil untuk memberi pandangan setelah membaca komen dari yang lain.saya bersetuju dengan pandangan tan sri, kemungkinan 'budak adam' dan beberapa orang yang menyokongnya tidak pernah belajar sejarah. mereka tidak tahu asal usul nenek moyang mereka sekiranya mereka mendakwa diri mereka orang melayu. mereka tidak tahu bahawa bangsa yang dikatakan melayu ini adalah satu rumpun bangsa dari kepulauan melayu archipelago yang terdiri dari pelbagai suku keturunan kaum seperti acheh, jawa, minang, rawa, banjar dan sebagainya. adalah tidak pasti samada orang asli dikategorikan dalam rumpun ini!
memandangkan mereka tidak tahu sejarah, mereka tidak tahu pm pertama - tunku abdul rahman berketurunan siam di sebelah ibunya, tun razak berketurunan bugis, tun hussin onn mempunyai darah turki, dr mahathir mempunyai darah mamak, pak lah badawi ada darah arab dan datuk najib berketurunan bugis. mana ada melayu original, malah datuk onn yang menubuhkan umno pun berketurunan turki! oleh yang demikian wahai budak adam dan yang lainnya, kalau ilmu belum cukup tak perlulah nak cakap pasal bekas pemimpin berketurunan acheh yang begitu tinggi semangat melayunya, dibandingkan dengan kamu yang langsung tak ada semangat!

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH, WASHSHALATU WASHSHALMU 'ALA RASULILLAH.
Bismillahirrahmanirrahim
WAL 'ASHRI. INNAL INSAANA LAFI KHUSRI. ILLALLADZI NA AAMANU WA'AMILUSH SHALIHATI. WATAWA SHAUBIL HAQ. WATAWA SHAUBISH SHABRI.
SHADAQALLAHUL 'ADHIM

Salam sejahtera kepada semua ummat ISLAM terkhusus bangsa melayu.
semoga hidayah ALLAH atas mereka yang membenci Islam dan ummatnya. andai hati mereka yang membenci ISLAM tidak mendapat pentunjukMU ya ALLAH, maka laknatilah mereka sebagai mana ENGKAU telah melaknak yahudi....Aamiin..

"Sesungguhnya, ALLAH telah meninggikan beberapa derajat orang yang berilmu dari orang yang bodoh"


saya adalah hamba ALLAH, Rakyat Aceh, tinggal di Aceh, Tsunami suvivor,Korban Konflik Aceh.... yang sangat ingin melihat dan menikmati Aceh dan Islam jaya Dunia Akhirat.

Saleuem mulia ngon rahmat ridha ALLAH keu Teungku Sanusi Juned.
Alhamdulillah teungku sanusi deungan na Blog nyoe.

kepada para pembenci blog ini dan Acheh serta Islam. sesungguhnya anda sedang meniti jalan ke neraka jahim, anda tiada mengenal diri..apalagi ibu kandung anda, terlebih lagi saudara-saudara anda, apalagi tetangga anda.

saya teringat petuah dari ALLAH YARHAM abu Ibrahim Woyla : "neumeusaboh ureueng droe neuh"
bersatu lah anda (kaum muslimin Aceh)...
ini menakbirkan kita harus bersatu merangkai tangan untuk bisa mmebangun Aceh dan ISLAM yang makin terpuruk. saya teramat sangat setuju dengan apa yang ditulis dalam blog ini yang bermakna 'banyak contoh yang telah terpapar, kenapa kita pernah mengikutinya sebagai pedoman?'
saya juga pernah terpikir, ALLAH telah menurunkan berbagai contoh untuk kita ikuti, dimulai dari Rasul SAW sendiri, ulama mutaqaddimin dan mutaakhkhirin, kesuksesan Raja-raja Aceh, Konflik Aceh, Tsunami....semua terpapar didepan mata kita untuk kita jadikan sebagai pelajaran. seperti yang dikatakan Dr. Mahathir ada benarnya, 'Ilmu takkan pernah cukup' but there is a solution' jika ilmu dan masa tidak bisa kita raih, bukankah ALLAH pemilik segalanya ? ALLAH mencintai orang-orang yang mendekatkan diri kepadaNYA. Ilmu dan masa adalah tidak ada apa-apanya. mungkin di akhir zaman yang seperti ini hanya satu jalan keluar yang bisa kita tempuh, kembali ke ajaran TAUHID dengan sebenarnya.

'awaluddin ma'rifatullah, awal agama mengenal ALLAH, untuk mengenal ALLAH harus dengan mengenal diri sendiri'

dengan Tauhid dan Ma'rifat, kita akan hidup didunia dengan cara ALLAH, bukan dengan jalan iblis laknatillah. dengan Tauhid dan ma'rifat maka dunia akan dalam genggaman untuk bisa kita jadikan jembatan menuju akhirat untuk menghadap ALLAH AZZA wa Jalla. hanya dengan Tauhid dan Ma'rifat kita akan jaya. telah dibuktikan oleh ulama sufi Ibnu Sina, Aljabir (aljabar), Syech Hamzah Fanshuri, Assumatrani, 'semoga mereka selalu dalam limpahan Ridha ALLAH'. mari kita ummat Islam khususnya Aceh kita sempurnakan syarat sah agama kita (Iman, Islam, Tauhid, Ma'rifat, watee meusapat baro geupeunan agama). agar kita bisa berjaya dunia dan akhirat...

Hadanallah waiyyakum ajma'in.

Anonymous said...

10. Oleh kerana saya bukan BILLIONAIRE untuk dapat membantu Aceh dengan wang ringgit,
HA HA HA...dgn kata lain ....oleh kerana saya cuma ada ratusan juta dular saje.
lu tu dah nak mampos cepat2lah kasi sedekah supaya senang sikit nak jawab dlm kubo nanti.
aceh banyak nak pakai duit tu...indon pusat tak layan diorang mcm malaya pusat tak layan kelantan.

Dari Mata Ku said...

Kepada mereka yang memberi kata nista kepada seorang negarawan ini hentikanlah.Jika tuan hendak membuat tomahan kepada beliau, fikirkanlah dahulu apa jasa yang saudara dan saudari telah lakukan. Apa yang beliau tulis adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan supaya kita mengambil peringatan dan tidak mengulang kesilapan. Lihatlah apa yang dikata,bukan siapa yang mengatakannya. Bagi memajukan lagi diri sendiri, kita perlukan ilmu.anggaplah apa yang disampaikan itu adalah ilmu dan hisablah ilmu yang diberikan dengan akal berpandukan iman dan amal. Yang lebih penting adalah perjuangan kita di dunia ini adalah agar kita dapat menghadap Allah S.W.T. dengan penuh kemuliaan.bukan mencari kemuliaan dari manusia.Insaf dan bangkitlah saudara saudari ku.Jangan biarkan kita dijajah dan diperalatkan lagi. Perjuangan demi Alif(Agama),Ba(Bangsa) dan Ta(Tanahair) ini adalah suci. Berjuang dan berubahlah. Kerana sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu berusaha untuk mengubahnya sendiri-Yang Ikhlas-Anakandamu, Tarmizi Abdullah Maamuom

Anonymous said...

Taksub dgn bangsa!!

Anonymous said...

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui Maha Teliti” (QS. Al Hujurat (49) ayat 13)

Anonymous said...

Assalam Tan Sri,
Tak sangkanya ye begitu ramai orang yang biadap bila berkata2 dlm blog ini. Mereka2 ni sebenarnya bodoh sombong tapi nak juga bercakap tentang sejarah. Saranan saya utk puak puak yang buta sejarah ni. Pergi sekolah balik.

Anonymous said...

Assalamalaikum wrwb..
Bangsa yg besar adalah bangsa yg bisa menghargai kelebihan dan kekurangan bangsa lain. Menghargai orang lain sama ada dgn menghargai diri sendiri, maka akan
terciptanya hubungan yg baik pula..Menjadikan sesuatu yg bermakna dan menghargai hasil karya orang lain adalah sesuatu yg dipandang baik oleh islam dalam peradaban hidup bermasyarakat/hidup bersama sama dgn orang banyak yg saling merhargai orang lain bik dlm bertutur kata mahupun dlm ber etika...tahniah sy kpd Tan Sri Sanusi Junid.Yg telah membuat tulisan mengenai sejarah dan latar belakang bermacam budaya bangsa yg ada di tanah melayu. teurimoeng geunaseh loen (Terimakasih sy ) juga kpd rakyat Malaysia yg telah membantu aceh pasca tsunami 2004 yg lalu.
Wassallam, dari Banda Aceh.