Friday, February 17, 2012

REPLY TO LESLIE OF NST S'PORE

AN EMAIL MESSAGE TO ME FROM AN OLD FRIEND FROM THE NEW STRAITS TIMES SINGAPORE.
Dear Tan Sri Sanusi,
I hope this note finds you well.
As I briefly mentioned in my recent telephone text message to you, I am currently the Senior Regional Correspondent for The Straits Times of Singapore and cover political and economic developments in Malaysia, Indonesia and Thailand.
I have long been researching the regional Islamic groups and recently completed an article on the tenth anniversary of the discovery of Jemaah Islamiyah and the changing face of militancy in the region.
As you may be aware, the Indonesian security agencies have embarked on a campaign to combat the spread of hard-line radicalisation among the Muslims in the country and these efforts include the publication of critically researched books and reports on jihadism in Indonesia.
A recently published book entitled NII Sampai JI, Salafy Jihadisme di Indonesia by Solahudin, who is widely regarded in Indonesia as a foremost expert, draws many links to Malaysia.
The book has also been acclaimed by Indonesian experts as the most definite work on the militant Islam in Indonesia and the region.
Apart from how Abu Bakar Bashyir and Abdullah Sungkar established Malaysia as their base to sow the seeds of the grouping that would become Jemmah Islamiyah, the book also refers to your links with several leaders of the Islamic movement in Indonesia.


Tuesday, February 14, 2012

ULANGTAHUN KE 41 MENDIRIKAN RUMAHTANGGA

BUKU DAHLAN ISKAN JADI HADIAH
ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 41
PADA 21 JANUARI, 2012

MENGIMBAS KEMBALI HUBUNGAN
MALAYSIA DENGAN INDONESIA

(Dari Perspektif Peribadi)

1. Pada 20 Januari, 2012 yang baru lalu saya bermalam di Hotel Indonesia Kempinski di Jakarta sebagai persiapan mengulangi peristiwa 41 tahun pernikahan saya yang berlaku pada 21 Januari, 1971.

2. Pada pagi 21 Januari 1971 itu saya berangkat ke rumah bapa saudara saya Bapak Anuar Sulaiman untuk bersama-sama dengan Dato' Saudara Teungku Muhammad Dahan Inderapuri dan bapa saudara saya Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussain ke rumah No. 56, Jalan Tosari (kini ditukar nama menjadi Jalan Kusumatmadja).

3. Yang menikahkan saya dengan isteri ialah nenekandanya Teungku Muhammad Daoed Beureu-Eh dan disaksikan bersama oleh:


Bapak Muhammad Natsir - Perdana Menteri Indonesia Yang ke 5 
     
Bapak Syafruddin Perwiranegara - Ketua Pemerintah Darurat Republik Indonesia dari 19 Disember, 1948 hingga 13 Julai, 1949
             
Bapak Burhanuddin Harahap - Perdana Menteri Indonesia Yang ke 9 dari 11 Ogos, 1955 hingga 20 Mac, 1956
Bapak Kasman Singodimedjo- seorang Tokoh Masyumi
      
Bapak Teungku Hasballah Daoed Beureu-Eh - Bapak Mertua mantan Panglima Angkatan Mujahiddin Darul Islam, Aceh.

DUA MANTAN WAKIL PRESIDEN

4. Turut hadir dalam majlis resepsi di Panti Perwira di Jakarta pada keesokan malamnya 22 Januari, 1971, selain dari kaum keluarga dan sahabat handai, ialah dua Mantan Wakil Presiden Republik Indonesia Bapak Muhammad Hatta dan Bapak Adam Malik.

5. Pada ulangtahun perkahwinan ke 41 hari yang bermakna ini saya telah berjalan-jalan di kedai buku Gramedia di bangunan yang bersambung dengan Hotel Indonesia. Sebaik saja saya masuk dua orang pelayan kedai telah mendekati saya untuk menjual sebuah buku yang nama pengarangnya saya tidak kenal. Oleh itu saya tidak membelinya.

IBU ASTRID SURYO ADINOGORO

6. Selepas satu majlis makan tengahari di sebuah restoran bersama dengan kawan-kawan persekolahan isteri saya semasa di SMP-1 Ibu Astrid Adinogoro ( bapa kepada Ibu Astrid ialah pengasas Agensi Berita Antara di Indonesia ) telah menghadiahkan kepada saya sebuah buku yang dikarang oleh Menteri BUMN yang baru dilantik. Buku ini beliau tulis sebagai mantan CEO Perusahaan Listrik Negara (PLN) iaitu TNB Indonesia.

Wednesday, February 8, 2012

TANAM PADI ATAS BUMBUNG

BERHENTI MENJADI MENTERI
1. Di waktu saya menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar rakan lama saya dari Taiwan bernama Vincent Siew menjadi Menteri Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana di Taiwan.

2. Pada waktu saya menziarahinya, di rumah, saya ternampak pada hampir pukul 10 malam isterinya keluar dengan dua buah timba kecil dan lampu suluh yang terikat di kepalanya. Menjawab kehairanan perhatian saya isterinya memberitahu dia hendak bubuh baja dan menyiram padinya di luar. Saya terkejut apabila diberitahu bahawa padinya ditanam di atas bumbung sebagai hobi.

3. Kerana pendedahan inilah maka apabila saya berpindah ke Kementerian Pertanian saya meminta pihak MARDI mencuba usaha menanam padi di atas bumbung. Usaha ini telah dilakukan oleh pihak MARDI di Seberang Prai. Apabila perkara ini dibocorkan kepada media massa maka saya ternampak kritikan wujud di sana-sini yang memberi gambaran saya sudah kehilangan akal dan buntu fikiran. Kerana kritikan ini maka MARDI telah berdiam seketika.

4. Allahyarham Tan Sri Mohd Yusof Hashim, Ketua Pengarah MARDI di waktu itu telah menyatakan bahawa percubaan ini telah berjaya tetapi kerana tanah terbiar masih banyak di Malaysia maka rancangan ini difikirkan belum sampai masa untuk dilaksanakan. Saya bersetuju dengan pendapat Tan Sri Mohd Yusof.

BELI 'FIGHTER PLANES' DARI PERUNTUKAN PERTANIAN
5. Selama dua tahun berturut-turut, sebelum saya berhenti dari menjadi Menteri Pertanian, Ahli-ahli Parlimen, kakitangan kerajaan dan masyarakat petani, penternak dan nelayan tersangat gembira kerana Menteri Kewangan telah memperuntukkan belanjawan RM1 billion yang cukup besar untuk pembangunan di bidang pertanian.

6. Pegawai-pegawai tinggi kerajaan menjadi hairan kerana Menteri Kewangan yang mereka anggap tidak sebulu dengan saya telah sanggup memberi peruntukan yang begitu banyak di bawah peruntukan pembangunan Kementerian Pertanian.

7. Apa yang orang-ramai tidak tahu ialah lebih dari setengah peruntukan pembangunan untuk Kementerian Pertanian pada setiap tahun, selama dua tahun itu telah diambil balik oleh Kementeri Kewangan untuk membeli kapal-terbang perang dari Amerika Syarikat dan Russia.

8. Berertilah sumbangan Kementerian Kewangan kepada bajet pembangunan Kementerian Pertanian telah meningkatkan nama baik Menteri Kewangan, di kalangan rakyat, pada masa itu sementara wang yang diperuntukan tidak memakmurkan masyarakat petani, penternak dan nelayan, sebaliknya telah dipakai untuk membeli alat perang, yang tidak pernah tercetus. Alangkah baiknya jika wang itu dipakai untuk memerangi kemiskinan rakyat di luar bandar.

9. Saya tidak hebohkan perkara ini kerana kami sama-sama dalam UMNO dan Barisan Nasional di waktu itu.
TUN DR. MAHATHIR TIDAK MENGETAHUI MENGENAI PERKARA INI

10. Saya juga tidak melaporkan kegelisahan kementerian di waktu itu kerana beberapa waktu sebelum kejadian ini saya telah berada dalam satu majlis dan saya terdengar Jutawan Ananda Krishnan menyatakan Tun Dr. Mahathir tidak lagi mahu menerima sebarang laporan atau kata-kata negatif terhadap Menteri Kewangan kerana Tun Dr. Mahathir mengesahkan kepercayaannya ke atas Menteri Kewangan yang sedang diasuh olehnya untuk menjadi Perdana Menteri.

11. Saya menjangka tindakan mengimpot kapal-terbang perang dari peruntukan pembangunan Kementerian Pertanian selama dua tahun berturut-turut adalah dengan pengetahuan dan persetujuan Tun Dr. Mahathir. Saya mendapat tahu kemudiannya bahawa Tun Dr. Mahathir tidak mengetahui mengenai tindakan Menteri Kewangan ini.

12. Dalam satu buku karangan seorang wartawan China, yang saya sudah lupa namanya, Menteri Kewangan pada waktu itu, telah disanjung oleh wartawan itu kerana di waktu itulah perbelanjaan negara untuk pertahanan tidak besar seperti biasa. Bagaimana tidak, kerana yang membeli pesawat perang ialah Pak Tani, Penternak dan Nelayan.

13. Kerana kejadian inilah saya menggambarkan kemungkinan yang akan berlaku jika Menteri Kewangan ini menjadi Perdana Menteri. Sudah tentu banyak sekali caranya untuk meningkatkan namanya dan merosakkan nama rakan-rakan.

14. Saya memutuskan untuk tidak bertanding lagi dalam pilihanraya dan terus berundur dari politik. Sehingga hari ini pun Tun Dr. Mahathir tidak mengetahui sebab sebenarnya saya tidak mahu menjadi Menteri lagi.

Wednesday, February 1, 2012

SHAMELIN - DIHEMPAS BADAI DILAMBUNG GELOMBANG

JANGAN KATA MELAYU GAGAL 
KERANA 
TIDAK MENCOBA

(SHAMELIN BERJAYA SEBAGAI BADAN KORPORAT TETAPI BELUM SAMPAI KE MATLAMAT PERJUANGAN ASALNYA)

Ucapan yang diturunkan di bawah ini telah disampaikan sekitar 30 tahun yang lalu. Ianya menjadi sumber renungan mengenai betapa susahnya menjadi Melayu di bidang ekonomi dan perniagaan.


Melayu sebenarnya, semenjak dari dulu, tidak kurang semangat dan inisiatif untuk berjuang dalam segala bidang, tetapi kurang pengalaman, bimbangan, dari yang mengerti, dalam bidang ekonomi dan perniagaan maka berbagai masalah telah dihadapi..


Walau bagaimana tinggi sekalipun semangat yang ada pada kita, kita tidak mampu menyaingi pengalaman dan network kaum bukan Melayu yang cukup modal; dan kita juga tidak mampu  menyaingi institusi, yang ditubuh dan dimodalkan oleh kerajaan, yang menandingi swasta Melayu dalam bidang yang sama, yang sudah wujud lebih awal.


Melayu kini sudah bermodal, berpendidikan, berilmu dan berpengalaman. Hanya semangatlah yang diperlukan untuk meneruskan perjuangan SHAMELIN atau apa jua rancangan perjuangan di bidang ekonomi yang stratejik dan yang diperlukan oleh bangsa, seperti industri pertanian, pengangkutan dan keperluan makanan'

Ucapan ini telah saya sampaikan dalam masa lebih dari dua jam dengan nada suara yang agak tinggi. Pada waktu itu saya berumur 38 tahun dan belum kena penyakit jantung.

Semoga bacaan ini tidak membosankan.


TEKS UCAPAN
Y. B. DATO’ SERI SANUSI JUNID
Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar

Semasa merasmikan

Mesyuarat Agung Koperasi Shamelin Berhad 1981,
Di Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor

DIHEMPAS BADAI
DILAMBUNG GELOMBANG
BY. SANUSI JUNID