Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Kerana yang saya perkatakan selalu diulang-ulangkan maka saya mungkin dianggap miskin ilmu tetapi harapan supaya apa yang saya perkatakan itu tinggal lebih lama dalam ingatan untuk diamalkan adalah lebih berpotensi.
Oleh kerana apa yang saya perkatakan itu adalah perkara yang saya anggap sebagai satu prinsip maka saya tetap tidak akan mengubah isi ucapan saya selagi Aceh tidak berubah ke arah yang lebih positif.
Saya mohon ma'af kerana masukan saya dalam blog pada kali ini dituju khusus kepada anggota masyarakat Aceh yang berada di luar Aceh dan di luar Indonesia, iaitu mereka, atau wakil, yang telah tidak dapat bersama hadir dalam rapat ADIC ke 3 yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Untuk mencari ilmu dan rezeki pelajar dan dewasa Aceh berada di 48 negara asing selain negara kita. Salam hormat saya untuk semua.
Mesej ini adalah untuk suku kaum Melayu yang bertambah pupus kerana bencana manusia dan bencana alam.
NOTA UCAPAN DI ACEH DEVELOPMENT INTERNATIONAL CONFERENCE (ADIC) KE 3
DI DEWAN SENAT UIAM
PADA 27hb MAC, 2012 PADA 4.30 PETANG
PERMULAAN
Dalam conference in saya tidak berhasrat untuk mengemukakan banyak perkara baru. Jika saya mengemukakan ide-ide baru dalam setiap conference saya akan dianggap bijak oleh pendengar tetapi apa yang saya perkatakan tidak akan menjadi amalan.Kerana yang saya perkatakan selalu diulang-ulangkan maka saya mungkin dianggap miskin ilmu tetapi harapan supaya apa yang saya perkatakan itu tinggal lebih lama dalam ingatan untuk diamalkan adalah lebih berpotensi.
Oleh kerana apa yang saya perkatakan itu adalah perkara yang saya anggap sebagai satu prinsip maka saya tetap tidak akan mengubah isi ucapan saya selagi Aceh tidak berubah ke arah yang lebih positif.
KESILAPAN DI MALAYSIA
Saya mengetahui bahawa masyarakat Aceh sekarang ini sedang sibuk mencari ilmu ilmu di seluruh dunia. Ini adalah satu perkembangan yang baik.
Malaysia juga banyak berbuat demikian sejak Merdeka.
Malangnya ramai juga dari yang terdidik itu sudah hilang semangat ke-Melayuan dan ke-Islamannya.
Yang anehnya ada juga yang berpendidikan lokal (tempatan) tetapi terperangkap, kerana kemewahan dan pendedahan di Barat, begitu rupa sehingga ada pemimpin yang dulunya berorientasikan Islam kini memperjuangkan :
1. Keselamatan Israel dan
2. Berusaha menghalalkan amalan seks antara kaum sejenis (gays dan lesbians) asalkan ada persetujuan bersama.
PUSAKA BANGSA
Dari segi ‘ilmu kita boleh belajar dari luar Negara tetapi dari segi nilai Aceh memiliki modelnya sendiri di zaman kegemilangannya.
Aceh tidak perlu mencontohi kesilapan yang berlaku di Negara ini kerana Aceh mempunyai terlalu banyak masaalah ciptaannya sendiri.
Pendek kata muda-mudi Aceh hendaklah mencari apa yang hilang di tempat ianya kehilangan. Satu dialog yang diberitahu kepada saya di waktu mula sampai ke Jerman Barat ialah begini:
DIALOG
Haben Sie etwas verloren?
( Na peu peu nyan gadoh? – Apakah kamu kehilangan sesuatu? )
Ja.
( Na – Ya )
Was haben Sie verloren?
( Peu nyan gadoh? – Apakah yang hilang? )
Ein Kugelschreiber.
( Pen – pena )
Haben Sie hier verloren?
( Peu keuh gadoh di sino? – Apakah hilangnya di sini? )
Nein.
( Kon - Tidak )
Warum haben Sie hier suchen dann?
( Pakon cit ta mita di sino? – Kenapakah kamu cari di sini? )
Es gibt licht hier.
( Pasai di sino na panyot – kerana di sini ada lampu )
Bek keuh biek Aceh geutanyo jeut meunan.