Assalaamu'alaikum
Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Oleh kerana Tan Sri Sanusi Junid telah tidak menulis dalam blog ini sejak sebelum awal Ramadhan maka kami di pejabatnya menurunkan apa-apa penulisan yang kami perolehi yang difikirkan mungkin ada di kalangan pembaca ingin mengetahuinya.
Profail ini telah tercetak dalam Buku Cenderamata Majlis Konvokesyen ke 24, Universiti Utara Malaysia, di Sintok, Kedah, yang diadakan dari 1 hingga 6 Oktober, 2011 bersamaan 3 hingga 8 Zulkaedah, 1432H.
Profail ini agak mencukupi walaupun ianya tidak dilengkapi dengan perjalanan pembelajaran dan hidupnya di waktu di London, Hamburg, Jerman Barat ( Jerman Barat dan Timur belum disatukan di waktu ini) dan Nanjing, China.
Mudah-mudahan pendedahan ini, jika merupakan ulangan sekali pun, dalam menjadi latar belakang ke atas isi-isi penulisannya.
Fahmi M. Nasir
IJAZAH
KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH (POLITIK DAN PEMBANGUNAN) – UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Yang
Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid
Tan Sri Sanusi Junid dilahirkan pada 10
Julai 1943 di Yan, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Yan
pada tahun 1949 hingga 1953. Kemudiannya beliau telah melanjutkan pengajian di
peringkat menengah di Sekolah Ibrahim di Sungai Petani bermula dari tahun
1954-1956 dan kemudiannya bertukar ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak
pada tahun 1957-1963.