Wednesday, September 12, 2012

UUM - MAJLIS KONVOKESYEN KE 24

Assalaamu'alaikum
Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
 
Oleh kerana Tan Sri Sanusi Junid telah tidak menulis dalam blog ini sejak sebelum awal Ramadhan maka kami di pejabatnya menurunkan apa-apa penulisan yang kami perolehi yang difikirkan mungkin ada di kalangan pembaca ingin mengetahuinya.
 
Profail ini telah tercetak dalam Buku Cenderamata Majlis Konvokesyen ke 24, Universiti Utara Malaysia, di Sintok, Kedah, yang diadakan dari 1 hingga 6 Oktober, 2011 bersamaan 3 hingga 8 Zulkaedah, 1432H.
 
Profail ini agak mencukupi walaupun ianya tidak dilengkapi dengan perjalanan pembelajaran dan hidupnya di waktu di London, Hamburg, Jerman Barat ( Jerman Barat dan Timur belum disatukan di waktu ini) dan Nanjing, China.
 
Mudah-mudahan pendedahan ini, jika merupakan ulangan sekali pun, dalam menjadi latar belakang ke atas isi-isi penulisannya.
 
Fahmi M. Nasir
 
 
IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH (POLITIK DAN PEMBANGUNAN) – UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid

Tan Sri Sanusi Junid dilahirkan pada 10 Julai 1943 di Yan, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Yan pada tahun 1949 hingga 1953. Kemudiannya beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Ibrahim di Sungai Petani bermula dari tahun 1954-1956 dan kemudiannya bertukar ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak pada tahun 1957-1963.



Atas minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan, Tan Sri Sanusi kemudiannya melanjutkan pengajian di Institute of Bankers London sebelum mengambil Sijil Perdagangan Luar Negara dan Pertukaran Asing di Institute of Export, University London. Pada tahun 1969-1970 beliau sekali lagi menyambung pengajiannya, kini dalam bidang bahasa di Berlitz Scool of Language di Jerman. Bagi meningkat pengetahuan dalam aspek sebenar dan amalan industri, beliau turut menghadiri kursus praktikal di Chartered Bank Bishopgate, London.

Hasil perkongsian hidup bersama Puan Sri Nila Inangda Manyam Keumala, Tan Sri Sanusi telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata, tiga lelaki dan empat perempuan, iaitu Akhramsyah Muammar Ubaidah, Attikah Ummi Chadijah, Amanda Ruhul Hamidah, Aliyah Nur Zafirah, Athirah Baina Raidah, Azfar Nur Faruqi dan Akhari Aya Maziz.

Pada tahun 1963, ketika berumur 20 tahun, Tan Sri Sanusi telah memulakan kerjaya pertamanya sebagai Pegawai Latihan di Standard Chartered Bank, Seremban. Atas daya usaha yang ditunjukkan, beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kanan Pinjaman Chartered Bank pada tahun 1971. Pada tahun 1975, beliau dilantik pula menjadi Pengarah Bank Simpanan Nasional dan Pengerusi Syarikat Insan Diranto Bhd. Dua tahun berikutnya, beliau dilantik sebagai Pengerusi Tugu Insurance Sdn. Bhd. dan Pengerusi Obanto Management Consultancy Sdn. Bhd.. Selain itu, beliau juga turut memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Shamelin Cooperative.

Pada tahun 1978, pengetahuan beliau yang luas telah dimanfaatkan ke bidang akademik di mana beliau dilantik sebagai Ahli Jemaah Universiti Teknologi Malaysia. Pada tahun 1982 pula, beliau menjadi Ahli Majlis Universiti Malaya. Setahun berikutnya beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hari Kebangsaan dan Ahli Majlis Perdagangan Malaysia. Tan Sri Sanusi kemudiannya dilantik pula menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Februari 2000.

Selain jawatan-jawatan dalam korporat dan akademik, beliau juga telah diamanahkan oleh kerajaan Malaysia untuk menganggotai beberapa Majlis dan Jawatankuasa peringkat negara antaranya, Ahli Majlis Perundingan Belia Negara, Ahli Lembaga FELDA, Ahli Majlis Perundingan Negara Mengenai Latihan Perusahaan, Ahli Majlis Penasihat Kebangsaan Pelindung Pengguna, Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Ahli Jawatankuasa Penyelarasan Pelaburan Bumiputera, Ahli Majlis Tindakan Negara dan Ahli Majlis Perancang Negara. Beliau turut menjadi Ahli Kumpulan Wang Angkatan Tentera, Ahli Majlis Perdagangan Malaysia, Presiden Pertubuhan Penyusunan Semula Pertubuhan (AARRO), Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Pengerusi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah (SEDC), Permodalan Kedah Berhad dan Yayasan Islam serta Ahli Lembaga, Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA).

Beliau turut aktif dalam persatuan dan pernah menjadi Naib Presiden serta Pengasas Angkatan Belia Malaysia (ABIM) pada tahun 1971-1973. Seterusnya, pada tahun 1973 beliau menjawat jawatan Presiden Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC). Setelah tiga tahun, beliau dilantik pula sebagai Pengerusi Persatuan Pencetak Melayu Malaysia. Pada tahun 1996 ketika memgang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, beliau telah dipertanggungjawabkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan Presiden Persatuan Aceh Malaysia.

Dalam bidang profesional, Tan Sri Sanusi pernah diamanahkan sebagai Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan. Beliau juga menjadi Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia pada tahun 1976. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) dan Khalifah Besar Lembaga Adat Seni Gayong pada tahun 1982.

Tan Sri Sanusi mula melibatkan diri dalam bidang politik sebagai ahli UMNO Seremban ketika mula menjejakkan kaki dalam alam pekerjaan pada tahun 1963. Perjalanan beliau dalam bidang politik selepas itu berjalan dengan agak pantas dan lancar. Setahun selepas mendaftarkan keahliannya sebagai ahli UMNO, beliau dilantik sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Seremban dan kemudiannya sebagai Bendahari UMNO Bahagian Seremban Timur pada tahun 1966. Beliau kemudiannya diamanahkan memegang dua jawatan sekaligus iatu sebagai Setiausaha dan Ketua Penerangan UMNO Seremban Timur pada tahun 1967. Pada tahun 1969, ketika menyambung pengajiannya di London, beliau telah dipertanggungjawabkan memgang jawatan Ketua Penerangan Kelab UMNO London.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-5 tahun 1974, ketika berumur 31 tahun Tan Sri Sanusi bertanding sebagai calon Parlimen Jerai dan telah menang tanpa bertanding. Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai pada tahun 1975. Ketika Pilihan Raya Umum Ke-6 tahun 1978, beliau telah dicalonkan pula di kawasan Parlimen Jerlun-Langkawi dan sekali lagi menang mengalahkan calon PAS pada ketika itu. Beliau turut dilantik sebagai Ketua Penerangan Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Kedah pada tahun berkenaan.

Atas bakat kepimpinan ada pada dirinya, beliau telah diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri pada ketika itu Tun Hussein Onn untuk memegang beberapa jawatan penting dalam kabinet. Pada tahun 1978, beliau telah dipertanggungjawabkan memegang jawatan Timbalan Menteri Tanah dan Kemajuan Wilayah dan selepas itu sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada tahun 1980.

Pada tahun 1981, beliau telah dillantik sebagai menteri penuh iaitu Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar sehingga tahun 1986. Pada tahun tersebut, juga beliau turut dilantik memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Penerangan UMNO Malaysia dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-7 tahun 1982 beliau sekali lagi menang dan dilantik sebagai Ahli Parlimen Kawasan Jerlun-Langkawi dan kemudiannya dilantik semula sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO Malaysia pada tahun 1984. Pada tahun 1986, Tan Sri Sanusi menjadi Menteri Pertanian dan Ketua Bahagian Jerlun-Langkawi. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia pada tahun 1990.

Beliau kemudiannya telah keluar dari barisan kabinet untuk bertanding dalam kawasan DUN dan dilantik menjadi Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ketujuh. Jawatan berkenaan dipegang selama tiga tahun bermula 16 Jun 1996 sehingga November 1999. Di peringkat DUN, beliau menjadi EXCO Jawatankuasa Agama dan Pendidikan, Majlis Eksekutif Negeri Kedah. Pada tahun 2000, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuah, Langkawi. Kini beliau adalah Ahli Dewan Tertinggi, Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (PAKKU).

Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya, terhadap negeri dan negara Tan Sri Sanusi telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran, antaranya Dato’ Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.), Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.), Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.), Seri Setia DiRaja Kedah (S.S.D.K.), dan Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) dan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau turut dianugerahkan gelaran Profesor Kehormat oleh Nanjing University, China pada tahun 1996 atas sumbangan beliau dalam bidang pertanian.

HONORARY DOCTOR OF PHILOSOPHY (POLITICS AND DEVELOPMENT) – UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid

Tan Sri Sanusi Junid was born on 10 July 1943 in Yan, Kedah. He received his early education at the Sekolah Melayu Yan from 1949 until 1953. His secondary education started at the Ibrahim Secondary School in Sungai Petani, and he was there from 1954 until 1956. Showing great academic potential as an excellent high achiever, Tan Sri was transferred to the famed Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak in 1957. He left the MCKK in 1963.

As a budding scholar with a growing passion for the acquisition of knowledge, Tan Sri Sanusi decided to pursue his further studies at the Institute of Bankers, London. He went on to obtain a Certificate in Foreign Trade and Foreign Exchange from the Institute of Export, University of London. Between the years 1969 and 1970, Tan Sri immersed himself in one of his great passions in life, mastery of foreign languages. He studied at the Berlitz Language School in Germany. To deepen his experiential knowledge of the industry in which he had chosen to excel, Tan Sri attended practical courses conducted by the Bishopgate Chartered Bank, London.

Tan Sri Sanusi is married to Puan Sri Nila Inangda Manyam Keumala, and they have been blessed with seven lovely children, three sons and four daughters. They are Akhramsyah Muammar Ubaidah, Attikah Ummi Chadijah, Amanda Ruhul Hamidah, Aliyah Nur Zafirah, Athirah Baina Raidah, Azfar Nur Faruqi and Akhari Aya Maziz.

In 1963, when he was only 20, Tan Sri Sanusi began his career as a Training Officer at the Standard Chartered Bank, Seremban. He quickly rose from the rank and file and was promoted Senior Manager (Loans Section) at the Chartered Bank, Kuala Lumpur in 1971. In 1975, he was appointed the Director of the National Savings Bank (Bank Simpanan Nasional) and Chairman of Insan Diranto Bhd. Two years later, he was appointed the Chairman of Tugu Insurance Sdn. Bhd. and also Chairman of Obanto Management Consultancy Sdn. Bhd. Apart from these high profile appointments, Tan Sri Sanusi was also the General Manager of Shamelin Cooperative.

In recognition of his vast experience in the academic world, Tan Sri was selected to become a member of the Board of Directors of Universiti Teknologi Malaysia in 1978. Then in 1982, he was made a member of the Universiti Malaya Council. A year later, he was appointed the Chairman of the National Day Celebrations and a member of the Malaysian Business Council. Tan Sri Sanusi became the fourth President of the International Islamic University Malaysia (UIAM) in February 2000.

In addition to his appointments to important corporate and academic positions, Tan Sri has also served the Malaysian Government with distinction in several national councils and committees, amongst them: he was a member of National Youth Consultative Council, a member of the FELDA Board, National Consultative Council on Industrial Training, a member of the National Advisory Council on Consumer Protection, a member of the Parliamentary Accounts Committee (PAC), and a member of the Bumiputera Investment Coordination Committee, and a member of the National Action Council. Tan Sri Sanusi was also a member of the Armed Forces Fund Board (LTAT), President of Afro Asian Rural Reconstruction Organization (AARRO), Chairman of the Kedah Economic Development Authority (KEDA), Chairman of the Kedah State Economic Development Corporation (SEDC), Chairman of the Permodalan Kedah Berhad and the State Islamic Foundation. Tan Sri was also a member of the Langkawi Development Authority (LADA).

Tan Sri Sanusi also played an active role in associations. He was a founding member of the Muslim Youth of Malaysia (ABIM), and was appointed to the position of Vice President during the period 1971-1973. In 1973 he took office as the President of the Youth Clubs Association of Malaysia (MAYC). Three years later, he was made the Chairman of the Association of Malaysian Malay Printers. In 1996, when he was holding office as the Menteri Besar of Kedah, he was also the President of the Kedah Football Association (KFA) and President of the Aceh Association, Malaysia.

In his illustrious career of service to clubs and organizations, Tan Sri Sanusi was once the Secretary of the Malay Chamber of Commerce, Negeri Sembilan. He was also a member of the Malay Chamber of Commerce, Malaysia in 1976, a member of the Advisory Board of the National Youth Cooperative (KOBENA) and the Khalifah Besar of the Board for the Traditional Art of Seni Gayong in 1982.

 Tan Sri Sanusi became involved in politics when he became a member of UMNO Seremban in 1963, the same year he first started work. His foray into politics was characterized by an accelerated but yet smooths transitional process of moving up to the top echelons of the party leadership. A year after registering as a member of UMNO, Tan Sri was appointed the Secretary of UMNO Youth, Seremban Branch, and not long after, the Treasurer of the UMNO East Seremban branch in 1966. Later he was entrusted with the task of simultaneously shouldering the responsibility of two official posts, that of Secretary and Seremban UMNO Information Chief in 1967. While he was in London to further his studies in 1969, he was the Information Chief of the London UMNO Club.

In the 5th General Elections in 1974 when he was only 31 years old, Tan Sri Sanusi was an election candidate in the Jerai parliamentary seat, and won the seat without contest. He was then appointed the Deputy Head of the Jerai UMNO Division in 1975. For the 6th General Elections, in 1978, Tan Sri was nominated to contest the Jerlun-Langkawi parliamentary seat and, once again, defeated the PAS candidate at the time. With that electoral success, he was given the responsibility of being the Kedah UMNO Information Chief.

Given Tan Sri’s leadership qualities, it was not long after that the then Prime Minister, Tun Hussein Onn appointed him to hold several important posts in the Cabinet. In 1978, he was made the Deputy Minister of Land and Regional Development and after that, 1in 1980, he took on the portfolio of Deputy Home Minister.

In 1981, he was made a full Cabinet minister with his appointment as the Minister of National and Rural Development. He held the post until 1986. In the same year, Tan Sri was also appointed to the following posts: Chairman, Information Committee, UMNO Malaysia, Chairman, Information Bureau, UMNO Malaysia, and member of the Supreme Council, UMNO Malaysia.

In the 7th General Elections in 1982, Tan Sri won the Jerlun-Langkawi parliamentary seat and was re-elected as a member of the Supreme Council, UMNO Malaysia. He was then appointed to the post of Secretary-General of UMNO Malaysia in 1984. In 1986, Tan Sri became the Minister of Agriculture and Head of Jerlun-Langkawi Division. Tan Sri went on to become an UMNO Vice-President in 1990.

Tan Sri then left the Cabinet to contest as a candidate in a Kedah state assembly seat. Having won the seat, he was appointed the 7th Menteri Besar of Kedah, Darul Aman on 16 June 1996. He held the post until November 1999. As a state assemblyman, he had held the following two key portfolios, namely the EXCO for the Religion and Education Committee, and Kedah State Executive Council. In 2000, he became the state assemblyman for Kuah, Langkawi. Currently, Tan Sri is a member of the Supreme Council, Association of former UMNO Elective Representatives (PAKKU).

In recognition of his immerse contributions and dedicated service to the state and nation, Tan Sri Sanusi was bestowed numerous awards and honorific titles: amongst them Dato’ Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.), Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.), Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.), Seri Setia DiRaja Kedah (S.S.D.K.), dan Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) and Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) which carries the title Tan Sri. He was also appointed an honorary Professor at Nanjing University, China, in 1996 for his outstanding achievements in the field of agriculture.



3 comments:

Anonymous said...

Patut tambah lagi....menjadi penyokong Dr. Mahathir yang sangat kuat dan setia. Walaupun ternyata Dr. Mahathir berfikiran liberal dan menghentam kromo dalam hal-hal ugama. Pernah membuat kenyataan semasa menjadi MB kedah..."sanggup bermandi darah kerana Dr. Mahathir", walaupun ternyata mamak bendahara tersebut menghina sunnah Rasullullah dan menghina Hukum Hudud.

Arjuna said...

Tan Sri...sila jawab:

http://msomelayu.blogspot.com/2012/10/penentang-anwar-alami-krisis-peribadi.html

dodo abunagar said...

Muslims must learn Islam religion TRUE Islamic and Publish the teachings of religion to the others, whether Muslims or non-Muslims The life of the Prophet Mohammed peace be upon him and his wives ,companions sahaba ,followers al tab'een .To respond to the accusations against Islam and muslims