TINJAUAN ATAS PERJALANAN DAN PENGALAMAN BERPANDUKAN PERPADUAN
DI MANAKAH SEBENARNYA KEKUATAN EKONOMI UMMAT ISLAM
Pada kali ini saya ingin merayau kesana-sini sekitar perkara yang ada, atau pernah ada, di dalam fikiran saya dan sekitar pengalaman pahit saya dalam usaha mencari jalan untuk memikirkan bersama masalah ekonomi sekitar 300 juta orang Melayu di Nusantara ini dan 1 ribu juta ummat Islam di dunia.
SELAGI ADA MINYAK
1. Bila disebut saja mengenai negara-negara Islam yang kaya di dunia ini perhatian kita selalu tertumpu kepada minyak dan gas yang ada pada sesebuah negara itu. Negara Islam yang banyak sumber minyak dan gas digelar sebagai negara kaya walaupun rakyatnya tidak berilmu pengetahuan, tidak rajin berkerja dan tidak mempunyai akhlak dan iman yang kuat dan murni.
2. Jarang sekali kita mendengar kenyataan bahawa kekayaan ummat Islam itu terletak pada jumlahnya yang ramai jika mereka itu, atau kita ini, bersatu.
3. Mata rakyat dan lebih-lebih lagi mata pemimpin dikelabukan oleh limpahan minyak dan gas yang banyak di dalam negara Islam sedemikian.
2. Jarang sekali kita mendengar kenyataan bahawa kekayaan ummat Islam itu terletak pada jumlahnya yang ramai jika mereka itu, atau kita ini, bersatu.
3. Mata rakyat dan lebih-lebih lagi mata pemimpin dikelabukan oleh limpahan minyak dan gas yang banyak di dalam negara Islam sedemikian.
4. Oleh yang demikian wujudlah anggapan yang mengatakan jika rakyat dalam sesebuah negara yang ada minyak dan gas itu malas sekalipun negara itu tetap kaya kerana kerja boleh dibuat oleh tenaga kerja asing yang rajin.
5. Jika tahap pendidikan rakyat dalam negara yang banyak minyak dan gas terlalu rendah sekalipun negara tetap boleh menjadi kaya dengan mengupah pakar dari negara lain.
6. Kalau pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua dalam negara yang banyak minyak dan gas bergelumang dengan maksiat dan rasuah sekalipun negara itu tetap boleh menjadi negara kaya.
7. Pendek kata jika negara itu ada minyak dan gas, rakyatnya tidak berpelajaran, malas dan tidak patuh pada ugama sekalipun, negara tetap boleh menjadi kaya, kerana orang dari negara yang memerlukan minyak akan mengisi semua keperluan negara yang ada minyak tanpa rakyat negara itu perlu berilmu, rajin dan beriman.
8. Adakah dengan kayanya negara maka rakyat juga kaya? Perkara ini tidak salah jika difikirkan.
9. Jarang sekali terfikir oleh yang kaya bahawa kekayaan itu perlu berkat.
PERPADUAN HANYA UNTUK POLITIK
10. Perpaduan sebagai formula untuk memajukan ummat sering diketepikan kerana perpaduan atau perpecahan itu sudah menjadi dua faktor yang dimonopolikan untuk menang atau mengalahkan lawan dalam dunia politik.
11. Kenyataan ini tidak bererti ummat Islam tidak boleh bersatu-padu untuk mencapai matlamat politik malahan, sejarah kejayaan ummat Islam, kerana bersatu dalam perjuangan politik, hendaklah menjadi inspirasi untuk memperjuangkan ekonomi melalui perpaduan.
12. Di Malaysia, perjuangan untuk menentang gagasan Malayan Union pada tahun 1946 telah berjaya kerana perpaduan orang-orang Melayu, dan bukan kerana kekayaan orang-orang Melayu. Perpaduan itulah kekayaan kita.
13. Salah satu masalah pokok yang dihadapi oleh ummat Islam bukanlah kerana negaranya tidak kaya, kerana ketiadaan minyak dan gas, tetapi perubahan yang berlaku ke atas sikap pemimpinnya apabila sudah berkuasa atau sudah kaya. Seseorang yang kelihatan baik sebelum berkuasa, dan sebelum berharta, belum tentu tidak berubah menjadi sebaliknya bila sudah berkuasa.
14. Banyak sekali contoh-contoh di dunia mengenai watak yang wara' dan kuat mengkritik, malahan boleh dikatakan penyerang hebat amalan rasuah, tetapi apabila sudah berkuasa berubah menjadi saorang perasuah rakus yang bergelumang dengan maksiat.
15. Pendidikan yang tinggi pada seseorang individu juga tidak menjamin kebaikannya akan berterusan di waktu beliau berkuasa dan berwang. Bertambah tinggi pendidikan seseorang penjenayah itu bertambah besarlah penyelewengan dan rasuahnya dan bertambah susah untuk ditangkap atau dihukum.
16. Kini terbukti bahawa pendidikan ugama yang tinggi juga tidak menjamin seseorang itu akan kekal sebagai orang yang baik. Wanita, kuasa, wang dan pujian adalah faktor godaan dan ancaman yang berterusan.
COBAAN ALLAH s.w.t.
18. Kerana kegagalan menempuh cobaan Allah itulah maka terdapat negara yang mempunyai minyak tetapi rakyatnya miskin. Jika ini keadaannya berertilah ada pihak, samaada dari kalangan segelintir rakyat negara itu sendiri, secara terpisah atau berasingan, atau dengan kerjasama pihak asing, yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang minyak dan perniagaan, telah membolot kekayaan negara itu.
19. Ummat Islam bernasib baik dan bertuah jika ada negara, yang ramai ummat Islamnya, yang pemimpin dan rakyatnya berakhlak dan bermaruah juga, beramal dan berpegang kepada sifat-sifat mahmudah, berilmu kerana patuh kepada budaya iqra', disiplin dan rajin sebagaimana yang dituntut oleh ugama.
SHEIKH HABBASH DI DAMSYIK
20. Seorang sahabat saya bernama Sheikh Habbash yang menjadi anggota Parlimen, yang tidak berparti, yang mewakili Damshik atau Damascus, di Syam atau Syria adalah tokoh yang bijak dan menang dalam pilihanraya dengan mendapat majoriti yang paling tinggi. Beliau beristerikan wanita dari ketururunan Salehuddin Al Ayyubi, yang pernah mengalahkan Richard the Lion-heart di dalam perang salib. Abang iparnya juga, walaupun tidak berparti, telah menang mewakili Aleppo, di mana terdapat sebuah markas (castle) peninggalan Salehuddin. Sama-samalah kia berdo'a semoga Syria akan muncul sebagai negara yang aman dalam masa yang terdekat.
'AL YAPPAN'
21. Dalam satu khutbah Sheikh Habbash, pada hari Juma'at, di salah sebuah mesjid di Damsyik beliau telah menyatakan bahawa 'Jika Allah menciptakan Al Quran dengan 31 juzu' dan bukan hanya 30, mungkin juga juzu' yang ke 31 itu dinamakan 'Al Yappan'.
22. Kata Sheikh Habbash jika diperintah kepada Malaikat untuk mencari tempat atau negara contoh di mana rakyatnya paling giat mengamalkan budaya Iqra', jawapannya pasti 'Al Yappan'.
23. Jika Malaikat diminta untuk mencari tempat atau negeri contoh di mana rakyat paling rajin, jawabnya 'Al Yappan'.
24. Jika Malaikat diminta untuk mencari tempat atau negeri contoh di mana rakyatnya paling bersih jawabnya juga 'Al Yappan'.
25. Jika Malaikat diminta untuk mencari tempat atau negeri yang melonjak ketertiban dan kesopanan rakyatnya jawabnya juga 'Al Yappan'.
26. Jika Malaikat diminta untuk mencari negara di mana orang-orang tua paling dihormati, jawabnya juga Al Yappan.
27. 'Al Yappan' itu ialah Jepun. Rakyat Jepun rajin membaca, rajin bekerja, bersih, sopan dan makmur. Sebaliknya ummat Islam, di negara yang ada minyak sekalipun, didapati jahil membaca, malas berkerja, pengotor dan miskin.
28. Apabila seterusnya Malaikat diminta mencari tempat yang rakyatnya miskin tetapi besar serbannya barulah dicamkan Kandahar di Afghanistan, sebuah negara Islam sebagaimana banyak lagi negara Islam lain yang sedemikian.
29. Shaikh Habbash menyatakan perasaan dukacitanya apabila melihat rata-rata ummat Islam tidak minat membaca, malas, pengotor dan miskin jika dibandingkan dengan bukan Islam seperti di Jepun.
30. Bagaimanakah masa depan ummat Islam sedangkan 'Allah tidak akan membantu ummat Islam bersebabkan semata-mata seseorang itu Islam sahaja.
25. Jika Malaikat diminta untuk mencari tempat atau negeri yang melonjak ketertiban dan kesopanan rakyatnya jawabnya juga 'Al Yappan'.
26. Jika Malaikat diminta untuk mencari negara di mana orang-orang tua paling dihormati, jawabnya juga Al Yappan.
27. 'Al Yappan' itu ialah Jepun. Rakyat Jepun rajin membaca, rajin bekerja, bersih, sopan dan makmur. Sebaliknya ummat Islam, di negara yang ada minyak sekalipun, didapati jahil membaca, malas berkerja, pengotor dan miskin.
28. Apabila seterusnya Malaikat diminta mencari tempat yang rakyatnya miskin tetapi besar serbannya barulah dicamkan Kandahar di Afghanistan, sebuah negara Islam sebagaimana banyak lagi negara Islam lain yang sedemikian.
29. Shaikh Habbash menyatakan perasaan dukacitanya apabila melihat rata-rata ummat Islam tidak minat membaca, malas, pengotor dan miskin jika dibandingkan dengan bukan Islam seperti di Jepun.
30. Bagaimanakah masa depan ummat Islam sedangkan 'Allah tidak akan membantu ummat Islam bersebabkan semata-mata seseorang itu Islam sahaja.
KALAU TIADA MINYAK ATAU MINYAK KEHABISAN?
31. Bagaimana pula jika sesebuah negara Islam itu tidak mempunyai minyak?
32. Bagaimana pula dengan nasib umat Islam yang miskin yang tinggal di negara-negara yang majoriti rakyatnya bukan Islam?
33. Apakah mereka harus mengharapkan bantuan dari negara yang ada minyak?
34. Bagaimana pula kalau negara Islam yang ada minyak tidak mahu menolong ataupun mengenakan syarat yang tidak sesuai jika ingin mendapat pertolongan?
35. Bolehkah ummat Islam dalam sesebuah negara miskin mempercayai akan dibantu dengan wang dari negara Islam yang kaya sedangkan di negara Islam yang kaya itupun tidak jelas usaha untuk membantu rakyat miskin.
36. Bagaimana pula jika negara Islam yang ada minyak kemudiannya habis bekalan minyak mereka?
BEKALAN MINYAK HANYA COBAAN
37. Oleh kerana ummat Islam tidak boleh bergantung kepada minyak sahaja, atau kepada apa jua logam lain yang ada sahaja, untuk menjadi asas kekuatan ekonomi mereka, maka ummat Islam perlu memberi peluang kepada cara-cara alternatif yang lain untuk memperkukuh ekonomi negara dan ekonomi ummat.
38. Ramainya ummat Islam adalah satu modal atau faktor yang penting dalam usaha membangun ekonomi ummat asalkan ummat Islam itu bersatu. Oleh kerana tidak ada kesedaran bahawa perpaduan itu adalah satu prasyarat untuk ummat Islam yang ramai menguasai bidang ekonomi maka usaha untuk menyatupadukan ummat dianggap remeh dan tidak penting malahan dianggap lebih susah daripada menghabiskan minyak negara.
39. Jelaslah bahawa bekalan minyak hanya sementara dan ianya hanya satu cobaan kepada ummat Islam.
JUMLAH UMMAT - ITULAH KEKAYAAN
40. Sementara ramainya ummat Islam adalah asas untuk menjayakan ekonomi rakyat dalam sesebuah negara tetapi alangkah baiknya jika dari kalangan yang ramai dan berakhlak itu kita mempunyai cukup orang yang berpelajaran yang pandai memimpin dan bekerja dan tidak hanya sekadar pandai bercakap sahaja.
41. Selama ini akhlak, sikap atau pun ugama rakyat umumnya, dan pemimpin khususnya, tidak menjadi perhitungan, sebagai syarat, jika sesebuah negara itu ada minyak. Sebenarnya faktor akhlak, sikap dan ugamalah yang diperlukan, apabila kita memerlukan cara alternatif untuk memperkukuhkan ekonomi ummat Islam, jika atau apabila minyak sudah tiada lagi.
42. Adalah jelas bahawa jalan menuju kejayaan bagi ummat Islam ialah dengan menghidupkan budaya Iqra' atau kegemaran membaca atau menuntut ilmu pengetahuan. Sejak kanak-kanak lagi ummat Islam perlu diasuh bahawa, walau bagaimana pun ilmu pelajaran dan kelulusan yang tinggi melangit, tidak akan memberi munafa'at kepada umat Islam secara menyeluruh jika yang berilmu itu tidak berakhlak dan menghayati serta mengamalkan nilai-nilai ugama.
43. Satu usaha untuk menerapkan ugama secara lebih mendalam kepada pelajar pernah dilakukan di sebuah sekolah asrama penuh dalam negara kita iaitu di MCKK atau Kolej Melayu Kuala Kangsar.
44. Setelah keluar keputusan peperiksaan Tingkatan 5 untuk tahun 1961 di MCKK ramailah pelajar yang mendapat banyak A menyatakan keyakinan mereka bahawa kejayaan mereka itu semata-mata kerana mereka tekun belajar dan kejayaan itu adalah atas dayausaha atau inisiatif mereka sendiri.
45. Apabila ditanya kepada yang kurang berjaya jawapannya ialah kerana Allah s.w.t. tidak mengizinkan walaupun mereka juga tekun dan gigih belajar. Ternyatalah, seperti pemimpin-pemimpin negara, yang ada minyak, pelajar yang dapat banyak A, bukan banyak minyak, mudah lupa kepada Allah. Bagi negara miskin yang tidak mempunyai minyak pula, seperti pelajar yang tidak begitu berjaya mendapat banyak A, mereka terus membabitkan Allah s.w.t..
INSPIRASI DARI BUKU HAMKA
46. Waktu cuti penggal pertama, selepas mendapat keputusan peperiksaan, saya telah ke Pulau Pinang dan berjumpa dengan Guru Nyak Chut, seorang yang berkelulusan Sekolah Tinggi Belanda di Padang, Indonesia tetapi mengepalai Syarikat Petraco di Jalan Gereja, Pulau Pinang. Bila saya sebutkan mengenai tinjauan ke atas pelajar yang gagal yang menyatakan kerana takdir dari Allah dan yang berjaya merasakan diri pandai Nyak Chut mencadangkan saya membaca buku Hamka berjudul 'Revolusi Ugama'. Saya sudah lupa isi buku ini secara rinci. Akan tetapi saya tidak pernah lupa dengan pesanan yang disampaikan dalam buku tersebut. Kesimpulan yang saya perolehi setelah membacanya ialah manusia tidak boleh lupa kepada Allah s.w.t. dalam semua aspek kegiatan hidup. Perpaduan ummat wajib menjadi keutamaan dalam segala usaha untuk menyelesaikan masalah sendiri.
BRU - BADAN REVOLUSI UGAMA DITUBUHKAN
47. Di MCKK ada Badan Ugama yang diketuai oleh Ketua Pelajar ( Head-boy ) dan Setiausahanya dipilih berasaskan cadangan oleh guru ugama Ustaz Ghazali dan dipersetujui oleh pelajar-pelajar yang minat kepada ugama. Dari jumlah pelajar yang tidak ramai, dalam kategori ini, saya telah dipilih menjadi Setiausaha Badan Ugama.
48. Kerana pengaruh buku Hamka maka Badan Ugama di MCKK telah diubah nama kepada Badan Revolusi Ugama ( BRU ) pada tahun 1962. Melalui badan inilah banyak program dakwah telah diatur di kalangan pelajar-pelajar MCKK dan seterusnya menyampaikan ceramah-ceramah di masjid-masjid sekitar kawasan Kuala Kangsar.
JASA IBU NANCY
49. Ada dua orang dewasa yang banyak membantu untuk menjayakan program dakwah di dalam dan di luar sekolah. Yang pertama iala ibu Nancy, di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, yang berasal dari Medan dan pernah menjadi ratu cantik di sana, iaitu isteri Raja Razman Shah orang Besar Empat Negeri Perak di waktu itu. Oleh kerana beliau meminati pidato Presiden Soekarno maka beliau telah memberi tunjuk ajar kepada beberapa orang pemimpin pelajar mengenai cara bersyarah atau berpidato yang lebih baik, iaitu ala Soekarno. Ibu Nancy mempunyai bahan dan mengetahui tata-cara bersyarah yang baik berpandukan rakaman ucapan-ucapan Presiden Soekarno.
BUDI PAK ARSHAD TUKANG GUNTING RAMBUT
50. Seorang tokoh lagi yang banyak membantu usaha dakwah di MCKK ialah Pak Arshad tukang gunting. Beliau membantu untuk mengenali pelajar-pelajar yang bersemangat Melayu yang tinggi, dan seterusnya menghubungkan kami dengan masjid-masjid di luar sekolah seperti masjid di Talang, Kota Lama Kanan, Kota Lama Kiri, Bukit Chandan dan Sayong. Atas nama BRU juga pernah diadakan ceramah sampai ke Kampung Lahat dekat Ipoh iaitu kampung Encik Rahman Pembantu Pejabat di MCKK.
51. Pak Arshadlah yang telah menyenaraikan nama pelajar-pelajar yang datang untuk bergunting rambut padanya, yang pada pandangan beliau mempunyai semangat berjuang yang cukup tinggi. Walau bagaimana pun tidak semua yang bersemangat Melayu berminat dengan kegiatan ugama dan ada juga yang bersemangat ugama yang tidak menunjuk minat kepada aspek ekonomi. .
PENYELESAIAN MASALAH MELALUI PERPADUAN
52. Buku Revolusi Ugama karangan Hamka itu banyak menekankan kepada perpaduan ummat Islam sebagai pra-syarat untuk menyelesaikan apa sahaja masalah ummat; sehingga terfikir oleh pelajar-pelajar faktor perpaduan sebagai cara menyelesaikan masalah ekonomi, selain politik, dan sebagainya. Melalui semangat perpaduanlah Malaya telah berjaya di bidang politik sehingga tercapai kemerdekaan dan, mengikut lojik atau mantiknya, melalui perpaduan jugalah orang Islam perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ekonominya.
53. Kegiatan dakwah yang berterusan adalah satu-satunya pendekatan yang perlu diteruskan tanpa henti, yang boleh membawa kepada perpaduan ummat.
54. Salah satu dari sebab utama kegagalan golongan yang ingin menegakkan syariat dalam sesebuah negara ialah apabila kegiatan dakwah diketepikan untuk diberi keutamaan kepada kegiatan politik. Adalah jelas bahawa politik berparti, tanpa dakwah yang berterusan, pasti menjamin perpecahan. Demokrasi, walau pun dikatakan cara pemerintahan yang terbaik, adalah satu konsep pertandingan atau adu dumba yang tidak boleh membawa kepada perpaduan ummat jika sikap tokoh yang bertanding dan sikap rakyat yang diberi tugas mengundi dalam sistem demokrasi tidak demokratik.
55. Untuk menunjukkan kehebatan pegangan ugamanya parti politik yang memperjuangkan negara syariat umumnya menumpukan perhatian bukan kepada kegiatan dakwah tetapi kepada retorik untuk melaksanakan hukum hudud. Ekonomi adalah bidang yang jarang terdengar disebut kecuali mengenai barang jualan dan bidang usaha sahaja yang diwajibkan halal.
56. Sebagaimana yang kita pelajari dari sejarah, akidah itu mendahului syari'at. Nabi besar Muhammad s.a.w. telah menegakkan keesaan Allah di kalangan ummat sebelum menerima wahyu mengenai hukum hakam.
57. Di Saudi Arabia umpamanya, di mana terdapat hukuman pancung atas kesalahan yang hukumannya memerlukan tindakan sedemikian terdapat yang kena pancung jarang kedengaran rakyat Saudi sendiri, kerana mereka cukup beriman, dan kegiataan dakwah dan pendidikan ugama begitu mendalam sehingga rakyatnya tidak melakukan jenayah yang melayakkan hukuman pancung. Yang kena pancung selalunya ummat Islam dari negara-negara lain yang kurang terdedah kepada pendidikan ugama dan kegiatan dakwah.
58. Kesimpulannya, jika dalam sesebuah negara itu banyak pencuri, dan hukuman kerat jari dan tangan dikuatkuasakan maka ramailah rakyat negara itu menjadi OKU dan bergantung kepada orang lain untuk hidup jika pekerjaan yang tidak memerlukan kepada tangan tidak mencukupi.
MARAMUNJANGAN DITUBUHKAN
59. Oleh kerana baki masa di tingkatan enam MCKK tidak sampai dua tahun, kerana adanya cuti, maka saya bersama 22 orang pelajar telah menubuhkan satu kumpulan yang bermotivasikan dengan slogan 'Mara Mundur Jangan' ( MARAMUNJANGAN ) dengan fokas kepada bidang ekonomi. Pada waktu itu kami menggunakan gelaran Mara ( seperti Mara Aziz, Mara Amdun, Mara Hamdan, Mara Zahari dan seterusnya ) apabila memanggil seseorang ahli. Katanama ini digugurkan apabila Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) ditubuhkan, selepas Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia pada tahun 1965 di bawah pimpinan Tan Sri Dato' Hanafiah Hussin.
53. Kegiatan dakwah yang berterusan adalah satu-satunya pendekatan yang perlu diteruskan tanpa henti, yang boleh membawa kepada perpaduan ummat.
54. Salah satu dari sebab utama kegagalan golongan yang ingin menegakkan syariat dalam sesebuah negara ialah apabila kegiatan dakwah diketepikan untuk diberi keutamaan kepada kegiatan politik. Adalah jelas bahawa politik berparti, tanpa dakwah yang berterusan, pasti menjamin perpecahan. Demokrasi, walau pun dikatakan cara pemerintahan yang terbaik, adalah satu konsep pertandingan atau adu dumba yang tidak boleh membawa kepada perpaduan ummat jika sikap tokoh yang bertanding dan sikap rakyat yang diberi tugas mengundi dalam sistem demokrasi tidak demokratik.
55. Untuk menunjukkan kehebatan pegangan ugamanya parti politik yang memperjuangkan negara syariat umumnya menumpukan perhatian bukan kepada kegiatan dakwah tetapi kepada retorik untuk melaksanakan hukum hudud. Ekonomi adalah bidang yang jarang terdengar disebut kecuali mengenai barang jualan dan bidang usaha sahaja yang diwajibkan halal.
56. Sebagaimana yang kita pelajari dari sejarah, akidah itu mendahului syari'at. Nabi besar Muhammad s.a.w. telah menegakkan keesaan Allah di kalangan ummat sebelum menerima wahyu mengenai hukum hakam.
57. Di Saudi Arabia umpamanya, di mana terdapat hukuman pancung atas kesalahan yang hukumannya memerlukan tindakan sedemikian terdapat yang kena pancung jarang kedengaran rakyat Saudi sendiri, kerana mereka cukup beriman, dan kegiataan dakwah dan pendidikan ugama begitu mendalam sehingga rakyatnya tidak melakukan jenayah yang melayakkan hukuman pancung. Yang kena pancung selalunya ummat Islam dari negara-negara lain yang kurang terdedah kepada pendidikan ugama dan kegiatan dakwah.
58. Kesimpulannya, jika dalam sesebuah negara itu banyak pencuri, dan hukuman kerat jari dan tangan dikuatkuasakan maka ramailah rakyat negara itu menjadi OKU dan bergantung kepada orang lain untuk hidup jika pekerjaan yang tidak memerlukan kepada tangan tidak mencukupi.
MARAMUNJANGAN DITUBUHKAN
59. Oleh kerana baki masa di tingkatan enam MCKK tidak sampai dua tahun, kerana adanya cuti, maka saya bersama 22 orang pelajar telah menubuhkan satu kumpulan yang bermotivasikan dengan slogan 'Mara Mundur Jangan' ( MARAMUNJANGAN ) dengan fokas kepada bidang ekonomi. Pada waktu itu kami menggunakan gelaran Mara ( seperti Mara Aziz, Mara Amdun, Mara Hamdan, Mara Zahari dan seterusnya ) apabila memanggil seseorang ahli. Katanama ini digugurkan apabila Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) ditubuhkan, selepas Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia pada tahun 1965 di bawah pimpinan Tan Sri Dato' Hanafiah Hussin.
60. Pengerusi Maramunjangan ialah Allahyarham Dr. Baharin Kasim dari Negeri Sembilan, Bendaharinya ialah Dato' Hamdan Hazizi dari Perak. Saya menjadi Setiausahanya. Semuanya dari tingkatan yang sama kecuali 4 orang iaitu Pak Arshad tukang gunting, Wan Aziz dan Syed Hizam, keduanya dari Trengganu dan senior setahun di atas kami, dan adek saya Allahyarham Abdullah Maamuoum dan rakan sekelas dengannya Abd Rahim yang junior dua tahun. Selain dari kenalan dan kawan rapat saya seperti Dato' Zahari Sulaiman anggota Maramunjangan yang lain telah dipilih, setelah saya dekati, atas cadangan Pak Arshad. Pak Arshad telah mengumpul nama-nama pelajar yang mempunyai semangat Melayu yang tinggi yang dikesan di waktu mereka bergunting rambut dengan beliau. Semuanya dipilih berasaskan perbualan waktu Pak Arshad menggunting rambut mereka.
61. Kegiatan dan matlamat BRU dan Maramunjangan adalah berlainan walaupun sebahagian kecil penggerak kedua badan ini sering bertindih. Sementara unit pertama Maramunjangan dipimpin oleh saudara Baharin ada juga beberapa unit tunjangan lain. Setelah saya selesai belajar di MCKK jawatan Setiausaha BRU telah diambil alih oleh Ungku Hashim, yang pernah menjadi engineer eksekutif di TNB, iaitu adek kepada Ungku Mohsein yang pernah di satu masa dulu menjadi Timbalan Menteri, yang berasal dari Trengganu. Ungku Hashim pula telah diganti dua tahun kemudian, oleh Sdr. Anwar Ibrahim.
62. Malangnya buku Hamka tidak memberi sebarang cadangan mengenai bentuk organisasi yang perlu ditubuhkan baik untuk perjuangan di bidang politik ataupun di bidang ekonomi atau pendidikan.
ZAHARI SULAIMAN BERTUGAS DI SEREMBAN
63. Sebahagian besar anggota Maramunjangan adalah dari kelas Tingkatan 6 pada tahun 1963. Kebanyakan dari kawan-kawan sedarjah terus pergi ke universiti. Oleh kerana saya memilih untuk menceburi bidang bank maka saya memulakan latihan di Seremban sebelum berangkat ke London untuk pelajaran lanjutan.
64. Selama 3 tahun pertama sebagai pelatih di The Chartered Bank Seremban ( Waktu itu The Chartered Bank belum bergabung dengan The Standard Bank untuk menjadi The Standard Chartered Bank) saya turut bergiat di dalam UMNO sebagai Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban Timur, dalam Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan sebagai Setiausaha Kehormat, dan menjadi ahli Kelab Belia Seremban yang bergabung dengan MAYC (Malaysian Association of Youth Clubs - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia). Saya telah dipilih menjadi Setiausaha pada umur 22 tahun kerana saya boleh touch-type, tringkas dan menyimpan buku kira-kira pertubuhan.
KELUARGA SHEIKH DAUD PATTANI
65. Selain itu saya juga bergiat menyatupadukan sekumpulan kecil ahli-ahli UMNO dan Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan untuk mewujudkan ladang menternak lembu susu di satu kawasan di Pantai, Seremban. Usaha itu digalakkan oleh YB Dato' Haji Redza bin Haji Said, Ahli Parlimen bagi kawasan Rembau-Tampin, sebagai bapa angkat saya, yang sebelumnya menjadi penjual daging di Pasar Seremban. Beliau merupakan seorang pakar mengenai lembu dan ternakan lain. Ayah Pak Haji Redza ialah Haji Mohd Said, seorang ulama besar yang menjadi Mufti Negeri Sembilan di satu masa dulu. Haji Mahadi, seorang seniman, adalah adek Pak Haji Redza dan juga bapa mertua kepada Dato' Mohd Nor Abdullah yang pernah menjadi Ketua Pengarah RISDA di waktu saya bertugas di Kementerian Pembangunan Tanah dan Wilayah di bawah menterinya Tan Sri Abd. Kadir Yusof.
66. Keluarga Pak Haji Redza adalah dari keturunan Sheikh Daud Pattani, seorang ulama besar di zamannya. Di waktu Trengganu, Kelantan dan Kedah masih di bawah pemerintahan Siam ramailah ulama dari Pattani yang merantau ke tempat lain. Di pantai timur semenanjung Malaya ulama yang berketurunan dari Sheikh Daud telah menjadi Mufti Kelantan, Nik Adib, begitu juga di Trengganu.
67. Di pantai barat saya difahamkan bahawa Haji Husin Dol, seorang ulama yang terlibat dalam penubuhan UMNO dan kemudiannya, menubuhkan PAS, juga dari keturunan Sheikh Daud Pattani.
68. Ayahanda kepada Teungku Muhammad Dawud Beureueh sebagai ulama yang berasal dari Trengganu telah berkhidmat dan berdakwah di Trengganu sehinggalah dijemput oleh Sultan Aceh di waktu itu untuk pindah ke Aceh. Sultan Trengganu merestuinya.
69. Di Aceh Teungku Muhammad Dawud Beureueh telah dinikahkan dengan Pocut Asiah yang berasal dari Tiro dan dari keluarga Teungku Tjhik Di Tiro, yang kini diiktiraf sebagai seorang Pahlawan Nasional di Indonesia. Cucu Teungku Tjhik Di Tiro, anak Teungku Tjhik Lambada, adalah ibu Junid, ayah saya.
70. Para 65 hingga 69 di atas telah menyimpang sedikit dari tajuk ekonomi ntuk dijadikan bahan penelitian seterusnya oleh keluarga tokoh-tokoh yang disebutkan di seluruh Nusantara. Semoga talisilaturrahim antara mereka menjadi bertambah erat.
ZAHARI SULAIMAN MEMPERKENALKAN IDE KOPERASI
71. Setelah lulus dari Universiti Malaya saudara Dato' Zahari Sulaiman, seorang ahli Maramunjangan, telah ditugaskan berkerja sebagai pegawai di Jabatan Kerjasama Seremban. Beliau telah tinggal bersama saya di tingkat atas kedai tukang jahit di depan pasar mini A. S. Dawood di Jalan Paul Seremban. Dari Zaharilah saya didedahkan kepada konsep koperasi sehingga akhirnya terfikir untuk menubuhkan Koperasi Pengguna Shamelin Berhad. Perkataan SHAMELIN membawa tiga erti iaitu (1) SHArikat MELayu INsaf, (2) SHArikat MELayu INternasional dan perkataan Shamelin, Shamelan dan Shamelon dalam bahasa Arab bererti kepelbagaian - SHAMELIN ingin bergiat dalam berbagai bidang di seluruh dunia.
72. Belum sempat saya menubuhkan Koperasi Shamelin saya telah dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk persiapan pergi ke London.
NATIONAL LAND FINANCE COOPERATIVE (NLFC)
73. Waktu di Seremban saya sempat mencadangkan kepada Tun Sambanthan, Ketua MIC Malaysia di waktu itu untuk menubuhkan koperasi untuk ahli-ahli MIC melabur untuk membolehkan mereka membeli estet-estet milik British yang hendak dijual kepada swasta di waktu itu.
74. Saya telah terdengar rancangan menjual syarikat-syarikat milik British ini dalam perbualan pengurus-pengurus estet Dunlop, Guthrie dan Sime Darby dengan Roger Holmes, Pengurus The Chartered Bank, Seremban. Antara estet yang saya teringat hendak cepat dijual pada waktu itu ialah Estet Nilai, di Negeri Sembilan.
SHAMELIN, NATIONAL LAND FINANCE, INSAN DIRANTO DAN MULTIPURPOSE HOLDINGS
75. Ayakanu, ketua MIC Negeri Sembilan pada waktu itu telah diperkenalkan kepada saya oleh pembantu pejabat di bank bernama Maniam yang kemudiannya memimpin MIC cawangan Temiang, Seremban. Ayakanu telah saya hubungi untuk memberitahu rancangan British ini. Oleh kerana ketakutan apabila estet-estet dijual kepada swasta China maka pekerja-pekerja India di estet-estet akan hilang pekerjaan maka cadangan saya, supaya sebuah koperasi milik orang-orang India ditubuhkan, telah diterima baik oleh Tun Sambanthan. Koperasi National Land Finance (NLFC) pun telah ditubuhkan.
76. Kerana hubungan baik dengan Tun Sambanthan inilah maka beliau bersetuju untuk usahasama dengan SHAMELIN bagi mewujudkan sebuah kilang minyak kelapa sawit di Semenyih bernama Shamelin Oil Processing Sdn. Bhd. (SOP) sebuah syarikat usahasama antara Shamelin, NLFC, Pacific Gamble Robinson, sebuah syarikat, beribu pejabat di Seattle, yang mempunyai rangkaian pasaraya di seluruh Washington State di Barat Amerika Syarikat.
77. Penubuhan Shamelin adalah satu manifestasi dari seruan ugama Islam supaya ummatnya bersatu. Penubuhan NLFC juga merupakan manifestasi dari perpaduan orang-orang keturunan India walau pun mereka bukan Islam. Seramai 25,000 peminjam wang dari The Chartered Bank di bawah skim pinjaman Bumiputera dan Peniaga Kecil juga telah diajak bersama di dalam Shamelin dan syarikat milik mereka sendiri, Insan Diranto, yang berperanan membantu penanam padi dengan kegiatan yang memerlukan jentera dan kenderaan yang boleh dimiliki oleh syarikat yang sahamnya terkumpul dari sumbangan penanam padi itu sendiri. Inilah yang dimaksudkan dengan cobaan mengamal perpaduan antara-kaum dalam bidang ekonomi.
78. Oleh kerana syarikat Insan Diranto telah mengumpul wang sejumlah lebih RM3 juta ringgit di waktu itu maka saya telah menghubungi Encik Tan Koon Swan, yang diperkenalkan kepada saya oleh wartawan mendiang M. G. G. Pillai, nama blognya Sang Kancil, untuk bekerjasama mendirikan syarikat pembuat biskut sendiri atau membeli saham dalam syarikat Malaysian Biscuits yang dipimpin oleh Tan Koon Swan.
79. Saya telah memaklumkan kepada Tan Koon Swan cara Insan Diranto mengumpul wang begitu banyak sehingga mempunyai wang untuk dilabur dalam sebuah syarikat biskut. Atas pinjaman yang dikeluarkan oleh The Chartered Bank kepada 25,000 penanam padi 10% darinya digunakan oleh peminjam untuk melabur dalam Insan Diranto.
TERHAPUSNYA PERATURAN BANK NEGARA YANG MERUGIKAN
80. Pada waktu itu, kerana aduan yang dibuat oleh pengilang-pengilang padi bukan Bumiputera di Perlis, Kedah dan Seberang Prai kepada The Chartered Bank sehingga 25,000 penanam padi yang melabur dalam Insan Diranto telah menjadi masalah kepada monopoli mereka dalam perniagaan dan perusahaan membeli dan mengilang padi, maka berasaskan hasil dari kajian yang dibuat, diikuti dengan arahan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia maka sumbangan balik 10% dari wang pinjaman, oleh penanam padi yang memegang saham Insan Diranto untuk menambah milik saham dalam syarikat yang mereka miliki sendiri, telah dihentikan.
81. Pada waktu itu peraturan Bank Negara Melaysia tidak membenarkan pinjaman bank digunakan untuk membeli saham. Saya telah gagal berhujjah dengan bank negara bahawa pinjaman itu sebenarnya telah diberi kepada penanam padi dan penanam padilah yang kemudiannya melabur dalam syarikat Insan Diranto milik mereka sendiri.
82. Saya merasa sedih kerana beberapa bulan setelah kegiatan melabur dalam Insan Diranto terpaksa dihentikan atas arahan Bank Negara Malaysia, Tan Koon Swan telah menubuhkan Koperasi Serbaguna Malaysia atau Malaysian Multipurpose Cooperative yang dimiliki oleh ahli-ahli MCA dan wang pinjaman telah diperolehi dari bank seperti Bank Bumiputra Malaysia Berhad untuk ahli-ahli MCA melabur dalam kopeasi mereka. Ratusan juta telah dilaburkan dalam koperasi ini, dari wang pinjaman bank, sehingga ia menjadi koperasi gergasi sedangkan usaha lebih awal yang diusahakan untuk penanam padi telah dihalang kerana bertentangan dengan dasar bank.
83. Berikutan dengan perkembangan ini kita melihat cara yang sama, iaitu meminjamkan wang bank untuk membeli saham syarikat, telah menjadi amalan yang digalakkan untuk membolehkan pelabur meminjam wang dari bank untuk melabur dalam Amanah Saham Nasional yang ditubuhkan kemudian.
84. Dalam konteks inilah, setelah melihat MIC dengan NLFC, MCA dengan MHCSB maka UMNO menubuhkan KUB ( Koperasi Usaha Bersatu ). Walau apa pun yang terjadi kepada ketiga-tiga koperasi ini yang nyata ialah kewujudannya merupakan manifestasi dari perpaduan ahli-ahli MIC, MCA dan UMNO dalam bidang ekonomi melalui koperasinya masing-masing.
POLIS, TENTERA DAN KAKI-TANGAN KERAJAAN
85. Kita telah melihat bagaimana polis telah bersatu dalam Koperasi Polis dan pihak tentera juga telah bersatu koperasi mereka dan bersatu lagi dengan menjadi pelabur dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Kaki-tangan Melayu Kerajaan telah pernah mewujudkan koperasi yang berjaya yang dinamakan MOCCIS (Malay Officers' Cooperative Credit & Investment Society Ltd.)
86. Walau pun terdapat perbezaan dari segi sistem memilih barisan pemimpin dan cara melantik kakitangan pentadbiran dan pengurusan, matlamat dan tatacara berorganisasi tetapi, pada hakikatnya, walau pun ASN (Amanah Saham Nasional) tidak dipanggil koperasi atau syarikat kerjasama ia adalah manifestasi dari perpaduan ummat.
87. Begitu juga dengan kegiatan LUTH atau Lembaga Urusan dan Tabung Haji yang begitu berjaya.
PERBEZAAN PERSATUAN PELADANG DAN PERSATUAN NELAYAN DENGAN KOPERASI
88. Di masa Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri satu kajian telah dibuat ke atas sebab-sebab koperasi-koperasi milik Melayu gagal mengembang. Keputusannya ialah kerana pengurusan koperasi diserahkan kepada Ahli Jawatankuasa. Oleh kerana yang menang dalam pertandingan untuk menjadi ahli jawatankuasa koperasi ialah ahli-ahli yang popular, maka untuk mengekalkan populariti mereka maka mereka agak lemah dalam mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli yang bertindak secara yang merugikan koperasi. Jawapannya ialah penubuhan Persatuan Peladang dan Persatuan Nelayan di bawah Kementerian Pertanian. Badan ini tidak dinamakan koperasi kerana pengurusan setiap unit persatuan ditentukan oleh kerajaan dan pihak pengurusan tidak tertakluk kepada selera ahli jawatankuasa, yang dipilih kerena popular, yang tidak menguntungkan koperasi.
89. Perlu diingat bahawa bukan semua yang popular boleh bekerja dan banyak yang bijak bekerja tetapi tidak popular orangnya.
90. Barisan pemimpin atau ahli-jawatankuasa persatuan peladang dan kesatuan nelayan dipilih dalam mesyuarat agong sementara pegawai dan kakitangan koperasi dilantik oleh Lembaga Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan secara terpisah dan tidak dalam mesyuarat agong.
91. Setelah melalui pengalaman yang pahit mengendalikan kedai-kedai runcit Shamelin dan kegiatan-kegiatan ekonomi Insan Diranto, ditambah pula dengan mengendalikan Syarikat Insuran Tugu milik bersama MAYC, Shamelin dan Tugu Insuran Hongkong, pengalaman di dalam bank, Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia sebagaimana yang saya perkatakan dalam blog ini atas tajuk 'Entrepreneurship, Management & Leadership Exposures' saya berpendapat yang boleh menjamin penyelesaian kepada masalah politik dan ekonomi tetap perpaduan.
92. Perpaduan yang saya maksudkan di sini bukanlah perpaduan yang mendukung kemungkaran. Kerana saya berpendapat perpaduan itu hanya boleh wujud jika kita sanggup menegur atau menentang kemungkaran jika didapati ianya dilakukan oleh sahabat atau keluarga kita sendiri. Dalam menentang kemungkaran kita hendaklah serius dan berterusan asalkan buktinya jelas bagi kita walau pun tidak jelas bagi orang lain.
93. Kita perlu mengingati isi ucapan seorang pemimpin negara jiran di waktu menerima President Herzog yang telah meminta Israel mengajar negaranya cara untuk menundukkan ummat Islam di hutan belantara sebagaimana Israel berjaya menundukkan mereka di lautan padang pasir Barat Asia.
94. Sebagai ummat Islam kita tidak perlu berusaha untuk memperjuangkan nasib negara Israel ciptaan gerakan zionis, tetapi kita perlu mempelajari cara Yahudi yang telah berjaya menundukkan negara Arab Palestin di tengah-tengah lautan ummat Islam di negara-negara Islam Arab di Asia Barat atau Timur Tengah.
YAHUDI MENGHARGAI PERPADUAN
95. Setakat ini apa yang boleh dipelajari dari Yahudi, sebagaimana yang terdapat dalam buku 'The Jews of Manchester' ialah menubuhkan NGOs, persatuan atau pertubuhan yang boleh membawa kemajuan kepada masyarakat. Perpaduan masyarakat Yahudi yang gerakannya dimulakan oleh Professor Weizmann yang mengajar kimia di Universiti Manchester ialah berjaya mewujudkan ratusan persatuan untuk orang Yahudi membangunkan masyarakatnya. Selain gerakan Zionis tidak ada pertubuhan politik atau NGO lain di waktu itu kecuali yang membantu pembangunan masyarakat.
PERPADUAN SEBAGAI SENJATA YANG PALING TAJAM
96. Perpaduan adalah senjata yang tajam yang boleh menjayakan sesebuah masyarakat.
97. Walau pun ummat Islam umumnya, termasuk segelintir jutawan dan hartawan, adalah pengguna belaka. Selain oksijen, air dan tidur, makan dan minumlah yang menjadi keperluan penting untuk mengendali penghidupan. Manusia boleh hidup tanpa kereta, televisyen dan sebagainya tetapi tanpa makan dan minum manusia tidak boleh hidup lama.
98. Oleh itu kegiatan ekonomi yang sedia ada, berzaman-zaman ialah dalam bidang makanan dan minuman. Seterusnya, sebagai manusia kita perlukan pakaian. Banyak lagi keperluan-keperluan pengguna, mengikut keutamaan, yang boleh menghidupkan ekonomi ummat Islam tanpa bergantung kepada orang lain.
KUASA EKONOMI PENGGUNA
99. Pada teorinya jika seorang ummat Islam memakan satu kati biskut dalam masa sebulan berertilah jika kita bersatu kita boleh dirikan kilang biskut yang boleh mengeluarkan 1 billion kati biskut dalam sebulan. Betapa besar atau banyak kilang biskut milik ummat Islam di dunia.
100. Kalau setiap ummat Islam memakai sepasang selipar untuk satu tahun maka berertilah 1 billion ummat Islam memerlukan 1 billion pasang selipar pada setiap tahun. Alangkah besar atau banyaknya kilang selipar milik ummat Islam di dunia.
101. Cuba gambarkan berapa besar atau banyaknya kilang yang akan mengeluarkan berbagai jenis keperluan hidup lebih 1 billion ummat Islam untuk jangkamasa 1 tahun.
102. Lojik ini mudah difahami dan tidak memerlukan pendidikan yang tinggi untuk dihayati. Tetapi untuk menjayakan program begini ummat Islam perlu bersatu-padu. Memupuk semangat perpaduanlah yang paling susah untuk diusahakan oleh ummat Islam.
103. Di sinilah, pada perpaduan penggunalah, letnya kekuatan ekonomi ummat Islam sebenarnya.
103. Wallaahu a'lam.
2 comments:
WTan Sri,
Satu tulisan yang amat menarik.
Tetapi kenyataan Tan Sri adalah lebeh tepat, sakiranya DIPINDA saperti berikut...."
... Bila disebut saja mengenai negara-negara Islam yang kaya di dunia ini perhatian kita selalu tertumpu kepada minyak dan gas yang ada pada sesebuah negara itu. Negara Islam yang banyak sumber minyak dan gas digelar sebagai negara kaya walaupun rata rata rakyatnya DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN YANG tidak berilmu pengetahuan, tidak rajin berkerja dan tidak mempunyai akhlak dan iman yang kuat dan murni".......CONTOH TERDEKAT NEGARA MALAYSIA SENDIRI, YANG SEDANG MENUJU KEZAMAN KEREPUTAN, SAPERTI MANA DIAKUI OLEH TUN MAHATHIR SENDIRI,TELAH LEBEH 50 TAHUN DIKUASI OLEH "SETAN YANG DIKENALI" Kalau Setan terus menguasi UMNO Baru, yang sedang menimbunkan hutang dan menghalalkan salah guna kuasa dan rasuah, Malaysia pastinya akan di malapkan oleh Indonesia, Vietnam dan Myanmar dalam satu abad yang terdekat.Akan menjadi giliran rakyaat Malaysia pula ditangkap sebagai PATI di Indonesia,Vietnam dan Myanmar.
Salam.
PORIUM
Jalan Belangkas
Tan Sri,
Satu tulisan yang menarik tetapi hentaman yang berterusan dimaksudkan kepada DSAI itu begitu keterlaluan. Tan Sri sewajarnya faham apa itu hukum qazaf dalam memfitnah seseorang. The low point in your career was carrying around Ummi Hafilda to spread the fitnah in 1998-99 when you were the MB of Kedah. That was disgusting!
Post a Comment