Tuesday, October 30, 2012

KONGRES EKONOMI MELAYU 2012

MELAYU MERDEKA DI BIDANG EKONOMI

Sejak Merdeka 8 kongres telah diadakan, 5 darinya bernama Kongres Ekonomi Bumiputera dan 3 yang lain bernama Kongres Ekonomi Islam. Sekitar jumlah 4,000 orang peminat telah menyertai 8 kongres ini dan, selain dari menerima laporan kedudukan kita lebih 290 usul telah diluluskan.

Walau pun Kongres Ekonomi Bumiputera yang terakhir dinamakan Kongres Ekonomi Bumiputra Keempat tetapi jumlah kongres yang senama ialah 5 kali kerana atas nama Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga diadakan dua kali iaitu Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Pertama, diadakan dalam tahun 1980, dan Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Kedua yang diadakan dalam tahun 1992.
 
Kongres kali ini diberi nama Kongres Ekonomi Melayu 2012 dan ianya adalah kongres yang pertama yang membawa nama Melayu. Pilihan nama ini mungkin dibuat khusus walaupun ada pihak yang tidak suka kepada perkataan Melayu kerana takut dianggap 'racist' atau perkauman.
 
Yang lebih penting ialah tema kongres ini iaitu 'Merdeka Ekonomi Kita'. Nama ini dipilih mungkin kerana matlamat kongres ialah untuk mempersiapkan bangsa Melayu supaya Merdeka dalam bidang ekonomi dan tidak terus menjadi bangsa yang bergantung kepada kerajaan.
 
Apabila ekonomi Melayu sudah Merdeka mungkin keghairahan orang Melayu dalam bidang politik akan menjadi reda kerana bangsa Melayu, pada waktu ekonominya sudah Merdeka boleh hidup selesa walau pun kuasa politik sudah tiada.

Apakah ini misi kita. Wallaahu a'lam.

KONGRES EKONOMI MELAYU 2012

TEMPAT: DEWAN MERDEKA - PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC)
Tarikh: 23hb Oktober, 2012
Tema: Merdeka Ekonomi Kita
Tajuk: “ Orang Melayu; Ekonomi Melayu – Dulu, Sekarang dan Akan Datang.

Orang Melayu:

DULU

PETIKAN UCAPAN DALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Pada 2hb Julai, 1977, iaitu 35 tahun 3 bulan dan 21 hari yang lalu, sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Jerai di Kedah, saya telah mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO menyokong usul mengenai ekonomi yang dikemukakan olah wakil negeri Pahang. Petikan dari ucapan ini ialah:

KHAYALAN

“Saya pernah menghayal dan menggambarkan diri sebagai seorang ahli ekonomi dan menyatakan bahawa bangsa Melayu boleh dianggap sebagai satu bangsa yang berada di puncak sebuah gunung yang tandus, mengharapkan sumber penghidupan daripada air hujan. Air hujan itu mengalir daripada gunung tadi, melalui sungai dan taliair, membasahi dan menyuburkan tanah. Air yang selebihnya mengalir ke laut dan kerana kepanasan bahang matahari, disedut semula ke angkasa. Dengan bantuan angin ia diarak melalui kepulan awan menuju ke gunung sehingga turun semula ke bumi sebagai hujan.

GUNUNG

Daripada pandangan ini mengertilah kita bahawa puncak gunung yang dikatakan tandus tadi ialah kuasa politik. Ketandusan pula ialah kemiskinan.

Kesimpulannya: Yang ada kuasa politik itu adalah dari yang teramai miskin dan tiada kekuatan ekonomi

SISTEM KEWANGAN

Sungai-sungai yang mengalirkan air dari gunung boleh diumpakan sebagai sistem kewangan yang membawa turun wang daripada puncak gunung untuk mengalir ke dataran.

Air ataupun wang ini melimpah ke laut dan melalui proses sedutan wap akibat kepanasan bahang matahari, air menjadi wap yang dihisap naik sebagai cukai pendapatan dan cukai perniagaan. Semuanya naik ke angkasa menjadi awan. Kepulan awan inilah, yang diibaratkan sebagai ‘Treasury’ atau Perbendaharaan, yang ditiup angin menuju ke arah puncak gunung.

Awan memecah menyebabkan hujan yang seterusnya diibaratkan sebagai gaji dan pendapatan yang turun atau diberi kepada orang Melayu, baik yang bekerja sebagai pegawai Kerajaan, sebagai ahli politik ataupun yang bekerja dalam angkatan bersenjata dan keselamatan.

Mereka menerima gaji, namun gaji yang diibaratkan pula sebagai air, tetap terus mengalir, membasahi dan menyuburkan dataran, iaitu kota-kota besar di Negara ini.

REZEKI DI TANGAN TUHAN

Apabila air itu dikaitkan dengan gaji, perbelanjaan atau jelasnya wang berertilah ianya bermaksud ‘rezeki’.

Dalam ucapan yang sama ini saya telah mengingatkan para perwakilan:

“Apabila kita teringatkan soal rezeki, saya teringat satu kisah di zaman Imam Suffian di mana terdapat seorang yang jahat.

Kerjanya setiap hari ialah menggali semua kubur orang Islam setelah dikebumikan. Setelah menggali 100 kubur, dia pergi berjumpa Imam Suffian untuk memberitahu bahawa dia berbuat demikian kerana ingin melihat keadaan mayat yang telah disoal oleh Munkar dan Nakir. Dia ingin tahu samada mayat masih sama dan berhadap ke kiblat sebagaimana waktu dikebumikan atau pun sudah berpaling ke arah lain.

Orang itu kemudian bertanya kepada Imam Suffian sebab-sebab maka 98 dari 100 mayat sudah berhadap ke arah matahari naik. Jawab Imam Suffian, di akhir zaman hanya dua peratus daripada keseluruhan umat Islam mempercayai hakikat bahawa rezeki itu di tangan Tuhan.

Inilah puncanya gejala rasuah di kalangan ummat.

Kesimpulan: Setelah kita berusaha kita hendaklah menyerah kepada Allah kerana rezeki datang dariNYA.

PETIKAN UCAPAN DI DALAM PARLIMEN

Pada 23hb Mac, 1978, kita-kira 34 tahun dan 7 bulan yang lalu, saya telah menyatakan di dalam Parlimen:

1969 DAN DASAR EKONOMI BARU

“ ……. Kerajaan ( sejak Merdeka ) telah mengamalkan dasar ekonomi bebas, tetapi setelah berlakunya peristiwa perselisihan faham antara kaum pada tahun 1969, kerajaan telah menyemak semula dan telah menyedari bahawa sistem ekonomi bebas sebenarnya hanya merupakan satu sistem yang membebaskan swasta dari pengawasan kerajaan sementara mereka bebas dengan monopoli atau bersaing sesama sendiri.

Di bawah sistem ekonomi bebas tidak mungkin kaum Bumiputra, yang telah ditekan secara teratur oleh penjajah, dapat bangun untuk bersaing dengan bukan Bumiputera di bidang ekonomi tanpa bantuan.

Oleh sebab inilah kerajaan telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang dengannya telah lahir Perbadanan-Perbadanan Awam yang bertujuan untuk mengendalikan usaha perniagaan bagi pihak Bumiputera.

Walaupun di peringkat awal masyarakat menerima Perbadanan Awam dengan penuh kecurigaan dan ada pihak yang memandangnya secara menyindir tetapi sudah nyata sekarang peranan yang penting telah dimainkan olah Perbadanan-Perbadanan ini.

Saya berdo’a semoga golongan Bumiputera cepat mengumpul wang di dalam koperasi untuk dapat mengambil alih Perbadanan-Perbadanan yang sekarang ini dipegang oleh pemerintah.

Kesimpulan: Untuk membantu golongan yang ketinggalan dalam bidang ekonomi bantuan kerajaan diperlukan.

PETIKAN UCAPAN DI UNIVERSITI MALAYA

Pada 20hb Julai, 1979, iaitu 33 tahun 3 bulan dan 3 hari yang lalu, saya telah berucap dalam satu simposium anjuran Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, di bawah pimpinan Professor Ismail Hussein (kini digelar Tan Sri Prof. Dato’ Pendita Professor Dr. Ismail Hussein) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya atas tajuk “ Kepimpinan Melayu Baru – Cabaran dan Harapan “.

Dalam ucapan itu saya telah sentuhkan sedikit mengenai orang Melayu, seperti berikut:

‘Sebagai satu bangsa yang lebih suka menjadi nelayan di Pantai Timur, yang ada musim tengkujuh, dan tidak begitu gemar menjadi nelayan di Pantai Barat dengan cuaca yang hampir sama sepanjang masa;

sebagai satu bangsa yang lebih suka menanam padi dalam dua musim setahun yang tidak suka menanam sayur yang harus dijaga pada setiap waktu;

 sebagai satu bangsa yang tahu ‘mengamuk’ apabila buntu menyelesaikan satu-satu sengketa dan tidak berpengalaman di dalam peperangan yang berlarutan;

sebagai satu bangsa yang lebih minat kepada politik dengan pilihanraya yang datang bermusim-musim, sekurang-kurangnya 5 tahun sekali, dan tidak suka kepada perniagaan yang harus diawasi pada setiap masa,

maka bangsa yang ‘temperamental’ ini juga sentiasa memberi perhatian kepada sesuatu masalah mengikut musimnya.

Saya bersyukur kepada Allah s.w.t. dan gembira kerana Jabatan Pengajian Melayu telah tidak menghadapi masalah kepimpinan bangsa dengan cara bermusim jua.”

Seterusnya saya menyatakan: “Yang penting ialah simposium ini dapat menghidupkan pemikiran masyarakat kepada persoalan kepimpinan secara berterusa kerana ianya menjadi syarat utama untuk dapat menjamin kejayaan di dalam usaha untuk –

1. Memupuk suasana politik yang harmonis,

2. Menegakkan keadilan di bidang ekonomi, dan

3. Melahirkan masyarakat yang bahagia. “

Dari 10 masalah yang saya timbulkan di masa itu tiga masalah berikut masih kekal belum selesai, iaitu:

1. Masalah penglibatan Melayu dalam bidang perniagaan;

2. Masalah rasuah yang boleh meruntuhkan pemerintahan;

3. Masalah menghadapi pilihanraya.

Kesimpulan: Bangsa Melayu dan Bumiputera hendaklah berusaha dalam bidang ekonomi secara berterusan sepanjang masa dan minatnya tidak secara bermusim.

PETIKAN UCAPAN DI HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN

MISKIN

Pada 20hb Ogos, 1987, iaitu 25 tahun 2 bulan dan 3 hari yang lalu, di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, sebagai Menteri Pertanian, saya berusaha         untuk menaikkan semangat mereka dengan, antara lain menyatakan:

‘Orang selalu mengatakan golongan peladang, penternak dan nelayan Melayu adalah golongan miskin.

Kita miskin hanya dari satu aspek iaitu kita miskin dari segi wang ringgit, tetapi para peladang dan nelayan tidak miskin dari segi budi bahasa.

Kita tidak miskin dari segi ramainya kita.

Kita tidak miskin dari segi tenaga.

Malahan kita mewah dari segi masa yang tidak dapat digunakan dengan cara yang menguntungkan.

Oleh itu kita tidak perlu menjerit kita tidak ada duit. Kita hanya perlu bekerja lebih gigih menggunakan bahan kekayaan kita, supaya di bidang yang kita miskin itu dapat ditampung dengan pendapatan yang lebih dari penggunaan bidang yang kita kaya.

Kesimpulannya: Kita kaya dari segi ramainya kita, tenaga dan juga masa.

Seterusnya, dalam ucapan yang sama, saya telah menyeru kepada pemimpin-pemimpin peladang, penternak dan nelayan supaya berkorban untuk pertubuhan mereka dan jangan mengorbankan pertubuhan untuk kepentingan diri.

PERANG BADAR

‘Dalam peristiwa Perang Badar, setelah tentera Nabi Muhammad s.a.w. mencapai kemenangan, Nabi Muhammad s.a.w. telah berdukacita walaupun tentera Beliau telah mencapai kemenangan.

Apabila ditanya oleh sahabat, “Ya Rasulullah, kenapa duduk termenung, kelihatan resah dan gundah sedangkan kita baru menang dalam peperangan?”

Jawab Rasulallah, “Aku mengenang nasib umatku pada masa yang akan datang.”

Tanya sahabat, “Kenapa Ya Rasulullah, bimbang nasib umat pada masa yang akan datang?”

“Adakah kerana umat dalam keadaan minoriti, seperti kita di dalam Perang Badar, walaupun minoriti, kita menang?”

“Adakah kerana kita juga minoriti pada masa akan datang maka kita menghadapi masalah?”

Jawab Rasulullah, “Tidak, walaupun umat akan berada dalam keadaan majoriti pada masa akan datang, tetapi dalam keadaan kita majoriti pun, kita akan kalah,”

“Itulah sebabnya aku susah, gundah, resah dan gelisah,” sambung Rasulullah.

Tanya sahabat, “Kenapakah kita sekarang minoriti menang tetapi bila kita majoriti kita kalah?”

Jawab Rasulallah, “Umat Islam pada akhir zaman akan terkena dua penyakit, penyakit wahnu dan hibbuddunya. Penyakit takut pada mati dan cinta pada hidup.”

Lojiknya daripada cerita ini ialah orang yang takut pada mati akan kalah dan bila kalah dia akan mati.

Kalau begitu untuk hidup kita tidak boleh takut pada mati.

Bila kita tidak takut pada mati, kita menang dan bila kita menang kita tidak mati.

Kesimpulan: Untuk maju masyarakat itu perlu sanggup berkorban

Bila saya ditugaskan untuk membentang kertas kerja mengenai Ekonomi Melayu di Masa Dulu, Sekarang dan di Masa Depan saya telah memutuskan untuk tidak membebankan para hadirin hadirat dengan data-data tambahan dari apa yang sedia ada, dan yang telah dibentangkan atau akan dibentang nanti oleh sahabat-sahabat kita.

Saya juga tidak mahu menceritakan kisah kehebatan Melayu di zaman Parameswara dan Long Jaafar.

Dulu yang saya tahu telah saya petik dari beberapa ucapan-ucapan  yang relevan mengenai tajuk kita dan ingin merakamkan bahawa kisah ekonomi kita telah banyak diperkatakan dalam agenda-agenda berikut:

1. Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama pada tahun 1965 – dihadiri oleh 400 perwakilan dan 69 resolusi diluluskan;

Sejak kongres diadakan perkembangan  berikut telah dilaksanakan:

a. Meningkatkan taraf Sekolah Kebangsaan terutamanya di luar Bandar
b. Penyusunan semula RIDA menjadi MARA dengan peranan dan tugas baru
c. Peranan lebih berkesan untuk Pertubuhan Peladang seperti Nogyo Kyodo Kumiai di Jepun
d. Peruntukan kuota untuk orang Melayu dalam pembangunan kawasan baru terutama di Bandar
e. Penubuhan Bank Bumiputera
f. Menganjurkan mesyuarat ulama-ulama Malaysia untuk membincangkan isu pembangunan dan ekonomi

2. Kongres Ekonomi Islam Pertama pada tahun 1968 – dihadiri oleh 500 ulama;

3. Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua pada tahun 1968 – dihadiri oleh 600 perwakilan dan 45 resolusi diluluskan;

Selepas kongres ini peristiwa berikut telah berlaku:

Peristiwa 13 Mei, 1969

Berikutan peristiwa 13 Mei kebijakan berikut telah dilaksanakan:

a. Penggubalan Dasar Ekonomi Baru – 1970
b. Rukun Negara diperkenalkan
c. Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan
d. Buku ‘Revolusi Mental’ diterbitkan

4. Kongres Ekonomi Islam Kedua diadakan pada tahun 1972;

Keputusan berikut telah diambil dalam kongres ini:

a. Tabung Pembangunan Ekonomi Islam
b. Tabung Kewangan Orang-orang Islam
c. Kompleks Kewangan dan Permodalan
d. Persatuan Ulama Malaysia
e. Yayasan Sebaran Am (Islamic Missionary Trust) untuk menjalankan tugas-tugas dakwah Islamiah dan usaha-usaha kebajikan

5. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Pertama pada tahun 1980 – dihadiri oleh 1,000 perwakilan;

Keputusan yang diambil:

a. Meningkatkan taraf pemborong Bumiputera

Kongres ketiga ini, walaupun dicadangkan oleh UMNO, untuk mengkaji DEB, telah disokong oleh PAS (diwakili oleh Ustaz Haji Hasan Shukri – PAS keluar dari BN  pada tahun 1977) dan PEKEMAS ( diwakili oleh Dato’Ahmad Boestamam)

Sejak kongres ini beberapa perkembangan telah berlaku, seperti berikut:

a. Dasar Ekonomi Baru tamat tempohnya dalam tahun 1990
b. Dasar Pembangunan Negara mengganti DEB

6. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Kedua pada tahun 1992 – dihadiri oleh 533 perwakilan dan 63 resolusi diluluskan (37 mengenai peranan kerajaan dan 5 khusus menyentuh Islam);

Kongres kali ini mengambil maklum bahawa:

a. Perniagaan adalah ibadah – etika perniagaan mengikut Islam

b. Perhatian bahawa kerajaan telah memberi peluang kepada Bumiputera dalam semua bidang

c. Jumlah Bumiputera yang berpendidikan telah meningkat

d. Perhatian kepada Bumiputera yang diperalatkan oleh bukan Bumiputera

e. Perhatian kepada Bumiputera yang menjual ekuiti pengswastaan kepada bukan Bumiputera

f. Perhatian kepada pembocoran dalam pemberian kontrak

g. Pentingnya Bumiputera tidak menggunakan politik untuk cepat kaya

h. Pentingnya Bumiputera menghapuskan sifat boros, enggan membayar hutang, tidak tekun dan tidak berdaya tahan

i. Teguran ke atas penyelewengan dari  segi pengagihan kontrak

j. Teguran ke atas penyelewengan dalam pemberian lesen

k. Pemimpin dan birokrasi perlu mengamal sikap bersih, cekap dan amanah

l. Pengeluaran tender, permit dan lesen hendaklah diberi secara terbuka

m. Mengingatkan wasiat Tun Dr. Ismail dalam Kongres Ekonomi Islam Kedua pada tahun 1972

7. Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat pada tahun 1999 – 113 resolusi diluluskan (antaranya 60 menyentuh soal dasar soal dasar dan struktur yang perlukan perhatian kerajaan dan 11 menyentuh Islam secara khusus);

Kongres ini memutuskan:

a. Ugama Islam dan budaya Melayu harus menjadi tunggak bangsa dan perlu dijadikan landasan serta pedoman dalam segala dasar dan perancangan

b. Perjuangan memartabatkan bangsa Melayu berlandaskan kebudayaan dan keugamaan yang berteraskan ilmu pengetahuan sains dan teknologi bagi menentukan kecemerlangan Melayu dan kelansungan bangsa


c. Sistem pendidikan Islam di semua peringkat pengajian perlu disemak supaya bersesuaian dengan tujuan memahami pandangan global

d. Kementerian Pendidikan mengambil alih sekolah-sekolah agama yang daif dan distrukturkan semuala pengurusan dan kurikulum

e. Struktur organisasi pentadbiran dan pimpinan semua institusi Islam hendaklah disusun semula supaya dapat berfungsi secara berkesan dan masjid dijadikan pusan pembangunan ekonomi dan sosiobudaya ummah

f. Kepakaran dan pengalaman Bumiputera mengendalikan institusi kewangan Islam dalam bidang perbankan dan insurans harus dijadikan kesempatan utama dan kaedah pembiayaan malalui kaedah Islam perlu dipertingkatkan

8. Kongres Ekonomi Islam Ketiga telah diadakan dalam bulan Januari tahun 2009.

Intipati isi ulangan titah ucapan DYTM Raja Muda Perak menarik perhatian kepada kejayaan dan cabaran kepada bangsa Melayu dan negara:

a. Peranan masjid perlu diperluaskan sebagai pusat pembangunan ilmu, pembangunan budaya dan pembangunan ekonomi

b. Walaupun profesyenal dan teknokrat Islam sudah bertambah tetapi relatif kecil jika disbanding dengan kaum lain

c. Ketirisan ekonomi dan pegangan ekuiti secara proksi akan merugikan ummah. Ibarat memagar kelapa condong; pohonnya tumbuh di kebun kita, buahnya jatuh ke kebun orang

d. Jurang pencapaian antara sesame ummat Islam semakin meluas

e. DEB dipertikaikan walaun dasar pada asasnya baik dan murni

f. Diingatkaan semoga ‘Ummat Islam di Negara ini jangan sampai mengalami nasib menang sorak kampong tergadai, berdagang di bumi sendiri kerana dagang lalu di tanah, akhirnya itik kehausan di air dan ayam kelaparan di kepuk’

g. Dalam Kongres Ekonomi Islam Kedua (37 tahun dahulu pada tahun 1972) telah dirumuskan ‘Islam itu hanya dapat berlangsung dalam keadaan masyarakat Islam yang bersatu, padu dan kuat, menguasai urusan pentadbiran, menguasai sumber-sumber dan memiliki kekuatan ekonomi

            Baginda seterusnya telah menitah maklum: Institusi yang ditadbirkan oleh
            ummat Islam yang didapaati berjaya ialah:

a. Lembaga Urusan dan Tabung Haji – 1962

b. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) – 1961

c. Permodalan Nasional Berhad

d. Petrolium Nasional Berhad

e. Era 1957 hingga 1982 merupakan ‘golden era’ bagi Malaysia

f. Era 1982 hingga 2007 adalah era di mana kejayaan dan kemajuan bertambah dengan pesat

            Seterusnya baginda menitah maklum:

- Kecenderongan ke arah pelbagai kepincangan bermula kerana kejayaan yang tercapai. Kalimah-kalimah pengorbanan, kesetiaan kepada perjuangan, ketulusan dan keikhlasan bagaikan tidak berharga lagi. Ummat mula berpecah, terpisah dan semakin tergugat

            Baginda seterusnya mengingatkan:

- Penduduk Kampung Baru (China) yang dibangunkan melalui Rancangan Briggs mempunyai kemudahan-kemudahan prasarana dan sosial yang jauh lebih baik dari apa yang terdapat di kampong tradisi Melayu. Raja-Raja Melayu pernah menzahirkan kebimbangan terhadap perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948, kerana apa yang dilakukan oleh Sir Henry ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara di Palestin terhadap penduduk Arab.

SEKARANG

Dari huraian di atas jelaslah bahawa pemimpin-pemimpin kita di semua bidang telah pun banyak berfikir mengenai masalah bangsa dan menyampaikan resolusi, cadangan dan pendapat untuk memastikan kita maju dan tidak ketinggalan.

Bagi yang berminat dengan kisah ekonomi yang mungkin boleh menambah bahan untuk kita berfikir waktu membuat perancangan hidup berekonomi di masa depan saya persilakan para peserta untuk melayari blog saya http://www.sanusijunid.blogspot.com atas tajuk-tajuk:

1. Model Ekonomi Baru – 3 April, 2010

2. Forum Model Ekonomi Baru – Meniti Sejarah Politik Dan Ekonomi Negara – 30 April, 2010

3. Pelaksanaan Program Ekonomi Inovatif dan Pragmatik – 11 May, 2010

4. Entrepreneurship, Management & Leadership Exposures – 16 January, 2012

5. SHAMELIN – Dihempas Badai Dilambung Gelombang – 1 Februari, 2012

6. Ekonomi Ummat Islam – 1 Oktober, 2012

KONGRES DAN USUL SEJAK MERDEKA

Sejak Merdeka bangsa Melayu dan Bumiputera telah mengadakan Kongres Ekonomi Bumiputera sebanyak 5 kali (Kongres ke-2 dua kali) dan Kongres Ekonomi Islam sebanyak 3 kali. Dalam Kongres kedua, keempat dan kelima tugas kongres tertumpu kepada program-program yang telah atau sedang dilaksanakan.

Sekitar 4,000 peserta telah terlibat dalam kongres-kongres ini dan 290 usul telah diketengahkan.

Jika semua ke 290 usul telah dilaksanakan dengan jayanya, dengan minat yang berterusan dan tidak minat temperamental atau bermusim-musim, maka bangsa Melayu di Malaysia tidak perlu membuat kongres lagi atau mengenengah usul-usul baru.

Cukuplah jika pelaksanaan projek hasil dari pelaksanaan usul-usul dulu diteruskan dengan ditambah di mana kurang dan diperbetulkan di masa silap.

PENGALAMAN BERDEPAN DENGAN PELAKSANAAN USUL

Dalam melaksanakan cadangan dari usul-usul dulu itu perhatian hendaklah diberi dan teguran hendaklah diterima untuk membetulkan kesilapan dan menambahkan kekurangan.




Selesai kongres ini sebuah buku hendaklah ditulis, selain mengumpul data, untuk mengumpul dan menyenaraikan pengalaman-pengalaman pahit peniaga dan pengusaha Melayu yang menyebabkan terhambat atau terhalang kemajuan.

Antara pengalaman mencabar yang telah saya lalui sendiri ialah:

1. Konflik antara kehendak politik dan pelaksanaan oleh birokrasi:

a. Kisah kilang Shamelin Oil Processing Sdn. Berhad dengan Kastam Di Raja Malaysia.

b. Pinjaman dari Singapura tetapi dijamin of Bank Pertanian – upah perkhidmatan terlalu tinggi.

c. Pengenalan ‘Buku Hitam’ untuk menyenaraikan:

i. ahli-ahli jawatankuasa koperasi yang tidak mengadakan mesyuarat agung kerana tidak siap penyata kewangan tidak selesai;

ii. ahli-ahli jawatankua syarikat yang mampu, tetapi tidak mahu, membayar hutang dari MARA, dan

iii. graduan yang terhutang pada MARA, sudah bekerja, tetapi tidak membayar pinjaman biasiswa


2. Keputusan yang berkuasa yang tidak berasaskan penelitian yang mendalam:

a. Baja untuk ladang Felda yang berbeza antara satu tempat dengan yang lain

b. Lori ikan dari Alor Setar ditahan oleh pihak berkuasa dua kali, di Bumbung Lima Kepala Batas dan di kaki Gunung Berapit di Perak sehingga terpaksa dipandu dengan laju untuk sampai di pasar Ipoh sebelum pukul 6 pagi

c. Bayaran cukai dan upah yang tinggi di tempat sekatan jalan

3. Kegagalan Bank mengesan usahawan yang berpotensi

a. Pengalaman Bangkok Bank mengesan pengusaha berpotensi

b. Pinjaman Chartered Bank kepada penanam padi di Kedah, Perlis dan Seberang Prai; kepada penarik beca (penggatih teksi) di Kelantan dan kepada pekebun kecil kelapa di kawasan barat dengan Selangor (Sekinchan, Jenjarum dan Sijangkang)

c. Pengalaman Grameen Bank di Bangladesh

d. Pengalaman Bank Islam pertama yang ditubuhkan pada tahun 1951 di Mit Ghamr, Mesir yang kemudian, kerana terlalu popular, diharamkan oleh Presiden Gamel Abdul Nasser

e. Pengalaman Kristian Bank, Kansai Urban Bank, di Osaka yang dipimpin oleh Tadahiko Ito


4. Salah faham ke atas kemampuan dan persekitaran

a. Orang Melayu yang gagal di kampung akan berangkat ke kota

b. Orang China yang gagal di kota akan pindah ke kampung


5. Pengeluaran benda atau khidmat yang ada pasaran

a. Pelancongan ke kampung dan desa

b. Kempen minum air kelapa muda

c. Kempen makan sayur dan ulam

d. Mengumpul tayar terpakai untuk tukun tiruan

e. Kempen makan ikan berlauk nasi (fish and chips) dan bukan makan nasi berlauk ikan

f. Kempen memelihara kambing biri dan bukan hanya kambing yang ada

6. Sasaran 30 % terlalu kecil untuk dicapai


MASA AKAN DATANG

Apa yang membezakan 8 kongres yang lalu, samada Kongres Ekonomi Bumputera dan Kongres Ekonomi Islam, dengan kali ini ialah namanya dan temanya.

Kongres ini ialah ‘Kongres Ekonomi Melayu’.

Temanya ialah ‘Merdeka Ekonomi Kita’.

Nama Melayu sengaja digunakan kerana yang dihinakan oleh yang lain itu ialah Melayu sehingga menyebut kepentingan bangsa sendiri pun kini dituduh rasis oleh musuh kita.

Kemerdekaan ekonomi yang dicadangkan ialah kerana kita dipermalukan seolah-oleh satu bangsa yang sentiasa bergantung kepada bantuan dan subsidi laksana pemain golf yang mengharapkan kemenangan kepada ‘handicap’nya.

USUL UNTUK MASA DEPAN:

1. Mendirikan ‘Innovative Islamic Problem Solving Bank’ yang dapat menyelesaikan berbagai jenis cabaran perniagaan selain dari hanya memberi wang. Bank ini dimodali oleh rakyat dan Baitulmal

Contoh:

a. Pinjaman dari bank untuk belajar di IPT

b. Khidmat nasihat dalam berbagai jenis perniagaan, perusahaan dan bidang ekonomi

2. Mendirikan Institut Motivasi dan Semangat Perniagaan dan Keusahawan
untuk menerima dan mengkaji pengalaman pahit dan manis pengalaman peniaga dan usahawan Melayu

Contoh:

a. Pengalaman Alfred Sloan, CEO General Motors

b. Pengalaman negara Jepun, Korea Selatan dan Taiwan dengan semangat Bushido, Hwarang dan Jinsheng (Dasar Pandang Ke Timur)

c. Pengalaman kejayaan China dan India dewasa

d. Sejarah dan kejayaan ekonomi Negara Jerman

e. Pengalaman ekonomi Amerika Syarikat di Barat dan Yunani, Itali, Sepanyol, Portugal dan Ireland di Timur

3. Mendirikan Institut Kajian dan Pemasaran untuk membasmi kemiskinan dan mengembangkan perniagaan dan perusahaan.

Contoh:

a. Cara menyelesaikan masalah kemiskinan yang dicadangkan oleh WIPER (World Institute for Poverty Eradication), yang didukung oleh FAO,  AARRO (Afro-Asia Rural Reconstruction Organisation) dan CIRDAP (Center for Integrated Rural Development Progaramme) ialah dengan membekalkan barang atau kepakaran, untuk dijual atau dikerjakan oleh si miskin, yang ada pasaran.

b. Cara yang tidak bertentangan dengan tuntutan syari’ah dengan kesedaran bahawa ‘Allah tidak akan merobah nasib sesuatu kaum kecuali kamu itu merobah diri sendiri’

4. Mendirikan sebuah sekolah untuk mempelajari pelbagai bahasa asing untuk membaiki cara perhubungan dan pemasaran dengan mereka atau Negara yang lain bahasa ibundanya


Insya Allah, dengan terlaksanakan keputusan di atas dan lain-lain keputusan oleh bengkel lain dalam kongres ini, sebagai tambahan kepada 290 resolusi dalam kongres ekonomi Bumiputera dan Islam yang ada sebelum ini, bangsa Melayu akan lebih cepat menuju kea rah kejayaan untuk Merdeka dalam bidang ekonomi sebagaimana Melayu telah berjaya memimpin ini untuk berjaya mencapai kemerdekaan Negara.


Tan Sri Dato’ Seri Sanusi bin Junid
Isnin 22 hb Oktober, 2012
 
 
PERHATIAN:
 
Oleh kerana kertas-kerja di atas saya sendiri merasakan tidak lengkap, sempurna atau memuaskan maka saya mengalungalukan komen dan cadangan pembaca untuk menjadi bahan panduan bersama demi kepentingan bangsa dan ummah.
 
Para komentar 'anonymous' yang ingin menghentam saya, pemimpin lain dan kerajaan juga bolehlah berbuat demikian, sekurang-kurangnya untuk menikmati kelegaan setelah melepas geram, asal tidak terlalu panjang komennya untuk memberi kesempatan kepada komen-komen yang membina dari pihak lain.

Terima kasih.

 

6 comments:

Anonymous said...

Pak Sanusi.
Orang Melayu hanya asek berkongress.Orang Cina dan India dan Cylonese tidak payah berkongrass.

Peminpin UMNO dan Melayu semua nya hangat hangat tahi ayam untok menolonh Melayu.

Pada Zaman Mahahir,Tun Daim berjaya menjelmakan banyak Billionair dan Millionair,tapi samasa Daim berdagoh dengan Mahathir,semua Pengusaha Melayu yang kaya habis di bunoh oleh Mahathir saperti Tan Sri Halim Saad dan Tajuddin Ramli.Harta harta mereka di paksa di jual kapada Khazanah Malaysia.dan di Telekom.

Sawaktu Mahathir menjadi PM,ia berjaya meugujudkan ramai billionair saperti Ananda Krisnan ,YTL,Vincent Tan.
YTL pada tahun 1994 maseh berhutang sabanyak 30 juta dan hampir bankrup.Mahathir bagi kapadanya IPP dan sekarang menjadi billionair.
Ananda hanya lah saorang oil trader danhanya mempunyai asset pada masa itu tidak sampai 5 juta ringgit.Mahthir bagi kapadanya Licence Astro,Maxix,Dan Selangor Turf Club yang sekarang ini dibena twin tower.

Siapa yang kita hendak salahkan.

Shamelin yang di tubohkan pada tahun 70 an bermula perniagaan nya dengan penoh semangat,sekarang lesap.
UDa yang di tubohkan untok membantu orang Melayu unrok memileki tapak perniagaan di bandar sudah melencong dari tugas asalnya.
Pak Sanusi,kita memerlukan semangat orang orang Aceh untok memajukan Melayu Islam di Malaysia.
Saya baru pulang dari melawat Aceh.Di pekan aceh semua peniaga di bandar dimileki oleh orang Aceh,Orang Cina hanya memileki kedai photo,kedai runchit dan kedai jual barang electronik.

Saya ingat kita perlu lagi sekali peristiwa 13 Maei baru orang Melayu boleh Maju samula.
Sedeh sekali sekarang ini Najib menjadi PM orang Melayu di ketepikan.
Banyak jawatan KSU saperti Trade,Finance di ketuai oleh orang India SC satu badan yang paling pentingbuntok pembangunan capital market di ketuai oleh saorang Benggali.
Sekaran ini ada ura ura hendak menambah kan lagi orang orang cina dan India dalam jawatan Kerrajaan,
Dimana hendak pergi orang orang Melayu.
Kera di huran di susui dan anak dikandingan di tinggalkan.

Salam

Tribunal Ekonomi Melayu Jenayah Mahathir said...

Ibrahim ali ketinggalan zaman. Orang dah sedar Mahatir Tamil tu yang menyebabkan Melayu mundur.

Masih juga nak panggil Mahathir ke Kongres Bumiputera. Apa dok bodoh sangat? 22 tahun Mahathir hanya kayakan Cina dan Tamil tak kira hindu atau kristian. Mahahtir sendiri sudah membuat pengakuan, Melayu kini pengemis di negeri sendiri adalah kejayaan dia selama 22 tahun.

Apa dipanggil orang yang gagal ini? Supaya dia bagi kontrak pada YTL? Tak payah. Muhyidin dan Najib akan sambung mahathir. YTL itu kan syarikat umno atau syarikat Presiden UMNO..hehe.

Tribunal Ekonomi Melayu untuk Adili Jenayah Mahathir patut di adakan.

Fakta dan bukti telah lengkap.

1. Mahathir mengaku dia yang membuat Cina Kristian, Tamil hindu dan Kristian bilionair.

2. Mahathir mengaku dia yang buat Melayu miskin dan pengemis di negeri sendiri.

3. Mahathir mengaku memberi 80% kekayaan Malaysia untuk Cina dan India. Mahathir sebenarnya adalah talibarut penjajah. Sepatutnya UMNO memperjuangkan supaya orang Melayu menguasai ekonomi. Tapi Najib dan Mahathir bagi 80% kepada bangsa Cina dan India? Apa hal Mahathir meminta kebenaran dari pendatang Cina dan India?
Apa hal Sultan Melayu, bangsa Melayu perlu dapat persetujuan tokey judi Cina mengenai kekayaan Malaya? Jelas Mahathir dan Najib yang memperjuangkan 80% untuk Cina dan India sebagai keldai penjajah.

4. Anak- anak Mahathir adalah pengarah beratus syarikat Cina. (SPRM patut siasat)

Banyak lagi jenayah ekonomi dan sosial yang dilakukan oleh Mahahtir terhadap bangsa Melayu.

5. Membelanjakan 3.5 billion untuk hapuskan Melayu dari Sains dan Matematik.

Elok Perkasa pecat Mahathir kalau tidak Perkasa pun Melayu pecat sebab bodoh dan dungu.

Jika Arroya boleh didakwa kerana jumlah yang sikit kenapa tidak Mahathir? Jika Dato Harun pejuang Melayu didakwa jumlah sangat sikit kenapa tidak Mahathir?

Anonymous said...

TAN SRI,

NYATA LAH MELAYU TELAH DIPERDAYA OLEH "IBLIS DARI KERALA" PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 NYA YANG MEMUSNAHKAN UMNO TULIN DAN MENGGANTIKAN DENGAN UMNO BARU "PARTI SETAN YANG KITA KENALI".

SAYA SOKONG PENUBUHAN "TRIBUNAL EKONOMI MELAYU" UNTUK MENGADILI JENYAH "IBLIS DARI KERALA" DAN PENYOKONG2 NYA YANG TELAH MENGHIANATI BANGSA MELAYU.

Porium
Jalan Belangkas

Anonymous said...

Hari-hari akhir UMNO memerintah semakin hampir.....

Anonymous said...

Pengasas Parti UMNO Baru yang keturunan Mandaliar ini lah bertanggung jawab melumpuhkan Bangsa Melayu.
Dikabelakangan ini saban hari mempamirkan kepuraannya.
Kenyataan demi kenyataan di buat mengutuk Yahudi yang telah 60 tahun mengganas di Palestin.
Tetapi pada Tahun 1990 dialah berseongkol dengan Israel menyokong George Bush Sr memulakan menyerang Iraq untuk melumpuhkan Iraq yang berpotensi mengugat Israel.Dia lah yang banyak membuat hubungan sulit engan pemimpin Israel. Sahabat nya Tunku Abdullah membuat lawatan ka Israel untuk berdagan dengan Yahudi/Zionis. Dia pernah bercita cita berbaik dengan Yahudi,yang di laknat, hingga sanggup mempenjara rakyat Malaysia yang menentangnya.Pengasas UMNO Baru ini patut bukan sahaja dihadap kan ka "Tribunal Ekonomi Melayu" kerana jenyah ekonomi terhadap Bangsa Melayu,tetapi "Tribunal Jenayah Perang" terhadap pembunuhan beramai2 Melayu Memali.

Manifesto Melayu 2012 said...

Manifesto Melayu 2012

Manifesto ini bertujuan menentukan hala tuju bangsa Melayu yang
kini dijadikan pengemis di negara sendiri oleh Presiden UMNO mahathir

1. Membuat kiraan semua assest negara Tanah Melayu dari Petrolium, getah,
bijih timah dan emas, pasir, kelapa sawit dan lain-lain.

2. Meningkatkan pendapatan golongan orang Melayu kepada tahap 3000 sebulan
minima

3. Meningkatkan perolehan kaum petani dan peladang Melayu melalui kawalan
pertanian dan bekalan benih dan baja.

4. Meningkatkan pendapatan perikanan dan sumber alam Tanah Melayu

5. Menghapuskan lesen-lesen sumber alam seperti frekuensi yang di monopoli
kaum pendatang Cina dan India.

6. Mendakwa orang-orang Melayu yang memperkayakan tokey judi Cina dan India.

7. Mengawal sumber kewangan Tanah MElayu supaya tidak digunakan untuk orang-orang Tamil
dan Cina sahaja.


8. Memastikan kekayaan dan bisnes Tanah Melayu diagih sama rata dengan
80% untuk bangsa Melayu dalam 5 tahun.

9. Mengawal penggunaan budaya arab untuk memperlekehkan orang Melayu.

10. Memperkasakan sains dan matematik untuk orang Melayu.

11. Memastikan jawatan Ketua Setiausaha Negara di jawat orang Melayu bukan Tamil

12. Memastikan jawatan Setiausahan Kewangan dijawat orang melayu bukan Tamil.
bagi mengelakan ketirisan kepada orang Tamil sahaja.