Tuesday, November 19, 2013

'BICARA TOKOH' - KOPERASI

ANJURAN: SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA, CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN.

PROGRAM: 'BICARA TOKOH'

TEMPAT: Tingkat 8, Pusat Konvensyen UKHWAH, Jalan Medan Tuanku, 50100 Kuala Lumpur

WAKTU: 09.00 pagi - Untuk 1 jam dan 30 minit

TAJUK: 'Pendedahan, Pandangan dan Pengalaman dalam Bidang Koperasi'
 
Di bawah ini saya turunkan 'talking points' ucapan saya di majlis di atas. Kebanyakan perkara yang saya ketengahkan telah saya masukkan dalam blog ini di bawah tajuk yang berlainan. Saya akan ulaskan bahagian demi bahagian dari 'talking points' ini apabila diperlukan atau pada masa yang sesuai jika ianya belum dimasukkan dahulu. 
 
1. Pendedahan pertama:
 
i. Sekolah Ugama Attarbiah Addiniah Auladiah Kampung Aceh Yan, Kedah sebagai sebuah sekolah yang didirikan oleh Syarikat Kerjasama SABENA Bhd. 
 
2. Pengaruh buku 'Revolusi Agama' oleh HAMKA
 
i.. Kurangnya sambutan bagi program keagamaan di MCKK
 
ii. Sikap dingin pelajar yang berjaya terhadap ugama
 
iii. Moral yang mula dicemarkan oleh Mr. Wilson (Anthony Burgess)
 
iv. Tertubuhnya 'Badan Revolusi Ugama' atau BRU
 
v. Keyakinan bahawa masalah Umat dalam bidang politik, ekonomi dan masyarakat (POLEMAS) boleh diselesaikan dengan PERPADUAN
 
3. Maramunjangan dan unit-unit kegiatan
 
i. Pak Arshad tukang gunting di MCKK mengenali pelajar patriotik apabila mereka bercakap-cakap dengan beliau waktu bergunting rambut


ii. Diwujudkan unit yang terdiri dari sekitar 20 orang bagi setiap unit. Unit pertama mempunyai 22 ahli termasuk dua orang senior dan dua orang junior. Yang sedarjah 18 orang. Matalamatnya ialah untuk memastikan bangsa Melayu MARA, MUNdur JANGAN = MARAMUNJANGAN 
 
iii. Perniagaan keperluan pelajar
 
4. Pengalaman di Seremban
 
i. Pengenalan dengan YB Dato' Hj. Redza Hj. Said, seorang Ahli Parlimen bagi kawasan Parlimen Rembau-Tampin yang sebelum menjadi Ahli Parlimen telah berniaga menjual daging lembu di pasar Seremban
 
ii. 'Rancangan Menternak Lembu Susu di Pantai, Seremban' - kelompok tidak berdaftar
 
iii. Sebagai Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan (1965)
 
iv. Sebagai Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Seremban Bandar
 
v. Sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Seremban Timur
 
vi. Menjadi Ahli Kelab Belia Seremban gabungan MAYC
 
vii. Menubuhkan Pergerakan Belia 4B, Seremban
 
iix. Sdr. Zahari Sulaiman (Ahli Maramunjangan) bertugas di Pejabat Koperasi Seremban setelah lulus dari Universiti Malaya
 
ix. Terdirinya 'National Land Finance Cooperative Bhd' (Baca masukan blog atas tajuk 'ORANG INDIA YANG SAYA KENAL' yang kemudiannya berganti tajuk jadi 'PUNCA MINAT BELAJAR TAMIL'.
 
5. Pendedahan di Eropah
 
i. 'Cooperative Wholesale Society of Great Britain'
 
ii. 'Koperativa Forbundet di Sweden'
 
iii. 'Deutsch Genossenschaft' di Jerman Barat
 
iv. 'Rochdale Principle' - Koperasi tidak mengenal bangsa dan ugama. Walau bagaimana pun koperasi yang ditubuhkan oleh pengasas pergerakan di Rochdale ini semua dari satu bangsa dan satu ugama
 
v. Nama SHAMELIN tercetus dalam pergaulan dengan Kak Zainab dan Zulkifli waktu di Warwick Avenue, London. Mereka berdua berasal dari Kampung Dong, Pahang 
 
vi. Erti SHAMELIN: SHArikat MElayu INternasional, SHArikat MElayu INsaf, dan Shamelin, Shamelan, Shamelun bererti segala-galanya
 
vii. Pengenalan dengan pengarah-pengarah DAEWOO - Kim Woo Chong, Kim Duck Chong &  lain-lain
 
iix. Pengalaman di 'Masjid Baker Street, London'
 
ix. Pengaruh buku 'Islamic Economics' karangan Prof. Mannan dan buku 'Islamic Finance karangan Prof. Siddique

x. Bersatu dalam tunjuk perasaan pada tahun 1969 di London dengan menganjurkan perarakan dari Marble Arch ke Trafalgar Squaare - kira-kira 1 juta terlibat kerana memperotes PENGEBOMAN MASJID AL AQSA oleh pihak Zionis Israel

xi. Bersatu dalam tunjuk perasaan pada tahun 1969, selepas tunjuk perasaan membantah Israel, kerana memprotes terhadap PEPERANGAN DI VIETNAM. Kira-kira 3 juta orang terlibat dalam perarakan dari Marble Arch ke Trafalgar Square
 
6. 1969 Tesis bertajuk: 'Separate Currency for the Malays'
 
i. Teori 'The Black Dwarf Club' yang dipopularkan di Hyde Park Corner - 'If money is the route of all evil, let us have a world without money'
 
ii. Jika Melayu, sebagai pengguna, membelanjakan gajinya di kedai-kedai milik Melayu maka wang tidak akan terus keluar dari tangan Melayu dengan begitu mudah.
 
iii. Konsep 'Lunch Voucher' yang diperkenalkan oleh Winston Churchill dalam Perang Dunia Ke 2 menunjukkan kemungkinan penggunaan wang itu boleh tertakluk kepada satu-satu tujuan atau pengarahan.
 
iv. Konsep hadiah kupon yang boleh ditukarkan dengan barang. Penentuan tempat pertukaran dan jenis barang yang boleh ditukar juga membuktikan bahawa penggunaan kuasa membeli itu boleh diawasi dan ditentukan.
 
v. Dua jenis wang di Negara China - Yuan dan Renmembi
 
vi. Jika semua pegawai dan kaki-tangan kerajaan Melayu dibayar gaji dengan ringgit Melayu maka apabila wang itu digunakan di mana jua kita boleh tahu asal duit dari Melayu itu sebanyak mana. Itulah sumbangan Melayu kepada ekonomi Negara.
 
7. 1970 Tesis bertajuk: 'Japan Economic Growth and the Future of South Korea and Taiwan'
 
i. Cara Jepun menggerakkan ekonominya dari sumber ketenteraan - modal, tenaga dan semangat
 
ii. Mengesan pengendali perniagaan dan perusahaan yang mempunyai pegangan nilai yang sama di
tiga Negara - Jepun, Korea Selatan dan Taiwan
 
iii. Jepun dengan semangat BUSHIDO 
 
iv. Korea dengan semangat HWARANG
 
v. Taiwan dengan semangat JINSHENG

vi. Quraisy dengan semangat MURUWAH
 
vii. Nilai Berani, Amanah, Disiplin, Rajin dan Setia
 
8. MAYC, 4B, PKPIM dalam penubuhan SHAMELIN
 
iPerpaduan melalui pertubuhan dan pergerakan belia
 
ii. Belia asas perjuangan koperasi 
 
9. Pengalaman dan Pendedahan di Chartered Bank
 
i. Keredit untuk 25,000 Penanam Padi di Kedah. Jumlah pinjaman sejumlah RM50juta telah langsai pembayarannya yang membuktikan sistem pinjaman berkelompok boleh menjamin pembayaran.
 
ii. Keredit untuk 3,000 'Penggatih Teksi' di Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Putih Kelantan
 
iii. Keredit untuk 1,000 peniaga dan pekebun kelapa di sebelah pantai di Selangor (Jenjarom, Sijangkang, dll)
 
iv. Perselisihan dengan Governor Bank Negara Malaysia mengenai faedah atas pinjaman dan pinjaman untuk membeli saham. Bank Dunia telah menentukan bahawa pinjaman yang mengenakan faedah lebih dari 5% setahun sebagai penekanan kepada rakyat yang miskin. Walaupun dengan mengenakan 10 atau 20% kemudahan pinjaman dapat diberi oleh bank swasta tanpa kerugian operasional; jika anggaran faedah sebegini dapat menyelamatkan peminjam dari tekanan riba 80% setahun dari orang tengah pun tidak diizinkan oleh Bank Negara Malaysia.
 
v. Bank juga dihalang oleh peraturan Bank Negara Malaysia dari memberi pinjaman untuk membeli saham dalam syarikat.
 
vi. TS Khoo Kay Peng, semasa bertugas di BBMB telah menjayakan rancangan Tan Koon Swan untuk mendirikan koperasi gergaji Multi-Purpose Cooperative Bhd. dengan meminjamkan kepada kepada ahli-ahli koperasi ini jumlah wang yang banyak untuk membeli saham. Larangan awal terhadap peminjam Melayu telah kemudiannya dibolehkan untuk peminjam China.
 
10. Pengalaman sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar
 
i. Amanah dalam koperasi - tidak dapat membentang kira-kira dalam mesyuarat agong
 
ii. Memperkenalkan 'BUKU HITAM' untuk penyeleweng koperasi
 
iii. UNTUK MASA DEPAN EKONOMI BANGSA MELAYU saya telah memperkenalkan:

iiia. KPN - Koperasi Pembangunan Negara,

iiib. KPD - Koperasi Pembangunan Daerah,

iiic. KIK - Koperasi Industri Kampung

11. Pengalaman sebagai Menteri Pertanian

i. NAFAS - Persatuan Peladang Kebangsaan

ii. NEKMAT - Persatuan Nelayan Kebangsaan

NAFAS dan NEKMAT telah ditubuhkan di bawah akta masing-masing. Akta ini membezakannya dengan koperasi kerana kuasa ahli jawatankuasa terbatas dengan adanya ketentuan kerajaan dalam menyusun pentadbirannya.

Pada dasarnya NAFAS dan NEKMAT juga bergerak atas dasar perpaduan.
 
12. Melayu dalam bidang Perniagaan dan Keusahawanan - Sebelum dan Setelah MERDEKA

A. Dasar Ekonomi Bebas mulai dari 31 Ogos, 1957
 
i. Kongres Ekonomi Bumiputra Pertama dalam tahun 1965

ii. Kongres Ekonomi Islam Pertama dalam tahun 1968

iii. Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua dalam tahun 1968

(PERISTIWA 13 MEI, 1969)

B. Dasar Ekonomi Baru mulai dari tahun 1970 (hingga 1990)

iv. Kongres Ekonomi Islam Kedua dalam tahun 1972

v. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Pertama dalam tahun 1980

C. Dasar Pembangunan Negara mulai tamat DEB (Dasar Ekonomi Baru > 1990)
 
vi. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Kedua dalam tahun 1992

vii. Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat dalam tahun 1999

iix. Kongres Ekonomi Islam Ketiga dalam tahun 2009

13. Tumpuan keputusan Kongres Ekonomi Islam dan Bumiputera

a. Pengenalan RUKUNEGARA
b. Pengenalan buku REVOLUSI MENTAL
c. Tingkatkan taraf Sekolah Kebangsaan khususnya di luar Bandar
d. Penyusunan RIDA menjadi MARA
e. Penekanan atas kegiatan Persatuan Peladang
f. Peruntukan kuota dalam kawasan pembangunan
g. Penubuhan Bank Bumiputra
h. Maktab MARA jadi Institut Teknologi MARA
I. Tabung Pembangunan Ekonomi Islam
j. Tabung Kewangan Orang-orang Islam
k. Kompleks Kewangan dan Permodalan
l. Yayasan Sebaran Am (Islamic Missionary Trust)
m. Peningkatan taraf Pemborong Bumiputera
n. Pengenalan konsep Perniagaan Adalah Ibadat
o. Perhatian kepada faktor Bumiputera yang diperalatkan oleh bukan Bumiputera.
p. Bumiputera menjual ekuiti di bawah dasar pengswastaan
q. Perhatian kepada pembocoran dan penyelewengan dalam anugerah dan pemberian kontrak
r. Sikap menunggu pemberian dengan menggunakan pengaruh politik
s. Pembetulan sikap boros, enggan bayar hutang, malas dan tidak berdaya tahan
t. Penyelewengan dalam pemberian lesen
u. Pentingnya birokrasi bersikap bersih dan beretika murni
v. Pendidikan Islam perlu diterapkan
w. Perhatian kepada sistem ekonomi, kewangan dan perbankan Islam
x. Peranan masjid sebagai pusat pembangunan
y. Penubuhan LUTH, FELDA, PNB dan PETRONAS

Walaupun dengan semua usaha di atas sepanjang 56 tahun bangsa Melayu tetap ketinggalan.
 
14. Masa Depan Melayu 

i. Melayu sedang hilang kuasa politik sementara kuasa ekonomi belum terbela

ii. Ternyata di bawah sistem yang ada kita tidak kemana-mana

iii. Sejak Merdeka kita hanya berseminar untuk membuat resolusi mengenai apa yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan.

iv. Kita tidak berseminar untuk memutuskan apa yang perlu kita usahakan sendiri untuk kemajuan diri kita.

v. PERPADUAN DALAM BIDANG EKONOMI MELALUI KOPERASI MUNGKIN PERLU DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEMBOLEHKANNYA MENJADI SUMBIR HARAPAN BAGI MASA DEPAN BANGSA MELAYU.

vi.. ITULAH YANG SEMESTINYA MENJADI KEPUTUSAN UNTUK KITA BERTINDAK SENDIRI.

vii. ALLAH TIDAK AKAN MEROBAH NASIB SESUATU KAUM KECUALI KAUM ITU MEROBAHKAN DIRINYA SENDIRI.

Wallaahua'lam.
 

No comments: