USUL UNTUK DIRI SENDIRI
Salah satu perkara yang telah ditimbulkan dalam masukan blog ini pada 13hb Februari, 2014 atas tajuk FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA ialah kesemua usul yang diketengahkan dalam 8 Kongres Ekonomi, sejak Merdeka, ialah untuk mendesak kerajaan supaya membuat itu dan ini.
Hampir tidak ada usul yang bangsa Melayu buat untuk mendesak diri sendiri.
Di bawah ini saya turunkan usaha yang telah dijayakan sendiri oleh rakyat Malaysia, khususnya Melayu, untuk memajukan diri mereka.
Iaitu di bidang koperasi.
Menungilah perangkaan di bawah dan carilah bidang yang anda boleh libatkan diri, jika anda belum berbuat demikian.
Data ini saya terima daripada Suruhanjaya Koperasi dan akan saya tambah, dari masa ke masa, apabila saya mendapat masukan baru.
KOPERASI DI DALAM NEGARA SEHINGGA PENGHUJUNG 2013
12 Jenis Kategori Koperasi:
01. Perbankan --------------- 2 buah
02. Kredit --------------------- 588 buah
03. Pertanian ---------------- 2,148 buah
(Dewasa dan Sekolah)
04. Perumahan -------------- 59 buah
05. Perindustrian ----------- 201 buah
06. Pengguna ---------------- 4,416 buah
(Dewasa dan Sekolah)
07. Pembinaan --------------- 163 buah
08. Pengangkutan ----------- 435 buah
09. Perkhidmatan -----------1,975 buah
10. Multimedia --------------- 1 buah
(Koperasi kakitangan
Suruhanjaya Koperasi
Malaysia)
11. Muzik ---------------------- 1 buah
12. Seniman ------------------- 1 buah
KPN, KPD &KIK - dalam kategori Pembinaan, Perumahan, Industri & Pengguna
Koperasi keluarga tidak termasuk dalam mana-mana kategori khas kerana ianya hanya unik dari segi keanggotaan bukan dari segi fungsi atau 'nature of business'. Mereka kebanyakan menjalankan aktiviti pertanian/pengguna
26 Jenis Kategori Keanggotaan Koperasi
01. Agensi Kerajaan
02. Ahli Sukan
03. Pekerja Bank
04. Belia
05. Bomba
06. Doktor
07. Felcra
08. Felda
09. Guru
10. Pekerja Hotel
11. Ibu Tunggal
12. Imam/Bilal
13. Jurukur
14. Keluarga
15. Kolej
16. Kumpulan Berunifom
17. Mualaf
18. Nelayan
19. OKU
20. Orang Asli
21. Pegawai Kerajaan
22. Peguam
23. Pekerja Kilang
24. Kariah Masjid
25. Murid Sekolah
26. Orang Awam
Keanggotaan KPN (Koperasi Pembangunan Negara), KPD (Koperasi Pembangunan Daerah) dan KIK (Koperasi Industri Kampung) terdiri dari orang awam, ibu tunggal, nelayan dll.
STATISTIK MENGIKUT FUNGSI/KATEGORI Tahun 2013
Bil
|
KATEGORI
|
Bilangan Koperasi
|
Bilangan Anggota
|
1
|
PERBANKAN
|
2
|
1,008,631
|
2
|
KREDIT
|
588
|
1,736,078
|
3
|
PERTANIAN
| ||
Dewasa
|
2,142
|
448,021
| |
Sekolah
|
6
|
403
| |
4
|
PERUMAHAN
|
159
|
128,076
|
5
|
PERINDUSTRIAN
|
201
|
17,044
|
6
|
PENGGUNA
| ||
Dewasa
|
2,172
|
573,029
| |
Sekolah
|
2,244
|
2,125,379
| |
7
|
PEMBINAAN
|
163
|
123,960
|
8
|
PENGANGKUTAN
|
435
|
147,479
|
9
|
PERKHIDMATAN
|
1,975
|
720,615
|
10
|
MULTIMEDIA
|
1
|
60
|
11
|
MUZIK
|
1
|
Tiada*
|
* Tiada maklumat terkini kerana baharu
ditubuhkan
STATISTIK
MENGIKUT KUMPULANTahun 2013
Bil
|
KATEGORI
|
Bilangan Koperasi
|
Bilangan Anggota
|
1
|
AHLI SUKAN
|
8
|
888
|
2
|
BELIA
|
184
|
28,738
|
3
|
DOKTOR
|
2
|
660
|
4
|
GABUNGAN DEWASA
|
54
|
58,716
|
5
|
GABUNGAN SEKOLAH
|
9
|
205
|
6
|
GURU-GURU
|
81
|
156,071
|
7
|
IBU TUNGGAL
|
18
|
1,130
|
8
|
IMAM/BILAL
|
4
|
1,214
|
9
|
JURUKUR
|
1
|
307
|
10
|
KARIAH MESJID
|
157
|
10,543
|
11
|
PEGAWAI KASTAM
|
4
|
4,859
|
12
|
KELUARGA
|
524
|
21,166
|
13
|
KOLEJ SWASTA
|
12
|
1,103
|
14
|
KUMP. UNIFORM
|
1
|
60
|
15
|
MUALAF
|
4
|
223
|
16
|
NELAYAN
|
55
|
12,660
|
17
|
OKU
|
16
|
1,137
|
18
|
ORANG ASLI
|
65
|
12,260
|
19
|
PEGUAM
|
1
|
12
|
20
|
ORANG AWAM
|
2,621
|
1,178,246
|
21
|
PEGAWAI KERAJAAN
|
328
|
291,557
|
22
|
PEKERJA BERKANUN
|
97
|
64,385
|
23
|
PEKERJA KILANG
|
43
|
30,666
|
4 comments:
Idea Tan sri memang bagus, sebab orang sanjung Tan Sri dan menceritakan yang baik-baik.
Pengalaman saya yang tunjuk bodoh nie menunjukkan orang bodoh ada bijaknya dengan tidak aktif koperasi atas alasan berikut :-
i) Penyelewangan dalam koperasi yang tidak mahu diketengahkan. Jalan penyelesaian mudah adalah jangan aktif koperasi tapi kalau ada peluang untuk berhutang baru jadi ahli koperasi;
ii) monopoli dalam pentadbiran dan juga membuat keputusan;
iii) ada thesis bagi pelajar Master dan PHD, tapi jawapan yang dberikan tidak jujur tulis yang baik-baik.
wallahu a'lam
Assalamualaikum Tan Sri, Saya terpanggil untuk menulis komen ini kerana saya dan beberapa rakan yang lain ada berbincang mengenai keinginan kami menubuhkan koperasi untuk rakan-rakan yang berniaga secara online. Rata-rata mereka ini orang Melayu dan semuanya ingin menambahkan pendapatan dengan berniaga dalam talian samada di bog mereka sendiri mahupun di facebook. saya memang betul-betul berminat untuk bersama menubuhkan koperasi tetapi malangnya saya kurang arif tentang bidang ini. soalan saya; di manakah patut saya mula dulu...cari info di Suruhanjaya Koperasi Malaysia kah atau apa? Untuk pengetahuan Tan Sri saya dah ada senarai 50 orang yang berminat untuk menjadi ahli koperasi serta details mereka. Amatlah berharap agar Tan Sri dapat membantu dari segi nasihat dan pandangan. Terimakasih, Wassallam.
Waalaikumussalam. Sdr.Noreen. Saya masih menunggu jawapan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk memberi maklumat yang sdr. maksudkan. Jika sdr. ada kesempatan sdr. boleh hubungi sendiri dengan pejabat mereka yang terdekat. Tolong sms kepada saya pada hp 012 2134471 mengenai hasilnya. Tahniah atas minat sdr.. Kita perlu memimpin masyarakat kita untuk berdikari. Terima kasih.
Assalamu'alaikum Tansri, saya Toni (Indonesia) yang dahulu pernah temankan tansri sewaktu umrah, saya berharap tansri dapat saya hubungi via sms atau email pribadi, toni261971@yahoo.com atau via sms/telepon +6281311029467. Saya ada perlukan solusi dari tansri.
Post a Comment