LAGU, PUISI DAN SYAIR SEBAGAI SUMBER INSPIRASI
PERJUANGAN MENGENAI BAHASA MELAYU.
13hb Julai, 1967
Keranda 152
SN Usman Awang
o
ANAK Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya parlimen
o
Sepuluh tahun nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi
o
Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya
o
Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu.
{catatan penulis- lewat Keranda 152, setiap manusia Melayu yang ada jiwa dan roh keMelayuannya akan meratapi andainya terkubur Bahasa Melayu yang menjadi Jiwa Bangsa kita}
o
PERJUANGAN MENGENAI KETUANAN MELAYU
LAGU WARISAN
o
Setiap hari kita mendengar lagu walaupun bukan semuanya lagu yang bermunafa'at bagi kita. Tidak selalu kita mendengar orang membaca puisi atau sajak walaupun antara sajak-sajak ada yang isinya memberangkan dan menaikkan semagat kita. Lagu seperti 'Anak Kecil Main Api' jarang kedengaran walaupun ianya boleh membangkitkan semangat dan kesedaran bangsa. Ianya, yang dicipta oleh Tan Sri Nordin Kardi, telah dipopularkan dalam kursus-kursus Biro Tatanegara (BTN) dan Kemas di satu masa dulu.
Puisi Sasterawan Negara Osman Awang, yang sangat bersemangat itu juga tidak selalu kedengaran. Saya turunkan di sini puisi itu.
PERJUANGAN MENGENAI BAHASA MELAYU.
13hb Julai, 1967
Keranda 152
SN Usman Awang
o
ANAK Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya parlimen
o
Sepuluh tahun nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi
o
Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya
o
Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu.
{catatan penulis- lewat Keranda 152, setiap manusia Melayu yang ada jiwa dan roh keMelayuannya akan meratapi andainya terkubur Bahasa Melayu yang menjadi Jiwa Bangsa kita}
o
PERJUANGAN MENGENAI KETUANAN MELAYU
LAGU WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Di sini berakhirnya lagu Warisan yang asal ciptaan Tan Sri Dr. Nordin Kardin. Oleh kerana lagu ini hanya memberi keinsafan dan menimbulkan rasa sedih dan hiba kepada yang menyanyi dan mendengarnya, maka untuk menjadikan keinsafan ini sebagai sumbir inspirasi yang boleh menyatupadukan bangsa maka, satu jalan keluar perlu ditambah dan saya telah meminta Dato' Hamdan Sulaiman untuk meminta izin TS Nordin Kardi bagi menambah versi di bawah supaya lagu ini boleh dipopularkan oleh KEMAS. Inilah tambahan yang dibuat oleh Dato' Hamdan Sulaiman yang telah saya setujui.
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Setelah KEMAS mempopularkan lagu Warisan ini ianya telah menular ke dalam majlis-majlis UMNO sehingga menarik perhatian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Beliau sendiri telah menambah rangkap di bawah ini.

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
LAGU UNTUK PERPADUAN BANGSA MELAYU
Sekitar waktu yang sama Majlis tertinggi UMNO telah memutuskan untuk mengadakan lagu UMNO. Lagu berikut telah digubal oleh Sdr. Johari Salleh dan diserahkan kepada saya selaku Setiausaha Agong UMNO.
BERSATU, BERSEDIA, BERKHIDMAT
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita (Anak) Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus (Maju) Mara
Untuk Rakyat Malaysia
Saya telah gantikan 'Kita 'Anak Melayu' kepada 'Kita Rumpun Melayu' kerana Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang dari berbagai suku, yang tidak memanggil diri mereka sebagai Melayu tetapi menerima hakikat bahawa mereka dari 'Rumpun Melayu.'
'UMNO Terus Maju' telah saya tukar kepada 'UMNO Terus Mara' supaya bunyi perkataan hujung 'Mara' sama dengan 'Malaysia'; kecualilah jika kita gunakan 'UMNO Terus Maju' diikuti dengan dengan 'Untuk Rakyat Melayu.'
Sedikit pindaan ini telah dipersetujui oleh Sdr. Johari Salleh penggubalnya.
Sedikit pindaan ini telah dipersetujui oleh Sdr. Johari Salleh penggubalnya.
Kebetulan pula saya pada waktu itu menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas MARA, dan kawan-kawan sedarjah dengan saya di Tingkatan V MCKK pada tahun 1961 telah mewujudkan kumpulan MARAMUNJANGAN dengan mengeluarkan penerbitan berkala bernama 'KATAMARA' sementara kami masing-masing menggunakan perkataan MARA di hujung nama kami seperti nama Mara Hamdan Hazizi, Mara Amdun Hussain dan Mara Zahari Sulaiman. Penggunaan ini kami gugurkan apabila RIDA ditukar menjadi MARA selepas Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama dalam tahun 1965.
SEMANGAT KEMERDEKAAN
Tajuk: TANGGAL 31 OGOS
|
|
Tanggal 31 Bulan Lapan 57 Merdeka! Merdeka! Tetaplah Merdeka! Ia pasti menjadi sejarah Tanggal 31 Bulan Lapan 57 Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warganegara Ramai-ramai menyambut Hari Merdeka Merdeka! 31 Bulan Lapan 57 Hari mulia Negaraku Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Lagu ini asalnya ditulis dan dinyanyikan oleh Bapak Ahmad Sebi iaitu seorang dari keturunan Melayu Deli, yang tinggal di Medan, Sumatera, Indonesia. Ianya telah dinyanyikan semula oleh Sdr. Sudirman apabila Jawatankuasa Hari Kebangsaan memperkenalkan program PERTANDINGAN MENYANYI LAGU-LAGU PATRIOTIK.
oo
MENYEDARKAN BANGSA MENGENAI DIRI SENDIRI
Sasterawan Negara Usman Awang, dalam menyimpulkan kegelisahan bangsa Melayu yang hampir lupa diri dalam merebut peluang di bidang ekonomi telah menulis puisi bertajuk 'Melayu' bertujuan menyedarkan kembali ancaman terhadap bangsa.
MELAYU |
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "
NUKILAN
Usman Awang
Apabila Dato' Muhamad Rahmat mengambil alih jawatan Pengerusi Jawatankuasa Hari Kebangsaan dari saya beliau, yang juga menjadi Menteri Penerangan Malaysia, telah memperkenalkan lebih banyak lagi lagu-lagu patriotik antaranya lagu 'Keranamu Malaysia.'
KERANAMU MALAYSIA
Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran Negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan Negara
(ulang daripada mula)
Keranamu negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia!
SYAIR MEMBANGKITKAN SEMANGAT PEPERANGAN
Hikayat perang sabil ditulis dalam bahasa Aceh oleh Teungku Chik Pante Kulu. Penulisannya dibuat dalam perjalanan dengan kapal laut antara Jeddah dan Pulau Pinang di mana Teungku Chik Pante Kulu telah singgah di Kampung Aceh, Yan, Kedah untuk bertemu dengan ulama-ulama di Yan yang menjadi temannya. Syair hikayat perang sabil ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia sebagai berikut :
HIKAYAT PERANG SABILBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah khaliqul asyya’, segala hal ciptaan Rabbi
Arasy kursi surga neraka, semua langit dunia dan bumi
Kemudian selawat salam hamba, kepada junjungan penghulu Nabi
Kepada waris bersama sahabat, termasuk sekalian Muhajir Anshari
Setelah selesai puji selawat, berilah hidayat hamba yang fakir
Insya Allah dengan tolong tuhan, hamba berkabar hal perang sabil
Kabar kitab hamba kan karang, biarlah kukarang yang mana jadi
Hamba perbuat atas kebajikan, mudah-mudahan pahala diberi...
Jikalau kacau serta salah, janganlah marah pada fakir ini
Aku menulis di pihak Allah, semata-mata karena Illahi
Wahai tuan adik dan abang, jangan hindari berperang sabil
Jangan hitung para hulubalang, sudah dirasuki jin dan pari
Wahai tuan dunia akhir, agama tak lagi di segala negeri
Semua ulama berdiam
diri, akan perang kafir tiada perduli
Lidah ulama semau lah kelu, tak lagi perduli kerja perang sabil
Melainkan yang ada dengan izin Allah, Tengku di Tiro mewakili Nabi
Ulama lain di setiap negeri, berdiam diri tiada perduli
Mereka sangka dapat lepas, ketika diperiksa di hari nanti
Pada hari menghadap Allah, takkan lepas wahai sayidi
Demikian dikatakan dalam kitab, firman Alllah dengan hadith Nabi
Wahai tuan adinda sahabat, firman Hadarat Tuhanku Rabbi
Dari semua ibadat yang ada, yang terlebih mulia berperang sabil
Kutipan hadith tak hamba baca, hanya makna tertulis di sini
Untuk peringatan jaga-jaga, barangkali lupa semua akhi
Wahai tuan baik-baik fahami, bukan tak menentu yang kukabari
Sengaja kuambil uraian ini, dari Mathirilgharam kitab perang sabil
Di dalam Al-Qur’an diriwayatkan, firman Hadarat Tuhanku Rabbi
Beserta hadith pemimpin umat, sungguh jangan lupa wahai akhi
Hadith Nabi sangat sekali saheh, tak ada jalan lari dari perang sabil
Imbalan diberi tanpa alasan, memang lah tersedia surga nan tinggi
Demikian didapat di setiap kitab, utama ibadat memang perang sabil
Dengarlah tuan kubaca ayat, firman Hadarat Tuhanku Rabbi
Surga untuk mereka. Meraka berperang pada jalan Allah,
Lantas mereka membunuh atau terbunuh.
Itulah janji Allah yang pasti di dalam Taurat, Injil, dan Quran.
Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah ?.
Sebab itu bergembiralah kamu dengan perjanjian yang telah kamu ikat itu.
Dan itulah kemenangan yang besar.
Agar sangat dimuliakan wahai sayidi, kita dibeli Rabbul Karim,
Sebagai harganya surga nan tinggi.
Siapa menyerahkan nyawa dan harta, dibelanjakan pada perang sabil...
Kemana pergi wahai sahabat, memanglah kita kan wajib mati

Seperti firman dari
Hadarat, dalam ayat terlihat bukti
Dimana juga kamu berada maut itu pasti menghampiri, walau kamu berada
dalam benteng yang tinggi, kuat dan kokoh
Walau sembunyi di peti besi, mati takkan bisa dihindari
Demikianlah kukatakan lelaki pujaan, semua ingat masing-masing diri...

Jikalau mati di kamar tidur, keadaan terdesak tiada terperi
Sangat sakit nyawa diambil, yang bukan terkena senjata kafir
Biar dalam saf perang waktu dihantam, biar terlentang membunuh kafir
Wahai tuan adinda yang berbahagia duduk termenung janganlah lagi...
Di pihak kita wahai saudara, melawan kafir bimbang di hati
Demikian Tuhan memberi anda, mengapa tuan syak di hati
Ya Allah Wahidul Qahhar, Rabban Ghafurun Tuhanku Rabbi
Berilah hamba ketetapan hati, melawan Belanda kafir harbi
Wahai adinda semua saudara, wahai tuan jangan berdiam lagi...
Saksi hamba adalah Allah, Rasulullah Penghulu kami
Ketiga dengan tuan guru payung hamba, itulah tiga menjadi saksi
Takkan hamba ubah yang telah terucapkan, takkan hamba inginkan dunia ini
Seusai sang bintang timur, disembahnya tuan guru jari dan kaki
Bangkit ia segera berlalu, heran guru bibir terkunci...
Yang dahulu wahai buah hati, tak pernah kafir ke pulau Ruja
Saat ini sudahlah kesampaian, telah datang kafir mengantar surga
Begitulah kukatakan istri pujaan, semua kita berbahagia raya
Zaman ketika nenek moyang kita, tiada pernah begini wahai bintara
Setelah zaman dahulu kala, masih ada Nabi Sayidil Anbia
Semenjak itu tak pernah lagi berperang sabil, karunia Rabbi kini baru ada
Tuhan kita Rabbul ‘Izzah, amat mengasihi semua hamba
Diberi jalan yang besar sekali, jalan pulang ke dalam surga
Wahai teungku raja bahagia, jangan lagi tergiur berniaga
Jika tidak memerangi seteru Allah, sesal kemudian putus asa
Hai teungku yang bangsawan, firman Tuhan lahir nyata
Patuhlah kepada ayat-ayat Qur’an, firman Tuhan Rabbul A’la
‘Jika kamu tiada mau berperang, niscaya Allah menyiksamu dengan azab yang pedih
dan Dia akan menukar kamu dengan kamu yang lain’
Itulah firman wahai buah hati
Dijatuhi siksa bukan kepalang, yang tidak memerangi kafir Belanda
Itulah yang kukatakan wahai abang, hai saudara bukan main-main lagi
Sebelum diberikan pengganti lain, jangan hindari semua perkara
Jika kita tak mau melaksanakan, disuruh yang lain lawan Belanda
Misal kisah Ashabi Fil, ketika Nabi belum lahir di dunia...
Begitulah Allah membuat kita suka, mengapa tidak
juga memerangi Belanda
Hai teungku adik buah hati, tak ada tandingan perang Belanda
Niatkan saja melawan kafir, dosa tidak lagi pada anggota
Turun dari rumah sebuah langkah, niat pergi memerangi Belanda
Segala dosa habislah sudah, ibarat budak baru dilahirkan...
Diberi pahala oleh Tuhan, sepuluh budak diberi merdeka
Begitulah diberi hai buah hati, sekali membedil atas Belanda
Jika banyak seteru dibedil, coba pikir berapa banyak pahala
Pergi ke tanah Arab hai lelaki pujaan, kita merugi dengan harta
Kita berada di sana beribu hari, tidak hai adik sama pahala...

Satu malam yang ini seribu yang lain, sungguh
sangat lebih Tuhan karunia
Ini lain lagi yang sangat terlebih, satu saat tegak dalam perang
Perang lawan kafir satu saat, itulah yang terbaik dari yang pernah ada
Lebih dari Lailatul Qadar, demikian sabda Nabi kita
Satu saat ini semalam yang lain, sungguh sangat lebih hai saudara...

Jihad itu wajib atas kamu, maknanya demikian hai saudara
Memerangi kafir fardhu ‘ain, yakinlah semuanya
Begitu hadith Sayidil Mursalin, Muhammad Amin pelita dunia
Wahai kaum wajib fahami, sendi Islam tiga perkara
Pertama Syahadat, kedua Sembahyang, ketiga Memerangi Kafir
Jika tidak demikian kurang imbang, percaya abang hadith Mustafa
Sungguh wajib di masa ini, sebab negeri diduduki Belanda
Jangan lagi berdiam diri, menyesal nanti dalam neraka
Jangan percaya orang alim, jika tak mau melawan Belanda
Meski mampu terbang bak burung, jangan abang mempercayainya
Jangan di situ anda warisi ibarat, orang alim yang sudah setan perdaya
Cari dalih dalam berniaga, ringggit ditabung satu dua
Ayat menganjurkan perang hirau tiada, hati gelap mata pun buta
Cari jalan dekat dengan kafir, ulama jahil setan perdaya
Itulah ilmu ia ketahui, suruh Rabbi dilupakannya
Dirinya enggan
orang lain tak disarankan, tunggulah dipendam dalam neraka
Dikira dapat melepaskan diri, di hari nanti depan Rabbana
Semisal hadith Nabi kita, dengarlah teungku semua
Man katana ‘ilman al-janahu’llahu ta’ala bilujamin mina’naari
Barangsiapa menyembunyikan ilmu Allah, disumpal ke mulut api neraka

Itulah hadith
Rasulullah, disampaikan kepada ummat semua
Yang percaya mendapat tuah, yang mengubah mendapat hina
Agama kurang perniagaan punah, menyata sudah akhir dunia
Para ulama hanya memikirkan menerima upah dan pusaka
Berdiam di kampung dalam keseronokan, suruhan Tuhan disepikan saja

Dalih dicari
berbagai cara, agar tak serta dalam perang Belanda
Jalan sabil semestinya, disambut lekas serta-merta
Jika tidak demikian, tunggulah dipanggang dalam neraka
Mendapat siksa yang amat pedih, yang tak mau memerangi Belanda
Sekalipun ia raja Quraisy, walau ahli-ahli Sayidil Anbia

Teungku kini telah
dikecoh setan, memandang sepi perang Belanda
Merasa lebih tinggi dari Nabi yang memerangi musuh sepanjang masa
Kukatakan ini umpama, anak negeri tua-muda
Guru tercinta adik-abang, kita dan orang lain tiada beda
Jangan kecewa dengan perkataanku, banyak begitu yang ulama

Sebelah timur
sampai Peusangan, tiada yang mengimani kalam Rabbana
Banyak ulama dikaruniai Tuhan, kitab Qur’an bagai air bah
Banyak jumlahnya sedikit yang menghayati, takut menghadapi kafir Belanda
Jarang-jarang yang beriman tangguh, hanya dialah lain tiada...
oDisuruh ibadat tak pernah alpa, memerangi kafir tiada reda
Ibadat utama hanya perang
sabil, tiada yang lain padanannya Banyak ulama dikaruniai Tuhan, kitab Qur’an bagai air bah
Banyak jumlahnya sedikit yang menghayati, takut menghadapi kafir Belanda
Jarang-jarang yang beriman tangguh, hanya dialah lain tiada...
oDisuruh ibadat tak pernah alpa, memerangi kafir tiada reda
Firman tuhan Rabbul Jalil, hadith Nabi Sayidil Anbia
Jalan terbaik menghadap Rabbi, hanya perang sabil lain tiada
Begitu wasiat Sayidil Anbia, disuruh lawan kafir Belanda...
Jangan lagi demikian wahai taulan, menjadikan rekan kafir Belanda
Kafir celaka harus dilawan, musuh Tuhan dengan Mustafa
La Ilaha Illallah, kembali kisah ujung ayat
Muhammad Rasullah, sungguh indah perang dibangkit
Tak ada yang sama suatu pun, dengan perang sabil wahai sahabat...
Wahai saudara adik dan abang, dengan dagangan jangan lalai amat
Walau banyak gedung emas berpeti, sendirian kita di dalam kubur
Jika bukan mati di dalam perang, wahai abang sakit amat
Sembilan ribu bala yang datang, kesakitan nyawa dalam jasad
Satu persatu bala
itu diberi, seribu kali ditetakan yang kuat
Dihantam pedang seribu kali, pikirkan akhi menderita sangat
Sembilan ribu yang seberat itu, datang ke situ menyiksa jasad
Adakah sakit lebih dari itu, hai budiman camkan sangat
Mati dalam perang Sabilillah, teingku bertuah senanglah sangat

Tamsil minum selagi
haus, seolah begitu hanyut lezat...
Bukalah semua
hidayat, setiap tempat kafir diperangi
Kalahkan dengan cepat, dengan mukjijat Penghulu Nabi
Beserta doa segala sahabat, yang yakin amat dengan perang ini
Berkat doa segala Syaikh, semoga menyingkir kafir ini
Tamat hikayat hari selasa, waktu dluha naik matahari
Tarikh seribu tiga ratus, lagi dua puluh hijrah Nabi
Dua puluh tujuh bulan Muharram, hamba selesaikan o ya sayidi
Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada sebaik-baik ciptaan-Nya
Muhammad dan para keluarga serta sahabat beliau sekalian
Ya Tuhan Rabbal ‘Alamin.
Amin
Ulasan:
Dari beberapa pemaparan di atas, jelas bahwa tujuan pembuatan hikayat ini adalah untuk melawan penjajah Belanda yang hendak menguasai tanah Aceh saat itu. Hikayat Prang Sabil adalah salah satu mahakarya yang berhasil membangkitkan semangat masyarakat dalam berperang melawan penjajah Belanda. Hikayat ini memberi kesan seolah-oleh sebuah sihir yang sangat kuat magiknya.
Jelas sekali dari hikayat ini, agama menjadi sumber inspirasi yang ampuh untuk membangkitkan semangat masyarakat saat itu untuk melawan penjajah..

Dalam catitan buku ucapan saya bertajuk KEPIMPINAN MELAYU BARU, HARAPAN DAN CABARAN, saya telah menulis:
'Adalah penting bagi kita memahami bahawa keberaninan itu merupakan salah satu daripada syarat terpenting untuk maju. Di dalam bukunya yang bernama LIMAA DZA TA AKHKHARA'L MUSLIMUUNA WA LIMA DZA TAQADDAMA GHAI RUHUM - yang bererti - Mengapa kaum Muslimin mundur dan mengapa kaum selain mereka maju, Al Amier Syakib Arsalah telah menggambarkan hanya mereka yang berani mati sahaja yang layak hidup.
Apa yang dimaksudkan ialah kita perlu menanamkan semangat keberanian, semangat berjuang kepada pemimpin-pemimpin masa depan dan mereka hendaklah berkemampuan untuk mencungkil kembali semangat ini semuga kita tidak melahirkan bangsa-bangsa yang hanya mempunyai 'accumulative instinct,' untuk menghimpun kekayaan untuk diri sendiri, dan tidak langsung ada jiwa pengorbanan.
Wallaahu'aklam
3 comments:
bukannya ulamak berdiam diri
bila pedoman ditukar ganti
dgn kitab hadis yang lebih dipercayai
jadi pegangan melayu kini
resmi firaun diulang lagi
oleh melayu masa kini
islam hanya jadi bualan
bukan lagi jadi pegangan
qorun dan hamann bermaharajalela
kulitnya melayu sikapnya sama
segala perkara aku yang punya
sampai dah lupa pada yang kuasa
dengar melayu kusampaikan pesan
hati hati berpegang Quran
jaga batasmu dalam perbuatan
pasal dah sampai satu persatu azab balasan
wahai melayu di mana islammu?
pada pakaian atau hidupmu
menyelak kitab satu persatu
ahli kitab itu sebenarmu
Quran itu jadi pertandingan
cukup hanya sekadar dendangan
namun untuk faham tak kau pedulikan
malah kau jadikan ejek ejekan
berperang sabil berdarah melayu
suka berjuang tak pernah jemu
menegakkan kebenaran untuk agama dan bangsa
keris dan pedang bertukar tinta
namun mengalah tidak sekali
susah dan payah tetap diharungi
bukan kerana hendakkan balasan
hanya sekadar menetapkan pilihan
perjuangan rasul sentiasa dijunjung
bukan kerana untuk disanjung
amanah rasul zaman berzaman
kebenaran Allah wajib ditegakkan
walau sikit dalam bilangan
perjuangan tetap harus teruskan
kerana yakin berpegang janji
pertolongan Allah janji yang pasti
walau ditentang bangsa sendiri
kuatkan semangat tetapkan hati
ku pegang teguh kata pedoman
Aku, RasulMu beserta Allah pasti mendapat kemenangan.
Salam Tan Sri,
Saya ada bersembang dengan Akhramsyah hujung tahun lalu mengenai lirik Lagu Warisan yang sudah hilang rohnya kini, terutama sekali versi terkini. Lebih menyedihkan, tahun ini ramai telah mula mengatakan yang lagu tema Hari Kebangsaan 2014 yang dinyanyikan asal oleh Sudirman adalah lagu Warisan, sebarang carian dalam internet akan menunjukkan hanpir 70% hasil pada lagu tersebut. Adakah ini satu cara halus untuk memadam terus lagu Warisan dari jiwa kita? Saya masih cuba mencari lagu yang mempunyai 8 rangkap yang popular di MRSM pada penghujung 80an, yang ada dalam tangan saya adalah seperti yang saya bincangkan dengan Akhramsyah iaitu seperti dibawah. Komen Tan Sri amatlah saya hargai. Ini masa untuk mengingatkan anak muda berjiwa Melayu lagu Warisan yang asal.
Salam perjuangan.
Lagu Warisan
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta (cita?) lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
*Kita rumpun bangsa melayu
Menganut agama yang suci
Semangat bangsa berlandaskan islam
Teras capai kemerdekaan*
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang
*Dari masa hingga masa,
Petualang menghancurkan bangsa,
Alatkan agama demi peribadi,
Pupus kita di bumi Ilahi*
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Post a Comment