'Playboy'
punca masalah Malaysia, kata Sanusi
10 Dis 2015, 5:25 petang 10 Dis 2015,
7:09 malam
Mendakwa terhalang di Kedah, sebuah cawangan Umno dari negeri itu meraikan
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.
Kira-kira 500 orang bernyanyi dan bersorak ketika bekas perdana menteri dan
Presiden Umno itu tiba di Muzium Kesenian Islam ketika Tan Sri Sanusi Junid
menyampaikan ucapan penuh bersemangat.
Sanusi diketahui salah seorang penyokong tegar Dr Mahathir dan pernah
berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Umno serta Menteri Besar Kedah.
Kata Sanusi masalah yang sedang dihadapi negara ini "mudah saja"
iaitu "kita mempunyai pemimpin yang tidak ada moral".
Tanpa berselindung Sanusi mendakwa "pemimpin" tersebut sebagai
seorang "playboy yang susah untuk mengawal nafsu".
Kata Sanusi, 'penyakit' kedua yang dihadapi negara ini ialah "gila
duit".
Kedua-dua masalah itu, katanya, mendorong pihak yang berkenaan mencari duit
secara mudah.
"Penyelesaian kepada masalah ini ialah rakyat perlu bangkit. Kita
terus membaca dan cuba memahami tetapi kita tak boleh lagi duduk berdiam diri.
"Kita orang Kedah, kita hidup di tengah-tengah sawah padi dan petani
tidak tahu untuk bersembunyi," kata Sanusi mengulas mengenai kemelut
semasa parti itu.
Seperti Dr Mahathir, Sanusi juga secara terang-terangan mengecam kepimpinan
semasa Datuk Seri Najib Razak.
Majlis hari ini diadakan ketika lebih 2,000 perwakilan Umno berkumpul di
Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur sempena perhimpunan tahunan parti
berkenaan.
Menurut Sanusi, Najib kini tidak mampu mengawal nafsunya.
Dr Mahathir sebelum ini mengadu pihak yang cuba menganjurkan majlis
penerangan membabitkan dirinya sukar mendapat tempat atas faktor tertentu.
No comments:
Post a Comment