Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Dengan sukacitanya saya terbitkan sekali lagi karangan di bawah ini yang pertama kali saya masuki dalam blog ini pada 16hb Jun, 2016. Semoga kandungannya masih relevan hingga ke hari ini. Selamat membaca.
MELAYU ITU HEBAT BANGSANYA

1. Masukan dalam blog pada kali ini bertujuan untuk menghapuskan rasa TAKUT yang ada pada orang Melayu dalam hidup berpolitik. Yang perlu ditakuti oleh bangsa Melayu ialah perasaan takut itu sendiri.
2. Melihat kepada struktur masyarakat Malaysia, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam masukan blog ini bertajuk 'Melayu Itu Hebat Bangsanya' pada 13 November, 2014 dan diulangi masukannya pada 5 Mei, 2016, jelaslah betapa mustahil untuk menghapuskan penguasaan Melayu dan Bumiputra dalam negara Malaysia.
TRAUMA BANGSA MELAYU
TRAUMA BANGSA MELAYU
3. Walau bagaimana pun, kerana UMNO selalu mengingatkan mengenai peristiwa 13 Mei, 1969, 47 tahun yang lalu, generasi lama masih dalam trauma kerana merasakan kemungkinan adanya ancaman yang berterusan kepada kuasa politik Melayu. Peristiwa ini telah selalu diingatkan kepada ahli-ahli Umno dan generasi muda orang Melayu setiap kali diadakan pilihanraya.
4. Takut kepada China yang hendak ambil kuasa politik Melayu sudah menjadi satu trauma yang tidak menguntungkan Melayu.
4. Takut kepada China yang hendak ambil kuasa politik Melayu sudah menjadi satu trauma yang tidak menguntungkan Melayu.