Friday, September 29, 2017

VIDEO CLIP 'SELAMATKAN MALAYSIA'



Kisah Enam Perdana Menteri, Johor, 29 April 2016


Najib Memang Perompak, Johor 29 April 2016



Selamatkan Malaysia, Pulau Pinang, 8 Mei 2016






Himpunan Selamatkan Malaysia, Shah Alam, 14 Mei 2016



Selamatkan Malaysia, Alor Setar, 21 Feb 2017









Tuesday, September 19, 2017

KESEHATAN - ALZEIMER

MASUKAN DARI GRUP WHATSAPP INDONESIA
PADA 16HB SEPTEMBER, 2017

TERJAWAB SUDAH MENGAPA RASULALLAH MELARANG PRIA MEMAKAI EMAS

Tentu kita pernah mendengar kalau umat Islam melarang kaum pria memakai emas, mungkin diantara kita bertanya-tanya kenapa Islam melarang ya, padahal kan bukan barang haram. 

Kalau haram tentu wanita juga dilarang memakai emas. 

Ternyata bukan karena takut kaum wanita tersaingi tapi karena ada alasan lain yang baru bisa dibuktikan pada abad ke 20 ini. 

Berikut Hadistnya:

Monday, September 18, 2017

ARTIKEL 117 M & A 1MDB

KUASA TANPA TANGGUNGJAWAB

Dari antara kes-kes yang dibawa ke mahkamah sekitar persoalan skandal berkaitan 1MDB saya dapati kes yang dibawa oleh Dato' Seri Khairuddin Abu Hassan pada 21hb Ogos, 2017 ialah yang paling tepat sasarannya.

Seksyen 117 Memorandum & Article of Assosiation 1MDB memberi kuasa bertindak kepada semua kakitangan tanpa tanggungjawab bersyaratkan semua tindakan di bawah seksyen ini adalah atas persetujuan Perdana Menteri.

SEKSYEN YANG MENGHALALKAN JENAYAH

Seksyen 117 ini menghalalkan semua 'jenayah' kewangan yang dilakukan oleh pegawai dan kakitangan 1MDB kerana ianya mengembalikan semua tanggungjawab kepada Perdana Menteri yang sah dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, setelah parti yang dipimpinnya memenangi PRU ke 13.

Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan pegawai-pegawai tinggi 1MDB sudah tentu telah dimaklumkan bahawa dengan adanya Seksyen 117 ini maka semua tindakan yang melibatkan kemasukan dan pengeluaran wang 1MDB adalah tanggungjawab Perdana Menteri. Oleh itu mereka tidak perlu bimbang ke mana wangnya mengalir.
Ahli Lembaga Pengarah, jika diketepikan oleh pegawai atau tidak dipedulikan oleh pegawai untuk menjawab sebarang pertanyaan berkaitan perbelanjaan yang dilakukan, juga tidak mempunyai kuasa untuk bertanya, atau berbuat sesuatu, jika pegawai berkenaan mempunyai hubungan langsung dengan Menteri Kewangan/Perdana Menteri.

Jika saham 1MDB dijual di pasaran saham antarabangsa sudah tentu tidak ada orang yang berakal yang akan membeli sahamnya kecuali jika mereka tidak terbaca Seksyen 117 yang ada di dalam M & A syarikat 1MDB.

Seksyen 117 ini juga menidakkan adanya kepakaran dan kebijaksanaan yang ada pada usahawan dan para profesyenal dalam membuat keputusan pelaburan dan perniagaan yang menguntungkan syarikat. Semuanya digantungkan kepada kemampuan Perdana Menteri dan Menteir Kewengan yang dilantik olehnya sendiri.

Saturday, September 16, 2017

SUGAR - AS SWEET AS BRIM

ADA MASUKAN BARU DALAM BLOG INI MENGENAI GULA. YANG PERTAMA PADA 8HB SEPTEMBER, YANG KEDUA PADA 13HB SEPTEMBER DAN YANG TERAKHIR PADA 16HB SEPTEMBER, 2017.

Dear readers. I am a diabetic and has been one for the last 40 years. My greatest enemy is sugar although it is very sweet. It is as sweet as BRIM which illusively pampers and kills the spirit of our people. Please read the following selected articles in order to further realize how sweetness kills. I will start with the first article with more to follow from time to time.

MASUKAN PADA HARI JUMAAT
8HB SEMTEMBER, 2017

Sugar, the New Tobacco
By Helen Signy
It’s a deadly health risk – but the food and beverage industry fends off regulation.


There’s an industry selling a product that is bad for one’s health. A generation ago that industry was tobacco and its product was cigarettes. Today it is the food and beverage industry and its product is sugar – sugar that is being added to food and drink. After 20 years working in tobacco control, Jane Martin, executive manager of the Obesity Policy Coalition, a policy think tank of the Cancer Council Victoria, has taken up the battle against sugar-laden food and drinks. She charges that the food industry has borrowed the corporate playbook of the tobacco industry to fend off regulation.
“The sugar industry has been very similar to the tobacco industry in how they work,” she says. “They fund their own research studies and criticize research they see as harmful. They focus on personal responsibility, saying it’s up to parents and the individual.”
But the parallels don’t stop there. “The tobacco industry pushed self-regulation over legislation. And now we have self-regulation around marketing to children of junk food and drinks, which is exactly what the tobacco industry got away with.”

Wednesday, September 13, 2017

AMALAH JARIAH TUANKU SULTAN ABDUL HALIM

Qoluinnalillahi Wainna Ilaihi Roji'un.

Walaupun sudah lama saya tidak menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan, kerana kesihatan tidak mengizinkan, tetapi saya terus membuat keputusan untuk menziarahi Almarhum KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim sebaik saja saya menerima berita mengenai kemangkatan baginda melalui media social.
 
Saya bernasib baik kerana masih ada pasangan baju Melayu berwarna hitam dan samping khusus yang digunakan untuk majlis pergabungan yang saya pakai di waktu menjadi Menteri Besar Kedah Darulaman.

Selepas saya menziarahi jenazah Almarhum KDYMM Tuanku Sultan saya telah bertemu dengan Tuanku Sultanah dan kaum kerabat baginda.

Waktu keluar dari dewan saya telah ditemuramah oleh sebuah agensi media yang telah bertanya mengenai pengalaman saya waktu berinteraksi dengan Tuanku Sultan di waktu saya menjadi Menteri Besar Kedah. Oleh kerana pihak media kerajaan tidak mungkin menyiar apa yang saya katakana maka saya turunkan di sini jawapan yang telah saya beri.

Dua pengalaman penting berkaitan dua keputusan yang telah saya buat dan laksanakan setelah KDYMM Tuanku merestuinya ialah seperti berikut.

Sunday, September 10, 2017

KOMEN SEKITAR RCI ( ROYAL COMMISSION OF INQUIRY)

OLEH KERANA SEGALA PENDEDAHAN MENGENAI 1MDB, FELDA, KWAP, KWSP, LUTH, GST DLL TIDAK DAPAT DAPAT DITUTUP LAGI MAKA KEPUTUSAN OLEH PEMIKIR BN TERPAKSA DIPINDAHKAN KEPADA USAHA UNTUK MENGUNGKIT DAN MENGHIDUPKAN KEMBALI SEGALA PERISTIWA, SEPANJANG 22 TAHUN TUN DR. MAHATHIR DENGAN HARAPAN IANYA DAPAT MEMBUAT PENGUNDI LUPA KEPADA DOSA-DOSA YANG SEDANG BERLAKU MASAKINI.
 
BAGI YANG KURANG CERDIK PULA MEREKA CUBA MEMBANTU UNTUK MENUTUP PENYELESEWENGAN YANG SEDANG BERLAKU DENGAN MEMADAM FOTO DAN KISAH TUN DR. MAHATHIR DALAM BUKU-BUKU SEJARAH DAN SETERUSNYA DALAM PAPAN-PAPAN MAKLUMAT SEPERTI YANG DILAKUKAN DI PETRONAS BARU-BARU INI.
 
KEDUA-DUA USAHA INI PASTINYA AKAN MELESET DAN BACK-FIRED, ATAU 'MEMAKAN DIRI' SEBAGAI YANG BOLEH PEMBACA LIHAT DARI KARANGAN-KARANGAN DALAM MASUKAN BLOG KALI INI. MASUKAN INI AKAN DITAMBAH DARI MASA KE MASA DAN PIHAK PEMBACA JUGA BOLEH TURUT MENAMBAH DI DALAM KOMEN MASING-MASING.

FOREX: Petikan dari Malaysian Watch Group