Saturday, October 21, 2017

OTOBIOGRAFI SANUSI - 6. PERSIAPAN KE MCKK

MELAWAT YAHWA NYAK HUSEIN DI JUNJUNG, KEDAH

Ayahanda Junid tidak sempat mengetahui bahawa saya berjaya mendapat tempat di Kolej Melayu Kuala Kangsar untuk meneruskan pelajaran menengah di Tingkatan Satu pada awal tahun 1957 sekitar umur 13+ tahun
Sebaik sahaja saya mendapat surat jemputan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar atau MCKK saya telah terburu-buru ke rumah ayah angkat saya Nyak Husein bin Cut Li di Junjung, Kulim Kedah.

Nyak Husin ialah anak sulong Cut Li. Isterinya ialah Nyak Asiah binti Teungku Hamzah iaitu adek kepada isteri pertama Nyak Gam yang bernama Nyak Fatimah binti Teungku Hamzah.
Kebetulan waktu itu di bulan puasa. Selepas makan sahur saya terus ke tempat tidur tetapi tidak dapat memejam mata memikirkan saya masih belum mempunyai dana untuk ke MCKK.
Saya terdengar perbicaraan dalam nada bisikan antara bapak saudara saya dan isterinya mengenai saya, dan dari perbicaraan itu jelas sekali kepada saya bahawa mereka juga tidak berkemampuan untuk menanggung perbelanjaan saya untuk ke MCKK.
Oleh kerana saya tidak berhasrat menyusahkan bapa saudara yang sememangnya bukan dari kalangan orang yang senang berada hidupnya, maka setelah solat subuh, tanpa diketahui oleh sesiapa, saya terus bawa beg berisi pakaian dan berjalan kaki dari Junjung ke Butterworth yang agak jauh juga. Saya tidak sedar berapa jauh perjalanannya tetapi akhirnya sampai juga ke Butterworth setelah berhenti di bawah pokok rindang yang ada sepanjang jalan. Saya tetap berpuasa walaupun dalam keletihan.


SINGGAH BEKERJA DI KEDAI NASI MAMAK
Di depan jetty di pelabuhan lama di Butterworth (lebih terkenal dengan nama Bagan, bagi orang-orang Kedah) terdapat sebuah kedai mamak jual nasi dan sebagaimana pengalaman saya di kedai makan mamak di Lam Seng Coffee Shop di Sungai Petani saya telah terus bertemu dengan penjaga wang kedai itu dan meminta untuk bekerja sebagai pencuci pinggan di kedai.
Saya bekerja di kedai nasi mamak untuk beberapa hari dan di waktu itu saya telah berjaya mengesan beberapa orang anak muda yang datang ke kedai itu untuk mencuri roti canai di dalam kedai. Oleh kerana mereka tidak menyangka saya juga pekerja di kedai nasi itu maka saya telah tidak diperhitongkan oleh anak-anak muda itu apabila mereka membuat strategi mencuri.
Mereka datang lima orang kesemuanya. Seorang dari mereka akan mendekati cashier untuk bertanya harga rokok-rokok yang dijual, seorang lagi pergi ke dapur untuk bercakap-cakap dengan pembuat roti canai. Seorang lain mengikuti pekerja yang sibuk membuat hidangan sementara 2 orang lagi menuju ke tempat roti canai dan mengambilnya sambil lari keluar.
Pada sebelah malam saya telah bersiar-siar di tepi pantai di Buttweworth di mana terdapat banyak banglow rumah orang besar dan orang kaya. Di situlah saya bertemu dengan mereka yang mencuri roti tadi. Keesokan harinya saya telah memberitahu pada tuan kedai makan mamak yang kemudiannya beliau melaporkan kepada pihak polis.
Mamak telah memberi saya sedikit wang dan menasihatkan saya supaya tinggal kedai itu kerana mamak takut pencuri itu tidak ditangkap polis dan mereka akan datang mencari saya jika ada kesempatan.

TINGGAL DI RUMAH GURU NYAK CUT DI JALAN GEREJA PULAU PINANG.
Dengan modal dari mamak kedai makan saya berangkat ke pejabat Dato' Saudara saya bernama Guru Nyak Cut. Saya tidak memberitahu kepada isterinya Cut Melor dan cucu mereka Cut Mariana atas sebab saya tiba-tiba sampai di rumah mereka di Penang. Saya minta tinggal bersama mereka sekejap dan saya diterima baik oleh mereka. Pada setiap pagi saya telah pergi ke Esplanade tidak jauh dari Church Street untuk bersiar-siar.

MENJADI PEMBAWA JAM TANGAN MENYEBERANGI SELAT ANTARA PULAU PINANG DENGAN SEBERANG PRAI
Di Esplanade saya bertemu dengan seorang taukeh China yang saya kenal pernah makan di kedai makan mamak di Butterworth. Bila dia tahu saya tidak berduit dan rajin bekerja dia tanya samaada saya mahu membantunya untuk bawa jam tangan melintasi selat dari George Town ke Butterworth. Pada waktu itu Penang adalah sebuah pulau bebas cukai. Oleh itu jika saya pakai dua jam tangan, satu di tangan kanan dan satu lagi di tangan kiri saya boleh membawa jam itu tanpa membayar cukai.
Saya telah melintasi selat tiga kali dalam sehari dan membawa 6 jam tangan setiap hari. Kerja ini tidak salah di sisi undang-undang. Ianya satu cara mencari keuntungan bagi pedagang.
Setelah beberapa hari saya menjadi courier jam untuk taukeh China saya telah mengumpul sedikit wang kerana saya diberi satu ringit untuk satu jam, iaitu saya mendapat 6 ringgit setiap hari kerana tambang feri dibayar oleh taukeh dan saya boleh makan atas tanggongan taukeh China di kedai mamak di Butterworth.

MENJADI 'HANTU KASTAM'  
Saya diberitahu oleh taukeh China bahawa satu hari pihak kastam akan melantik saya menjadi 'hantu kastam'. Saya tidak tahu apa ertinya.
Pada satu hari seorang kakitangan kastam telah mengajak saya untuk minum kopi di Esplanade. Dia menawarkan kepada saya untuk menjadi 'hantu kastam'. Ini bererti saya perlu mengawasi kereta-kereta yang berhenti di Esplanade dan mengisi berbagai jenis belian dalam kereta, di bawah kerusi dan di dalam tayar, untuk mengelak cukai.
Bila sudah pasti tujuannya ialah untuk mengelak cukai saya akan menulis di tepi tayar, di tempat yang ditentukan oleh kastam tanda 'SJ' atau Sanusi Junid. Dengan itu, pihak kastam tidak perlu memeriksa semua kereta yang melintasi selat dan hanya menggelodok kereta yang ada tanda SJ oleh saya sebagai hantu dan mungkin juga oleh hantu-hantu yang lain.

Saya sempat menurunkan tanda 'SJ' pada dua buah kereta sebelum saya diberhentikan dari tugas itu untuk diberi kepada orang lain. Saya dapat kira-kira RM100.00 untuk tanda 'SJ' di dua buah kereta.

Setelah beberapa hari di rumah nenekanda Guru Nyak Cut saya telah naik bas untuk ke Kampung Melayu Air Itam. Saya menjangka untuk bertemu adik saya Abdullah Maamuoum yang berada di sana kerana beliau mendapat ibu angkat Nyakmu Zainab isteri kepada Yahmu Nyak Cut Hashim iaitu ayah kepada Abu Bakar Hashim yang pernah di satu masa dulu menjadi pembantu walikota Georgetown mewakili Parti Sosialis Rakyat.

10 HARI DI RUMAH ANAK YATIM, AIR ITAM

Sebaik sahaja saya turun bas di depan rumah anak yatim berdekatan simpang jalan masuk ke Kampung Melayu Air Itam, saya telah ternampak tanda rumah anak yatim dan terus teringat untuk singgah di situ kerana saya juga baru kehilangan ayah.

Dengan surat sijil kematian yang saya bawa kemana-mana saya telah masuk ke pejabat penjaga Rumah Anak Yatim Air Hitam. Saya mendapat layanan yang cukup baik dan mesra di situ apabila pegawai di situ mengetahui bahawa saya datang sendirian dari Guar Chempedak, Kedah. Saya tidak memberitahu bahawa rumah ibu saudara saya tidak jauh dari rumah anak yatim itu.

Dalam masa 10 hari saya tinggal di rumah anak yatim saya mengingati tiga pengalaman yang kekal dalam ingatan saya.

EDAR NASI KANDAR

Saya sempat berada di rumah Anak Yatim Air Itam dan berpengalaman solat maghrib bersama dua malam Juma'at. Pada waktu itu ada kira-kira 10 buah kedai nasi kandar di Pulau Pinang yang memberi sekitar 70 bungkus nasi kandar setiap kedai pada setiap malam Juma'at, iaitu tiap seorang anak yatim mendapat satu satu bungkus. Oleh kerana terdapat 10 buah kedai nasi kandar maka setiap malam Juma'at kami dapat sekitar 700 bungkus nasi kandar. Selain dari yang kami makan tiap seorang sebungkus yang lainnya kami jual sekitar kawasan rumah anak yatim kami.

Pada waktu inilah saya mengetahui di mana rumah Nyakmu Zainab kerana beliau juga membeli beberapa bungkus untuk membantu anak-anak yatim. Saya ternampak adik saya Abdullah Maamuoum dan terus mengelak dari bertemunya kerana saya ingin lebih lama tinggal di rumah anak yatim. 

Pengalaman saya tinggal di rumah anak yatim inilah yang mendorong saya untuk merancang untuk membina sebuah rumah anak yatim di setiap daerah di negeri Kedah di waktu saya menjadi Menteri Besar Kedah.

KUTIP WANG SILING
DAN
PECAHAN TEMPURUNG KELAPA

Pada malam berikutnya kami telah dibawa ke Waterfall Garden kerana di situ ada sebuah tokong atau kuil Hindu. Acara pada malam itu ialah perarakan Thaipusam iaitu membawa patung besar didampingi dengan patung-patung kecil untuk berarak di sekeliling kota Georgetown. Saya tanya tujuannya perarakan itu dan seorang dari peserta di situ menyatakan patung itu juga ingin mengetahui keadaan di persekitaran.

Saya teringat kepada kuil Hindu di Kampung Raja Sungai Petani walaupun di waktu itu saya tidak dilibatkan dalam perarakan. Anak-anak yatim yang dipilih untuk dibawa ke Waterfall Garden tidak diberitahu terlebih dahulu tujuan kami dibawa ke situ. Ternyata kami terpaksa mengekori kereta usungan patung dan mengutip tempurung kelapa yang dibedah dan dibaling ke belakang patung yang diarakkan. Kami juga turut memungut wang-wang siling yang dicampak oleh para ceti dari atas kereta di belakang kereta patung.

Pengalaman ini menyeronokkan anak-anak yatim yang sangat memerlukan wang siling yang ditabur dengan begitu banyaknya.

Hari terakhir yang menyebabkan saya tinggal rumah anak yatim dan terus pergi ke rumah Nyakmu ialah apabila ada orang datang ke rumah anak yatim untuk menawarkan wang RM50.00 tanpa sebarang kerja yang memerlukan tenaga.

Ramai juga yang berminat dan terus memasuki pasukan.

MENGAMBIL UPAH MENANGIS

Kebetulan tidak jauh di belakang rumah anak yatim Air Itam ada sebuah kubur China yang jalan menujunya di samping rumah kami tinggal. Beberapa anak yang menawarkan diri untuk mendapat upah RM50.00 telah dibawa ke arah kubur. Saya ikut di belakang. Saya lihat anak-anak ini telah diberi sehelai guni untuk disarongkan ke kepala. Guni-guni ini mempunyai lubang untuk mata melihat. Mereka ini diajar untuk pura-pura menangis jauh di belakang keranda jenazah si mati. Selesai acara mereka yang mengambil upah menangis ini telah diberi RM50.00 tiap seorang dan mereka gembira menerimanya. Saya diberitahu bahawa mereka tidak menangis tetapi memaki-maki si mati secara bising untuk menggambarkan seolah-olah mereka sedang mengangis.

DI RUMAH NYAKMU ZAINAB CUT LI

Pada besok harinya saya lari keluar dari rumah anak yatim dan terus ke rumah Nyakmu Zainab, kakak kepada ayahanda Junid, iaitu sebuah rumah berdinding hitam yang terdiri antara padang bola dan Sungai Air Itam yang di sebelah sana sungai ada kilang mencetak daun keti.

Nyakmu menerima baik kedatangan saya dan dia sudah tahu saya lari dari rumah abangnya Nyak Husin tanpa menyatakan selamat tinggal. Saya menjelaskan bahawa saya mendengar pembicaraan antara Yahwa Nyak Husein dan isterinya Nyak Asiah binti Tengku Hamzah yang jelas menunjukkan bahawa saya menjadi beban kepada mereka.

Saya tidak memberitahu pada mereka kerana saya takut mereka tidak membenarkan saya ke rumah Nyakmu.

Saya tidak menjelaskan kepada Nyakmu waktu saya tinggal di rumah Guru Nyak Cut di Jalan Gereka dan 10 hari saya di rumah anak yatim.

NYAKMU BELI 3 PASANG KASUT KULIT BATA

Pada keesokan harinya Nyakmu membawa saya dan adik saya untuk pergi ke pekan Geiorgetown untuk membeli kasut.  Kami ke kedai Bata yang tidak jauh dari Tok Aik Pharmacy. Saya telah diminta oleh Nyakmu untuk memilih kasut yang saya suka. Saya pun ambil satu pasang kasut kain putih untuk kegunaan pergi sekolah. Nyakmu terus menegur dengan kata-kata bahawa saya patut pilih kasut kulit yang bermutu kerana kalau hanya kasut kain putih di Kedah pun banyak. Akhirnya beliau memilih 3 pasang kasut kulit Bata yang sungguh cantik pada pandangan saya.

Oleh kerana saya tidak dapat membantah keputusan Nyakmu maka saya pun bertekad untuk menjual kasut kulit itu dan dengan wang hasil jualan saya akan beli kasut putih yang saya perlukan.

Setelah tiga hari di rumah Nyakmu saya mendapat khabar ibu saya sedang mencari saya merata tempat kerana beliau mendapat tahu saya tidak ada di rumah Yahwa Nyak Husin di Junjung.

Saya pun telah dihantar ke jetti Georgetown oleh supir Nyakmu pada keesokan harinya, saya terus menaiki feri ke Butterworth, dan setelah singgah sekejab di kedai makan nasi kandar tempat saya bekerja dulu saya menaiki Union Bas untuk ke Sungai Petani dan dari situ naik lagi bas ke Guar Chempedak untuk tukar bas balik ke rumah Nyak Putih di Titi Bakong Yan, Kedah.

Ibu saya menangis melihat saya sudah begitu kurus dan hitam, katanya.

NYAK PUTIH BERNIAGA DI PEKAN SEHARI

Ibu saya menjelaskan bahawa beliau sibuk menjahit baju untuk perempuan dan kanak-kanak untuk dipasarkan oleh Nyak Putih di pasar-pasar sehari, iaitu di Pekan Ahad di Teroi, Pekan Isnin di Sungai Yan, Pekan Rabu di Guar Chempedak, Pekan Khamis di Merbuk dan Pekan Sabtu di Tikam Batu. Hari Juma'at tidak ada pekan sehari. Saya sudah lupa di mana Pekan Selasa diadakan.

Tokwa Nyak Putih tidak pergi ke pekan sehari di Teroi dan Sungai Yan. Saya pula tidak ikut beliau bila Tokwa pergi ke pekan sehari di Tikam Batu. Saya paling cergas di Pekan Rabu Guar Chempedak.

Saya banyak mengalami pengalaman manis yang kekal dalam ingatan di waktu saya bekerja untuk Tokwa Nyak Putih di Pekan Rabu Guar Chempedak.

Saya perhatikan pelanggan lelaki hanya datang ke pekan sehari setelah selesai waktu solat Zohor sementara pelanggan perempuan pula cukup ramai membeli belah di pekan sehari di sebelah waktu pagi. Selain dari membeli belah pakaian untuk mereka sendiri dan anak-anak mereka juga banyak membeli barang-barang basahan untuk kegunaan di dapur.  Mereka juga sering makan berbagai jenis makan yang sedap dan enak yang dijual di pekan-pekan sehari. Yang paling popular ialah mi rebus dan laksa Kuala Kedah walaupun dibuat di tempat lain. Walau apa jua makanan yang menjadi pilihan semua pelanggan akan membeli air minum, termasuk yang dijual oleh Nyak Hussin.
  
NYAK HUSIN AYAH TAN SRI HANAFIAH HUSIN

Nyak Husin yang berniaga jual air batu sagat di setiap hari Rabu di Guar Chempedak ialah bapak kepada Tan Sri Hanafiah Husin, iaitu anak Malaysia yang pertama berkelulusan Chartered Akauntan dan beliau telah menjadi Pengurus Besar pertama bagi Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH), Pengurus Besar pertama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengurus Besar pertama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Tan Sri Hanafiah juga pernah menjadi Bendahari Agung UMNO di waktu Setiausaha Agong UMNO ialah Dato' Zulkifli iaitu menantu kepada Tokwa Nyak Gam.  

Waktu Nyak Putih pergi untuk mengerjakan solat zohor, makan dan beristirehat sekejab saya selalunya berdiri memberi ucapan untuk melakukan jualan pakaian yang emak saya jahit, khususnya. Saya tahu harga semua harga pakaian yang dijual. Bila Nyak Putih kembali dari gerai Nyak Husin saya pula ambil giliran untuk pergi ke gerai Nyak Husin untuk menggantinya menyagat air batu untuk pelanggan.

NYAK HUSIN AYAH TAN SRI PROF. PENDITA DR. ISMAIL HUSIN.

Saya sering melihat seorang lagi yang bernama Nyak Husin yang datangnya dari Sungai Limau iaitu ayah kepada Prof. Pendita, Dr. Ismail Husin, Pengasas Gabungan Penulis Melayu Nasional (GAPENA) adek kepada Sasterawan Negara Dato' Abdullah Husin yang juga menjadi abang kepada pelukis terkenal Dato' Ibrahim Husin. Mereka berasal dari Langsa di Naggroe Aceh Darussalam.

BACA SURAT ANAK UNTUK BAPA

Tan Sri Hanafiah dan Tan Sri Ismail Husin sering menulis surat kepada ayahanda mereka yang namanya sama iaitu Nyak Husin.  Tan Sri Ismail pada waktu itu belajar di Universiti Malaya Singapura sementara Tan Sri Hanafiah belajar di Manchester Universiti di United Kingdom.

Surat-surat yang mereka tulis dibawa oleh kedua Nyak Husin untuk saya membaca dengan semangat dan bergaya di waktu petang apabila pelanggan pekan sehari sudah berkurangan.

Mereka minat mendengar saya membaca surat kerana saya membacanya seperti orang berlakun dengan nada romantic diselang-seli dengan nada suara dan tinggi atau rendah tergantung kepada kandungan surat masing-masing.

Di bulan puasa selalu terdapat Mat Pekan Rabu yang datang untuk menjual songkok di bulan puasa. Bang Mat Pekan Rabu memiliki sebuah kedai di Pekan Rabu Alor Setar. Tetapi di bulan puasa dia selalu datang ke Guar Chempedak di hari Rabu.

DILEMPANG KERANA MENYINDIR

Bila Bang Mat Pekan Rabu melihat saya lantang berpidato menjual pakaian kanak-kanak yang emak saya jahit, beliau telah menawarkan saya untuk menjual songkoknya bila dia pergi mengerjakan solat atau untuk makan dan beristirehat.

Saya saya suka dengan kesempatan ini. Saya jaja songkok Bang Mat dengan lantang dan Berjaya menjual beberapa buah.

Pada satu hari sedang saya jaja songkok seorang muda telah mendekati meja tempat terletaknya songkok dan saya dengan ghairahnya menawarkan songkok kerana, saya kata, 'Abang dah ada kasut, stoking, baju seluar dan tali pinggang yang perlu ialah untuk abang bergaya dengan membeli sebuah songkok.' Abang inipun mendekati saya dan melempang kepala saya di waktu Bang Mat baru sampai. Dia memberitahu Bang Mat saya menyindir beliau kerana saya katakan dia ada kasut dan stoking sedangkan dia hanya pakai sandal getah buatan jepun.

Terakhir saya bertemu Bang Mat Pekan Rabu beliau dalam keuzuran dan sudah berpindah tempat perniagaannya di stasiun bas di Ipoh.

TURUT JUAL UBAT TRADISIONAL

Kira-kira pukul tiga petang saya selalunya beristirehat dan terus pergi ke sebelah belakang pekan sehari di mana terdapat ramai penjual ubat. Di waktu itu penjual ubat yang paling popular ialah (1) Bang Ghani yang menjaja ubat dari kedai Cap Rumah Api, (2) Rahman Siam yang mencabut gigi sesiapa saja yang sakit gigi, tanpa merasa sakit kerana ubat yang si Rahman jual, (3) Haji Ahmad Turki yang menjual minyak kambing gurun dan (4) Raden Salleh yang menjual Makjun Puteri Madura cap petrok.

BANG GHANI DARI KAMPUNG ACEH

Bang Ghani, yang seumur dengan ayahanda Junid dan sepatutnya saya panggil ayah, berasal dari Aceh dan tinggal di Kampung Aceh, Yan Kedah. Pidato beliau waktu menjual ubat Cap Rumah Api berloghat Indonesia kerana katanya orang ramai minat mendengar loghat Indonesia kerana, di waktu itu rakyat Malaysia sangat mengkagumi Presiden Soekarno yang pidatonya tersangat hebat. Ubat yang paling laris dijual oleh Bang Ghani ialah ubat batuk dan minyak kulit kayu putih. Bang Ghani menyatakan sesiapa yang menyimpan sebotol minyak kayu putih ianya sama dengan mempunyai seorang doctor di rumah.

RAHMAN DARI SELATAN THAILAND

Si Rahman selalunya datang dengan isterinya yang dijadikannya sebagai rakan bergurau senda. Beliau berasal dari selatan Thailand dan bersyarah dalam loghat Siam. Dia menjual sejenis ubat yang jika disapu di gusi maka tidak ada perasaan sakit bila giginya dicabut. Setiap hari Rabu ramailah yang sakit gigi untuk dicabut oleh Rahman Siam dengan percuma.

Walaubagaimanapun Rahman nampaknya mencari helah untuk tidak mencabut semua gigi pelanggang yang datang padanya. Beliau menghendaki mereka membeli ubat pengebas untuk cabut sendiri di rumah.

HAJI AHMAD DARI TURKI

Haji Ahmad Turki tidak pandai bersyarah dan hanya meletakkan kepala kambing gurun yang berlumuran minyak di atas peti yang kelihatannya seperti berasal dari Turki.  Minyak kambing gurun ini, kata Haji Ahmad Turki, boleh menyembuhkan berbagai penyakit. Menyimpan sebotol minyak kambing gurun dalam rumah samalah dengan sentiasa mempunyai seorang doktor dalam rumah. Begitulah kenyataan Haji Ahmad Turki untuk meyakinkan para pembeli.

Bagi saya sebotol minyak kambing gurun nampaknya sama hebatnya dengan sebotol minyak kayu putih yang dijual oleh Bang Ghani. Berertilah dengan adanya dua botol dua jenis minyak ini seperti mempunyai dua orang doktor dalam rumah.

MAKJUN PUTERI MADURA JADI MAKJUN PELADANG

Yang paling manarik perhatian saya ialah Pak Raden Salleh yang menjual Makjun Puteri Madura cap petrok. Petrok itu ialah bahasa Jawa yang bermakna wayang kulit.

Pak Raden bersyarah dalam loghat Indonesia dan diselit di sana-sini dengan bahasa Jawa. Makjun Pak Raden memberi kekuatan tenaga bathin kepada lelaki yang beramal memakannya. Wanita juga boleh menikmati kesan yang sama jika memakan makjun Pak Raden.

Saya sebenarnya tidak begitu faham sebahagian dari implikasi dari 'kekuatan tenaga bathin' yang saya ingat seseorang itu menjadi kuat seperti 'tarzan' apabila memakannya.

Bila Pak Raden pergi beristirehat minum teh petang, saya pun terus ambil pembesar suara dan memberi syarahan mengenai Makjun Puteri Madura. Banyak pelanggan yang datang bila saya bersyarah walaupun tak ramai yang membelinya. Mereka tunggu Pak Raden pulang.

MENGENANG BUDI PAK RADEN SALLEH

Waktu saya menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar saya telah membuat keputusan untuk membiayai pengusaha ubat tradisional Melayu. Satu perjumpaan telah diadakan di oditorium MARA di mana kira-kira 300 orang pengusaha ubat tradisional Melayu dari seluruh Negara telah hadir.

Dalam syarahan yang saya sampaikan saya telah menyebut mengenai pengalaman saya dalam dunia perubatan tradisional kerana pernah turut pukul gendang Pak Raden di Pekan Rabu Guar Chempedak bila Pak Raden bersyarah menjual makjunnya.

Secara tiba-tiba seorang dari peserta yang hadir dalam perjumpaan itu telah berlari naik ke atas pentas sebelum saya selesai memberi ucapan. Itulah Pak Raden yang sangat berterima kasih kerana saya masih mengingatinya.

Pak Raden telah mendapat pinjaman MARA selepas itu dan kilang makjun beliau kini berada di Parit Raja, Batu Pahat dan nama makjunnya telah bertukar dari Makjun Puteri Madura kepada Makjun Peladang.

Setelah bekerja selama beberapa minggu dan banyak juga wang yang telah terkumpul saya pun mengangkat sebuah beg dan bersama dengan anak angkat ayah saya yang menjadi operator di pawagam Kim Sun Talkies di Langkawi, saya telah pergi dengan keretaapi menuju Kuala Kangsar untuk melapur diri sebagai pelajar di MCKK.

15 comments:

Anonymous said...

Typo error aside, its a beautiful read.

Thanks.

MLN

Unknown said...

Assalamyalaikum Tan Sri

Anees Khan said...

Salam Tan Sri,

Memoir yang sangat menarik dan Tan Sri sentiasa menjadi kebanggaan kami anak jadi Guar Chempedak. Semoga Tan Sri dikurniakan kesihatan yang baik dan rajin menulis lagi...

Anisurahman Khan

Dr Michel Williams said...

Kami memerlukan tempatan DONORs yang sanggup dan mampu untuk pesakit buah pinggang.

Jika anda berminat mendermakan buah pinggang anda, balas saya kembali kepada saya
e-mel dengan maklumat berikut di bawah

NAMA PENUH ANDA:
ALAMAT (hanya bandar / daerah)
AGE:
SEX:
JENIS DARAH:
NOMBOR TELEFON:

Terima kasih Bless - DR. e-mel williams micheal:
ofureclinickidneyfoundation@gmail.com juga whatsapp kami melalui +19042930117

Anonymous said...

Hai, Kami mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan, Jordan dan lain-lain Sangat segera. B + ve, O + ve dan A + ve dengan kad pasport / Kad pengundi India atau Pan-card dan umur mestilah lebih daripada 19 tahun. Orang yang berminat perlu menghubungi kami melalui E-mel: sunajkidneyfundation@gmail.com

Whataspp: +917204719376

Whataspp: +917204719376

Whataspp: +917204719376

sunajkidneyfundation@gmail.com
Dr Sunaj

Anonymous said...

Hai, Kami mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan, Jordan dan lain-lain Sangat segera. B + ve, O + ve dan A + ve dengan kad pasport / Kad pengundi India atau Pan-card dan umur mestilah lebih daripada 19 tahun. Orang yang berminat perlu menghubungi kami melalui E-mel: sunajkidneyfundation@gmail.com

Whataspp: +917204719376

Whataspp: +917204719376

Whataspp: +917204719376

sunajkidneyfundation@gmail.com
Dr Sunaj

Anonymous said...

Hai, Kami mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan, Jordan dan lain-lain Sangat segera. B + ve, O + ve dan A + ve dengan kad pasport / Kad pengundi India atau Pan-card dan umur mestilah lebih daripada 19 tahun. Orang yang berminat perlu menghubungi kami melalui E-mel: sunajkidneyfundation@gmail.com

Whataspp: +917204719376

Whataspp: +917204719376

Whataspp: +917204719376

sunajkidneyfundation@gmail.com
Dr Sunaj

Anonymous said...

Hi, We're looking for kidney donors We are located in Indian, Canada, UK, Turkey, USA, Malaysia, South Africa,Jordan etc Very urgently.For 1.20 Cr

Whataspp: +917204719376

Whataspp: +917204719376

sunajkidneyfundation@gmail.com
Dr Sunaj

Anonymous said...

Hai, Kami sedang mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan, Jordan dll Sangat sangat urgently.For 1.20 Cr

Whataspp: +917204719376

Whataspp: +917204719376

sunajkidneyfundation@gmail.com
Dr Sunaj

DR Ravi said...

Jual buah pinggang anda di sini untuk $ 300,000 untuk maklumat lanjut hubungi Dr Sunaj dengan butiran di bawah,
Whataspp: +917204719376
Whataspp: +917204719376
sunajkidneyfundation@gmail.com

DR Ravi said...

Jual buah pinggang anda di sini untuk $ 300,000 untuk maklumat lanjut hubungi Dr Sunaj dengan butiran di bawah,
Whataspp: +917204719376
Whataspp: +917204719376
sunajkidneyfundation@gmail.com

DR Ravi said...

Jual buah pinggang anda di sini untuk $ 300,000 untuk maklumat lanjut hubungi Dr Sunaj dengan butiran di bawah,
Whataspp: +917204719376
Whataspp: +917204719376
sunajkidneyfundation@gmail.com

Unknown said...

Assalamulaikum Tan Sri,
Saya sedang mengkaji salasilah asal usul keturunan saya sehinggalah saya terjumpa blog ini. Nenek saya Rokiah@Maliah Husin,menurut cerita orang tua saya, ayah kepada nenek saya bernama Nyak Husin yang berasal dari Aceh dan perkampungan di sekitar Yan dan Teluk Amboi. Adakah Nyak Husin yang sama dalam blog ini? Adakah Nyak Husin di dalam blog ini ada anak perempuan yang bernama Rokiah@Maliah?

Dr Nico Scott said...


Kidney donor needed urgently, we offer huge amount for one kidney only contact me via WhatsApp number: +918122208392 Email: apollohospitalkidneydep@gmail.com

Dr Mark Alex said...

Kidney donor needed urgently, My client is urgently in need of a kidney transplant, If interested to sell contact here on my what'sApp number +4915219253693 Or Email: kidneydeal@gmail.com