BERTEMU DENGAN MATRON KALI PERTAMA
Ibu saya kelihatan tidak berminat untuk menikah lagi kerana ingatannya yang cukup kuat kepada ayahanda saya yang sangat beliau cintai. Tetapi nenek saya yang bernama Asiah binti Teungku Bintang, dan dipanggil Ma Bit, telah meyakinkan saya betapa ibu yang masih muda memerlukan teman hidup supaya hidupnya lebih terjamin.
Saya tidak berkata apa-apa di waktu itu, tetapi di waktu saya akan berangkat balik ke MCKK, sementara saya dalam pelukan ibu, saya telah menyatakan persetujuan saya supaya ibu saya menikah lagi dan saya akan mempunyai bapa tiri bernama Ibrahim bin Haji Johari.
Bapa Ibrahim ialah seorang yang sangat baik akhlaknya dan sangat prihatin kepada semua anak tirinya sebagai anak sahabatnya yang telah meninggal dunia. Beliau belajar ugama di pondok Pokok Sena, Seberang Prai dan kemudian meneruskan pelajarannya di Sekolah Ugama di Semanggol Perak. Kerana ayah saya juga berpendidikan Sekolah Tinggi Ugama di Padang, Sumatera maka mereka menjadi sahabat baik sepanjang hayat ayah saya.
Antara sebab Bapa Ibrahim menikah dengan ibu saya ialah kerana beliau juga memerlukan isteri untuk menjaga ibunya yang sudah berumur lebih 95 tahun di waktu itu. Saya diberitahu sebab perpisahan antara Bapa Ibrahim dengan isteri pertamanya ialah disebabkan perselisihan faham antara isteri pertamanya dengan ibunya yang sudah tua itu.
Dalam salah satu pertemuan saya dengan nenekanda yang berumur 95 tahun itu saya banyak bersoal-jawab dengannya walaupun ada sebahagian dari apa yang nenek katakan saya tidak faham kerana ianya dalam bahasa Banjar.
Saya menjadi kesayangan nenek kerana saya suka berceloteh dan melayan orang tua. Dia telah mengajar saya beberapa perkataan dalam bahasa Banjar yang kebanyakannya saya sudah lupa. Saya selalu teringat beliau berpesan pada saya setiap kali saya hendak ke majlis perkahwinan. Katanya, 'Kalau handak ke ra uh berpupuranlah bagi harat harat.' Terserahlah kepada pembaca yang memahami bahasa Banjar untuk mentafsirkannya.
Nenek menceritakan pada saya bahawa keluarga mereka berasal dari Banjarmasin dan telah bermustautin di Batu Pahat sebelum Perang Dunia Kedua. Antara anggota keluarga mereka ialah Kiai Salleh yang terkenal sebagai panglima yang memimpin perang dengan pihak komunis China yang ingin mengambil alih kuasa dalam negara Malaya sebaik sahaja pihak Jepun kalah dalam peperangan dan pihak British belum sampai balik untuk menguasai seluruh negara Malaya.
Saya diberitahu bahawa nama pasukan Kiai Salleh ialah Kumpulan Selindang Merah.
Untuk meredakan api pergaduhan dengan China komunis di Batu Pahat sebahagian dari keluarga Kiai Salleh telah dipindahkan oleh British ke Sungai Manik dan kawasan sekitarnya di negeri Perak. Maka tercetus pulalah pergaduhan antara Melayu dan komunis China di kawasan Sungai Manik. Antara keluarga Kiai Salleh yang tinggal tidak begitu jauh dari Sungai Manik ialah Pak Long Arshad bin Haji Johari, iaitu abang tertua bapa tiri saya. Keluarganya tinggal di Parit Baru, Hutan Melintang, Perak.
Pihak British telah mengambil keputusan untuk memindah lagi keluarga Kiai Salleh ke sekitar kawasan Bagan Serai di Perak. Di Kedai Dua arah ke Kuala Kurau ada rumah Pak Ngah Ismail bin Haji Arshad dan Pak Teh Karim bin Haji Arshad.
Apabila berlaku pergaduhan Komunis China dengan Melayu di Bagan Serai maka bapa tiri saya yang terkenal di kalangan keluarganya sebagai Pak Su Ibrahim bin Haji Johari dan beberapa orang keluarganya yang lain telah dipindahkan oleh British ke Pekan Teroi, Kedah iaitu sebuah pekan kecil kira-kira 3 batu dari Guar Chempedak.
Nenek telah memilih untuk tinggal dengan anak bongsunya bapa Ibrahim di Batu 20 Jalan ke Yan sampailah beliau meninggal pada umur lebih 100 tahun. Ibu saya sangat dikasihi oleh nenekanda bonda bapa Ibrahim.
Saya telah digalakkan oleh nenek untuk menziarahi semua abang-abang bapa Ibrahim di waktu cuti sekolah.
TINGKATAN 2 - 1958
Pada keesokan harinya, setelah beliau menonton sebuah filem, Cikgu Amirthalingam akan menceritakan mengenai jalan cerita dengan beliau turut berlakon seolah-olah beliau menjadi hero dalam filem itu. Saya terkejut apabila Cikgu Amirthalingam di satu hari telah melompat ke atas meja guru di hadapan pelajar-pelajar dalam menyembahkan satu adegan dalam filem yang beliau telah tonton. Dengan kayu pembaris yang besar beliau telah menunjukkan adegan perlawanan dengan pedang yang berlaku dalam filem Tamil yang dia telah dia tonton.
Semua pelajar sangat suka dan sentiasa menunggu kelas Cikgu Amirthalingam. Bila beliau menceritakan filem Tamil yang terakhir yang ditontonnya kepada pelajar, beliau turut berlakun, dan sebelum lakonannya bermula, beliau akan tutup semua tingkap darjah jika babak yang dilakonkan berlaku pada waktu malam.
Dua orang guru lagi yang kekal dalam kenangan saya ialah Cikgu Md. Ali 'density'. Beliau ialah seorang guru ilmu science physics. Gelaran density yang diberi oleh pelajar kepadanya ialah kerana penekanan loghatnya dalam bahasa Inggeris yang sangat istimewa apabila dia mengajar mengenai perkara 'density'.
Cikgu Md. Nor adalah guru mathematics yang sangat garang dan ditakuti oleh semua pelajar. Saya adalah antara murid yang pernah dicubitnya sehingga kelihatan bekas merah di kulit perut saya.
Mr. Ooi Boo Eng ialah guru bahasa Inggeris yang digemari oleh pelajar. Beliau ialah guru dari keturunan China yang kedua mengajar di MCKK. Yang pertama ialah Mr. Cheah Tan Huat. Mr. Ooi terlalu baik sehingga kadang-kala keadaan dalam darjah terlalu bising dan tidak terkawal. Yang menarik bagi saya ialah amalan Mr. Ooi yang gemar sekali memetik perenggan-perenggan karangan dalam bahasa Inggeris yang bahasanya tersangat indah.
Cikgu Abu Zakaria adalah seorang guru Bahasa Melayu yang baik dan selalu kelihatan riang apatahlah lagi apabila berjalan ke sana-sini bersama Cikgu Fatimah. Cikgu Fatimah tidak pernah mengajar kelas saya. Guru wanita yang pernah mengajar kelas saya ialah Miss Ng. Beliau mengajar lukisan.
Semua pelajar tertunggu-tunggu kedatangan Miss Ng. Selain dari parasnya yang cantik dan muda remaja Miss Ng juga berpakaian gaun pendek yang sangat menarik. Murid-murid yang lebih tua, kerana umur sebenar mereka dikurangkan untuk membolehkan mereka memasuki Tingkatan 1 setelah beberapa kali gagal mendapat keputusan peperiksaan Standard 6 untuk melayakkan mereka untuk masuk ke MCKK, jelas kelihatan keghairahan menunggu kelas Miss Ng. Ada antara mereka yang berusaha memperkuatkan putaran kipas angin sebelum Miss Ng masuk ke dalam darjah, dengan harapan ianya akan mengganggu gaun Miss Ng yang pendek itu.
Seorang lagi Cikgu berketurunan India yang susah dilupai ialah guru sejarah bernama Krishna Eyer. Ingatan pelajar kepada Cikgu Krishna Eyer lebih kepada gayanya bila sampai ke bilik darjah dia akan menghisap dulu beberapa sedutan rokok yang sudah menyala di tangannya sebelum dia buang puting bakinya ke dalam tong sampah. Cikgu Krishna Eyer sering kelihatan dengan tin rokok yang dibawa kemana-mana.
Ramai juga pelajar sedarjah merasa ketagihan melihat Mr. Krishna Eyer menghisap rokok kerana, dari antara kawan sedarjah tetapi tidak semumur, ada yang sudah biasa menghisap rokok sejak sebelum ke MCKK lagi.
Kenakalan kawan-kawan juga menambah manisnya ingatan nostalgia waktu di sekolah.
MINAT KEPADA UGAMA
Antara mata pelajaran yang sangat saya gemari di MCKK selain mathematics ialah ugama. Ustaz Ghazali telah menerbitkan sebuah buku berjudul 'Suluh Ugama' dan di dalamnya terdapat semua maklumat mengenai Fardhu 'Ain dan Fardhu Kifayah.
Yang lebih menarik ialah soal-jawab mengenai ugama antara Ustaz Ghazali dengan pelajar-pelajar.
Lebih junior dari Ustaz Ghazali ialah Ustaz Kasim. Kelas beliau lebih menarik kerana banyak cerita di luar buku 'Suluh Ugama'. Ustaz Kasim ialah seorang penyokong dan ahli UMNO yang sangat berpengaruh di Kuala Kangsar. Beliau akhirnya berhenti menjadi guru ugama dan bertanding untuk jadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Bukit Chandan.
Ustaz Rahman Salleh dan Ustaz Zihin telah mula mengajar di MCKK setelah saya berada di Tingkatan 4. Mereka berkelulusan Kolej Islam di Klang.
Ustaz Zihin Kolej Islam tidak lama di MCKK sebelum beliau melibatkan diri di dalam politik menjadi Ahli Parlimen Bagan Serai mewakili parti UMNO.
BELAJAR SILAT JAWA DARI HJ. ISMAIL HJ. RIDZUAN
Sepanjang tahun saya di Tingkatan 2 saya tidak pernah pulang ke kampong untuk bertemu dengan ibu saya. Di musim cuti perenggan pertama saya telah pergi ke rumah Pak Long Arshad di Parit Baru, Hutan Melintang. Di sana saya telah diperkenalkan kepada Abang Yusof anak Pak Long yang sangat gemar bersilat. Saya telah diperkenalkan pula oleh Bang Yusof kepada seorang guru silat Jawa bernama Ismail Haji Ridzuan, yang termasyhor di Teluk Intan pada waktu itu. Setiap malam, kecuali malam Juma'at, saya belajar bersilat dengan guru silat yang namanya saya sudah lupa. Saya sempat tamat latihan silat dan pada malam terakhir saya telah bersilat dengan seorang China dewasa yang memang menjadi saingan bagi semua murid di malam terakhir pelajar-pelajar menjalani latihan.
Yang aneh bagi saya ialah keperluan membaca do'a sebelum kami berlatih ilmu silat Jawa ini. Saya diajar membaca, 'Ya Allah, Ya Rasullah, Ya Sheikh Abdul Kadir Jailani, aku mohon untuk belatih silat Jawa jalan keras.' Saya menjadi tertanya-tanya do'a yang bagaimana pula yang dibaca oleh China yang menjadi saingan dengan saya dalam pertarungan silat di malam terakhir. Sudah tentu dia tidak berdo'a seperti kami yang berugama Islam.
Sekembali saya ke MCKK saya menjadi lebih yakin dengan diri sendiri kerana sudah agak pandai bersilat. Sejak itu saya ada beberapa kali lagi ke Parit Baru untuk bertemu dengan guru silat saya itu.
Walaupun saya telah belajar bersilat di waktu saya di Tingkatan 2 pada tahun 1958 tetapi hanya 14 tahun kemudian, dalam tahun 1972 baru saya tahu bahawa guru silat saya dari Teluk Intan itu adalah sahabat baik Mahaguru Meor Rahman, dari Taiping, iaitu seorang tokoh guru silat gayung yang terkenal. Oleh itu pada tahun 1972 saya telah diberi sijil, selendang dengan gelaran dalam satu upacara angkatan Silat Gayung Malaysia.
TINGKATAN 3 - 1959
Pelajar-pelajar Tingkatan 3 pada tahun 1959 menghadapi cabaran yang paling besar kerana pada tahun ini ada peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Kami telah dimaklumkan bahawa pada tahun berikutnya akan diwujudkan satu kelas Tingkatan 4 Pure Science yang pertama di Malaysia dan hanya sekitar 30 orang pelajar yang terbaik, dalam mata-pelajaran sains dan mathematics, dari 115 orang pelajar setingkatan sahaja yang akan dipilih untuk kelas 'pure science' ini.
Waktu di Tingkatan 3 saya mula tertarik perhatian kepada mencari rakan perempuan untuk menjadi pen-pal. Saya perhatikan pelajar yang paling popular dengan gadis-gadis di waktu itu ialah mereka yang cergas dalam bidang sukan atau yang pandai menyanyi. Bila ada malam 'Talent Time' di MCKK banyak sekali para gadis yang bertepuk dan terjerit bila seorang senior Baharom Elvis Azhar menyanyi 'You Ain't Nothing but a Hound Dog' sebuah lagu popular yang dinyanyikan oleh Elvis Presley.
Saya juga melihat seorang pelajar senior bernama Hamid yang sangat pantas dan selalu menang dalam pertandingan lari 100 meter di waktu itu. Beliau juga sangat popular dengan gadis-gadis yang menonton acara tersebut di hari sukan dan olahraga MCKK.
Pada waktu itu saya terdengar ayat-ayat seperti 'Tall, Dark and Handsome' sebagai syarat untuk seseorang itu mudah mendapat girl-friend.
Bagi beberapa orang rakan sedarjah saya dapati memang yang lebih tinggi dan lebih tua yang berjaya mempunyai ramai kawan wanita. Apakah disebabkan mereka itu 'Tall, Dark and Handsome' saya kurang pasti.
Saya perhatikan seorang rakan sedarjah dengan saya sering menunggu di tepi pagar sekolah di sebelah petang apabila seorang wanita dengan anaknya melintasi dengan basikal di depan sekolah dari arah stesen kereta api menuju Sekolah Clifford. Saingannya seorang junior. Keduanya berasal dari Kelantan. Selesai menunggu dan melihat perbezaan respond dari dua wanita dua beranak ini maka kedua pelajar ini terus ke gelanggang skuasy untuk boxing siam ditonton oleh pelajar-pelajar lain yang mengetahui adanya peristiwa itu. Dalam bahasa Kelantan mereka 'gocoh di 'gelanggang skuasy' untuk balas dendam.
Pada hari Juma'at selepas inspection saya lihat ramai kawan-kawan akan khushu' di tempat masing-masing menulis surat kepada rakan wanita masing-masing.
Saya dan beberapa orang kawan yang tidak 'Tall, Dark and Hadsome' dan tidak juga pandai menyanyi atau handal di dalam bidang sukan juga turut menulis surat tetapi kepada bonda masing-masing, asal saya tidak malu difikirkan tidak berjaya mendapatkan seorang girl-friend. Mempunyai girl-friend, khususnya jika dari Malay Girls College (MGC), adalah satu kebanggaan kepada pelajar-pelajar MCKK.
Walau bagaimana pun semua pelajar mengetahui bahawa girl-friend mereka tidak mungkin dibenarkan oleh ibu bapa untuk meneruskan persahabatan jika mereka gagal dalam peperiksaan. Girl friend juga turut menjadi sumber inspirasi untuk belajar lebih rajin.
Seperti biasa, bila sampai di Hospital Besar Ipoh, saya diperiksa pihak jururawat mengambil sukatan ketinggian saya, lepas itu menimbang berat tubuh saya sebelum diminta saya tidur terlentang di atas meja hospital untuk pemeriksaan ECG sambil diukur tekanan darah saya diikuti dengan pemeriksaan gula dalam darah, dan seterusnya diambil beberapa botol kecil darah saya yang disedut keluar melalui jarum yang agak pedih bila ditusuk ke lengan saya setelah diikat dengan tali getah erat-erat. Katanya darah saya akan diperiksa di makmal perubatan hospital Ipoh dan juga untuk dihantar contohnya ke Lady Templar Hospital di Kuala Lumpur kerana, katanya, kini ada apedemic batuk kering merata-rata.
Setelah selesai semua pemeriksaan saya dihantar dengan kereta roda ke Wad Kelas 3 untuk beristirehat.
Apa yang ketara pada saya tidak seorang pun dari doktor, jururawat dan pembantu hospital yang terdiri dari bukan kaum India. Malahan yang membawa makanan dan menyapu lantai di wad juga dari keturunan India.
Pada keesokan harinya saya telah bertanya pada doktor selama mana saya akan tinggal di rumah sakit itu. Jawabnya, 'tergantung kepada berapa lama kita mendapat diognasis dari rumah sakit Lady Templar di Kuala Lumpur. Oleh kerana kesibukan kerana epidemik mungkin keputusannya memakan lebih satu bulan.
Makanan untuk pesakit di Wad 3 agak sama dengan yang dinikmati di MCKK. Di MCKK juga yang menghidang makanan dan tukang masak terdiri dari kaum India. Lantas saya mula mengenali Awali seorang pelayan di bilik makan MCKK yang menjadi juara lari 3 batu yang diadakan di Ipoh pada setiap tahun. Madhavan ialah seorang pelayan yang peramah dan menjadi sahabat baik Awali. Di dapur ada dua orang tukang masak yang kami gelar 'Toyu' dan 'Pondan' yang keduanya kami tidak mengetahui nama mereka.
Pada minggu ketiga saya di Wad 3 hospital Ipoh saya sudah mulai bosan dan letih main dam dengan pesakit-pesakit lain. Pada satu hari saya telah bertanya kepada seorang dari HA (Hospital Assistant) dari kaum India samada ada pawagam yang berdekatan dengan hospital. Jawabnya, 'Semua hospital berada di tengah pekan Ipoh' dan jauh dari hospital.
Saya tanya pada HA samada filem Melayu atau Inggeris di mana-mana pawagam di hidup. Dua hari kemudian Muniandy beritahu, 'Semua pawagam filem Tamil juga main.' Oleh kerana saya sudah bosan di hospital saya cadangkan Muniandy bawa saya dengan basikalnya ke salah satu pawagam yang paling bagus filemnya.
Dalam perjalanan ke pawagam pada malam esoknya saya perhatikan banyak iklan filem Inggeris dan Melayu di merata sudut. Tetapi kerana Muniady ingin lihat filem Tamil dia berbohong pada saya.
Filem yang saya tonton berjodol 'Paalum Paghamum' bererti 'Susu dan Pisang.'
Saya tidak faham perjalanan cerita ini tetapi saya perhatikan di akhir-akhir tayang ramai sekali di kalangan wanita yang kedengaran menangis teresak-esak di dalam kegelapan pawagam.
Lebih-lebih lagi apabila hero lelaki, anak kepada tukang masak di istana, berpegangan tangan erat-erat dengan puteri raja yang menziarahinya dalam tahanan kerana si Raja tidak bersetuju anaknya bermain cinta dengan anak lelaki tukang masak.
Apabila guard penjara menarik puteri dari jaringan besi yang memisahkannya dengan kekasih di dalam penjara di waktu itu jugalah si banduan telah menyanyikan lagu 'Paalum Paghamum' kerana waktu melawat puteri raja telah membawa susu dan pisang sebagai makanan tanda kasih kepada kekasihnya.
Keluar dari panggung wayang saya pun membeli kaset lagu yang dinyanyikan dalam filem itu. Baik sampai balik ke hospital saya pun memainkan kaset dengan tape-recorder saya di dalam jamban di hospital.
Selang beberapa hari saya sudah mula menyanyi lagu ini dan telah pun terdengar oleh jururawat-jururawat perempuan tanpa saya mengetahuinya. Rupa-rupanya mereka semua telah menonton filem itu.
Saya pun mula menulis dalam tulisan rumi secara fonetik lagu paalum paghamum dan bertanya maknanya pada mereka.
Sekembalinya saya ke MCKK beberapa minggu kemudian saya telah pergi ke sebuah kedai buku di pekan Kuala Kangsar tidak jauh dari tebing Sungai Perak dan membeli sebuah buku kecil yang dicadangkan oleh tuan kedai untuk saya belajar menulis dan membaca bahasa Tamil. Oleh kerana filem Tamil yang saya tengok itu ialah kisah cinta saya pun beli buku 'The Art of Love' oleh pengarang yang saya sudah lupa namanya. Sekaligus saya ternampak buku karangan ahli falsafah India Radhakrishnan bertajuk 'The Meaning of Philosopy' kerana buku ini terletak bersebelahan buku mengenai cinta yang saya beli itu.
Saya terpaksa pada minggu hadapan, membeli sebuah kamus bahasa Inggeris apabila saya dapati terlalu banyak perkataan dalam dua buah buku itu yang saya tidak tahu.
Untuk menambahkan kelancaran dalam bahasa Tamil saya terpaksa berkawan dengan tukang masak dan pelayan bilik makan MCKK.
Pada satu hari saya telah dipanggil oleh Mr. Naidu salah seorang guru di MCKK. Beliau mendapat tahu dari pekerja sekolah bahawa saya minat bahasa Tamil; dan saya terus diajak ke rumahnya untuk bertemu dengan isterinya yang katanya berkelulusan Universiti Malaya dalam matapelajaran bahasa Tamil.
Di hujung minggu saya ke rumah Mr. Naidu dan di situlah saya pertama kali berpengalaman makan tosai dan kacang dal. Kata Mr. Naidu, 'Don't worry, no meet served, we are vegetarian on certain days.' (Jangan bimbang, jangan bimbang, tiada daging dalam hidangan, kami hanya makan sayur pada hari-hari tertentu.)
Setelah dirotan Mr. Ryan telah menasihati saya untuk bertemu dengan Matron Ce' Embun di klinik yang terletak di hostel bangunan asrama Bangunan Utama di MCKK. Ce' Embun ialah isteri Cikgu Arrifin.
Saya agak malu bila berjumpa Matron kerana saya diminta membuka seluar untuk beliau melihat punggung saya yang sudah merah lebam kerana dirotan. Bila Matron melihat saya tersipu-sipu dia berkata, 'Anggap saya seperti ibu sendiri .. jangan malu-malu.' Setelah selesai disapunya minyak di punggung saya Matron pun berkata, 'Sanusi bernasib baik kerana Mr. Ryan pakai rotan yang tebal..... kalau rotan nipis lagi sakit rasanya... kenapa Sanusi dirotan?' Saya jelaskan apa yang berlaku dan saya gembira bila Matron berkata, 'You have done a good job.' Rupa-rupanya dia sudah tahu mengenai kempen mengekalkan Guru Besar dan tidak mahu Guru Besar dari kalangan rakyat Malaysia.
Selesai bertemu dengan Matron Ce' Embun di bangunan besar asrama utama MCKK saya berjalan balik melalui jalan berbumbung sehingga ke pintu pagar sebelum melintasi jalan ke bilik darjah di seberang jalan.
KEDAI DOBI AH CHENG
Kira-kira 10 ela dari pintu pagar saya berhenti di sebuah kedai kecil yang di dalamnya ada dua orang berbangsa China, satu darinya bernama Ah Cheng tukang dobi. Barulah saya teringat bahawa saya dikehendaki menghantar pakaian saya kepada dobi dan untuk itu saya perlukan wang untuk membayar upah kepada tukang dobi.
Ah Cheng seorang yang peramah orangnya. Melihat watak dan air muka Ah Cheng saya teringat kepada Ah Tat penjaga kantin di Sekolah Ibrahim Sungai Petani dulu. Saya juga teringat bagaimana Ah Tat telah mengajar beberapa perkataan bahasa Hokkien untuk membolehkan saya meminta nasi berkuah sayur tanpa difahami oleh pelajar yang lebih berupaya membeli makanan yang lebih enak di waktu itu.
Saya bertanya pada Ah Cheng samada saya boleh bekerja sementara membantunya di kedai dobi apabila saya tidak belajar. Dia tanya, 'Apa lu boleh buat?' Saya jawab bahawa saya boleh menghantar kain yang sudah didobi kepada pelajar-pelajar di asrama. 'Lu tak malu ke kerja itu?' tanya Ah Cheng. Saya pun menceritakan sedikit kisah pengalaman saya sebagai pembantu kedi golf, pencuci kereta guru dan pengutip bola tenis untuk belanja persekolahan.
Ah Cheng memutuskan supaya saya hantar kain kotor untuk dibasuhnya secara hutang dan saya boleh bayar apabila saya sudah bekerja nanti. Inilah antara kenangan saya yang paling manis di waktu saya kecil. Sekali-sekala saya diberitahu oleh Ah Cheng supaya mengintip sama ada seseorang pelajar yang sudah lama tidak mengirim kain kotornya untuk dicuci masih berada di MCKK. Bila saya beritahu pelajar itu sudah mengirim kain untuk didobi di tukang dobi di tempat lain, maka Ah Cheng akan membuat surat untuk saya letak atas katil pelajar itu tanpa dilihat oleh pelajar-pelajar lain.
Saya telah berhutang pada si Ah Cheng sepanjang 7 tahun saya di MCKK dan hutang itu telah saya selesaikan setelah saya kembali dari United Kingdom pada tahun 1970. Ah Cheng menangis bila saya serahkan chek bernilai RM2,000.00 kerana katanya hutang saya tidak sebanyak itu. Terakhir saya jumpa Ah Cheng di Petaling Jaya dan kami makan sama di A & W yang berdekatan dengan Shah Motel. Saya sedih bila mendapat berita Ah Cheng telah meninggal dunia tidak lama selepas itu.
MENJADI PENGAKAP

Sebelum tamat Tingkatan 1 saya telah diajak oleh Cikgu Tara Singh untuk menjadi ahli pengakap. Beliau membaca dari laporan sekolah bahawa saya pernah menjadi 'anak serigala' waktu di Ibrahim School Sungai Petani.
Saya telah menerima tawasan untuk menjadi ahli pengakap dalam pasukan pengakap 1st Kuala Kangsar.

Setelah saya mendaftar sebagai pengakap 1st Kuala Kangsar, sepanjang cuti sekolah saya telah ikut serta dalam acara berkhemah di Kawasan Perkhemahan Hertslet di Ipoh. Saya tidak balik ke Yan di mana ibu saya tinggal di rumah Nyak Putih. Saya juga turut menunggang basikal sehingga ke Padang Rengas setelah balik ke MCKK apabila selesai acara perkhemahan. Hujung minggu terakhir saya dan kawan-kawan telah pergi berkelah di Ulu Kenas di mana terdapat air terjun yang lebih kecil dari air terjun di Titi Hayun Kampung Aceh, Yan Kedah.
IBU SAYA MENIKAH LAGI
Dalam masa cuti berikutnya saya telah balik ke Yan untuk bertemu dengan ibu saya. Beliau kelihatan lebih kurus dari waktu terakhir saya bertemu dengannya. Saya dipeluknya erat-erat dengan genangan air mata. Setelah beberapa hari di rumah ibu saya telah menyatakan bahawa pihak keluarga telah mencadangkan ibu saya menikah sepertimana amanah ayah saya supaya ibu saya menikah dengan kawannya, yang sudah lama berpisah dengan isterinya, apabila ayah saya meninggal dunia.
IBU SAYA MENIKAH LAGI
Dalam masa cuti berikutnya saya telah balik ke Yan untuk bertemu dengan ibu saya. Beliau kelihatan lebih kurus dari waktu terakhir saya bertemu dengannya. Saya dipeluknya erat-erat dengan genangan air mata. Setelah beberapa hari di rumah ibu saya telah menyatakan bahawa pihak keluarga telah mencadangkan ibu saya menikah sepertimana amanah ayah saya supaya ibu saya menikah dengan kawannya, yang sudah lama berpisah dengan isterinya, apabila ayah saya meninggal dunia.
Ibu saya kelihatan tidak berminat untuk menikah lagi kerana ingatannya yang cukup kuat kepada ayahanda saya yang sangat beliau cintai. Tetapi nenek saya yang bernama Asiah binti Teungku Bintang, dan dipanggil Ma Bit, telah meyakinkan saya betapa ibu yang masih muda memerlukan teman hidup supaya hidupnya lebih terjamin.
Saya tidak berkata apa-apa di waktu itu, tetapi di waktu saya akan berangkat balik ke MCKK, sementara saya dalam pelukan ibu, saya telah menyatakan persetujuan saya supaya ibu saya menikah lagi dan saya akan mempunyai bapa tiri bernama Ibrahim bin Haji Johari.
BATU PAHAT, SUNGAI MANIK,
BAGAN SERAI DAN TEROI
Bapa Ibrahim ialah seorang yang sangat baik akhlaknya dan sangat prihatin kepada semua anak tirinya sebagai anak sahabatnya yang telah meninggal dunia. Beliau belajar ugama di pondok Pokok Sena, Seberang Prai dan kemudian meneruskan pelajarannya di Sekolah Ugama di Semanggol Perak. Kerana ayah saya juga berpendidikan Sekolah Tinggi Ugama di Padang, Sumatera maka mereka menjadi sahabat baik sepanjang hayat ayah saya.
PERSELISIHAN FAHAM
ANTARA MENANTU DENGAN IBU MERTUA
Antara sebab Bapa Ibrahim menikah dengan ibu saya ialah kerana beliau juga memerlukan isteri untuk menjaga ibunya yang sudah berumur lebih 95 tahun di waktu itu. Saya diberitahu sebab perpisahan antara Bapa Ibrahim dengan isteri pertamanya ialah disebabkan perselisihan faham antara isteri pertamanya dengan ibunya yang sudah tua itu.
Dalam salah satu pertemuan saya dengan nenekanda yang berumur 95 tahun itu saya banyak bersoal-jawab dengannya walaupun ada sebahagian dari apa yang nenek katakan saya tidak faham kerana ianya dalam bahasa Banjar.
'BERPUPURANLAH BAGI HARAT HARAT'
Saya menjadi kesayangan nenek kerana saya suka berceloteh dan melayan orang tua. Dia telah mengajar saya beberapa perkataan dalam bahasa Banjar yang kebanyakannya saya sudah lupa. Saya selalu teringat beliau berpesan pada saya setiap kali saya hendak ke majlis perkahwinan. Katanya, 'Kalau handak ke ra uh berpupuranlah bagi harat harat.' Terserahlah kepada pembaca yang memahami bahasa Banjar untuk mentafsirkannya.
USAHA KOMUNIS MENGUASAI MALAYA SEPENINGGALAN JEPUN
SEBELUMNYA KEMBALINYA BRITISH
Nenek menceritakan pada saya bahawa keluarga mereka berasal dari Banjarmasin dan telah bermustautin di Batu Pahat sebelum Perang Dunia Kedua. Antara anggota keluarga mereka ialah Kiai Salleh yang terkenal sebagai panglima yang memimpin perang dengan pihak komunis China yang ingin mengambil alih kuasa dalam negara Malaya sebaik sahaja pihak Jepun kalah dalam peperangan dan pihak British belum sampai balik untuk menguasai seluruh negara Malaya.
Saya diberitahu bahawa nama pasukan Kiai Salleh ialah Kumpulan Selindang Merah.
DARI BATU PAHAT KE SUNGAI MANIK
Untuk meredakan api pergaduhan dengan China komunis di Batu Pahat sebahagian dari keluarga Kiai Salleh telah dipindahkan oleh British ke Sungai Manik dan kawasan sekitarnya di negeri Perak. Maka tercetus pulalah pergaduhan antara Melayu dan komunis China di kawasan Sungai Manik. Antara keluarga Kiai Salleh yang tinggal tidak begitu jauh dari Sungai Manik ialah Pak Long Arshad bin Haji Johari, iaitu abang tertua bapa tiri saya. Keluarganya tinggal di Parit Baru, Hutan Melintang, Perak.
DARI SUNGAI MANIK KE BAGAN SERAI
Pihak British telah mengambil keputusan untuk memindah lagi keluarga Kiai Salleh ke sekitar kawasan Bagan Serai di Perak. Di Kedai Dua arah ke Kuala Kurau ada rumah Pak Ngah Ismail bin Haji Arshad dan Pak Teh Karim bin Haji Arshad.
DARI BAGAN SERI KE TEROI
Apabila berlaku pergaduhan Komunis China dengan Melayu di Bagan Serai maka bapa tiri saya yang terkenal di kalangan keluarganya sebagai Pak Su Ibrahim bin Haji Johari dan beberapa orang keluarganya yang lain telah dipindahkan oleh British ke Pekan Teroi, Kedah iaitu sebuah pekan kecil kira-kira 3 batu dari Guar Chempedak.
Nenek telah memilih untuk tinggal dengan anak bongsunya bapa Ibrahim di Batu 20 Jalan ke Yan sampailah beliau meninggal pada umur lebih 100 tahun. Ibu saya sangat dikasihi oleh nenekanda bonda bapa Ibrahim.
Saya telah digalakkan oleh nenek untuk menziarahi semua abang-abang bapa Ibrahim di waktu cuti sekolah.
TINGKATAN 2 - 1958
Bila tahun baru tiba saya pun sampai balik ke MCKK untuk memulakan pengajian dalam Tingkatan 2.
Saya telah dipanggil oleh Mr. Ryan ke pejabatnya kerana beliau ingin mengetahui keadaan saya. Saya menceritakan padanya bahawa ibu saya sudah menikah lagi dengan seorang berketurunan Banjar dari keluarga Kiai Salleh di Batu Pahat. Rupa-rupanya Mr. Ryan, sebagai ahli sejarah, mengetahui tarikh peristiwa Batu Pahat berlaku dan beliau menggelarkan Kiai Salleh sebagai salah seorang pahlawan Melayu.

Antara guru yang mengajar di tingkatan dua, yang sangat saya minati ialah Cikgu Amirthalingam. Beliau penggemar menonton filem-filem India apabila saja ada tayangan filem baru di Kuala Kangsar.
JASA GURU YANG TIDAK DILUPAKAN
Semua pelajar sangat suka dan sentiasa menunggu kelas Cikgu Amirthalingam. Bila beliau menceritakan filem Tamil yang terakhir yang ditontonnya kepada pelajar, beliau turut berlakun, dan sebelum lakonannya bermula, beliau akan tutup semua tingkap darjah jika babak yang dilakonkan berlaku pada waktu malam.
Dua orang guru lagi yang kekal dalam kenangan saya ialah Cikgu Md. Ali 'density'. Beliau ialah seorang guru ilmu science physics. Gelaran density yang diberi oleh pelajar kepadanya ialah kerana penekanan loghatnya dalam bahasa Inggeris yang sangat istimewa apabila dia mengajar mengenai perkara 'density'.
Cikgu Md. Nor adalah guru mathematics yang sangat garang dan ditakuti oleh semua pelajar. Saya adalah antara murid yang pernah dicubitnya sehingga kelihatan bekas merah di kulit perut saya.
Mr. Ooi Boo Eng ialah guru bahasa Inggeris yang digemari oleh pelajar. Beliau ialah guru dari keturunan China yang kedua mengajar di MCKK. Yang pertama ialah Mr. Cheah Tan Huat. Mr. Ooi terlalu baik sehingga kadang-kala keadaan dalam darjah terlalu bising dan tidak terkawal. Yang menarik bagi saya ialah amalan Mr. Ooi yang gemar sekali memetik perenggan-perenggan karangan dalam bahasa Inggeris yang bahasanya tersangat indah.
Cikgu Abu Zakaria adalah seorang guru Bahasa Melayu yang baik dan selalu kelihatan riang apatahlah lagi apabila berjalan ke sana-sini bersama Cikgu Fatimah. Cikgu Fatimah tidak pernah mengajar kelas saya. Guru wanita yang pernah mengajar kelas saya ialah Miss Ng. Beliau mengajar lukisan.
Semua pelajar tertunggu-tunggu kedatangan Miss Ng. Selain dari parasnya yang cantik dan muda remaja Miss Ng juga berpakaian gaun pendek yang sangat menarik. Murid-murid yang lebih tua, kerana umur sebenar mereka dikurangkan untuk membolehkan mereka memasuki Tingkatan 1 setelah beberapa kali gagal mendapat keputusan peperiksaan Standard 6 untuk melayakkan mereka untuk masuk ke MCKK, jelas kelihatan keghairahan menunggu kelas Miss Ng. Ada antara mereka yang berusaha memperkuatkan putaran kipas angin sebelum Miss Ng masuk ke dalam darjah, dengan harapan ianya akan mengganggu gaun Miss Ng yang pendek itu.
Seorang lagi Cikgu berketurunan India yang susah dilupai ialah guru sejarah bernama Krishna Eyer. Ingatan pelajar kepada Cikgu Krishna Eyer lebih kepada gayanya bila sampai ke bilik darjah dia akan menghisap dulu beberapa sedutan rokok yang sudah menyala di tangannya sebelum dia buang puting bakinya ke dalam tong sampah. Cikgu Krishna Eyer sering kelihatan dengan tin rokok yang dibawa kemana-mana.
Ramai juga pelajar sedarjah merasa ketagihan melihat Mr. Krishna Eyer menghisap rokok kerana, dari antara kawan sedarjah tetapi tidak semumur, ada yang sudah biasa menghisap rokok sejak sebelum ke MCKK lagi.
Kenakalan kawan-kawan juga menambah manisnya ingatan nostalgia waktu di sekolah.
MINAT KEPADA UGAMA
Antara mata pelajaran yang sangat saya gemari di MCKK selain mathematics ialah ugama. Ustaz Ghazali telah menerbitkan sebuah buku berjudul 'Suluh Ugama' dan di dalamnya terdapat semua maklumat mengenai Fardhu 'Ain dan Fardhu Kifayah.
Yang lebih menarik ialah soal-jawab mengenai ugama antara Ustaz Ghazali dengan pelajar-pelajar.
Lebih junior dari Ustaz Ghazali ialah Ustaz Kasim. Kelas beliau lebih menarik kerana banyak cerita di luar buku 'Suluh Ugama'. Ustaz Kasim ialah seorang penyokong dan ahli UMNO yang sangat berpengaruh di Kuala Kangsar. Beliau akhirnya berhenti menjadi guru ugama dan bertanding untuk jadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Bukit Chandan.
Ustaz Rahman Salleh dan Ustaz Zihin telah mula mengajar di MCKK setelah saya berada di Tingkatan 4. Mereka berkelulusan Kolej Islam di Klang.
Ustaz Zihin Kolej Islam tidak lama di MCKK sebelum beliau melibatkan diri di dalam politik menjadi Ahli Parlimen Bagan Serai mewakili parti UMNO.
BELAJAR SILAT JAWA DARI HJ. ISMAIL HJ. RIDZUAN
Sepanjang tahun saya di Tingkatan 2 saya tidak pernah pulang ke kampong untuk bertemu dengan ibu saya. Di musim cuti perenggan pertama saya telah pergi ke rumah Pak Long Arshad di Parit Baru, Hutan Melintang. Di sana saya telah diperkenalkan kepada Abang Yusof anak Pak Long yang sangat gemar bersilat. Saya telah diperkenalkan pula oleh Bang Yusof kepada seorang guru silat Jawa bernama Ismail Haji Ridzuan, yang termasyhor di Teluk Intan pada waktu itu. Setiap malam, kecuali malam Juma'at, saya belajar bersilat dengan guru silat yang namanya saya sudah lupa. Saya sempat tamat latihan silat dan pada malam terakhir saya telah bersilat dengan seorang China dewasa yang memang menjadi saingan bagi semua murid di malam terakhir pelajar-pelajar menjalani latihan.
Yang aneh bagi saya ialah keperluan membaca do'a sebelum kami berlatih ilmu silat Jawa ini. Saya diajar membaca, 'Ya Allah, Ya Rasullah, Ya Sheikh Abdul Kadir Jailani, aku mohon untuk belatih silat Jawa jalan keras.' Saya menjadi tertanya-tanya do'a yang bagaimana pula yang dibaca oleh China yang menjadi saingan dengan saya dalam pertarungan silat di malam terakhir. Sudah tentu dia tidak berdo'a seperti kami yang berugama Islam.
Sekembali saya ke MCKK saya menjadi lebih yakin dengan diri sendiri kerana sudah agak pandai bersilat. Sejak itu saya ada beberapa kali lagi ke Parit Baru untuk bertemu dengan guru silat saya itu.
TERIMA SELENDANG SILAT GAYUNG
DARI MAHAGURU MEOR RAHMAN
Walaupun saya telah belajar bersilat di waktu saya di Tingkatan 2 pada tahun 1958 tetapi hanya 14 tahun kemudian, dalam tahun 1972 baru saya tahu bahawa guru silat saya dari Teluk Intan itu adalah sahabat baik Mahaguru Meor Rahman, dari Taiping, iaitu seorang tokoh guru silat gayung yang terkenal. Oleh itu pada tahun 1972 saya telah diberi sijil, selendang dengan gelaran dalam satu upacara angkatan Silat Gayung Malaysia.
TINGKATAN 3 - 1959
Pelajar-pelajar Tingkatan 3 pada tahun 1959 menghadapi cabaran yang paling besar kerana pada tahun ini ada peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Kami telah dimaklumkan bahawa pada tahun berikutnya akan diwujudkan satu kelas Tingkatan 4 Pure Science yang pertama di Malaysia dan hanya sekitar 30 orang pelajar yang terbaik, dalam mata-pelajaran sains dan mathematics, dari 115 orang pelajar setingkatan sahaja yang akan dipilih untuk kelas 'pure science' ini.
Waktu di Tingkatan 3 saya mula tertarik perhatian kepada mencari rakan perempuan untuk menjadi pen-pal. Saya perhatikan pelajar yang paling popular dengan gadis-gadis di waktu itu ialah mereka yang cergas dalam bidang sukan atau yang pandai menyanyi. Bila ada malam 'Talent Time' di MCKK banyak sekali para gadis yang bertepuk dan terjerit bila seorang senior Baharom Elvis Azhar menyanyi 'You Ain't Nothing but a Hound Dog' sebuah lagu popular yang dinyanyikan oleh Elvis Presley.
Saya juga melihat seorang pelajar senior bernama Hamid yang sangat pantas dan selalu menang dalam pertandingan lari 100 meter di waktu itu. Beliau juga sangat popular dengan gadis-gadis yang menonton acara tersebut di hari sukan dan olahraga MCKK.
Pada waktu itu saya terdengar ayat-ayat seperti 'Tall, Dark and Handsome' sebagai syarat untuk seseorang itu mudah mendapat girl-friend.
Bagi beberapa orang rakan sedarjah saya dapati memang yang lebih tinggi dan lebih tua yang berjaya mempunyai ramai kawan wanita. Apakah disebabkan mereka itu 'Tall, Dark and Handsome' saya kurang pasti.
Saya perhatikan seorang rakan sedarjah dengan saya sering menunggu di tepi pagar sekolah di sebelah petang apabila seorang wanita dengan anaknya melintasi dengan basikal di depan sekolah dari arah stesen kereta api menuju Sekolah Clifford. Saingannya seorang junior. Keduanya berasal dari Kelantan. Selesai menunggu dan melihat perbezaan respond dari dua wanita dua beranak ini maka kedua pelajar ini terus ke gelanggang skuasy untuk boxing siam ditonton oleh pelajar-pelajar lain yang mengetahui adanya peristiwa itu. Dalam bahasa Kelantan mereka 'gocoh di 'gelanggang skuasy' untuk balas dendam.
Pada hari Juma'at selepas inspection saya lihat ramai kawan-kawan akan khushu' di tempat masing-masing menulis surat kepada rakan wanita masing-masing.
Saya dan beberapa orang kawan yang tidak 'Tall, Dark and Hadsome' dan tidak juga pandai menyanyi atau handal di dalam bidang sukan juga turut menulis surat tetapi kepada bonda masing-masing, asal saya tidak malu difikirkan tidak berjaya mendapatkan seorang girl-friend. Mempunyai girl-friend, khususnya jika dari Malay Girls College (MGC), adalah satu kebanggaan kepada pelajar-pelajar MCKK.
Walau bagaimana pun semua pelajar mengetahui bahawa girl-friend mereka tidak mungkin dibenarkan oleh ibu bapa untuk meneruskan persahabatan jika mereka gagal dalam peperiksaan. Girl friend juga turut menjadi sumber inspirasi untuk belajar lebih rajin.
TINGKATAN 4 - 1960
Alhamdulillah, saya antara lebih 30 orang yang mendapat peluang menduduki kelas Tingkatan 4 Pure Science di MCKK. Kelas ini sungguh mencabar dan guru-gurunya juga kebanyakan terdiri dari graduan dari luar negara.
Guru yang mengajar ilmu physics ialah Mr. Mehrotra. Garang orangnya dan menakutkan semua pelajar. Beliau graduan dari sebuah universiti di India.
Mr. Norton mengajar ilmu 'Chemistry' atau Kimia. Beliau berijazah M.Sc. dalam bidang Kimia dari universiti di India juga.
Dr. Ahmad mengajar ilmu 'Biology' atau ilmu hayat. Beliau berasal dari Hyderabad dan juga berijazah PhD dari sebuah universiti di India. Saya sungguh sedih bila terakhir bertemu beliau sebagai bus conductor di kota London pada tahun 1968.
Buat pertama kalinya guru mathematics bertukar kepada Mr. Cheah Tan Huat, iaitu seorang guru yang pintar dan berpotensi untuk menjadi Guru Besar MCKK di satu masa dulu.
Mr. Naidu mengajar 'Geography' atau Ilmu Alam sementara sejarah diajar oleh Mr. Joginder Singh Sidhu.

Ustaz Rahman bin Salleh dan Ustaz Zihin dari Kolej Islam Klang telah mula mengajar ugama di MCKK tidak mengajar Tingkatan 4 Pure Science. Ustaz Zihin tidak lama di MCKK dan telah berpindah ke tempat lain. Terakhir saya bertemu beliau di waktu beliau menjadi Ahli Parlimen Bagan Serai mewakili UMNO.
KELAS BAHASA JERMAN
Guru di Tingkatan 4 untuk Bahasa Inggeris ialah seorang yang berbangsa Inggeris yang baru berpindah dari sebuah sekolah di Thailand. Namanya ialah Mr. Whitbread.
Dalam majlis pengenalan beliau memberitahu bahawa selain bahasa Inggeris beliau juga fasih dalam bahasa Jerman, Peranchis dan Thai. Terus saya teringat kepada Hitler sebagai seorang pemimpin bangsa Jerman yang begitu membenci kepada bangsa Yahudi yang terkutuk di dalam Al Quran. Saya telah pun mula membaca mengenai Hitler dari Encyclopaedia Britannica di perpustakaan sekolah.
Dalam memperkenalkan dirinya nampak sekali bahawa Mr. Whitbread sangat bangga dengan kebolehannya dalam bahasa Peranchis sebagai bahasa yang katanya terindah di dunia dan diguna dalam dunia diplomatik.
Sejak beberapa minggu saya lihat Mr. Whitbread sangat minat mengambil foto pelajar-pelajar di padang dan dalam majlis-majlis pelajar yang ada. Lepas itu saya perhatikan Mr. Whitbread akan menjual gambar-gambar foto yang di ambilnya. Jelas sekali pada saya Mr. Whitbread yang mengetahui ramai anak tokoh-tokoh ternama yang belajar di MCKK untuk beliau menambah pendapatannya dengan menjual foto yang diambilnya kepada pelajar berkenaan.
Selesai kelas bahasa Inggeris saya telah mendekati Mr.Whitbread meminta untuk bertemunya selepas masa sekolah.
Dalam pertemuan itu saya bertanya samaada beliau sanggup mengajar bahasa Jerman kepada saya dan rakan-rakan. Beliau mulanya menyatakan tidak mempunyai masa tetapi apabila saya katakan saya dan kawan-kawan sanggup membayar matanya kelihatan terserlah cerah. Beliau ternampak peluang menambah pendapatannya. Tetapi beliau mencadangkan kelas itu untuk mempelajari bahasa Peranchis.
Saya pun meminta supaya beliau bercakap sedikit dalam bahasa Peranchis dan kalau boleh saya ingin lihat sebuah buku dalam bahasa Peranchis. Ternyata Mr. Whitbread tidak ada sebuah pun buku dalam bahasa Peranchis, dan hanya menyebut 'Parlez Vous Francais' (Tahukah kamu berbahasa Peranchis) dalam bahasa Peranchis dan jawapannya 'Non, je no parlez pah.' (Tidak, aku tidak faham bahasa Peranchis). Kedua ayat ini tidak menarik bagi saya. (Mohon maaf jika ejaannya salah).
Sebaik saja saya hendak meninggalkan beliau, Mr. Whitbread berkata beliau mempunyai buku dalam bahasa Jerman. Darinya beliau membaca apa yang beliau katakan 'Ein Gebiets' atau sebuah do'a yang berbunyi:
Du bis Mein,
Ich bin Dein,
Da sollst Du immer Sein;
Du bis Verschlossen in meinen Hertzen,
Un verlasst ist das Schlusssellein,
Un da sollst Du immer Sein.
Maknanya:
Engkau kepunyaan ku,
Aku kepunyaanmu,
Begitulah hendaknya selalu;
Engkau terkunci dalam hati kecilku,
Hilang sudah kunci kecil itu,
Dan kekallah kamu di situ.
Saya tertarik dengan bunyi dan maksud apa yang saya anggap syair dalam bahasa Jerman. Saya teringat kepada syair perang sabil yang sering dibaca di Meunasah Kampong Aceh, iaitu sebuah syair yang dikarang oleh Teungku Chik Pante Kulu yang menaikkan semangat juang bangsa Aceh untuk memerangi penjajah Belanda. Mendengar syair Jerman ini, yang sebenarnya do'a untuk bangsa mereka, terus saya katakan persetujuan saya untuk mengumpul kawan-kawan untuk belajar bahasa Jerman jika Mr. Whitbread sanggup mengajarnya dengan berbayar. Perkataan berbayar saya tekankan kerana saya tahu Mr. Whitbread tidak mungkin mengajar percuma.
Saya pun terus menghubungi beberapa orang kawan sedarjah, yang telah pula menghubungi ayah mereka, dan sebahagian dari mereka telah bersetuju membayar RM20.00 seorang untuk setiap bulan selama tempoh 6 bulan dibayar in advance. Iaitu, seorang pelajar RM120.00. Saya dan Mr. Whitbread sendiri telah dapat mengumpul 22 orang dan wang yang saya serahkan kepada Mr. Whitbread berjumlah RM2,640.00.
Saya telah berunding dengan Mr. Whitbread supaya saya dibenarkan belajar secara percuma. Beliau bersetuju.
Oleh kerana bahasa Jerman agak susah nahunya maka setelah tiga bulan hanya saya seorang sahaja yang terus belajar dua kali seminggu sehingga 6 bulan. Mr. Whitbread terus mengajar kerana bayaran yang telah diterima ialah untuk selamat 6 bulan mengajar.
Beliau gembira melihat pelajar menjadi bertambah kurang dalam setiap kelas.
PAK ARSHAD TUKANG GUNTING
Di waktu saya di Tingkatan 1 dan 2 saya selalu gunting rambut di Kedai India di pekan Kuala Kangsar di hujung minggu. Saya tidak sedar adanya kedai gunting rambut Melayu di MCKK. Malah saya menganggap hanya orang India saja yang pandai gunting rambut kerana di pekan Yan dan di Guar Chempedak, begitu juga di Sungai Petani semua kedai gunting rambut dimiliki oleh orang India. Di Tingkatan 3, bila saya sudah tahu adanya Kedah Gunting Rambut Pak Arshad saya juga hanya sekali dua sahaja ke situ kerana terpaksa mengambil giliran yang memakan masa yang tidak tentu lamanya.
Di akhir Penggal Ketiga di Tingkatan 3 saya sering ke Kedai Gunting Pak Arshad dan selalu bersembang dengannya mengenai berbagai tajuk. Bila Pak Arshad tahu saya pernah bercakap di atas tong ikan di Pasar Besar Ipoh mengenai kisah-kisah nabi saya pun diajak oleh Pak Arshad untuk memberi satu syarahan 'anak muda' di Mesjid Talang di Kuala Kangsar pada satu malam Juma'at.
Di sinilah bermulanya program saya memberi syarahan maulud di beberapa masjid di sekitar Kuala Kangsar. Saya pun mula membaca lebih banyak buku agama dan buku mengenai nabi-nabi sebagai bahan untuk berceramah ugama. Saya menjadi popular di sekitar Kuala Kangsar bukan kerana ilmu agama saya tetapi kerana umur saya yang relalif muda dan gaya saya menyampaikan pidato.
Waktu di Tingkatan 4 saya tidak lagi gunting rambut di tempat lain kecuali di Kedai Gunting Rambut Pak Arshad.
BATUK DARAH
Setelah cuti penggal pertama di MCKK saya telah dikesan mengidap penyakit batuk darah atau haemoptysis. Setelah dirawat sebentar di hospital Kuala Kangsar saya telah dipindahkan ke hospital Ipoh.
BELAJAR BAHASA TAMIL.

CERAMAH MAULUD DI MASJID
Di akhir Penggal Ketiga di Tingkatan 3 saya sering ke Kedai Gunting Pak Arshad dan selalu bersembang dengannya mengenai berbagai tajuk. Bila Pak Arshad tahu saya pernah bercakap di atas tong ikan di Pasar Besar Ipoh mengenai kisah-kisah nabi saya pun diajak oleh Pak Arshad untuk memberi satu syarahan 'anak muda' di Mesjid Talang di Kuala Kangsar pada satu malam Juma'at.
Di sinilah bermulanya program saya memberi syarahan maulud di beberapa masjid di sekitar Kuala Kangsar. Saya pun mula membaca lebih banyak buku agama dan buku mengenai nabi-nabi sebagai bahan untuk berceramah ugama. Saya menjadi popular di sekitar Kuala Kangsar bukan kerana ilmu agama saya tetapi kerana umur saya yang relalif muda dan gaya saya menyampaikan pidato.
Waktu di Tingkatan 4 saya tidak lagi gunting rambut di tempat lain kecuali di Kedai Gunting Rambut Pak Arshad.
BATUK DARAH
Setelah cuti penggal pertama di MCKK saya telah dikesan mengidap penyakit batuk darah atau haemoptysis. Setelah dirawat sebentar di hospital Kuala Kangsar saya telah dipindahkan ke hospital Ipoh.
BELAJAR BAHASA TAMIL.
Seperti biasa, bila sampai di Hospital Besar Ipoh, saya diperiksa pihak jururawat mengambil sukatan ketinggian saya, lepas itu menimbang berat tubuh saya sebelum diminta saya tidur terlentang di atas meja hospital untuk pemeriksaan ECG sambil diukur tekanan darah saya diikuti dengan pemeriksaan gula dalam darah, dan seterusnya diambil beberapa botol kecil darah saya yang disedut keluar melalui jarum yang agak pedih bila ditusuk ke lengan saya setelah diikat dengan tali getah erat-erat. Katanya darah saya akan diperiksa di makmal perubatan hospital Ipoh dan juga untuk dihantar contohnya ke Lady Templar Hospital di Kuala Lumpur kerana, katanya, kini ada apedemic batuk kering merata-rata.
Setelah selesai semua pemeriksaan saya dihantar dengan kereta roda ke Wad Kelas 3 untuk beristirehat.
Apa yang ketara pada saya tidak seorang pun dari doktor, jururawat dan pembantu hospital yang terdiri dari bukan kaum India. Malahan yang membawa makanan dan menyapu lantai di wad juga dari keturunan India.
Pada keesokan harinya saya telah bertanya pada doktor selama mana saya akan tinggal di rumah sakit itu. Jawabnya, 'tergantung kepada berapa lama kita mendapat diognasis dari rumah sakit Lady Templar di Kuala Lumpur. Oleh kerana kesibukan kerana epidemik mungkin keputusannya memakan lebih satu bulan.
Makanan untuk pesakit di Wad 3 agak sama dengan yang dinikmati di MCKK. Di MCKK juga yang menghidang makanan dan tukang masak terdiri dari kaum India. Lantas saya mula mengenali Awali seorang pelayan di bilik makan MCKK yang menjadi juara lari 3 batu yang diadakan di Ipoh pada setiap tahun. Madhavan ialah seorang pelayan yang peramah dan menjadi sahabat baik Awali. Di dapur ada dua orang tukang masak yang kami gelar 'Toyu' dan 'Pondan' yang keduanya kami tidak mengetahui nama mereka.
Pada minggu ketiga saya di Wad 3 hospital Ipoh saya sudah mulai bosan dan letih main dam dengan pesakit-pesakit lain. Pada satu hari saya telah bertanya kepada seorang dari HA (Hospital Assistant) dari kaum India samada ada pawagam yang berdekatan dengan hospital. Jawabnya, 'Semua hospital berada di tengah pekan Ipoh' dan jauh dari hospital.
Saya tanya pada HA samada filem Melayu atau Inggeris di mana-mana pawagam di hidup. Dua hari kemudian Muniandy beritahu, 'Semua pawagam filem Tamil juga main.' Oleh kerana saya sudah bosan di hospital saya cadangkan Muniandy bawa saya dengan basikalnya ke salah satu pawagam yang paling bagus filemnya.
Dalam perjalanan ke pawagam pada malam esoknya saya perhatikan banyak iklan filem Inggeris dan Melayu di merata sudut. Tetapi kerana Muniady ingin lihat filem Tamil dia berbohong pada saya.
Filem yang saya tonton berjodol 'Paalum Paghamum' bererti 'Susu dan Pisang.'
Saya tidak faham perjalanan cerita ini tetapi saya perhatikan di akhir-akhir tayang ramai sekali di kalangan wanita yang kedengaran menangis teresak-esak di dalam kegelapan pawagam.
Lebih-lebih lagi apabila hero lelaki, anak kepada tukang masak di istana, berpegangan tangan erat-erat dengan puteri raja yang menziarahinya dalam tahanan kerana si Raja tidak bersetuju anaknya bermain cinta dengan anak lelaki tukang masak.
Apabila guard penjara menarik puteri dari jaringan besi yang memisahkannya dengan kekasih di dalam penjara di waktu itu jugalah si banduan telah menyanyikan lagu 'Paalum Paghamum' kerana waktu melawat puteri raja telah membawa susu dan pisang sebagai makanan tanda kasih kepada kekasihnya.
Keluar dari panggung wayang saya pun membeli kaset lagu yang dinyanyikan dalam filem itu. Baik sampai balik ke hospital saya pun memainkan kaset dengan tape-recorder saya di dalam jamban di hospital.
Selang beberapa hari saya sudah mula menyanyi lagu ini dan telah pun terdengar oleh jururawat-jururawat perempuan tanpa saya mengetahuinya. Rupa-rupanya mereka semua telah menonton filem itu.
Saya pun mula menulis dalam tulisan rumi secara fonetik lagu paalum paghamum dan bertanya maknanya pada mereka.
Sekembalinya saya ke MCKK beberapa minggu kemudian saya telah pergi ke sebuah kedai buku di pekan Kuala Kangsar tidak jauh dari tebing Sungai Perak dan membeli sebuah buku kecil yang dicadangkan oleh tuan kedai untuk saya belajar menulis dan membaca bahasa Tamil. Oleh kerana filem Tamil yang saya tengok itu ialah kisah cinta saya pun beli buku 'The Art of Love' oleh pengarang yang saya sudah lupa namanya. Sekaligus saya ternampak buku karangan ahli falsafah India Radhakrishnan bertajuk 'The Meaning of Philosopy' kerana buku ini terletak bersebelahan buku mengenai cinta yang saya beli itu.
Saya terpaksa pada minggu hadapan, membeli sebuah kamus bahasa Inggeris apabila saya dapati terlalu banyak perkataan dalam dua buah buku itu yang saya tidak tahu.
Untuk menambahkan kelancaran dalam bahasa Tamil saya terpaksa berkawan dengan tukang masak dan pelayan bilik makan MCKK.
Pada satu hari saya telah dipanggil oleh Mr. Naidu salah seorang guru di MCKK. Beliau mendapat tahu dari pekerja sekolah bahawa saya minat bahasa Tamil; dan saya terus diajak ke rumahnya untuk bertemu dengan isterinya yang katanya berkelulusan Universiti Malaya dalam matapelajaran bahasa Tamil.
Di hujung minggu saya ke rumah Mr. Naidu dan di situlah saya pertama kali berpengalaman makan tosai dan kacang dal. Kata Mr. Naidu, 'Don't worry, no meet served, we are vegetarian on certain days.' (Jangan bimbang, jangan bimbang, tiada daging dalam hidangan, kami hanya makan sayur pada hari-hari tertentu.)
Dalam perbincangan dengan isteri Mr. Naidu saya telah memberitahu mengenai kisah cinta filem yang saya tonton di pawagam Ipoh. Saya juga memberitahu saya minat dan telah mula belajar bahasa Jerman kerana saya terdengar keindahan bahasa itu dan juga syaernya. Isteri Mr. Naidu telah mencadangkan saya beli buku 'Attichudi' karangan, 'Awvaiyyar.'
Apabila mendengar keindahan falsafah dalam ajaran syair Awvaiyyar saya pun terus kekal menjadi pelajar bahasa Tamil, tak pandai pandai sehingga sekarang.
BERTAMBAH GIAT KEGIATAN DAKWAH
Setelah beberapa kali saya ditaja oleh Pak Arshad untuk berceramah maulud di Masjid Talang dan Kota Lama Kanan, saya telah dijemput ke merata masjid di sekitar Kuala Kangsar. Tiba-tiba saya dijemput untuk berceramah di Masjid Lahad dekat dengan pekan Ipoh oleh Bang Rahman pembantu Encik Suffian di pejabat MCKK.
Susah saya hendak menolak jemputan Bang Rahman walaupun bukan di musim Maulud Nabi saw.

TERTANGKAP LEPAS CERAMAH DI MASJID LAHAD
BERSAMBUNG
BERSAMBUNG
2 comments:
I am Been Reading your blog for a lot time i must say its a amazing blog and i found blog to be very informative and helpfull will come back to read more and thankyou For Sharing The Exprience!
www.norton.com/setup
norton.com/setup
office.com/setup
www.office.com/setup
officecomsetup
officesetup
my.norton.com
us.norton.com/setup
login.norton.com
Hello semua,
Nama saya Encik, Rugare Sim. Saya tinggal di Belanda dan saya seorang lelaki yang gembira hari ini? dan saya memberitahu diri saya bahawa mana-mana pemberi pinjaman yang menyelamatkan saya dan keluarga saya dari keadaan miskin kami, saya akan merujuk mana-mana orang yang mencari pinjaman kepadanya, dia memberi kebahagiaan kepada saya dan keluarga saya, saya memerlukan pinjaman sebanyak € 300,000.00 untuk memulakan hidup saya sepenuhnya kerana saya seorang Bapa tunggal dengan 2 orang anak Saya bertemu dengan pemberi pinjaman yang jujur dan takut kepada Allah ini yang membantu saya dengan pinjaman sebanyak €300,000.00, dia seorang yang takut kepada Allah, jika anda memerlukan pinjaman dan anda akan membayar balik pinjaman sila hubungi dia beritahu dia bahawa (Encik, Rugare Sim) merujuk anda kepadanya. Hubungi En, Mohamed Careen melalui e-mel: (arabloanfirmserves@gmail.com)
BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
Nama pertama......
Nama tengah.....
2) Jantina:.........
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:.........
4) Tempoh Pinjaman:.........
5) Negara:.........
6) Alamat Rumah:.........
7) Nombor Telefon Bimbit:.........
8) Alamat e-mel..........
9) Pendapatan Bulanan:.....................
10) Pekerjaan:..........................
11) Laman web manakah anda di sini tentang kami.....................
Terima kasih dan salam mesra.
E-mel arabloanfirmserves@gmail.com
Post a Comment