Friday, March 2, 2018

WARISAN KALAHKAN UMNO DI SABAH

KENAPAKAH UMNO PERLU DIKALAHKAN DI SABAH

Tajuk ini saya pilih berlandaskan faktor sejarah yang akan saya huraikan.

Tujuan Sabah dan Sarawak menyetujui untuk bersama dengan Semenanjung Tanah Melayu dalam sebuah negara Malaysia ialah untuk mencapai kemerdekaan. Ternyata pemimpin-pemimpin Sarawak sekarang ini, sekurang-kurangnya dalam kenyataan-kenyataan akhbar, lebih merdeka dari pemimpin-pemimpin di Sabah. Kemerdekaan ini wujud kerana UMNO tidak ada di Sarawak dan pemimpin UMNO tidak memimpin Sarawak.

Pemimpin-pemimpin Sarawak juga, walaupun berada dalam cabinet, tidak nampak mengabdikan diri kepada pemimpin kerajaan pusat sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin Sabah, dari UMNO, yang ditugaskan untuk berbuat demikian.

Parti Bumiputra Bersatu di Sarawak ialah sebuah parti tempatan dan pemimpinnya, yang juga pemimpin kerajaan di Sarawak mewakili kepentingan dan memberi keutamaan kepada Sarawak kerana ianya bukan cawangan dari sebuah parti bersifat nasional seperti UMNO. Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah, hanyalah seorang sahaja dari antara 12 orang pemimpin UMNO negeri, 11 darinya dari negeri dan wilayah di Semenanjung dan Labuan.