Sunday, May 23, 2010

PRU 13 - MASUKAN 23 MEI, 2010

SISTEM 'REWARD AND PUNISHMENT' SEBAGAI FAKTOR DALAM KEPIMPINAN RUMAH-TANGGA DAN NEGARA

TAHUN 2013

1. Pada tahun 2013 Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan. Perdana Menteri boleh menasihatkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa sebelum tarikh terakhir Pilihanraya Umum wajib diadakan. Dari sekarang hingga ke tarikh Pilihanraya Umum diadakan maka semua parti akan mempersiapkan diri masing-masing untuk mencapai kemenangan kerusi bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebanyak mungkin untuk membolehkan penubuhan kerajaan. Oleh itu semua pilihanraya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri atau kawasan Parlimen yang diadakan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 menjadi ukuran dan bahan kajian untuk semua parti membuat perhitungan atas strategi dan taktik yang perlu diikuti untuk mencapai kemenangan.dalam Pilihanraya Umum ke 13.

SIKAP YANG MENANG DAN KALAH DALAM SATU-SATU PEMILIHAN

2. Apabila keputusan satu-satu pilihanraya umum atau kecil diumumkan maka berbagai-bagai alasan diberi oleh pihak yang menang apatahlagi yang kalah mengenai prestasi masing-masing. Yang menang sudah pasti memuji-muji diri, samaada parti, dasar, kepimpinan dan peribadi calon yang bertanding mengikut siapa yang membuat ulasan dan kenapa ulasan itu dibuat. Yang kalah, jika ianya dari kalangan pembangkang kepada Barisan Nasional, sudah tentu menyalahkan daftar pengundi, sistem pengundian dan, jika ada pergaduhan, sudah tentu pihak polis disalahkan. Tidak nampak langsung penerimaan keputusan dalam satu-satu pertandingan dalam sistem demokrasi sebagaimana yang dinyatakan oleh pengasas syarikat National Encik Matsushita supaya yang mengamalkan demokrasi hendaklah mempunyai dua sikap iaitu - susyi dan sunao.

3. Susyi bererti menerima keputusan kalah atau menang walau dengan satu undi sekali pun dan yang menang hendaklah dianggap sebagai mewakili semua yang mengundi sehinggalah pemilihan yang akan datang. Sunao pula bererti seseorang yang menang atau kalah hendaklah mampu melihat kebaikan yang ada pada lawannya supaya dapat bekerjasama membangun organisasi, negeri atau negara.

Thursday, May 13, 2010

NILAI-NILAI MURNI YANG MEMBANGUN BANGSA DI TIMUR

AMANAH, BERANI, DISIPLIN, RAJIN DAN SETIA

LIMA KELOMPOK PECAHAN NEGARA
1. Pada tahun lapan puluhan di waktu ekonomi dunia sedang dalam keadaan tidak ketentuan satu analisa telah mendapati dunia ini terbahagi kepada 5 kumpulan dari segi prestasi ekonominya, iaitu:

i. Negara-negara yang mengamalkan demokrasi, yang berbahasa Inggeris. Iaitu negara-negara bekas jajahan British yang ramai rakyatnya fasih berbahasa Inggeris dan mendapat pendidikan tinggi dalam bahasa Inggeris. Contoh negara demikian ialah Amerika Syarikat, Canada, Australia, New Zealand, India, Pakistan, Singapura dan Malaysia.

ii. Negara-negara yang berfahaman komunis seperti Rusia, China, Korea Utara, Poland, Jerman Timur dan lain-lain negara komunis.

iii. Negara-negara Islam di Asia Barat seperti Mesir, Libya, Saudi Arabia, Turkey dan Iran.

iv. Negara-negara Kristian Katholik di Amerika Selatan seperti Brazil, Argintina, Chile, Bolivia dan lain-lain.

v. Negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak berbahasa Inggeris seperti Jerman Barat, Perancis, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.
2. Empat kumpulan negara-negara ini, dari (i) hingga (iv) menghadapi masalah defisit ekonomi yang mengecewakan.

Negera Demokrasi Berbahasa Inggeris

3. Bagi negara demokrasi yang berbahasa Inggeris masalah yang di hadapi di dapati sama. Cara yang didekati untuk menyelesaikan masalah ini juga sama di seluruh dunia demokrasi yang berbahasa Inggeris. Masalah baru yang timbul juga sama. Persamaan ini adalah disebabkan negara-negara ini kesemuanya mengamalkan ilmu yang diperolehi dari buku mengenai ekonomi yang sama yang boleh didapati dari buku-buku di dalam bahasa Inggeris.

Negara Berfahaman Komunis
4. Bagi negara-negara komunis pula masalah mereka sama belaka, cara penyelesaian juga sama dan masalah baru yang timbul juga sama. Walaupun negara-negara komunis ini belajar dan bertutur dalam bahasa yang berlainan, masalah ekonomi yang dihadapi, cara penyelesaian dan akibatnya didapati sama kerana ide yang sama telah di ajar di dalam bahasa yang berlainan. Iaitu ide komunis.

Negara-Negara Islam di Asia Barat

5. Negara-negara Islam di Asia Barat menghadapi masalah bukan kerana mereka itu miskin malahan kerana mereka sebagai satu kumpulan yang seagama tidak dipengaruhi oleh cara-cara Islam sebaliknya mereka menghadapi masalah kerana kekayaan yang ada pada mereka yang kaya dengan petroliam telah diguna untuk membeli senjata yang mereka halakan terhadap sesama sendiri.

Negara-Negara Kristian Katholik di Amerika Selatan
6. Negara Kristian Katholik di Amerika Selatan pula menghadapi masalah kerana, walaupun mereka sudah miskin, pemimpin-pemimpin mereka tetap berbelanja dengan boros khususnya untuk membeli senjata dan membangun projek yang besar-besar yang dicadangkan oleh konsultan dari negara-negara Barat.

Tuesday, May 11, 2010

PELAKSANAAN PROGRAM EKONOMI INOVATIF DAN PRAGMATIK


CADANGAN PENUBUHAN BMEB (BANK MODEL EKONOMI BARU) ATAU BANK 1MALAYSIA

PENDAHULUAN

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Sejak merdeka bangsa Melayu sebagai satu bangsa yang tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana ianya juga tidak dapat dipisahkan dari Bumiputera, telah menumpukan fikiran kepada aspek ekonominya dalam beberapa kongres seperti berikut:


i. Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama pada tahun 1965 - 400 perwakilan dan 69 resolusi;

ii. Kongres Ekonomi Islam Pertama;

** Perjumpaan 500 ulama pada tahun 1968 yang dikehendaki oleh Kongres Bumiputera Pertama.

iii. Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua pada tahun 1968 - 600 perwakilan dan 45 resolusi;

**Peristiwa 13 Mei, 1969 dan Penggubalan Dasar Ekonomi Baru (1970).

** Rukun Negara diperkenalkan - Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan.

** Buku Revolusi Mental diterbitkan.

iv. Kongres Ekonomi Islam Kedua pada tahun 1972;

v. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Pertama 1980 juga dinamakan Kongres Ekonomi UMNO dihadiri oleh 1,000 perwakilan;

** Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat tempohnya dalam tahun 1990 dan diganti dengan Dasar Pembangunan Negara (DPN).

vi. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Kedua 1992 - 533 perwakilan dan 63 resolusi (37 mengenai peranan kerajaan dan 5 khusus menyentuh Islam);

vii. Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat pada tahun 1999 - 113 resolusi (60 menyentuh soal dasar dan struktur yang perlukan perhatian kerajaan dan 11 menyentuh Islam secara khusus);

viii. Kongres Ekonomi Islam Ketiga pada tahun 2009.

Thursday, May 6, 2010

AKIBAT MENINGGALKAN WASIAT RAJA MELAYU

JATUH BANGUNNYA ZAMAN KEGEMILANGAN ACEH: RELEVANNYA UNTUK MALAYSIA

Karangan yang sederhana ini dipersembahkan sebagai 'back-up' kepada karangan bertajuk 'Forum: Model Ekonomi Baru' yang baru disiarkan sebagai sebuah kertaskerja dalam seminar anjuran PAKKU ( Persatuan Mantan Wakil Rakyat UMNO ). Tujuannya ialah untuk menggambarkan betapa pentingnya bangsa Melayu memberi perhatian kepada Wasiat Raja-Rajanya. Sementara Wasiat Sultan Aceh yang diketengahkan 503 tahun yang lalu telah menjadi pendorong yang menjadikan Aceh sebagai sebuah pusat tamaddun Islam di satu masa dulu kita dapati pula Wasiat Raja-Raja Melayu disampaikan 53 tahun yang lalu, dan menjadi inti kepada Perlembagaan Malaysia, telah menjamin kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan berbilang agama yang maju dan aman.

Sebagaimana juga penjajah dan budaya asing telah merosakkan sifat murni yang dipelupuri dalam Wasiat Sultan Aceh kita dapati Wasiat Raja-Raja Melayu juga sedang dicabar, dengan tercabarnya Perlembagaan Malaysia, oleh anasir-anasir luar.

Adalah diharapkan perbandingan ini dapat menimbulkan kesedaran yang berguna untuk bangsa dan negara kita.

21 WASIAT SULTAN ACEH - THE ACEH CODE

1. 26hb Mac, 2010 yang baru lalu ialah hari ulangtahun yang ke 137 tercetusnya serangan Belanda ke atas Aceh pada tahun 1873. Peperangan ini dinamakan 'The Aceh War' di mana ternyata, akhirnya, sebuah negeri Melayu di Asia telah mampu mengalahkan sebuah negara Barat sebelum kejadian kedua berlaku selepasnya, dengan kekalahan Rusia, sebagai sebuah negara Barat, di tangan China, dari Asia, dalam 'Manchurian War' pada tahun 1895-1904.

2. Sempena ulangtahun ke 137 Aceh War ini dua program telah dijayakan iaitu:

i. Aceh Development International Conference ( ADIC ) telah diadakan di Universiti Putra Malaysia ( UPM ) dan dianjurkan bersama oleh pelajar-pelajar dari Aceh, dari semua IPTA di Malaysia, Kelab Aceh Kuala Lumpur, Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia ( IMAM ), dengan kerajasama UPM, dan ditaja bersama oleh Yayasan Warisan Pribumi, Kerajaan Negeri Melaka dan peniaga-peniaga keturunan Aceh di Malaysia.
Tujuan ADIC diadakan ialah untuk mengumpul dan membincangkan semua ide yang diketengahkan melalui lebih 80 buah kertas-kerja, yang datangnya dari peminat Aceh di seluruh dunia, yang merupakan sumbangan fakta dan intelektual untuk membangun semula Aceh.
ii. Pelancaran Perpustakaan Teungku Muhammad Dawud Beureueh dan Pusat Bahasa Arab dan Bahasa-Bahasa Asing ( Teungku Muhammad Dawud Beureueh and Center for Arabic and Foreign Languages - TMDL & CFA & FL ) di Banda Aceh. Pelancaran ini telah diadakan di Rumah Tamu Jeumpa D'Ramo di Jalan Maarof Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Wakil Gabenor Aceh, Walikota Banda Aceh, Wakil Partai-Partai Politik dari Aceh, Tokoh-tokoh Melayu keturunan Aceh di Kuala Lumpur, para dermawan dan akademik dari Arab. Rancangan penubuhan perpustakaan ini menjadi tanda pentingnya ilmu dan pendidikan untuk membangunkan semula bumi Aceh yang pernah di satu masa dulu menjadi antara 5 pusat tamaddun Islam di dunia. Perpustakaan ini akan menjadi sumber ilmu sementara bahasa-bahasa asing adalah kunci untuk masuk ke gudang ilmu dalam berbagai bahasa.

3. Kesedaran mengenai kejatuhan Aceh dari sebuah tamaddun Islam kepada negara yang terpaksa berperang untuk mendapat kembali haknya, sehingga ditimpa oleh bala Tsunami sebagai bala yang terbesar yang pernah dialami di dunia, sepanjang ingatan, maka keputusan telah diambil untuk memberi perhatian kepada bidang ilmu pengetahuan dengan mempopularkan budaya membaca atau 'budaya iqra'.

Friday, April 30, 2010

FORUM MODEL EKONOMI BARU

MENITI SEJARAH POLITIK DAN EKONOMI NEGARA

DARI WASIAT RAJA-RAJA MELAYU HINGGA MODEL EKONOMI BARU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

1. Wasiat Raja-Raja Melayu mengandungi 7 perkara yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tanda-tangan persetujuan mereka ke atas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5hb Ogos, 1957. 7 wasiat itu ialah;

i. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( sekarang dikenali dengan nama Malaysia );

ii. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU, sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

iii. Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

iv. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

v. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

vi. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

vii. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. ( Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak )

Wednesday, April 21, 2010

MENJADI SEORANG PERDANA MENTERI

THE LAUNCHING OF DR. MAHATHIR ENCYCLOPAEDIA

Pada malam 21hb September, 2003 Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang pada waktu itu masih bergelaDato' Seri yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri, telah hadir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk melancarkan Ensiklopaedia Dr. Mahathir yang diterbitkan oleh sebuah syarikat di Kahirah, Mesir. Di bawah ini diturunkan ucapan aluan yang telah saya sampaikan pada malam itu yang menyentuh sedikit sebanyak mengenai empat Perdana Menteri sehingga hari itu. Ikutilah ucapan yang saya sampaikan di dalam bahasa Inggeris. Ucapan ini mungkin relevan untuk semua ahli-ahli politik baik yang muda atau pun yang sudah dewasa atau lama.

YAB Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi,
Deputy Prime Minister of Malaysia,
Y. A. B. Menteri Besar Pahang,
Y. B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Y. B. Timbalan-Timbalan Menteri,
Setiausaha-Setiausaha Parlimen,
Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Honourable Rector,
The Administrative and Academic Staff of the University,
Dr. Hassan El-Zein, The Publisher of the Encyclopaedia,
Honour Guests,
Ladies and Gentlemen.

International Islamic University Malaysia (IIUM) - The Place of Launching.

Tonight is a historic night. I welcome all of you to this event.

The international Islamic University Malaysia is honoured to be chosen by the Prime Minister's Department to host the launching of the Encyclopedia of Dr. Mahathir bin Mohamad.

Many personalities, from all over the the world, have been proposed to do the launching. For that honour, we chose Y. A. B. Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi who has been chosen by the Prime Minister as his successor.

Putra World Trade Center (PWTC) - Venue for Launching

There was also a request to shift the venue for this event to the Putra World Trade Centre, whih is considered to be the most eventful place in the nation and for Dr. Mahathir during his tenure as President of Univeted Malaysia National Organization ( UMNO ), Chairman of Barisan National and the Prime Minister of Malaysia.

I resisted this proposal. I have great respect and fond memories for PWTC myself, where great events have taken place, tears have been shed, sorrows expressed, interspersed with gigles and laughter. In that great Merdeka Hall, national leaders, budding leaders, and leaders of the world have gathered, expressing their hopes, lamenting on the sufferings of their people and delivering their historical remarks and speeches.

But Dr. Mahathir performed his last act as the UMNO President in that hall, maybe his last act as Prime Minister if no other event involving him takes place in that hall before 31st October, 2003.

The PWTC is now entrusted by Dato' Seri Dr. Mahathir to Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi.

Moving Into Global Arena

Mahathir is moving into the Global arena, particularly the Organization of Islamic Conference (OIC). This IIUM's hall is therefore his new arena, his place, as the International Islamic University is an OIC sponsored institution, funded and managed by Malaysia, the building of which started during Dr. Mahathir's leadership.

My commentaries tonight are based on what I have learnt after 47 years of knowing, observing, learning and understanding Dr. Mahathir bin Mohamad. Please bear wih me.

Saturday, April 17, 2010

INDIA MENUJU PERUBAHAN - GITA MEHTA

LAGI PETIKAN DARI BUKU 'SNAKES AND LADDERS' KARANGAN Gita Mehta.
 
Seorang pujangga Jerman bernama Johann Wolfgang von Goethe telah menulis dalam tahun 1787 seperti berikut:
( Buku ini diterbitkan pada tahun 1997 oleh Martin Secker & Warburg Limited )
I should be sorely tempted, if I were ten years younger, to make a journey to India - not for the purpose of discovering something new but in order to view in my way what has been discovered.
Gita Mehta menulis buku ini untuk Mark Twain yang menulis pada tahun 1897 seperti berikut:

'the sole country under the sun that is endowed with imperishable interest for alien prince and alien peasant, for lettered and ignorant, wise and fool, rich and poor, bond and free, the one land all men desire to see, and having seen once, by even a glimpse, would not give that glimpse for the shows of all the rest of the globe combined'.
Oleh kerana negara kita mempunyai ramai rakyat, dan bukan rakyat, yang datang secara sah atau yang tinggal setelah visanya luput tempoh, yang berasal dari India, elok juga kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai negara asal atau negara nenek moyang mereka untuk kita memahami orang-orang keturunan India yang memainkan peranan dalam berbagai kegiatan hidup, di samping kita, di Malaysia. Kita perlu mempelajari mengenai negara India dari penulis berketurunan India, yang kasih pada India dan masih menjadi rakyat negara India. Kita tidak boleh mempelajari mengenai India hanya dari pengarang Inggeris yang bangsanya pernah menjajah India walaupun ramai orang asing suka mempelajari mengenai bangsa Melayu dari pengarang dari bangsa yang pernah menjajah Malaysia.

A FUNCTIONING ANARCHY

Dalam para ketiga Gita Mehta menulis:

'Those who believe in the dialectics of materialism or the authority of history wander through the ruins of glorious empires and tell us India has learned nothing from her past. Others play statistical roulette and tell us India has no future. Professor John Kenneth Gilbraith, sent by President Kennedy as American Ambassador to India, came up with a catchy, even accurate phrase when he described India as a 'functioning anarchy.'

MENGENAI BAHASA