Showing posts with label KESELAMATAN. Show all posts
Showing posts with label KESELAMATAN. Show all posts

Monday, June 10, 2013

PRU 13 - ANTARA HAMID AWALUDIN, JUSUF KALLA DAN ANWAR

Di bawah ini adalah berita tambahan mengenai JUSUF KALLA DAN ANWAR IBRAHIM yang jelas kandungannya.

'Update' berikut adalah mengenai permintaan Anwar Ibrahim melalui mantan Wapres Jusuf Kalla supaya Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak menghormati keputusan PRU 13. Bekas Menteri Hukum dan HAM Indonesia Bapak Hamid Awaludin hadir sebagai saksi. Anwar mendakwa Najib yang minta persetujuan itu sebaliknya Jusuf Kalla menyatakan Anwar yang minta. Apa kata saksi Hamid Awaludin.

UPDATE: 

Did Anwar Ibrahim tell the Truth? - BERNAMA Interview with Hamid Awaludin.


Hamid Awaludin was Indonesian minister of law and human rights from 2004-2007 when Jusuf Kalla was vice president, and was Indonesian ambassador to Russia and Belarus from 2008-2011.


1. Anwar Ibrahim claims it was Jusuf Kalla who approached him whereas Jusuf Kalla said he was approached by Anwar. Which is true?

Hamid Awaludin:

I was present during Jusuf Kalla’s discussions with both Anwar and Najib. It was Jusuf Kalla who accepted Anwar’s request to mediate. He did not take the initiative and approach Anwar. Jusuf Kalla does not have any political and economic interests in Malaysia. He is busy with his affairs in Indonesia. So why would he take the initiative and approach Anwar? It isn’t logical.

Jusuf Kalla considers both Anwar and Najib as good friends. He wanted to help because they were competing fiercely with one another. That is how he saw this.  

2. Anwar claims there were several "preconditions" in the agreement e.g. free elections, fair media, etc. Can you outline any preconditions?

Hamid Awaludin:

I am very sure that there were no preconditions discussed between Jusuf Kalla and Anwar. For me, a deal is a deal. And there was a deal that both parties – Anwar and Najib – agreed to.

Some people always try and find a loophole after the event, or an excuse not to deliver on their promise. Some people are different in character to others.


3. Anwar now claims PM Najib didn't sign the agreement and it was therefore not valid. Jusuf Kalla says the PM did give his verbal agreement and therefore the deal was agreed by both parties, and was valid. Is Anwar correct or is JusufKalla?

Monday, March 12, 2012

LGBT - 3/10


TIGA DARI SEPULUH ADALAH ANGKA DARURAT.

1. Mingguan Malaysia pada hari ini, 11hb Mac, 2012, berjaya mengenengahkan satu berita sensasi mengenai LGBT. Iaitu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender.
2. Dengan keluarnya berita sensasi seperti ini maka surat khabar menjadi bertambah popular.
3. Encik Hushim Salleh juga pasti gembira mendapat publisiti yang begitu meluas kerana mendapat pendedahan di muka depan surat-khabar nasional.
4. Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender juga tentu seronok kerana pendedahan ini menunjukkan jumlah mereka bertambah banyak sehingga 3 dari 10 lelaki dikatakan terjebak gejala seks songsang. Ini adalah satu kemajuan bagi golongan mereka.
5. Yang paling gembira sekali ialah tokoh-tokoh politik yang membela kebebasan kegiatan seks antara sejenis supaya dihalalkan di dalam negara Malaysia yang Islam menjadi ugama rasmi. Tokoh yang memomokkan Islam beginilah yang bertanggungjawab mempopularkan pelakon-pelakon adegan songsang begini.

Wednesday, July 6, 2011

DEMO DI BUMI CE' SITI WAN KEMBANG

TEMPAT YANG PALING SESUAI UNTUK MENGADAKAN DEMONSTRASI 'BERSIH' PADA 9 JULAI, 2011


1. Terlalu banyak sms dan panggilan telefon yang saya terima menyatakan rasa dukacita dan kekesalan atau rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang membenarkan demonstrasi 'BERSIH' diadakan pada 9 Julai akan datang.

2. Setelah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong menyampaikan titah ucapannya mengenai pandangan Ke Bawah Duli Tuanku dan nasihatnya atas rancangan mengadakan demonstrasi haram ( tanpa permit kerajaan ) kita dapati tindakan pihak polis bertambah rancak dan rapi sehingga bertemu berbagai risalah, baju, senjata dan lain-lain lagi persiapan untuk demonstrasi  jalanan yang hendak diadakan itu. Akaun bank Dato' Ambiga juga akan diselidiki kerana jangkaan ada wang yang diterima dari NGO luar negeri melalui bank yang banyak saham, katanya, dimiliki oleh seorang tokoh pembangkang.

3. Dato' Ambiga tentu berasa takut dengan perkembangan ini tetapi malu untuk membatalkan demonstrasi lantas berdegil untuk meneruskan juga mengadakan demonstrasi.

4. Saya difahamkan Ketua Pembangkang sudah keluar negeri dengan kawannya untuk ke London melalui tanah suci.

5. Saya juga diberitahu akan ada demonstrasi 'BERSIH" di London kerana kota itu sudah menganggap demonstrasi yang mengecam dan menentang negara luar adalah satu daya penarik pelancong. Ketua-ketua pembangkang yang takut ditangkap jika berlaku huru-hara di waktu demonstrasi boleh memilih untuk berdemonstrasi di negara lain seperti di Australia, Taiwan atau Amerika Syarikat kerana banyak pelajar yang belajar di sana dengan biasiswa Kerajaan Barisan Nasional boleh dicuba hasut supaya menentang kerajaan.

6. Apakah tindakan Dato' Ambiga seterusnya?

Friday, July 1, 2011

'BERSIH' YANG BOLEH MENGOTORKAN

RANCANGAN DEMONSTRASI 'BERSIH' PADA 9 JULAI, 2011

JENIS DEMONSTRASI

1. Demonstrasi 'Bersih' yang dicadangkan untuk 9 Julai, 2011 kononnya bermatlamat untuk memastikan tidak ada penipuan dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

2. Biasanya demonstrasi kecil-kecilan diadakan oleh pihak yang menganggap diri mereka teraniaya apabila sesuatu yang dianggap tidak betul sudah berlaku dan tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab untuk membetulkannya.

3. Demonstrasi begini tidak memecahbelahkan rakyat kerana ianya mempunyai tujuan yang jelas dan boleh diselesaikan atau dijelaskan apa-apa kekeliruan atau salah faham yang ada dalam fikiran mereka yang berdemonstrasi.

4. Demonstrasi yang lebih besar juga telah diadakan untuk menunjukkan sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat sebuah negara lain yang didapati dianiaya dan dizalimi seperti demonstrasi menentang kekejaman pihak Zionis Israel, yang disokong oleh Amerika Syarikat, ke atas rakyat Palestin.

5. Atau pun, di satu masa dulu, pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia berdemonstrasi mengecam kekejaman rejim tentera di Thailand ke atas Ummat Islam di selatan negara itu.

6. Demonstrasi begini juga tidak memecahbelahkan rakyat kerana ianya menyeru rakyat supaya bersatu menyatakan perasaan dan sokongan mereka untuk golongan yang tertindas di negara lain.

Wednesday, February 3, 2010

TERIMA KASIH TUN GHAZALI SHAFIE

PAHIT MANIS BERSAMA KING GHAZ DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PENGENALAN

1. Walaupun pegawai kerajaan memanggilnya King Ghaz, kerana gerun padanya, saya memanggilnya Tan Sri tetapi beliau membahasakan dirinya abang apabila bercakap dengan saya. Beliau adalah seorang intelektual berkelulusan undang-undang dari University College of Wales pada tahun 1951 dan mendapat ijazah sarjana dari London School of Economics pada tahun 1953. King Ghaz adalah seorang civil servant yang cekap dan seorang diplomat yang berkesan. Setelah Menteri Pertahanan Britain Lord Carrington, bersara dari politik, setelah selesai The Falklands War dengan kemenangan Britain ke atas negara Argentina, Tun Ghazali Shafie berbangga kerana beliaulah 'the last, internationally known, member of the Second World War British Intelligence who is still active in office.' 

2. Walaupun sebelum menjadi Timbalan Menteri kepada King Ghaz, sebagai pemimpin MAYC, ABIM dan SHAMELIN, saya sering berjumpa dengannya, tetapi beliau secara formal telah memperkenalkan dirinya dan sekaligus menyatakan bahawa dia juga berketurunan Aceh. Yang anehnya bagi saya, pada kesempatan lain, beliau juga telah memperkenalkan dirinya sebagai berketurunan orang asli bila beliau berjumpa dengan orang asli, dan berketurunan Minang bila berjumpa dengan orang Minang, dan berketurunan Mendailing bila berjumpa dengan orang Mendailing.

RUMPUN MELAYU

3. Bila saya bertanya mengenai keturunannya yang sebenar, kerana saya dengar ianya berbeza-beza, bergantung kepada tempat, masa dan orang yang ditemui, beliau dengan mudah melepaskan diri dengan berkata ' serupalah tu, semuanya Melayu ...... semuanya dari satu rumpun Melayu ... yang penting demo seronok mendengar abang satu keturunan dengan mereka ...... asalkan abang tak kata abang orang puteh atau China mereka tak ada sebab tak nak percaya. Manusia ..... Sanusi .... suka percaya yang dia suka percaya.' Saya telah mencatat kata-katanya ini.

Tuesday, July 21, 2009

INTERNAL SECURITY ACT - ISA



ISA

1. Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA ( Internal Security Act ) sudah menjadi satu akta yang paling popular diperbincangkan. Saya juga telah dijemput oleh TV9 untuk berdebat mengenainya dengan ahli Parlimen Keadilan, YB Wee Choo Keong, yang berasal dari DAP, di bawah rancangan 'HUJAH'.



2. Tajuk ISA ini menjadi bertambah popular apabila begitu banyak yang pernah ditahan di bawah ISA kini berada di dalam Parlimen, termasuk YB Wee Choo Keong.



3. Mungkin kerana mereka pernah ditahan di bawah ISA - lah maka ada di antara banduan ISA telah menggunakan masa dalam tahanan untuk menambah ilmu dan memupuk kesedaran baru sehingga berjaya memenangi pilihanraya dan menjadi Ahli Yang Berhormat.