Showing posts with label ACEH. Show all posts
Showing posts with label ACEH. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

INSTITUSI WALI DI ACEH

HARI BERSEJARAH BAGI ACEH

Pada hari Isnin  16hb Disember, 2013 yang lalu, mulai pukul 9.00 pagi telah diadakan satu majlis pengukuhan perlantikan Paduka Yang Mulia Teungku Malik Mahmud Al Haytar sebagai Wali ke 9 bagi Nanggroe Aceh Darussalam di Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Aceh.
 
Dari kenyataan dalam akhbar tindakan pengukuhan ini belum mendapat persetujuan pemerintah pusat.

PENDIRIAN PEMERINTAH REPUBLIK INDONESIA

Walau bagaimana pun Menteri Aparatur Negara (Menpan) Republik Indonesia Bapak Azwar Abu Bakar telah turut memberi kata-kata aluan dalam upacara rasmi itu. Tanpa menyentuh pendirian rasmi pemerintah pusat Bapak Menteri Azwar telah menyatakan bahawa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sedia menunggu Paduka Yang Mulia Teungku Malik Mahmud Al Haytar di Jakarta. Pegawai tinggi dalam pemerintahan pusat Republik Indonesia telah menepis apa jua sentuhan mengenai pendirian Jakarta dengan hanya menyebutkan bahawa kehadiran mereka adalah sebagai menghormati jemputan.
 
Keputusan untuk mengukuhkan atau mengkonfirmasikan jawatan Wali ini adalah satu tindakan yang tepat pada masanya kerana waktunya ialah 10 hari sebelum ulangtahun ke 9 peristiwa Tsunami yang melanda Aceh pada 26hb Disember, 2004.
 
TSUNAMI
 
Peristiwa Tsunami ini adalah satu takdir dari Allah s.w.t. yang menjadi pendorong besar ke arah menentukan masa depan Aceh yang damai. Tanpa keinsafan yang timbul dari peristiwa Tsunami ini tidak mungkin pihak TNI dan GAM akan puas dengan korban yang menimpa satu pihak, dan pihak yang lain, secara perbandingan dengan korban yang menimpa kedua pihak, dalam peristiwa berdarah sepanjang 30 tahun sebelum itu..
 
Penglibatan Finland dalam usaha perdamaian yang berhasil itu adalah satu kebetulan yang wujud kerana ketepatan memandangkan kerana ianya juga pasti dapat dijayakan oleh pihak lain, yang terdahulu, jika telah berlaku Tsunami di waktu mereka menjadi penaja rundingan damai.
 
PARTAI ACEH DAN PARTAI DEMOKRAT
 
Ketepatan masa pengukuhan perlantikan Wali juga jelas sekali kerana sekarang ini kerajaan Aceh masih diperintah oleh Partai Aceh yang dipimpin dan dianggotai oleh ahli dan pendukung Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Pemerintah Republik Indonesia, di bawah pimpinan Presiden Susiso Bambang Yudhoyono dari Partai Demokrat juga bertanggungjawab menandatangani, bererti menyetujui, perjanjian Helsinki atau Helsinki Accord yang membawa kepada kedamaian di Aceh.
 
SUSILO BAMBANG YUDHOYONO
 
Pada 20hb Oktober, 2014 yang akan datang Presiden Susilo Bambang Yudoyono akan tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden Republik Indonesia dan tokoh yang akan dipilih untuk menjadi Presiden nanti, kecuali jika Jusuf Kalla turut bertanding dan menang, sudah tentu dari kalangan yang tidak terlibat dalam sumbangan perdamaian di Aceh.
 
Sementara Partai Aceh dan Partai Demokrat boleh berbangga dengan terciptanya keamanan di Aceh di bawah pimpinan tokoh-tokoh mereka sesiapa saja yang dipilih untuk menjadi Presiden Indonesia nanti akan lebih tidak serius untuk menjayakan perjanjian Helsinki jika ianya gagal dipatuhi di waktu yang mencipta keamanan itu masih dalam pemerintahan.
 
SYARAT UNTUK MENGEKALKAN KEAMANAN
 
Pada pandangan saya perdamaian di Aceh ini mempunyai masa depan yang cukup cerah bergantung kepada tiga faktor yang penting, iaitu:
 
SYARI'AT, JANJI DAN PERPADUAN
 
1. Pengekalan Aceh sebagai Nanggroe yang berpegang kepada Syariat Islam, dan
 
2. Kepatuhan semua pihak kepada janji yang terkandung dalam Perjanjian Helsinki atau Helsinki Accord.

3. Usaha yang berterusan untuk menyatupadukan pemimpin dan rakyat, antara sesama pemimpin dan sesama rakyat, dengan sikap kepimpinan yang telus, toleransi, amanah, berani, disiplin, rajin dan patriotik.
 

Friday, April 6, 2012

MANIFESTO PEMILU GABENOR ACEH

UREUNG ACEH NYAN KAMOE SAYANG

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

PEMILU

Insya Allah pada hari Isnin 9hb April, 2012 satu Pilihanraya akan berlaku di Aceh untuk memilih seorang Gabenor baru atau pun memilih semula Gabenor lama.

ISU-ISU

Dari laporan yang diterima dari pelajar-pelajar dari Aceh yang sedang belajar di Malaysia pertandingan kali ini berkisar sekitar siapa yang lebih banyak wang? Siapa yang lebih banyak sokongan tauke-tauke? Siapa yang lebih banyak sokongan kerajaan pusat? Siapa yang lebih banyak sokongan tentera dan polis? dan Siapa yang lebih kekuatan fizikal?.

AMAN

Dalam keadaan kacau bilau faktor siapa yang boleh mengekalkan keamanan atau siapa yang boleh membuat huru-hara, dan mengganggu keamanan, juga menjadi perhitungan.

NON ISU

Tidak ada pertanyaan siapa yang dapat mempertahankan Syari'at Islam? Siapakah yang lebih bermoral? Siapa yang boleh menjamin tidak rasuah? Siapa yang mempunyai banyak idea untuk membangun Aceh? Siapa yang ada pengetahuan atau pengalaman mentadbir daerah dalam keamanan?

Yang penting ialah 'siapa menang?'

Wednesday, March 28, 2012

ADIC KE 3

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Saya mohon ma'af kerana masukan saya dalam blog pada kali ini dituju khusus kepada anggota masyarakat Aceh yang berada di luar Aceh dan di luar Indonesia, iaitu mereka, atau wakil, yang telah tidak dapat bersama hadir dalam rapat ADIC ke 3 yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Untuk mencari ilmu dan rezeki pelajar dan dewasa Aceh berada di 48 negara asing selain negara kita. Salam hormat saya untuk semua.

Mesej ini adalah untuk suku kaum Melayu yang bertambah pupus kerana bencana manusia dan bencana alam.

­­NOTA UCAPAN DI ACEH DEVELOPMENT INTERNATIONAL CONFERENCE (ADIC) KE 3
DI DEWAN SENAT UIAM
PADA 27hb MAC, 2012 PADA 4.30 PETANG
PERMULAAN
Dalam conference in saya tidak berhasrat untuk mengemukakan banyak perkara baru. Jika saya mengemukakan ide-ide baru dalam setiap conference saya akan dianggap bijak oleh pendengar tetapi apa yang saya perkatakan tidak akan menjadi amalan.

Kerana yang saya perkatakan selalu diulang-ulangkan maka saya mungkin dianggap miskin ilmu tetapi harapan supaya apa yang saya perkatakan itu tinggal lebih lama dalam ingatan untuk diamalkan adalah lebih berpotensi.

Oleh kerana apa yang saya perkatakan itu adalah perkara yang saya anggap sebagai satu prinsip maka saya tetap tidak akan mengubah isi ucapan saya selagi Aceh tidak berubah ke arah yang lebih positif.

KESILAPAN DI MALAYSIA

Saya mengetahui bahawa masyarakat Aceh sekarang ini sedang sibuk mencari ilmu ilmu di seluruh dunia. Ini adalah satu perkembangan yang baik.
Malaysia juga banyak berbuat demikian sejak Merdeka.
Malangnya ramai juga dari yang terdidik itu sudah hilang semangat ke-Melayuan dan ke-Islamannya.
Yang anehnya ada juga yang berpendidikan lokal (tempatan) tetapi terperangkap, kerana kemewahan dan pendedahan di Barat, begitu rupa sehingga ada pemimpin yang dulunya berorientasikan Islam kini memperjuangkan :
1.      Keselamatan Israel dan

2.      Berusaha menghalalkan amalan seks antara kaum sejenis (gays dan lesbians) asalkan ada persetujuan bersama.

PUSAKA BANGSA
Dari segi ‘ilmu kita boleh belajar dari luar Negara tetapi dari segi nilai Aceh memiliki modelnya sendiri di zaman kegemilangannya.
Aceh tidak perlu mencontohi kesilapan yang berlaku di Negara ini kerana Aceh mempunyai terlalu banyak masaalah ciptaannya sendiri.
Pendek kata muda-mudi Aceh hendaklah mencari apa yang hilang di tempat ianya kehilangan. Satu dialog yang diberitahu kepada saya di waktu mula sampai ke Jerman Barat ialah begini:

DIALOG

Haben Sie etwas verloren?
( Na peu peu nyan gadoh? – Apakah kamu kehilangan sesuatu? )
Ja.
( Na – Ya )
Was haben Sie verloren?
( Peu nyan gadoh? – Apakah yang hilang? )
Ein Kugelschreiber.
( Pen – pena )
Haben Sie hier verloren?
( Peu keuh gadoh di sino? – Apakah hilangnya di sini? )
Nein.
( Kon - Tidak )
Warum haben Sie hier suchen dann?
( Pakon cit ta mita di sino? – Kenapakah kamu cari di sini? )
Es gibt licht hier.
( Pasai di sino na panyot – kerana di sini ada lampu )

Bek keuh biek Aceh geutanyo jeut meunan.

Wednesday, May 25, 2011

JAWAPAN KEPADA 'BANIADAM'

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam bahagia.

Para pembaca yang budiman.

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tidak sepertinya ini.


Semua komen dan teguran yang diberi mendapat perhatian saya.


Walau pun saya biasanya hanya menjawab, secara tidak langsung, kepada komen-komen yang diberi di dalam blog ini di dalam karangan kemudiannya, atau saya simpan sesetengah jawapan untuk menjadi sebahagian dari karangan-karangan yang akan datang, tetapi saya dapati komen 'Baniadam' perlu mendapat perhatian segera kerana saya dapati beliau bukan membaca blog ini untuk menambah pendedahannya kepada isu-isu dari sudut pandangan saya tetapi sebaliknya beliau, secara konsisten, menunjuk sikap anti kepada saya, Tun Dr. Mahathir dan suku Aceh sehingga saya tidak boleh menyentuh mengenai Aceh tanpa beliau melenting.


Di bawah ini adalah jawapan saya kepada komen beliau:

Friday, May 20, 2011

TUN DR. MAHATHIR DALAM MAJLIS RAMAH MESRA DENGAN TOKOH-TOKOH ACEH NUSANTARA


Pada 27-04-2011 yang lalu satu majlis ramah mesra telah diadakan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan 200 orang tokoh Aceh pilihan dari Banda Aceh, Bandung, Jakarta, Medan dan Malaysia yang terdiri dari ahli akademik, pemimpin politik, peniaga dan pengusaha serta pemimpin pelajar di Memorial Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur.

Majlis ucapan dan dialog berlangsung dari pukul 9 pagi hingga pukul 1.30 tengahari.

Majlis ini dianjurkan oleh International Association of Aceh Scholars (IAAS) dengan kerjasama Aceh Club Kuala Lumpur dan Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia.(IMAM).

Ucapan Tun Dr. Mahathir dan sesi dialog akan dimuatkan dalam blog ini tidak lama lagi.

Di bawah ini ialah ucapan alu-aluan saya dalam majlis tersebut untuk pembaca yang berminat dan anggota masyarakat Aceh di seluruh dunia.

UCAPAN TAN SRI DATO' SERI SANUSI BIN JUNID

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Yang Berbahagia Saudara Pengerusi Majlis

YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad,

YBhg. Presiden Penawar, Persatuan Wakil-Wakil Rakyat UMNO, Mantan Menteri Tan Sri Dato' Aziz Shamsuddin,

YBhg. Presiden Mubarak, Persatuan Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional, Wilayah Persekutuan, Dato' Aziz Yasin,

Rakan Sependeritan YBhg. Tan Sri Dato' Sabaruddin Chik, Mantan Menteri dan Setiausaha Agong UMNO,

Dif-dif Yang Dihormati, Tan Sri-Tan Sri, Dato'-Dato', Ahli Yang Berhormat Wakil-Wakil Rakyat dari Indonesia, Teungku-Teungku, Profesor-Profesor, Doktor-doktor, Bapa-bapa dan Syedara sekalian.
KATA-KATA ALUAN

Bagi pihak Kelab Aceh Kuala Lumpur ( The Aceh Club Kuala Lumpur ) dan Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia (IMAM)  saya mengalu-ngalukan kehadiran tuan puan ke majlis pada hari ini.


Majlis pada hari ini adalah satu peluang dan kesempatan terbaik bagi wakil masyarakat Aceh se Nusantara mengenal Tun Dr. Mahathir dari dekat dan mengikat serta memperkukuhkan lagi tali silaturrahim dengannya.

Hadir bersama kita pada hari ini ialah Tan Sri Dato' Hanafiah Hussain seorang tokoh Aceh yang ternama di negara ini yang umurnya setanding dengan umur Tun Dr. Mahathir.

Turut serta dari Jakarta ialah Bapak Asyik Ali selaku wakil dari Indonesia yang tertua yang datang dengan tongkat kerana semangatnya untuk menyertai majlis pada hari ini.

Ketiga mereka ialah Octogenarian atau tokoh yang berumur lebih 80 tahun.
DARI SEJARAH

Sejak tahun 800 Masehi bersamaan dengan 173 Hijrah sehingga tahun 2011 Masehi, sepanjang sekitar 1,200 tahun dalam sejarah Aceh yang tercatat, banyaklah yang dapat kita pelajari, kita teladani atau yang patut kita elakkan berulang.


Tetapi, dalam buku terakhirnya berjudul 'How To Run The World' terbitan tahun 2011 Parag Khanna telah menurunkan di permulaan Bab Pertama yang bertajuk Mega-diplomacy, petikan kata-kata Tun Dr. Mahathir yang bertulis:

'Two millennia of experience and mountains of knowledge have not made us much more capable of managing our affairs than stone-age people.'

Terjemahannya: Dua ribee teuhon peungalaman ngon ieleumee nan meunggunung, mantong geutanyo hana leubeh upaya  bak ta ato nanggroe lagee ureung bak zameun batee.