Showing posts with label ISU MASA DEPAN. Show all posts
Showing posts with label ISU MASA DEPAN. Show all posts

Thursday, May 5, 2016

MELAYU ITU HEBAT BANGSANYA

MENGENAL BANGSA SENDIRI

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

1. Masukan blog pada kali ini adalah sambungan daripada masukan bertarikh 13hb Februari, 2014 atas tajuk FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA

2.Terima kasih saya ucapkan kepada semua pembaca blog atas tajuk di atas dan komen-komen yang telah diberi.

3. Tujuan karangan itu bukanlah untuk membebankan kesalahan kepada sesiapa jua, atas masalah yang menimpa bangsa Melayu masakini, tetapi untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadapi.

4. Antara perkara yang ditimbulkan di dalam karangan di atas ialah bangsa Melayu, dan Bumiputera, telah mengadakan 9 Kongres Ekonomi sejak merdeka dan dalam kesemua kongres itu kita desakkan kerajaan, melalui berbagai usul, untuk membuat berbagai perkara, dan melaksanakan berbagai program atau rancangan, untuk kepentingan bangsa kita dan negara.

5. Yang tidak ada dalam semua desakan itu ialah desakan ke atas diri kita sendiri sedangkan kita mengetahui bahawa 'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubah dirinya sendiri.' Apakah maksud 'mengubah dirinya sendiri' ditafsirkan supaya kerajaan yang merobah nasib kita dan bukan kita yang mengerjakannya sendiri?

6. Semua keputusan kongres ekonomi Bumiputera, Islam dan Melayu, yang hanya mencadang dan mendesakkan kerajaan sahaja untuk berbuat sesuatu, memberi gambaran bahawa kita seolah-olah mempercayai bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kerajaan tidak merobahkannya. Ataupun nasib kita kita akan berubah jika kita tidak merobahkan kerajaan.

RASUAH

7. Ini bererti jika kita mahukan rasuah dihapuskan ianya hendaklah dibuat oleh kerajaan walaupun yang menerima dan memberi rasuah itu ialah dari kalangan kita sendiri. 

8. Lojiknya ialah kita tidak bersalah jika kita lakukan rasuah, dan kita tidak perlu membantu untuk mencegah rasuah kerana itu ialah tugas kerajaan sebagaimana yang ternampak dari sikap kita yang hanya bergantung kepada kerajaan untuk berbuat sesuatu.

IBADAT

9. Di waktu saya memegang jawatan Eksekutif The Chartered Bank saya pernah balik ke kampong di Batu 20 Jalan Ke Yan, Guar Chempedak, Kedah dan mengerjakan solat berjama'ah di surau kecil di sana.

10. Selepas Maghrib jawatankuasa surau telah bermesyuarat dan membuat keputusan untuk memohon dari kerajaan untuk membaiki surau yang sudah bocor.

11. Dua bulan kemudian saya dapati kebocoran di surau itu sudah membesar dan saya diberitahu, dengan nada kesal, bahawa pihak kerajaan masih belum menghantar peruntukan walaupun beberapa kali diperingati.

12. Mereka terkejut bila saya cadangkan supaya diadakan pungutan wang dari para jama'ah sebagai sumbangan untuk membaiki kebocoran. Belanja yang diperlukan hanya RM500.00 sedangkan jika kita telah berbuat demikian dua bulan yang lalu mungkin harganya lebih murah lagi. Oleh kerana beberapa orang dari para jama'ah terdiri dari pegawai bergaji tinggi sementara banyak juga para jama'ah yang memiliki sawah yang sangat luas, usaha ini telah dijayakan dengan mudah.

13. Ini adalah satu contoh kecil bagaimana kita mengorbankan kesempatan beribadat untuk mendapat pahala kerana kita merasakan itu adalah kerja dan tanggungjawab pemerintah.

Friday, January 3, 2014

HISTORY OF THE FUTURE

Assalaamua'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh



Dear Readers,



I am sure you are bored with lengthy articles that I have entered in my blog. Besides narrating my experiences and thoughts on the subjects that I wrote, I have often entered articles from other sources which I thought might be of interest to readers. Some issues that crop up from time to time appears deceptively new and so I have entered old speeches and writings on those subjects for readers to ponder as those issues have been discussed, and sometimes solved in the past.



Hopefully, we do not waste too much time, trying to rediscover pythagorous theorem, in trying to find ways of solving problems which could be solved as it was done before.

In the recent past we had been focusing our attention on the following subjects:



1. Whether the ashes of the cremated communist terrorist Chin Peng should be buried in Malaysia.

2. Whether the Maoist Aishah should come back to Malaysia.

3. Whether the Christians should be allowed to use the word 'Allah'.

4. Whether Mat Sabu is a Syiah or a Sunni Muslim.

5. Whether demonstrations are meant to overthrow the BN or PR governments or just to protest against rising costs of living. 

Chin Peng is dead and Aisyah is said to have refused to come home. The issues are therefore settled without anybody being able to claim credit for them.

There are many more.