Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Di bawah ini diturunkan butiran perkara yang telah saya sampaikan dalam ucapan perasmian PERHIMPUNAN AGUNG PERKASA pada tahun 2015. Penyampaian ucapan tidak semestinya mengikut urutan berikut dan kupasan ke atas butiran yang diketengahkan juga tidak begitu lengkap. Saya masukkan juga butiran di bawah kerana ianya relevan kepada perjuangan BANGSA MELAYU.
PERHIMPUNAN AGUNG PERKASA
Acara: Majlis Perasmian
Tarikh: 20hb Disember, 2015
Tempat: Dewan Pusat Islam, Kuala Lumpur
Waktu: Mulai 0830 pagi.
Assalaamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
UCAPAN ALU-ALUAN
Saya ucapkan TAHNIAH kepada PERKASA kerana BERANI menjemput saya untuk merasmikan Perhimpunan Agong pada hari ini.
Saya katakana BERANI kerana apa yang akan saya huraikan nanti sudah tentu tidak dapat membantu jika PERKASA bencadang untuk mendapat PROJEK dari Kerajaan yang ada sekarang.
Ataupun mendapat 'DERMA' dalam pengertian KHUSUS untuk MALAYSIA
Tetapi TOK HIM adalah seorang SAHABAT saya yang setia berkawan sejak lebih 47 tahun yang lalu.
Itulah sebabnya TAK PAYAH BAGI DERMA PUN dia puji saya sampai berbuih mulut dan hampir terkeluar biji mata.
Sebagai profesyenal yang 'revolutionary' TOK HIM tahu masanya hampir tiba untuk PENYEBAB KEPADA SEMUA MASALAH NEGARA MASAKINI untuk TURUN DARI TAKHTA.
MENGHORMATI TETAMU
Dalam majlis hari ini terdapat diplomat dari Kedutaan Amerika Syarikat dan juga dari Thailand, negara jiran.
Hadir juga wakil NGO berbilang kaum termasuk India, China dan mereka yang dari Sabah.
Juga wakil dari berbilang pertubuhan ugama dan berbagai parti politik.
Jika semua yang hadir ini terdiri dari mereka yang baik dari berbagai ugama, fahaman, kaum dan bangsa, maka amanlah Negara ini.
Terlalu banyak Negara yang menghadapi huru hara kerana yang jahat-nakal dari berbilang bangsa dan ugama membuat karenah yang merugikan rakyat.
Kawan saya Dato' Mustapha Ali dari PAS turut hadir, saya juga gembira melihat Dato' Taqiuddin, Setiausaha Agong PAS turut hadir sama.
Sebenarnya, selain dari perselisihan kecil yang ada di dalam sesebuah parti dan perselisihan kecil antara parti, perselisihan yang menyebabkan keluarnya PAS dari Barisan Nasional adalah kerana salah faham atas niat 'pengisytiharan darurat' di Kelantan di waktu PAS memerintah dan berada di dalam Barisan Nasional. Ianya bertentengan dengan perlembagaan kerana pergaduhan antara kaum belum berlaku.
Tetapi, oleh kerana Tun Hussein Onn mendapat laporan akan berlaku antara sesama Melayu, beliau, kerana tidak mahu berlakunya pertumpahan darah di zaman pemerintahannya, telah meminta darurat diisytihatkan.
Itulah sebabnya Perlembagaan terpaksa dipinda untuk menghalalkan keputusan yang bertentangannya dengannya. Pindaan itu terpaksa di back-dated sehingga sebelum Merdeka.
TO LOVE AND TO HATE IS A MATTER OF DECISION