Showing posts with label UGAMA. Show all posts
Showing posts with label UGAMA. Show all posts

Wednesday, June 1, 2016

ULAMA DAN PARTI POLITIK

1. Assalamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

2. Sebahagian besar dari mereka yang merasakan, menganggap atau mengaku diri sebagai ulama perlu difikirkan semula status ulamanya apabila mereka sudah berperanan dalam parti politik. Mereka boleh terus dianggap sebagai ulama jika mereka meletakkan ugama di atas kepentingan parti politiknya; dan menganggap terbatal dirinya sebagai ulama apabila mereka meletakkan parti politiknya di atas ugama.
 
3. Apabila seseorang ulama itu tidak lagi menyatakan yang benar, walau pahit sekalipun, kerana menjaga kepentingan parti politiknya dia dengan sendirinya tidak lagi diangap berfungsi sebagai seorang ulama.
 
4. Pseudo ulama sedemikian samalah dengan cerdik pandai dalam berbagai bidang yang melupakan Islam menyeru supaya sesuatu tugas itu diserahkan kepada yang ahli dalam bidang berkenaan.
 
5. Dalam soal 1MDB umpamanya mereka yang tidak ahli, dan tidak mahu mempelajari kerana merasakan diri terlalu pandai, walaupun dalam bidang yang berlainan, menyeru kepada PERPADUAN sebagai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh 1MDB.
 
6. Mereka tidak sedar bahawa Greece (Yunani) dengan satu bangsa, satu bahasa, satu ugama dan satu negara sudah bankrup atau muflis  walaupun mereka BERSATU. BERSATU bukan caranya menyelesaikan masalah ekonomi, sebagaimana DEMOKRASI TIDA mampu MEMBASMI RASUAH jika system demokrasi itu sendiri dapat disuburkan dengan amalan rasuah.
 
7. Yang mengaturkan pinjaman wang kepada Greece dan 1MDB ialah GOLDMAN SACHS, sebuah syarikat kewangan Yahudi yang mengenakan KOMISYEN 10% dan RIBA pada kadar lebih 6%. Perangai Yahudi dan beban RIBA adalah jelas di dalam al Qur'an.
 
8. Hutang Greece hanya US$10 billion dan Greece menjadi muflis dalam masa lima tahun. Hutang 1MDB pada mulanya RM42 bilion dan kini sudah meningkat RM50 bilion, iaitu lebih banyak dari GREECE, dan kini sedang SEBAK sehingga bergantung kepada Tabung Tentera, Tabung Haji, Tabung Pekerja, FELDA, bayaran TOL dan GST yang dikenakan ke atas RAKYAT.
 
9. Bila RIBA tidak mampu dibayar dari hasil pelaburan yang cuai maka keluar lagi bon, atau surat hutang, yang matang untuk dibayar oleh anak cucu kita di masa akan dating.
 
10. Hutang 1MDB kini RM50 bilion. 1MDB yang kini TENAT dan BUSUK  sedang dipersiapkan untuk dikapankan nanti di perkuburan PERBENDAHARAAN, untuk reput di sana kerana Menteri Kewangan, mewakili kerajaana Malaysia, telah menjamin pinjaman yang diurus oleh Yahudi GOLDMAN SACHS untuk 1MDB.
 
11. Apabila tokoh parti politik Islam ditanya mengenai skandal 1MDB mereka menyatakan hasrat untuk memberi peluang kepada Dato' Seri Najib, selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri untuk menyelesaikannya. Mereka tidak dapat melihat yang menjadi masalah ialah Dato' Seri Najib itu sendiri.
 
12. Bagaimanakah masalah boleh menyelesaikan dirinya.
 
13. Saya kenal seorang ulama di sebuah negara jiran yang telah dihantar oleh Presiden Negara itu untuk bercuti di luar negara sepanjang masa pilihanraya diadakan. Saya difahamkan bahawa ulama ini mengganggu pilihanraya kerana dengan pengaruh yang ada padanya beliau menjadi penentu kemenangan calon yang disokong olehnya tanpa mengira parti.
 
14. Bila saya bertanya kenapa beliau bersikap demikian beliau menjawab, 'Yang akan diadili dan dihukum oleh Allah swt, untuk ke syurga atau neraka, ialah individu dan bukan parti.'
 
15. Apabila ulama yang sama menentang undang-undang pernikahan yang diperkenalkan di negaranya yang membolahkan pasangan berlaian ugama menikah tanpa seorang darinya menukar ugamanya menjadi Islam, beliau telah didatangi oleh tenteta, dipukul sampai berdarah, selepas beliau mengerjakan solat subuhnya pada satu hari, dibius supaya tidak sedar dan diusung dari kampungnya ke helicopter untuk dibawa ke sebuah kota terdekat dan seterusnya diterbangkan ke ibu kota Negara tersebut, di mana beliau dibutakan, sehingga meninggal dunia 18 tahun kemudian.
 
16. Tidak ada sebuah parti politik Islam pun yang memprotes atas kedzaliman yang telah dilakukan ke atas seorang dari kalangan ulama mereka.  Mereka juga lebih mementingkan parti politik dari ugama.
 
17. Sama-samalah kita do'akan supaya kita semua mendapat petunjuk dari Yang Maha Esa semoga parti politik Islam dan parti nasionalis Melayu di Negara kita tidak terpaksa bertalqin di tepi dua batu nesan yang terpacak, satu darinya di Kuala Kangsar, Perak Darul Ridwan dan satu lagi di Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.
 
Wallahu'aklam.
 

Saturday, May 30, 2015

TAJUK FITNAH DALAM KHUTBAH JUMA'AT

INNALILLAAHI WAINNA ILAIHI ROOJI'UN
 
Suboh Juma'at saya dapat penggilan telefon dari Patria anak Sasterawan Negara Alllahyarham Dato' Abdullah Husin. Beliau memberitahu bahawa Mak Cik Puan Sri Rogayah Abdul Rashid telah kembali kerahmatullah dan telah dimandi dan dikafankan di rumah sakit dan sudah pun dibawa keruma. Saya pun menelepon besan saya Hj. Zakaria dan melaluinya mendapat persetujutuan Haji Bakar untuk dikebumikan di Perkuburan Bukit Kiara kita-kira pukul 11 pagi setelah di solat jenazah yang diimamkan oleh Ustaz Hussin Yee. Sama-samalah kita do'akan semoga ibadat Allahyarhamah diterima oleh Allah swt, diampun segala dosanya dan Allahyarhamah ditempatkan bersama mereka yang dirahmati Allah swt.

Kerana saya sampai terlalu awal maka hanya ada beberapa orang sahaja yang sedang membaca Yaasin di sisi jenazah. Selesai membaca surah Yaasin saya lihat tiga orang telah keluar dari anjung rumah dan dua darinya duduk semeja di luar pintu. Saya pun turut keluar duduk semeja dengan dua orang yang tidak saya kenali. Mereka pun tidak mengenali saya sehingga saya memperkenalkan diri setelah lama bercakap-cakap dengan nada yang rendah kerana mengormati jenazah.
 
MENGHORMATI JENAZAH
 
Tiba-tiba seorang yang kelihatana 'smart' dan sihat berpakaian baju Melayu telah datang kepada saya, tanpa salam, dan bertanya, 'How old are you?'. Saya pun beritahu umur saya hampir 72 tahun. Dia tidak bercakap, terus berpaling dan berjumpa dengan seorang yang lain. Setelah beberapa minit dia datang lagi dan dengan nada yang lantang berkata 'Apa jadi kat Negara ini? Ini semua golongan awak dan Mahathir yang salah. Mahathir baru sedar sekarang ini. Mahathir dan awaklah yang mendidik pemimpin negara yang jadi seperti yang ada sekarang ini.'

Saya jadi terpegun.

Sunday, July 6, 2014

SEJARAH MASJID TERTUA DI PULAU PINANG

Tarawih Pertama di Masjid Acheh Penang

Yuswardi A. Suud, Atjehpost.com 29 June 2014 - 05:54 am

“Begitu besarnya jasa beliau untuk Pulau Pinang, tak sepotong jalan pun yang dipakaikan namanya,” keluh Yahya tentang pendiri masjid Aceh itu.

SUDAH beberapa kali saya menginjakkan kaki di masjid ini. Namun inilah pertama kalinya saya berkesempatan melaksanakan salat tarawih  menyambut hari pertama datangnya bulan suci Ramadan di masjid bersejarah ini.

Tahun ini saya menyambut datangnya Ramadan tanpa sie meugang lantaran sedang berada di Pulau Pinang, biasa disebut Penang, Malaysia. Untungnya, meski terpisah lautan dengan Aceh, Penang punya sepotong jalan bernama Jalan Acheh. Orang Malaysia menyebutnya Lebuh Acheh.

Maka ke jalan inilah saya menyeret langkah pada malam pertama bulan Ramadan. Di pertengahan ruas jalan berdiri Masjid Melayu atau Masjid Jamiek. Masjid dan sepotong jalan inilah saksi bisu kejayaan orang-orang Aceh di Pulau Pinang pada abad 18 dan 19.

Dibangun tahun 1808, masjid ini didirikan oleh Teungku Sayed Hussain Idid, orang Aceh keturunan Yaman. Catatan di dinding masjid menyebutkan Teungku Sayed datang ke Penang tahun 1792, selang 6 tahun setelah Kapten Francis Light dari Inggris masuk ke sana pada 1786.

Wednesday, March 19, 2014

PERANAN MASJID DALAM PEMBANGUNAN UMMAT

USUL UNTUK DIRI SENDIRI

MUKADDIMAH
o
Dalam masukan atau 'posting' blog ini pada 13hb Februari, 2014 atas tajuk FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA saya telah merumuskan bahawa Dasar Pandang Ke Timur yang diketengahkan di masa pemerintahan Tun Dr. Mahathir sebenarnya bertujuan menarik perhatian rakyat Malaysia kepada nilai-nilai murni yang diamal oleh pemimpin-pemimpin institusi politik dan ekonomi di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.
o
Nila-nilai tersebut yang terkandung di dalam semangat Bushido (di Jepun), Hwarang (di Korea) dan Jinsheng (di Taiwan) merangkumi aspek 'amanah', 'berani', 'disiplin', 'rajin' dan 'setia'.
o
Memandang kepada prejudis kebanyakan dari yang bukan Islam terhadap Islam, maka prejudis ini tidak menghalang untuk mereka menerima sikap amanah, berani, disiplin, rajin dan setia jika sikap-sikap ini diamal dengan jayanya di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.
o
SIKAP YANG DIPELOPORI OLEH ISLAM
o

Ternyata kelima sikap ini adalah sikap yang turut dipelopori oleh Islam.
o
Setelah Dasar Pandang Ke Timur kerajaan diterima baik oleh semua golongan dan lapisan rakyat Malaysia barulah kerajaan memperkenalkan dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam. Nilai-nilai Islam itu termasuklah kelima nilai yang diketengahkan di bawah Dasar Pandang Ke Timur.
o
Dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam kepada orang-orang Melayu ianya hendaklah diterima sebagai pelengkap kepada Dasar Pelajaran Malaysia kerana pendidikan sahaja tanpa penekanan ke atas nilai-nilai murni telah dikesan sebagai penyebab kepada kegelisahan yang kini terdapat di kalangan orang-orang Melayu di negara Malaysia.
o
Orang-orang Melayu sedang mencari alasan di luar diri mereka sebagai penyebab kepada kegagalan mereka di dalam berbagai bidang.
o
Oleh kerana Negara Malaysia mengamalkan system demokrasi berparlimen maka agak mudah bagi sesiapa sahaja yang ditegur untuk merobah sikap pribadi untuk melenting dan sekaligus menukarkan sokongan kepada pihak yang tidak menegur mereka.
o
SUMBER NILAI DARI TRADISI DAN KELUARGA
o
Aspek nilai yang ada pada diri bangsa Melayu masakini adalah bersumberkan tradisi dan amalan ugama di dalam keluarga. Tetapi pendedahan pelajar di luar kawalan keluarga, apatahlagi jika mereka belajar di luar Negara, sudah tentu sukar di imbangi dengan bekalan tradisi yang bernilai itu.
o
Sebenarnya masalah yang dihadapi oleh bangsa Melayu masakini ialah kerana kegagalan bangsa Melayu untuk memastikan aspek nilai ditanam sedalam-dalamnya di dalam diri mereka di waktu mereka mendapat pendidikan di sekolah.
o
Selain di sekolah, untuk membentukkan watak, kegiatan lain yang diselenggarakan oleh institusi lain seperti NGO-NGO, kelab-kelab belia dan pengakap juga memainkan peranan.
o
Kini NGO lebih menumpukan perhatian kepada aspek politik.
o
Kelab-kelab belia juga tidak bermaya lagi seperti dahulu.
o
Salah satu institusi terpenting yang dapat membantu dalam usaha murni ini ialah 'Masjid.'
o
TEMPAT BERSOLAT
JUMAAT, AIDILFITRI, AIDILADHA DAN JENAZAH
o
Kita ketahui bahawa peranan masjid itu adalah lebih dari hanya tempat bersolat Juma'at seminggu sekali, atau tempat bersolat Aiduladha dan Aidilfitri, bagi setiap satunya, sekali dalam setahun, atau pun sebagai tempat disolatkan jenazah dalam perhentian transit terakhirnya bagi seseorang sebelum disemadikan.
o

Monday, January 28, 2013

HAIWAN, IKAN DAN TANAMAN

BELAJAR DI MANA DAN DARI SIAPA JUA
1. Semasa menjadi Menteri Pertanian dahulu banyak-lah yang perlu dibaca mengenai tumbuh-tumbuhan, ikan dan binatang termasuk yang tak boleh dimakan.

2. Pihak Kementerian Pertanian telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 'Pertanian Dalam Al Quran'

3. Dari 30 juzu' yang terdiri dari 114 surah terdapat firman Allah s.w.t. atas tajuk  (2) Al-Baqarah (Lembu Betina), (6) Al-An'am (Lembu), (16) Al-Nahl (Lebah), (27) Al-Naml (Semut), (29) Al-Ankabut, (Labah-labah) dan (105) Al-Fil (Gajah).

GURU AGAMA

4. Di Kolej Melayu Kuala Kangsar dari tahun 1956 hingga tahun 1963 terdapat 4 orang guru ugama iaitu: Ustaz Ghazali, penyusun buku 'Suluh Agama'; Ustaz Kasim yang kemudiannya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan; Ustaz Rahman dan Ustaz Zihin.

5. Ustaz Rahman ialah abang kepada Prof. Dr. Amla bt. Salleh di UKM iaitu isteri Allahyarham Sdr. Mahathir Md Khir yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pelajaran di waktu Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.

6. Ustaz Zihin kemudiannya menjadi Ahli Parlimen dari satu kawasan di Perak (Mungkin Bagan Serai).

7. Guru ugama saya ialah Ustaz Ghazali sementara Ustaz Rahman, lulusan Kolej Islam bersama Ustaz Zihin, adalah seorang guru yang juga menjadi kawan.

8. Antara ajaran Ustaz Ghazali yang relevan kepada masukan blog kali ini ialah 'Sifat 20'. Kata Ustaz Ghazali 'Wujud ertinya ada dan lawannya tiada dan buktinya ialah adanya alam ini; Qidam ertinya sedia ada tanpa permulaan, lawannya baharu dan ada permulaan, buktinya ada alam ini; Baqa ertinya kekal lawannya sementara, buktinya ada alam ini' dan seterusnya. Berertilah untuk memembukti ke wujudan dan sifat Allah s.w.t. manusia perlulah merenungi keadaan alam ini.

GURU ILMU ALAM

9. Malangnya guru-guru kami di MCKK yang mengajar mengenai alam ini hanya seorang sahaja, iaitu Dr. Ahmad dari Hyderabad yang mengajar ilmu biology, yang berugama Islam. Itu pun saya tidak teringat beliau mengaitkan ajarannya dengan sifat atau kuasa Allah.

10. Yang mengajar 'ilmu physics ialah Mr. Mehrotra dan kalau tak salah ingatan saya beliau pernah mengatakan bahawa beliau seorang 'free-thinker'. Mr. Norton mengajar ilmu chemistry dan beliau ialah seorang yang berugama Kristian. Mr. Naidu mengajar geography dan beliau berugama Hindu. Mr. Mehrotra, Mr. Norton dan Mr. Naidu tidak pernah mengaitkan keseluruhan ilmu alam yang mereka ajari dengan kewujudan dan kuasa Allah sebagaimana yang diajar oleh Ustaz Ghazali sebagai bukti kesemua sifat Allah s.w.t..

11. Sesudah merenungi semua ayat yang berkaitan dengan pertanian, yang ada di dalam Al Quran, maka  kajian lanjut telah dilaksanakan secara berterusan dengan memenuhi perintah 'Iqra'' oleh Al Quran.

12. Dalam mematuhi kehendak inilah maka saya dapati fakta-fakta berikut yang mungkin boleh dimunafa'atkan.

13. Semua pembaca blog ini dijemput untuk meneliti kandungan Al Quran yang menjadi panduan seluruh umat.

14. Cerita yang pernah dibawa oleh guru atau penceramah berkaitaan haiwan ialah mengenai (a) Katak dalam air panas, dan yang pernah saya baca ialah mengenai (a) Khemah burung di Denmark. Banyak ilmu yang dapat kita insafi dari dua kisah ini. Bagi yang belum mendengar atau membaca saya ulangi di bawah ini mengenai dua haiwan ini.

KATAK DALAM AIR PANAS

15. Semua pelajar sains, khususnya 'zoology', mengetahui bahawa jika dicampakkan se ekor katak ke dalam air yang sedang mendidih ianya secara spontan akan melompat keluar kerana tidak tahan kepanasan air itu. Tetapi, jika katak itu dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi air sejuk, dan di bawah periuk itu dinyalakan api maka katak itu akan tetap di dalam periuk, dan tidak akan keluar, walau pun ia mati direbus.

16. Keadaan begini menimbulkan tanda-tanya atas sebabnya katak itu tidak melompat keluar apabila kepanasan air meningkat sebelum mendidih. Jawabnya ialah kerana 'penyesuaian yang membawa kepada kebiasaan'. Sikap beginilah yang membawa kepada kebinasaan.

17. Pada mulanya katak itu merasa selesa di waktu air di dalam periuk masih sejuk. Oleh kerana sikapnya yang suka menyesuaikan diri dengan keadaan maka apabila air bertambah panas kerana api di bawah periuk maka katak itu terus menyesuaikan diri dengan keadaan. Penyesuaian ini berterusan sehingga ianya menjadi kebiasaan sehingga air itu mendidih dan katak itu ditimpa kebinasaan.

18. Sifat katak ini juga akan membawa kepada kebinasaan manusia jika manusia itu sentiasa menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa mempedulikan akibatnya.


KHEMAH BURUNG DI DENMARK.

19. Di satu masa dulu beberapa orang ahli falsafah Denmark telah memikirkan bahawa setelah penghidupan rakyat Denmark begitu selesa maka mereka perlu memberi perhatian kepada burung. Sebagaimana biasa pada setiap tahun, apabila musim sejuk mendatang, burung-burung dari Norway, Sweden Greenland dan utara Scotland didapati berterbangan dengan ramainya menuju ke Mediterranean di mana cuacanya kurang sejuk.

20. Jauh penerbangan mereka ialah beribu batu sehingga menimbulkan simpati ahli falsafah Denmark yang terus merancang untuk membantu membaiki nasib mereka.

21. Setelah mereka membuat keputusan demikian maka sebuah khemah besar telah didirikan di luar kota di Denmark dan di dalamnya mereka kumpulkan banyak makanan untuk burung. Mereka telah menangkap beberapa ekor burung dan melepaskannya ke dalam khemah tersebut dan setelah itu burung itu dilepas semula untuk berterbangan di luar khemah apabila burung-burung dari utara, yang lebih sejuk, berterbangan ke selatan.

22. Hasil interaksi antara burung yang keluar dari dalam khemah dengan burung yang datang berterbangan dari utara maka semakin banyak burung yang datang ke khemah. Walau pun pada mulanya tidak banyak burung yang singgah di khemah di mana terdapat banyak makanan tetapi jumlah ini bertambah dari musim ke musim sehingga jumlahnya berjuta ekor.

23. Setelah beberapa musim sejuk di utara, disebabkan perbelanjaan wang yang begitu banyak sebagai kos membekalkan makanan percuma kepada berjuta ekor burung yang semakin bertambah jumlahnya, maka ahli-ahli falsafah yang memikirkan program ini telah membuat keputusan untuk menutup khemah persinggahan dan menghalaukan burung-burung yang menjadi tetamu di Denmark untuk terbang semula ke Mediterranean seperti sebelum program ini dimulakan.

24. Pada tahun berikutnya keadaan di angkasa Denmark menjadi riuh dan berkecauan. Ada burung yang tidak mahu terbang ke selatan, kerana terlalu lama makan percuma dan sudah lupa kepada tradisi asal; ada burung tidak mahu terbang keselatan kerana dari mula lagi mereka telah singgah di Denmark dan tidak pernah tahu mengenai Mediterranean; burung yang lainnya mati dalam penerbangan ke selatan kerana sudah lama tidak berbuat demikian.

25. Apabila diperiksa maka didapati sendi burung-burung yang mati itu ke semuanya kemerahan bengkak kerana mereka telah memaksa diri untuk terbang sedangkan sendi mereka sudah menjadi lemah kerana terlalu lama makan percuma.

26. Inilah akibatnya, bukan sahaja untuk burung tetapi juga untuk manusia yang lalai dan sentiasa mengharapkan kepada bantuan dan tidak melatih diri dengan meningkatkan jatidiri dengan stamina dan ketahanan.

Tuesday, December 18, 2012

UPDATE: ANTARA SUNNI & SYI'AH

Ending the legacy of Sunni-Shia violence
By Farish A. Noor
New Straits Times, May 27, Page 14.

APPEAL FOR PEACE: From the beginning, the divide has always been political rather than theological

THE Muslim world, it must be remembered, does not exist in a vacuum or in a world without Others. Lest we forget, the developments in the Muslim world today are taking place in an overcrowded world where other faith communities exist and where other external variables come into play as well.

Nothing can be done to isolate Muslims from the realities of the world beyond their community, and it would be naive to assume that developments in the Muslim world have no impact beyond the Muslim community, or that external agents and actors have no influence on how Muslims interact with one another.

The recent call by two Muslim leaders, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and former Iranian president Muhammad Khatami, for Sunni and Shia Muslims to cease hostilities between each other and to reflect upon the root causes of intra-Muslim violence, was, therefore, timely indeed.

It was timely for the simple reason that we seem to be on the brink of a widespread pandemic of violence that stretches from Syria to Pakistan, to Bangladesh all the way to Southeast Asia, where Sunni and Shia Muslims have been at each other's throats for too long; and in the process have also rendered their respective countries weak, vulnerable and exposed to the now-trendy wave of "regime change".

Nowhere is this more painfully evident than in Syria, where a civil war of horrific proportions has been raging for months, leading to the loss of tens of thousands of lives and a potential refugee crisis that would destabilise not only Syria but also other neighbouring countries in the region.

Most worrisome is the fact that the rebels who oppose the Syrian regime happen to be backed by several Sunni-Arab states and their Western benefactors, who have goaded their supporters to depose the Shia-Alevi leadership of Syria.

This has been cast in religious terms, and the Sunnis have been encouraged to see the Shias as if they were non-Muslims.

What is often left out of the analysis by the international media is the fact that many of these rebel groups happen to be backed (rather openly) by some North American and West European states as well -- thereby raising the question: is this truly a case of popular rebellion, or is it really a foreign-funded attempt to topple a government?

It ought to be noted that Sunni-Shia violence is not new, and has been with the Muslim world for centuries.

But from the very beginning, it has to be remembered that the Sunni-Shia divide was, and remains, a fundamentally political rather than theological one.

Since Shah Ismail Savafi's declaration that Shiaism would be the "official" religion of the Iranian kingdom, Iran has been seen as the foremost Shia Muslim power in the world.

This brought Iran into conflict with Sunni Ottoman Turkey, and after the defeat of Shah Ismail at the hands of Sultan Selim I at the Battle of Chaldiran in 1517, the borders of the Sunni and Shia worlds have remained fixed until today.

But let us remember that this was primarily a conflict between two rival Muslim powers: Ottoman Turkey and Savafid Iran, and that the differences between the two were more about power, hegemony and leadership of the Muslim world; and less to do with doctrinal or theological differences between Sunni and Shia.

 Indeed, for much of Muslim history, Sunnis and Shias have been comingling and living with each other, and this accounts for the pluralism that remains a fact of life in Muslim society until today.
The big difference, however, is this: during the height of the Ottoman Empire, the Savafid and Qajar dynasties of Iran, the Moghul Empire in India, etc, Muslims were still the masters of their own destiny.

That came to an untimely end with the advent of colonialism and imperialism, and since then, many Muslim polities have been reduced to shells of their former selves.

The division of the Muslim world in the wake of World War 1 has left Muslim polities at odds with each other until today, with no signs of Muslim unity in any meaningful form.

It is against this backdrop of a fragmented, weak and dependent Muslim world that the Sunni-Shia conflict ought to be seen as even more divisive and detrimental to political stability and long-term development.

The current bloody impasse in Syria can only lead to further chaos if left unchecked, adding Syria to a list of other dysfunctional and weak Muslim polities such as Iraq and Afghanistan as well. Those who have taken a partisan route and who support the current foreign-funded adventure of "regime change" in Syria ought to note that this conflict is merely a sad repetition of the "Great Game" that was played in the 19th century, at the height of the Empire.

 How long will it take for Muslims to realise that they have become the pawns of a wider and bigger political geostrategic game not of their own making?

Thus, to echo the sentiments of the appeal for peace: the Sunnis and Shias truly need to stop their warmongering between each other, and look at themselves to understand what they have become.


Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Tajuk penulisan saya pada kali ini ialah 'Antara Sunni & Syiah'. 
Tajuk ini saya gunakan kerana saya tertarik kepada satu karangan mengenai tajuk ini dalam Majalah SUARA HIDAYATULLAH dalam perjalanan dari Jakarta ke Kuala Lumpur beberapa waktu yang lalu.
Saya telah menulis 9 masukan dalam blog ini yang berkaitan dengan peperangan. Lihatlah di bawah tajuk
1. 'War Criminal Conference' pada 26 Oktober, 2009
2. 'Yahudi Kuasai Dunia Melalui NGO' pada 25 Disember, 2009
3. 'Dari Buku - Jewish Manchester' oleh Bill Williams pada 7 April, 2010
4. 'Yahudi Zionis Dayus' pada 2 Jun, 2010
5. 'Menuju Pembebasan Palestin' pada 16 Jun, 2010
6. 'Islam - Sikap Ummatnya' pada 2 Jun, 2011
7. 'Palestin - Tindakan Yang Diiringi Do'a' pada 21 September, 2011
8. 'Thou Shall Not Kill' pada 3 Mei, 2012
9. Extracts of Writings and Speeches on War and Propaganda pada 9 Oktober, 2012
  
Semua penulisan ini sedikit sebanyak menceritakan mengenai pergaduhan dan peperangan yang berterusan di dunia khususnya di bumi Islam.
Di dalam karangan ke 8 saya telah turunkan kandungan buku yang saya baca bertajuk 'Where to Invade Next'. Sebuah senarai telah saya ketengahkan bahawa negara-negara berikut menjadi sasaran Amerika Syarikat setelah Afghanistan dan Iraq diserang. Iaitu:
1. Iran
2. Pakistan
3. Uzbekistan
4. Venezuela
5. Syria
6. Sudah, dan
7. Korea Utara

Melihat kepada senarai ini kita akan lebih memahami melihat keadaan pergolakan yang berlaku di Syria pada masa ini. Di Pakistan ke adaannya purak pusanda. Iran dikecam terus. Sudan sudah pecah dua dan terus bergolak. Korea Utara baru melancar roketnya dan terus dikecam. Chavez sedang sakit barah di Cuba. Keadaan juga sudah mula berdengung di Uzbekistan.
Dari senarai ini jelaslah bahawa negara-negara berikut tidak menjadi sasaran Amerika Syarikat di waktu buku itu ditulis, iaitu:
1. Tunisia
2. Libya, dan
3. Mesir
Jelaslah 'The Arab Spring' atau kebangkitan rakyat di Tunisia, Libya dan Mesir tidaklah merupakan satu rancangan pihak yang dikuasai Yahudi kerana Tunisia mempunyai sebuah kerajaan yang menentang Al Qaedah, Libya mempunyai hubungan yang baik dengan Britain sejak Tony Blair menjadi Perdana Menteri dan Hosni Mubarak adalah Presiden Mesir yang telah berjanji tidak mengusik Israel dengan habuan berbilion dollar Amerika bantuan untuk Mesir.
Kehendak rakyatlah yang telah menjatuhkan rejim-rejim di atas.

Tuesday, April 6, 2010

SKANDAL SEKS DALAM GEREJA KATHOLIK

REFORMASI YANG DIPERLUKAN OLEH GERAJA

1. Pada 5 Januari tahun 2010 saya telah mengupas mengenai 'Usaha Gereja Katholik Untuk Mengelirukan Ummat Islam' dalam usahanya untuk menyamakan Allah dengan Tuhan mereka.

2. Debat dan diskusi mengenai perkara ini nampaknya belum selesai. Oleh kerana pihak Gereja Katholik nampaknya ingin membuat perubahan, sekurang-kurangnya pada nama Tuhan yang difahaminya, maka saya cadang mereka lebih menumpukan perhatian kepada masalah-masalah pokok yang dihadapi oleh gereja mereka yang memerlukan reformasi.

3. Tulisan saya ini mungkin tidak perlu bagi orang-orang Kristian Katholik yang boleh berbahasa Inggeris kerana isu yang akan saya ketengahkan banyak tertulis di dalam media berbahasa Inggeris tetapi bagi orang-orang Kristian Katholik dari bangsa Indonesia pendedahan saya ini mungkin menjadi relevan. Saya katakan begitu kerana matlamat di sebalik penukaran penggunaan perkataan Tuhan kepada Allah juga sebenarnya untuk menarik perhatian rakyat Indonesia dan Malaysia yang berbahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

Wednesday, January 6, 2010

USAHA GEREJA KATHOLIK UNTUK MENGELIRUKAN UMMAT ISLAM

KATHOLIK MENYAMAKAN ALLAH DENGAN TUHAN MEREKA

1. Blog Tun Dr. Mahathir kelmarin, 5 Januari, 2010 menjelaskan sebab Gereja Katholik tidak boleh menggunakan Allah sebagai nama bagi Tuhan mereka. Bagi Umat Islam, Allah itu maha esa dan tidak ada sekutu bagiNYA.