SUKAN
Saya bukan jagoh sukan kerana dari kecil urat-urat saluran darah saya terlalu sempit dan dengan adanya apa yang doktor katakan 'kinking', di salah satu urat di jantung saya maka, saya selalu mengah, keletihan dan tidak terdaya lama di gelanggang sukan apa pun.
Ini adalah satu kerugian besar bagi saya.
Tetapi, saya suka pasukan saya, baik pasukan sekolah, pasukan kementerian, pasukan negeri atau pasukan negara, bila bertanding, mendapat kemenangan.
Karangan ini bukan mengenai SUKAN ASIA TENGGARA tetapi mengenai ingatan saya kepada kegiatan sukan yang saya telah terlibat.
HOKI

Saya pernah bermain hoki sekali saja dalam pasukan Rumah Ahmad di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Ingatan saya kepada kisah bermain hoki ialah apabila satu pukulan kayu hoki ke geting kaki saya yang sangat sakit rasanya.
SILAT JAWA
Walau bagaimana pun saya berminat dengan seni silat. Di musim cuti sekolah, waktu di MCKK saya sering ke Kampung Parit Baru, Hutang Melintang, menziarahi keluarga Pak Long Arshah Hj. Johari iaitu abang bapa tiri saya Ibrahim Haji Johari setelah Junid meninggal dunia di waktu saya berumur 12 tahun. Anak Pak Long Arshad bernama Yusof sering berpasangan silat dengan saya di bawah pimpinan seorang tokoh Silat Jawa yang handal di Telok Intan.