Monday, August 27, 2012

MELAYU TEMPERAMENTAL - RIZAL ABD RAHMAN

MINAT BERMUSIM

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

1, Selamat hari raya kepada semua yang berpuasa di kalangan umat Islam.

2. Beberapa waktu yang lalu saya telah diberitahu oleh seorang pembaca blog ini bahawa ada satu rencana di dalam Berita Harian terbitan tanggal 28 Julai, 2012 dengan tajuk " Suka perkara bermusim punca masalah Melayu tertimbun" .

3. Sekembali ke rumah saya pun membaca ruangan surat-khabar itu dan pembantu saya menyatakan bahawa rancana ini telah pun lebih awal disiarkan dalam blog The Malaysian Insider.

4. Setelah dua saluran pendedahan yang popular ( The Malaysian Insider dan Berita Harian ) menyiarkannya saya pun menerima beberapa jemputan untuk bersyarah atas apa yang saya katakan, dan diketengahkan oleh Berita Harian sebagai tajuk kecil 'Bangsa Melayu mempunyai pelbagai masalah yang diwarisi mereka kerana budaya temperemental'.

5. Sebelum saya ketengahkan ucapan asal saya yang sudah terlalu lama, mengenai tajuk ini (jika saya dapat mencarinya) saya turunkan dulu apa yang ditulis oleh Rizal Abd. Rahman sebagai seorang yang saya baru kenal dan merasakan pelajar ini, di satu masa nanti, boleh menjadi 'Winnable Candidate' dalam pilihanraya.

6. Oleh kerana seseorang 'Winnable Candidate' itu juga belum tentu akan mengabdikan diri kepada rakyat apabila sudah menang, dan leka dengan urusan lain, maka jika dari sekarang  Rizal mengelak dari bergelumang dalam maksiat zina, liwat, boros dan rasuah, maka negara ini mempunyai masa depan yang baik apabila selesai Pilihanraya Umum ke 14 nanti.

7. Ya, tak silap, bukan 13 tetapi 14.

8. Dalam ucapan saya di Dewan Malaysia di Jakarta pada malam 13hb Julai, 2012 yang lalu Rizal telah bertanya kepada saya atas sebabnya Melayu yang sifatnya bermusim dan berminat kepada politik kerana pilihanraya diadakan kira-kira 5 tahun sekali, tetapi kini nampaknya berpolitik berterusan tanpa menunggu musim pilihanraya.

Friday, June 15, 2012

BERSIH 4

THE TRAIL OF AMBITION

ANGKA EMPAT BAGI ORANG CHINA

1. Empat, 4 atau 'four' dalam bahasa Mandarin dan bahasa-bahasa daerah di China bererti mati, 'si' atau 'dead'. Itulah sebabnya bila berlakunya demonstrasi di Beijing dielakkan dari dimulai pada 6 April atau 6/4 atau "Lak Si' atau 'pukul mati' atau 'pukul sampai mati', tetapi ianya diikuti dengan tindakan kerajaan China pada 4 June atau 4/6 atau 'Si Lak' yang bererti 'Mati Dipukul' atau 'Mati Kena Pukul'.. Ratusan ribu rakyat China yang berdemonstrasi pada waktu itu telah mati dibunuh samaada kerana dipukul atau ditembak sehingga mati.

2. Takkanlah di Malaysia rakyatnya hendakkan kejadian seperti itu berlaku. Kerajaan pimpinan Melayu tidaklah sekejam itu.

3. Sebelum matinya 'bersih', atau Bersih 4 yang bererti 'Bersih Mati', dan penuh muka-surat media cetak dan eloktronik dikotori dengan 'bersih', kerana banyak longgokan laporan perjalanan mahkamah mengenainya, yang mengambil alih perjalanan kes-kes sodomi, yang membosankan, yang membuat sodomi jadi popular, elok juga kita dahulukan dengan 'talqin sebelum mati' supaya siapa pun akan mengetahui sejarah yang membawa kepada sifat kurang sopan yang ditunjukkan oleh pelaku demonstrasi 'bersih' khususnya tokoh-tokoh yang disokong oleh para demonstran 'bersih' itu.

4. Bila saya bertanya pada seorang anak kenalan saya, yang wataknya saya perhatikan ada potensi melakukan kecurangan terhadap masyarakat, berasaskan sikap menunjuk-nunjuk sombong beraninya yang tidak berketentuan terhadap sasaran, maka dia menjawab, 'Tak mengapa, kita ada Karpal.' Bila saya tanya atas kemungkinan Karpal tidak ambil kes yang tidak mahal nilainya dan tidak tinggi tahap sensasi dan publisitinya anak rakan saya menjawab 'Tak apa, ada banyak profesyenal lain terdiri dari peguam-peguam pesara kerajaan,' yang akan membela siapa saja jika bayarannya lumayan.

5. Dalam 'pre-emptive talqin' ini saya akan coba menurunkan pandangan saya atas punca berlakunya DETIPAN atau 'Demonstrasi Tidak Sopan' jika kita tiru cara orang Indonesia menamakan sesuatu perkara, jawatan atau kejadian. Saingan atau guru kita dalam bidang berdemonstrasi dan kebebasan bolehlah kita contohi Indonesia kerana di sana ukuran majunya demokrasi dan kebebasan itu, mengikut pendapat sesetengah tokoh yang saya kenal di Jakarta,  ialah dengan adanya banyak demontrasi.

6. Itulah sebabnya tidak ada demokrasi di negara yang maju dan aman kerana tidak sering berdemonstrasi. Malahan negara 'Greece', di mana bermulanya demokrasi, pun sudah muflis kerana tidak ada demonstrasi. Sekarang rakyat negara Greece perlu berdemonstrasi untuk memulihkan ekonominya. Dengan itu para demonstran dapat memulihkan ekonomi Greece kerana demonstrasilah, dan bukan rancangan pembangunan negara, yang akan membangunkan ekonomi Greece.

7. Mungkin itulah sebabnya ada peniaga yang menempatkan gerainya di depan rumah Ambiga, sebagai tanda terima kasih, kerana dengan berdemonstrasi, yang dipimpin oleh Ambiga, banyak pelabur yang akan datang ke negara kita sehingga ekonomi negara kita akan bertambah baik. Begitu juga ekonomi penjual burger.

8. Jika orang bertanya kepada saya di manakah puncanya penyakit 'bersih' ini, maka jawapannya ialah 'Kerana Orang Tidak Takut, Segan dan Hormat' lagi pemimpin-pemimpin Melayu.

9. Begitulah mulanya. 

10. 'Entry' atau masukan blog mengenai 'bersih' ini saya turunkan dalam bahasa Inggeris kerana ramai juga Mat Salleh yang kenal saya, termasuk yang tinggal di sekitar Samudera Atlantic dan Pacific yang bertanya 'What Is Happening? Why Is Clean So Dirty'. Begitulah bunyi smsnya.

11. Tetapi, tak bolehlah saya tulis bahagian pengenalan ini dalam bahasa Inggeris kerana saya juga Melayu dan malu apabila kepimpinan bangsa saya tidak dipedulikan orang lain.

MR CLEAN TOOK OVER  ('clean' means 'bersih' in Malay)

12. Tun Dr. Mahathir resigned from his post as Prime Minister of Malaysia on 31st October, 2003 after which Tun Abdullah Ahmad Badawi succeeded him to become the 5th Prime Minister. Tun Abdullah was called 'Mr. Clean' or 'Encik Bersih' if literally translated.


Thursday, June 14, 2012

ANONYMOUS

KENAPA SAYA TIDAK MENGHALANG, ATAU MEMADAM, KOMEN YANG TIDAK SOPAN YANG DIBUAT OLEH 'ANONYMOUS' DI DALAM BLOG SAYA

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

dan

Salam hormat.

Saudara pembaca,

KOMEN PEMBACA YANG BERBUDI BAHASA

1. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Abd. Rahim Baling yang telah membuat komen berikut dalam masukan blog saya di bawah tajuk 'BAHAN RENUNGAN':

Tan Sri. Kenapa dibenarkan penggunaan bahasa yang tidak sopan di dalam blog Tan Sri ini. Ikhlas, Abd Rahim, Baling, Kedah.

2. Ini bukanlah kali pertama saya menerima pertanyaan, cadangan dan pandangan yang sama tujuannya, dari pembaca yang berbudi bahasa, kerana banyak yang merasa kesal dengan bahasa, sanggahan dan cara penulisan yang tidak sopan yang didapati dalam komen beberapa orang yang menggelarkan diri mereka sebagai 'anonymous' atau nama samaran lain dalam blog ini.

3. Ada kalanya nama samaran yang dipakai pun dipilih yang mirip dengan nama rakan saya sendiri walau pun bukan orang sebenarnya. Dari apa yang ditulis berulang-ulang saya dapat mengecam kumpulan atau orangnya kerana bahasa dan isu yang diketengahkan.

4. Sudah tentu pembaca seperti Saudara Abd. Rahim Baling mengikuti blog ini kerana ingin mengetahui pendapat dan pandangan saya sebagai seorang yang sudah lama berada di dalam kancah belia, swasta, politik, pentadbiran dan akademik dalam negara ini.

5. Sebenarnya tidak semua yang menggunakan nama 'anonymous' membuat komen yang negatif. Sebahagian dari mereka telah membuat komen dan teguran yang sangat berguna dan menambahkan isi gudang ilmu pembaca dan saya sendiri. Malah ada yang menegur saya kerana kesalahan fakta dan saya banyak berterima kasih atas sumbangan sedemikian.

6. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi komen termasuk yang negatif komennya. Sekurang-kurangnya yang menulis isi negatif itu turut membaca blog ini.

7. Ada juga komen yang memerlukan jawapan tetapi saya tidak terus menjawabnya, kerana saya bimbang jika saya mengulas setiap komen maka mesej yang ingin saya sampaikan dengan kemasukan blog itu terseleweng dari tujuan asalnya. Walau bagaimana pun semua perkara yang ditimbulkan dalam komen yang memerlukan jawapan tetap saya layan secara terperinci dalam blog seterusnya, apabila sampai masanya, atau apabila tajuk yang saya ketengahkan relevan dengan isi komen berkenaan.

ADA PEMBACA YANG TAKUT KEPADA KEBENARAN

8. Ada juga di antara pembaca yang bimbang dan takut seandainya penulisan, cara persembahan dan pendedahan yang saya buat didapati bertentangan dengan selera atau apa yang ada dalam fikiran dan hatinya, yang ingin saya simpan. Bagi saya jika keadaan begini wujud maka ia adalah sesuatu yang baik untuk ATS ( Anonymous Tidak Sopan ) kerana penulisan saya itu mungkin boleh membantu dan menjadi ubat pahit, seperti 'Quinine' untuk orang demam, 'Diamicron' untuk orang kencing manis, 'Crestor' untuk orang tinggi kolestrol atau 'Dilatrend' untuk orang darah tinggi. Semoga ianya membuka hati, yang telah tertutup, atau fikiran ATS yang sudah kusut kerana pendedahan ATS yang agak lama kepada pandangan dan pendapat yang berbeza dari yang saya ketengahkan.

9. Ramai juga ATS yang telah mengkaji semula dan membandingkan kandungan penulisan saya dengan apa yang telah diberitahu padanya, oleh orang yang tidak setuju dengan saya, dan telah mendapati penjelasan dalam penulisan saya itu adalah munasabah, samaada disetujui atau tidak. Ada yang menghubungi saya dan meminta ma'af tetapi tidak membuatnya di dalam blog kerana ingin menjaga perhubungan dan persahabatan sesama cyper-trooper dan/atau ATS yang masih tidak berubah sikap.

10. Ada juga di antara yang menggunakan nama samaran atau 'anonymous' yang terpaksa merahsiakan nama sebenarnya kerana kedudukan mereka dalam masyarakat atau jawatan yang mereka pegang yang tidak mengizinkan mereka mendedahkan nama sebenar. Kadangkala mereka sengaja tidak ingin terlibat dalam perdebatan atau kontroversi dengan sesiapa jua, mengenai tajuk yang saya ketengahkan, apatahlagi membuang masa berdebat dengan ATS.

11. Ada juga di antara yang menggunakan nama samaran atau anonymous, samaada yang bersifat ATS atau tidak, yang tidak ingin identitinya diketahui untuk memberi peluang kepadanya merobah pendirian tanpa membuka peluang untuk dikritik atau diherdik oleh rakan sejenis.


Saturday, June 9, 2012

STAR: OLDEST MONARCHY IN THE WORLD


THE FOURTEENTH KING OF MALAYSIA

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

and

Good Day.


Dear Readers,

As a Malaysian or resident of Malaysia you might have missed reading the article in the STAR of Saturday 2nd June, 2012, on our King, and if you are in a foreign country you might have missed reading it from the electronic media.
I therefore present the article below with an additional information at the bottom in order that you will be able to see the picture in a wider perspective.
While most nations like Russia, China and India do not any more have their kings and emperors, or their monarchs, in their states and nations, Malaysia, though a comparatively small country can be proud of having an exemplary monarch whose family has been on the throne for a period of 876 years.
While some states and nations have monarchs for a long period of time but they are from different royal families.
The Kedah royal household has however remained in tact since 1136 and should the lineage go back to the earlier Hindu period this same royal household has been there for more than 1,500 years. 


Despite most royal households, in most states and nations worldwide, have been displaced or changed by act of conspiracies, during the colonial period, the Kedah royal household has remained unaffected.
While troubles do come to Kedah by attacks from neighbouring states, invasion and colonialism by foreign countries the Kedah royal household was able to stay on diplomatically and patiently without sacrificing its sovereignty.

There was no record of assassination and turbulance in family relationships, at least, if any, is not known to the people.
The monarchs of Kedah was neither agressive nor ambitious in trying to expand its territories.. In fact it was a Kedah prince, as Prime Minister of Malaysia, who expelled Singapore from Malaysia, and not Singapore quitting Malaysia, when it was a source of inter-racial problems. To the Kedah prince Singapore was probably unnecessarily coopted, by colonial design, to be part of Malaysia.
The Kedah monarchy is therefore a symbol of dignity, peace and unity which are prerequisites for the development of a multi-racial, multi-religious, multi-lingual and multicultural Malaysia.

This factor must always be told to the younger generation and be reminded to the forgetful elders, especially to those republican minded democrats who are seen to be building their form of monarchies in their various political parties, that they lead, but at the same time claim to be republicans or socialists.

Tuanku’s long ancestral lineage
By SIRA HABIBU
sira@thestar.com.my

Thursday, May 17, 2012

TIGA BANGSA DI TIMUR ASIA

TIGA BANGSA DI TIMUR ASIA

JEPUN, KOREA DAN CHINA YANG SAYA KENALI

DASAR PANDANG KE TIMUR
1. Di waktu Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri beliau telah memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur. Berbagai tafsiran telah dibuat mengenai dasar ini. Dasar ini yang pada mulanya hanya memandang ke Jepun dan ke Korea Selatan sahaja akhirnya telah merangkumi Taiwan. Walaupun di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan dikatakan ada berbagai perkara yang aneh-aneh seperti wanita Geisha dan mesin judi Pachinko di Jepun, rumah hiburan Kiiseng House di Korea Selatan dan adanya kedai gunting rambut paling besar dengan ratusan banyak kerusi di dalammya dan berdiri di tepinya  tukang gunting wanita yang jelita. Kedai gunting rambut ini sering dilanggani oleh orang yang tidak banyak atau tebal rambutnya, atau pun botak terus, tetapi terlentang di kerusi gunting cukup lama. Sudah tentu yang Tun Dr. Mahathir ingin kita pandang dan lihat di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan bukanlah perkara-perkara seperti itu.

TUMPUAN KEPADA BANGSA DAN BUKAN NEGARA

2. Dalam karangan ini tumpuan diberi bukan kepada 'Dasar Pandang ke Timur yang dilancarkan oleh kerajaan itu, tetapi untuk mengenali kawan-kawan atau kenalan rapat dari kalangan bangsa yang berasalnya dari timur, iaitu bangsa Jepun, Korea dan China. Walaupun dalam menjalani penghidupan ini saya berjumpa dengan banyak manusia dari keturunan lain seperti Inggeris, India, Arab,  Jerman, Peranchis dan banyak lagi, tetapi tumpuan pada kali ini, adalah kepada tiga keturunan bangsa ini kerana ianya relevan dengan Dasar Pandang Ke Timur. Jika disebut nama yang di luar dari kumpulan tiga bangsa ini maka ianya bermaksud untuk melengkapi ide yang diketengahkan. Karangan kali ini melengkapi isi-isi dalam kerangan-karangan sebelumnya khusus yang bertajuk 'ENTREPRENEURSHIP, MANAGEMENT & LEADERSHIP EXPOSURES'. Jika saya ulangkan maka ianya adalah untuk menjelaskan perjalanan cerita.

3. Di bangku sekolah saya kenal bangsa Jepun hanya dari bacaan sahaja kerana saya dilahirkan pada tahun 1943 dan tidak sempat mengalami zaman Jepun dan tiada seorang pun orang Jepun yang saya berjumpa atau kenal pada waktu itu.

COKLAT LEBIH PENTING DARI KEMERDEKAAN

Thursday, May 3, 2012

THOU SHALL NOT KILL

LAIN CAKAP LAIN BIKIN
WALAU ATAS NAMA APA PUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI TERUS DILAKUKAN DI MANA-MANA OLEH MEREKA YANG UGAMANYA MEMERINTAHKAN 'THOU SHALL NOT KILL'
IQRA'
1. Untuk menambah fahaman saya mengenai ugama Islam saya selalu membaca Al Quran dan tafsirannya. Oleh kerana perintah 'IQRA'' itu diturunkan sebagai perkataan awal di dalam al Quran dan bukan setelah seluruh al Quran sudah selesai diturunkan, maka perintah ini tidak membatasi saya kepada hanya membaca Al Quran, dan kitab-kitab ugama sahaja. Saya juga membaca buku-buku yang lain. Dalam masa sebulan yang lalu saya telah membaca empat buah buku seperti yang akan dihuraikan.

2. Isi buku-buku ini telah menimbulkan keinginan untuk saya  berkongsi dengan pembaca. Di bawah ini ialah sedikit petikan dari 4 buah buku yang pembaca dapat membeli jika ingin mengetahui lebih lanjut lagi. Berikut ialah senarai buku-bukunya:

BUKU-BUKU BACAAN DALAM SEBULAN INI
2.i. The confessions of an anti-Semite by an American Michael Collins Piper
2.ii. Where to Invade Next by Staff Writers Jason Roberts, Eric Martin, Andrew F. Altschul, Peter Rednour, Greg Larson, and Jesse Nathan - Edited by Stephen Elliot
2.iii. 'The Bloody History of Britain' (not the boring bit) by a British John Farman and
2.iv. UMNO dan Malayan Union oleh Lt. Gen. (B) Dato' Jaafar Onn anak kepada pengasas utama UMNO Dato' Onn Jaafar.
CONFESSIONS OF AN ANTI-SEMITE

Tuesday, April 24, 2012

BAHAN RENUNGAN

KELUCUAN YANG BERMAKNA

1. Baik di bangku sekolah atau di dalam perjumpaan, kursus dan seminar kita sering mendengar cerita yang lucu tetapi menjadi bahan renungan yang boleh menimbulkan kesedaran dan keinsafan kepada kita. Setelah saya menceritakan mengenai 'definasi joget' oleh Allahyarham Hashim Gera, seorang ahli politik  yang saya katakan dari luar Kedah', yang bermaksud bukan dari negeri Kedah (seperti komen yang menyatakan beliau dari Perak), ada yang menelipon saya meminta supaya saya menulis lebih banyak mengenai hal-hal yang lucu tetapi bermakna.

2. Sebelum itu ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kapada yang membuat teguran di dalam komennya yang betul mengenai Haji Hadi dan Kitab Zabur. Memanglah benar kawasan Haji Hadi ialah di Marang dan bukan Kemaman dan Kitab Zabur pula ialah untuk Nabi Daud a.s. (yang disebut di dalam buku Yahudi sebagai King David) dan bukan Nabi Musa. Teguran begini sangatlah saya hargai.

3. Ada di antara pembaca blog ini yang telah mencadangkan supaya saya padamkan komen yang rhetorik dan tidak sopan yang dibuat berulang-ulang oleh orang yang sama atau dari kumpulan yang sama, yang digelar sebagai Cyber Trooper. Sehingga kini saya fikirkan ada baiknya kita benarkan mereka membuat komen negatif sedemikian supaya kita sentiasa teringat bahawa masih ada segelintir dikalangan bangsa kita yang masih mempunyai banyak kekurangan dari segi ilmu, budi, bahasa dan adab. Walau pun mereka menghentam tetapi yang penting ialah mereka membaca apa yang ditulis, walau pun tidak semuanya, dan Insya Allah, kita do'akan, hati mereka akan terbuka, kerana yang bersalah, yang diketahui oleh Allah s.w.t., tentu mengetahui akan kesalahan peribadinya.

4. Cyber Trooper yang menegakkan yang salah ini perlulah kita pandang dengan penuh simpati kerana itulah kerja yang mereka diupah untuk mengerjakannya. Mudah-mudahan rezeki sedemikian halal untuknya.
5. Mengenai pertanyaan samaada Ustaz Ismail Mina boleh dikatakan seorang pengasas ABIM sedangkan namanya tidak ada dalam senarai pengasas yang terdaftar, sebenarnya nama DS Anwar Ibrahim juga tidak ada dalam senarai pengasas, kerana beliau memimpin satu persatuan pelajar pada waktu itu tetapi saya sebutkan beliau sebagai pengasas kerana, sebagaimana Ustaz Ismail Mina beliau turut mengasaskan ABIM. Ketua Jawatankuasa Pengasas ABIM ialah Prof. Dr. Ghazali Nawari dan saya nombor dua dalam senarai.

ENAM BUAH CERITA

6. Enam cerita, berita atau kesah yang saya diberitahu atau mendengar ialah:

6.1. Ucapan Ketua Penerangan UMNO Melaka YB Abd. Ghani Ishak mengenai orang Inggris, China, India dan Melayu bila ramai, ada beberapa orang dan bila tinggal bersendirian.

6.2.  Isi soal jawap mengenai perangai pekerja estet Melayu China dan India, selepas syarahan seorang bekas executive syarikat Dunlop, Charles Handy, di Universiti London, atas tajuk 'Management of Estate Workers'.

6.3. Cerita Sdr. Zulkifli, dari Benta, Pahang, waktu duduk-duduk bersama isterinya Zainab, berasal Negeri Sembilan, di rumah mereka di Highbury Islington, London apabila tersebut rancangan menjual satay di SOHO berdekatan dengan Piccadilly Circus.

6.4. Jawapan YB Haji Redza Haji Said, ahli Parlimen Kawasan Rembau-Tampin yang memujuk saya untuk menjadi ahli UMNO, dan tidak ahli PAS sebelum saya menjadi ahli UMNO pada 13hb Oktober, 1963.

6.5. Jawapan Tun Abdul Razak kepada Pergerakan Pemuda UMNO Pahang dalam satu majlis yang diadakan oleh pergerakan itu kepada soalan 'Kenapa Sanusi Junid dibenar menjadi calon Barisan Nasional sedangkan dia tidak menjadi ahli UMNO'.

6.6. Jawapan Tunku Abdul Rahman, setelah bersara, ke atas pertanyaan saya kenapa beliau 'benci' kepada Tun Dr. Mahathir.