Tuesday, May 27, 2014

TAWARAN RASUAH BOTAK CHIN DITOLAK

Sanusi dedah pengalaman disimpan 33 tahun bertemu bantuan ganas

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim, Berita Harian muka surat 14, Ahad 25 Mei 2014

“Saya pernah ditawarkan untuk berkongsi 50-50 hasil rompakan jika membebaskannya dari penjara. Malah, lelaki yang sama juga pernah mengherdik saya kerana kerajaan lambat menggantungnya.

“Lelaki itu, Botak Chin jugalah yang memberi  inspirasi kepada Jabatan Penjara untuk menukarkan tali yang digunakan untuk menggantung penjenayah daripada disalut baldu ke tali jenis plastik,” kata Tan Sri Sanusi Junid menceritakan pengalaman bertemu Botak Chin pada 1981 ketika menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Pengalaman yang disimpan selama 33 tahun itu didedahkan bekas Menteri Besar Kedah itu ketika bertemu dengan penulis di pejabatnya di Mont Kiara, baru-baru ini.

Semuanya bermula apabila beliau dipertanggungjawabkan oleh bekas Menteri Dalam Negeri ketika itu, Allahyarham Tun Ghazali Shafie bagi menyelesaikan kemelut dalam Penjara Pudu yang dicetuskan oleh penjenayah berbahaya, Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin.

Monday, May 26, 2014

PENGERUSI BANK RAKYAT DIHENTIKAN SECARA MENGEJUT



KENAPA TAN SRI SABBARUDDIN CHIK DIHENTIKAN DARI MENJADI PENGERUSI BANK RAKYAT.


Oleh kerana saya pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang bertanggungjawab ke atas Bank Rakyat maka berita ini mendapat perhatian saya. Lebih-lebih lagi kerana saya mengenal Tan Sri Sabbaruddin Chik sejak tahun 1961 sebagai scrum-half pasukan ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Setelah berhenti dari sekolah saya bertemu lagi dengan Tan Sri Sabbaruddin di waktu beliau menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang bertanggung-jawab ke atas peniaga-peniaga kecil dan saya pula, selain menjadi pelatih eksekutif di The Chartered Bank, Seremban, juga menjadi Setiausaha Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan pada tahun 1965.


Kami juga, selain pernah duduk bersama di dalam Kabinet Malaysia, sama-sama berpengalaman menjadi Setiausaha Agung UMNO Malaysia.

Sunday, April 6, 2014

KUMON INSTRUCTORS CONFERENCE


MASUKAN INI ADALAH SATU UCAPAN. OLEH ITU IANYA DITULIS DALAM FORMAT UCAPAN. BACALAH PERLAHAN-LAHAN SEOLAH-OLAH SAUDARA SENDIRI YANG SEDANG MENYAMPAIKANNYA.

CLOSING SPEECH OF CHAIRMAN KUMON EDUCATION MALAYSIA

AT KUMON INSTRUCTORS’ CONFERENCE

LEVEL 2, PRINCE COURT HOTEL CONFERENCE HALL, KUALA LUMPUR

5th APRIL, 2014

At 3.00 pm.

 

Assalaamua’laikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

And good afternoon to everyone present.

 

Yang Berbahagia Datin Professor Dr. Amla bin Salleh, Member of the Board of Kumon Malaysia.

 

Mr. Kenichi Kitao,

Kumon Asia and Oceana;

 

Mr. Masahiro Takatsu,

General Manager,

Kumon Education Malaysia

 

Mr. Mitsuo Okabe,

General Manager,

Kumon Support Asia Pacific Sdn. Bhd.

 

Dear Insturctors,

 

Ladies and gentlemen.

 

I must first of all

congratulate all of you

for having gone successfully

through another conference.

 

The conference this time is being held

after the 100th anniversary of the birth of the late Toru Kumon,

who is the founder

of the Kumon Method of teaching.

 

The centenary celebration was held in Yokohama, Japan

on Sunday 16th March, 2014 as it was a convenient public holiday

and the hall at Yokohama city

could accommodate 7,000 Kumon instructors and associates

from 34 countries around the world.

The conference hall is also situated in very strategic vicinity.

 

The real birthday of Toru Kumon was 26th March, 1914,

in Osaka in the Kochi Prefecture, Japan,

that is 100 years by 26th March, 1014.

 

This Centenary Celebration,

held 10 days earlier,

was a great and a memorable event.

 

It was a celebration in memory of a great man.

 

Wednesday, March 19, 2014

PERANAN MASJID DALAM PEMBANGUNAN UMMAT

USUL UNTUK DIRI SENDIRI

MUKADDIMAH
o
Dalam masukan atau 'posting' blog ini pada 13hb Februari, 2014 atas tajuk FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA saya telah merumuskan bahawa Dasar Pandang Ke Timur yang diketengahkan di masa pemerintahan Tun Dr. Mahathir sebenarnya bertujuan menarik perhatian rakyat Malaysia kepada nilai-nilai murni yang diamal oleh pemimpin-pemimpin institusi politik dan ekonomi di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.
o
Nila-nilai tersebut yang terkandung di dalam semangat Bushido (di Jepun), Hwarang (di Korea) dan Jinsheng (di Taiwan) merangkumi aspek 'amanah', 'berani', 'disiplin', 'rajin' dan 'setia'.
o
Memandang kepada prejudis kebanyakan dari yang bukan Islam terhadap Islam, maka prejudis ini tidak menghalang untuk mereka menerima sikap amanah, berani, disiplin, rajin dan setia jika sikap-sikap ini diamal dengan jayanya di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.
o
SIKAP YANG DIPELOPORI OLEH ISLAM
o

Ternyata kelima sikap ini adalah sikap yang turut dipelopori oleh Islam.
o
Setelah Dasar Pandang Ke Timur kerajaan diterima baik oleh semua golongan dan lapisan rakyat Malaysia barulah kerajaan memperkenalkan dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam. Nilai-nilai Islam itu termasuklah kelima nilai yang diketengahkan di bawah Dasar Pandang Ke Timur.
o
Dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam kepada orang-orang Melayu ianya hendaklah diterima sebagai pelengkap kepada Dasar Pelajaran Malaysia kerana pendidikan sahaja tanpa penekanan ke atas nilai-nilai murni telah dikesan sebagai penyebab kepada kegelisahan yang kini terdapat di kalangan orang-orang Melayu di negara Malaysia.
o
Orang-orang Melayu sedang mencari alasan di luar diri mereka sebagai penyebab kepada kegagalan mereka di dalam berbagai bidang.
o
Oleh kerana Negara Malaysia mengamalkan system demokrasi berparlimen maka agak mudah bagi sesiapa sahaja yang ditegur untuk merobah sikap pribadi untuk melenting dan sekaligus menukarkan sokongan kepada pihak yang tidak menegur mereka.
o
SUMBER NILAI DARI TRADISI DAN KELUARGA
o
Aspek nilai yang ada pada diri bangsa Melayu masakini adalah bersumberkan tradisi dan amalan ugama di dalam keluarga. Tetapi pendedahan pelajar di luar kawalan keluarga, apatahlagi jika mereka belajar di luar Negara, sudah tentu sukar di imbangi dengan bekalan tradisi yang bernilai itu.
o
Sebenarnya masalah yang dihadapi oleh bangsa Melayu masakini ialah kerana kegagalan bangsa Melayu untuk memastikan aspek nilai ditanam sedalam-dalamnya di dalam diri mereka di waktu mereka mendapat pendidikan di sekolah.
o
Selain di sekolah, untuk membentukkan watak, kegiatan lain yang diselenggarakan oleh institusi lain seperti NGO-NGO, kelab-kelab belia dan pengakap juga memainkan peranan.
o
Kini NGO lebih menumpukan perhatian kepada aspek politik.
o
Kelab-kelab belia juga tidak bermaya lagi seperti dahulu.
o
Salah satu institusi terpenting yang dapat membantu dalam usaha murni ini ialah 'Masjid.'
o
TEMPAT BERSOLAT
JUMAAT, AIDILFITRI, AIDILADHA DAN JENAZAH
o
Kita ketahui bahawa peranan masjid itu adalah lebih dari hanya tempat bersolat Juma'at seminggu sekali, atau tempat bersolat Aiduladha dan Aidilfitri, bagi setiap satunya, sekali dalam setahun, atau pun sebagai tempat disolatkan jenazah dalam perhentian transit terakhirnya bagi seseorang sebelum disemadikan.
o

Sunday, February 16, 2014

KOPERASI

USUL UNTUK DIRI SENDIRI

Salah satu perkara yang telah ditimbulkan dalam masukan blog ini pada 13hb Februari, 2014 atas tajuk FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA ialah kesemua usul yang diketengahkan dalam 8 Kongres Ekonomi, sejak Merdeka, ialah untuk mendesak kerajaan supaya membuat itu dan ini.

Hampir tidak ada usul yang bangsa Melayu buat untuk mendesak diri sendiri.

Di bawah ini saya turunkan usaha yang telah dijayakan sendiri oleh rakyat Malaysia, khususnya Melayu, untuk memajukan diri mereka.

Iaitu di bidang koperasi.

Monday, January 27, 2014

MOTIVATING THE DEMOTIVATED

NOT A RELIGIOUS TREATISE

IF LIFE is a GAME, THESE are the RULES
 
The following entry is not inspired by any religious teaching. It is just a simple presentation by Dr. Cherie Carter-Scott in a book with the above title first published for export in 1999 by Broadway Books, New York. I bought it from Times bookshop in Kuala Lumpur and happened to come across it as I roamed around the Toeti Juairiah Library looking for books on motivation which I can present to my readers who are currently bogged down with all sorts of issues which are demotivating.

This blog submission, however, is not a substitute, far from it, for reading the book itself.
 
I take this initiative to present selected extracts of the book in response to what the author had to say before her piece of acknowledgement to those who assisted and inspired her. The author wrote:
 
If you come across the Rules for Being Human sometime during the last twenty-five years (since 1974) and photocopied them and passed them on to others; if you used the Rules for a retreat, class curriculum, brochure or Web site;  if you framed the Rules and put them on your wall, or tucked them in your drawer, or put them on the refrigerator door; if you read the Rules and smiled with recognition, then I dedicate this book to you and all seekers who have treasured the Rules for Being Human for these last twenty-five years. This book is to support you and those you love in your journey through Life. Use it as a primer for higher consciousness.

Blessings to you on your path.

It is therefore in the spirit of the author's wishes that I quote extensively from her book.
 
The following praises were made on this book by prominent authors on motivation:
 
"How wonderful it would be if we were all given Cherie Carter-Scott's ten rules the day we were born. Cherie has been teaching these rules for over twenty years. In her seminars, these rules have resonated with thousands of people. IF LIFE IS A GAME, THESE ARE THE RULES are universal truths that all of us can learn to live happier lives that are full of self-acceptance, understanding, love, success, and the inner knowing that we're all in this game together, on the same team. The door to a satisfying life lies within each of us, and Cherie's eternal inspiring message provides the key." - Jack Canfield, coauthor of CHICKEN SOUP FOR THE SOUL.
 
"The Ten Rules for Being Human are entertaining and fun - but more than that, they're TRUE." - Marianne Williamson, author of THE HEALING OF AMERICA and  A RETURN TO LOVE.
 
"IF LIFE IS A GAME, THESE ARE THE RULES will free you to wake up to your no-limit life." - Mark Victor Hansen, coauthor of CHICKEN SOUP FOR THE SOUL.

HERE ARE THE RULES:

Saturday, January 25, 2014

FIRST CONVOCATION AFTER THE TSUNAMI


KEYNOTE ADDRESS BY PRESIDENT OF INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA AT THE CONVOCATION CEREMONY OF IAIN AR-RANIRY BANDA ACEH 26TH MARCH, 2005


Assalaa mu’alaikum warahmatullaa hi wabarakaa tuh


Bismillaa hir rahmaa nir rahiim. Alhamdulillaa hi rabbil ‘aalamin.

Wassalaa tu wassalaamu ‘ala asyrafil anbiya iwalmursaliin. Wa’ala aa lihi wasahbihi ajmaa’in


The Honorable Rector of IAIN Ar-Raniry,

The Academic and Administrative Staff of IAIN

Respected Officials,
Invited Guests,

Parents and Students,

Ladies and gentlemen,

FIRST CONVOCATION AFTER THE TSUNAMI


This is the first convocation after the “Aceh Tsunami 2004.’


Ini adalah wisuda pertama di Aceh setelah berlakunya bencana Tsunami di Aceh.


We are all here and therefore we are still around. That is, we still exist.

Kita semua berada di sini, ertinya kita masih ada, iaitu kita masih wujud.


Allah s.w.t. has blessed us with our continued existence.


Allah s.w.t. telah mencucuri kita dengan rahmat untuk terus menjalani penghidupan.

Bila saya diundang untuk menyampaikan pidato dalam majlis wisuda pada hari ini dua perkara telah mengganggu fikiran saya:


Pertama: Dalam bahasa apakah saya harus berbicara.


Jika saya berbicara dalam bahasa Inggeris ramai yang tidak memahaminya.


Oleh itu saya terpaksa menterjemah apa yang telah saya katakana.


Jika saya berbicara dalam bahasa Malaysia yang dikatakan sama dengan bahasa Indonesia, mungkin apa yang saya katakan menggunakan perkataan yang sama tetapi membawa erti yang berlainan.


Jika saya berbicara dalam bahasa Aceh, orang Aceh sendiri pun mungkin ada yang tidak memahami sepenuhnya.


Saya pilih untuk berbicara dalam bahasa Aceh kerana jika ada yang tidak memahaminya pun bolehlah mendengarnya seperti ibu dan bapa mendengar lagu Hindia yang enak didengar walau pun maknanya tidak bapa dan ibu ketahui.


Oleh itu pidato ini saya tulis di dalam bahasa Inggeris dan Melayu tetapi disampaikan dalam bahasa Aceh yang kaya raya.


Perkara kedua yang mengganggu pikiran saya ialah:


Kerana terdapat terlalu banyak buku dan pidato oleh seniman-seniman dakwah, termasuk lagu dan nyanyian yang disampaikan oleh penghibur terkenal, yang menggambarkan orang-orang Aceh itu terlalu banyak dosanya sehingga dihukum Allah s.w.t. dengan bencana Tsunami.


If it is true that the Acehnese have committed so much sins as to deserve such punishment it means that the death caused by the Tsunami attack are due to recent sins and not due to pre-destiny which was decided even before the dead were born.


Children could not have been punished because of the sins of their fathers and mothers. It is kinder, and more correct, to think of their death as predestined.

FORTUNATE VICTIMS