1. Pada hari Selasa 28hb Julai, 2009 yang lalu saya telah ditanya oleh seorang wartawan mengenai pendapat saya berkaitan Tun Dr. Mahathir yang dituduh sebagai seorang 'racist'.
2. Bagi menjawabnya saya telah menyatakan:
" Semua individu yang memperjuangkan bangsanya, atau rasnya akan dituduh 'racist' oleh mereka yang mahu 'status quo' dikekalkan.
Terdapat juga golongan yang tidak peduli terhadap perbezaan, atau ketidakadilan yang wujud.
Terdapat juga golongan yang tidak peduli terhadap perbezaan, atau ketidakadilan yang wujud.
Seseorang ahli politik yang puas hati kerana rasnya dominan pasti akan mengecam tokoh yang ingin mengimbangkan suasana tersebut.
Seseorang negarawan seperti Tun Dr. Mahathir yang memperjuangkan keamanan di seluruh dunia, dan terkenal dengan gerakan anti-perang yang ditajanya, pasti inginkan keamanan di dalam negaranya.
Untuk itu, sebagai negarawan yang sedemikian bijaksana beliau memperjuangkan sesiapa saja, atau kaum mana jua, yang tertekan dan ketinggalan, apatahlagi kaumnya atau rasnya sendiri, kerana keadaan yang tidak seimbang dan tidak adil, dalam masyarakat boleh membawa kepada huru-hara dalam negara.
Banyak cerdik pandai di belakangan ini tidak peduli nasib orang Melayu, termasuk dari kalangan orang Melayu sendiri, kerana pendedahan mereka di bidang sejarah dan politik sangat terbatas".
3. Satu dari keistimewaan yang ketara yang ada pada Tun Dr. Mahathir ialah 'keberaniannya'. Beliau berani menyatakan apa yang beliau dapati benar dan penting untuk dihebahkan.
4. Beliau juga ternyata, dan terbukti, berkemampuan bertindak mempertahankan kebenaran tersebut dengan penuh keyakinan walaupun beliau mungkin akan hilang popularitinya dengan bersikap demikian.
4. Beliau juga ternyata, dan terbukti, berkemampuan bertindak mempertahankan kebenaran tersebut dengan penuh keyakinan walaupun beliau mungkin akan hilang popularitinya dengan bersikap demikian.
5. Apakah sikap berani itu masih perlu dalam sesebuah masyarakat atau dalam kepimpinan organisasi dan negara?
6. Dalam sebuah buku bahasa Arab yang bernama ' Mengapa kaum Muslimin mundur dan mengapa kaum selain mereka maju', Al Amier Ssyakib Arsalan telah menggambarkan bahawa ... ... hanya mereka yang berani mati saja yang layak hidup ... ...
7. Syakib Arsalan telah menjelaskan ... ... betapa kaum Muslimin di akhir zaman akan menjadi mundur kerana mereka terkena penyakit 'takut kepada mati' ( wahnu ) dan 'cinta kepada dunia' ( hibbud dunya ) ... ...
8. Maksud Syakib Arsalan tidaklah termasuk berani membunuh orang lain dengan membunuh diri sendiri seperti yang dilakukan oleh 'suicide bombers' di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton, di Jakarta baru-baru ini. Kerja begini pasti tidak mengeluarkan kaum Muslimin dari kemunduran. Keberanian begini hanya akan menyebabkan huru-hara di dalam negara. Tercetusnya huru-hara dalam negara bukanlah satu pra-syarat untuk mencapat kemajuan.
9. Keberanian yang dimaksudkan ialah keberanian untuk berfikir secara jujur, berkata-kata yang benar, walau pahit sekali pun dan bertindak dengan berani atas keputusan yang difikirkan perlu, patut dan bijak.
10. Sifat berani begini sudah tentu tidak ada pada seseorang individu atau pemimpin yang ingin popular untuk kepentingan jawatan dan politiknya.
11. Di satu masa dulu orang-orang Melayu merasa selesa dengan kedudukan politiknya, bimbang dengan kedudukannya dalam bidang ekonomi dan takut hilang kuasa politik tanpa menguasai bidang ekonomi.
12. Orang-orang keturunan China pula merasa sesela dengan kedudukannya dalam bidang ekonomi, bimbang dengan keadaannya di dalam politik dan takut hilang penguasaan ekonomi tanpa pembaikan kedudukan dalam bidang politik.
13. Orang-orang ketuturanan India dahulu merasa berjasa kerana dapat memainkan peranan sebagai orang tengah yang dihormati apabila ada pergeseran antara Melayu dan China,'
14. Kaum India bimbang mengenai kedudukannya dalam bidang ekonomi dan takut kerana tiada satu pun kawasan Parlimen yang majoritinya orang keturunan India.
14. Kaum India bimbang mengenai kedudukannya dalam bidang ekonomi dan takut kerana tiada satu pun kawasan Parlimen yang majoritinya orang keturunan India.
15. Orang Melayu, China dan India di Semenanjung Malaysia pernah percaya kepada pemimpin dan terus menyokongnya, kerana sikapnya yang lembah lembut dan latar-belakang ugamanya'
16. Mereka memberi penuh kepercayaan kepada dasar dan perancangan kerajaan. Mereka memberi peluang 'benefit of the doubt' kepada pemimpin yang mereka percaya ini sehingga Barisan Nasional mendapat kemenangan yang terbaik di dalam sejarah, sejak Merdeka, dalam pilihanraya 2004.
16. Mereka memberi penuh kepercayaan kepada dasar dan perancangan kerajaan. Mereka memberi peluang 'benefit of the doubt' kepada pemimpin yang mereka percaya ini sehingga Barisan Nasional mendapat kemenangan yang terbaik di dalam sejarah, sejak Merdeka, dalam pilihanraya 2004.
17. Ternyata 'dasar, rancangan dan pelaksanaan yang dipercayai sepenuhnya itulah yang mengakibatkan prestasi terburuk dalam pilihanraya tahun 2008.
18. Orang-orang Melayu di Malaysia kini tidak selesa lagi dengan kedudukannya dalam bidang politik, bimbang dengan kedudukannya di dalam bidang ekonomi dan takut hilang kuasa politik sekaligus terjunam dengan kedudukannya di bidang ekonomi.
19. Kini Melayu dalam keadaan takut dan bimbang.
20. Kerana itu timbullah tanda tanya apakah kita perlu percaya atau tidak kepada diri kita lagi.
21. Seseorang bayi yang terbangun di waktu malam, dalam ketakutan, akan membangunkan ibunya, seseorang isteri akan membangunkan suaminya jika ketakutan di waktu malam. Jiran tetangga menjadi anggota satu pasukan jika kampung halaman berdepan dengan ancaman.
22. Bagaimanakah jika bangsa itu dalam ketakutan? Bangsa itu akan mencari pemimpin, ulama, pujangga, seniman dan failosof.
23. Bagaimanakah jika failosof tidak mampu berfikir lagi; seniman sudah hilang daya kreatifnya; pujangga menghilang diri; dan ulama lupa pada ajaran ugamanya.
24. Umumnya masyarakat di Malaysia, yang hidup dalam selesa kurang merasa penting untuk menoleh kebelakang dan meninjau sejarah kebangkitan bangsa dan perjuangan menuju kemerdekaan.
25. Kita tidak minat membaca. Lantaran itu sangat kurang pengetahuan mengenai sejarah bangsa sendiri.
26. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pemimpin baru, untuk mengenal dan memperkenalkan tokoh-tokoh Melayu dan tokoh Islam, seniman dan pujangga Melayu dan Islam, supaya orang-orang Melayu dapat membangun untuk memperjuangkan dan mengawasi kesetabilan politik, keadilan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
27. Semangat 6 juta Yahudi di Eropah di waktu perang dunia kedua sangat pasif dan lemah. Mereka sanggup berjalan dengan perlahan-lahan untuk memasuki 'gas chamber', atau dengan tertib menaiki trak dan keretapi yang membawa mereka ke 'concentration camp' di seluruh Eropah.
28. Mereka berjalan menuju kematian dan mereka berjalan dengan sabar dan perlahan-lahan. Jika mereka berani sudah tentu daripada mati dengan secara terhina mereka akan memilih jalan lain untuk mati berjuang mempertahankan hak mereka.
29. Itu ialah Yahudi di zaman Hitler. Lihatlah kepada Yahudi di Israel sekarang. Walau pun jumlah Umat Islam berlipat ganda lebih dari jumlah Yahudi di Israel, tetapi Israel tegak sebagai kaum yang berani dan megah.
30. Itulah sebabnya Lee Kuan Yew dilaporkan telah berucap dalam majlis mera'ikan Presiden Chaim Herzog dari Israel dengan kata-kata yang bermaksud - 'Kamu telah berjaya mengajar Umat Islam di padang pasir, ajarlah kami bagaimana menghadapi Umat Islam di hutan belantara'.
4 comments:
Tan Sri,
Tun M adalah seorang pemimpin yang berani dan praktikal. Semasa pemerintahan beliau, ekonomi berkembang dengan pesat sekali. yang mendapat biggest sharenya ialah kaum cina. Bukan melayu terutamanya cina, bukan lagi mengampu beliau.
2. Orang -orang Cina di Malaysia telah mengajar orang Melayu satu perkara iaitu cina tak boleh dipercayai. Selama ini mereka menanti Melayu berbalah untuk memainkan peranan dalam usaha merosakkan bangsa melayu.
3. Bukan Melayu mungkin merasakan bahawa orang Melayu boleh diperkotak katikkan sekarang.
4. Bukan melayu sedang mencabar Melayu, satu persatu. Kini mereka berani menyentuh hukum hakam dalam Islam. Mereka dah berani menyentuh sensitiviti bangsa melayu.
5. Mereka tengok Melayu tak respond, jadi mereka jadi lebih seronok.
6. Seperti kata Redzuan Tee, Melayu adalah bangsa yang paling bertolak ansur di dunia.
7. Kepada kaum bukan melayu, silakan.... buat lagi.
8. Jangan nanti terkejut dengan response bangsaku. Kerana itulah bangsaku hebat.
9. Melayu tak layan setakat cakap-cakap kosong. melayu tak kisah.
10. Tapi bila Melayu dah marah, jgn nanti sesal tak sudah.
Dah bersedia kah kamu?
Tan Sri,
Melayu yang berpelajaran tinggi pun kalau dah hilang pertimbangan diri dan sudah mula merasakan diri mereka terlalu bijak akan melupakan jasa ddan budi.
Jasa dan budi yang diterima datangnya daripada pelbagai sumber. Dari sekolah, guru, universiti dan keluarga ataupun ibu bapa.
Namun bila kita mula merasakan bahawa yang kita terima itu adalah hak dan mesti diberi, pastinya kita telah terpesong dari pemahaman konsep jasa dan budi.
Hak dan nikmat yang dituntut bukalan sesuatu yang automatik. Ianya adalah sesuatu yang diperoleh. Baik dari kerajaan atau yang lebih asas dari Tuhan yang Maha Esa.
Justeru, ilmu yang dituntut merupakan hak dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah melalui pemerintah yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya dan mengaggihkan hak dan nikmat tersebut kepada rakyat.
Kita yang menerima hak dan nikmat itu memperolehinya dalam keadaan negara yang aman dan tenteram merupakan kedamaian yang tidak lahir secara automatik. Ianya lahir daripada kestabilan politik, kepimpinan yang baik lagi berpandangan jauh. Melalui perancangan dan pelaksanaan program-program rakyat yang terurus, rakyat memperolehi hak-hak dan nikmat-nikmat yang tersebut.
Akhir kata, ilmu itu adalah sesuatu yang terpenting dalam menentukan kedudukan sesuatu bangsa. Samada ianya terpuji atau terkeji bergantung kepada bangsa itu sendiri.
Terima kasih Tan Sri.
Assamualaikum, Tan Sri.
Syabas dan tahniah kerana mengemukakan sebuah penulisan bersumberkan sejarah, berfakta dan mengundang renungan mendalam dari segenap orang Melayu di dalam Berita Minggu hari ini.
Seharusnya orang Melayu tidak prejudis kepada pandangan Tan Sri kerana semata-mata Tan Sri bekas Setuasaha Agung Umno atau seorang nasionalis totok.
Kalau kita ikhlas untuk melihat Melayu bersatu bagi menguatkan agama, bangsa dan tanahair, tulisan Tan Sri boleh dijadikan titik mula ke arah itu. Kalau kita belajar dari sejarah, taktik penjajahan memecahkan Melayu, dan bagaimana politik Melayu sebelum merdeka dan kini, kita akan sedar bahawa apa yang ada di hadapan kita kini adalah lembaga hitam yang amat menakutkan sekali.
Tanpa kita sedar dari dulu hingga kini gaya kita berpolitik sebenarnya merugikan diri sendiri dan menguntungkan orang lain. Kita persis menjadi penjolok kepada buah yang tinggi untuk orang lain yang menunggu memunggutnya.
Kita orang Melayu Pas dan Umno berebut atau berlumba untuk menawan hati orang Melayu sejak dulu lagi. Perebutan ini menjelaskan orang Melayu ada kuasa. Seperti mana kata Tan Sri sebelum merdeka Umno dan PKMM (Pas) berebut untuk menjadi juara kemerdekaan. Selepas merdeka berebut pula untuk menjadi juara Islam. Apakah manfaat daripada perbuatan itu?
Pada saya kemenangan dalam kedua-dua perjuangan ini subjektif. Kalau Umno boleh diiktiraf sebagai pemenang kemerdekaan, namun ia tidak semua dapat dilakukan Umno. Bukan semua kemerdekaan yang dicapai oleh Umno. Masih ada juzuk-juzuk dalam kemerdekaan itu tidak dicapai dan inilah yang menjadi pertikaian.
Begitu juga kalau Pas mengaku ianya Islam, ia tidak semua dapat adden yang diperjuangkan itu kalau sekalipun Pas mendapat kuasa saya tidak fikir Pas mendapat keseluruhannya.
Justeru pada saya Tan Sri, Pas sudah jauh tergelecah daripada perjuangan asalnya dan meletakkan Pas sebagai wadah dakwah dan terbiah, yang kini disifatkan sebagai Pas sedang memasuki fasa akhir untuk memerintah! Andaian itu mungkin ia kalau Pas mementingkan politik tetapi tidak jika mereka mahu daulahkan agama.
Secara jujur kalau Pas ingin mendaulatkan Islam tentulah mereka perlu memilih kawan yang segama dan sebangsa dengannya. Tetapi soalnya pula bila ulama parti itu mengkafirkan Umno, maka menyebabkan mereka akan menerima DAP sebagai kafir sedarhana (harbi)yang boleh dipercayai.
Pertentangan inilah yang berlaku dalam komuniti Melayu hari ini. Perwujudan Umno dan Pas membaca kecelakaan kepada orang Melayu! Kita sebenarnya terlebih berpolitik dan meninggalkan keutamaan-keutamaan lain. Baik Umno maupun Pas.
Saya setuju dengan pandangan Tan Sri kuasa Melayu akan terhakis kalau Melayu terus bergaduh. Tetapi untuk membaikan mereka, Umno dan Pas amat sukar bagaikan untuk mencampurkan (sebatikan) minyak dan air. Walau dalam bekas sama pun mereka terpisah, tetapi kerterpisahan yang tidak boleh dimanfaatkan oleh bangsa.
Makanya Tan Sri kita perlu kebijaksanaan dan ilmu untuk mencampurkan kedua unsur itu menjadi sebati. Apakah ada kemunasabahannya kalau keduanya di letakkan dalam satu bekas baru?
Ilmu untuk jadi berani seperti yang Tan Sri sarankan perlu. Dengan membuang unsur-unsur yang menolak antara satu sama lain, mungkin ia boleh bercampur. Di sini idea yang dilontarkan Nik Aziz mungkin boleh diterima atau diujipakai iaitu bubarkan Umno dan Pas dan satukan mereka atas nama lain.
Debat mengenai masa depan Melayu ini menarik dan tidak akan kesudahan kerana pemimpin keduanya yakin kepada formula dan kaedah masing-masing. Bagi saya, hanya sau saja cara untuk menyatukan Pas Umno dengan ada satu kejutan kurba. Tanpa kejutan yang boleh menyedarkan kedua pihak yang kini pada saya khayal dan mabuk, maka selamanya kita akan berkecamuk. Tetapi sesudah ada kejutan, barulah saraf kealpaan iu akan pulih.
Tegasnya Tan Sri kita harus merancang atau mencipa apakah bentuk kejutan aau getaran itu. Kalau ia sampai memerlukan kepada sebuah tragedi apa salahnya!
Wassalam dan selamat berpuasa.
MOHD SAYUTI OMAR,(MSO) Kl.
ybh ts . sejarah o danrg melayu d malaysia dari dulu lagi tidak pernah bersatu di dasar yang kukuh dan hakiki...cuma bersatu bila ada ancaman sahaja..1946 melayu bersatu kerana di ancam oleh penjajah..1969 bersatu sekejap keranan di ancam oleh dap..kalau lah bersatu melayu atas semangat islam dan roh islam..melayu di malaysia akan kuat dan hebat...benarlah kata amiriulmukminin umar ibn khatab.."..kita dulunya hina,sekarang kita di muliakan allah dengan islam..sesiapa yang selepas ini memilih lain daripada islam mereka akan di hina oleh allah...lihatlah hari ini umatislam hina di timor tengah. apakah keadaan yang sama juga akan berlaku di malaysia..
Post a Comment