1. Dasar Ekonomi Baru atau dalam bahasa Inggerisnya 'New Economic Policy' telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak dalam Parlimen yang bersidang semula, selepas peristiwa 13 Mei, 1969, pada tahun 1971, untuk tempoh yang berakhir pada tahun 1990. Ia diperkenalkan kira-kira serentak dengan waktu perundingan menubuhkan kerajaan Barisan Nasional. Ia adalah satu jawapan ekonomi keatas gejala politik yang telah ditafsirkan sebagai sebab tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei, 1969. Dasar ini dijangka mengganti Dasar Ekonomi Bebas atau Free Enterprise System sebagai dasar yang telah diterima sebagai imbangan kedua, setelah pemberian kerakyatan kepada yang bukan Melayu, waktu kotrak sosial menentukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, ugama Islam sebagai ugama rasmi, hak istimewa orang-orang Melayu, raja berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen untuk Malaya dan kemudiannya Malaysia.
MATLAMAT DEB
MATLAMAT DEB
2. Matalamat Dasar Ekonomi Baru merupakan serampang dua mata iaitu untuk (a) Membasmi Kemiskinan dan (b) Menyusun semula masyarakat. Kedua matalamat ini diterima baik oleh rakyat dan berbagai parti yang bergabung di dalam Barisan Nasional termasuklah parti PAS. Adalah diharapkan dengan adanya dua matlamat ini maka dalam masa 20 tahun keadaan ekonomi rakyat Malaysia, yang berbilang kaum, akan lebih menjamin keharmonian hubungan antara kaum yang seterusnya akan menjamin kestabilan politik di dalam negara.
MEMBASMI KEMISKINAN
3. Berbagai usaha telah dijalankan untuk membasmi kemiskinan. Antaranya termasuklah berbagai program untuk memperbanyakkan pekerjaan, menambah pendapatan masyarakat petani, penternak dan nelayan, memperbanyakkan peluang dalam bidang industri kecil dan sederhana, memperbanyakkan peluang memiliki tanah dalam skim pembangunan tanah dan wilayah, menambah peluang dalam bidang pendidikan dan lain-lain.
MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT
4. Untuk menyusun semula masyarakat pula strateginya ialah supaya kegiatan ekonomi rakyat tidak dikaitkan dengan kaum-kaum tertentu sahaja. Bermaknalah kaum Bumiputera perlu digerakkan dalam bidang swasta sehingga penglibatan Bumiputera dalam memiliki saham korporat, dijangka meningkat sehingga tercapai 30% dalam masa 20 tahun.
DASAR WARISAN DARI PENJAJAH
5. Di bawah Sistem Ekonomi Bebas, sebagai sistem warisan dari penjajah, yang diamal sejak Malaya merdeka, peranan swasta dalam bidang ekonomi adalah bebas. Ini menyebabkan jurang perbezaan antara kaum dalam bidang ekonomi menjadi bertambah ketara sehingga menyebabkan ketegangan politik. Dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama yang diadakan sebelum peristiwa 13 Mei kegelisahan Bumiputera keatas fenomena ini jelas membara dan memerlukan perhatian. Hanya apabila peristiwa 13 Mei berlaku barulah pihak kerajaan telah mengambil tindakan dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.
NAMA YANG SAMA DENGAN DASAR GUBAHAN VLADIMIR LENIN
6. Dari mula DEB diperkenalkan pihak barat telah memandang serong terhadap dasar ini lebih-lebih lagi kerana namanya ( New Economic Policy) telah mula diperkenalkan oleh Lenin sebagai dasar yang mengganti dasar komunis di USSR. Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Lenin ini merupakan satu pengakuan olehnya atas kegagalan dasar komunis dimana seluruh kegiatan ekonomi dikawal oleh negara. Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Lenin ialah 'State Capitalism'. Dasar ini diamalkan di Singapura dengan adanya syarikat Temasek yang dimiliki oleh kerajaan Singapura yang menguasai segala bidang ekonomi di negara itu, dan dijadikan oleh Singapura sebagai gergasi perniagaan yang menembusi segala jenis kegiatan ekonomi di rantau Asis dan di seluruh dunia.
STATE CAPITALISM DI SINGAPURA TIDAK DIKECAM
7. Walaupun kerajaan Singapura kononnya berfahaman sosialis, dan mengamalkan sistem 'State Capitalism', tetapi kerana negaranya kecil, mempunyai rakyat yang majoritinya dari satu kaum, dasar ekonominya tidak disebut atau diberinama Dasar Ekonomi Baru, dan parti pembangkangnya agak tertekan dan tidak mendapat tempat dalam negara, maka tidak ramailah dari kalangan rakyatnya sendiri yang mampu mengkritik dasarnya, di serata dunia, sehingga dasarnya dipandang serong oleh barat.
MALAYSIA DIKECAM
8. Sebaliknya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan di Malaysia dipandang kiri oleh pihak barat apatahlagi apabila ada di antara ahli-ahli UMNO kemudiannya ditahan di bawah ISA atas tuduhan menjadi komunis.
9. Selain dari kelompok yang sememangnya akan menentang apa saja yang boleh membantu kaum Bumiputera dalam negara ini, walaupun secara hakiki, pelaksanaan DEB ini pula telah menarik berbagai kritik kerana adanya pihak Bumiputera yang didakwa menerima keuntungan yang dianggap agak berlebihan, adanya pihak yang didakwa tidak layak tetapi turut menerima habuan dan terdapat juga dakwaan adanya penyelewengan dan rasuah dalam pelaksanaan.
SEMUA UNTUNG DARI DEB
10. Sebenarnya tidak ada seorang rakyat Malaysia pun yang dapat mendakwa bahawa DEB ini tidak menguntungkan semua kaum di seluruh negara dalam pelaksanaannya, walaupun keuntungannya tidak sama rata. Untuk memahami kenyataan ini telitilah petikan ucapan saya sebagai wakil UMNO Kedah dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 2hb. Julai, 1977 di Dewan Nirwana, Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
KEADAAN TANDUS DI PERGUNUNGAN
11. ' Saya pernah berkhayal dan menggambarkan diri sebagai seorang ahli ekonomi dan menyatakan bahawa bangsa Melayu boleh dianggap sebagai satu bangsa yang berada di puncak sebuah gunung yang tandus, yang mengharapkan sumber penghidupan daripada air hujan. Air hujan itu mengalir daripada gunung di mana orang Melayu berada, dan turun melalui sungai menuju taliair, membasahi dan menyuburkan bumi. Air yang selebihnya mengalir ke laut dan kerana kepanasan bahang matahari, disedut semula ke angkasa sebagai wap yang menjadi awan. Dengan bantuan angin maka wap ini diarak sebagai awan menuju ke arah gunung sehingga awan berpecah dan turun ke bumi sebagai hujan.
12. Daripada huraian ini anggaplah puncak gunung yang dikatakan tandus itu sebagai simbol kuasa politik. Ketandusan ialah kemiskinan.
AIR IBARAT WANG DARI GUNUNG YANG BERASAL TURUN DARI AWAN
13. Sungai-sungai yang mengalir melaluinya air dari gunung boleh diumpamakan sebagai sistem kewangan yang membawa turun wang daripada puncak gunung sebagai air yang mengalir ke dataran.
14. Air ataupun wang ini melimpah ke laut dan melalui proses 'evaporation' atau sedutan kerana kepanasan bahang matahari, air yang sudah menjadi wap ini dihisap naik sebagai cukai pendapatan dan cukai perniagaan. Wap ini naik keangkasa sebagai awan. Kepulan awan inilah, yang diibaratkan sebagai 'Treasury' atau Perbendahaan, yang ditiup angin menuju ke arah puncak gunung.
15. Awan memecah menyebabkan hujan turun. Hujang yang turun ini diibaratkan sebagai gaji, upah atau atau lain-lain perbelanjaan yang menjadi pendapatan kepada orang-orang Melayu, baik yang bekerja sebagai pegawai atau kakitangan kerajaan, sebagai ahli politik atau pun bekerja dalam angkatan bersenjata.
16. Melayu menerima gaji, namun gaji yang diibaratkan pula sebagai air itu, tetap tidak terkumpul menjadi modal, tetapi terus mengalir, sebagai perbelanjaan, membasahi dan menyuburkan dataran, iaitu kota-kota kecil dan besar di negara ini.'
17. Begitu jugalah dengan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Jika dihitung jumlah wang atau harta yang terkumpul atas nama Bumiputera kerana Kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru sudah tentu kita hanya boleh kesal atas kemampuan Bumiputera, termasuk yang menyeleweng, yang rasuah dan yang mendapat kesempatan, atas kegagalan mereka mengumpulkan harta sebanyak yang sepatutnya sehingga Bumiputera terpaksa menanggung kecaman yang tidak sepadan dengan munafaat dari Dasar Ekonomi Baru itu.
PENDEKATAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA YANG BERINSPIRASIKAN DEB
18. Setelah tamat tempoh DEB pada tahun 1990 Tun Dr. Mahathir, selaku Perdana Menteri di waktu itu telah memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara ( National Development Policy ) yang bermula dari tahun 1991. Oleh kerana matlamat DEB belum tercapai sepenuhnya maka di bawah DPN ( Dasar Pembangunan Negara ) semangat DEB diteruskan. Malahan banyak tokoh-tokoh UMNO telah mendesak supaya DEB diperkenalkan semula di bawah Agenda Baru Negara ( New National Agenda ).
19. Di bawah DPN Tun Dr. Mahathir telah membebas dan membantu pihak bukan Bumiputera dalam semua usaha mereka untuk mencapai kemajuan dalam berbagai bidang ekonomi; sementara itu Tun Dr. Mahathir telah bertindak tanpa halangan dari kalangan bukan Bumiputera dalam apa sahaja rancangan untuk membantu Bumiputrera. Pendekatan ini dapat diterima oleh semua pihak dalam keadaan ekonomi negara tumbuh dengan pesatnya.
ANGGAPAN MENGORBANKAN KEPENTINGAN MELAYU
20. Setelah mengalami kekalahan kerusi yang teruk dalam Pilihanraya Umum ke 12, setelah gagal memimpin negara dengan cekap dan berkesan setelah mencapai prestasi yang sungguh cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke 11, maka dalam usaha untuk menawan hati pengundi bukan Melayu dalam persiapan menuju Pilihanraya Umum ke 13, berbagai kompromi telah dibuat oleh Perdana Menteri ke lima, contohnya dalam pemberian biasiswa, yang dilihat oleh Bumiputera sebagai mengorbankan kepentingan Melayu.
HARAPAN BARU BAGI MALAYSIA
21. Kini Malaysia dipimpin oleh Perdana Menteri keenam Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak. Kaum Bumiputera, khususnya Melayu, menaruh harapan yang tinggi semoga semangat partiotisma yang ada pada ayahnya juga diwarisi olehnya. Beliau memikul tanggungjawab yang berat untuk menyekat hakisan keyakinan rakyat yang terus merosot teruk sejak pimpinan negara sebelumnya sehingga wadah 1 Malaysia yang diperkenalkannya juga menjadi tanda-tanya samaada ianya penerus dari usaha menghakiskan hak Melayu atau pun benar sebagaimana jaminannya dalam Perhimpunan Agong UMNO yang lalu bahawa beliau tidak akan mengorbankan hak Melayu yang sememangnya sudah termaktub dalam Perlembagaan.
MELAYU MENUNGGU DENGAN JIWA YANG BERGETAR
22. Dalam suasana inilah Barisan Nasional akan memperkenalkan Model Ekonomi Baru ( New Economic Model ) pada akhir bulan Mac, 2010. Sama-samalah kita tunggu apakah wadah baru ini akan memenangkan Barisan Nasional dengan lebih cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
10 comments:
nice article tan sri.m worried an abrupt hakisan hak istimewa melayu will drive the malays further into the kampongs.
pls help!
salam tan sri,
saya memahami apa yg tersirat dan perasaan itu bukan sahaja kpd tan sri tetapi ianya dirasakan kpd semua mereka2 yg seangkatan(orang lama)saya bukan ahli umno cuma selama ini dari kapal layar hingga ke dacing saya sentiasa memilih yg baik dari yg buruk iaitu kedua dua lambang tsbt pada pru12 sya pangkah dun, saya x pas parlimen saya x pangkah pekan banyak sangat perkara yg dilihat tak betul biasiswa jpa pnb dulu ia mengutamakan utk bumiputra sprti asn asb tapi kini ia tidak lagi mengutamakan melayu/bumputra dan banyak lagi yg saya kira tan sri lebih mengetahui sekian.
Y.Bhg Tan Sri,
Sekadar menunggu pengumuman oleh Perdana Menteri mengenai Dasar Ekonomi Negara yang baru tidak cukop. Saya khuatir apabila sudah diumumkan ianya sudah terlambat kerana Kerajaan yang ada sekarang mengamalkan dasar yang ingin menarik undi kaum bukan Melayu untuk PRU 13. Sebarang bentuk tekanan perlu dibuat oleh NGO Melayu saperti yang diterajui PERKASA supaya Kerajaan tidak mengadai kepentingan Melayu oleh kerana Melayu masih jauh dalam semua bidang ekonomi. Lihat sahaja apa yang ada di negara ini dari Perlis hingga ke Sabah. Siapa yang memiliki harta tanah yang bagitu hebat selepas negara mencapai kemerdekaan. Golongan veteran saperti Tan Sri harus memainkan peranan yang lebih aktif bagi mempastikan masa depan Melayu tidak tergadai. Tidak cukop hanya menulis dalam blog oleh kerana orang muda tidak baca blog Tan Sri. Mereka baca blog Malaysia Kini dan Malaysia Today. Tan Sri harus kembali kepentas untuk menyampaikan idea bernas Tan Sri kepada orang UMNO diperengkat akar umbi supaya mereka memberi tekanan kepada pemimpin-pemimpin UMNO kerana Najib juga sedang menghadapi serangan dari pelbagai pihak terutamanya dari DSAI dan PAS. Melau akan hancur jika pemimpin vateran saperti Tan Sri tidak kembali ke pentas bersama yang lain.
Iklas dan insaf.
Salam Tan Sri
Semoga Tan Sri sentiasa sihat dan di rahmati Allah.
Saya menyokong semua dasar yang akan membantu orang Melayu berjaya di dalam bidang ekonomi tanpa menidakkan hak-hak kaum lain atau meminggirkan mereka.
Dasar sebelum ini telah gagal. Telah banyak kali diubah suai masih jugak gagal. Kita masih mencari punca kegagalan.
Maaf Tan Sri, mohon memberi sedikit idea untuk memajukan orang Melayu dalam perniagaan;
1. Membuka peluang baru. Memajukan kawasan yang ramai penghuninya orang Melayu (seperti Kelantan dan Trengganu). Biar orang Melayu bertanding semasa mereka. Ia sebagai asas. Tak adil untuk berlumba antara orang yang pakai kereta dengan penunggang basikal.
2. Memberi tumpuan kepada kekuatan dan kemahiran yang ada pada orang melayu. (contohnya pada pandangan saya tak salah kalau kita label orang india dengan money changer, orang cina tauke ikan dan orang Melayu dengan kedai Emasnya)
3. Membantu sepanjang jalan (bukan separuh jalan). Berikan tumpuan sepenuhnya. Contohnya Industri Batik di Kelantan. Pengusaha dah ada. Bantuan dari segi modal, kepakaran, berdaya saing dan yang penting pasaran. Wujudkan pusat kajian di Tempat berdekatan dengan industri berkenaan. Semua pihak mestilah melibatkan diri secara langsung, kerajaan, ahli akademik, jabatan kerajaan.
4. Pembahagian projek-projek kerajaan yang bersesuaian dengan kuantiti dan harga. Kalau satu projek bernilai 100 juta, bahagikan kepada beberapa kontraktor dari Kelas yang berlainan. Kalau diberi pada satu kontraktor dia akan bagi subkontraktor jugak. Harga Kontrak kerajaan juga perlu di kawal bagi kebaikan kontraktor.
5. Kurangkan pemberian wang tunai sebagai bantuan. Perbanyakkan bantuan dari segi kemudahan kredit material, latihan teknikal dan akaun, pembelian equipmet dan jentera. Badan pengawas projek seperti JKR hendaklah menjadikan kontraktor sebagai 'anak angkat'. Bermula dari 'A' semula.
Terimakasih
Salam Tan sri
1.saya dengan rendah diri ingin memberi komen berhubung artikel ini.DEB telah berlalu dan gagal.Kegagalannya di akui semua pihak.Tun dr mahathir telah mengantikankanya dengan dasar pembangunan Nasional pd 1991,menyulam semangat DEB dengan harapan berjaya mencapai sasaran 30peratus penguasaan bumiputera..hari ini kita memerhatikan sasaran itu pun entah kemana..
2.Persoalannya kenapa gagal?.gagal kerana DEB di mulakan dalam keadaan yang salah.pada hemat saya, asas penguasaan bumiputera dalam sektor ekonomi bukan berfokus kepada bumiputera sebenarnya, tetapi Umnoputera.
3.Dalam meneruskan visi DEB,Pemimpin kita sebenarnya mencabut roh dan semangat DEB itu sendiri dengan mengigit akar jiwa bumiputera:menekan sekolah agama,menghina ulamak,mengecilkan fungsi bahasa melayu,menghapus tulis jawi,memusuhi gerakan islam,menukar biasiswa,menekan bumiputera yang bukan umno,dan tidak menjadikan islam sebagai jalan penyelesaian masalah.
4.Bernostalgia ttg DEB adalah angan yang tak sudah.Sudah sampai masanya untuk kita mencuba teori lain:iaitu melihat pengagihan peluang ekonomi berdasarkan saranan islam.inilah teori yg tak pernah di cuba oleh pemimpin kita.
sekian komen saya.
Salam Tan Sri,
DEB adalah perancangan kerajaan yang bagus. Perlu buat penilaian mengekalkan kebaikan dan memperbaiki kelemahan. Terima Kasih
hatimurah02@yahoo.com
Saudara sekelian
Si Anwar ni memang bahaya, melayu durjana
tak sudah sudah buat kacau, inilah jadinya bila jiwa songsang
Anwar cuba nak lagakan Perkasa dengan Istana Selangor sila baca di SINI
kat sini juga ada pendedahan tentang Kopitiam tak halal dan rasis
mana ada melayu kat malaysia ni...kat johor majoriti jawa....kat melaka majoriti minang...kat selangor minang+jawa+banjar+rawa+mendiling+kakpar+++++....perak,banjar+bugis+rawa+aceh+siam+++++.....penang,mamak+aceh+rawa+arab+pakistan++++++....aceh+siam+arab+mamak+++++...perlis,siam+aceh+arab++++++.....pahang,asli+bugis+melayu champa++++++...di kelantan majoriti melayu patanni dan melayu champa....begitu juga di trengganu majoriti melayu champa.....jadi yg di katakan melayu tu.......yg umno dan perkasa terpekik terlolong nak kata bela melayu tu apa kah jadahnya....
kat sabah dan sarawak,kadazan,murut,bajau,iban,melanau,bidayuh,orang ulu dll.kalau korang tanya diorang,sumpah mati tak ngaku melayu
klu melayu tu bukan islam ,masihkah mereka ini di iktiraf melayu....kah kah kah....banggang banggang banggang......kah kah kah....
yang ada hanya umnoputera..kah.kah.kah
Tan Sri episod APCO worldwide akan mendedahkan siapa kawan siapa
Rakan rakan pembaca dan pengkomen yang budiman semua, kalau nak tahu macamana rapatnya Anwar Ibnrahim dengan regim Zionis Israel sila ikut link di bawah
GEMPAR; Disini ada bukti terbaru Anwar ada rakan dalam kerajaan ZIONIS Israel
Memang pada asas nya DEB adalah suatu gagasan yg baik pada tiori, tapi setiap tiori hanya indah pada rupa nya kalau pelaksanaan nya menyimpang dari roh nya yg sebenar begitu juga dengan segala tiori di dunia ini memang baik tetapi kebanyakan nya akan menyimpang dengan berlalu nya masa. apalagi kalau pihak yg melaksanakan nya pada asas tidak dilengkapan dengan idiologi yg mantap, disiplin yg kuat, segala nya akan di eksploit dgn senang oleh kawan sebelom lawan, maka begitu lah dgn DEB telah di khianati oleh pemuka2 umno sehingalah umno telah dibenci oleh jenarasi baru.apa tidak nya setip projek dapat di hidu bahwa yg mendapat nya apa yg di namakan putraumno, adakah pandangan saya salah kalau salah harap betulkan.
Post a Comment