Tuesday, February 16, 2010

TEORI 18 TAHUN

MENGIMBAS KEMBALI ANGKA 18

GPMS - SINGA PERJUANGAN BANGSA

1. Pada hari Sabtu 13 Februari, 2010 saya telah dijemput ke satu kursus untuk pemimpin-pemimpin baru GPMS, dari seluruh negara, di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. Perjumpaan bermula pada pukul 2.45 petang. Walau pun tahun ini dinamakan tahun baru harimau untuk orang-orang China tetapi GPMS telah memilih gelaran 'Singa Perjuangan Bangsa' untuk pemimpin dan ahli organisasi mereka.

MELAYU DIGUGAT DAN DIGIGIT

2. Setelah selesai menyanyi lagu GPMS Presiden GPMS telah menyampaikan ucapan aluan dan selepasnya saya dijemput untuk berucap atas tajuk 'Melayu Digugat dan Digigit'. Persoalan yang harus saya huraikan ialah mengenai bagaimanakah singa perjuangan bangsa ini harus bertindak bila bangsanya telah digugat dan digigit.

MAYC TIDAK DAPAT MEMBANTU

3. Keadaan majlis ini berbeza dengan majlis MAYC Wilayah Persekutuan yang saya hadiri pada petang 6 Februari, 2010 di Pusat Kecemerlangan Rakan Muda, Komplek Belia, Kg. Pandan. Majlis ini diberi tajuk 'Bicara Tokoh'. Pemimpin-pemimpin muda MAYC ini ingin mengetahui sejarah gemilang perjuangan MAYC di masa silam kerana MAYC yang baru kini masih di peringkat penubuhan sementara MAYC lama pula mengikut undang-undang, tidak ada lagi, kerana lima tahun berturut-turut MAYC tidak mengadakan mesyuarat agungnya; dan mereka yang masih mengaku sebagai pemimpin-pemimpinnya, walau pun sebenarnya sudah tidak sah lagi, sedang sibuk memikirkan cara memfaraidkan harta pusaka persatuan sementara persatuan mati tanpa kubur. Begitulah gambarannya. Oleh itu, MAYC sebagai sebuah pertubuhan kini tidak mungkin boleh turut membantu GPMS jika bangsa Melayu sudah tergugat dan digigit. 

JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN

4. Sebenarnya tidak ada orang yang berani menggugat dan menggigit bangsa Melayu kecualilah orang-orang Melayu sendiri memaksa dirinya supaya digugat dan digigit.

DUA PEMIMPIN BELIA JADI PERDANA MENTERI

5. Allah s.w.t. telah mentakdirkan dua tokoh belia menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia, seorang dari MAYC, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menjadi Naib Presiden MAYC, dan seorang lagi lagi dari GPMS iaitu Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Hampir ada yang ketiga dari ABIM.

6. Saya perhatikan perbezaan yang ketara antara kedua orang tokoh ini. Tun Dr. Mahathir kekal dengan kawan-kawannya yang seangkatan dalam belia dan sedarjah dengannya di sekolah menengah dan di universiti. Beliau terus berkawan dengan Presiden MAYC ke 2 Allahyarham Tunku Abdullah, iaitu kawannya di waktu dalam MAYC, malahan yang memecat beliau dari MAYC pun beliau kekalkan sebagai kawan. Tun Dr. Mahathir juga rapat dengan kawan-kawan dalam SAHOCA dan setiap tahun ada pertemuan dengan doktor-doktor yang belajar dengannya di Universiti Malaya, Singapura. Malahan kawan-kawan lama Tun Dr. Mahathir lebih mempengaruhinya dari anggota keluarganya sendiri. Jika ada anggota keluarga yang mempengaruhi beliau itu adalah pengaruh kerana ilmu yang ada pada mereka dan jawatan yang mereka perolehi sendiri, seperti Tun Dr. Ismail Mohd Ali, Gabenor Bank Negara dan Gen (B) Hashim Mohd Ali yang naik dalam tentera atas kemampuannya sendiri.

Sunday, February 14, 2010

ISLAM AND SCIENCE

LIST OF SUBJECTS, THINKERS AND SCIENTISTS FROM 700 AD - 1400 AD

1. The first word of the Quran was the command 'to read'. Had the command 'to read' appeared as the last word of the Quran then Muslims of the world cannot be blamed if they read only the Quran. Since the command 'to read' appeared at the beginning of the Quran, and as the Quran took over twenty years before it was completely revealed Muslims had correctly interpreted the command 'to read' as a directive for Muslims to search for knowledge. The earlier Hadith ' learn, even if it is from China' is certainly in line with this first command 'to read'.

2. An International Islamic University student once asked me, after my speech, as to what could specifically be learnt from China at the time of this Hadith on China. As I am not an Ulama I could only say that about ten years before our beloved Prophet Muhammad s.a.w. became Rasulullah there were three great achievements in China. China produced the best silk in the world, it had the longest bridge across the Yang Tze river and it had discovered the printing press ( from The Chinese Science Encyclopaedia ). Chinese traders could be seen reading printed books in the bazaars that they travelled to, along the Silk Route. Syria, or Sham, which our beloved prophet travelled to as a trader, was along the Silk Route. Out beloved Prophet, being observant, would not have missed seeing the Chinese in the bazaars reading printed books. And learning from China on how to print books would certaingly help in expediting the growth of the reading or 'iqra'' culture among the Muslims. Wallahu a'lam.

3. I am quite aware that this Hadith on learning from China is considered by a majority of Ulama as a weak Hadith. I am, however, on the side of the minority, and I find no reason to reject this wisdom.

4. As a result of reading all available quality books in the various languages, including Greek and Latin, the Muslim world had on record the following thinkers and scientists between 700 AD to 1400 AD. The West had to learn Arabic to regain this knowledge when they came out of the Dark Ages:

Saturday, February 13, 2010

KE ARAH MENCAPAI KEJAYAAN

APAKAH ERTI KEJAYAAN?

1. Edward de Bono bertanya apakah yang dikatakan 'success' atau kejayaan?

2. Apakah menang medal emas dalam sukan Olympic atau di Wimbledon itu kejayaan? Apakah menjadi kaya, menerajui syarikat yang besar, memenangi Nobel Prize atau berjaya membuat sesuatu itu yang dikatakan berjaya? Siapakah yang lebih berjaya antara seorang jutawan yang menderita dan berperasaan tidak puas hati di akhir hayatnya atau seorang yang tidak dikenali tetapi hidup bahagia? Itulah soalan-soalan Edward de Bono.

3. Adalah lebih mudah jika dikatakan orang yang berjaya itu ialah seseorang yang hendak membuat sesuatu dan berjaya mengerjakannya. Saya telah memerhatikan beberapa orang yang telah berjaya, dari segi material, yang mungkin dapat kita pelajari dari kejayaan mereka.

4. Ada manusia yang berjaya semata-mata kerana bernasib baik. Tetapi, bagaimana pula untuk bernasib baik dan bila pula masanya?

Monday, February 8, 2010

FUNDAMENTAL, MADANI, HADHARI, KRONI & IMIGRAN - PERKATAAN YANG DIBURUKERTIKAN

USAHA MEMUTARBELITKAN ERTI PERKATAAN

PENJAJAHAN BUDAYA

1. William Shawcross di dalam bukunya 'The Sideshow' telah mendakwa bahawa kekalahan Amerika Syarikat di bidang ekonomi di dunia tidak perlu menjadi kebimbangan besar kerana kekalahan itu diimbangi dengan kejayaannya melakukan penjajahan budaya di serata dunia, seperti mempopularkan lagu-lagu pop dan wujudnya rangkaian restoran seperti McDonald dan Kentucky Fried Chicken yang merobah ala cara makan masyarakat dunia. Begitu penting penjajahan budaya sebegini bagi Amerika Syarikat sehingga di satu masa dulu pinjaman Bank Dunia kepada negara China telah dilambatkan sehingga China membenarkan konsert Michael Jackson membuat persembahan di China dan cawangan restoran McDonald mendapat izin untuk beroperasi di Beijing.


PERKATAAN YANG DISALAHTAFSIRKAN
ISLAM DISAMAKAN DENGAN TERRORISM ATAU PENGGANAS 

2. Selain dari penjajahan budaya pihak Barat dan kuncu-kuncunya juga begitu pintar menggunakan senua saluran media baik media cetak, elektronik atau pun siber, sehingga pada masa ini ugama Islam sudah dijadikan oleh mereka seolah-olah sebagai satu ugama yang sama atau 'synonym' dengan pergerakan 'terorism' atau pengganas di dunia ini.

KEINGINAN MEWUJUDKAN MASYARAKAT ISLAM

3. Mulai akhir tahun enam puluhan dan awal tahun tujuh puluhan kegiatan dakwah Islam telah berkembang luas di seluruh dunia, sehingga menimbulkan hasrat dan semangat pada Umat Islam untuk mewujudkan 'Masyarakat Islam' di dunia.

Wednesday, February 3, 2010

TERIMA KASIH TUN GHAZALI SHAFIE

PAHIT MANIS BERSAMA KING GHAZ DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PENGENALAN

1. Walaupun pegawai kerajaan memanggilnya King Ghaz, kerana gerun padanya, saya memanggilnya Tan Sri tetapi beliau membahasakan dirinya abang apabila bercakap dengan saya. Beliau adalah seorang intelektual berkelulusan undang-undang dari University College of Wales pada tahun 1951 dan mendapat ijazah sarjana dari London School of Economics pada tahun 1953. King Ghaz adalah seorang civil servant yang cekap dan seorang diplomat yang berkesan. Setelah Menteri Pertahanan Britain Lord Carrington, bersara dari politik, setelah selesai The Falklands War dengan kemenangan Britain ke atas negara Argentina, Tun Ghazali Shafie berbangga kerana beliaulah 'the last, internationally known, member of the Second World War British Intelligence who is still active in office.' 

2. Walaupun sebelum menjadi Timbalan Menteri kepada King Ghaz, sebagai pemimpin MAYC, ABIM dan SHAMELIN, saya sering berjumpa dengannya, tetapi beliau secara formal telah memperkenalkan dirinya dan sekaligus menyatakan bahawa dia juga berketurunan Aceh. Yang anehnya bagi saya, pada kesempatan lain, beliau juga telah memperkenalkan dirinya sebagai berketurunan orang asli bila beliau berjumpa dengan orang asli, dan berketurunan Minang bila berjumpa dengan orang Minang, dan berketurunan Mendailing bila berjumpa dengan orang Mendailing.

RUMPUN MELAYU

3. Bila saya bertanya mengenai keturunannya yang sebenar, kerana saya dengar ianya berbeza-beza, bergantung kepada tempat, masa dan orang yang ditemui, beliau dengan mudah melepaskan diri dengan berkata ' serupalah tu, semuanya Melayu ...... semuanya dari satu rumpun Melayu ... yang penting demo seronok mendengar abang satu keturunan dengan mereka ...... asalkan abang tak kata abang orang puteh atau China mereka tak ada sebab tak nak percaya. Manusia ..... Sanusi .... suka percaya yang dia suka percaya.' Saya telah mencatat kata-katanya ini.